Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label chegu bard. Show all posts
Showing posts with label chegu bard. Show all posts

Monday, February 19, 2018

CHEGU BARD NAMAKAN PENFITNAH DAN PENULAR FITNAH KONON ISTERINYA DITANGKAP SPRM KERANA SOGOK SRIKANDI BUNGA DALAM LAPORAN POLIS!!!



1. Sehari dua ini tersebar dengan luas di media sosial berita fitnah ke atas saya dan keluarga konon isteri saya ditahan SPRM kerana menyogok atau membeli ahli parti bunga raya. Sangat menjengkelkan fitnah ini disebar secara terancang malah ada yang sanggup membeli iklan di media sosial untuk menyebar luaskan posting fitnah mereka.

2. Fitnah ini disebar oleh mereka yang sangat dikenali sebagai pendokong malah ada kalangan bergelar kepimpinan Pakatan Harapan. Setelah meneliti dan mencari punca fitnah ini ia dimulakan oleh mereka yang sangat rapat dengan pimpinan PH dan merupakan kelompok yang menjadi cybertrooper berbayar oleh PH. Tidak pelik kerana dikalangan mereka ini buangan umno yang tidak mendapat bayaran lagi menjadi cybertrooper Umno dikutip dan mendapat upah di Pakatan Harapan.

3. Saya dengan ini menafikan dan menyatakan sepenuhnya ia adalah fitnah saya atau isteri atau mana – mana anggota keluarga saya ditahan SPRM kerana sebarang siasatan korupsi lebih lagi membeli ahli parti bunga raya. Fitnah ini tersebar secara sangat luas dalam pengetahuan pimpinan PH namun semuanya bisu. Maka persoalan timbul adakah ini taktik ‘rasmi’ PH iaitu menyerang orang yang membongkar korup dengan fitnah terancang ?

4. Kepada Azizah saya ingin bertanya kamu tahu isu fitnah tersebar ini kamu diam dan hanya nikmati, adakah fitnah hanya perlu bersuara atau dijawab jika kamu, suami atau keluarga kamu terlibat sahaja ? Kepada Mohd Sabu dan rakan – rakan Amanah, kamu melawan hadi kononya atas prinsip kebenaran tetapi apabila kamu nak tunjuk kesetiaan membela kawan yang korup kamu turunkan pasukan fitnah siber untuk menyerang dan mengalih isu.

5. Antara pemula fitnah ialah Mohamad Yahaya dimana dia juga pimpinan AMANAH peringkat pertengahan dan dia juga pernah ditugaskan membuat laporan polis membela Mohd Sabu pada 11 Sept 2017 kerana Mohd Sabu dituduh ada kaitan ISIS dan DAESH. Antarayang terlibat ialah pasukan bekas cybertrooper Umno yang kini diupah PKR. Selain itu ada beberapa page fb dan no telefon digunakan untuk menyebarkan fitnah.

a. Facebook atas nama

i. Kamarul Anuar Mohameddi

ii. Lina atau namanya Shalina Shamsuddin (0199993825)

iii. Mohamad Yahaya boleh dikesan dengan laporan polis PANDANINDAH/016065/17

iv. Abu bakar alMuari

v. Azizan Abdul Shukor (group FB Pakatan Harapan)

vi. Kelab Che Det

vii. Srikandi Malaya

viii. Najib Hassan

ix. Mohd Ajit Hussin

x. Mahathir The Legend

xi. Aimi Jarr

xii. Mazrul Hisham

xiii. Lina Ina

xiv. Nor Badariah

xv. Muhamad Nur Ismail


b. No whats app

i. Ariffin iskandar – 012 3303529 (whats app group PH Pakatan Harapan)

ii. 012610 5045(Diskusi Rakyat)

iii. 013331 4707

iv. 019 576 7779 (Lid Ahmad)

v. Norezam Mazalan (whats app group HARAPAN & Group ANAK JOHOR)

vi. Norezam Mazalan (whats app Group HARAPAN P145 – BAKRI) 011 2763 4277

vii. Iman Ali 013 292 0001 (sembang Politik)

viii. Ramadhan 016 754 4010

ix. 012 601 5787 (whats app group HAK RAKYAT)

x. 016 772 1340 (MBB POLITICS OF HOPE)

xi. 016 332 5266 (MBB politics of hope)

xii. 017 474 9093 (KELAB PENYOKONG AMANAH)

xiii. Ruby 010 235 5871 (AMANAH)

Dan semuanya hampir 100 penama yang maklumat butiran nama juga ada antaranya no kad pengenalan saya hantar dalam laporan saya, ia hanya sebahagian dari lebih 500 yang terkumpul. Malah ada juga yang berstatus pimpinan pusat parti PH.

Tidak ada alasan untuk PDRM mahupun SKMM untuk tidak bertindak. Pemimpin tertinggi PH wajib respon, ini merupakan taktik rasmi PH dan patutlah takut sangat kea rah kewujudan undang – undang mengekang fitnah.

Saya juga menuntut SPRM sendiri yang terkait dengan fitnah ini untuk membuat penjelasan. Jika mereka lakukan ini untuk menghentikan saya , ternyata mereka kecewa. Saya berjanji sama sekali tidak akan berhenti membongkar penyelewengan rasuah korupsi tanpa mengira siapa pelakunya.


BADRUL HISHAM SHAHARIN


Friday, December 18, 2015

SELEPAS TERDEDAH PERBELANJAAN TINGGI PINTU GERBANG DARUL EHSAN, PEMBALAKAN RUNDING TERUS DAN KEMUDIAN PERKAHWINAN MEWAH ANAKNYA, AZMIN ALI COP CHEGU BARD SEBAGAI PECACAI UMNO!!!



Bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisyam Shaharin atau CheguBard disifatkan sebagai pencacai UMNO apabila membuat fitnah berkaitan isu projek kayu balak yang mencecah RM45juta kepada syarikat tanpa proses tender yang betul.

Memetik laporan portal pro-Barisan Nasional, BNBBC, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata, Badrul Hisyam perlu menunjukkan bukti yang kukuh bagi menjelaskan dakwaannya itu.

“Jadilah pencacai UMNO, Itulah sebab dia. Ada ke nak percaya dengan orang macam tu? Bukti dia ada? Saya dah sebut, banyak kali cakap, yang ulang banyak kali tu kenapa?

“Semua proses perolehan di negeri Selangor ini sejak 2008 kita buat secara tender terbuka.

“Menteri Besar tak pernah terlibat dalam proses tersebut, saya sendiri tidak duduk dalam jawatankuasa itu, pembalakan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri,” jelas Azmin.

Semalam, Badrul Hisyam mendedahkan, persoalan tersebut dengan menyatakan projek di kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak mencecah RM45 juta milik kerajaan Selangor itu diserahkan kepada syarikat tanpa melalui proses tender yang betul.

Projek berkenaan melibatkan talian kawasan Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras. (SUMBER)


Tuesday, October 6, 2015

PAS NAFI DAKWAAN CHEGU BARD, BANTU BEKAS PEMIMPIN PKR TUBUH PARTI BARU!!!



Pas tidak terlibat dengan gerakan dalam kalangan bekas pemimpin dan aktivitis PKR untuk menubuhkan parti baharu seperti yang didakwa ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, Pas tidak pernah terfikir untuk ‘kacau daun’ parti lain apatah lagi parti itu sendiri telahpun mengalami perpecahan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan Chegubard). Pas memang tidak pernah terfikir nak ‘kacau daun’ parti lain.

“Pas sendiri pun dah berpecah. Pas ini parti Islam dan (jika dilihat) Amanah pun hasil dari serpihan Pas,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Chegubard yang menyatakan ada gerakan dalam kalangan pemimpin dan aktivis PKR untuk menubuhkan parti baharu.

Dia mendakwa telah mendapat maklumat daripada seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya bahawa kumpulan berkenaan telah hadir untuk mendaftarkan parti itu pada minggu lalu.

Chegubard turut mendakwa kemungkinan usaha terancang itu turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang dan membayangkan Pas terlibat dalam usaha itu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, dia tidak percaya ahli Pas akan bertindak membantu PKR menubuhkan parti baharu.

“Maaf saya tidak percaya,” katanya dalam pesanan ringkas kepada FMT.

FMT difahamkan gerakan menubuhkan parti baharu oleh ahli PKR kerana tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan yang menyingkirkan Pas.

Sesetengah pemimpin PKR masih ‘sayangkan hubungan dengan Pas’ kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi PKR adalah majoriti pengundi Melayu dan memerlukan bantuan jentera pilihan raya Pas. (SUMBER)


APAHAL CHEGU BARD BERIA-IA SANGAT DEDAHKAN AZMIN ALI NAK RAMPAS KUASA DAN GULINGKAN WAN AZIZAH NI?



Dari semalam, berita tentang kononnya Azmin Ali telah menyusun gerakan untuk merampas kepimpinan PKR daripada Wan Azizah sekaligus mengenepikan keluarga Anwar Ibrahim daripada parti yang ditubuhkan untuk menyelamatkan KOTE BENGKOKnya, telah heboh diperkatakan.

Tukang heboh dan tukang pecah ceritanya adalah Chegu Bard yang keanggotaannya sebagai ahli PKR telah digantung.

Ini macam cerita Khairuddin Abu Hassan yang sekarang ini berada di bawah tahanan SOSMA menyalak selepas kehilangan jawatan akibat status muflis, kehilangan rumah kerana dilelong sebab tak bayar hutang dan melolong memekak selepas permintaannya untuk ditolong dan dikembalikan gaya hidup mewahnya tidak dilayan oleh parti.

Kata Chegu Bard, Azmin Ali telah berbohong ketika membuat penafian kononnya terdapat cubaan merampas kuasa di dalam parti dan menggulingkan Wan Azizah. Menurutnya, petisyen yang memanggil mesyuarat tergempar membabitkan majlis tertinggi parti itu sendiri adalah bukti, undi tidak percaya ke atas Wan Azizah. Antara lain, mesyuarat tersebut adalah untuk menyoal Presiden tentang sokongannya kepada pembentukan Pakatan Harapan.

Azmin bagaimanapun, mengesahkan memang wujud mesyuarat yang membincangkan masalah 'dalaman' parti tetapi enggan menjelaskannya lebih lanjut. Mengulas tentang dakwan Chegu Bard, Azmin menyatakan, tuduhan tersebut adalah sesuatu yang berniat jahat dan fitnah daripada seorang individu yang telah bankrap.

Chegu Bard bagaimanapun menegaskan bahawa panggilan untuk mesyuarat tersebut adalah untuk memperlekeh-lekehkan kredibiliti dan kuasa Wan Azizah. Menurutnya lagi, berdasarkan definisi, itulah sebenarnya cubaan rampasan kuasa.

Bila pembohong melabelkan orang lain sebagai pembohong... inilah jadinya!




Friday, August 21, 2015

CHEGU BARD PERSOALKAN KEHILANGAN RM7.65 BILION DAN SYARIKAT RM2 UNTUK SAKAU DUIT RAKYAT SELANGOR!!!



Pelan Penstrukturan air yang dirombak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali lebih mahal berbanding dengan yang dibuat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataannya mempersoalkan jumlahnya yang mencecah RM9.65 bilion, sedangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan, ia hanya melibatkan kos RM2 bilion.

Pegasasnya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard membangkitkan persoalan ke mana perginya RM7.65 bilion.

“Azmin perlu menjelaskan ini, jika tidak ia tidak dapat mengelakkan persepsi ada ‘kick back’ dalam urus niaga ini.

“Kegusaran rakyat lebih lagi apabila Kerajaan Selangor melupakan janji di mana rakyat Selangor boleh memiliki saham syarikat air tetapi kini janji itu telah bertukar kepada kemungkinan kenaikan tarif tidak dapat dielak dan kemungkinan tiada lagi skim air percuma,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu lain, Chegubard berkata kewujudan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang merupakan sebuah syarikat baru di luar Menteri Besar Incoperated (MBI) bukan sahaja mengundang kritikan daripada pembangkang tetapi sekutu parti itu sendiri iaitu, Pas dan DAP.

“Diteliti dari daftar Syarikat, DEIG diterajui oleh dua orang yang terlibat di dalam MBI, maka ini makin pelik kenapa orang yang sama di dalam MBI membuka sebuah syarikat lain untuk menguruskan pelaburan Selangor.

“Dua kemungkinan wujud ialah Azmin ingin mewujudkan sebuah entiti perniagaan tanpa audit langsung dari kerajaan negeri untuk mudah melakukan ‘sesuatu’ atau dia bersikap paranoid melampau dan mahu dilihat berbeza dengan Menteri Besar sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, jika hanya untuk melihat kedua-dua syarikat itu berbeza, Azmin membazirkan wang rakyat dengan membuka satu lagi syarikat dan ia merupakan satu kebiadapan selaku pemimpin.

“Kenyataan Azmin menyalahkan konon serangan ini ada pihak luar yang arah tidak ubah seperti perangai pemimpin UMNO, BN. Mengelak dengan menyalahkan orang lain. Ia cukup berbunyi seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” tegasnya. (FMT)


Monday, January 5, 2015

CHEGU BARD 'DIFITNAH' BERFOYA-FOYA DENGAN ARAK!!!


Apalah diorang nih...

Cuba kita bersangka baik..

Chegu Bard bukannya masuk ke tempat macam tu untuk berfoya-foya jauh sekali minum arak atau berseronok-seronok. Dia menjalankan tugas mendakwahkan golongan yang fana' dengan perkara-perkara lagho... dia mahu mengajak mereka ke jalan kebenaran.

Kenapalah pulak nak 'difitnah' Chegu Bard minum arak?

Orang kuat Pakatan Rakyat dan penentang Kerajaan UMNO-BN mana ada buat perkara-perkara lagho dan maksiat seperti itu. Yang buat benda-benda segitu cuma orang UMNO-BN saja.

Lainlah kalau Chegu Bard tu sokong UMNO dan BN.... kalau itu yang berlaku, memang betullah seperti yang dituduh. Disebabkan dia menentang UMNO-BN, maka taklifnya gugur.

Apa-apa pun, masalah-masalah peribadi ini sepatutnya dibiarkan. Tak perlulah kita terlalu menjadi terlalu peribadi sepertimana puak-pak Pakatan Rakyat menyibuk tentang Rosmah Mansor sehinggakan apa-apa sahaja tentang Rosmah Mansor, mereka mahu tahu. Malah kalau boleh, mereka mahu Rosmah Mansor awal pagi menelefon dan kemudian melaporkan kepada mereka apa yang hendak dibuat sepanjang hari itu.

Biarkan sajalah apa yang Chegu Bard nak buat. Tak payah menyibuk dan tak payahlah kita reka cerita..


Monday, December 8, 2014

CHEGU BARD SEKADAR 'BOM IKAN'... INGATKAN BESAR SANGAT LER BOM YANG NAK DILETUPKAN!!! CAITTT... BUANG MASA SAJA!!!


Seperti yang dijanjikan dalam mesejnya menerusi Whatsapp, anggota PKR yang digantung tak bertali hampir setahun, Badrul Hisham Shahrain atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bard, telah mendedahkan nama lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat yang menandatangani surat akaun bersumpah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada sidang media di Kuala Lumpur, Isnin, Bard mendedahkan kelima-lima Adun itu ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).

Menurut Bard, kelima-lima Adun itu menandatangani akuan bersumpah pada 11 September, beberapa hari selepas menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Pada sidang media itu Bard juga telah menunjukkan salinan kelima-lima surat akuan bersumpah itu yang menurutnya diletakkan di peti surat rumahnya. Bard lantas membuat laporan polis untuk mendapatkan pengesahan mengenai kesahihan surat akuan bersumpah kelima-lima Adun itu.

Bard berkata dia juga telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Umum, Presiden Jawatankuasa Disiplin parti PKR tetapi pimpinan tertinggi parti tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan dibuat.

Sikap tidak acuh mereka telah membuat Bard bengang dan pada sidang media itu Bard menuntut penjelasan mengapa tindakan tidak dikenakan terhadap kelima-lima Adun berkenaan.

"Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah, kemudiannya menarik sokongan tersebut. Ini jelas menunjukkan PKR mengamalkan dua set undang-undang. Apabila Azmin dan orang yang rapat dengannya buat salah, semua lepas, tetapi yang mengkritik macam saya, digantung.

“Azmin (Menteri Besar Selangor) bercakap depan TV dan saya juga bercakap depan TV tetapi saya kena gantung dan dia lepas,” tambahnya.

Pada sidang media itu juga Bard turut mendakwa Azmin juga memainkan peranan dalam penarikan semula penganugerahan Darjah Kebesaran Sultan Selangor kepada Anwar.

“Azmin adalah salah seorang anggota Dewan DiRaja Selangor yang turut bersetuju dengan empat alasan yang merumuskan Anwar sebagai derhaka. Jika keputusan menarik balik anugerah itu merupakan keputusan sebulat suara Dewan DiRaja Selangor, maka Azmin sebagai salah seorang anggotanya juga tentunya bersetuju supaya gelaran Datuk Seri yang dianugerah kepada Anwar ditarik balik," katanya.

Bard juga mendakwa Azmin juga telah secara sulit melobi dirinya untuk jawatan Menteri Besar Selangor tetapi apabila diketahui oleh Anwar, Azmin telah menyalahkan Haji Hadi yang konon telah memujuknya untuk mengkhianati parti.

SUMBER

Thursday, November 20, 2014

CHEGUBARD TERUS MEROYAN BILA AZMIN SEMAKIN POPULAR BERBANDING DIRINYA!!!


Tiada sebarang pembaharuan menjelang 100 hari Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memegang jawatan berkenaan.

Menurut bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) berkata, apa yang ditunjukkan Azmin selepas manjadi menteri besar tidak langsung menunjukkan pembaharuan selain hanya gimik kepada media.

Ujarnya lima sebab utama yang dilihat punca kegagalan Azmin ialah cuba menjuarai isu sisa pepejal, jalan raya, Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), bekalan air terawat dan pengembalian semula kitab Bible yang sudah dimula bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Punyalah begitu obses hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Azmin memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’.

"Kalau pun ia kempen yang perlu cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya," katanya semasa sidang media di Kuala Lumpur pada Rabu.

Chegubad mengulas pelantikan Azmin sebagai menteri besar pada 23 September lalu yang dilihat tidak membawa sebarang perubahan positif kepada negeri.

Sebelum ini, Chegubard mempertikai 'keistimewaan' yang diterima Azmin di dalam parti itu sendiri.

Dengan mengambil situasinya yang digantung keahliannya kerana mendedahkan penyelewengan pemilihan parti yang berkait dengan Azmin, Menteri Besar Selangor itu dilihat lebih disayangi di dalam situasi yang disifatkan sama dengannya.

Jelasnya, isu yang didedahkan merupakan cetusan idea Abdul Khalid yang dicuri Azmin semata-mata untuk mencari populariti.

"Isu sisa pepejal yang dijuarai pentadbiran Abdul Khalid telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Sepanjang tempohnya banyak isu teknikal sudah diperhalusi. Apa yang Azmin buat hanyalah membuka tender.

"Jalan raya di Selangor dan lebuhraya Kidex merupakan penipuan terbesar pemimpin PKR kini, pada zaman Abdul Khalid, mereka kata tidak mahu, tetapi kini mereka bersetuju.

"Isu bekalan air, Empangan Langat 2 juga isu untuk menyingkirkan Abdul Khalid dahulu. Tiba-tiba Azmin mengumumkan kesyukuran beliau apabila konsesi air ini telah secara rasmi menjadi milik rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak malukah untuk mengambil usaha dan idea orang lain dan kemudiannya menjadikan sebagai kejayaan sendiri?" ujarnya.

Jelasnya lagi, Azmin turut dilihat mahu menjadi 'hero' dengan menaikkan isu pengembalian Bible baru-baru ini.

"Azmin tidak merasa malu untuk mengakui bahawa dirinya yang menyelesaikan isu bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dia terus menerus menjadikan usaha dan inisiatif orang lain sebagai kejayaan peribadinya," jelasnya.

Dalam pada itu Chegubard turut meminta PKR menyiasat Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar kerana mengeluarkan surat akuan sumpah yang menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

"Kita terima salinan akuan berkanun dari beberapa anggota parti melalui e-mel.

"Surat ini bukti kukuh yang melihat individu ini harus dikenakan hukuman keras daripada parti," jelasnya.

 
Blogger Templates