Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label saifuddin abdullah. Show all posts
Showing posts with label saifuddin abdullah. Show all posts

Monday, July 4, 2016

TAK PAYAHLAH SENTAP!!! UMNO CIPTAAN MAHATHIR BANYAK MELAHIRKAN PAK LAWAK YANG BODOH!!!



Kisah cantas dan politik wang bermula pada zaman Mahathir. Kalaupun bukan dengan wang kertas, tetapi pemberian projek adalah amalan yang akhirnya dianggap sebagai satu keperluan untuk para pemimpin UMNO menyumbangkan bakti khidmat kepada masyarakat dan penyokong.

Malangnya, hanya segelintir sahaja yang memulangkannya kepada masyarakat, sebahagian besar yang lain membesarkan tembolok masing-masing dan kemudian bergaya dengan kehidupan gaya mewah. Bila projek tak dapat dan tembolok mulai kempis, mereka mulalah buat perangai dan akhirnya bertukar menjadi 'PEJUANG RAKYAT' seperti Khairuddin Abu Hassan atau menggunakan Dr. Mahathir untuk melakukan tekanan agar mereka boleh terus melahap serta menghirup darah rakyat.

Namun yang nyata, kebanyakan mereka yang terdidik dengan dogma dan doktrin Mahathirisme termasuklah cuba mahu menjadi kapitalis, apabila kehendak mereka tidak dituruti, akan memaparkan kebodohan dan kebenakan yang terlalu ketara.

Kenyataan Saifuddin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Temerloh dan cukup dikenali dengan NEW POLITIC ideanya, merupakan bukti hidup kepada kegagalan UMNO Mahathir melahirkan pemimpin yang cerdik. Kebodohannya bukan sahaja memberi ulah kepada diri sendiri, bahkan cuba dikembangbiakkan kepada masyarakat yang turut sama-sama buta kayu adan buta perut dengan menonong mengikut orang seperti Saifuddin Abdullah.

Mungkin seronok untuk menerima sokongan dan mendapat perhatian dengan hujahnya, terutama daripada para penyokong yang saiz otak mereka hanyalah sebesar biji kacang tanah, Saifuddin mempersoalkan tentang kegagalan pihak berkuasa mendakwa Najib Abdul Razak kerana peranannya sebagai pembeli hartanah murah dan juga sebagai penjual hartanah tersebut.

Pencipta NEW POLITIC ini langsung tidak dapat membezakan transaksi antara GLC dengan GLC berbanding penjawat awam dan ahli perniagaan. Dia main pukul rata kerana kebanyakan penyokongnya hanya mendengar seperti apa yang dituturkannya.


Ia samalah seperti Nga Kor Ming cuba berjenaka dengan menggunakan durian harga murah yang menyebabkan pembelinya boleh didakwa di mahkamah. Undang-undang yang menyatakan secara jelas tentang penjawat awam dalam isu ini langsung tidak disentuh.

Itu pasallah ARBITRATION antara IPIC dengan 1MDB dikatakan sebagai saman tuntut ganti rugi oleh IPIC terhadap 1MDB tanpa mereka tahu bahawa ianya merupakan pemula kepada proses G2G (Kerajaan Kepada Kerajaan).

Nak buat macam mana, disebabkan kebebalan itulah, mereka berasakan, mereka sangat pandai dan hebat kerana menghentam Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Penjelasan-penjelasan dan bukti-bukti yang diberikan berhubung hujah dan tuduhan mereka, langsung tidak diterima kerana mereka hanya mahu percaya dengan apa yang mereka percaya!!!


Thursday, October 15, 2015

KHALID SAMAD MALU KERANA BAHAN KUMUHAN UMNO MASUK PKR, TERPAKSA REKA CERITA KONONNYA SAIFUDDIN ABDULLAH ORANG BIJAK!!!



Wah, bukan main lagi berkokok Khalid Samad dan kawan-kawannya dengan kemasukan Saifuddin Abdullah ke dalam PKR.

Menurutnya, dia sangat gembira dengan kemasukan mana-mana pemimpin UMNO-BN ke dalam mana-mana komponen Pakatan Harapan, sekaligus menurutnya akan mengukuhkan Pakatan Harapan dan menumbangkan UMNO-BN dengan pantas. (RUJUK SINI)

Tetapi yang paling melucukan ialah apabila Khalid Samad menyatakan, lebih ramai ORANG BIJAK dari UMNO yang melompat keluar menyertai Pakatan Harapan.

Lawak lepas Asar yang membawa jenaka ke Subuh nih!

Asal masuk geng dia jer, mulalah orang yang tidak masuk itu bodoh, yang menyertai itu bijak-bijak belaka!

Bijak ler sangat sampaikan sehingga kini hanya tuduhan yang mampu dilemparkan tanpa disertakan dengan bukti. Malahan cerita kosong seperti CINCIN 24 JUTA pun masih lagi didendangkan dan dipercayai walaupun bukti-bukti yang telah ditunjukkan sebelum ini mengesahkan bahawa Khalid Samad dan kumpulannya adalah manusia-manusia bingai!


Bijak sangat ke Saifuddin Abdullah yang sudah lama dihalau keluar dari UMNO terutama selepas PRK Kerdau 2011 dahulu? Atau sebenarnya UMNO yang terlalu bodoh kerana terus menyimpan Saifuddin Abdullah walaupun telah berulang kali bukti-bukti nyata menunjukkan kesetiaannya adalah kepada Anwar Ibrahim sehingga hanya menunggu Saifuddin sendiri melucutkan keahliannya dari UMNO, bukannya ditendang terajang seperti yang dilakukan kepada Anwar Ibrahim?

Bijak sangat ler Pakatan Harapan yang lahir daripada Pakatan Rakyat, yang bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang bukan sahaja mencuri kerusi milik PAS seperti Khalid sendiri, bahkan lambang parti, logo parti, bendera parti, malahan jurucakap parti pun, dicuri dan dirompak sesuka hati?

Itu yang dinamakan bijak?

Kalau itulah namanya bijak, memang langit sudah terbaliklah, anak Samad oiii!!!


Tuesday, October 13, 2015

SAIFUDDIN ABDULLAH AKAN MASUK PKR? KALAU BETUL, ALHAMDULILLAH!!!



Di WhatsApp, berita atau lebih tepat lagi, pengumuman rasmi berkenaan 'pemimpin UMNO' yang akan menyertai PKR telah dibuat dan mula diperolehi secara mudah dalam group-group WhatsApp yang beraneka nama.

Bagaimanapun, nama 'pemimpin UMNO' yang akan menyertai PKR dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh Presiden parti tersebut merangkap isteri Perdana Menteri 16 September yang entah kali ke berapa, tidak pula dinamakan.

Pun begitu, khabar-khabar angin bertiup kencang, 'pemimpin UMNO' yang dimaksudkan itu adalah Saifuddin Abdullah, orang buangan dalam UMNO yang kemudian diberikan jawatan dan perjawatan tetapi kiblatnya tetap Anwar Ibrahim.

Saifuddin Abdullah kebelakangan ini tidak lagi berselindung-selindung menyebelahi PKR dan DAP. Beberapa majlis yang dianjurkan oleh DAP telah dihadirinya dengan mengatasnamakan 'bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO' seperti dalam demonstrasi MENYOKONG THE EDGE. (RUJUK SINI)

Saifuddin Abdullah kalah dalam PRU-13 di Kerusi Parlimen Temerloh di tangan Nasaruddin Tantawi dengan jumlah majoriti yang agak besar bagi seseorang yang berjawatan Timbalan Menteri pada ketika itu.


Sudah lama jangkaan dibuat, CEO Global Movement of Moderates, sebuah pertubuhan yang diwujudkan sebagai ehsan untuknya terus hidup dan bernyawa, akan menyertai PKR walaupun dia terus mendakwa akan terus berada di dalam UMNO.

Saifuddin secara hakikatnya sudah tidak ada tempat di dalam UMNO. Rata-rata orang UMNO sendiri tidak percaya dengan Saifuddin Abdullah yang lebih memprojeksikan dirinya sebagai benteng untuk PKR dan puak-puak pro-DAP dalam banyak isu terutama yang menentang kerajaan. Dia pernah dilaporkan akan mengetuai sebuah badan bukan parti politik yang akan diasaskan oleh Nazir Abdul Razak, adik Perdana Menteri. Bagaimanapun cerita tersebut lenyap begitu sahaja. (RUJUK SINI)

Mimpinya tentang moderat telah memakan dirinya sendiri sehingga akhirnya moderat yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah dengan menjadi penentang kerajaan dalam segala isu yang berpihak kepada pembangkang!

Adakah dia yang ditunggu-tunggu oleh kepimpinan baru PKR selepas Kamaruddin Jaafar mengambilalih kedudukan Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung parti tersebut sebagaimana yang kuat bertiup sekarang ini?

Atau sekali lagi Saifuddin Abdullah bertukar menjadi mengkarung yang secara tiba-tiba boleh menukar warna badannya sekali lagi?

Kita tunggu 15 Oktober nanti... dua hari sahaja lagi!!!

Atau pun penafian daripada tuan punya badan.



Tuesday, September 22, 2015

SAIFUDDIN ABDULLAH MENYERTAI MEJA BULAT PAKATAN HARAPAN ATAS KAPASITI DIRI SENDIRI ATAU ATAS NAMA YAYASAN PERGERAKAN MODERAT GLOBAL?



Saifuddin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Temerloh, bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan sekarang ini mengetuai sebuah yayasan tajaan kerajaan yang sebenarnya dicipta untuk mewujudkan 'kerja kosong' buatnya, begitu berani mempamerkan belang dan sokongannya kepada Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Mat Sabu dan Lim Kit Siang.

Sekaligus menepati segala dakwaan demi dakwaan yang kerap dinafikannya sebelum ini.

Bangga betul Saifuddin Abdullah setelah dia menghadiri mesyuarat meja bulat yang secara rasminya telah menubuhkan Pakatan Harapan yang melibatkan PKR, DAP dan Amanah tanpa PAS dan Parti Sosialis Malaysia.


Tidak pula dipastikan, siapakah yang diwakili oleh Saifuddin Abdullah. Adakah Yayasan Pergerakan Moderat Global yang telah diwujudkan selepas Saifuddin Abdullah hilang jawatan sebagai Ahli Parlimen Temerloh pada PRU-13 lalu dan sepatutnya menjadi sebahagian NGO pro-kerajaan yang memperkenalkan dasar-dasar serta polisi moderat kerajaan Najib Abdul Razak, telah bergabung dengan Pakatan Harapan?

Ura-ura Kerajaan 16 September 2008 mahu ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim, Saifuddin Abdullah yang pada waktu itu merupakan Ahli Parlimen Temerloh dikatakan salah seorang daripada Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti dan menyertai Kerajaan 16 September Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Kerajaan 16 September hanya wujud dalam angan-angan. Kegagalan yang cuba ditutup dengan alasan kononnya Tian Chua dan kumpulannya gagal menawan serta mengepung Ahli-Ahli Parlimen BN dari Sabah yang pergi ke Taiwan, akhirnya menutup cerita Kerajaan 16 September.

PRU-13, walaupun Saifuddin Abdullah telah 'diberitahu' bahawa kedudukannya selaku calon Temerloh hanya akan membuatkan UMNO-BN kehilangan penguasaan ke atas kerusi tersebut ekoran kebencian pengundi-pengundi Temerloh kepadanya, namun kedegilannya menyaksikan bukan sahaja UMNO-BN kehilangan satu kerusi Parlimen, tetapi Saifuddin Abdullah sendiri tercampak tanpa berjawatan.



Barangkali kerana terlalu banyak menjerit di media, pujukan menyaksikan dia memperolehi Yayasan Pergerakan Moderat Global. Namun kedudukannya itu telah digunakan untuk berkempen buat Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, DAP dan Lim Guan Eng pada sepanjang masa.

Tidak menghiraukan tekanan dan desakan agar dia melepaskan keahliannya dalam UMNO dan menyertai PKR atau DAP yang diminatinya,

Apa yang dilakukan oleh Saifuddin Abdullah adalah mencabar UMNO untuk bertindak.

Pertanyaan yang banyak disuarakan ialah, mampukah UMNO bertindak dan mengambil tindakan tatatertib ke atas Saifuddin Abdullah?

Atau adakah Saifuddin Abdullah akan menggunakan nama Perdana Menteri untuk melepaskan diri sepertimana yang seringkali dilakukan oleh beberapa orang yang masih berada di dalam UMNO tetapi tindak tanduk mereka jelas mahu melakukan sabotaj dan kerosakan lebih besar kepada UMNO dan Kerajaan.

Ramai yang masih menantikan jawatan Saifuddin Abdullah sendiri!!!


Monday, January 12, 2015

FULAMAKKKK!!! MANTOPLAH PEMIKIRAN SAIFUDDIN ABDULLAH DALAM MENERANGKAN MAKSUD 'MUSUH-MUSUH ALLAH'!!!


Aduhhhhhh Saifuddin Abdullah oiii...

Walaupun anda mungkin seorang peminat Anwar Ibrahim atau LGBT mahupun gerakan liberalisme, janganlah pamerkan sangat kebodohan dan kepandiran anda dalam mentafsirkan maksud perkataan 'MUSUH-MUSUH ALLAH'.

Jangan pula jadi seperti Zaid Ibrahim, 'Saya Pun Melayu' yang akhirnya bukan sahaja memaparkan kecelaruan jati dirinya, tetapi juga keliru antara tuntutan agama dengan tuntutan sosial acuan hedonisme.

TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247

 
Blogger Templates