Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label haron din. Show all posts
Showing posts with label haron din. Show all posts

Saturday, September 17, 2016

ANJING-ANJING DAP, CAP BUNGA DAN PAN TERUS MENYALAK MENGHINA KEMATIAN MURSYIDUL AM PAS!!!



Secara logiknya, UMNO dan PAS adalah musuh utama dalam politik. Bukan baru, bahkan sudah menjangkau ke tahap kafir mengkafir antara satu sama lain. Kebencian yang tertanam dari tahun 1951 sebagai permulaan Biro Agama UMNO menyertai Persatuan Ulama menjadi parti politik yang dikenali sebagai Pan-Islamic Malayan Party atau Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memuncak pada tahun 1978 apabila PAS terkeluar dari Barisan Nasional.

Permusuhan antara PAS dengan UMNO jauh lebih sengit berbanding permusuhan antara UMNO dengan DAP walaupun DAP merupakan entiti utama terbabit dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969 setelah perarakan kemenangan di tengah-tengah Kampung Bharu di Kuala Lumpur yang mencaci maki orang Melayu, akhirnya dibalas dengan perarakan Pemuda UMNO Malaysia pada 13 Mei yang berakhir dengan rusuhan kaum paling berdarah di Malaysia.

Malah jauh lebih sengit permusuhan antara UMNO dengan PAS berbanding PAS dengan MCA atau MIC, komponen utama BN yang kerap dijadikan keledai untuk mentakfirkan UMNO kerana bekerjasama dan mengangkat wakil-wakil MCA dan MIC sebagai wali pentadbiran.


Namun di sebalik permusuhan tersebut, acapkali berlaku persamaan idea dan cita-cita, iaitu mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur sebagaimana yang termaktub dan dinyatakan di dalam al Quran, Baldatun Toiyibbatun Wa Robbun Ghoffur. (“Negeri yang baik dengan Rabb Yang Maha Pengampun” - Surah Saba' 34:15)

Untuk itu, PAS mengenepikan atau mengorbankan cita-cita asal mereka, mahupun ketetapan yang dibuat dari zaman Almarhum Dr. Zulkifli lagi tentang kewarganegaraan dan nasionalisme. PAS seawal tahun 1965 lagi sudah mula sedar, bahawa bersendirian tidak mungkin akan mampu untuk mengubah struktur dan suasana politik di negara ini. Kerana itu, beberapa kali PAS mengadakan pakatan dengan beberapa pihak termasuklah DAP sama ada secara terang atau gelap.

Pakatan bersama DAP buat kali pertama akhirnya telah menjadikan Yang Dipertuanya, Asri Muda dan beberapa orang pemimpin PAS, disingkirkan dari PAS. Namun pada masa itu, DAP tidak ada apa-apa dalam media. Tidak ada Facebook, tidak ada media sosial. Tabloid DAP pun tidak menyeluruh dan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang sangat minima.


1987 dan 1990, PAS mencuba lagi pakatan bersama-sama DAP. Tetapi hanya pada 1999, PAS baru berjaya walaupun PAS enggan memperkenalkan DAP secara rasmi sebagai rakan mereka. 2008, menerusi Anwar Ibrahim, PAS yang cuba menebus kehilangan banyak kerusi pada 2004, akhirnya berada di bawah satu panji-panji bersama DAP.

Buat kali pertama, DAP begitu menyanjungi PAS termasuklah tokoh-tokohnya. Segala caci keji terhadap PAS sebelum itu, terhapus dengan pujian serta sanjungan berlebihan. Dan para tokoh pimpinan PAS juga nampaknya sangat teruja dengan 'perubahan' sikap DAP terhadap mereka.

Namun DAP hanya bersikap begitu kerana kepentingan mereka untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat pengundi Melayu-Islam, terutama ahli-ahli PAS. Apabila PAS enggan melenturkan perjuangan mereka, terutama dalam soal hukum syariat, DAP menunjukkan belang. PAS dipecahbelahkan dengan penubuhan PAN. PAS diterajang. Para pemimpinnya seperti Abdul Hadi Awang, Allahyarham Haron Din, Ahmad Yaakob dan beberapa nama lain, dihina dicaci, disumpah diseranah sesuka hati.

Ditambah pula dengan perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Presiden dan Mursyidul Am PAS terhadap UMNO di bawah pimpinan Najib Abdul Razak, membuatkan mereka terus dihina dan disetarafkan sebagai haiwan hina.

Kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din telah digunakan dengan sebebas-bebasnya oleh pihak berkenaan untuk mengeji, menghina dan mencaci maki. Malangnya, ada pula yang berwajah Melayu, yang dahulunya beria-ia menghentam DAP, kemudian bertukar warna kerana ketaksuban terhadap Mahathir dan Tan Sri Panadol, membela perbuatan tersebut dengan menyalahkan UMNO menerusi blackops cybertroopernya.


Secara logiknya, yang patut mengeji mencaci dan menghina adalah puak-puak UMNO kerana permusuhan yang sudah berdekad-dekad dengan PAS. Ironinya, yang paling banyak menghentam puak-puak yang menghina kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din adalah puak-puak UMNO di media sosial.

Kebencian yang ditunjukkan oleh DAP yang diwakili oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Oii dan kemudian disokong pula oleh para pengikut DAP yang berleluasa dalam ruang komen FMT dan Malaysiakini, sebelum dibela oleh segolongan dari Cap Bunga dan penyokong tegar Tan Sri Panadol, terserlah menerusi kenyataan-kenyataan hina dan biadap yang mereka keluarkan.

Semuanya kerana Allahyarham merupakan antara yang paling awal mengeluarkan kenyataan berhubung kelunakan terhadap kepimpinan Najib Abdul Razak dan kekerasan terhadap kehendak DAP yang mahu meliberalkan Kalimah ALLAH bagi kegunaan kaum Kristian dalam penerbitan berbahasa Melayu.


Disertai oleh para pengikut dan ahli-ahli PAN yang menaruh dendam kerana gagal menghapuskan pengaruh PAS, kebencian terhadap Allahyarham dan kepimpinan PAS secara keseluruhannya, memberikan kelebihan kepada puak-puak DAP untuk melakukan penghinaan secara sewenang-wenangnya.

Ahli-ahli PAS yang dahulunya sangat yakin, DAP menyebelahi mereka, seharusnya sudah dapat melihat belang sebenar DAP dan para pengikut mereka terhadap PAS. Permusuhan politik antara UMNO dan PAS, sebenarnya merupakan satu hikmah kepada umat Islam di negara ini kerana daripada permusuhan itulah, banyak masalah agama dapat dikeluarkan dan diselesaikan. Daripada permusuhan itulah, sekarang ini ramai yang sangat malu kalau tidak singgah ke masjid pada hari Jumaat untuk bersolat kalau tidak pun bersolat di surau pada 5 waktu atau pun sedar, peri pentingnya solat pada setiap waktu. Daripada permusuhan itulah, baru kenal apa itu Qunut Nazilah, apa itu Selawat Ibrahimiyyah dan sebagainya. Dan daripada permusuhan itulah, ilmu-ilmu Islam yang pada zaman sebelumnya terperam dan terperuk, seperti Siyasah Syariah mahupun Usl-Al-Fiqh dipelajari secara terbuka bahkan rasmi oleh negara seperti sekarang.

Tetapi persahabatan dengan DAP, akhirnya membuatkan puak berkenaan besar kepala dan berasakan mereka bebas berbuat apa-apa sahaja, termasuklah memaki hamun sembahan dan akidah serta amalan umat Islam!!!


Friday, September 16, 2016

KEMATIAN HARON DIN AL-HAFIZ DICACI NISTA OLEH RBA DAN DIKETUAI OLEH JEFF OII, SEBELUM 8 JAM KEMUDIAN, DIA CUBA 'MEMBETULKANNYA'!!!



Jeff Oii, Ahli Parlimen Jelutong sebenarnya sengaja memancing kemarahan dan sentimen. Jeff Oii sangat tahu, kenyataannya di Twitter akan mengundang kemarahan tetapi dia sudah bersedia untuk memberikan jawapan balas dan kemudian membodoh-bodohkan sesiapa sahaja yang marah dengan kenyataan biadapnya itu.

FMT dan Malaysiakini menjadi medan kaum yang sangat memusuhi mana-mana tokoh yang dilihat mampu dan cuba menyatukan orang Islam dan Melayu-Bumiputera di negara ini sebagai musuh. Sebarang berita kematian tokoh-tokoh tersebut akan disambut dengan caci maki dan cerca hina yang tidak mungkin sanggup dilakukan oleh manusia normal yang waras fikirannya.


Dan barangkali kerana enggan menjadi sasaran kemarahan, Malaysiakini akhirnya menutup ruang komen yang digunakan sepenuhnya oleh RBA untuk mencaci hina Allahyarham Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz.

Kebencian mereka telah ditanam dan berakar umbi hanya semata-mata untuk memastikan kemenangan bagi pihak DAP.

Dan mereka sangat teruja apabila ada tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin tertentu yang bagi mereka menghalang DAP daripada mendapat kemenangan berganda, meninggal dunia atau ditimpa musibah.




Itulah yang berlaku kepada Allahyarham Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz. Di sebalik kesedihan yang ditunjukkan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam, terdapat pula sebilangan rakyat Malaysia (kalau benarlah mereka rakyat Malaysia), cuba bermain sentimen kebencian yang akhirnya mengundang kewujudan dan kekuatan kumpulan esktremis seperti DAESH dan ISIS.

Pastinya, perbuatan biadap ini akan diambil serius oleh sesetengah golongan. Pembelaan seperti yang dilakukan oleh salah seorang penyokong tegar Mahathir dan Cap Bunga pula, tidak akan meredakan keadaan sebaliknya, boleh menambahkeruhkan lagi keadaan.


Seperti yang dijangkakan, permainan Jeff Oii kemudiannya bertukar kepada membodoh-bodohkan orang lain kononnya orang lain tidak faham dan buta Bahasa Inggeris. Kononnya Bahasa Inggeris yang digunakannya terlalu tinggi dan sukar difahami oleh orang biasa.


Monday, July 4, 2016

KONCO MAHATHIR SAKIT HATI DAN BELASAH HARON DIN AL-HAFIZ SEBAB MURSYIDUL AM PAS NASIHAT LIM GUAN ENG SUPAYA BERCUTI ATAU LETAK JAWATAN!!!



DAP dan konco-konco Mahathir serta PKR menjadikan Haron Din sebagai bahan sesahan terbaharu mereka. Sebabnya sangat mudah, Haron Din telah menasihatkan Lim Guan Eng agar meletakkan jawatan atau bercuti sementara kesnya dibicarakan di mahkamah. 

DAP, konco-konco Mahathir dan PKR secara  buta perut dan bongok segera menempelak Haron Din kononnya Mursyidul Am PAS itu bersikap makan dedak kerana tidak berani mengutarakan perkara yang sama kepada Najib Abdul Razak yang dikatakan pencuri, perasuah, penyeleweng dan penzalim walaupun tiada sebarang bukti yang dapat ditampilkan untuk mengheret Najib ke muka pengadilan. 

Semuanya sekadar hear-say. Semuanya sekadar teka-teka dan percaya dengan tohmahan berunsur fitnah demi kepentingan kroni.

Dan kerana itulah, PAS menegaskan, mereka tidak akan mendesak Najib untuk bercuti memandangkan kes yang membabitkan Najib sangat berbeza berbanding Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Mursyidul Am Haron Din yang mendesak dan menasihatkan Lim Guan Eng agar bercuti memandangkan kes jenayah rasuahnya telah dibawa ke mahkamah. 

Menurut Tuan Ibrahim, dia telah membaca kenyataan Haron Din di dalam media. Menurutnya, kes Lim benar-benar berbeza daripada kes Najib. Kes membabitkan Lim Guan Eng akan dibicarakan manakala kes Najib pula lebih banyak kepada bayangan khayalan.

Tuan Ibrahim turut memberi komen berhubung kenyataan macai Mahathir yang tiba-tiba sahaja mampu menebus rumah dan status muflisnya secara misteri, Khairuddin Abu Hassan yang mempersoalkan 'nasihat' Haron kepada Lim Guan Eng.

Khairuddin turut mempertikaikan kegagalan Haron memberikan nasihat yang sama kepada Perdana Menteri dalam kes RM2.6 bilion, derma politik yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib yang kemudian diperakui oleh Kerajaan Arab Saudi bahawa ianya adalah benar-benar derma, bukannya wang seleweng 1MDB seperti yang mahu dipercayai oleh kelompok ProTun. 

Lim Guan Eng didakwa menyalahgunakan kuasa dan rasuah bagi kepentingan dirinya dan isterinya, Betty Chew. Difahamkan juga, kerja-kerja menekan dan memberikan tekanan kepada saksi-saksi sedang giat dijalankan. 

Salah satu dakwaan adalah membabitkan penukaran status tanah pertanian kepada tanah kediaman manakala satu lagi dakwaan adalah pembelian banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta, berbanding harga sebenar RM4.7 juta.

Rakan sekongkol Lim Guan Eng, Phang Li Koon dan syarikatnya turut diseret sama. Phang Li Koon dalam Akuan Bersumpahnya menyatakan dia dan syarikatnya tidak mempunyai sebarang kaitan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sedangkan bukti-bukti yang ditampilkan pula berbeza sama sekali. Malahan teras utama perniagaan Phang Li Koon adalah kontrak dan tender Kerajaan Negeri.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian PAS, Dr. Zuhdi Marzuki berkata, kenyataan Haron langsung tidak berat sebelah sebagaimana yang didakwa. 

"Sekiranya Najib didakwa di mahkamah seperti Lim, dia juga perlu melepaskan jawatan atau bercuti sepanjang perbicaraan itu," katanya. 

Tuesday, January 27, 2015

HARON DIN PUN BANTAI DAP YANG DISIFATKANNYA SENGAJA UNDANG PADAH DAN PERSENGKETAAN KAUM DI MALAYSIA!!!



Pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menyumbang ke arah usaha mewujudkan keharmonian politik negara ini, malah akan mengundang padah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Katanya, negara boleh ditimpa padah sekiranya DAP terus berdegil melaksanakan pilihan raya PBT itu, sedangkan kepemimpinan ulama di dalam PAS yakin kebimbangan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemungkinan ia mengakibatkan peristiwa 13 Mei berulang, ada asasnya. "Sebarang isu yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman akan mengundang padah.

"Kalau tidak segera, maka masa mendatang akan lebih mencabar, kerana itulah isu pilihan raya PBT ini elok dihentikan segera," kata Haron menurut laporan Utusan Malaysia hari ini. Kelmarin, Hadi mendakwa pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan jurang dalam masyarakat kerana ia menguntungkan penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina dan menimbulkan kebimbangan berulangnya peristiwa berdarah pada 1969 itu.

Haron turut memberi peringatan kepada DAP, pandangan Hadi tersebut bukan bersifat peribadi kerana ia turut tidak dipersetujui semua ahli PAS. Katanya, DAP sewajarnya bersikap prihatin sebelum melakukan sebarang tindakan yang melibatkan umum, terutamanya... TERUSKAN MEMBACA DI GERAKAN ANTI PKR
 
Blogger Templates