Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 31, 2016

PAS NASIHATKAN DAP BUBAR DUN SELEPAS KEPUTUSAN BICARA LIM GUAN ENG KETIKA DAP SEDANG RANCAK SERANG PKR!!!



Dengan PAS pula campurtangan dan memberikan 'nasihat' agar Pilihanraya Negeri Pulau Pinang hanya diadakan selepas mahkamah membuat keputusan ke atas kes Lim Guan Eng, nampaknya DAP terpaksa mencipta musuh di sekelilingnya, termasuklah terhadap PKR yang merupakan sekutu utamanya.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dari PKR, Mohd Rashid Hasnon berkata, serangan berterusan daripada DAP - yang mutakhir adalah Ng Wei Aik - hanya akan menyebabkan partinya lebih berhati-hati dan mungkin tidak akan mempersetujui rancangan DAP untuk membubarkan DUN Pulau Pinang bagi membolehkan Pilihanraya Negeri dilangsungkan. 

Ng Wei Aik seperti yang dipetik oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina berkata, DAP sudah pasti akan berjaya mengekalkan semua kerusi mereka di Pulau Pinang, tetapi PKR akan kehilangan beberapa kerusi kerana prestasi kerja wakil-wakil rakyat PKR yang amat lemah. 


Ng juga dipetik sebagai berkata, dalam keadaan yang paling teruk sekalipun, Pakatan Harapan akan menang 25 kerusi DUN (berkurangan daripada 30 kerusi) sekiranya Pilihanraya Negeri diadakan. 

Menurut Mohd Rashid, di sebalik kebebasan Ng Wei Aik untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau membuat dakwaan, Ng Wei Aik seharusnya menampilkan sekali bukti-bukti yang menyokong pendapatnya itu.

"Lebih-lebih lagi dengan kenyataan yang sebegitu negatif, ia menguatkan lagi azam kami untuk terus membincangkan keperluan pilihanraya negeri dan tidak menerima buta-buta apa-apa sahaja cadangan DAP."

Para pemimpin PKR dan DAP mula kecam-mengecam antara satu sama lain berhubung perbezaan pendapat kedua-dua parti dalam isu Pilihanraya Negeri. 

Pada Rabu lepas, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua secara terbuka melahirkan kekesalan kerana tindakan 'kawan-kawan' dalam posting Facebook sehingga hampir menyebabkan PKR menolak bulat-bulat cadangan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang. 

Kenyataan terbukanya tentang 'pengkhianatan kawan' telah menyebabkan Penasihat Undang-Undang PKR, Latheefa Koya yang kecewa dengan Tony Pua dan partinya kerana tidak berunding terlebih dahulu sebelum mencadangkan pembubaran DUN Pulau Pinang, melenting dan membidas Tony Pua.

Sementara itu, PAS menerusi Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan menggesa DAP agar tidak berjudi dengan proses demokratik negara ini. Menurutnya rakyat tidak boleh dipaksa untuk mengadili kes yang dihadapi oleh Lim Guan Eng berdasarkan persepsi sebaliknya menyerahkan urusan tersebut kepada mahkamah dan sistem perundangan negara ini.

Kata Nasruddin lagi, sebenarnya tiada sebarang keputusan tentang PRN Pulau Pinang, bukan kerana DAP menunggu keputusan PKR, tetapi kerana DAP sendiri kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan PRN yang mereka polemikkan.

"Setidak-tidaknya terdapat konsensus daripada PKR dan PAN, DAP tidak bersendirian untuk dipersalahkan sekiranya keputusan PRN tidak menyebelahi mereka," katanya. (RUJUK SINI)



Salah seorang wakil rakyat PKR yang pernah menangis di dalam Sidang DUN Pulau Pinang kerana keengganan Kerajaan Negeri dan Lim Guan Eng menyalurkan peruntukan untuk kemudahan asas di kawasan yang diwakilinya, Dr. Norlela Ariffin, ADUN Penanti, berkata, DAP Pulau Pinang menggunakan akhbar Cina, Nanyang Siang Pao untuk menyerang tiga orang ADUN PKR Pulau Pinang yang dikarikaturkan sebagai tidak menjalankan tugas dengan baik dan perkampungan pendatang asing. 

Norlela menjelaskan, karikatur dalam suratkhabar Nanyang pada 25 Julai lalu mengatakan 3 kerusi PKR ini berisiko tinggi kerana Adun-Adun PKR tidak layak menjadi wakil rakyat dan dikategori sebagai gagal.

"Kartun dalam suratkhabar Nanyang pada 25 Julai 2016 mengatakan 3 kawasan Dun berisiko tinggi jika ada pilihan raya negeri adalah Dun seberang jaya, Dun YB Dr Afif- perkhidamatan kurang memuaskan, Bukit Tengah YB Ong Chin Wen- masalah kampung pekerja asing dan Dun Penanti YB Dr Norlela- gagal menjalankan tugas dengan baik," tulis Norlela yang dipetik di akaun Facebook peribadinya.


Saturday, July 30, 2016

MUHYIDDIN MASIH LAGI MALU-MALU KUCING... ULANGAN KISAH TAK BERHASRAT NAK JADI PERDANA MENTERI TAPI MEMANG BERCITA-CITA KE ARAH ITU!!!



Para penganut si tua sawan berkata, makhluk pujaan mereka mempunyai bukti yang kukuh untuk mengheret Najib ke mahkamah. Tetapi kerana tidak mahu ianya bocor dan disabotaj, bukti-bukti kukuh itu tidak ditampilkan sehinggalah hari di mana Najib akan memberi keterangan dalam saman Mahathir, Ainina Saadudin dan Khairuddin Abu Hassan yang menuntut ganti rugi RM2.6 bilion dan RM42 bilion secara berasingan.

Ketika sesi pendengaran di mahkamah minggu lepas, peguam Mahathir cuba menggunakan alasan-alasan teknikal - taktik yang seringkali digunakan oleh para peguam Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, dan mereka berjaya - bagi membolehkan Najib disoaljawab di dalam kandang dalam perbicaraan sebenar nanti.

Agak aneh juga, mengapa peguam-peguam Mahathir tidak menggunakan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh penyokong merangkap penjilat tegar Mahathir. Hasilnya, mahkamah menolak permohonan tersebut dan membenarkan peguam Najib agar Najib tidak perlu hadir untuk memberikan keterangan walaupun yang dipertikaikan adalah afidavit yang kononnya bercanggah.

Kat mana disimpan semua bukti-bukti tersebut sedangkan itulah masanya untuk dihadirkan segala bukti memandangkan sebutan itu dibuat dalam mahkamah. Mahkamah mana pula yang ditunggu oleh Mahathir dan peguamnya untuk menghadirkan bukti-bukti kukuh itu kalau bukan di mahkamah di Malaysia?

Adakah di mahkamah Amerika Syarikat?

Hari ini, Muhyiddin Yassin yang suatu ketika dahulu menyatakan dia tidak pernah berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri, berada dalam satu saf dengan kepimpinan utama PKR. Dan seperti mereka yang kecewa sama ada ditendang keluar dari UMNO, gagal mendapat jawatan dalam UMNO, kalah pertandingan, mahupun tidak berpuas hati kerana gagal menjadi calon pilihanraya atau gagal memperolehi projek dan bantuan wang berjuta ringgit untuk menebus rumah dan kes insolvensi, Muhyiddin berikrar untuk bersama-sama PKR bagi menjelaskan kepada rakyat tentang penyelewengan di dalam 1MDB yang turut membabitkan Najib Abdul Razak, bekas ketuanya.

PKR dan Muhyiddin akan membuat road-tour di seluruh negara bagi tujuan tersebut. Agak aneh juga kerana Muhyiddin tiba-tiba sahaja rajin untuk mendekati turun berceramah dan berkempen walaupun sewaktu berjawatan tinggi dalam UMNO dan kerajaan dahulu, dia hanya turun untuk acara-acara tertentu yang membuatkan dia terpaksa turun.


Tak kisahlah kalau selepas hilang jawatan ini, dia jadi rajin tak tentu keruan. Muhyiddin orang politik dan sebagai orang politik, apa lagi yang harus dan boleh dilakukannya melainkan bertindak sebagai orang politik. Kalau dahulu, Anwar Ibrahim menjadi ejekannya. Bersetuju dengan wajah letih ketika Mahathir menerajang Anwar buat kali pertama, juga mengangguk dan membenarkan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Anwar Ibrahim memang bersalah dalam kes liwat keduanya, kali ini, sewaktu bersama-sama barisan kepimpinan PKR, cakap Muhyiddin sudah berubah. Dan jangan terkejut kalau tiba-tiba pula tidak lama lagi, Muhyiddin menjadi penyokong dan pejuang Anwar Ibrahim yang paling tegar.

Apatah lagi, Muhyiddin telah pun memberitahu bahawa dia adalah satu-satunya menteri kabinet yang bertemu dengan Anwar Ibrahim selepas Mahathir menerajang Anwar Ibrahim dari UMNO dan Kabinet pada tahun 1998 dahulu.

Cuma hairanlah, mengapa Muhyiddin masih lagi mengekalkan sikap MALU-MALU KUCINGnya. Kalau dalam UMNO dahulu, mungkinlah dia takut kena cantas, pangkas atau kena pancung sebab bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, tetapi dalam PKR, apa yang dia malukan dan takutkan. Sepatutnya selepas Mahathir masih lagi berdolak dalih tentang penubuhan parti baru sebagai platform untuk menawan Kedah terutamanya pada PRU-14 nanti, setidak-tidaknya, Muhyiddin boleh berada di dalam PKR sebagai Ketua Umum menggantikan Anwar Ibrahim yang tidak boleh berfungsi kecuali menerusi surat-suratnya sahaja.

Takkan masih tak boleh dibuang sifat itu? Sedangkan semua orang sudah tahu, Muhyiddin hanyalah pengamal tegar, MAHU TAPI MALU...


1MDB: SATU PERJUANGAN SIA-SIA DALAM USAHA MENAKLUK PUTRAJAYA KERANA SALAH SENDIRI!!!



Kaum Protun dan Pakatan menyatakan kehairanan, mengapa masih ramai lagi yang menyokong Najib dan UMNO serta Barisan Nasional walaupun kata mereka, telah terbukti Najib melakukan penyelewengan dan melarikan wang negara terutama dengan pengumuman DOJ Amerika Syarikat yang mahu menyita harta-harta hasil penyelewengan dan diserahkan kepada 1MDB kembali.

Dalam mencari jalan pintas bagi mendapatkan sokongan, mahupun menakut-nakutkan dan memalukan golongan yang enggan menyokong serta percaya dengan mereka, puak Protun amat giat dan aktif melabelkan sesiapa sahaja yang dilihat tidak percaya dengan kata-kata Mahathir sebagai DEDAKIAN dan sebagainya.

Dari tahun 1987 sehinggalah kemuncaknya pada 1998, mereka yang waras dan mempunyai otak pasti dapat melihat bagaimana sandiwara politik dimainkan oleh pelbagai pihak, terutama di dalam UMNO mahupun DAP yang paling kuat menyalak tentang Malaysia akan muflis.

Tidak hairan sekiranya pada waktu-waktu tersebut, akan wujud golongan penyokong tegar dan penentang tegar yang mempunyai buah fikiran serta hujah-hujah mereka yang tersendiri yang dirasakan amat kuat dan kukuh.

Setelah sekian lama, drama politik itu kembali semula pada tahun 2005, bermula selepas Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara 14 tahun kerana rasuah salahguna kuasa dan jenayah liwat. hasil daripada toleransi dan helah politik.

Anwar mencetuskan pelbagai drama. Para pengikut dan pemercayanya amat kukuh kepercayaan mereka bahawa kerajaan UMNO dan Abdullah Badawi dan selepas itu, Najib Abdul Razak akan tumbang dengan mudah. Apatah lagi, gelombang tsunami Cina pula amat kuat, selain trend di kalangan pengundi-pengundi muda selain peningkatan mendadak pengundi Cina.

2008, Pakatan yang Anwar Ibrahim adalah kepala bonekanya, gagal mengambilalih Putrajaya walaupun berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga yang dinikmati oleh UMNO-BN semenjak dari zaman sebelum merdeka lagi. 2013, di sebalik drama panjang dari tahun 2008, PRU-13 dikatakan sebagai Ibu Segala Pilihanraya, menyaksikan sekali lagi kegagalan Pakatan untuk mengalahkan UMNO-BN walaupun jumlah kerusi kemenangan UMNO-BN berjaya diturunkan lagi.

Demonstrasi jalanan, politik sepanjang masa dan untuk apa-apa isu termasuklah isu-isu keselamatan, bahkan berita tentang penjenayah pun dipolitikkan, membuatkan masyarakat Malaysia semakin tepu dengan permainan dan sandiwara politik yang tidak nampak di mana titik akhirnya.

Ramai menyangkakan selepas Anwar masuk penjara kembali atas jenayah liwat kedua, iklim politik di Malaysia akan kembali pulih. Tetapi Najib Abdul Razak pula telah mengambil kesempatan itu untuk 'memperbetulkan semula' perjalanan ekonomi negara ini yang hanya berkisar di kalangan beberapa kerat manusia sahaja dengan kerajaan sendiri tidak mempunyai wang walaupun pelbagai projek yang kononnya mendatangkan keuntungan jangka panjang diumumkan, memandangkan semua keuntungan tersebut berakhir dengan pembayaran pampasan konsesi dan gantirugi kerana perjanjian berat sebelah.

Hasilnya ialah KEMARAHAN LUAR BIASA MAHATHIR yang selama 22 tahun berkuasa, telah memberikan kebebasan luar biasa kepada spekulasi dan pembentukan SUPER MEGA KAPITALIS yang akan memegang dan menentukan halatuju negara.

Kini Mahathir dan konco-konconya mengarahkan pementasan drama terbaharu. Cuma kali ini lebih menarik kerana ianya membabitkan media antarabangsa, termasuklah DOJ Amerika Syarikat yang sudah lama geramkan Malaysia, terutama selepas bekas Naib Presidennya, Al-Gore menyelar Mahathir dan memuji Anwar Ibrahim serta Gerakan Reformasi secara berdepan-depan hidung besar Mahathir dalam satu majlis makan malam APEC. (RUJUK SINI)

Mungkin jalan ceritanya diberatkan sedikit berbanding jalan cerita yang dikarang oleh Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, hasilnya tetap sama iaitu ia adalah sebuah pementasan sandiwara yang menggunakan pelakon-pelakon yang sama, yang motifnya adalah sama, dan galakan yang menyebabkan mereka bertukar menjadi watak antagonis juga adalah sama iaitu LAPAR KUASA.

Lakonan-lakonan primadona pentas politik negara ini, perlu diperhalusi elok-elok kerana pada masa yang sama, mereka yang sangat bersemangat patriotik, mudah terpengaruh dengan lakonan-lakonan lantas menjadikan lakonan-lakonan tersebut sebagai sesuatu yang wajib diikuti, dipercayai dan diamalkan.

Kita bebas menyokong sesiapa sahaja. Kita boleh bercakap apa-apa sahaja. Malah kita juga boleh membodohkan diri sendiri dengan melabelkan sesiapa sahaja yang tidak berkenan di hati dan pemikiran kita dengan pelbagai gelaran, namun akhirnya, yang penting ialah, kita tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk mempercayai apa yang kita kata memandangkan setiap orang mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapat mahupun pendirian sendiri. Kita tidak boleh menjadi zombie yang ada otak tetapi terpaksa makan otak orang yang masih hidup untuk terus berfungsi.

Yang pastinya, dari sehari ke sehari, drama-drama politik ini semakin membosankan. Perebutan kuasa dan pengaruh yang cuba diistinbathkan kepada PERJUANGAN RAKYAT, akhirnya menghasilkan para pemimpin yang tidak pandai buat kerja tetapi hanya pandai bercakap.


KETIGA-TIGA TAN SRI YANG DITUDUH PERLU MEMBERIKAN JAWAPAN STRAIGHT-FORWARD, BUKAN SEPERTI MAHATHIR YANG BERBELIT-BELIT DAN AKHIRNYA BERKATA, 'SAYA TIDAK ADA BUKTI'!!!



Penulis: Azmi Arshad

Puak Anti-Najib (ANC) cuba meyakinkan kita bahawa Peguam Negara Amerika Syarikat merupakan orang yang paling jujur di dunia. Oleh kerana itu, apa-apa sahaja tuduhan yang dibuat oleh DOJ, maka ia adalah benar. Justeru, sepertimana yang diharapkan oleh ANC, apa-apa sahaja keburukan atau tuduhan terhadap 1MDB, pihak berkuasa Malaysia dan Perdana Menteri, wajib diterima sebagai benar sebenar-benarnya.

Kerjasama antara ANC dengan pelobi-pelobi Amerika Syarikat telah lama terjalin, jauh lebih lama sebelum Khairuddin membuat persembahan antarabangsa. Mereka yang menfailkan aduan di beberapa negara, hanyalah satu persembahan semata-mata. Mereka mahu kita beranggapan, Amerika Syarikat terlibat hanya selepas aduan-aduan difailkan.

Itu jugalah reaksi yang ditunjukkan oleh Abu Kassim selepas konspirasi bersama-sama Amerika Syarikat itu terdedah:
 
"Saya telah dinasihati oleh peguam saya untuk tutup mulut." (RUJUK SINI)

Zeti dan Gani mungkin masih lagi mendapatkan pandangan daripada para peguam mereka tentang apa yang harus mereka katakan. Saya pasti, salah seorang atau kesemua mereka akan dimaafkan sekiranya mereka menjadi saksi utama dan mengakui bahawa mereka menerima arahan daripada seseorang yang lain. 

Artikel/video ini tiada kena mengena dengan saman DOJ tetapi untuk menunjukkan yang penggubal undang-undang Amerika sendiri pun memperlekehkan Peguam Negara Amerika Syarikat itu.

http://freedomoutpost.com/loretta-lynch-ducks-74-questions…/

Lynch mendakwa dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Clinton. Bagaimanapun, dia enggan menjawab sekurang-kurangnya 74 soalan Kongress tentang pertemuan sulitnya dengan bekas Presiden, Bill Clinton dan hubungannya dengan keluarga dan kakitangan Clinton. 

"Saya tahu anda (Loretta Lynch) tidak akan menjawab pertanyaan-pertanyaan kami hari ini dan saya minta maaf kerana membuang banyak masa memandangkan ianya benar-benar tidak produktif. Dan saya telah meminta petugas saya untuk mengira berapa banyakkah kenyataan, 'Saya tidak boleh menjawab soalan itu' atau enggan memberikan reaksi sewajarnya. Ianya berlaku sebanyak 74 kali setakat ini." - Rep. David Trott.

Loretta Lynch juga enggan menjawab soalan-soalan daripada Rep. Jason Chaffetz tentang maklumat sulit, sama ada ianya sah dari segi perundangan atau sebaliknya untuk dikekalkan atau sebaliknya. Berbanding memberikan jawapan secara berterus terang, Peguam Negara Lynch juga enggan memberikan jawapan kepada soalan tentang sumpah bohong dari segi perundangan. 

Sekiranya Peguam Negara Amerika Syarikat boleh membuat pertemuan dan hubungan sulit, mengapa pula kita terkejut sekiranya ANC turut melakukan perkara yang sama dengan para pelobi Amerika Syarikat atau DOJ dengan harapan tuduhan jenayah dikenakan. Dan sekiranya Peguam Negara Amerika Syarikat sendiri enggan mengesahkan sama ada bersumpah bohong menyalahi atau dibenarkan dalam undang-undang negara itu, bagaimana pula puak zombie boleh mendakwa mereka tidak berbohong di Facebook. 

Saya mengharapkan ketiga-tiga Tan Sri itu akan memberikan jawapan yang berterus-terang kepada polis, tidak seperti Tun Mahathir yang enggan menjawab sebarang soalan selain daripada berkata, 'SAYA TIDAK ADA BUKTI'. 

Berkemungkinan serangan ANC-US seterusnya ialah mereka-reka tuduhan jenayah yang membolehkan para zombie terus dibuai syok sendiri sekalipun, mereka masih tidak dapat menggulingkan kerajaan sungguhpun menerusi demonstrasi jalanan BERSIH 5.0.

Semoga Allah gagalkan rancangan jahat ANC-US. Amin.

- AA -


Friday, July 29, 2016

KENAPA PROTUN GELABAH SEMACAM APABILA PENTADBIRAN NAJIB MENUKAR PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN AWAM DAN ENTITI KERAJAAN?



Dalam mana-mana pentadbiran, termasuklah pentadbiran 22 tahun Mahathir, pertukaran dan perubahan struktur pentadbiran dan pengurusan negara, amat berkait rapat dengan kesesuaian kerja serta persefahaman untuk melaksanakan dasar dan polisi sesebuah kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Dari zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu sehinggalah menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri terkini, kebanyakan pegawai-pegawai kanan akan dipilih dari kalangan mereka yang boleh bekerjasama dengan ketua kepimpinan negara.

Dan kerana itulah, para penentang pentadbiran negara seperti kepimpinan parti pembangkang, tidak diangkat menjadi orang kanan agensi atau entiti kerajaan.

Bagaimanapun, kelekaan dan kepercayaan berlebihan bahawa penjawat awam tidak akan mengkhianati kerajaan baik dalam perlaksanaan dasar dan polisi mahupun pembocoran maklumat serta rahsia-rahsia penting kerajaan, telah pun dikhianati bermula dari era Reformasi 1998. Ramai kakitangan awam pada ketika itu terlupa tentang tanggungjawab dan amanah yang mereka pikul sebaliknya kerap memberi alasan, mereka bekerja dengan rakyat, dibayar dengan wang rakyat dan tidak berkompromi dalam penyelewengan serta salahguna kuasa dan rasuah.

Malangnya, saluran yang digunakan tidak tepat. Mereka lebih gemar memilih media dan publisiti yang lebih mendatangkan keburukan berbanding mencapai matlamat sepertimana yang mereka perjuangkan. Lebih malang lagi ialah apabila perjuangan tersebut dicampuraduk dengan politik kepartian yang dipergunakan pula oleh mereka yang memang telah dikenalpasti sebagai penyeleweng, pengamal rasuah dan penyalahguna kuasa.

Media sosial terutama sekali Facebook pula menjadi media yang paling pantas untuk menabur pelbagai fitnah dan tohmahan yang seringkali dikatakan sebagai kebenaran. Tidak mahu mendengar atau enggan mendengar dan menerima sebarang jawapan yang diberikan daripada pihak yang kena tuduh, pelbagai andaian dibuat dalam usaha memburuk-burukkan pihak lawan walaupun ianya sekadar hearsay.

Agak menarik juga apabila kita dapat melihat bagaimana ada puak-puak tertentu yang begitu tertekan dan cuba melakukan serangan menerusi tohmahan apabila beberapa orang pegawai kanan perkhidmatan awam dan perundangan serta kewangan, bersara, meletak jawatan atau ditukarkan jawatan serta jabatan.

Sepatutnya mereka yang begitu memuja dan taksub kepada Mahathir, memuji tindakan Najib mengambil tindakan mengubah dan menukar pegawai-pegawai kerajaan yang tidak boleh bekerjasama dengan pentadbirannya. Malah mereka sepatutnya menyokong dan menggalakkan pentadbiran Najib agar mengambil tindakan keras ke atas kakitangan-kakitangan awam yang menyatakan penentangan kepada kerajaan menerusi media walaupun pada masa yang sama, hak mereka untuk mengundi sesiapa sahaja atau parti apa sahaja sewaktu Pilihanraya Umum, Pilihanraya Negeri atau Pilihanraya Kecil tidak boleh diganggu.

Bukankah Mahathir telah melakukannya secara bebas dan tidak dikecam terutama dalam perubahan dalam bidang perundangan negara apabila beberapa orang hakim dikenakan tindakan bersara atau kehilangan jawatan. Begitu juga dengan pegawai-pegawai kanan dalam jabatan atau entiti kerajaan yang bukan sahaja dipetisejukkan, malah ada sesetengahnya terpaksa meletak jawatan untuk bergiat seperti Tan Sri Anie Arop yang berpendirian tegas menentang penswastaan TNB.

Mengapa pula ketika Najib mengulangi apa yang Mahathir lakukan sewaktu pentadbirannya, dilihat sebagai sesuatu yang menjijikkan dan sekadar mahu menjaga kuasanya? Adakah itu sebenarnya yang dibuat oleh Mahathir sepanjang dia berkuasa 22 tahun dahulu?


NETIZEN MENDEDAHKAN RANCANGAN JAHAT TIGA TAN SRI JATUHKAN NAJIB GAGAL SELEPAS NAIB KETUA PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS!!!



Pendedahan berani yang dibuat oleh Tan Khai Beng, seorang Facebooker yang umumnya dikenali ramai, terutama membabitkan pendedahannya tentang kejalangan Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Cuma kali ini ianya membabitkan Abu Kassim Mohamed, Abdul Gani Patail dan Dr. Zeti Akhtar Aziz ekoran laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO beberapa hari lepas.

Selain ketiga-tiga Tan Sri tersebut, seorang lagi, Tun Daim Zainuddin sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada ulangtahun pertama kegagalan dalam cubaan menggulingkan Najib Abdul Razak pada 29 Julai 2015.

Menurut Facebooker tersebut, pada 20 Julai 2016, DOJ dan Peguam Negara Amerika Syarikat telah mengadakan sidang media berhubung wang curi dari 1MDB berjumlah USD1 bilion yang mereka akan sita dan kembalikan kepada Malaysia.

Pada 26 Julai 2016, Abu Kassim sepatutnya mengadakan majlis makan malam perpisahan yang turut dihadiri oleh Gani dan Zeti. Sepatutnya ketiga-tiga mereka akan mengadakan sidang media bersama berhubung pengumuman 20 Julai 2016 oleh Amerika Syarikat dan mereka akan mencadangkan agar Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini, 29 Julai 2016, media utama Malaysia dan media sosial/alternatif akan memberi lebih tumpuan kepada cerita yang disiarkan oleh The Guardian bertajuk, '1MDB: The Inside Story of the World's Biggest Financial Scandal' (BACA DI SINI)

Dan untuk memberikan pukulan maut kepada Najib, satu demonstrasi yang digelarkan sebagai BERSIH 5.0 akan diadakan dengan harapan, tidak kurang 250,000 orang akan merusuh di jalanraya dan bertempur dengan polis, sekaligus akan menumpahkan darah dan memaksa piha tentera mengambilalih dan kemudian mengisytiharkan darurat, sekaligus Najib akan ditunjukkan pintu keluar dengan muncung senapang di kepalanya.


Ya, Mahathir sangat yakin, sepertimana yang diulang-ulangnya berkali-kali sepanjang tahun lepas yang Najib tidak boleh digulingkan menggunakan kaedah perlembagaan atau menerusi undi tidak percaya. Itu juga yang terbukti pada sepanjang tahun lepas. Satu-satunya cara untuk menggulingkan Najib adalah menerusi apa yang digelarkan oleh Mahathir (sebelum itu Anwar Ibrahim dan DAP), KUASA RAKYAT. Justeru, mereka memerlukan 'Malaysian Spring' untuk melakukannya walaupun tidak pernah terbukti tunjuk perasaan boleh menjatuhkan mana-mana pemimpin di Malaysia, termasuklah Mahathir sendiri.

Menurut Tan Khai Beng lagi, rancangan tersebut hanya diketahui oleh lima orang iaitu Mahathir, Daim, Gani, Abu Kassim dan Zeti. Rancangan tersebut terlalu sensitif untuk dikongsi dengan orang lain seperti Kadir Jasin, Zainuddin Maidin, Syed Akbar Ali, Khairuddin dan mereka yang tidak boleh menyimpan rahsia dan merosakkan segala rancangan melalui mulut (dan jari) celupar mereka.

Namun, bertentangan dengan arahan, Daim telah memberitahu Kadir tentang rancangan tersebut dan pada 22 Julai 2016, dua hari selepas pengumuman yang dibuat oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Kadir Jasin membocorkan rahsia tersebut dengan mesej di atas.

Pendedahan yang dibuat oleh Kadir Jasin pada 22 Julai 2016 telah merosakkan keseluruhan rancangan yang dibuat rapi.

Kadir terlalu teruja sehingga tidak mampu menahan diri dan akhirnya mendedahkan bahawa Pilihanraya Umum tidak akan diadakan pada 2018 kerana kekacauan yang dirancang, akan berlaku dan darurat akan diisytiharkan selepas pentadbiran negara diambilalih oleh Majlis Tindakan Kebangsaan ekoran penggantungan parlimen.

BERSIH 5.0 sepatutnya menjadi 13 Mei versi kedua di mana Najib akan dipaksa meletak jawatan dengan muncung senjata. Dengan pendedahan yang dibuat oleh Kadir Jasin, semua persediaan terpaksa dibatalkan dan para PENGAMPU dan OPORTUNIS mula mengorek apa yang telah berlaku. Ketika itulah mereka 'mendapati' rancangan ulangtahun kegagalan menggulingkan Najib yang pertama Julai tahun lepas dengan pengumuman Amerika Syarikat pada 20 Julai akan disatukan dalam kekacauan demonstrasi jalanan atas nama BERSIH 5.0.

Tan Khai Beng juga merujuk kepada pemergian Mahathir ke Jakarta, Indonesia yang menurutnya pada jam 1:30 pagi pad hari Selasa, 26 Julai 2016, di Jakarta, Mahathir telah menerima panggilan dari Malaysia yang memaklumkan kepadanya tentang laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

Mahathir panik dan menjadi pucat. Isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, panik dan beranggapan Mahathir mungkin telah diserang oleh penyakit jantung. Sedangkan Mahathir sebenarnya baru sahaja menerima berita yang sangat merungsingkan yang dia sendiri tidak jangkakan akan berlaku.

Mahathir telah menghubungi Gani, Abu Kassim dan Zeti, tetapi ketiga-tiganya tidak menjawab panggilannya. Malahan, mereka telah menyekat panggilan daripada Mahathir selepas mereka sedar, mereka kini dalam kes siasatan dan telefon mereka mungkin telah diintip. Sudah tentu mereka enggan menghadirkan bukti yang Mahathir ada menghubungi mereka.

Isunya sekarang bukan lagi berkisar tentang cubaan menjatuhkan Perdana Menteri. Ia adalah isu jenayah yang membabitkan pengintipan dan penderhakaan. Akta Perlindungan Whistleblower 2010 tidak dapat membela perbuatan tersebut. Jadi, kesemua mereka sangat terdedah dan tidak dilindungi.

Dalam perbualannya dengan Daim, Mahathir telah diberitahu bahawa berita tersebut adalah benar. Laporan polis telah dibuat terhadap Abu Kassim, Gani dan Zeti dan ia kelihatan sangat serius membabitkan penyaluran rahsia kerajaan Malaysia kepada kuasa asing.

Mahathir kemudian bertanya Daim sekiranya dia telah memberitahu orang lain tentang rancangan tersebut. Selepas menafikannya buat seketika, akhirnya Daim mengakui bahawa dia telah memberitahu Kadir. Kadir pula pada 22 Julai 2016 telah membuat satu posting berhubung kekacauan, penggantungan parlimen, undang-undang darurat dan sebagainya.

Itu pendedahan yang dibuat oleh seorang Facebooker yang sudah pasti mempunyai mempunyai bukti serta berdasarkan kepada analisa semasa. Pendedahannya mungkin boleh dipertikaikan tetapi ianya amat menarik berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun yang sudah tentu sudah bersedia dari segala segi, termasuklah saman dan tindakbalas perundangan daripada mereka yang dituduh.

Secara peribadi, admin mengharapkan ini semua sekadar teori semata-mata dan tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Namun pada masa yang sama, pihak berkuasa juga perlu menyelesaikan kes ini sama ada mengheret ketiga-tiga orang bergelar tersebut ke muka pengadilan atau membersihkan nama mereka daripada tercemar sekiranya terdapat bukti-bukti yang menafikan pembabitan mereka dalam pengkhianatan dan pengintipan untuk kuasa asing.


ADUN SUNGAI PANJANG MERANGKAP AHLI PARLIMEN SUNGAI BESAR YANG MENANG BESAR, CABAR AZMIN ALI!!!



1. Sikap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika ini masih 'membisu' tanpa memberikan penjelasan di sebalik dakwaan penukaran status tanah di Paya Indah Wetland dilihat mencetuskan pelbagai keraguan di kalangan rakyat terhadap ketelusan dan integriti sebenar pentadbirannya beliau.

2. Mohamed Azmin tidak sepatutnya mengambil sikap berkenaan di sebalik isu itu yang jelas terletak di bawah bidang kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

3. Saya mendesak Mohamed Azmin untuk memberikan penjelasan terhadap dakwaan penukaran status tanah itu. Ini kerana semua pihak sedia maklum bahawa tanah di Paya Indah Wetland itu adalah untuk generasi akan datang, maka sebarang usaha untuk menganggu status tanahnya sama seperti mengganggu kepentingan rakyat.

4. Jika benar dakwaan itu, apakah Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin hari ini sudah ketandusan idea dan sumber untuk membangunkan negeri hinggakan tanah warisan rakyat digunakan sebagai 'modal' memperoleh keuntungan semata-mata.

5. 26 Julai lalu, kerajaan negeri ini didesak menarik balik pindaan status tanah Lot 6850 di Mukim Tanjung Dua Belas , Kuala Langat yang ditukar status kepada kawasan pembangunan, sedangkan tanah itu terletak dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai hutan warisan dunia.

6. Bekas MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim memberitahu semasa pentadbirannya, menolak kelulusan penukaran status di lot tanah tersebut untuk tujuan pembangunan meskipun menerima tekanan dan cubaan mempengaruhi keputusan oleh ramai pelobi korporat.

7. Mohamed Azmin sepatutnya berpendirian tidak tunduk kepada pelobi korporat di sebalik dakwaan penukaran status tanah terbabit.

Sekian. Terima kasih.

Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar &
Adun Sungai Panjang.

PUSINGAN KEDUA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA LIM GUAN ENG OLEH SPRM, MEMBUATKAN DAP MAHU PRN DIPERCEPATKAN!!!



Drama di Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng-DAP-PKR masih lagi berlangsung. Di peringkat Pusat, pertelagahan antara Latheefa Koya dan Tony Pua yang dikatakan sebagai 'berbincang' oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, juga mendapat perhatian memandangkan kedua-duanya bertelagah secara terbuka menggunakan medan sosial.

Desas-desus juga semakin kuat, Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Justeru untuk itu, PKR perlu bersetuju dengan kehendak DAP untuk membolehkan DUN Pulau Pinang dibubarkan dan Anthony Loke bertanding di salah satu DUN di Pulau Pinang.


Pada masa yang sama, SPRM sedang melakukan 'lawatan' ke beberapa jabatan kerajaan yang berurusan dengan Jawatankuasa One-Stop-Centre Penang Island City Council (OSC) selain mengambil beberapa dokumen dari jabatan-jabatan kerajaan tersebut. Malah beberapa orang pegawai SPRM juga dikesan memasuki KOMTAR yang menempatkan pejabat Ketua Menteri. Sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa pusingan kedua tuduhan rasuah dan salahguna kuasa membabitkan Lim Guan Eng telah pun bermula.

Di Selangor, isu DEIG yang telah senyap, kembali ditimbulkan. Bukan daripada orang UMNO tetapi daripada kelompok pro-Pakatan Harapan sendiri yang anti-pentadbiran Azmin Ali. Kehilangan sejumlah besar wang bernilai RM7.65 bilion menggunakan syarikat berharga RM2, walaupun telah dinafikan oleh Azmin Ali namun penafian dan penjelasan yang dibuatnya di Sidang DUN pada Ogos 2015, menunjukkan ada sesuatu yang sedang disembunyikan.


Justeru itulah, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR merangkap anak perempuan sulung Anwar Ibrahim cuba mencari jalan tengah dengan menyatukan semua kelompok yang bertelagah dalam Pakatan Harapan agar melupakan tentang persoalan-persoalan mereka, sebaliknya bersatu dengan isu 1MDB yang dilihat boleh menekan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN.

Pilihanraya Negeri Pulau Pinang merupakan antara penyelamat Lim Guan Eng yang mampu difikirkan oleh DAP. Walaupun beberapa orang pemimpin DAP turut terlibat dalam mempopularkan dan memomok-momokkan tentang 1MDB tetapi kedudukan Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa terutama sekali membabitkan hartanah di seluruh Pulau Pinang, mampu membuatkan DAP kembali menjadi sebuah parti yang tidak popular di kalangan masyarakat Cina.

Dek kerana itulah, DAP memerlukan satu mekanisme yang membolehkan mereka terus memegang kuasa di Pulau Pinang, sekaligus 'membetulkan' semula kesilapan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan pada masa yang sama, memastikan tabung mereka tetap penuh dan tidak terjejas kerana keyakinan yang terhakis di kalangan 'para pelabur'.

Bagaimanapun, PKR yang tahu kemenangan dan kejayaan mereka sebelum ini banyak bergantung dengan PAS, tidak yakin PRN adalah penyelesaiannya. Kebimbangan PKR bahawa mereka akan kehilangan banyak kerusi di Pulau Pinang, bertambah ekoran sambutan untuk parti tersebut semakin menipis. Apatah lagi di dalam PKR sendiri wujud peperangan sesama sendiri yang menyaksikan banyak muka-muka muda yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim, dicantas dan sesetengahnya dipetisejukkan.


PAN pula tidak boleh diharap walaupun di sebalik gah dengan publisiti kononnya telah berjaya merampas ahli-ahli PAS, PAN sebenarnya tidak mempunyai pengikut baru. Malah tidak mempunyai kekuatan pada peringkat akar umbi.

Di sebalik gembar-gembur tentang 1MDB dan Malaysian Official No.1, Penang Official No.1 pula nampaknya semakin gentar biarpun mendapat bantuan dan sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammad.

Mungkin kegementarannya akan semakin ketara apabila ramai pegawai Imigresen yang ditangkap kerana terlibat dalam penyalahgunaan kuasa selain pemergian satu rombongan pihak berkuasa ke Hong Kong, yang menjadi DESTINASI POPULAR Guan Eng dan Betty Chew!!!


KEHEBATAN PEGUAM-PEGUAM PKR DAN DAP BELA PENJENAYAH GUNA MEDIA, HASILKAN KUMPULAN PENJENAYAH YANG BERTINDAK SEPERTI KOBOI!!!



Negara ini bukannya negara koboi. Malah sejarah koboi tidak pernah tercatat di negara ini tetapi semenjak kebelakangan ini, pesta tembak-menembak bagaikan tidak terkawal terutama sekali membabitkan pemilikan senjata api dan kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang sangat banyak serta pelbagai nama.

Ketua Polis Negara menyatakan bahawa pembunuhan terbaharu di Setapak menggunakan senjata api dan ala Mafia, bukannya membabitkan pembunuh upahan sebaliknya membabitkan persaingan antara kumpulan jenayah. Kebetulan pula, mangsa yang terbunuh adalah orang kuat salah sebuah kongsi gelap selain pemberi pinjaman atau ceti.

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan berpendapat, pesta tembak menembak sekarang adalah hasil daripada aktiviti kumpulan-kumpulan haram. Menurutnya, terdapat lebih daripada 20 kumpulan kumpulan haram beroperasi di negara ini dan kumpulan-kumpulan tersebut sangat giat merekrut ahli-ahli baru.

Selain daripada berebut kawasan yang menjurus kepada serangan dan pembunuhan menggunakan senjata api, kumpulan tersebut turut mengutip wang perlindungan daripada orang perseorangan mahupun syarikat. Justeru, menurut bekas KPN itu, polis perlu mengambil sikap lebih serius dalam menangani kumpulan-kumpulan haram tersebut terutama sekali memburu ketua-ketua kumpulannya.

Kumpulan-kumpulan haram tersebut turut terlibat dalam perniagaan lendir dan judi.

"Sesuatu harus dilakukan untuk mengelakkan lebih ramai remaja daripada menyertai kumpulan-kumpulan tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya takut untuk membuat laporan polis terhadap kewujudan kumpulan tersebut walaupun pada masa yang sama, dibimbangi tindakbalas daripada kumpulan-kumpulan tersebut ke atas mereka. Negara ini mempunyai undang-undang yang melindungi pemberi maklumat dan orang awam.

Kematian akibat pembunuhan menggunakan senjata api meningkat ketara dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Menurut polis, kebanyakan kes adalah melibatkan persaingan antara kumpulan-kumpulan haram.

Sudah sampai masanya, pihak berkuasa menangani masalah ini sepertimana mereka menangani masalah Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Tindakan dan hukuman perlu dijatuhkan semaksima mungkin termasuklah ke atas pemilikan senjata api dan peluru.

Manakala perlu wujud sekatan ke atas peguam-peguam yang menggunakan media untuk membela anakguam mereka yang merupakan suspek penjenayah seperti yang kerap ditunjukkan oleh peguam-peguam dari PKR dan terutama sekali DAP!!!


ISTERI PELAKON TERKENAL ANTARA 28 PEGAWAI IMIGRESEN YANG DICEKUP KERANA TERBABIT DALAM SINDIKET MEMALSUKAN DOKUMEN!!!



Lagi cerita tentang penangkapan PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA dalam Jabatan Imigresen.

FMT melaporkan tentang penangkapan 28 orang pegawai Jabatan Imigresen termasuklah isteri seorang pelakon popular kerana didakwa terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia. Wanita berusia 33 tahun itu ditangkap dalam satu operasi khas yang dibuat oleh PDRM di Putrajaya pada Selasa lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim, mereka semua ditangkap kerana disyaki memalsukan dokumen bagi memudahkan kemasukan pendatang asing ke negara ini tanpa melalui prosedur yang sah.

Selain itu, polis juga turut tidak menolak kemungkinan terdapat pembabitan pegawai-pegawai kanan Imigresen dalam kes tersebut.

Sempadan negara dan pintu masuk ke negara ini merupakan kawasan sensitif yang perlu dijaga rapi sepanjang masa. Berbeza dengan negara-negara yang menjadi tumpuan kemasukan pendatang asing lain di dunia, Malaysia dilihat jauh lebih mudah untuk pendatang asing masuk, sama ada melalui pintu masuk sah, mahupun pintu masuk haram yang bersepah-sepah di sepanjang pantainya.

Keluhan demi keluhan tentang pendatang asing, dilihat hanya dibakulsampahkan oleh Jabatan Imigresen yang mempunyai seribu satu macam alasan untuk tidak menjalankan amanah yang diberikan. Dengan berita ini, tidak hairanlah mengapa berlambak-lambak pendatang asing yang kononnya mereka datang ke sini untuk memenuhi permintaan dari sektor pekerjaan tetapi kita boleh melihat bagaimana sebahagian daripada mereka tidak bekerja, mengambilalih perniagaan gerai dan penjaja kecil mahupun bertindak sebagai taukeh di pasar-pasar basah terutama sekali di Lembah Kelang.

Tapi yerlah... walaupun sebelum ini sudah ada pegawai yang ditahan dan ditangkap kerana sabotaj sistem MyIMMs, tetapi hukuman yang mereka terima sekadar tukar tempat kerja, tahan pangkat dan tahan kenaikan pangkat saja. Sedangkan hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka jauh lebih berat kerana melakukan pengkhianatan, bukan sahaja kepada Imigresen tetapi juga kepada rakyat Malaysia dengan membawa masuk lebih ramai penjenayah yang berpotensi.

Mujur jugalah, jenayah besar ini boleh menyelamatkan batang tengkuk pegawai-pegawai Jabatan Imigresen terbabit selain menyelamatkan air muka Jabatan Imigresen sendiri kerana TREND SEMUANYA SALAH NAJIB ABDUL RAZAK!!!


Thursday, July 28, 2016

BERAMBUS DARI NOGHOGHI DEN, KATA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN KEPADA KETUA-KETUA POLIS DAERAH DAN YDP PBT DALAM ISU PREMIS JUDI!!!



Amaran keras Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan kepada ketua-ketua polis dan YDP Kerajaan Tempatan, mungkin akan menimbulkan polemik, terutama sekali apabila membabitkan PDRM dan PBT-PBT yang saling bertuding jari menyalahkan satu sama lain apabila pendedahan tentang kegiatan perjudian dibuat.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara pernah memberi amaran kepada pegawai-pegawainya terutama sekali Ketua-Ketua Polis Daerah atas sebab yang sama, tetapi sehingga kini, tiada sebarang tindakan yang dikenakan dan masalah perjudian haram serta kewujudan premis-premis judi, masih juga tidak dapat ditangani walaupun terdapat laporan dan pendedahan dilakukan oleh media mahupun oleh orang awam.

Walaupun serbuan dilakukan, dan ada tangkapan yang dibuat, tetapi yang ditangkap dan didakwa hanyalah anak-anak bilis yang tugasnya hanyalah menjadi juruwang dan menjaga premis, sedangkan dalang sebenarnya masih lagi tidak tertangkap dan didakwa.

Ironinya, di mana tempat kuatnya DAP, maka banyaklah juga kewujudan premis-premis judi haram selain pusat-pusat urut yang menggunakan tenaga kerja asing yang entah berpermit, entahkan haram tetapi mungkin boleh mengundi dalam mana-mana PRU.

Pastinya kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan itu akan menyentapkan sesetengah pihak terutama sekali pihak yang mendapat banyak keuntungan sama ada dari segi komisyen, upah mahupun saham ke atas premis-premis maksiat tersebut. Dan sudah pastinya juga, mereka akan mencari jalan dan isu untuk memperlekeh-lekehkan Mohamad Hassan sambil menggambarkan Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar UMNO yang kuat makan rasuah dan menyeleweng, sepertimana yang mereka lakukan kepada Najib apabila Najib memangkas imbalan untuk kroni si tua negarawan selain memastikan mereka membayar cukai menerusi sistem GST. Puak berkenaan membalas dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan atas alasan GST yang menaikkannya walaupun hakikatnya, mereka semakin untung besar kerana sudahlah dapat claim balik cukai yang dibayar, mereka juga dapat untung besar daripada peningkatan harga yang disengajakan. Apatah lagi dengan kegagalan Kastam dan KPDNKK menjalankan penguatkuasaan ke atas mereka, sekaligus mengukuhkan lagi persepsi bahawa GST telah menaikkan harga barang dan perkhidmatan.


Banyak pihak terutama dari kalangan yang berkuasa cuba menjadikan ancaman judi haram sebagai satu perkara yang remeh. Dan di sebalik pelbagai iltizam dan ikrar untuk memerangi judi haram, hakikatnya semua iltizam dan ikrar tersebut akhirnya hilang begitu sahaja sebaliknya premis judi haram pula tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Agak aneh kerana pihak berkuasa tidak menangani masalah ini sepertimana mereka menangani masalah komunis dan kongsi gelap pada tahun-tahun 60-an dan 70-an dahulu.

Aman sangat ke Malaysia sampai kegiatan jenayah boleh dibiarkan berleluasa?

Kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, SYABAS diucapkan. Dato' Seri ADA TELUR!!!


KIT SIANG MENCERCA NAJIB ABDUL RAZAK TETAPI MEMUJA-MUJI CHIN PENG, PKM DAN MPAJA!!!



Kalau dah berasal daripada taik, maka akhirnya tetap juga taik. 

Begitulah juga dengan Lim Kit Siang, Malaysiakini dan konco mereka yang cuba menulis semula sejarah negara ini dengan cara penipuan dan putarbelit. Maka tidak hairanlah mengapa Kit Siang dan konco-konconya memutarbelitkan segala-galanya di negara ini asalkan maksud mereka tercapai.

Contoh terbaik yang ditunjukkan ialah apabila Kit Siang begitu memuliakan Chin Peng, PKM dan MPAJA tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Mungkin ianya sudah lama bagi sesetengah orang, tetapi itulah cerminan kepada perbuatan masakininya.

Usaha-usaha untuk memuliakan pengganas komunis dan gerakan komunis, sudah lama melibatkan DAP. Bukti terbaik yang dapat dilihat ialah pada 13 Mei 1969 apabila PKM menerusi Parti Rakyat dan Parti Buruh serta agen-agen mereka yang menyamar sebagai orang awam, melakukan provokasi dan kemudian melakukan serangan berdarah ke atas orang Melayu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. 

DAP menerusi Lim Kit Siang pula bertindak mengapi-apikan masyarakat terutama sekali masyarakat Cina dengan mempersoalkan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan membabitkan kedudukan orang Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. 

Sehingga sekarang pun, DAP masih lagi mempersoalkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu walaupun sekarang ini mereka lebih bijak dengan menyembunyikan serangan mereka dengan bersembunyi di belakang isu-isu yang sengaja dibangkitkan.

Satu artikel yang telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 23 September 2013, dimuatnaik kembali ke laman blog peribadi Lim Kit Siang (DI SINI)

Artikel  asal ditulis oleh kolumnis anarki, Mariam Mokhtar.

Tidak dapat dipastikan sama ada Mariam Mokhtar reti sejarah atau sebaliknya, tetapi apabila dia memuliakan Chin Peng yang kononnya telah mengalahkan tentera-tentera Jepun, malah menyebabkan tentera-tentera Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu, menimbulkan persoalan apa motif sebenar Mariam Mokhtar dan Lim Kit Siang cuba menyelewengkan fakta sejarah. 

Bagaimana dengan jatuhan dua bom atom oleh Amerika Syarikat ke atas Hiroshima dan Nagasaki yang dikatakan punca sebenar tentera-tentera Imperial Jepun menyerah kalah?

Artikel tersebut jelas cuba memuliakan dan sangat menyanjungi jasa-jasa Chin Peng dan komunis di negara walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Niat jahat penulisnya, Mariam Mokhtar dan Lim kit Siang yang menyiarkannya kembali dalam laman blog peribadinya memang terserlah.

Antara ayat yang paling menarik dalam artikel tersebut adalah:

"No one is condoning Chin Peng’s guerrilla warfare but Malaysians must realise that without the CPM, the Japanese in Malaya would not have been defeated."

Kenyataan ini memang jelas PEMBOHONGAN besar!!!

Chin Peng, PKM mahupun MPAJA tidak memberikan kesan langsung kepada Jepun malahan, perjuangan mereka langsung tidak memberikan sebarang keuntungan kepada penduduk Tanah Melayu. Malahan sebelum dua bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun tidak pernah dalam perang di Tanah Melayu. Sebaliknya lebih ramai pula penduduk tempatan yang dibunuh oleh PKM, Chin Peng dan MPAJA.

Sebaliknya penyerahan kalah Jepun di Tanah Melayu selain di negara-negara lain berlaku serta-merta kerana pengeboman dua bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat yang merancang untuk menggugurkan bom atom ketiga ke atas Tokyo.

PKM, Chin Peng dan MPAJA tidak mencipta bom atom mahupun menerbangkannya ke Jepun. 

Perang di Tanah Melayu terhenti apabila Jepun menyerah kalah tanpa sebarang syarat kepada Tentera Berikat pada 15 Ogos 1945. Berita tersebut tidak diumumkan di Singapura sehinggalah 21 Ogos 1945.

Sekaligus, PKM dan MPAJA tidak ada langsung jasa walaupun DAP dan konco-konco mereka cuba mencipta pembohongan dan mengada-adakan cerita fantasi tentang Chin Peng, PKM dan MPAJA.

Seorang ahli politik tua seperti Lim Kit Siang yang sepatutnya lebih berhemah tidak sepatutnya cuba mengelirukan masyarakat terutama sekali masyarakat yang kurang membaca dan mengkaji seperti yang duk ada sekarang dengan cerita-cerita karut tentang Chin Peng, PKM dan MPAJA. Tidak sepatutnya juga orang sepertinya cuba menulis kembali sejarah negara ini dengan maksud politik dan mencipta lebih ramai pembangang dan golongan bodoh.

TONY PUA HANYA BERANI MEMEKAK TENTANG PROJEK ECRL YANG KOSNYA RM60 BILION BERBANDING PROJEK TEROWONG DASAR LAUT YANG JAUH LEBIH MAHAL!!!



Usaha Sarawak Report yang diketahui dibiayai oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tetapi telah diganggu oleh pentadbiran, polisi dan dasar Najib Abdul Razak untuk menunjukkan betapa teruknya Malaysia di bawah Najib Abdul Razak kerana rasuah, peningkatan harga yang bertujuan sebagai rasuah dan komisyen, penyelewengan kuasa dan pembaziran.

Kerana itulah, dalam serangan seterusnya, Sarawak Report mendakwa Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dari RM30 bilion menjadi RM60 bilion semata-mata untuk bail-out 1MDB.

Menurut Sarawak Report lagi, 'rancangan licik PM' itu membabitkan persetujuan untuk menaikkan harga asal ECRL dari hanya RM30 bilion menjadi RM60 bilion, semuanya dipinjam dari Kerajaan China dalam usaha melindungi bayaran hutang syarikat 1MDB (dan Jho Low).

ECRL merupakan projek jangka panjang yang diletakkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang menghubungkan Kuala Lumpur dan tiga negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. Jaraknya adalah 620 kilometer membabitkan sejumlah terowong bawah tanah. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah diwujudkan membolehkan landasan kereta tersebut menghubungkan pelabuhan-pelabuhan utama, pusat-pusat perniagaan dan bandar-bandar di Pahang, Terengganu dan Kelantan yang merupakan kunci utama pertumbuhan ekonomi di wilayah tersebut.

Dijangkakan juga, projek tersebut mengambil masa antara 15 sehingga 20 tahun kerana ia membabitkan banyak kerja-kerja di bawah tanah dan pembinaan terowong merentasi Banjaran Titiwangsa.

Terdapat beberapa kekeliruan yang disengajakan dalam pendedahan Sarawak Report iaitu:

(1) Projek tersebut telah pun dijangka akan mencecah kos RM60 bilion (bukan RM30 bilion sebagaimana yagn didakwa oleh Sarawak Report) beberapa tahun dahulu.

There are multiple problems with Sarawak Report's "expose" though. They are:

Berikut adalah beberapa pautan yang berkaitan:

18 April 2013 East Coast Rail Line May Cost RM60 Billion
9 October 2013 Rail-related projects to create oasis of opportunities
16th May 2016 ECRL MAY COST RM70 BILLION

Projek ini juga dibincangkan dengan hebat dalam forum popular seperti LowYat dan Skycraper City pada tahun 2013 dengan kos RM60 bilion menjadi tajuk utama mereka.

Satu lagi masalah ialah, projek tersebut adalah di bawah Inisiatif Pembiayaan Persendirian (PFI) dan didanakan oleh sektor swasta bukannya oleh kerajaan. Jadi, sektor swasta manakah yang dituduh mahu bail-out 1MDB?

(2)  Kos RM60 bilion tidak terlebih seperti yang ditohmahkan oleh Sarawak Report dan Tony Pua. Pada harga RM60 bilion, projek yang berjarak 620 kilometer membabitkan landasan dan prasarana berkaitan, yang merentasi Banjaran Titiwangasa selain pembinaan terowong dan jambatan bernilai lebih kurang RM96.7 kilometer per kilometer, jauh lebih murah berbanding Projek Terowong Pulau Pinang yang berharga RM3.5 bilion untuk terowong dasar laut berjarak 6.3 kilometer, sekaligus menjadikan kosnya adalah RM555 juta bagi setiap kilometer.

Mengorek terowong di bawah laut di mana jauh lebih mudah dan kosnya lebih rendah berbanding mengorek terowong di banjaran gunung yang menjadikan kos RM96.7 juta jauh lebih rendah berbanding RM555 juta bagi setiap kilometer.

Malahan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan RM305 juta hanya untuk laporan kebolehlaksanaan dan rekabentuk untuk terowong dan 3 jalan berkaitan yang jaraknya hanya 20.3 kilometer. Separuh bayaran telah pun dibuat.

Lebih aneh lagi, selain daripada membayar penuh kos pembinaan terowong, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut menandatangani membenarkan konsesi tol selama 30 tahun yang diberikan kepada syarikat yang sama dan telah dibayar dengan menggunakan wang rakyat.

Hairan juga, mengapa Tony Pua langsung tak nampak perbezaan besar kos ini. (RUJUK SINI)

Segala-galanya cuba dikaitkan dengan 1MDB. Mana-mana syarikat asing yang melabur di Malaysia, akan dikatakan untuk bail-out 1MDB. Sekiranya syarikat tempatan memperolehi projek-projek mega, ia adalah untuk bail-out 1MDB. GST yang dikuatkuasakan juga untuk bail-out 1MDB. Akta Hasutan pun untuk melindungi 1MDB. Lim Guan Eng didakwa atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa pun, untuk selamatkan 1MDB. Ling Liong Sik dan Tony Pua kena saman oleh Najib pun disebabkan 1MDB. Segala-galanya dikatakan untuk melindungi 1MDB.


ALAH, REPORT POLIS KAT DANG WANGI JER PUN, BUKANNYA KAT SCOTLAND YARD ATAU FBI... KENAPA MELATAH?!!!



Jangankan puak-puak ProTun, puak-puak DAP dan PKR pun turut sama tidak berpuas hati apabila Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis ke atas tiga orang Tan Sri yang didakwanya merancang untuk menjatuhkan dan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Mereka mempersoalkan tentang tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu. Malah para penyokong dan pentaksub yang lebih dikenali sebagai zombie takdak otak pula, memperlekeh-lekehkan tindakan tersebut yang bagi mereka, hanyalah satu lagi serangan kosong ke atas Mahathir dan kroni-kroni yang dibela oleh Mahathir.

Namun reaksi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut, jelas berbeza dengan Najib Abdul Razak, mahupun muka Mahathir yang sentiasa masam dan tertekan semenjak kebelakangan ini. Najib ketika berhadapan dengan pelbagai masalah terutama sekali tuduhan dan dakwaan dia melakukan penyelewengan, menyerahkan segala-galanya kepada polis dan SPRM untuk menjalankan siasatan. Malah berikrar tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat. Sedangkan ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut mempamerkan kegelabahan dan tidak juga mengutarakan ayat yang sama, iaitu membiarkan pihak berkuasa melakukan siasatan dan kemudian membawa mereka ke muka pengadilan sekiranya wujud elemen-elemen seperti dakwaan Naib Ketua Pemuda UMNO itu.

Ketika Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang terbang ke luar negara seolah-olah mereka balik kampung dan kemudian berselfie di hadapan pejabat pihak berkuasa di sana, selain membuat laporan yang meminta agar pihak asing meminta campurtangan di Malaysia, para pentaksub dan penjilat si tua bertepuk sorak dan menyokong penuh tindakan tersebut. Malah mereka jugalah yang mempopularkan pembohongan tentang Akta Patriot dan Akta RICO yang kononnya akan dikuatkuasakan di Malaysia oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, Najib pula kononnya hendak ditangkap oleh FBI, Scotland Yard, Polis Singapura, Polis Australia, Polis Switzerland dan seribu satu macam agensi yang lain.

Percaya sungguh mereka dengan pembohongan bodoh seperti itu. Malah si tua negarawan itu pun turut menyebarkan pembohongan bodoh dalam ceramah-ceramahnya terutama sekali di Kuala Kangsar. Bila pembohongan bodoh si tua negarawan tidak diterima, para pentaksub dan penjilatnya segera melabelkan mereka yang tidak percaya sebagai PEMAKAN DEDAK, padahal mereka sebenarnya yang memakan dedak demi memastikan pembohongan itu boleh diterima dan dipercayai.

Malangnya, bohong bodoh seperti itu hanya boleh dipercayai oleh mereka yang beranggapan Mahathir adalah maksum dan tidak boleh dikutuk keji kerana perangai laknatnya. Kaum yang waras, tidak akan menerima bulat-bulat, sebaliknya akan ketawa terbahak-bahak kerana prosedur dan protokol G2G tidaklah semudah yang dibayangkan oleh puak-puak berkenaan.

Agak aneh mengapa mereka begitu terkesima dengan tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis ke atas ketiga-tiga orang Tan Sri yang dia sendiri percaya, mereka berkomplot untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak tanpa mengikut saluran pilihanraya.

Matthias dan Khairuddin buat laporan polis di luar negara. Sedangkan Naib Ketua Pemuda UMNO buat laporan polis dalam negara. Matthias dan Khairuddin bukan main dipuji dan disokong lagi, kenapa pula tindakan Pemuda UMNO dikeji dan ditakuti?

Pasal tak boleh kompromi ke?



Wednesday, July 27, 2016

SEKALI LATHEEFA KOYA SUDAH MEMBONGOKKAN TONY PUA YANG TAK FAHAM-FAHAM BAHASA DAN ADAB!!!



Asal kehendak DAP sahaja, PKR mesti kena ikut. Kalau tak ikut, mulalah cop macam-macam. Tapi kehendak PKR kalau tak diikuti oleh DAP pula, keputusan DAP tidak perlu dipertikaikan kerana ianya adalah 'keputusan bersama kepimpinan utama DAP'. 

Dengan kata lain, DAP cuba berlagak sebagai Kepala Kongsi Gelap yang wajib dipatuhi tetapi tidak boleh dicabar. 

Barangkali kerana itulah, hari ini, Latheefa Koya membidas dan menyelar Tony Pua yang cuba menjadi Maharaja Kecil Selangor. 

Katanya, DAP sentiasa berpusing-pusing dan memberikan pelbagai alasan yang berubah-ubah mengapa mereka mahu adakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang.

Aneh juga, takkanlah Latheefa Koya tidak tahu dan tidak maklum tentang perangai tipikal DAP itu. Sama macam Lim Guan Eng jugalah yang kerap berpusing-pusing, berputar belit, menyalahkan orang lain dan mendewakan diri sendiri apabila memberikan jawapan kepada Menteri Kerja Raya  mengapa dia tidak dapat menghantar kajian kebolehlaksanaan bernilai RM305 juta selepas 2 bulan dan selepas 4 peringatan diberikan.

Kalau sesama sendiri pun sukar nak faham, DAP nak sembang apa tentang perjuangan mereka kononnya untuk Malaysia? Sedangkan yang kelihatan dan terbukti sekarang adalah perjuangan untuk DINASTI LIM.

Dalam reaksinya kepada ketua DAP Selangor, Tony Pua, Latheefa Koya berkata, partinya tidak boleh dipersalahkan sekiranya sekutu pakatannya gagal mendapatkan persetujuan mereka. Latheefa Koya turut mempersoalkan, pihak manakah yang mula-mula membuat pengumuman tentang Pilihanraya Negeri selepas butiran tersebut dibocorkan kepada media.

"Siapa yang mengumumkan secara unilateral tentang kematian Pakatan Rakyat? Siapa yang mengumumkan tentang pembentukan Pakatan Harapan, semuanya kepada media sebelum keputusan akhir dicapai," kata Latheefa Koya. 

"Don't strip first and then complain about being left naked," katanya di dalam posting di Facebook.

Sebelum itu, Tony Pua menulis di Facebooknya tentang mereka yang membiarkan rakan-rakan Pakatan mengharungi masa-masa sukar. Bagaimanapun, dia enggan menyatakan sama ada dia merujuk kepada PKR yang masih berpendirian, Pilihanraya Negeri Pulau Pinang adalah satu langkah tidak bijak dan enggan bersetuju dengan kehendak DAP. 

Latheefa yang juga mengetuai biro perundangan PKR turut menyentuh tentang alasan-alasan untuk mengadakan pilihanraya negeri yang kerap berubah-ubah. 

"Mula-mula dikatakan untuk mendapatkan mandat daripada rakyat (agak aneh kerana anda kerap menegaskan bahawa anda tidak pernah kalah). Kemudian anda kata ianya bukan tentang dakwaan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin anda (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng). Dan sekarang anda mengatakan, pilihanraya tersebut adalah tentang referendum menentang Najib berdasarkan kes terbaru membabitkan pendedahan DOJ Amerika Syarikat. 

"Mungkin anda perlu menetapkan pendirian dan fikiran terlebih dahulu dan kemudian menerangkan kepada kami dan meyakinkan kami," katanya tanpa menyentuh tentang DAP atau pun Tony Pua.

Ironinya, Latheefa Koya boleh bercakap, menghentam apa-apa sahaja tetapi akhirnya PKR akan terpaksa menurut kehendak DAP dan Lim Guan Eng. PKR pun bukannya bagus mana... terlalu lemah apabila digertak oleh DAP dan Tony Pua.

Tunggu Tony Pua tunjuk gigi arnabnya kepada Latheefa Koya, tidak lama lagi, Latheefa Koya akan terdiam dan Azmin Ali akan meminta maaf kepada Tony Pua secara diam-diam.

Dah banyak kali sangat dah berlaku!!!


KESIAN... MAHATHIR GAGAL BERSEMUKA DENGAN NAJIB DI MAHKAMAH DALAM KES SAMANNYA!!!



Mahathir gagal lagi... dan para pentaksubnya terpaksa mencari kaedah lain untuk terus memalukan Najib Abdul Razak...

Sebelum ini, para pentaksub dan penjilat si tua begitu yakin, Najib akan dimalukan di mahkamah kerana Mahathir sendiri yang akan membawa kes salahguna kuasa dan penyelewengan. Konon-kononnya Mahathir mempunyai bukti yang kukuh.

Takkanlah seorang negarawan tua yang sangat hebat menyembunyikan segala kejahatannya yang kemudian ditukarkan menjadi kemuliaan walaupun yang memuliakannya terpaksa merungut kerana membayar kenaikan tol lebuhraya dan harga barang serta kekayaan negara yang dibolot oleh sekelompok kawan-kawan Mahathir, akan hadir di mahkamah untuk mengenakan Najib dengan hanya berbekalkan HEARSAY semata-mata?

Mereka sangat yakin, Mahathir akan menang dalam perjuangannya menegakkan kekayaan dan kemewahan kroni-kroni serta anak-anak lelakinya dengan menggunakan mahkamah. Apatah lagi para penjilat dan pentaksubnya sangat selesa dengan alasan, Mahathir sudah tidak ada kuasa, Mahathir sudah tua, Mahathir sudah berjasa kepada negara ini yang menyebabkan dia bebas berbuat apa-apa sahaja, termasuklah mencaturkan Malaysia seolah-olah Malaysia ini adalah harta pusaka peninggalan keturunannya dari Kerala.

Najib pula akan dimalukan di mahkamah dalam serangan bertalu-talu peguam yang mewakili Mahathir, Anina dan Khairuddin. Najib akan tergagap-gagap dan akhirnya mahkamah akan memenangkan saman sebanyak RM2.6 bilion dan RM42 bilion sekaligus menyebabkan Najib akan 'pupus' terus dari muka bumi ini buat selama-lamanya.

Yakin sungguh mereka....

Malangnya, itulah yang tidak berlaku!

Mahathir ke mahkamah dengan hanya berbekalkan HEARSAY, berbuktikan WSJ dan Sarawak Report. Dan akhirnya para pentaksub terpaksa buat-buat tak nampak dan buat-buat buta kayu tentang HEARSAY yang mereka jadikan sebagai bukti kukuh yang hanya sedap sebagai bahan bualan dan sembang di Facebook tetapi tidak berguna walau satu sen pun di mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan bahawa tri Mahathir bersama-sama balaci baghalnya, Anina Saadudin dan suami pelakon, Khairuddin Abu Hasan, gagal membuktikan mengapa perlu untuk Najib memberikan keterangan atas afidavitnya yang dikatakan bercanggah.

Mahathir, Anina dan Khairuddin menyaman Najib atas alasan Najib menyalahgunakan kuasanya.

Pada 10 Mei lalu, mereka menfailkan permohonan agar Najib tampil di mahkamah. Mereka mendakwa afidavit Najib bercanggah, tidak konsisten dan terdapat kekurangan dalam isi kandungannya. Afidavit tersebut adalah sokongan kepada permohonan untuk menolak saman Mahathir, Anina dan Khairuddin.

Mahkamah telah bersetuju untuk pengurusan kes pada 4 Ogos tanpa perlu Najib tampil memberi keterangan sebagaimana yang dimahukan oleh Mahathir dan balacinya.


JABATAN IMIGRESEN TAK RASA MALU KE DENGAN PENDEDAHAN SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN?!!!



Masalah pendatang asing di negara ini bagaikan sudah menjadi barah peringkat 4 yang tidak boleh lagi diubati dan hanya menunggu negara ini dikafankan dan disimpan di liang lahad. Walaupun terdapat pelbagai janji-janji retorik, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah, kegagalan perlaksanaan penguatkuasaan tetap menjadi faktor penyumbang utamanya.

Mei 2016, 'operasi' besar-besaran melibatkan pegawai-pegawai imigresen di pintu-pintu masuk utama ke negara ini telah dilakukan. Puncanya ialah sistem myIMMs disabotaj oleh petugas-petugas Imigresen sendiri. Walaupun kononnya, perbuatan sabotaj tersebut telah dikesan dari tahun 2010, hanya setelah pendedahan berterusan dibuat oleh media sosial, barulah atasan Imigresen bertindak pada tahun ini terhadap 15 orang pegawai imigresen yang dibuang kerja itu manakala 14 orang ditahan kerja dan 8 orang ditangguhkan pergerakan gaji. (RUJUK SINI)

Nampaknya Jabatan Imigresen masih tidak sunyi daripada kontroversi-kontroversi yang kalau ditanya kepada para pentaksub, mereka akan menjawab, KUASA PALING BESAR DI NEGARA INI ADALAH NAJIB, MAKA NAJIB HARUS MELETAK JAWATAN walaupun yang melakukan kesalahan dan pincang tugas adalah kakitangan Imigresen.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mempersoalkan tindakan Jabatan Imigresen yang menyerbu premis-premis menjual makanan yang mengupah pekerja asing tertentu tetapi tidak peduli dengan premis lain yang turut melakukan perbuatan serupa.

EAIC yang antara lain tugasnya ialah memantau aduan terhadap pegawai-pegawai agensi penguatkuasaan kerajaan, kini menunggu penjelasan daripada Ketua Pengarah jabatan tersebut, Sakib Kusmi tentang serbuan berpilih yang diamalkan oleh Jabatan Imigresen.

Pengerusi EAIC, Yaakob Md Sam berkata, "Kami dapati pegawai-pegawai imigresen telah menyerbu sesetengah restoran tetapi tidak melakukan tindakan yang sama pada premis yang lain walaupun premis-premis tersebut hanya berada di sebelah premis yang diserbu."

"Mengapa satu premis diserbu dan premis-premis yang lain dibiarkan?"

EAIC juga mendapat, banyak outlet pasar malam dijalankan oleh imigran haram.

"Mereka tidak mempunyai permit tetapi mereka masih boleh terus beroperasi dan menjalankan perniagaan. Masalah ini telah menjadi besar berdasarkan aduan daripada orang awam. Mereka melihat perlaksanaan berpilih diamalkan oleh Imigresen."

Yaakob turut mempersoalkan tentang pegawai-pegawai imigresen yang didakwa bekerja dengan portal perkhidmatan elektronik, MyEg.

MyEg merupakan pembekal perkhidmatan elektronik yang menyediakan dan memudahkan perkhimatan kerajaan kepada rakyat (G2C) seperti memperbaharui cukai jalan dan membayar saman polis. Ia juga turut menyediakan khidmat untuk Jabatan Insolvensi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat-syarikat utiliti yang lain.

"Saya yang telah menugaskan mereka di situ? Siapakah yang membayar gaji mereka? Apa yang mereka buat di sana? Kepada siapa mereka membuat laporan?" (RUJUK SINI)

Sememangnya banyak persoalan yang boleh ditimbulkan tetapi tidak akan dijawab serta-merta oleh Imigresen melainkan terus bermain dengan retorik sepertimana dalam kes pekerja dan pendatang asing yang bekerja dan berniaga di pasar-pasar basah di seluruh negara.

Chow Kit seumpamanya merupakan contoh terbaik bagaimana Jabatan Imigresen terlalu lemah dalam menguatkuasakan undang-undang terutama pada waktu malam apabila kawasan yang dikenali sebagai pasar, dikuasai sepenuhnya oleh warga asing yang memberi alasan, mereka hanyalah pekerja walaupun sebenarnya mereka adalah penyewa permit dan lesen milik warga tempatan.



JANGAN CONTOHI KEZUHUDAN ANAK MAHATHIR YANG KONONNYA TIDAK MENGGUNAKAN KEPENTINGAN AWAM UNTUK MENIMBUN KEKAYAAN PERIBADI!!!



Penulis: Rozmi Mokhtar

DS Mukhriz Tun Mahathir Bertungkus Lumus Meningkatkan Dana Kekayaan Peribadi Dan Kepentingan Dalam Saham Syarikat Opcom Holding Berhad. Sementara Rakyat Di Ajak Turun Ke Jalanan!!!.

■ Pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB. Sabitan kesalahan boleh membawa kepada hukuman pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI).

■ Bursa Saham telah mengumumkan DS Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd dengan penambahan 29% saham kepentingan.

■ Walaupun DS Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik Telekom Malaysia (TM) semasa ayahnya Tun Mahathir Perdana Menteri  lagi tak mungkin menjadi miskin.

■ Pada tahun 2009 ketika DS Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu DS Mukhriz  menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Dato Mokhzani Mahathir.

■ Pada Mac 2015 selepas Dato Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2%. Bursa Malaysia turut mengumumkan di dalam portal mereka.

■ Media melaporkan DS Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri DS Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

■ Opcom Holding Berhad dan DS Mukhriz pernah menjadi isu apabila Opcom dan adik- beradik DS Mukhriz mendapat kontrak daripada kerajaan ketika ayahnya Tun Mahathir  sebagai PM Malaysia. Ia dianggap amalan kronisme dan nepotisme.

■ Opcom pada tahun 2003 mendapat Kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta 'secara rundingan terus' (Direct Nego) diberikan oleh Telekom Malaysia dan kelulusan Kementerian Kewangan. Di mana Tun Mahathir pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan. Opcom telah memonopoli projek fiber optik Telekom Malaysia sehingga ke hari ini. Sila rujuk surat Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 7 Oktober 2003.
(S/K.KEW/PK/M/504/000000/110/89/SJ.14) dan Surat dari Telekom Malaysia Berhad (bil 18/PA(ST)7120/5/2003)
Bertarikh 15 September 2003.



■ Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd (TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4 billion. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom Holding Bhd  apabila dalam tahun 2015 Telekom Malaysia menganugerahkan 3 projek berjumlah RM282.24 juta ekoran dari surat sokongan MOF yang masih ada.

■ Kroni Tun Mahathir bukan baru malah penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Dato Mirzan, MISC diambilalih oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Dato Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital.

■ Sudah tiba masanya Kerajaan membuat keputusan ADIL walau pun sukar untuk MEMBATALKAN monopoli Pengilangan, Pembekalan dan Penghantaran Cabel Fiber Obtik dari vendor TM. Syarat merujuk kepada Opcom haruslah dibatalkan.

■ Berilah peluang kepada pengilang dan pembekal fiber lain. Jika boleh lahirkan lagi syarikat bumiputera lain bagi elak monopoli proksi Tun Mahathir.  Mereka bersekongkol dengan kuasa asing, pembangkang tetapi kekal mendapat projek ratusan juta. Banyak lagi syarikat bumiputera yang boleh jika diberi peluang.

Renungan: Apa lagi Tun Mahathir mahu?  Majalah Forbes meletakkan kedudukan Dato Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia.

Kasihan pesara telekom pencen dapat RM250 ~ RM300 sebulan. Kekayaan Telekom dirompak Mahathir untuk anak anak beliau..


Tuesday, July 26, 2016

ISU 1MDB, TAK KIRA SIAPA, SERET SAHAJA KE PINTU PENJARA KALAU DAH BERSALAH!!!



Isu 1MDB terus hangat diperkatakan. Dari satu isu meleret ke satu isu yang lain, sehinggalah yang membabitkan desas-desus konspirasi beberapa orang bergelar yang dikatakan akan mengadakan sidang media untuk mendesak Perdana Menteri meletak jawatan sebagai sokongan kepada perjuangan Mahathir yang turut terbabit dalam pembocoran maklumat-maklumat berkaitan kepada pihak asing.

Dari pengumuman DOJ yang kemudian diputarbelitkan menjadi isu jenayah dan mengaitkan Perdana Menteri, sehinggalah kepada cerita Patriot Act dan RICO Act yang tiada kena-mengena dengan Malaysia walaupun pihak tertentu khususnya para pemuja dan pentaksub Mahathir cuba merasionalkannya, isu sebenar 1MDB telah meleret dan jauh dari isu sebenarnya.

Walaupun beberapa tahun kebelakangan ini, 1MDB telah menunjukkan mereka merupakan instrumen pelaburan negara yang tepat tetapi masalah yang wujude tidak boleh disapu di bawah karpet semata-mata. Beberapa nama yang telah disebut dari awal lagi - jauh lebih lama sebelum Mahathir, Tony Pua atau Rafizi mempopularkan isu 1MDB - dilihat membawa masalah besar kepada instrumen pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan ini sekiranya tidak ditangani lebih tangkas dan pantas. Dan ternyata kebimbangan tersebut, dibuktikan dengan masalah 1MDB yang dimuatnaik oleh Mahathir dan konco-konconya.

Pendedahan tentang pengkhianat di dalam pentadbiran dan pengurusan negara yang diketuai oleh Najib Abdul Razak, juga sudah lama didedahkan. Pembabitan orang-orang besar bergelar dalam konspirasi tersebut juga telah diperkatakan lama dahulu.

Namun, tiada sebarang tindakan segera diambil. Walaupun mereka membawa masalah, menimbulkan pelbagai kontroversi dan polemik terutama sekali membabitkan pelaburan-pelaburan yang kemudian mengembalikan semula era kronisme, nepotisme dan korupsi pentadbiran Mahathir, mereka masih diberikan kedudukan yang tinggi dan diberikan kepercayaan untuk menggalas amanah.

Sebelum Arul Kandasamy muncul mengetuai 1MDB, kesemua masalah tersebut cuba dipendamkan dan kemudian apabila masalah demi masalah ditimbulkan sambil diharapkan ianya akan senyap dan dilupakan begitu sahaja, Perdana Menteri pula yang dipaksa menjawab dan bertanggungjawab, sedangkan para pegawai - penyangak sebenarnya - yang didudukkan dalam 1MDB, berlagak lepas tangan dan menganggap diri mereka tidak wujud.

Kenyataan Perdana Menteri bahawa mereka yang telah dinamakan oleh DOJ perlu membela diri dan membuktikan mereka bukannya pencuri atau penyeleweng membabitkan wang 1MDB walaupun pada masa yang sama, 1MDB mendakwa mereka tidak kehilangan sebarang sen mahupun memiliki sebarang aset di Amerika Syarikat, merupakan peringatan yang entah kali ke berapa daripada Perdana Menteri sendiri.

Justeru, di samping mempertahankan perkara-perkara tulen dan sahih serta benar tentang 1MDB, perkara-perkara buruk, kohong dan bisul dalam 1MDB pula sebaliknya perlu ditangani dengan segera.

Sebagai sebuah instrumen pelaburan, risiko dalam pelaburan telah diambil kira tetapi risiko membabitkan kebocoran yang digunakan untuk memutarbelitkan dan kepentingan pihak-pihak tertentu membabitkan dalaman 1MDB sendiri, tidak harus dipandang ringan dan boleh disapu di bawah karpet seperti yang diamalkan sebelum Arul Kandasamy muncul.

Sudah terlalu lama nama seperti Jho Low disebut-sebut bersama-sama syarikatnya, Good Star. Kenyataan Perdana Menteri bahawa Jho Low dan Good Star bukannya 'pekerja' atau 'penasihat' 1MDB nampaknya masih tidak dapat diterima walaupun pelbagai bukti telah ditunjukkan dengan entiti mana sebenarnya Jho Low dan Good Star berpayung.

Isu 1MDB sebenarnya akan terus berlanjutan dengan pelbagai isu-isu lain yang digunakan dalam usaha menjatuhkan Najib Abdul Razak dan kerajaan UMNO-BN. Hanya dengan tindakan tegas membuang duri, dan penyakit dalam 1MDB menerusi transformasi besar-besaran sahaja yang mampu menangani masalah tersebut.

Masalahnya, trend ular berbisa yang mematuk kembali selepas diselamatkan atau anjing tersepit cukup banyak dalam mana-mana entiti kerajaan termasuklah dalam UMNO dan 1MDB sendiri.

Berkemampuankah?


 
Blogger Templates