Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label maszlee malik. Show all posts
Showing posts with label maszlee malik. Show all posts

Sunday, January 5, 2020

BERHENTILAH BERBOHONG, MASZLEE MALIK... KAU MEMANG DIPECAT DAN DIHINA OLEH MAHATHIR SERTA PARTI KAU SENDIRI!!!



Para penyokong Maszlee Malik terus melakukan propaganda untuk memuliakan Maszlee Malik. Atau dalam bahasa yang lebih mulus, untuk mensucikan Maszlee Malik selepas bekas Menteri Pendidikan itu dimalukan kerana dipaksa meletak jawatan oleh Dr.Mahathir yang dijulang, diampu dan dibodeknya.

Dan seperti biasalah, apabila ada pihak menjulang, tidak kurang jugalah akan wujud kumpulan lain yang masih tidak berpuas hati setakat Maszlee Malik meletak jawatan sahaja. Mereka beranggapan, tindakan Maszlee Malik 'menyerahkan jawatan' sebagai Menteri Pendidikan sebagai tidak cukup. 

Sebaliknya, mereka mahu terus memalukan Maszlee Malik semahu-mahunya. Mereka mahu Maszlee Malik dipakukan dalam keranda politik dan ditalkin buat selama-lamanya. Mereka mahu Maszlee terus berundur, letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan meninggalkan terus dunia politik yang bukan kerjayanya, bahkan dia tidak mempunyai akar umbi mahupun jentera propaganda yang boleh menyokongnya. 

Terlalu ketara apabila cubaan Maszlee untuk menampilkan dirinya sebagai hero dan konon-kononnya sangat bernilai kerana tidak dipecat atau disuruh meletakkan jawatan, dikantoikan oleh portal-portal berita Pro-Pakatan sendiri.

Pendedahan yang dibuat oleh Malaysiakini yang diketahui pro-DAP khususnya menunjukkan yang Maszlee Malik telah diarahkan sendiri oleh Dr. Mahathir agar melepaskan jawatan kerana terlalu kecewa dengan prestasinya selaku Menteri Pendidikan, lebih-lebih lagi apabila Maszlee Malik mengacau ganggu kepentingan kroninya dalam isu 1Bestari Net selain desakan dan tekanan dari Don Zong dalam isu tulisan Jawi dan DAP secara keseluruhan prestasinya. (RUJUK SINI)


Dan lebih menarik lagi ialah, Mahathir kembali berperangai lamanya... memecat orang yang tidak disukainya sama ada ketika dia berada di luar negara atau orang itu berada di luar negara. Itulah yang berlaku kepada Maszlee Malik yang dipecat ketika sedang seronok bercuti bersama-sama keluarganya di Amerika Syarikat.

Portal pro-PH mendedahkan yang Mahathir telah mengutuskan surat 17 perenggan kepada Maszlee Malik pada 27 Disember 2019 yang antara lain adalah memaksa Maszlee Malik meletakkan jawatan. Pendedahan tersebut tidak lama selepas Maszlee Malik pulang ke Simpang Renggam untuk memberitahu dan berbohong kepada keluarga, rakan-rakan dan penyokong-penyokongnya tentang pemecatannya. 

Seperkara yang Maszlee terlupa ialah, dia tidak tahu kedudukannya sendiri. Kalau sudah Perdana Menteri dan Pengerusi parti sendiri pun tidak pertahankan dia selain memandang rendah kepadanya, sepatutnya Maszlee Malik sedar lebih awal. 

Sedangkan Azmin Ali dari PKR yang dikaitkan dengan video semburit pun, dipertahankan oleh Mahathir malahan tiada sepucuk surat pun diutuskan supaya Azmin meletakkan jawatan, berbanding Maszlee, seharusnya Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berasa sangat malu dan terhina. 


Sebenarnya jauh lebih baik Maszlee Malik turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam daripada terus berusaha memujuk hatinya sendiri dengan berbohong kepada orang ramai terutama sekali pengundi-pengundinya di Simpang Renggam. Apatah lagi, dengan jawatan sebagai Ahli Parlimen itu, Maszlee boleh membuat tuntutan yang jauh lebih baik dengan jawatan tinggi di IPTA sebagai pertukaran dengan jawatan Ahli Parlimen Simpang Renggam yang disandangnya. 

Namun, seandainya kita amat-amati, apa yang berlaku kepada Maszlee bolehlah dianggap sebagai kifarah. Sebelum ini, bukan main lagi dia menghentam Najib sampai tak ingat dosa dan pahala. Niat dia masuk politik pun sudah jauh menyimpang. Dalam satu forum, dia beritahu, salah satu sebab dia masuk politik adalah untuk menjatuhkan Najib dan BN. Bukan kerana rakyat, jauh sekali untuk memperbetulkan dasar pendidikan sebagaimana yang didakwanya memandangkan selama 20 bulan memegang jawatan Menteri Pendidikan, dia hanya menjalankan dasar-dasar yang ditinggalkan oleh Kerajaan Najib Razak dengan sedikit pengubahsuaian pada jenama dan nama. 

Tentu ramai yang masih ingat, hari pertama dia memegang kuasa, perkara pertama yang dia lakukan adalah memberhentikan langganan Utusan Malaysia ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dan insitusi-institusi pengajian di bawah Kementerian Pendidikan. Alasannya, akhbar tersebut milik UMNO. 

Bagaimana pula dengan pemecatan ramai tenaga kerja di IPTA-IPTA untuk digantikan dengan kawan-kawannya dari IKRAM? Maszlee langsung tidak berasa bersalah dengan ribuan orang yang kehilangan kerja. Malahan dia cukup berbangga kerana dapat mengangkat supremacy DAP menerusi Pakatan Harapan. (RUJUK SINI)

Benci Maszlee kepada UMNO dan Najib mengatasi segala-galanya. Malah benci dia kepada orang Melayu terkandung jelas dalam klip video yang mana dia menghina orang Melayu sebagai penerima BR1M walaupun sebahagian besar penerima insentif tersebut bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Dia mempersenda-sendakan orang Melayu, kononnya tanpa BR1M, orang Melayu tak boleh hidup seolah-olah kejayaannya dalam bidang akademik, tidak setitik pun ada jasa Melayu menerusi UMNO dan dasar-dasar BN sebelum dia menjadi Menteri Pendidikan. 

Dalam usahanya untuk membodek dan mengampu DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan Tony Pua, Maszlee pernah kata, dia mahu masukkan isu Skandal 1MDB dalam silibus sekolah. Walaupun ianya langsung tidak kena-mengena dengan pendidikan tetapi Maszlee Malik cukup berbangga kerana dia dapat mengembangkan pembohongan dan putar belit Lim Guan Eng serta Tony Pua dalam usaha memburuk-burukkan Najib Razak. Maszlee Malik langsung tidak peduli sama ada cerita itu sahih atau tidak. Selagi ianya keluar dari mulut Lim Guan Eng, Tony Pua dan Mahathir Mohamad, Maszlee Malik akan terima bulat-bulat. 

Bagaimana pula dengan kenyataannya bahawa Kementerian yang diterajuinya gagal dalam melaksanakan janji Pakatan sendiri seperti PTPTN yang menjadi modal kempen masa PRU-14? (RUJUK SINI). Bukankah untuk menutup kelemahan dan kegagalannya, dia menyalahkan Najib dan menuduh Najib telah menghabiskan serta merompak wang negara sehingga Pakatan gagal melunaskan janji-janji mereka sendiri? 

Malahan, Maszlee sendiri mendakwa, cincin Rosmah yang dibeli dengan harga berjuta-juta ringgit menggunakan wang rakyat. Begitu juga dengan beg tangan berjenama Hermes serta jenama-jenama lain, semuanya Rosmah Mansor beli dengan merompak wang rakyat.



Apa yang berlaku kepada Maszlee Malik sekarang, kalau dia seorang yang beragama Islam, pasti dia akan merenung dirinya kembali serta kesilapan-kesilapan, sama ada perbuatan atau tutur katanya sebelum ini. 

Tapi kalau dia seorang yang menyamar atau menganggap dirinya sebagai seorang Islam, lebih-lebih lagi dengan fikrah Wahabi, mungkin dia tak rasa bersalah sedikit pun. Sebab golongan berkenaan, lebih suka menyalahkan orang lain berbanding dirinya. Malahan sanggup pula menipu dan memutarbelitkan fakta sebenar. 


Saturday, January 4, 2020

USIK KEPENTINGAN DAN KEUNTUNGAN KRONI MAHATHIR, PADAHLAH JAWABNYA... ITU YANG MASZLEE MALIK TERIMA!!!



Sekarang ini, tular di media sosial tentang petisyen yang meminta agar Maszlee Malik dikekalkan atau Mahathir kembali menyerahkan jawatan Menteri Pendidikan kepada Maszlee Malik yang melepaskan jawatan 'atas nasihat Perdana Menteri' petang semalam.

Walaupun Maszlee Malik beria-ia memuji menggunung Mahathir, tetapi dia tetap 'dinasihati oleh Perdana Menteri' supaya melepaskan jawatan.

Itu yang dikatakan oleh Maszlee Malik dalam ucapannya sebelum perletakan jawatannya. Mungkin kedengaran sopan tetapi jikalau kita mengamat-amati ucapannya itu, Maszlee memberitahu bahawa dia terpaksa meletakkan jawatan setelah didesak oleh Mahathir. Dan Mahathir pula terpaksa meminta dia meletakkan jawatan kerana didesak oleh pihak lain.


Seperti yang diakuinya, dia telah banyak menimbulkan krisis pada kepimpinan terutama dalam beberapa isu seperti tulisan Jawi, Internet Sekolah dan sarapan pagi.

Tulisan Jawi yang menimbulkan polemik antara Dong Zong-DAP dengan orang Melayu secara keseluruhannya, dilihat hanyalah umpan. DAP yang juga seperti Mahathir, tidak mahu Kerajaan Pakatan Harapan hancur sebelum 2023, segera mengalihkan tuduhan kepada UMNO-PAS dan MCA. Muafakat Nasional dituduh menjadi penyebab, penghasut dan pencetus kepada isu berkenaan walaupun dasar pemaksaan tulisan Jawi untuk SJKC dan SJKT telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan di bawah Pakatan Harapan.

Atau lebih tepat lagi, ketika Kementerian Pendidikan diterajui oleh Maszlee Malik!

Sebenarnya terlalu banyak 'dosa' Maszlee Malik kepada rakyat Malaysia walaupun sebahagian orang cuba menjadikan dasar-dasar Kerajaan Barisan yang diteruskan oleh Maszlee Malik tetapi ditukar nama atau dicuri kredit untuk namanya, sebagai budi baik bekas Menteri tersebut.


Antara yang paling ketara adalah Pelan Tindakan OKU yang merupakan dasar dari tahun 2016 sehingga 2022 yang diinisiatifkan oleh Mahdzir Khalid, bekas Menteri Pendidikan era Kerajaan BN. Hilang nama Mahdzhir Khalid, muncul nama Maszlee Malik kononnya itulah inisiatifnya.

Begitu juga dengan PERMATA PINTAR yang merupakan inisiatif Rosmah Mansor tetapi dicuri dan digubah namanya menjadi GENIUS PINTAR dan kemudian Maszlee Malik berbangga-bangga.

Terlalu banyak sebenarnya yang hendak ditulis tentang rompakan kredit selain tindakan bodoh Maszlee Malik termasuklah sikapnya membalas dendam dengan memecat sebahagian besar tenaga kerja di IPTA untuk digantikan dengan gengnya dari IKRAM. Tidak termasuk juga dengan kaedah dia mencari musuh walhal dia tidak perlu pun berbuat begitu, apatah lagi, dia sememangnya tidak ada asas, akar umbi mahupun jentera besar propaganda di belakangnya.

Namun kemusnahan paling besar kepada kedudukannya selaku Menteri Pendidikan selain kritikan daripada beberapa orang yang rapat dengan Mahathir seperti Kadir Jasin, Daim Zainuddin mahupun Rafidah Aziz adalah 'keberaniannya' mengacau ganggu keberadaan syarikat milik kroni utama Mahathir, YTL dalam isu BestariNet.


BestariNet bukanlah masalah baru. Dari zaman Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan lagi, Presiden PPBM itu telah dikritik keras, terutama selepas anak lelakinya sendiri berada di dalam syarikat berkenaan. BestariNet menyakau keuntungan yang bukan sedikit sedangkan perkhidmatan yang diberikan pula, terlalu teruk malahan di sesetengah tempat, langsung tidak boleh digunakan.

Pemberhentian khidmat UNIFI dan digantikan dengan YES milik kroni seperti yang berlaku melibatkan lebih 1000 buah sekolah di seluruh Sarawak (RUJUK SINI), merupakan kesan jelas daripada KORPORATKASI yang diamalkan oleh Mahathir, jenayah yang jauh lebih hina dan jijik berbanding Kleptokrasi yang dicanang-canangkan terhadap Najib Razak.

Kenyataan Kementerian Pendidikan pada 27 Jun 2019 bahawa bermula 1 Julai 2019, tiga syarikat penyedia perkhidmatan Internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn. Bhd akan membekalkan talian Internet ke sekolah-sekolah di seluruh negara, sekaligus membatalkan keputusan awal penggunaan YES serta BestariNet milik YTL, selepas kontrak perkhidmatan 1BestariNet tamat pada 30 Jun 2019 (RUJUK SINI), sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana Maszlee Malik sebenarnya bermain dengan api dan dia bakal terbakar kerana permainannya itu sendiri.


Apa yang berlaku kepada Najib Razak, berlaku kepada Maszlee. Najib Razak begitu berani 'merampas' IPP dari tangan kroni-kroni Mahathir dan walaupun terpaksa membeli kembali dengan harga yang lebih tinggi, Najib melakukannya bagi menyelamatkan sekurang-kurangnya RM21 bilion wang rakyat setahun daripada disakau buta oleh syarikat-syarikat kroni yang menguasai IPP itu. (RUJUK SINI)

1BESTARINET adalah 'baby' Muhyiddin Yassin. Pemilik syarikat itu juga merupakan antara kroni rapat Mahathir walaupun tidak serapat Vincent Tan. Malahan pemilik syarikat tersebut pernah bercakap besar, kononnya pendapatan utama syarikatnya dijanakan oleh syarikat-syarikatnya di luar negara, walaupun sebenarnya sebaliknya.

Antara projek besar syarikat tersebut adalah ERL yang menggunakan modal dari Tabung Haji dan Bank Pembangunan.


Menurut sumber tekanan Taikun Cina pemilik YTL adalah faktor utama penyingkiran Dr Maszlee yang telah menamatkan kontrak 1Bestarinet. YTL dikatakan sebelum dan selepas ditamatkan kontrak terus mengadu kepada Perdana Menteri tentang sikap Menteri Pendidikan itu.

Portal Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan projek YTL sebelum ini yang menguntungkan YTL sejak dilaksanakan.

Projek kontroversi yang dimulakan di zaman Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan ini tidak mudah ditamatkan malah fasa 2 terpaksa disambung oleh Menteri Pendidikan selepas itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid sekalipun telah disiasat PAC.

Bagaimanapun hayat 1BestariNet dan YTL ‘terputus nyawa’ apabila Menteri Pendidikan baru YB Dr Maszlee Malik dengan beraninya tidak menyambung khidmat itu walau dengan segala macam rayuan YTL lakukan. Malah  KPM melantik tiga syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd mulai 1 Julai 2019.


YTL ‘menyerang’ KPM dan mendakwa KPM melanggar obligasi kontrak serta berlaku tidak adil kepada YTLC apabila mengupah tiga pembekal tanpa tender.

YTL juga mendakwa kementerian telah memohon perkhidmatan internet percuma untuk 10,000 sekolah yang melaksanakan persekitaran pembelajaran maya (VLE) tertakluk kepada tender pada 1 Januari, 2020. (RUJUK SINI)

Bukan itu sahaja KPM tidak menyambung sewaan Menara telekomunikasi kepada YTL atas alasan  kerajaan berpotensi kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi sebanyak RM32,580,000 setahun jika khidmat YTLC diteruskan.

Tan Sri (Dr) Francis Yeoh  Pengerusi Eksekutif YTL sudah tentu amat tidak berpuas hati mengenai Menteri KPM yang bersikap kejam terhadap YTL yang selama ini telah berbelanja besar dalam projek 1BestariNet.


Dan ini terbukti apabila hari yang sama Maszlee Malik meletak jawatan, saham-saham YTL terus melonjak!

Membuang Dr Maszlee adalah satu permintaan taikun-taikun jika mahu para taikun membantu kerajaan PH sekarang. Mereka berbelanja besar membantu kempen PH PRU14 namun hasil tiada dan menyebabkan mereka kerugian besar. Tun Dr Mahathir Perdana Menteri tiada pilihan bagi mengelak mudarat besar maka mengarahkan Dr Maszlee meletak jawatan.

Sama ada Maszlee Malik terlalu bermain api atau dia mungkin terlalu naif dan menganggap, ketuanya sebagai orang yang jujur dan telus, hakikatnya Maszlee akhirnya dikorbankan kerana berani mengusik kepentingan dan keuntungan kroni ketuanya yang bernama Dr. Mahathir Mohamad!


Thursday, January 2, 2020

MASZLEE MALIK AKHIRNYA KECUNDANG DAN TERPAKSA LEPAS JAWATAN SEKALIGUS MEMBERI PETUNJUK UEC DAN DAP JAUH LEBIH POWER!!!



Tidak beberapa jam selepas Maszlee Malik dikritik hebat oleh Lim Kit Siang kerana kertas peperiksaan yang disediakan oleh Universiti Malaysia Perlis dan mendesak Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mengambil tanggungjawab, akhirnya Maszlee Malik yang gigih mempertahankan kedudukan dan jawatannya, terpaksa mengalah.

Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, Maszlee Malik tidak boleh mencuci tangan sekiranya kursus hubungan etnik di universiti dan institusi membuatkan salah faham, kecurigaan dan kebencian antara kaum serta antara agama bertambah buruk berbanding mempromosikan toleransi, kepercayaan dan kefahaman di Malaysia. (RUJUK SINI)

Banyak pihak khususnya pro-Pakatan marah apabila kertas peperiksaan UniMAP bagi Kursus Hubungan Etnik yang diadakan pada 29 Disember yang memuji penceramah kontroversi, Zakir Naik. Kertas peperiksaan itu juga dikatakan mengandungi soalan yang dilihat menghina rakyat berkulit gelap, dan soalan yang nampak seperti mengejek pengkritik langkah kerajaan memasukkan pengenalan Jawi dalam silibus sekolah.


Lim Kit Siang dan DAP cuba menjadi juara anti perkauman walaupun pada masa yang sama, DAP merupakan juara melebarkan jurang perkauman dengan memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan terutama yang berkaitan Bahasa Melayu, Melayu-Bumiputera, Islam dan Raja-Raja Melayu. Malahan DAP secara berterus-terang mahu menjadikan UEC sebagai sistem pendidikan utama menggantikan Dasar Pendidikan Nasional yang tidak berkompromi berhubung Bahasa Melayu dan Malaysia sebagai terasnya. Sebaliknya UEC yang kiblatnya adalah Taiwan dan supremacy Cina menjadi fokus utama DAP.

Disebabkan itulah, Maszlee Malik walaupun keberaniannya tidaklah sebesar mana malahan cuba mencari tempat dalam kerjaya politik dengan menjadikan tulisan Jawi sebagai senjata utamanya meraih sokongan, akhirnya terpaksa berundur setelah rakyat dapat melihat bagaimana Timbalannya, Teo Nie Ching dari DAP, jauh lebih berkuasa berbanding Maszlee.


Teo Nie Ching beberapa jam sebelum Maszlee Malik meletakkan jawatan selaku Menteri Pendidikan, berkata, Pakatan Harapan tidak akan mengitar semula janji mereka untuk mengiktiraf UEC kerana tindakan tersebut akan memberi kesan kepada kredibiliti Kerajaan.

"Saya mengakui bahawa progres (untuk pengiktirafan UEC) tidak menepati kehendak semua orang. Saya ingin meminta maaf, tetapi kami tidak akan berputus asa," katanya seperti yang dipetik oleh Sin Chew Daily semasa dialog Bajet 2020 di Kuala Lumpur malam semalam. (RUJUK SINI)

Mengiktiraf UEC merupakan antara janji-janji utama DAP kepada para penyokong mereka dan ianya terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

Perletakan jawatan Maszlee Malik ini dilihat bakal membolehkan UEC diiktiraf kerana ramai yang berkeyakinan bahawa Mahathir telah ditekan oleh DAP untuk memecat Maszlee Malik dan jawatan Menteri Pendidikan digantikan oleh seseorang yang boleh dilentur mengikut kehendak DAP sepertimana Mat Sabu yang menerajui Kementerian Pertahanan.


Sunday, December 1, 2019

MELETUP PULA SKANDAL TENDER DAN PENGANIAYAAN TERHADAP PENJAWAT AWAM... HARAP-HARAP WARDINA TOLONGLAH BERSIHKAN NAMA MASZLEE MALIK!!!



Selepas pendedahan skandal di Kementerian Pertanian dan Kementerian Belia dan Sukan, kini sedang viral dan didedahkan pula skandal berhubung tender Makanan Bermasak dan Pembersihan Sekolah melibatkan Kementerian Pendidikan yang menterinya adalah Maszlee Malik.

Dari semalam lagi, netizen mula mendedahkan skandal tersebut yang turut membabitkan TKSU dan KSU Kementerian Pendidikan yang diugut oleh Pegawai Khas Maszlee bernama Ezree Abdullah kerana tidak menyokong tindakan menteri yang membatalkan tender bernilai RM3 bilion merangkamui lebih 1300 tender (pembersihan, pembekalan makanan dan kawalan keselamatan) di seluruh negara. Untuk rekod, pembatalan keputusan tender tersebut telah berlaku sebanyak dua kali iaitu pada Januari 2019 dan Jun 2019.



Beberapa orang penyokong Maszlee Malik cuba memperbetulkan tanggapan tersebut dan menggunakan UMNO sebagai perisai dalih mereka. Alasan yang diberikan ialah, yang mengamuk sekarang kerana tender tersebut dibatalkan oleh menteri adalah orang-orang UMNO kerana tidak lagi dapat merompak dan mencuri wang rakyat. 



Secara tidak langsung, para penyokong Maszlee itu juga mengakui bahawa memang wujud skandal dan campurtangan langsung dalam keputusan Tender Makanan Bermasak dan Pembersihan Sekolah. Alasan kononnya syarikat-syarikat milik orang UMNO memenangi tender dan kemudian dihujah pula kartel-kartel UMNO yang menguasai tender tersebut dengan bantuan 'orang dalam' merupakan hujah yang tidak boleh diterima akal.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, mereka yang ditugaskan untuk membela dan membersihkan nama Maszlee Malik dalam skandal yang meletup ini, sebenarnya tidak tahu prosedur pemilihan yang mengandungi beberapa jawatankuasa berbeza dari peringkat awal sehingga akhir, termasuklah jawatankuasa audit yang kerja mereka hanya mencari loophole sepanjang proses berkenaan. 

Para penyokong Maszlee cuba menggambarkan bahawa proses berkenaan dikuasai dan keputusan dibuat oleh seorang penjawat awam sahaja!

Secara tidak langsung, mereka turut menggambarkan bahawa Maszlee mungkin telah dipergunakan oleh orang-orang berkepentingan di sekelilingnya!


Ketika UMNO dan BN masih menjadi Kerajaan Persekutuan, banyak syarikat-syarikat yang bukan milik orang UMNO memenangi tender dan kontrak. Tiada sebarang masalah selagi mana syarikat-syarikat berkenaan ikut peraturan dan menepati spesifikasi tender dan kontrak.

Namun apabila Pakatan menguasai Kerajaan, lain pula sikap mereka. Bagi mereka, semua kontrak dan tender hanya untuk golongan mereka sahaja. Seolah-olah dalam Malaysia ini, hanya mereka yang membayar cukai. 

Melihat tahap jawapan para penyokong PPBM itu, maka besar kemungkinanlah dakwaan berhubung skandal dalam Kementerian Pendidikan adalah benar. Mungkin melibatkan Menteri tetapi tidak mustahil, sebenarnya melibatkan pegawai-pegawai Menteri tanpa pengetahuan Menteri!

Pun begitu tidak mustahil juga dakwaan bahawa Menteri campurtangan dalam mengubah keputusan tender seperti yang berlaku dalam Kementerian Pertanian dan Kementerian Belia dan Sukan sebenarnya telah mendedahkan tentang 'deep state' di kalangan para penyokong dan pegawai Menteri sehingga sehingga mereka jadi kelam-kabut memberikan jawapan yang menembak kaki sendiri. 

Seandainya segala dakwaan kononnya berlaku penipuan dan terdapat syarikat yang tidak menepati spefikasi dalam memenangi tender berkenaan, seharusnya Kementerian Pendidikan dan menterinya sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi.

 

Tindakan menggunakan pihak ketiga yang kononnya bersumberkan dalaman Pejabat Menteri dilihat sebagai usaha mengawal kerosakan imej semata-mata, bukannya menjelaskan atau menyampaikan kebenaran. Anehnya mereka mendakwa, tender dibekukan. Sedangkan yang berlaku ialah, bukan tender dibekukan sebaliknya keputusan tender yang telah dibekukan kerana sebab-sebab yang boleh dijangkakan.

Lebih menarik lagi, Kerajaan Pakatan Harapan cukup berbangga dengan Tender Terbuka. Tetapi apabila keputusan tender tidak menyebelahi mereka, lain pula tindakannya. Seringkali diberitahu kepada orang ramai, di dalam jawatankuasa tender ada pegawai SPRM yang membuat pemantauan supaya tidak berlaku rasuah dan penyelewengan kuasa.

Apabila keputusan Jawatankuasa Tender itu ditangguhkan atas alasan syarikat tidak cukup kelayakan, adakah itu bermaksud pegawai SPRM dalam Jawatankuasa Tender berkenaan tidur atau turut menerima rasuah? Takkanlah pegawai Pejabat Menteri lebih hebat berbanding pegawai-pegawai SPRM dalam mengesan penipuan kelayakan?

Persepsi apakah yang sedang dimainkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan terhadap penjawat-penjawat awam ini?


Monday, May 20, 2019

MASZLEE BERSENDIRIAN TANPA SOKONGAN PPBM, TAPI SEDIKIT BERUNTUNG KERANA UMNO-PAS SEDANG MEMBELANYA ATAS NAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN!!!




Hampir tidak ada langsung Cybertrooper PPBM yang kelihatan berani membela atau mempertahankan Maszlee Malik, Menteri Pendidikan yang sekarang ini menerima tekanan yang cukup kuat daripada DAP dan rakan seperarakan parti tersebut pada tahun 1969, GERAKAN. Maszlee dikecam oleh DAP dan GERAKAN kerana pendapatnya berhubung dengan kuota pelajar matrikulasi universiti awam amat tidak disenangi oleh DAP dan GERAKAN, walaupun pada masa yang sama, semakin banyak wang rakyat ditaburkan untuk sekolah-sekolah Cina persendirian.


Kita dapat melihat bagaimana ahli CCC DAP merangkap Ahli Exco Kerajaan Selangor, Teng Chang Kim melabelkan Dr. Maszlee sebagai bodoh ('foolish' dan 'idiot') hanya sebab Maszlee berpegang kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


Kita juga dapat membaca kenyataan Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang mengatakan Dr. Maszlee tidak berbeza dengan pemimpin UMNO walaupun Ramasamy yang pernah mengajar di universiti awam amat tahu tentang peruntukan dalam Perlembagaan untuk apa yang diperkatakan oleh Maszlee.

Semuanya bermula apabila Dr. Maszlee memaklumkan di Parlimen bahawa tiada sebarang peruntukan bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional.


Dia terus diserang oleh Ketua DAPSY yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dan ADUN Bercham, Ong Boon Piow kerana kenyataannya itu.

Malahan pada 26 Julai 2018, Ong Boon Piow dalam kenyataannya mendesak Dr. Mahathir agar meneliti semula kesesuaian Dr. Maszlee sebagai Menteri Pendidikan walaupun apa yang diperkatakan oleh Maszlee itu adalah benar manakala cubaan DAP untuk 'menghalalkan' SMPC adalah bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kali kedua Maszlee diserang ialah apabila di Parlimen, dia menasihati guru-guru agama dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak agar menjadikan negeri itu sebagai 'medan dakwah'.


Yang paling kuat melompat menyerangnya adalah ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Chong Chien Jen, Abdul Aziz Isa.

Aziz dalam kenyataannya pada 21 Disember 2018, mendesak Maszlee yang baginya 'incompetent' dan 'insensitive' supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Kesemua cercaan dan kenyataan ini dilaporkan oleh media massa, termasuklah oleh media antarabangsa berpengaruh seperti Channel News Asia pada 17 Mei lalu.


Satu petisyen untuk mendesak Dr. Mahathir memecat Maszlee telah dimulakan oleh 'Stephen Ng' tiga minggu lalu yang berjaya mengumpulkan tanda tandangan sebanyak 48,000. Manakala dua hari lepas, 'No Hope Malaysia' pula telah berjaya mengumpulkan tandatangan sebanyak 12,000 untuk mendesak Maszlee meletak jawatan.

Agak menarik apabila 223,210 tandatangan berjaya dikumpulkan dalam petisyen 'Support Dr. Maszlee as an Education Minister' yang menyokong Maszlee terus mengekalkan jawatannya.


Adakah Dr. Mahathir akan mendengar dan akur dengan desakan daripada DAP dan GERAKAN serta media-media berbahasa Cina yang kuat mendesak agar Maszlee dipecat kerana mempertahankan Perlembagaan Persekutuan? Sedangkan ketika seluruh umat Islam mendesak agar Waythamoorthy, Menteri Perpaduan dan Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia dipecat kerana mencetuskan permusuhan kaum antara Melayu dan India, Mahathir memekakkan telinga dan sehingga kini kedua-duanya masih lagi menjadi menteri.

Ironinya, walaupun Maszlee kelihatan diabaikan oleh jentera propaganda dan kempen PPBM, partinya sendiri sebaliknya mendapat sokongan yang agak besar dari kalangan UMNO dan PAS atas dasar Perlembagaan Persekutuan, Menteri Pendidikan tersebut sebenarnya wajar bermuhasabah apabila sebelum ini, dengan bangganya dia berkata, dia masuk politik untuk menjatuhkan Najib, selain dia mentertawakan golongan penerima BR1M yang disifatkannya sebagai golongan hina, sedangkan majoriti penerima BR1M adalah orang Melayu dan Bumiputera.

Namun di sebalik semua ini, wujud pula teori yang menyatakan, PPBM sebenarnya sengaja menjadikan Maszlee sebagai 'kambing hitam' dan umpan pancing bagi mendapatkan sokongan Melayu-Bumiputera memandangkan parti yang pengerusinya adalah Dr. Mahathir itu sedang berhadapan dengan hakisan kepercayaan dari kalangan Melayu, Bumiputera dan Pribumi.



Monday, February 11, 2019

MASZLEE MALIK PENIPU!!! PROJEK DILULUSKAN BAJET KERAJAAN BN, DIKATANYA PROJEK YANG DILULUSKAN KERAJAAN PAKATAN!!!



Maszlee Malik, Menteri Pelajaran Malaysia dikantoikan lagi setelah bercakap besar dan cuba klaim kredit pada sesuatu yang tidak dilakukannya. Atau lebih tepat lagi, berbangga-bangga dengan hasil kerja yang telah ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Umum mengetahui, Kementerian Pelajaran di bawah Maszlee Malik dilihat terlalu lembik dan terlalu tunduk kepada kehendak DAP, UEC dan pendidikan Cina. 

Terbukti apabila Maszlee tidak mengetahui tentang peruntukan besar yang dibuat secara langsung oleh Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Lim Guan Eng kepada sekolah-sekolah persendirian dan kolej-kolej swasta Cina. Malahan penyampaian peruntukan tersebut dilakukan oleh Timbalannya, Teo Nie Ching dan bapa Menteri Kewangan, Lim Kit Siang secara terbuka dan terang-terang. 



PRK DUN Semenyih bakal menyaksikan PPBM terdesak untuk membuktikan parti tersebut masih dan terus mendapat sokongan khususnya daripada orang Melayu dan Orang Asli walaupun pada PRU-14 lalu, prestasi PPBM tidaklah begitu memberangsangkan di sebalik kehebatan Dr. Mahathir, Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin yang dipropagandakan saban masa.

Barangkali Maszlee memikirkan bahawa penduduk di Semenyih tidaklah begitu tahu tentang proses dan prosedur tender kerajaan, maka dengan senang hati dan tanpa rasa malu, dia berbohong.

Pembohongan tersebut dibuat menerusi Laman Rasmi FACEBOOK Kementerian Pelajaran.




Dalam status yang dimuatnaik itu, Maszlee menyatakan Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan kelulusan tanah seluas 4.04 hektar bagi membina sekolah tersebut pada tahun 2015.

Kata Maszlee, sekolah tersebut yang terbengkalai selama enam tahun, dipulihkan dan diluluskan peruntukannya oleh Kerajaan Pakatan.

Rujuk:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/529544/sekolah-terbengkalai-6-tahun-dijangka-siap-tahun-depan-maszlee


Dengan kata lain, Maszlee Malik cuba memberitahu, sebenarnya projek pembinaan sekolah tersebut tidak melibatkan Kerajaan Barisan Nasional pun. Malahan peruntukan pun tidak ada. Hanya setelah Pakatan Harapan menjadi Kerajaan, dalam tempoh beberapa bulan sahaja, peruntukan diluluskan dan menjelang PRK DUN Semenyih, peruntukan tersebut disalurkan dan upacara pecah tanah bermula.

Namun MASZLEE MALIK BERBOHONG!

Mungkin Maszlee Malik rasa dia cukup bijak bila berbohong dan menipu. Atau barangkali dia berasakan lawaknya itu cukup hebat.



Sebenarnya, tender projek sekolah tersebut telah dibuka pada APRIL 2018, sebulan sebelum Maszlee Malik dan Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. Tender tersebut ditutup pada Mei 2018. Kontraktor pula dipilih pada Oktober 2018.

Dengan kata lain, projek ini telah diluluskan dalam Bajet 2018 yang merupakan Bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan tidak ada kena-mengena dengan Pakatan Harapan.

Melihat kepada propaganda dan kempen yang sedang dijalankan oleh jentera PPBM di Facebook dan media sosial yang bercakap besar tentang projek ini, timbul tanda-tanya, tidakkah mereka berasa malu kerana masih lagi meneruskan tradisi pembodohan seperti ini?

Rakyat bukannya terlalu bodoh seperti yang difikirkan dan ditanggapi oleh Pakatan!


Tuesday, January 29, 2019

MEMANG BANTUAN MAKANAN ASRAMA (BMA) TELAH DIPOTONG, MASZLEE NAK BERBOHONG APA LAGI?!!!



Ego Maszlee Malik seperti tercalar dan tergugat apabila Najib Abdul Razak terus menerus menjadikan dia sebagai mangsa penganjengan sekaligus membuktikan bahawa Maszlee Malik merupakan antara watak lelucon atau pak badut utama negara kebelakangan ini dan menjadi pesaing rapat kepada Lim Guan Eng, Khalid Samad, Mujahid Yusof dan Mat Sabu dalam merebut gelaran BADUT NEGARA TERULONG!


Isu terbaru sudah tentulah membabitkan Bantuan Makanan Asrama yang peruntukannya telah dipotong oleh Lim Guan Eng, tetapi pada masa yang sama, peruntukan untuk sekolah-sekolah persendirian Cina yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan pula bukan sahaja ditambah, malah pembahagiannya jauh lebih besar mengatasi sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah-sekolah agama.


Maszlee pada 28 Januari 2019, dalam usaha untuk berdalih, menyindir Najib kerana membangkitkan isu tersebut dan berkata, isu yang dibangkitkan oleh Najib adalah tidak benar. Sebaliknya menurut Maszlee, dia mempelawa Najib untuk menggunakan masa terluang yang Najib miliki sekarang dengan mengajar di kawasan pedalaman. 

Penghinaan dan ejekan yang dibuat oleh Maszlee itu sebenarnya tidak lain daripada cubaannya untuk melindungi perkara sebenar. 

Tidak dapat dipastikan sama ada Maszlee benar-benar tidak tahu, atau dia berusaha untuk memastikan Lim Guan Eng tidak terus dijadikan musuh dan niat jahat Lim Guan Eng terhadap pendidikan serta institusi pendidikan negara, terus ditutup. 


Tidak lama selepas kenyataan Maszlee itu, satu kenyataan penafian telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Maszlee berhubung pemotongan nilai BMA. 

"(Dan) saya berharap supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan ‘homework' sebelum keluarkan kenyataan," kata Maszlee, mengejek Najib. (RUJUK SINI)


Namun siang tadi, dalam pendedahan seterusnya oleh Najib Abdul Razak di Facebook peribadinya, sepucuk surat pekeliling telah dimuatnaikkan sekaligus bukan sahaja menafikan penafian Maszlee dan Kementerian Pelajaran, sebaliknya mendedahkan yang Maszlee, Lim Guan Eng dan Kementerian Pelajaran sebenarnya terlalu kuat menipu rakyat. Memang wujud pemotongan walaupun cuba dinafikan oleh Maszlee dan Kementerian Pelajaran.

Kata Najib, 

Maszlee kata saya perlu buat homework dulu sebelum saya boleh tanya mengapa Bantuan Makanan Asrama (BMA) telah turun.

Saya tanya kerana ada ibubapa yang mengadu kepada saya semasa saya di Tapah baru-baru ini.

Ini adalah pekeliling yang dikongsikan kepada saya menunjukkan peruntukkan BMA telah diturunkan.

Berdasarkan pekeliling ini, ia tunjukkan agihan hanya 72 peratus sahaja untuk sekolah berasrama penuh (SBP).

Kita juga mintaklah Menteri untuk mengesahkan kesahihan dokumen Jabatan Pendidikan Perak ini.

Pada surat ini, betullah apa yang saya kongsikan tentang penurunan dari RM18 kepada RM14.50 sehari untuk SBP setiap murid.

Dalam belanjawan 2019 tempohari, rakannya Guan Eng sendiri umumkan pemotongan sebanyak RM100 juta bagi BMA.

Takkan isu makanan dan kesejahteraan anak-anak sekolah pun Menteri PH mahu menipu?

Sebagai Menteri Pendidikan, Maszlee sebenarnya perlu buat homework betul-betul.

Nanti cikgu bagi markah merah esok hari.

Jangan jadi teladan tidak sihat untuk murid-murid.


 
Blogger Templates