Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label sskm. Show all posts
Showing posts with label sskm. Show all posts

Monday, March 16, 2015

SALEH SAID KERUAK DESAK KERAJAAN MALAYSIA SIASAT SEGERA DORIS JONES, SI PENGKHIANAT YANG NAK JUAL SABAH!!!



Kerajaan Malaysia perlu menyiasat segera siapakah gerangannya Doris Jones ini yang didakwa sedang mengetuai sebuah pergerakan yang dipanggil Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Jones adalah nama keluarga suami Doris dan dia kini dipercayai berada di Northampton, UK.

Doris telah berada di UK untuk suatu jangka masa yang lama tetapi mula terlibat secara aktif dengan politik semenjak dia bertemu dengan Ambiga dari BERSIH dalam satu ceramah yang diadakan di London.

Dia dipercayai telah lama meninggalkan Malaysia dan kini memegang taraf Penduduk Tetap UK. Maka, dia meninggalkan Malaysia atas sebab perkahwinan dan kerjaya dan bukannya sebab dia dianiaya kerana terlalu lantang seperti yang dia dakwa.

Doris juga dikatakan mempunyai perkaitan yang rapat dengan sebuah lagi pergerakan di UK yang dipanggil Friends Of Pakatan Rakyat yang berpangkalan di London dan diketuai oleh ahli PKR dan DAP.

Persepsi yang cuba dicipta Doris adalah Sabah dan Sarawak sedang berjuang untuk berpisah dari Malaysia. Dan sudah tentulah perkara yang menarik seperti ini telah menarik perhatian media di UK dan BBC telah menjemput dia dalam satu temuramah baru-baru ini.

Perkara ini langsung tidak benar. Sabah dan Sarawak tidak berjuang untuk mencapai kemerdekaan dan berpisah dari Malaysia. Sebetulnya, apa yang kami minta adalah sedikit autonomi yang tidak tertakluk kepada keputusan pusat supaya kami, sekurang-kurangnya dapat menentukan nasib kami sendiri dan menguruskan perkara-perkara yang boleh diterjemahkan sebagai urusan negeri.

Salah faham tentang apa yang sebenarnya berlaku di Sabah dan Sarawak adalah sangat mendukacitakan dan mesti dijawab oleh Kerajaan Malaysia. Tiada konflik bersenjata yang berlaku di Sabah dan Sarawak atau pun krisis sehingga menyebabkan rakyat Sabah dan Sarawak mengangkat senjata menuntut kemerdekaan dari Malaysia.

Walaubagaimanapun, inilah persepsi yang cuba dicipta. Dan ini mesti dibetulkan.

Selepas mengatakan semua ini, kita tidak menafikan ada rasa tidak gembira yang wujud yang boleh diselesaikan dengan mudah melalui dialog dengan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,

Monday, February 9, 2015

BENARKAH POLIS SABAH BURU LIM KIT SIANG, AMBIGA DAN TONY PUA SEBAB ADA KAITAN DENGAN DORIS JONES?


Polis Sabah dilaporkan sedang menyiasat gerakan pemisahan Sabah dan Sarawak di bawah Akta Hasutan.

Tiga orang individu telah dikenalpasti terlibat dalam gerakan pemisahan dalam Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Bantuan mereka diperlukan untuk membantu siasatan.

"Kami tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut memandangkan kes ini masih di bawah siasatan," kata Komisyiner Polis Sabah, Jalaluddin Abdul Rahman. "Kes Doris Jones, pengendali laman SSKM di Facebook, masih lagi disiasat."

Pesuruhjaya Polis Sabah itu memberi ulasan berhubung status Doris Jones yang kini berpangkalan di United Kingdom, di mana polis turut mahu mendapatkan kenyataan daripadanya.

Jalaluddin mengesahkan bahawa ketiga-tiga individu tersebut adalah rakyat Malaysia, tetapi membayangkan ketiga-tiga mereka besar kemungkinan bukan berasal dari Sabah. Dia bagaimanapun, enggan memberikan penjelasan lanjut.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan.

(SUMBER)



Saturday, January 17, 2015

ISU BAJU KURUNG DI SEKOLAH, RUPA-RUPANYA MAMAT NI SPIN SEBAB TAK MAHU MENGAKU TETEK ANAK TERSEMBUL DI DALAM BAJU KURUNG NIPIS!!!


Beberapa hari lepas, berita tentang seorang pelajar bukan Melayu (dan juga bukan Bumiputera) kononnya telah dihalau dari sebuah sekolah di Cheras kerana tidak dibenarkan berbaju kurung oleh guru 'Melayu'. Pelajar berkenaan kemudiannya dikatakan berasal dari Lun Bawang walaupun bapanya adalah seorang India Kristian yang diketahui bukanlah Bumiputera Sarawak dan asal keturunan dalam perundangan di Sarawak adalah mengikut bangsa bapa (paternity) dan bukannya maternity (ikut ibu) atau kedua-duanya seperti di Sabah.

Si anak yang dihalau dari sekolah itu sebenarnya tidak bersalah. Tetapi dia mungkin tersalah faham dan telah melaporkan kepada bapanya, LAWRENCE JAYARAJ yang merupakan pembenci Malaysia dan mahukan Malaysia berpecah belah selain mahu mewujudkan sebuah Kerajaan Kristian Ekstrim di Sarawak dengan berkiblatkan Tel Aviv dan Washington.

Guru disiplin sekolah terbabit adalah SEORANG GURU CINA, bukan Melayu sebagaimana yang didakwa oleh Lawrence Jayaraj.

Menurut guru disiplin berkenaan, anak perempuan Lawrence Jayaraj bukannya dihalau dari sekolah tetapi disuruh menukar pakaian memandangkan baju kurung yang dipakainya sangat jarang sehingga menampakkan baju dalam dan sebahagian buah dadanya..... teruskan bacaan di BULETIN 247

Monday, December 1, 2014

ANWAR IBRAHIM ISYTIHAR SARAWAK SEBAGAI NEGARA, TETAPI KEMUDIAN MERAYU KETUA MENTERI BENARKAN MACAINYA MASUK MENGHASUT!!!


Selama ini, PKR dan Anwar Ibrahim menafikan pembabitan mereka dengan sebuah NGO yang berusaha menghasut dan mengucar-ngacirkan Sabah serta Sarawak. Namun selepas Kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri memutuskan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) sebagai sebuah NGO haram dan akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan, para pengendali NGO tersebut yang rata-ratanya dipercayai mendapat imbuhan daripada pihak-pihak tertentu untuk beroperasi, mula kurang mengaktifkan diri.


MITOS Sarawak dan Sabah sebagai sebuah NEGARA telah didendangkan oleh beberapa individu yang berkepentingan. Menariknya, ramai yang percayai dengan MITOS tersebut dan turut mempercayai bendera yang digunakan oleh kerajaan penjajah Brooke sebagai bendera Kerajaan Negara Sarawak.

Sarawak sebelum kedatangan Brooke hanyalah Bandaraya Kuching sekarang dan merupakan salah satu daripada daerah dalam Negara Brunei Darussalam. Begitu juga dengan Bahagian-Bahagian atau Daerah-Daerah lain di Sarawak, sama ada merupakan sebahagian daripada kerajaan di Kalimantan (Banjar) atau sebahagiannya pula no-man-land yang berjaya disatukan oleh James Brooke sebelum diserahkan kepada Kerajaan British pada tahun 1945.


Menyusur sejarah lampau Sarawak, negeri itu pernah berada dalam Empayar Srivijaya, Empayar Johor dan Empayar Majapahit sebelum diambilalih oleh Brunei secara longgar menerusi kawalan ke atas kubu-kubu sungai.

British hanya melepaskan Sarawak setelah rancangan penubuhan Malaysia sudah di peringkat akhir. Kemerdekaan Sarawak diberikan pada 22 Julai 1963 sebelum Sarawak menyertai Malaysia pada 31 Ogos 1963. Tentangan daripada Indonesia yang turut menuntut Sarawak sebagai sebahagian daripada negara itu, telah menyebabkan pengisytiharan menyertai Malaysia dibuat pada 16 September dan tarikh itu diterima umum sebagai tarikh rasmi.

Dari 22 Julai 1963 sehingga 16 September 1963, tiada kerajaan rasmi di Sarawak kecuali Kerajaan Interim. Hanya setelah penyertaan di dalam Malaysia dengan Sarawak menjadi komponen ke-11, barulah wujudnya Kerajaan Negeri yang mengambilalih tugas kerajaan sementara.


Sejarah ini telah diputarbelit oleh golongan yang mendabk dada kononnya mereka adalah pejuang kemerdekaan Sarawak dari Persekutuan Malaysia. Mereka mencipta versi sejarah Sarawak mereka sendiri yang kemudian dibantu pula oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia turut disertai sekali dengan 18 Perkara tambahan yang memberikan kuasa autonomi kepada Sarawak berbanding negeri-negeri lain. Antara pemisahan kuasa tersebut termasuklah yang membabitkan Imigresen dan jabatan Pengangkutan Jalan serta beberapa agensi Kerajaan Pusat di Sarawak selain kuasa tanah, pentadbiran, bekalan air, bekalan api serta cukai.

Sebelum kewujudan Pakatan Rakyat dan penipuan berleluasa membabitkan sejarah negeri Sarawak sepertimana yang dilakukan oleh kumpulan SSKM dan Pakatan Rakyat sendiri, kebanyakan rakyat Sarawak amat bersyukur dengan perubahan strata dan status yang mereka miliki selepas Sarawak menyertai Malaysia.


Semalam, Zuraidah Kamaruddin tidak dibenarkan memasuki Sarawak oleh Imigresen. Zuraidah Kamaruddin meroyan dan memperkatakan tentang hak asasi dan dan kebebasan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Bagaimanapun Ketua Wanita PKR itu tidak pula memperkatakan tentang kebebasan Sarawak untuk menguatkuasakan undang-undang mereka sendiri berdasarkan Perlembagaan dan Putrajaya tidak boleh mencampuri urusan terbabit.

Semalam juga, Anwar Ibrahim dalam ucapannya dalam satu sidang media di hotel di Bandaraya Kuching 'merayu' kepada Ketua Menteri Sarawak agar membenarkan Zuraidah Kamaruddin serta beberapa orang konconya masuk ke Sarawak.

Selain Zuraidah Kamaruddin, turut tidak dibenarkan masuk ke Sarawak adalah Rafizi Ramli (PKR-Pandan), R. Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Tian Chua (PKR-Batu), Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Penaung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku, Datuk S. Ambiga, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah serta Naib Pengerusi BERSIH 2.0 Bahagian Sabah Jannie Lasimbang.


Lebih menarik lagi ialah Anwar turut mengisytiharkan Sarawak sebagai sebuah Negara yang diwakili oleh PKR! (BACA DI SINI)


 
Blogger Templates