Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts

Thursday, February 1, 2018

PAGE PENYOKONG MAHATHIR BUAT FITNAH LAGI... KERETA PROP FILEM PUN, DIKATAKAN POLIS CHINA JAJAH MALAYSIA!!!



Barangkali sudah ketandusan idea untuk membuktikan yang Malaysia telah dijual oleh Najib Abdul Razak kepada China, penyokong Mahathir terpaksa mencari sudut yang lebih 'hebat' menampilkan ketinggian patriotik mereka walaupun pada masa yang sama, mereka cukup seronok apabila Mahathir mengetuai Pakatan Harapan mendesak 14 buah negara Eropah untuk mengenakan tekanan kepada Malaysia.

14 buah negara Eropah tersebut terlibat dalam kempen boikot minyak kelapa sawit Malaysia, sekaligus akan menjejaskan pekebun-pekebun kecil dan terutama sekali masyarakat FELDA.


Teraba-raba dan gagal memanipulasikan isu tanah TUDM Sungai Besi apabila fitnah tanah tersebut dimiliki oleh China dijawab dengan fakta dan angka, puak berkenaan mengalihkan kepada isu lain yang lebih remeh dan dilihat lebih 'mudah' untuk dimanipulasikan.

Sekeping gambar yang memaparkan kereta peronda polis bertulisan Cina digunakan untuk tujuan tersebut. Gambar tersebut dikatakan, China telah menjajah Malaysia dengan menubuhkan pasukan polis dan perondanya sendiri. Sekaligus Malaysia telah dijajah oleh China.


Sebuah kumpulan propaganda pro-Mahathir di Facebook menularkan gambar tersebut dan membuat tohmahan serta fitnah, membuatkan ramai yang berkongsi dan menularkannya semula. Dan sama seperti isu tanah TUDM Sungai Besi, isu tersebut segera menarik perhatian Netizen.

Bagaimanapun, tohmahan berkenaan sekali lagi dibidas dan disanggah oleh Netizen yang tidak boleh diperbodoh-bodohkan hanya dengan 'nostalgia Mahathir'. Pada masa yang sama, PDRM turut menasihati orang ramai agar tidak mempercayai gambar kenderaan polis negara China yang kononnya digunakan di negara ini.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad berkata, kenderaan berkenaan digunakan untuk penggambaran filem.



"PDRM memandang serius dakwaan dan persoalan yang dibangkitkan oleh sebuah laman Facebook yang menggunakan gambar bekas pemimpin negara tersebut kerana ia jelas berniat serong dan cuba membangkitkan persepsi negatif terhadap agensi kerajaan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuatnaikkan sebarang status tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang sahih kerana ia boleh membawa implikasi yang negatif terhadap pihak tertentu," tegasnya dalam satu kenyataan.

Jelas, filem bertajuk, 'The Original Sin' yang dirakamkan di Putrajaya itu adalah untuk tayangan untuk tayangan di negara China.


Tuesday, June 27, 2017

RUMAH TERBUKA PM PULA JADI KECAMAN... MASA SEKOLAH MALAS MATEMATIK, SEKARANG MEMANDAI-MANDAI PULA BUAT PENGIRAAN!!!



Dilaporkan oleh media, jumlah pengunjung ke rumah terbuka PM di Putrajaya pada Hari Raya pertama adalah seramai lebih kurang 75,000 orang.

Angka tersebut terlalu besar dan sukar dihadamkan oleh para penentang Najib yang masih beranggapan dan berkhayal, Najib merupakan orang yang paling dibenci di Malaysia dan tiada sesiapa pun yang mahu mendekati Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.

Mana-mana individu yang kelihatan bersama-sama Najib dan Rosmah segera dilabelkan sebagai pemakan dedak dan upahan, manakala yang setiap masa dan saat mengutuk dan mencerca pasangan tersebut adalah pejuang fisabilillah walaupun diketahui siapa yang menaungi perbelanjaan bulanan mereka bagi membolehkan mereka setiap masa berada di alam maya bagi kerja-kerja menghasut dan memutarbelitkan fakta.


Sebelum ini, puak yang sama jugalah yang begitu seronok mencanangkan kononnya mereka mendapat sokongan meluas daripada rakyat ekoran jumlah yang sangat ramai menghadiri program mereka termasuklah program ceramah dan demonstrasi jalanan.

Alih-alih apabila ramai yang berpusu-pusu ke rumah terbuka PM Malaysia, lain pula prinsip yang diaplikasikan.

Zainuddin Maidin, salah seorang penjilat tegar Mahathir yang banyak terhutang budi dengan Mahathir pula menggunakan isu pemeriksaan keselamatan untuk mengecam rumah terbuka itu.


Dua minggu lepas, suspek DAESH yang mengancam untuk membunuh pegawai-pegawai tinggi polis ekoran kegagalan puak pengganas itu beroperasi di Malaysia, telah ditangkap. Pengumuman tentang rancangan pengganas DAESH itu telah pun diumumkan oleh Datuk Ayub Khan, Ketua Penolong Pengarah Anti Pengganas, Cawangan Khas E8 Bukit Aman.

Menurut maklumat suspek berkenaan merupakan warganegara Indonesia.

Ketika semua pemimpin utama diberikan keutamaan dari segi keselamatan, di Malaysia lain pula kisahnya. Golongan pembenci Najib tidak mahu Najib diberikan kawalan keselamatan agar memudahkan ancaman seperti yang berlaku di Makkah beberapa hari sebelum Aidil Fitri boleh berlaku ke atas Najib.

Anehnya mantan Perdana Menteri Malaysia yang sekarang sesang bercuti di London turut menggunakan bodyguard yang dibayar daripada cukai rakyat Malaysia termasuklah perbelanjaannya ke London, juga ditanggung oleh cukai rakyat Malaysia kerana peruntukannya selaku bekas Perdana Menteri.


Nampaknya kemaruk dan terdesak nenar para penyokong Mahathir dan pembangkang untuk melihat serangan skuad pengebom berani mati ketika rumah terbuka PM setelah rancangan menggunakan khidmat propaganda Amerika Syarikat terkantoi awal ekoran pendedahan tentang fi berjumlah RM50 juta untuk tujuan tersebut.

Menariknya golongan yang tidak pernah berminat dengan matapelajaran matematik semasa di sekolah, tiba-tiba sahaja menjadi pakar matematik semata-mata untuk meremehkan kedatangan ramai pengunjung ke rumah terbuka PM itu.

Wednesday, June 7, 2017

BERAPA AGAKNYA SARAWAK REPORT DAN WALL STREET JOURNAL DIBAYAR UNTUK TUDUHAN-TUDUHANNYA DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN PAKATAN?



Di dalam group-group WhatsApp, para penyokong Pakatan begitu seronok 'membuktikan' betapa bersalahnya Najib Abdul Razak dan Shafee Abdullah. Kata mereka, sikap berdiam diri dan enggan memberikan sebarang ulasan atau pun menjawab tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report adalah bukti, segala tuduhan tersebut adalah benar.

Sarawak Report memulakan tuduhan yang kemudian disambut oleh Wall Street Journal dan dipanjangkan serta dipopularkan oleh Malaysiakini kononnya, Shafee Abdullah telah dibayar RM9.5 juta menggunakan wang 1MDB atau SRC bagi tujuan mengenakan dan mensabitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat.

Bagaimanapun, tarikh transaksi yang diberikan dalam tuduhan tersebut, sebulan lebih lewat daripada tarikh yang didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal sendiri tentang penutupan akaun peribadi Najib Abdul Razak yang sama.

Rafizi Ramli dalam kenyataan medianya berkata, Najib dan Shafee bersalah kerana tidak menjawab atau memberikan sebarang respons berhubung tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report dan dikembangkan oleh Malaysiakini.

Di sana sini, sensasi laporan polis telah dibuat oleh para pemimpin PKR dan Cap Bunga bagi menunjukkan betapa prihatinnya mereka dan betapa betulnya tuduhan tersebut.

Menurut Malaysiakini, Shafee Abdullah sekarang ini sedang mengalami masalah kesihatan. Jadi peguam terkemuka itu tidak dapat memberikan respons.

Ironinya, ini bukan kali pertama, tuduhan-tuduhan dibuat dan kemudian disuruh membuktikan yang kesemua tuduhan tersebut tidak benar. Amalan ini dapat dilihat secara meluas dalam isu yang membabitkan kes liwat Anwar Ibrahim. Sehingga akhirnya terbukti, Anwar Ibrahim tidak mampu mendatangkan walau seorang saksi pun yang dapat membersihkan tuduhan tersebut dari dirinya, selain pengakuan daripada dua orang ketua peguambelanya, bahawa jenayah liwat tersebut adalah 'suka sama suka'.

Pada ketika itu, mangsa Anwar Ibrahim dituduh melakukan konspirasi untuk mensabitkan Anwar. Dia disuruh membuktikan yang dia tidak berkonspirasi dengan pelbagai nama termasuklah Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Walaupun dibangkitkan isu bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada di dalam rektum mangsa, tuduhan masih tetap dibuat dan desakan untuk menjawab tuduhan-tuduhan berkenaan berlangsung tanpa sedikit pun rasa malu dan bersalah.

Perkara yang sama, nampaknya berlaku dalam isu RM9.5 juta yang juga melibatkan Anwar Ibrahim. Seolah-olah dunia ini sekadar berkisar tentang Anwar Ibrahim dan keluarganya semata-mata!

Selepas ini, apa pula agaknya tuduhan yang perlu dibuktikan tidak bersalah oleh Najib Abdul Razak? Asalkan tuduhan tersebut datangnya dari Sarawak Report dan Wall Street Journal, para pemimpin Pakatan seperti kena nombor ekor!!!

Berapa agaknya bayaran yang dibuat kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal untuk dijadikan modal pusingan tuduhan oleh Pakatan?


Friday, May 5, 2017

PEMBOHONG TOTOK PRO-TUN LUPA, ZAMAN NAJIB, TIDAK ADA BANK YANG DILUPUSKAN LAGI ATAU BAIL-OUT MACAM BANK BUMIPUTERA PADA ZAMAN MAHATHIR!!!



Rafizi tukang cucuh api... dia yang merintis jalan tetapi tukang pembohong adalah jentera propaganda yang kuat menyokong Dr. Mahathir. Kononnya dengan aura Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri terhebat yang pernah dilahirkan di Malaysia, maka apa yang mereka katakan yang bersandarkan daripada kata-kata Dr. Mahathir adalah sesuatu yang tidak boleh disangkal sama sekali.

Cerita Bank Rakyat tak ada duit sebab duit Bank Rakyat dah kena sapu dek Perdana Menteri untuk 'bail-out' 1MDB dan tutup skandal RM2.6 bilion adalah cerita yang paling kerap didengar beberapa minggu lepas, terutama daripada mulut-mulut dan tulisan para penyokong Dr. Mahathir. Mereka jadi sangat serba tahu sehinggakan yang jual emas di Masjid India dan pagi-pagi perlu telan whisky pun bercakap pasal Bank Rakyat dah tak ada duit juga.

Semuanya kerana Bank Rakyat 'lambat' mengumumkan pembayaran dividen. Jadi, kelambatan itu disamaertikan sebagai skandal besar dalam Bank Rakyat yang telah menyedut wang Bank Rakyat, sekaligus akan menyebabkan satu lagi institusi kewangan akan ditutup seperti pada zaman Mahathir dengan penutupan dan pelupusan Bank Bumiputera Malaysia Berhad, Bank Sime, UMBC dan sebagainya - sebahagiannya dengan alasan penggabungan. Sebahagian lagi, memang ditutup sebab duit dah habis - menjadikan Najib adalah seorang Menteri Kewangan yang paling lemah.

Hari ini, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15% berjumlah RM450 juta kepada ahli-ahli bagi tahun 2016, kadar  yang lebih tinggi berbanding dividen 13% untuk tahun 2015.

Lepas ni apa pula yang akan ditemberangkan oleh para penyokong Dr. Mahathir yang semakin hari semakin kuat bohong dan belitnya?




Thursday, March 2, 2017

FITNAH MELAMPAU TERHADAP TUDM DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAPNYA!!!



Dia mungkin diserang penyakit meroyan apabila Raja Arab Saudi datang melawat.

Niatnya, hanyalah mahu menyelamatkan air muka para pemimpin kesayangannya yang tiba-tiba sahaja menjadi bungkam dengan kedatangan Raja 'DEWA NASIB' itu. Hiruk pikuk tentang RM2.6 bilion yang selama ini dijadikan bahan momokan dan penghinaan terhadap Najib Abdul Razak, terus sunyi sepi. Kalau ada pun yang berbunyi, hanyalah cengkerik-cengkerik seperti bekas pegawai TUDM, Zaidi yang kini menjadi pegawai khas Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Namun fitnahnya terhadap Angkatan Tentera Malaysia, khususnya terhadap Tentera Udara Diraja Malaysia, benar-benar melampau.

Perkataan 'Diraja' itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan bahawa angkatan tersebut berada di bawah naungan Raja-Raja Melayu.



Mengatakan anggota-anggota TUDM telah ditukarkan menjadi tentera upahan Arab Saudi untuk menyerang orang Islam di Yaman, merupakan satu tuduhan yang sangat berat dan amat menghina. Individu tersebut cuba mengaitkan latihan ketenteraan bersama yang tidak ada kena-mengena dengan serangan ke atas kumpulan Syiah di Yaman yang mahu memusnahkan Kaabah dan Masjidil Haram sebagai sasaran fitnahnya.

Mungkin dia beranggapan, muatnaiknya itu hanyalah perkara 'gurauan'. Namun menghina angkatan tentera sendiri, merupakan satu kesalahan berat.

Justeru, difahamkan beberapa laporan polis telah dibuat oleh beberapa pihak di seluruh Malaysia.

Nampaknya, masih ada lagi yang tidak mengambil teladan daripada 'peristiwa-peristiwa silam' apabila membabitkan perkara seperti ini.




Friday, October 7, 2016

RASUAH JABATAN AIR SABAH: MENGAPA ISMAILY BUNGSU PENGARAH STRATEGIK SHAFIE APDAL GELABAH BEWAK?




Penulis: Rozmi Mokhtar

Individu yang ditangkap adalah Pengarah (Ag Tahir Talib), Timbalan Pengarah (Ir Teo Chee Kong) serta dua individu lain yang ada kaitan dengan kes tersebut.

Fakta penangkapan, ada hubungan dengan projek air di Sabah sejak tahun 2010 bernilai RM3.3bilion di bawah KKLW.

Untuk sementara tiada sesiapa yang menghubungkan para individu yang ditangkap tersebut dengan mantan Menteri KKLW- Datuk Shafie Apdal, akan tetapi, apabila berlaku sahaja penangkapan bagi kes rasuah tersebut Ismily Bungsu Pengarah Strategik Komunikasi Shafie yang melantik dirinya sendiri tiba-tiba gelabah.


Fakta praktikal semasa Shafie menteri KKLW, setiap projek kendalian kementerian itu dilaksanakan sendiri oleh kementerian tersebut, baik proses memanggil tender, perlantikkan kontraktor dan pelaksanaan, sementara pembayaran melalui Bendahari Persekutuan. Pendek kata, Kerajaan Negeri, langsung tidak terlibat. Memang, Kerajaan Negeri kerap meminta, agar peruntukan daripada Persekutuan yang disalurkan melalui KKLW, hendaklah dimasukkan ke dalam Bendahari Negeri, namun permintaan tersebut tidak pernah dipersetujui.

Jikapun, Menteri tiada kuasa sepertimana dakwaan Ismaily meluluskan projek bernilai ratusan juta, namun Menteri boleh menulis kepada Kementerian Kewangan meminta Kementerian meluluskan projek-projek yang dipersetujui untuk kontraktor/syarikat tertentu, sesuai dengan rekomendasi menteri. Inilah yang berlaku, sejak sekian lama, semasa Shafie Afdal menteri KKLW.

Bagi projek-projek air di Sabah, kebanyakkannya dilaksanakan melalui tender terhad. Melalui tender terhad itu, pihak Jabatan Air atau broker menyediakan 10 syarikat yang mempunyai kelayakkan, dan 10 syarikat ini, sebenarnya dikawal oleh individu-individu yang ada hubungan dengan Pengarah dan Timbalannya, sepertimana jumpaan siasatan SPRM. Modus Operandi dua individu itu adalah mengumpul syarikat-syarikat apakah mereka menyewa syarikat tersebut dengan bayaran tertentu, atau jika syarikat itu terpilih, mempunyai option untuk melaksanakan projek, tetapi dengan bayaran tertentu yang ditentukan oleh dua individu tersebut. Mungkin sahaja Menteri tahu, atau KSU Kementerian tahu, ataupun tidak perasaan, kerana setiap projek, dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berbeza, atau syarikat yang sama atas sebab tender terendah atau tender yang dipersetujui oleh jawatankuasa tender.


Oleh kerana, syarikat-syarikat yang termasuk dalam 10 syarikat yang mengemukakan tawaran, dikawal dibelakang tabir oleh dua individu atau broker, maka syarikat manapun yang mendapat peluang atau yang dipilih, maka tetap dikawal oleh dua individu tersebut.

Penulis tidak menuduh sesiapa, biarlah SPRM menentukan kes mereka di mahkamah terhadap para individu tersebut. Namun penulis terkilan, mengapa sampai, Ismaily membuat kesimpulan, bahawa Pengarah adalah kroni Ketua Menteri, ahli Umno merangkap Bendahari Umno Kimanis. Ag Tahir, menjadi Pengarah Jabatan Air atas kelayakan beliau untuk dilantik, bukannya lantikan politik. Bagaimana pegawai kerajaan menjadi kroni Ketua Menteri? Berhubungan dengan keahilan Umno, mungkin sahaja Ag Tahir Talib merupakan ahli, namun memegang jawatan dalam parti, adalah tidak mungkin, kerana perlembagaan Umno tidak membenarkannya. Lagipun, dalam rekod Umno, tiada nama Ag Tahir Talib pernah menyandang sebarang jawatan dalam Umno amnya, dan khasnya Umno Kimanis. Untuk makluman umum, Bendahari Umno Kimanis adalah Datuk Raymond Gofrey@ Mohd Rizal Abdullah.

Nampaknya, melalui penangkapan Ag Tahir Talib dan Ir Teo Chee Kong, kumpulan Datuk Shafie Apdal terasa bahangnya, sebab itu, Ismaily menjalankan psikologi songsang, dengan membuat dakwaan terlebih dahulu terhadap individu yang ditangkap sebagai proksi Ketua Menteri Sabah.

Mengapa Gelabah Ismaily,
Mengapa dalam keadaan ini memfitnah?

MULA FAHAM DAH.....


Thursday, September 8, 2016

TI LIAN KER KATA TAKTIK MENAKUT-NAKUTKAN MELAYU DAH TAK LAKU, TAPI FITNAH KERTAS SOALAN UPSR DIVIRALKAN BUKAN MELAYU!!!



Puak tertentu di Malaysia tetap tidak senang dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kedudukan dan keistimewaan kepada Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara termasuklah berselindung di sebalik nama PERPADUAN.

Gambaran yang diberikan ialah negara ini DIJAJAH OLEH MELAYU, Bumiputera dipinggirkan kerana mereka tidak beragama Islam, Islam digunakan oleh para pemimpin Melayu untuk mengsengsarakan golongan bukan Islam serta golongan liberal, bahasa-bahasa lain telah dianaktirikan untuk digantikan dengan Bahasa Kebangsaan kerana pada mereka, Bahasa Kebangsaan memundurkan negara ini dan Melayu khususnya adalah satu bangsa yang perlu diperlekehkan kerana tidak mendatangkan keuntungan kepada negara ini melainkan tamak kuasa, rasuah dan penjenayah besar.

Jadi, elemen-elemen inilah yang mereka gunakan untuk membuat fitnah.

Fitnah terbaharu adalah dengan menviralkan kononnya contoh kertas soalan UPSR yang bertujuan untuk menimbulkan kemarahan terhadap orang Melayu dan Kerajaan yang dilihat terlalu melebihkan orang Melayu.


Ramai yang percaya dengan apa yang mereka lihat di dalam Facebook dan media sosial membabitkan fitnah ini. Penafian segera yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran, P.Kamalanathan dianggap sebagai cubaan untuk menutup dan membela pembohongan tersebut.


Anehnya, pada masa yang sama, jurucakap MCA, Ti Lian Ker berkata, politik menggunakan bangsa sudah tidak laku lagi di negara ini. Politik yang menakut-nakutkan orang Melayu, dianggap sebagai sudah lapok walaupun hakikatnya, Melayulah yang sebenarnya dijadikan dan menjadi mangsa dalam politik perkauman sempit yang melibatkan pihak-pihak tertentu yang langsung tidak berani diusik oleh Ti Lian Ker.


Monday, September 5, 2016

KATA PROTUN DAN PEMBANGANG, EKONOMI MALAYSIA SEDANG LINGKUP SEBAB TESCO NAK TUTUP DAH, CAWANGAN BANK BUNGKUS DAN KATA DUA 'TUN DAIM'!!!



Dongeng tentang ekonomi Malaysia merudum dan Malaysia akan bankrap dalam dua atau tiga bulan mendatang, sudah kembali. Sudah kembali diviralkan dan sudah kembali menjadi pegangan akidah yang tidak boleh disangsi-sangsi kalau anda tidak mahu dimaki hamun atau dilabelkan sebagai bodoh atau pemakan dedak.

Tak payahlah bentangkan apa-apa bukti untuk menyanggah dongengan tersebut, yang pasti, jawapan yang akan diberikan nanti ialah, semua data-data dan fakta-fakta tersebut telah 'dibeli' atau 'diberi makan dedak' termasuklah penarafan A- yang dibuat oleh Fitch juga ditolak kerana tidak sama dengan apa yang mereka katakan.

Media sosial digunakan dengan seoptimum mungkin untuk menyalurkan fitnah-fitnah itu. Penggunaan nama Tun Daim untuk melakukan fitnah, dibuat secara sewenang-wenangnya walaupun pada masa yang sama, pihak berkenaan sebenarnya telah menghina keintelektualan Tun Daim yang merupakan bekas Menteri Kewangan.


Selepas beberapa tahun menyusun fitnah tetapi Malaysia masih kekal tidak bankrap sebagaimana yang dikatakan, kini fasa baru fitnah yang sama, diulangsiar oleh pihak-pihak terbabit menggunakan semua saluran media sosial dan ceramah serta kempen.

Anehnya, setiap kali fitnah-fitnah itu diperbaharui walaupun dengan hujah yang sama, ramai yang tidak menggunakan otak untuk berfikir secara waras, sebaliknya lebih terloncat-loncat dengan fitnah yang mereka dengar dan baca.


Segala-gala yang baik tentang negara ini, ditolak seratus peratus, sebaliknya yang cerita-cerita yang buruk, tidak perlu selidik, tidak perlu perhalusi, terus diterima bulat-bulat. Alasan dan hujah mereka mudah, mengapa RM2.6 bilion ada dalam akaun Perdana Menteri dan hutang 1MDB ditanggung oleh rakyat Malaysia.







Tak payahlah bagi penjelasan apa-apa tentang RM2.6 bilion atau hutang 1MDB yang setakat ini, tidak menunjukkan sebarang kegagalan pembayaran semula oleh entiti tersebut, namun kerana yang bercakap adalah Mahathir, maka segala penjelasan tersebut tidak diterima.

Di sebalik data-data yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa tentang kedudukan kewangan, FDI dan sebagainya yang berkaitan, mereka masih tetap percaya bahawa Malaysia akan bankrap. Pelabur-pelabur asing dikatakan berduyun-duyun untuk keluar dari negara ini membawa bersama pelaburan-pelaburan mereka disebabkan iklim ekonomi Malaysia yang semakin teruk. Pelaburan-pelaburan asing dikatakan tidak lagi berminat dengan Malaysia walaupun dalam ekonomi yang teruk, kebiasaannya pelabur lebih suka kerana pembekalan buruh yang murah, insentif serta inisiatif kerajaan yang dipertingkatkan selain bahan mentah yang lebih rendah harga.







Namun hukum ekonomi golongan pro-Tun dan pembangkang di Malaysia lain pula caranya. Mereka sangat bencikan Najib Abdul Razak dan UMNO, tetapi mereka tetap mahu menolong UMNO dan Najib Abdul Razak mengekalkan kuasa.

Kerana itulah mereka sangat kuat melakukan fitnah walaupun mereka juga tahu, fitnah akan dijawab dan akan memalukan mereka sendiri. Kecuali jenis yang tegar akan terus mempertahankan fitnah dan kepercayaan mereka, walaupun mereka juga tahu, semua jawapan telah diberikan dan penjelasan telah pun dibuat.


Monday, August 1, 2016

SILA BETULKAN SERANGAN KE ATAS 1MDB SEMULA, TAKTIK MENFITNAH ROSMAH MANSOR DAN KDYMM SULTAN PAHANG DAH MAKAN DIRI BALIK!!!



Puak ProTun sepatutnya hanya menumpukan pada satu-satu isu sahaja terutama sekali isu 1MDB, Jho Low dan Riza Aziz. Nak lagi sedap, patut juga berterus-terang bagaimana 1MDB telah menyebabkan taukeh-taukeh kapitalis yang menjadi pengugut kepada kerajaan Malaysia, tersangat sakit hati memandangkan 1MDB telah mencantas dan merampas kebahagiaan dan kemewahan mereka sebelum ini.

Dan elok juga puak ProTun terangkan kerugian yang dialami oleh 'rakyat' daripada 'skandal 1MDB' terutama yang membabitkan SUPERBUMIPUTERA yang hidup kaya meliana bermula pada zaman 22 tahun pemerintahan, terutama sekali anak beranak dan kaum puaknya yang banyak menjadi vendor dalam GLC. Dan elok juga puak ProTun mendapatkan penjelasan daripada Mahathir mengapa agaknya, sepanjang 22 tahun pentadbirannya, kekayaan negara hanya berkisar di kalangan orang yang sama sahaja, terutama sekali yang membabitkan Ananda Krishnan, YTL dan Berjaya Group.



Ni tidak... mereka terlalu teruja untuk menjadikan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor sebagai bangkai yang menjijikkan dan hina sehingga akhirnya menggunakan kaedah fitnah untuk melaksanakan tujuan tersebut. Dan lebih menakutkan lagi ialah, fitnah tersebut turut membabitkan KDYMM Sultan Pahang.

Adat manusia dan makhluk baru, tidak sempurna dari semua segi. Tetapi melakukan fitnah untuk tujuan meraih persepsi jahat ke atas orang-orang tertentu, hanya menunjukkan kelemahan individu pembuat fitnah itu sendiri.


Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas si pembuat fitnah. Ada pembuat fitnah yang sudah pun u-turn. Ada yang terpaksa memadamkan posting asal dan memuatnaikkan posting baru sambil bertanya tang mana yang dia buat fitnah. Ada yang masih beranggapan, mereka akan terselamat selepas beberapa nama akan dipanggil oleh pihak berkuasa untuk sesi temuramah dan bual mesra. Malah ada yang sudah mula terkesot sambil mencari-cari helah untuk memberi alasan kononnya akaun Facebook mereka kena godam oleh orang-orang tertentu yang bertujuan untuk menfitnah mereka.

Ada juga yang cuba menghalalkan perbuatan tersebut dengan mengejek-ngejek, kononnya sebarang kata-kata negatif terhadap Rosmah Mansor akan dibela dan dikenakan hukuman. Malah ada yang berkata, si pembuat fitnah tidak boleh dipersalahkan kerana kebencian melampau ke atas Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak membuatkan walaupun mereka tidak bercakap pun, 'rakyat' akan membuat fitnah ke atas mereka.

Kalau nak bermain politik sekalipun, tak payahlah buat benda-benda mengarut macam ni. Tumpukan sahaja kepada isu-isu sebenar, isu-isu yang lebih besar membabitkan kepentingan rakyat - tak kiralah sama ada ianya betul atau sebaliknya. Ini tidak, Rosmah Mansor yang dijadikan bahan sedangkan Rosmah Mansor bukannya mana-mana Ahli Parlimen atau ADUN mahupun Senator.




Bercakap kononnya Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri sebenar Malaysia, siapa pun boleh bercakap. Lidah memang tidak bertulang. Jari memang tidak berotak. Tetapi menuduh sesuatu, perlu disertakan dengan bukti-bukti kukuh, bukan setakat 'kau tengoklah', 'orang kata', 'Tun kata'... dan sebagainya.

Kepada mereka yang berkenaan, berani buat beranilah tanggung. Anda boleh mendapatkan sokongan daripada sesiapa pun, tetapi yang pasti, apabila anda berada di bilik soal jawab, anda akan bersendirian bersama-sama dengan tukang soal. Semasa di mahkamah, para penyokong sekadar boleh mendengar dan mengadakan mahkamah di Facebook, tetapi mereka tidak boleh membuat keputusan TIDAK BERSALAH dengan pintu dan lantai penjara.

Maka, bersedialah untuk makan ditanggung oleh rakyat Malaysia di balik tirai besi...


ISTANA PAHANG BAKAL BUAT LAPORAN POLIS EKORAN GAMBAR FITNAH ROSMAH MANSOR BERPELUKAN DENGAN DYMM SULTAN PAHANG?



Ilusi optik digunakan secara meluas dalam filem dan fotografi untuk menimbulkan kesan yang lebih ketara. Dan ilusi itulah juga yang digunakan untuk siri serangan terbaharu ke atas Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri setelah barangkali 'penat' menyerang Najib Abdul Razak tetapi muka Najib Abdul Razak tetap selamba dan tenang walaupun para penyerangnya yang diketuai oleh Mahathir, berwajah tegang dan tertekan.

Semalam, Facebook menjadi medan terbaik untuk menyebarkan fitnah dan tohmahan tersebut. Dengan mengambil gambar dari bahagian belakang, Rosmah diperlihatkan sebagai berpelukan dan bermanja dengan DYMM Sultan Pahang di khalayak ramai.



Sekeping gambar dari bahagian hadapan dan sisi telah disiarkan untuk menyanggah fitnah yang dibuat oleh ProTun yang cukup aktif bergiat di Facebook menyebarkan fitnah tersebut. Jurugambar yang telah merakamkan gambar tersebut bagi tujuan fitnah juga telah dikenalpasti dan gambarnya juga telah dirakamkan.

Khabarnya, laporan polis akan dibuat oleh pihak-pihak terbabit terutama apabila pihak yang sebelum ini berhadapan dengan perbicaraan kerana melakukan fitnah di mahkamah dan masih dalam jaminan, begitu teruja menyebarkan gambar tersebut bagi tujuan menimbulkan fitnah dan sentimen kemarahan terhadap Rosmah Mansor.


Takdak fasal cara fasal. Demi membela Mahathir dan anak-anaknya malah saudara maranya yang sudah kaya raya, hasil pentadbiran 22 tahun menerusi konsensi dan kontrak berat sebelah seperti yang berlaku kepada PROTON, pihak penfitnah sekali lagi berhadapan dengan natijah undang-undang dan bakal kehilangan kebebasannya.

Yang pastinya, pihak yang kena fitnah dikatakan sudah bersedia dengan gambar-gambar di lokasi membabitkan Rosmah Mansor dan DYMM Sultan Pahang selain gambar jurugambar yang kononnya telah menghantar gambar-gambar rakamannya kepada pihak yang menyiarkannya bagi tujuan fitnah.

Nak sokong siapa pun, sokonglah. Ini negara demokrasi, bukannya negara komunis. Tapi kalau sampai akhirnya dipenjara kerana menyiarkan gambar-gambar fitnah, memang tak berbaloi langsung malah terlalu keji untuk dikatakan sebagai PERJUANGAN.

Sebaliknya, ia adalah TINDAKAN BODOH sembrono yang menyusahkan diri sendiri.


Sunday, December 13, 2015

HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN PULA JADI MANGSA FITNAH... ITULAH YANG KITA DAPAT LIHAT SEPANJANG SEMINGGU PAU!!!



Tak kisahlah anda sokong Muhyiddin Yassin, pentaksub Mahathir-YTL atau anda menyokong Najib Abdul Razak...

Dan tak kisahlah sama ada orang UMNO totok, UMNO jelmaan, UMNO sekutu, mahupun UMNO Jadi-Jadian...

Yang pasti, anda tentu nampak dan tahu apa yang berlaku sepanjang minggu di PWTC, terutama sekali yang melibatkan usaha-usaha memecahbelahkan UMNO dengan mendendangkan fitnah-fitnah popular dengan alasan-alasan tersendiri. 

Antara fitnah 'terbaik' yang dibuat menjelang berakhirnya PAU pada tahun ini adalah melibatkan Hishamuddin Hussein Onn, Naib Presiden merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.

Semuanya bermula apabila Hishamuddin Hussein Onn kononnya menjadi suara yang menyampaikan keputusan Majlis Tertinggi UMNO kepada Muhyiddin yang tidak membenarkan Muhyiddin Yassin bercakap dalam ucapan penggulungan. Kononnya Muhyiddin Yassin mengamuk dan mencarut, Hishamuddin pula dituduh sebagai penyambung cerita tersebut untuk membesarkan lagi permusuhan dalam kem Najib-Muhyiddin.

Esoknya, dipetik pula Hishamuddin sebagai berkata, Muhyiddin perlu meminta maaf kepada Najib dalam usaha mewujudkan perdamaian. 


Dan seperti biasalah, para pentaksub atau lebih tepat lagi BATU API mula berpencak dengan menggunakan segala medium dan hujah untuk memberitahu BETAPA TIDAK MALUNYA Najib kerana menghulurkan perdamaian kepada Muhyiddin setelah Muhyiddin dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Barangkali kerana Hishamuddin Hussein Onn kurang menampilkan diri terutama dalam 'krisis' Najib-Muhyiddin maka dilihat sebagai satu peluang keemasan untuk mewujudkan gelombang kebencian kepada kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Najib Abdul Razak. 


Menariknya baik Muhyiddin mahupun Shafie Apdal, memberi reaksi kepada fitnah tersebut yang direkacipta oleh si BATU API dengan memberitahu, mereka tidak punyai sebab untuk meminta maaf kepada Najib kerana mereka tidak melakukan kesalahan peribadi kepada Najib sebaliknya hanya berdasarkan prinsip dan dasar sahaja. 

Klip video di atas menceritakan apa sebenarnya yang berlaku, sekaligus memberitahu kita betapa terdesaknya dan jahatnya golongan pembuat fitnah yang mahu terus menghancurkan UMNO dengan jentera-jentera fitnah mereka. 

Hishamuddin Hussein Onn sendiri memberitahu, TIADA SEBARANG SEBAB UNTUK DIA MEMINTA DAN MENYURUH MUHYIDDIN YASSIN MEMINTA MAAF KEPADA NAJIB ABDUL RAZAK!

Ini hanyalah salah satu daripada cebisan fitnah yang berlangsung sepanjang PAU tahun ini. Hisamuddin Hussein Onn yang sebelum ini dilihat lebih banyak bekerja memperbaiki UMNO dan tugas-tugas rasmi Kementeriannya, tiba-tiba sahaja dikaut dalam usaha menjatuhkan dan memalukan Najib Abdul Razak. 


Naib Presiden UMNO sekarang ada tiga orang iaitu Shafie Apdal, Zahid Hamidi dan Hishamuddin sendiri. Siapakah sebenarnya yang lebih beruntung setelah Zahid Hamidi selain Hishamuddin turut dituduh terlibat dalam usaha menjauhkan Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Presiden?

Apakah kerana Hishamuddin tidak terlibat dalam kemelut antara Najib-Muhyiddin, menyebabkan dia perlu diseret sekali?

Apakah kerana Hishamuddin Hussein Onn dilihat berupaya menjadi pendamai memandangkan dia mempunyai hubungan baik dengan Najib dan Muhyiddin, maka dia juga perlu digambarkan sebagai oportunis yang mahu mengambil peluang?

Penafian yang dibuat oleh Hishamuddin sendiri nampaknya kurang menarik minat dan perhatian berbanding fitnah yang mengatakan dia mengarahkan Muhyiddin dan Shafie Apdal meminta maaf kepada Najib.

Kumpulan-kumpulan penyokong Muhyiddin dan Mahathir-YTL, masih lagi memperolok-olokkan Hishamuddin sekalipun telah dijelaskan bahawa semua itu hanyalah fitnah dan mainan BATU API sahaja. 



 
Blogger Templates