Sebaliknya berhadapan dengan generasi baru yang lebih canggih sedangkan Kadir Jasin sendiri berada dalam kepompong tahun 80-an, menjadikan dia tidak ubah seperti badut tua yang akhirnya menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna-pengguna media sosial generasi baru.
Untuk menunjukkan keberkesanannya selaku 'kuda tua' yang boleh diharapkan Mahathir, Kadir cuba bermain dengan isu yang dipopularkan oleh Mahathir iaitu CHINA MENJAJAH MALAYSIA menerusi pelaburan-pelaburan giat yang dijalankan ke atas negara ini. Kadir memberi contoh bagaimana China yang lebih berminat dan sentiasa mengamalkan budaya perniagaan monopoli dan konsep 'China First' telah menyebabkan Mahathir bimbang, syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja China akan memonopoli projek-projek yang menggunakan dana China di negara ini.
Kadir cuba menggunakan papantanda pejabat projek pemuliharaan di Pulau Pinang yang merupakan cawangan Bank of China yang keseluruhannya dalam Bahasa Melayu.
Menurutnya, sikap monopoli China tidak memberikan sebarang keuntungan kepada Malaysia.. Alasannya, arkitek Amerika Syarikat yang diupah adalah rakyat China manakala kontraktornya pula adalah syarikat yang diperbadankan di Malaysia merupakan anak syarikat kepada Syarikat China State Construction Engineering Corporation.
Jadi, kata Kadir Jasin, itu adalah bukti-bukti kukuh yang Chinca menguasai segala-galanya sedangkan Malaysia pula tidak akan mendapat apa-apa.
Malah, syarikat pemaju China yang diperbadankan di Malaysia itu wajib membayar cukai pendapatan kepada negara ini. Mereka juga perlu membeli material pembinaan - pasir, paku, bata, cat dan sebagainya - daripada pembekal-pembekal tempatan yang mendapat manfaat besar.
Sekiranya projek tersebut tidak wujud, keseluruhan manfaat ekonomi kepada kerajaan, orang ramai yang bekerja di projek tersebut, pembekal material, syarikat-syarikat tempatan yang menjadi sebahagian daripada projek ini, tidak akan mendapat apa-apa.
Begitu jugalah dengan kes atau isu 1MDB.
1MDB sudah pun disiasat oleh special task force yang mengandungi Ketua Audit, Peguam Negara dan SPRM. Hasil siasatan task force tersebut kemudiannya diserahkan kepada PAC di mana di dalam PAC mengandungi Ahli-ahli Parlimen DAP termasuklah Tony Pua.
Pada 2011, Najib telah mengadakan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat Projek IC yang mana ramai mendakwa Mahathir terlibat sebagai dalangnya.
Justeru, agak menghairankan apabila puak pentaksub Mahathir termasuklah Kadir Jasin yang terpaksa membodohkan dirinya dengan isu syarikat dari China semata-mata untuk menutup isu Forex BNM dan mengkritik 'special task force' yang akan mengumpulkan segala maklumat tentang kerugian perjudian Forex BNM yang dikatakan berjumlah lebih USD10 bilion, selain turut memberi kesan kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan ekonomi Malaysia sendiri.













