Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kerajaan negeri selangor. Show all posts
Showing posts with label kerajaan negeri selangor. Show all posts

Saturday, April 14, 2018

BUKAN GST, BUKAN 1MDB PUNCA KENAIKAN KOS SARA HIDUP TETAPI DASAR KERAJAAN PAKATAN YANG MENAIKKAN SEGALA YURAN DAN CUKAI!!!




1. Keadaan ekonomi negeri Selangor telah merosot sejak Pakatan mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008. Selangor yang merupakan destinasi pelabur nombor satu di Malaysia semasa Barisan Nasional (BN) memerintah, kini jatuh ke tangga ke-empat di belakang Johor dan Sarawak.

2. Sejak Pakatan mengambil alih Selangor, pertumbuhan ekonomi dan perniagaan semakin perlahan. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam pembentangan bajet negeri di Dewan Undangan Negeri Selangor tahun lepas telah mengakui bahawa keadaan ekonomi di Selangor adalah lembab. Beliau telah menyalahkan keadaan ekonomi yang lembab ini yang menyebabkan penurunan jangkaan perolehan premium tanah, cukai pintu dan caj perniagaan.

3. Apa yang beliau tidak faham ialah dasar-dasar ekonomi beliau dan kenaikan cukai-cukai kerajaan Pakatan lah yang sebenarnya menjadi punca kelembapan dan kemerosotan ekonomi Selangor dan menyebabkan para pelabur lari dan tidak berminat untuk melabur di Selangor.

4. Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2008, kos untuk menjalankan perniagaan di Selangor telah meningkat dengan ketara. Kerajaan Pakatan telah menaikkan yuran bagi 90 jenis lesen perniagaan di Selangor. Malah, yuran lesen baharu perniagaan di Selangor telah meningkat sehingga 300 peratus.

5. Di bawah kerajaan Pakatan juga, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menaikkan yuran lesen perniagaan sehingga 72 peratus manakala Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sehingga 120 peratus.

6. Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut sama menaikkan yuran perniagaan baru-baru ini. Sebagai contoh, MPKj telah menaikkan lesen baharu bagi kedai menjual kereta terpakai sehingga 282 peratus, daripada RM390 ketika pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada RM1,490 selepas Pakatan mengambil alih.

7. Kerajaan tempatan di bawah Pakatan turut mengenakan yuran ke atas 32 jenis premis perniagaan yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional. Mereka juga telah meningkatkan kadar taksiran ke atas rumah orang-orang tua, kediaman bagi orang kurang upaya dan pusat jagaan kanak-kanak.

8. Kemudahan asas juga tidak terkecuali. Sumbangan yuran tempat letak kereta di Selangor telah dinaikkan dengan ketara berbanding semasa kerajaan BN memerintah.

9. Cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri Pakatan ini telah telah mengakibatkan kenaikan kos untuk menjalankan perniagaan di Selangor. Ini telah menekan peniaga terutama peniaga-peniaga kecil yang seterusnya terpaksa menaikkan harga barangan kepada pengguna. Berdasarkan data Index Harga Pengguna oleh Jabatan Statistik, kenaikan kos dan harga barangan di Selangor ini telah berlaku dengan ketara sejak tahun 2008, tujuh tahun sebelum perlaksanaan GST.

10. Menurut Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), memang wujud perbezaan harga barangan di antara negeri akibat kos menjalankan perniagaan yang berbeza di setiap negeri. Contohnya, di negeri-negeri lain termasuk Kuala Lumpur harga purata bagi sebungkus bawang adalah RM4.15 sekilogram, namun di Selangor harga puratanya adalah RM4.70 sekilogram, iaitu 55 sen lebih tinggi.

11. Berbanding Kerajaan Persekutuan yang memulangkan kepada rakyat kebanyakan hasil cukai GST kepada golongan yang memerlukan secara bersasar melalui BR1M dan sebagainya, kerajaan negeri di bawah Pakatan di Selangor telah mengaut lebih banyak cukai berbanding peratusan hasil yang dipulangkan secara bersasar kepada rakyat.

12. Keadaan ini perlu diperbetulkan untuk mengekang kenaikan kos sara hidup di Selangor dan juga untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi negeri Selangor. Dasar kerajaan negeri Pakatan yang membebankan peniaga dan pengguna ini perlu dihentikan. Sebab itu Kerajaan negeri Selangor perlu diubah. Agar kehidupan menjadi lebih baik di Selangor.

-Isham Jalil
Presiden SUKARELAWAN MALAYSIA


Wednesday, March 21, 2018

KE MANA MENGHILANGNYA KHAIRUDDIN ABU HASSAN APABILA SPRM TANGKAP 2 DATUK DALAM ISU TANAH IJOK?!!



Ketika pendedahan dibuat oleh beberapa pihak tentang skandal tanah peneroka Ijok, nama Khairuddin Abu Hassan, penyokong kuat Dr. Mahathir turut disebut sama. Khairuddin Abu Hassan merupakan antara oang yang terlibat dalam pengambilan tanah peneroka dan kemudian menjualnya kepada pihak ketiga.

Khairuddin bagaimanapun cuba menafikan pembabitannya dan menolak andaian serta pendedahan-pendedahan yang dibuat terutamanya oleh portal Selangor-Leaks.com. Bahkan, Khairuddin mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkannya dengan skandal tanah peneroka itu walaupun pada masa yang sama, dia turut membela Azmin Ali dalam isu yang sama. 

Terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan enam orang dalam satu operasi besar yang berkaitan dengan urusniaga tanah Ijok. 

Sumber-sumber menyatakan, mereka yang ditahan termasuklah pemilik dua syarikat 'kroni' selain pemilik-pemilik serta pengurusan firma perunding pihak ketika yang dipercayai telah menerima sekurang-kurangnya RM260 juta daripada RM1,18 bilion bayaran untuk kesemua plot tanah di Ijok.

Sekurang-kurangnya lima buah syarikat menjadi sasaran dalam operai tersebut. 

Menurut sumber lagi, SPRM masih lagi memburu seorang Datuk yang dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran sebelum serbuan itu dilakukan.

SPRM telah mengesahkan penangkapan berkenaan. 

Menurut laporan, tanah di Ijok, Selangor telah dianugerahkan kepada para peneroka lebih 20 tahun lalu menerusi program Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. 

Dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Khairudin Abu Hassan - LBCN Development Sdn. Bhd dan Mujur Zaman Sdn. Bhd - telah memperolehi kebenaran untuk memajukan tanah peneroka itu pada tahun 1998 tetapi telah gagal membina rumah dan wang pampasan RM180,000 sebagaimana yang dijanjikan.

Pada 2009, Menteri Besar Selangor pada waktu itu, Tan Sri Khalid Ibrahim merampas tanah tersebut dairpada syarikat pemaju mengakibatkan kedua-dua syarikat tidak berpuas hati dan mengheret Kerajaan Negeri ke mahkamah tetapi kalah. Syarikat pemaju tersebut kemudian membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. 

Pada 2016, Azmin Ali yang berjaya menggulingkan Khalid Ibrahim menfailkan perjanjian penyelesaian dan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada kedua-dua syarikat tanpa menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan dan walaupun sebelum itu, mahkamah telah memenangkan Kerajaan Negeri Selangor.

Tanah tersebut kemudiannya dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM1.18 bilion.


Sunday, June 4, 2017

BONUS KAKITANGAN AWAM... YANG SEBENARNYA, AZMIN TERIMA BONUS RM73,125, JAUH LEBIH BANYAK DARI KERANI YANG BERIA-IA SOKONGNYA!!!



Ada orang yang cuba membuat perbandingan tentang pemberian bonus kepada penjawat awam membabitkan kakitangan Kerajaan Malaysia dan kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Pemberian bonus RM500 oleh Kerajaan Malaysia kepada kakitangannya, dianggap lekeh dan menggelikan hati berbanding dua setengah bulan bonus oleh Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali untuk penjawat-penjawat awam negeri tersebut.

Dan atas sebab itu, Azmin Ali lebih baik berbanding Najib Abdul Razak walaupun pada masa yang sama, Azmin Ali hanya 'muncul' kebelakangan ini sahaja untuk rakyat dan penjawat awam Selangor setelah semenjak 2013, tidak menghiraukan pun kebajikan rakyat.

Peruntukan MARIS yang diberikan oleh Kerajaan Najib Abdul Razak kepada Kerajaan Azmin Ali, tidak digunakan untuk pembaikian dan penyelenggaraan jalanraya-jalanraya seluruh Selangor. Sebaliknya dalam satu kenyataan, Exco Perumahan Tempatan Selangor, Iskandar Samad mengakui, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk jalanraya itu, telah digunakan untuk menyelenggarakan PPRT di seluruh Selangor.

Pun begitu, di sebalik pengakuan Iskandar Samad, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula berhadapan dengan masalah apabila semakin banyak aduan daripada penduduk di PPRT tentang pengabaian oleh Kerajaan Negeri ke atas mereka dan kediaman mereka, selain kerja-kerja penyelenggaraan yang sangat daif, menyebabkan KPKT terpaksa campurtangan.

Dan cadangan Azmin Ali agar Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih semua PPRT yang telah dibina oleh KPKT di atas tanah KPKT di Selangor tetapi segala sewa dikutip dan disimpan oleh Kerajaan Negeri, dengan jumlah yang sangat besar, didedahkan oleh Noh Omar baru-baru ini. Sekaligus menunjukkan sikap lepas tangan Kerajaan Negeri Selangor yang menerima pujian melambung daripada penyokong Pakatan kerana memberi bonus 2 setengah bulan gaji kepada kakitangan awam negeri.

Sebenarnya pemberian bonus tersebut hanyalah gula-gula politik Azmin Ali. Daripada sekian banyak janji dan program seperti TAWAS, YAWAS dan segala macam yang lain termasuklah bantuan untuk ibu tunggal, suri rumah, pelajar dan sebagainya, tiada suatu pun yang ditepati oleh Pakatan Rakyat Selangor. Kalaupun ada, cuma membabitkan segelintir kecil yang bertujuan untuk dijadikan sebagai propaganda dan publisiti konon-kononnya, Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin kepada rakyat Selangor, biarpun pada masa yang sama, pelbagai cukai terutama membabitkan tanah dan premis, telah dinaikkan lebih 100% oleh pentadbiran Azmin Ali sepanjang tempoh 2008-2017.

Apa beza 2 setenggaah bonus dengan BRIM yang seringkali dilabelkan sebagai rasuah politik oleh Tun Mahathir dan disokong pula sebagai sogokan politik oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pada 29 Disember 2016?

Apa yang berlaku sebenarnya ialah, Azmin Ali menggunakan taktik ini untuk memancing kesetiaan ADUN-ADUN dan Exco PAS yang kekal di bawah pentadbirannya. Gaji Exco ketika ini ialah RM20,250. Jikalau diberikan bonus dua ssetengah bulan, bermakna mereka akan menerima sebanyak RM50,625. Namun penerima terbesar sudah tentulah Azmin Ali sendiri apabila dia akan menerima bonus sebanyak RM73,125 daripada gajinya sebanyak RM29,250.

Kesetiaan ADUN-ADUN dan Exco PAS perlu bagi masa hadapan politik Azmin Ali sendiri. Apabila Ketua ARMADA Cap Bunga, Syed Saddiq mempersoalkan tentang negeri-negeri yang dipimpin oleh parti-parti selain BN kononnya lebih baik, budak hingusan yang berlagak pandai kerana pernah jadi juara debat itu terlepas banyak perkara penting.

Barangkali dia tidak sedar, Kelantan dan Pulau Pinang sendiri pun tidak sanggup mementaskan drama murahan dan bodoh seperti Azmin Ali yang diketahui gagal menarik pelabur luar, tetapi sangat bergantung dengan apa yang telah ditinggalkan dan diusahakan oleh Kerajaan BN dan Khalid Ibrahim terdahulu. Hampir tiada pelaburan baru sepanjang Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor walaupun Azmin Ali kerapkali bercuti ke luar negara.

Mukhriz Mahathir yang sekarang ini merupakan Timbalan Presiden Cap Bunga semasa menjadi Menteri Besar Kedah, juga sekadar berani memberikan bonus sebanyak RM500 kepada kakitangan awam negeri. Azmin Ali terpaksa menggunakan pendekatan popular, walaupun dia sebenarnya sedar, Selangor tidak mampu berbuat demikian tanpa peruntukan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun suatu ketika pernah bergelar negeri terkaya di Malaysia.

Ironinya, Azmin Ali tanpa segan silu telah mengisytiharkan Selangor sebagai negeri termaju dan terkaya dengan rizab berbilion ringgit. Hakikatnya, berdekad-dekad sebelum PKR-DAP menguasai Selangor, negeri ini telah pun disiapkan segala prasarana oleh Kerajaan BN, jauh mengatasi negeri-negeri lain. Selangor ditumpukan dengan pelbagai kemudahan sekaligus melambakkan kekayaan negara di negeri ini oleh Kerajaan Barisan Nasional. Azmin Ali hanya masuk dan cuci kaki sepertimana yang dilakukannya dalam isu rumah PPRT yang cuba dipulangkan kepada KPKT untuk penyelenggaraan tetapi sewa dan keuntungan, diambil dan dibolot oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Seperkara lagi, jumlah kakitangan awam Kerajaan Malaysia adalah lebih 1.6 juta orang dengan lebih 775,000 orang pula adalah pesara yang turut menerima bonus. Ini menjadikan peruntukan untuk bonus sahaja adalah lebih daripada RM1 bilion.

Sedangkan kakitangan awam di Selangor hanya berjumlah 21 ribu orang sahaja tidak termasuk pesara. Peruntukan bonus daripada Kerajaan Negeri Selangor tidak sampai pun RM30 juta. Pemberian bonus gaji 2 bulan setengah juga dilihat tidak adil kepada kakitangan awam gred rendah berbanding bonus yang diberikan kepada Menteri Besar Selangor.

Di Pulau Pinang, di sebalik cakap-cakap besar Lim Guan Eng kononnya kerajaan negeri di bawah kepimpinannya merupakan kerajaan negeri yang terbaik, terpaksa meminjam berbilion ringgit dari bank asing, bagi menampung kekurangan aliran tunai menjelang PRU. Apa yang dilakukan oleh Azmin Ali juga, sebenarnya sudah tidak jauh untuk mencapai status yang sama. Apatah lagi dengan kaedah perbelanjaan boros yang ditunjukkan oleh Azmin Ali, termasuklah seperti kos mengecat Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuhraya Persekutuan yang mencecah lebih RM10 juta!

Yang pasti, bonus yang diheboh-hebohkan dan dipropagandakan itu sebenarnya tidak lebih daripada bonus pilihanraya dengan menjadikan kakitangan awam sebagai tikus makmal.

Orang bagi kita ambil!





Wednesday, May 3, 2017

KRISIS KEPERCAYAAN SEDANG MEMBARAH DI DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!



Beberapa pihak telah menyebut nama-nama ADUN Pakatan terutama dari PKR Selangor yang akan menyeberang ke kem Khalid Ibrahim-Faekah Hussin. Sekurang-kurangnya dua orang daripada nama yang disebutkan itu berada bersama-sama dengan Azmin Ali dalam usaha Menteri Besar Selangor itu menyelamatkan kedudukannya pada saat-saat akhir dengan alasan membawa delegasi termasuklah yang dicurigai, ke beberapa negara Afrika Utara dan Jordan dalam apa yang dikatakan sebagai Skim Peduli Siswa, yang selama ini TIDAK DIPEDULIKAN pun!


Antara terawal yang membuat penafian adalah Dr. Daroyah Alwi, ADUN Sementa yang merupakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor.

Menurut Daroyah, dia tidak tahu menahu tentang hal 'lompat' parti itu apatah lagi dia sedang bersama-sama delegasi Menteri Besar di luar negara pada ketika itu.

Azmin Ali turut menafikan ada ADUN PKR yang akan lompat parti. Dua nama yang disebutnya adalah Daroyah dan Yaakob Sapari.


Awal sebelum itu, Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda merangkap SETPOL Azmin Ali, telah membuat penafian dan menyifatkan berita tentang lompat parti itu merupakan berita palsu yang dibuat untuk mengucar-ngacirkan pentadbiran Selangor.

Manakala seorang lagi Exco, Elizabeth Wong pula memberitahu, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan walaupun PAS dalam Muktamar Ke-63 mereka beberapa hari lepas di Kota Sarang Semut membuat ketetapan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor kerana PKR telah melanggar beberapa syarat, termasuklah turut menentang Islam dan perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini.


Walaupun pukul canang dan gong di Selangor sekarang merupakan 'false alarm' tetapi keterdesakan Azmin Ali membawa lari Exco-Exco dan ADUN-ADUN yang disyaki akan lompat untuk menyokong kem Khalid Ibrahim dan Faekah Hussin sudah cukup untuk menunjukkan, di kalangan barisan 'kabinet' negeri pun, kepercayaan sudah semakin menipis.

Seperkara lagi, seandainya Azmin Ali benar-benar yakin kekuatan Pakatan Harapan (DAP-PKR-Cap Bunga-PAN) di Selangor, sudah tentu dengan penuh yakin dia akan membuat usul kepada KDYMM Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan, sepertimana yang pernah dilakukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud ketika krisis kepimpinan melibatkannya dengan Allahyarham bapa saudaranya merangkap mentornya, Tun Abdul Rahman Yaakob pada tahun 1987.

Terlalu banyak khabar angin yang kedengaran, tetapi pada masa yang sama, terlalu banyak penafian dan kemudian, ianya bertepatan sepertimana yang dijangkakan menerusi reaksi seperti yang dilakukan oleh Azmin Ali dengan melarikan ADUN-ADUN berkenaan ke luar negara bagi memanjangkan tempoh sekaligus membolehkan pujukan dilakukan.



Terbaharu ialah, Azmin Ali diberitakan sudah pun menghantar permohonan untuk menghadap KDYMM Sultan Selangor pada Jumaat nanti. Sekaligus, menandakan tempoh seminggu sebelum dia tergesa-gesa mengumpulkan ADUN-ADUN dan Exco-Exco tersebut untuk dilarikan...

Walau apa pun yang berlaku di Selangor, yang pastinya DAP tetap yakin kemenangan tetap berpihak kepada mereka memandangkan UMNO dan Barisan Nasional Selangor sendiri pun, tidak sekuat, bahkan tidak begitu berselera untuk kembali memerintah Selangor.

Manakala PAS Selangor pula... sudah tentu, ditelan mati emak, diluah mati bapa... apatah lagi setelah dua penggal hidup selesa dengan jawatan dan kedudukan yang turut menjamin kewangan...




Wednesday, April 5, 2017

URUSNIAGA SPLASH MERAGUKAN, KINI 200 KELUARGA MELAYU DI RAWANG DIHALAU DARI TANAH YANG DIDUDUKI DAN DIUSAHAKAN DARI TAHUN 1992!!!



Lebih 200 keluarga di Batu 23, Jalan Batu Arang, Rawang dekat sini berdepan hilang tempat tinggal yang didiami sejak 1992 apabila Pejabat Tanah Daerah (PTD) Gombak didakwa menyerahkan hak milik kepada pihak ketiga.

Wakil penduduk, Datuk Suhaimi Muda, 44, berkata, mereka kesal dengan keputusan berkenaan kerana sejak mendiami kawasan tersebut pada 1992, mereka sudah pun mengemukakan permohonan memiliki tanah.

Menurutnya, kawasan seluas kira-kira lima hektar itu pada asalnya merupakan tanah paya dan sungai, namun penduduk memajukan kawasan tersebut selepas PTD Gombak berjanji akan memberikan hak milik sah apabila dibangunkan.

“Walau bagaimanapun, lain pula jadinya apabila bermula 2008, permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) penduduk tidak diluluskan selepas PKR mengambil alih tampuk kepemimpinan kerajaan negeri.

“Lebih mengejutkan, pada Januari lalu, penduduk diarahkan supaya mengosongkan tanah kerana didapati telah berpindah milik kepada dua individu yang akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya kami gagal berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menyertai sesi bantahan aman di sini.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Ismail, 65, mempersoalkan tindakan PTD Gombak meluluskan permohonan kedua-dua individu terbabit bagi mendapatkan status hak milik kekal.

Mohamad menjelaskan, dia hairan dengan kelulusan tersebut memandangkan dua individu itu tidak pernah mengusahakan ta­nah tersebut sedangkan yang bertungkus lumus berbuat demikian termasuk mengeluarkan wang ringgit sendiri adalah penduduk.

“Kami risau kerana telah menerima surat daripada pejabat peguam yang mengarahkan kami supaya mengosongkan tanah dan berdepan tindakan perobohan bangunan sedia ada jika enggan berbuat demikian.

“Ke mana kami ingin pergi kalau dihalau dari tanah yang telah diusahakan sejak 25 tahun lalu?” soalnya sebak.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ramli Arbi, 63, me­rayu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meluluskan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut.

“Kami bukan orang berduit. Sekiranya kami diusir, ke mana hala tuju kami?

“Saya harap kerajaan negeri tidak menganiaya orang Melayu seperti kami,” ujarnya.

SUMBER

Friday, February 17, 2017

9 AHLI PARLIMEN PAKATAN 'CURI' RM10 JUTA DUIT KHAIRAT KEMATIAN!!!



Tulisan: BERUANG BIRU
Apa sudah jadi? Tidak cukupkah lagi dengan caj plastik 20 sen? Tidak cukupkah lagi duit rumah urut dan kilang babi haram di Selangor? Tidak cukupkah lagi? Sampai duit orang mati pun hendak dicuri.

Sudah 2 hari, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadakan protes di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selasa lepas berkaitan dakwaan salah guna kuasa dana khairat kematian. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak pun menjawab apa yang dibangkitkan.

Dalam protes itu, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dikatakan menyalahguna dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor dengan jumlah RM200 juta.

Dikhabarkan, semalam Jamal datang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan membawa bukti berkaitan salah guna kuasa ini yang didakwa beliau mendapat bukti berkenaan dari Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli.

“Kamu nak tahu mana saya dapat bukti ini? Saya dapat dari rakan baik saya YB Rafizi Ramli,” kata Jamal kepada pengamal media di pejabat SPRM.

Dalam dokumen bukti itu, ada sembilan Ahli Parlimen yang bukan dari dalam negeri Selangor mendapat peruntukan dana melalui dana SMUE yang disalurkan di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Dalam bukti iaitu sepucuk surat dari Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada Pengurus cawangan Ambank memohon membuka akaun SMUE. 9 ahli parlimen pembangkang itu adalah :

1) Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai,
2) Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw,
3) Ahli Parlimen Batu, Tian Chua
4) Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Kwong.
5) Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,
6) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
7) Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzh Anwar,
8) Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok
9) Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Kesemua mereka dikatakan ada kaitan dengan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM10 juta.

"Mengapa wakil rakyat bukan dari Selangor tapi Wilayah Persekutuan yang mendapat dana ini?" soal Jamal.

Selain itu, ketika protes di Shah Alam, ada keraguan timbul tentang penggunaan peruntukan dana dalam SMUE ini apabila ia dikatakan digunakan untuk tujuan lain bukan membantu rakyat negeri itu.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali tentang peruntukan sebanyak RM200 juta. Di manakah jumlah peruntukan ini? Adakah ia dari sumber halal?

“Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat beberapa keraguan dalam penggunaan peruntukan SMUE ini yang dilakukan beberapa wakil rakyat atau penyelaras DUN Selangor dan Wilayah Persekutuan. Mereka menggunakan peruntukan ini untuk tujuan lain, bukan membantu rakyat Selangor, tetapi untuk kerja kahwin mereka,” katanya.

Pihak SPRM sewajarnya menjalankan siasatan menyeluruh dan memberi keutamaan terhadap kes ini kerana dakwaan kecurian wang RM10 juta duit khairat kematian ini
adalah sesuatu yang besar dan serius.

Rakyat Selangor dan kesemua 4,000 orang waris yang terlibat perlu tambil ke hadapan untuk menuntut penjelasan sebenar mengenai RM10 juta ini.

Azmin Ali akan terus diam. Jangan terkejut jika Azmin selepas ini membuat "diversion" dengan cerita cerita karut. Sudah pasti isu ini Azmin akan diam tetapi rakyat tidak boleh diam. Tanya lagi apa jadi pada RM10 juta duit khairat kematian?

Beruang Biru
BB287, Jumaat
17 Februari 2017

Thursday, October 6, 2016

KENAPA MARAH? ZAMAN SERBA CANGGIH NI, MENARA KOMUNIKASI PUN BOLEH BERBENTUK KUBAH MASJID!!!



Sudah dua hari kecoh tentang menara azan di Surau Ar-Raudhah yang dirobohkan oleh MBSA yang terletak di Setia Alam. Alasan pertama bahawa menara tersebut membahayakan keselamatan orang ramai dan pengguna jalanraya, tidak terpakai dan kemudian muncul pula alasan kedua kononnya menara tersebut merupakan menara komunikasi yang dibina tanpa kebenaran, selain penglibatan Majlis Agama Islam Selangor untuk mengukuhkan alasan bahawa menara itu sebenarnya adalah menara telekomunikasi, membuatkan ramai yang mencemuh Kerajaan Negeri Selangor dan MBSA sendiri.

Akhirnya, pihak MBSA menuntut Utusan Online menarik balik artikel berkenaan dengan alasan, ianya adalah satu fitnah dan memperlekehkan kakitangan MBSA yang telah berikrar untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Bandaraya Shah Alam.


Sebaik-baiknya tidak perlulah pertikaikan alasan yang diberikan oleh MBSA. Terima sahajalah alasan-alasan tersebut walaupun penduduk setempat sendiri mengakui bahawa menara tersebut memang memancarkan azan sekaligus menjadi salah satu daripada medium komunikasi pemberitahuan masuknya waktu solat kepada penduduk setempat.

Mempertikaikan alasan yang diberikan oleh MBSA samalah seperti memperlekeh-lekehkan pegawai serta kakitangan MBSA. Mereka mempunyai otak dan tahap kecerdikan luar biasa yang digunakan untuk memberikan khidmat terbaik sepertimana yang diperakui oleh Muhammad Shakir Ameer yang merupakan Ahli Majlis MBSA yang turut mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan kerana laporan atau artikel yang mengandungi 66 patah perkataan itu.

Artikel tersebut sekadar menyatakan sebuah menara surau dirobohkan oleh MBSA kerana tidak mendapat kebenaran dan setelah menerima aduan daripada orang ramai tentang ancaman bahaya daripada menara tersebut, meskipun menara itu dibina hampir dua tahun lalu.


Beberapa orang penduduk yang mempertikaikan alasan bahawa ianya adalah sebuah menara komunikasi dengan memperincikan bentuk menara komunikasi yang sudah tentu tidak mempunyai kubah masjid, seharusnya mendiamkan diri kerana MBSA lebih faham dan lebih maklum tentang perkara itu.

Ia samalah seperti apabila dinyatakan tentang ancaman keselamatan daripada menara setinggi 30 meter itu dengan pembesar suara berbanding kewujudan mesin-mesin judi dan premis-premis judi haram selain rumah-rumah urut yang bersepah-sepah di bawah MBSA yang tidak diambil sebarang tindakan walaupun MBSA mempunyai kuasa untuk menyita premis.


Tuesday, November 17, 2015

ALASAN ADUN PKR YANG BOLEH MENYEBABKAN SYAITAN PUN TEPUK DAHI... BANJIR KILAT DI SHAH ALAM SEBAB LANDASAN KERETAPI!!!



Inilah standard ADUN PKR yang amat dibangga-banggakan oleh para penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Inilah juga kebijaksanaan PKR yang tiada bandingannya di dunia ini yang boleh membuatkan setiap bulu, meremang dan cering kesan daripada kenyataannya yang sangat hebat dan pandai.

Banjir kilat yang melanda Shah Alam mencetuskan kemarahan dan rungutan daripada penduduk. Walaupun semua pihak tahu, banjir kilat antara lain faktor utamanya adalah saliran dan perparitan yang tidak diselenggara atau pembangunan tidak seimbang dengan penjagaan alam sekitar, ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail tanpa berasa sedikit malu pun, membuat tuduhan bahawa banjir kilat di Shah Alam adalah berpunca daripada KTMB yang gagal menyelenggara kawasan sekitar Stesen Komuter Batu Tiga. (RUJUK SINI)





Kenyataan bodoh Rodziah Ismail itu kemudiannya mengundang kemarahan Kesatuan Sekerja KTMB dan Netizen yang menyifatkan Rodziah sekadar pandai mencari alasan tetapi langsung tidak berani mengaku bahawa penyelenggaraan perparitan dan saliran oleh PBT adalah punca sebenar kepada banjir kilat di Shah Alam dan beberapa tempat di Selangor.

Agak menarik ialah, Rodziah yang juga merupakan Exco Negeri Selangor menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan bajet untuk menaik taraf Sungai Damansara di Batu Tiga.

Ini sudah kali keberapa peruntukan untuk menaiktaraf sungai dilakukan. Bagaimanapun, di mana-mana di seluruh negeri Selangor, tiada sebarang kerja-kerja menaiktaraf sungai dilakukan walaupun peruntukan telah diluluskan.


Dalam Projek 'River of Life', Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor menyalak dan melalak kononnya Kerajaan Persekutuan telah menganaktirikan Selangor apabila mendakwa Kerajaan Persekutuan hanya melibatkan sungai di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. (RUJUK SINI)

Projek tersebut bernilai RM4.4 bilion di mana RM1 bilion telah diperuntukkan di Selangor. (RUJUK SINI)

Senang sungguh jadi Kerajaan Negeri Selangor... semua kerja dibuat oleh Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi semua kredit termasuklah peruntukan untuk negeri pulak, hilang ghaib begitu sahaja.

Kalau setakat inilah mentaliti Exco Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor amnya, lebih baik lantik budak tingkatan 3 sebagai Menteri Besar dan barisan Exco!!!




Thursday, November 12, 2015

EH, APASAL LAK MARAH TARIF AIR NAIK DI SELANGOR? TU LA KEBAJIKAN... KAN DAH PILIH PAKATAN MASA PRU-13 HARI TU, KAN?



Keputusan kerajaan Selangor untuk menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan syarikat konsesi air selesai sepenuhnya tidak munasabah kerana bercanggah dengan matlamat asal penyusunan semula industri air di negeri itu.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sepatutnya kenaikan tarif air hanya boleh dipertimbangkan selepas tiga hingga empat tahun industri perkhidmatan air Selangor berjaya distruktur semula sepenuhnya dan kenaikan itu tidak melebihi 12 hingga 15 peratus setiap tiga tahun.

“Saya amat terkejut dan terkilan dengan perubahan mendadak pada dasar-dasar awam seumpama ini memandangkan antara sebab asal utama penstrukturan semula indusri air dilaksanakan adalah supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air yang lebih efisien dan pada tarif yang berpatutan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu menggesa satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan agar dapat memantau penetapan tarif itu.

“Bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat terpelihara, saya menggesa agar satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan dengan fungsi antara lain memantau metodologi penetapan tarif dan mutu perkhidmatan di samping memastikan keabsahan justifikasi dan legitimasi keperluan menaikkan tarif seperti yang didakwa.

“Meskipun kewajaran bagi kenaikan tarif wujud, perkara tersebut perlu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor terlebih dahulu agar semua wakil rakyat faham dan jelas tentang isu-isu yang terlibat,” katanya yang turut mempersoalkan syarikat manakah yang dilantik sebagai penilai bebas bagi nilai pampasan kepada SPLASH dan bayaran konsultansi yang dibayar kerajaan negeri.

Katanya, selain menaikkan tariff air, kerajaan negeri yang mengawal sepenuhnya industri air boleh mengelakkan pembaziran dan ketirisan dalam kos operasi dengan memotong perbelanjaan tidak perlu, mengurangkan kontrak berlapis-lapis dan menghentikan serta-merta penganugerahan sub-kontrak.


“Kerajaan negeri tidak perlu lagi mengikut Perjanjian Konsesi kerana sudah mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan kaedah ‘harga’ dan ‘kos’ yang baharu untuk mengurangkan dan menghapuskan keperluan menaikkan tarif,” katanya.

Dalam masa sama, Khalid juga menasihatkan agar kerajaan negeri faham secara mendalam segala butiran dalam akaun dan rekod kewangan operator perkhidmatan air terutama aspek perbelanjaan.

“Dari situ, satu formula lestari boleh digarap bagi mengelakkan kenaikan tarif buat jangka masa panjang,” katanya.
Khalid turut membidas Pakatan Harapan yang sering mencari kelemahan pihak lain tetapi mendiamkan diri terhadap kepincangan yang berlaku di Selangor.

Katanya, Pakatan Harapan perlu berhenti bersikap hipokrit dan berdolak dalih dengan membuktikan keupayaan mengurus industri air lebih baik berbanding era Barisan Nasional disamping menunaikan tawaran dalam manifesto PRU13. (SUMBER)


Monday, March 30, 2015

TAHNIAH 141 MELAYU KELANG KERANA ANDA DIHALAU SEPERTI ANJING KURAP DALAM KEADAAN SEHELAI SEPINGGANG SETELAH TANAH DIRAMPAS KERAJAAN PKR DENGAN KERJASAMA DAP DAN PAS!!!




Kira-kira 144 pemilik tanah di Kampung Sungai Bertek di sini kini dalam dilema apabila menerima arahan untuk mengosongkan kediaman masing-masing esok bagi membolehkan Projek Jambatan Ketiga Klang dilaksanakan.

Penduduk juga tidak berpuas hati apabila notis pengosongan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) itu hanya diterima mereka Khamis lalu.

Seorang penduduk, Afian Ahmad, 30, berkata, JKR ternyata tidak adil apabila notis bertarikh 23 Mac 2015 itu diserahkan lewat kepada mereka.

Malah dia mendakwa, ada penduduk tidak menerima secara terus sebaliknya diperolehi daripada pihak lain seperti jiran.

“Mereka seolah-olah mahu memaksa kami keluar dengan segera.

“Mana kami nak cari tempat tinggal lain dalam tempoh singkat ini,” katanya kepada pemberita selepas taklimat awam mengenai pelaksanaan projek berkenaan di sini hari ini.

Taklimat tersebut dianjurkan oleh JKR Klang, Majlis Perbandaran Klang serta Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

Seorang lagi penduduk, Razman Abu Bakar, 65, memberitahu, taklimat berkenaan tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga semata-mata.

Ini kerana jelasnya, program tersebut tidak dapat menjawab sepenuhnya kemusykilan penduduk yang mahu tahu tentang pelbagai isu termasuk notis pengosongan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, mereka yang tidak berpuas hati atau mahu mengadu tentang isu-isu tertentu hanya diminta berbuat demikian secara rasmi kepada agensi-agensi terbabit.

“Ini bukan isu ‘ikan bilis’ tapi tentang nasib kami yang kini sudah hilang tempat tinggal,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia merayu kepada kerajaan negeri supaya menangguhkan arahan pengosongan rumah ke tarikh lain.

“Sekurang-kurang biarlah selepas hari raya supaya kami dapat menyambutnya dengan sempurna,” katanya lagi. (SUMBER)

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MELAYU-MELAYU BERKENAAN.... UBAHLAH LAGI! INI KALILAH LAGI!!!


 
Blogger Templates