Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label sprm. Show all posts
Showing posts with label sprm. Show all posts

Saturday, June 8, 2019

"KALAU MEREKA BOLEH PILIH MAHATHIR, KENAPA PERTIKAIKAN MAHATHIR LANTIK LATHEEFA KOYA?" - TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG, PRESIDEN PAS



Isu perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM masih belum selesai. Isu tersebut masih terus diperkatakan dan masih terus memaparkan perbezaan pendapat di kalangan Pakatan Harapan sendiri. Malah lebih teruk lagi, isu perlantikan Latheefa Koya telah menonjol dua kelompok berkepentingan di dalam PKR yang selama ini bijak menutup persengketaan mereka daripada dilihat oleh akar umbi.

Satu petisyen atas talian telah dibuat untuk mendesak Latheefa Koya meletak jawatan. Turut menandatangani petisyen tersebut adalah Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Tan Yee Kew. Beberapa orang Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Nik Nazmi turut meragui dan mempersoalkan perlantikan Latheefa Koya.

Yang tidak banyak komplen malahan menyokong kuat perlantikan Latheefa Koya adalah Azmin Ali dan bloknya.


Sementara PAS menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan berkata, PAS menyokong penuh perlantikan tersebut. Malahan Takiyuddin Hassan dalam kenyataan rasminya selaku Setiausaha Agung berkata, PAS memberikan keyakinan penuh, Latheefa Koya dapat menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan berkesan, berintegriti dan tidak berpihak. (RUJUK SINI)

Manakala Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula mencadangkan, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam digantung sehinggalah Pakatan Harapan menghormati janji-janji mereka sendiri.


Menurutnya lagi, perlantikan Latheefa Koya sudah jelas menunjukkan bahawa jawatankuasa tersebut sebenarnya langsung tidak berfungsi.
“Malangnya di dalam episod ini, PH sekali lagi memahat ke sanubari rakyat bahawa janji mereka tidak boleh diambil secara serius,” katanya. (RUJUK SINI)
Sementara itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula mempertikaikan sikap segelintar Ahli Parlimen dan pemimpin PKR yang mempersoalkan perlantikan Latheefa Koya yang dipilih oleh Dr. Mahathir menerusi kuasa prerogatifnya sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk memilih sesiapa sahaja untuk mengisi jawatan-jawatan seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM.

"Kalau kepimpinan Pakatan Harapan boleh pilih dia (Mahathir) sebagai Perdana Menteri, mengapa pula, Perdana Menteri tak boleh pilih Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM?" katanya. (RUJUK SINI


Sementara itu, DAP menerusi Ramkarpal Singh yang merupakan Ahli Parlimen Gelugor pula berkata, perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah sesuatu yang amat membimbangkan kerana Mahathir langsung tidak meminta pandangan daripada komponen dalam Pakatan Harapan.

"The whole point of Pakatan Harapan’s election manifesto promise is to ensure a check-and-balance, and transparency in such appointments by setting up a Parliamentary Select Committee on Public Appointments." (RUJUK SINI)

Gobind Singh Deo pula walau bagaimanapun, cuba melindungi isu sebenar tentang perlantikan Latheefa Koya iaitu manifesto dan janji Pakatan sendiri dengan berkata, Latheefa Koya merupakan calon yang paling sesuai untuk jawatan tersebut. 

Katanya, dia telah mengenali Latheefa kerana masing-masing menjadi pengamal guaman dan berharap bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu diberi masa untuk melakukan yang terbaik dalam tugas baharu itu.

"Saya tidak terkejut dengan pelantikannya... beliau pasti seorang yang berkebolehan, berpengalaman dan mempunyai pemahanan dan pegangan mengenai perundangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana. (RUJUK SINI)

Manakala Aziz Bari, orang yang beria-ia mahu menjadi Menteri Besar Perak pula berkata, perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin dibuat tanpa perbincangan bagi mengelak perlantikannya menjadi sukar.

Abdul Aziz Bari dengan mengambil contoh cadangan pelantikan bekas Ketua Pengarang The Rocket iaitu media DAP, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Menurutnya, apabila ada perbincangan untuk pelantikan Wan Hamidi, ia akhirnya gagal kerana penglibatan Wan Hamidi dalam akhbar The Rocket diperbesar-besarkan.

"Apakah trick (helah) itu diambil untuk memastikan Latheefa berjaya dilantik (sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM) dan tidak gagal seperti Wan Hamidi?" katanya (RUJUK SINI)

Ironinya, beberapa orang pemimpin UMNO pula kelihatan seperti terpinga-pinga dan tidak tahu atau lebih tepat lagi tidak faham isu tentang perlantikan Latheefa Koya. Ada di kalangan mereka yang mempersoalkan tentang kedudukan dan keberadaan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru menggantikan Shukri Abdul dan mempertikaikan keputusan Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri meskipun sebenarnya mereka juga tahu bahawa kuasa melantik Latheefa Koya adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri.

Lebih malang ialah melihat tahap jentera propaganda dan perang saraf Pakatan Harapan, khususnya yang menggunakan medium Bahasa Melayu apabila kritikan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Wee Ka Siong, Presiden MCA dibalas kononnya, MCA takut dengan penguatkuasaan dan ketegasan Latheefa Koya walaupun sebenarnya yang dipersoalkan bukanlah Latheefa Koya, sebaliknya aku janji dan manifesto Pakatan Harapan sendiri yang mahukan jawatan-jawatan seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM berada di bawah kuasa Parlimen.

Dengan kata-kata lain, mereka sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak membalas, menjawab dan mematahkan kritikan bertali arus berhubung keputusan kuku besi Mahathir dari segenap penjuru termasuklah dari kalangan mereka sendiri!

Friday, June 7, 2019

WAKIL RAKYAT PKR SIFATKAN LATHEEFA KOYA KHIANATI PERJUANGAN MEREKA APABILA MENERIMA PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA PESURUHJAYA SPRM!!!



Tepat sebagaimana yang dijangkakan, bukan PAS, bukan UMNO, bukan Najib Abdul Razak tetapi Wakil-Wakil Rakyat PKR yang membuat petisyen mendesak Latheefa Koya meletakkan jawatan, sekaligus memberikan isyarat kepada Mahathir bahawa dia tidak lagi boleh berbuat sesuka hati walaupun tidak bersalahan dengan undang-undang serta akta sedia ada.

Malah mereka memberikan isyarat bahawa, Mahathir sekalipun Perdana Menteri dan mempunyai kuasa prerogatif untuk melatik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, tetapi selepas dia menjadi Perdana Menteri dengan bersandarkan kepada logo PKR pada PRU-14 lalu, dia tertakluk kepada PKR untuk sebarang keputusan melibatkan pentadbiran.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, PKR mahu Mahathir akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan.

Sudah pastilah, keputusan PKR untuk membuat petisyen tersebut, merupakan keputusan belah bahagi dengan sebahagiannya menyokong petisyen tersebut yang memberikan kelebihan kepada Anwar Ibrahim, manakala sebahagian lagi menyokong penuh keputusan Mahathir untuk melantik Latheefa Koya kerana ia akan memberikan banyak kelebihan kepada Azmin Ali.

Laporan Malaysiakini menyebut, Wakil Rakyat PKR terbaharu yang menyertai lebih 1000 orang menandatangani sebuah petisyen atas talian yang mendesak supaya Latheefa Koya berundur dari jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr. Tan Yee Kew.


Petisyen tersebut telah dianjurkan oleh Change.org bermula semalam. Petisyen itu turut dikongsi oleh Dr. Tan di Facebook miliknya.

Menurut Dr. Tan, dia menggesa penyokong Pakatan Harapan dan orang ramai supaya menandatangani petisyen itu sebagai isyarat pendirian tegas.

"Ia tidak ada kaitan dengan integriti dan keupayaan Latheefa. Dia bersama-sama kami (PKR) selama lebih dua dekad dalam meneruskan pembaharuan institusi. Tetapi lantikannya sendiri bertentangan dengan pembaharuan institusi yang kami ditolak," katanya sambil menambah Latheefa telah mengkhianati perjuangan mereka.

Latheefa Koya telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuatkuasa 1 Jun lalu menggantikan Mohd Shukri Abdul yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatannya. Perlantikannya telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum Aidil Fitri.



Pada masa yang sama, Latheefa Koya dalam satu kenyataan berasingan berkata, menyatakan dia tidak peduli dengan kritikan, persoalan mahupun pendapat sesiapa pun kerana katanya, dia hanya mahu menjalankan tugas untuk mambanteras jenayah rasuah di mana-mana sahaja.

Malah menurutnya, dia melihat kepada tindakan jangka panjang termasuk juga pendidikan bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah. Katanya, adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.


Friday, February 23, 2018

INDEKS PERSEPSI RASUAH MALAYSIA MEROSOT KERANA SKANDAL-SKANDAL RASUAH AZMIN ALI DAN LIM GUAN ENG!!!



Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar yang mengatakan bahawa Indeks Rasuah Malaysia merosot konon-nya kerana isu 1MDB, Felda dan penangkapan Rafizi Ramli  dalam kes beliau mendedahkan maklumat akaun peribadi syarikat NFC.

Saya ingin mengingatkan Datuk Akhbar Satar bahawa indeks rasuah di negara ini merosot bukan kerana isu 1MDB, Felda mahupun kerana penangkapan Rafizi Ramli. Indeks rasuah kita merosot adalah kerana salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku di negeri - negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

Contoh paling ketara adalah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Ini berikutan kes skandal banglo beliau di Pulau Pinang yang mendapat liputan meluas dari media dari dalam dan luar negara. Walaupun sudah didakwa, Lim Guan Eng masih tidak mahu letak jawatan.

Sudah semestinya apabila seorang Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, persepsi rakyat dan orang asing terhadap negara kita akan merosot kerana mereka lihat di Malaysia seorang Ketua Menteri juga menyalahgunakan kuasa. Mengapa kes ini tidak diambil kira sebagai memberi impak kepada kemerosotan indeks rasuah negara?

Kedua adalah kes Banglo Disneyland di Selangor milik seorang pemimpin PKR. Kes ini juga memberikan impak yang negatif kepada negara apabila seorang pemimpin sayap PKR didakwa mempunyai kekayaan yang luar biasa. PKR pula merupakan parti yang menerajui kerajaan negeri Selangor. Ini sekaligus mewujudkan persepsi bahawa terdapat salah guna kuasa dan rasuah antara kerajaan negeri dan pemimpin parti PKR.

Ketiga pula merupakan skandal yang paling besar melibatkan pemimpin Pakatan Harapan iaitu skandal Forex yang menyebabkan bank negara hilang RM 32 Billion. Malah kerajaan terpaksa menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat perkara ini. Kes ini juga telah mendapat perhatian dunia dimana pemimpin Pakatan Harapan bertanggungjawab akan kehilangan wang ini.


Keempat pula adalah skandal satu projek di Pulau Pinang yang sehingga hari ini tidak lagi bermula walaupun tanah rakyat sudah diberi kepada pemaju. Malah sehingga hari ini "feasibility report" pun masih tidak siap dan syarikat SPV yang diberi projek ini juga telah bertukar tangan. Lebih memalukan syarikat gergasi dari China juga terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat dalam projek ini.

Akhir sekali, sudah semestinya kekayaan luar biasa pemimpin - pemimpin Pakatan Harapan juga membangkitkan persoalan mana mereka mendapat wang yang begitu banyak. Ada pemimpin PH yang berceramah ke seluruh negara menggunakan jet peribadi dan kereta - kereta mewah. Dari mana mereka dapat duit sebanyak itu?

Apabila persoalan ini tidak dapat dijawab oleh pihak Pakatan Harapan, ianya memberikan persepsi bahawa wujud salah guna kuasa dan rasuah dikalangan mereka sekaligus menyebabkan indeks rasuah kita merosot. Oleh yang demikian, saya ingin ingatkan Datuk akhbar Satar supaya lain kali buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Malah tidak wajar juga SPRM pula dipersalahkan kerana konon nya mereka gagal membanteras rasuah. Ini adalah kenyataan tidak bertanggungjawab. Walhal SPRM sudah melakukan pelbagai usaha dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya-nya rasuah dan juga aktiviti pencegahan rasuah. Malah beberapa tahun kebelakangan ini banyak kes rasuah yang telah diselesaikan oleh pihak SPRM.

Oleh itu, sebenarnya indeks persepsi rasuah Malaysia merosot adalah kerana skandal - skandal pemimpin Pakatan Harapan dan ini tidak termasuk lagi Skandal seorang bekas Menteri Persekutuan yang berasal dari Sabah. Saya berharap Transparency International Malaysia akan berlaku jujur dan adil dalam hal ini dan berhentilah menjadi agen kepada Pakatan Harapan
Terima Kasih.

*_Datuk Huan Cheng Guan_*
*_Timbalan Presiden_*
*_Parti Cinta Malaysia_*


Tuesday, January 16, 2018

SPRM SERBU LAGI: MACAI-MACAI DAP TERPAKSA BUAT CERITA BURUK TENTANG NAJIB UNTUK COVER LIM GUAN ENG!!!



Barangkali sedar, kelebihan tidak berpihak kepada mereka dan mereka kehilangan hujah-hujah atau dalih-dalih untuk terus membela Lim Guan Eng dan rompakan besar-besaran yang dilakukannya, jentera propaganda DAP dan penyokong DAP cuba mengalih taktik. Berbanding menjawab atau mengingatkan orang ramai tentang skandal terowong dasar laut Pulau Pinang yang sedang memasuki fasa penting dengan SPRM, mereka sebaliknya mengada-ngadakan serta mereka-reka cerita untuk memburuk-burukkan Najib Abdul Razak dan keluarganya. 

Cerita buruk tentang Najib Abdul Razak sentiasa menjadi umpan dan taktik DAP serta penyokong mereka untuk mengalihkan isu.

Menariknya, tiada seorang pun yang berani bercakap tentang kes terowong dasar laut di Pulau Pinang yang sedang memasuki fasa baru siasatan. 

Laporan menyatakan, beberapa orang lagi individu dijangka akan diberkas oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung skandal RM6.3 bilion.

Datuk Seri Azam Baki yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya SPRM telah mengesahkan laporan tersebut.


Menurutnya, sehingga setakat ini, telah 21 orang individu telah diambil dan dirakamkan keterangan mereka, manakala dua orang pengarah syarikat berstatus 'Datuk' telah ditahan reman dan reman mereka dilanjutkan untuk selama 5 hari lagi. 

Menurutnya, siasatan SPRM akan menjurus kepada semua aspek urusan terowong dasar laut tersebut termasuklah laporan-laporan media bahawa sebuah syarikat fesyen telah terlibat dalam projek bernilai berbilion ringgit itu sebagai pemegang saham. 

Syarikat tersebut dikatakan sebahagian daripada konsortium yang sebelum itu dikatakan turut disertai oleh dua buah syarikat gergasi dari China tetapi kedua-dua syarikat dari China itu menarik diri kemudiannya. 


Datuk Azam turut berkata, SPRM akan menyiasat dari semua segi termasuklah yang dibangkitkan oleh media selain fokus utama membabitkan urusniaga transaksi tanah yang banyak diperkatakan dan didedahkan sebelum ini. 

Ketika ditanya sama ada Lim Guan Eng akan turut dipanggil oleh SPRM, Azam berkata, tiada keperluan untuk tujuan tersebut dalam tempoh terdekat namun bergantung kepada bukti-bukti yang diperolehi. 

Pada 9 Januari, pegawai-pegawai SPRM menyerbu 4 buah agensi Kerajaan Negeri iaitu Jabatan Kerjaraya Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Jabatan Tanah dan Galian Pulau Pinang serta Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah Pulau Pinang. Turut diserbu adalah tiga firma pembangunan hartanah dan pemaju hartanah yang dipercayai terlibat dengan kes berkenaan. 

Beberapa lagi serbuan telah dilakukan pada hari Isnin. 


Sunday, January 14, 2018

SEMAKIN GELABAH, LIM GUAN ENG TUDUH SPRM BOCORKAN MAKLUMAT RAHSIA BERHUBUNG SKANDAL TEROWONG DASAR LAUT FANTASINYA!!!!



Lim Guan Eng marah apabila semakin banyak pendedahan dibuat berhubung urusniaga tanah bagi projek fantasinya, Terowong Dasar Laut Pulau Pinang. Dan seperti biasa, Lim Guan Eng tidak pernah ketinggalan untuk menyalahkan pihak lain bagi drama dan sandiwara yang dimainkannya.

Terbaharu, Lim Guan Eng secara tidak langsung menuduh SPRM membocorkan banyak maklumat dan rahsia urusniaga tersebut kepada awam.

Malay Mail Online melaporkan, Lim Guan Eng mendesak SPRM untuk menghukum mereka yang telah berkongsikan maklumat penyiasatan skandal projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion. (RUJUK SINI)

Pendedahan terbaharu menunjukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan salah satu juzuk projek tersebut kepada sebuah syarikat fesyen pakaian dengan nilai yang sangat tidak munasabah. Pendedahan tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wee Ka Siong yang juga merupakan Timbalan Presiden MCA.

Wee Ka Siong mendedahkan, syarikat fesyen berkenaan telah dijadikan SPV walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang penerbitan.




Pada awalnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng dengan bangganya mengumumkan bahawa dua buah syarikat gergasi dari China merupakan tulang belakang projek fantasi tersebut. Bagaimanapun kini, kedua-dua syarikat tersebut 'hilang' begitu sahaja. Sebaliknya tempat syarikat-syarikat dari China itu digantikan oleh VOIR HOLDINGS yang memiliki pegangan sebanyak 13.21% dalam SPV manakala 39% pula dipegang oleh penama-penama lain.

Maka ditimbulkan persoalan, apa hubungkait antara syarikat fesyen itu dengan pembinaan terowong dasar laut itu? Apakah kemahiran dan kepakaran yang ada pada syarika tersebut dan adakah pembinaan terowong dasar laut tersebut sama seperti fesyen baju dan seluar dalam? Adakah pengalaman dalam bidang fesyen baju dan seluar dalam sudah cukup untuk membina sebuah terowong dasar laut yang nilainya berbilion-bilion ringgit?

Permainan silap mata yang digunakan oleh Lim Guan Eng, menelan kos yang bukan sedikit. Kos Kajian Kebolehlaksanaan dan rekabentuk yang didedahkan sendiri oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jelas menunjukkan ada kongkalikong yang cuba dilakukan dan cuba disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.


Dan sekarang, apabila satu persatu pembohongan tersebut terdedah manakala SPRM pula mula campurtangan, Lim Guan Eng jelas ketakutan dan cuba menyalahkan pelbagai pihak lain. Dan seperti biasa, dia akan memberikan jawapan serta penjelasan berbelit-belit.

Lim Guan Eng terkesan dengan beberapa laporan yang mengesahkan dari 'sumber' bahawa siasatan SPRM ke atas skandal RM305 juta sebagai kebocoran maklumat.

"Bagi mengurangkan persepsi dan double-standard, SPRM perlu mengambil tindakan terhadap 'sumber yang membocorkan maklumat rahsia siasatan SPRM ke atas projek terowong dan tiga batang jalan utama yang dikendalikan menerusi tender terbuka kepada media pro-BN," kata Lim Guan Eng.

Pendedahan bahawa 9 lagi syarikat yang berkaitan diserbu SPRM yang merupakan sebahagian daripada siasatan SPRM, kelihatan terlalu menggentarkan dan menggusarkan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng menuduh, siasatan SPRM didorong oleh motif politik.

Dalam serbuan untuk kes yang berkaitan pada minggu lepas, dua orang pengarah syarikat telah direman untuk membantu siasatan.

Isu utama skandal tersebut adalah penyerahan tanah sebagai bayaran kepada syarikat konsesi sedangkan terowong dan tiga batang jalan langsung tidak dibina. Selain itu, bayaran untuk Kajian Kebolehlaksanaan yang bernilai RM305 juta turut menarik perhatian sedangkan sehingga kini laporan tersebut belum disiapkan walaupun sudah bertahun-tahun.

Kontroversi timbul apabila projek terowong dasar laut sejauh 7.2 kilometer dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd, sepatutnya menghubungkan Gurney Drive pada bahagian pulau ke Bagam Ajam di Butterworth dan merupakan sebahagian daripada projek Penang Transport Master Plan untuk menyuraikan kesesakan jalanraya di negeri itu.

Laporan Kebolehlaksanaan untuk terowong tersebut telah ditunda selama hampir 2 tahun dan pada Oktober lepas, Consortium Zenith mendakwa, tiada sebarang keperluan untuk mempercepatkan laporan tersebut memandangkan projek berkenaan hanya akan dimulakan pada tahun 2023.

Thursday, January 11, 2018

PROJEK TEROWONG DASAR LAUT 'FANTASI' GUAN ENG: SPRM SERBU KOMTAR SEKALI LAGI!!!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah merakam keterangan 12 saksi penting di 12 lokasi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur hari ini, berhubung kes projek pembinaan terowong dasar laut di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata 12 saksi itu membabitkan beberapa pegawai agensi kerajaan negeri, termasuk pengurus sebuah syarikat pemaju yang dilantik melaksanakan projek mega berkenaan.

Projek terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam, Seberang Perai Utara dianggar membabitkan kos RM6.3 bilion dan dijadualkan siap pada 2027.

Beliau berkata, antara agensi kerajaan yang terbabit adalah Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Perancangan Ekonomi Negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

"Setakat ini tiada tangkapan lain dibuat dan pasukan penyiasat kini dalam proses merakam percakapan saksi untuk memperoleh lebih maklumat berhubung projek terbabit.

"Saya tidak menolak kemungkinan ada tangkapan lagi dan kita juga ada memperoleh maklumat baru melalui rakaman percakapan serta bukti yang diperoleh dalam proses siasatan ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Difahamkan SPRM menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) antara jam 9 pagi hingga tengah hari tadi bagi mengambil dokumen tambahan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan.

Selasa lalu, SPRM turut menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di KOMTAR dan tiga pejabat syarikat yang terbabit dalam pembinaan terowong dasar laut termasuk menahan dua individu berpangkat Datuk.

Sementara itu, sumber SPRM berkata, semua dokumen berkaitan projek terowong dasar laut perlu dikaji dengan teliti berikutan perjanjian itu dilihat amat meragukan dan nilai kajian kebolehlaksanaan didapati tidak mencecah jumlah RM305 juta seperti yang diumumkan kerajaan Pulau Pinang.

Katanya, adalah dipercayai nilai kajian itu berkemungkinan tidak selari dengan nilai pertukaran tanah yang dibuat antara kerajaan negeri dan syarikat yang dilantik untuk membuat kajian kebolehlaksanaan itu.

"Dikhuatiri kemungkinan kerajaan negeri telah membuat bayaran jauh berbeza dengan nilai kajian itu yang sebenar.

"Perkara utama yang sedang dilihat adalah berkaitan pertukaran tanah yang sudah ditetapkan dalam perjanjian itu dan SPRM mahu melihat bagaimana ia sebenarnya dilaksanakan serta sama ada ia mengikut prosedur ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, pembayaran dilakukan secara pertukaran tanah dan tanah tebus guna itu adalah bernilai tinggi untuk dibangunkan.

"JKR telah menetapkan nilai untuk sesuatu kajian tetapi apabila pembayaran yang dibuat adalah jauh lebih tinggi dari nilai sebenarnya, maka wujud kesangsian elemen penyelewengan," katanya.



Thursday, January 4, 2018

TIMBALAN PRESIDEN WARISAN DIBURU SPRM SETELAH MELARIKAN DIRI DALAM KES SONGLAP DUIT RISDA!!!



Timbalan Presiden WARISAN, Peter Anthony kini sedang diburu oleh SPRM setelah melarikan dan menghilangkan diri.

Peter Anthony merupakan orang yang sebelum ini dituduh menggunakan pistol untuk mengugut seorang kapitan Cina di Sabah setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya beberapa tahun lalu. 

Sebelum ini, Peter Anthony telah ditahan dan direman dalam satu kes rasuah. Dia bagaimanapun menghilangkan diri dan gagal dikesan oleh SPRM untuk siasatan satu lagi kes rasuah dan penyelewengan. 

Kes terbaru ini berkaitan dengan RISDA di mana deposit 10% telah dibayar oleh RISDA pada tahun 2014 untuk mebeli tanah yang bernilai RM155 juta. Tanah itu kemudiannya didapati berstatus Hak Adat Bumiputera (NCR) dan tidak boleh dijual atau berpindah milik.

Deposit bernilai RM15.5 juta itu enggan dikembalikan dan dipercayai telah dimasukkan ke akaun individu-individu tertentu yang sedang disiasat oleh SPRM. 

Seorang lagi adalah dipercayai peguam yang menguruskan transaksi tersebut. SPRM dipercayai telah memburunya selama berbulan-bulan. (RUJUK SINI

Individu yang dipercayai berstatus peguam dan diburu oleh SPRM itu adalah Michael Persius Ubu, 61, yang memiliki nombor kad pengenalan 561129-12-5235 dan alamat terakhir yang diketahui adalah Lot 8-G, Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu.

Pada Mac 2016, Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul telah membuat laporan polis terhadap firma yang mengendalikan urusniaga pembelian tanah berkeluasan 2,430 hektar di Daerah Tongud di Sandakan. 

Dalam laporannya, Datuk Zahidi mendakwa firma tersebut enggan mengembalikan deposit 10% yang berjumlah RM15,545,400 bagi pembelian tanah yang kemudian baru diketahui berstatus NCR dan bernilai lebih RM150 juta. 

RISDA pada ketika itu berada di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diketuai oleh Shafie Apdal. 


Thursday, October 19, 2017

SKANDAL KKLW-SHAFIE APDAL... AKHIRNYA SHAFIE DIPANGGIL SPRM UNTUK BERI KETERANGAN!!!



Ramai yang masih keliru dan kurang jelas berhubung skandal rasuah Shafie Apdal-KKLW yang menyaksikan lebih 45 orang telah disoalsiasat oleh SPRM dan ramai juga yang telah direman. 

Antara mereka termasuklah, Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony yang juga merupakan kontraktor merangkap ahli perniagaan berstatus jutawan yang telah lama dikaitkan dengan Shafie. Juga adik lelaki Shafie, Yusof Apdal yang merupakan ADUN Lahad Datu. Seorang lagi adik lelaki Shafie, Hamid Apdal turut ditahan bersama-sama menantunya. Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim yang pernah bekerja dengan Shafie ketika di KKLW turut disoalsiasat dan direman. Seorang lagi ahli keluarga Shafie, Azis Jamman yang merupakan Ketua Pemuda Warisan turut ditahan. Selain itu, turut ditahan dan disoalsiasat adalah beberapa orang pegawai kanan KKLW dan ahli-ahli perniagaan. 

Berdasarkan laporan, dianggarkan lebih RM1.5 bilion telah disonglap dari RM7.5 bilion peruntukan untuk pelbagai projek di Sabah membabitkan pembekalan air bersih, elektrik dan pembangunan infrastruktur jalan. Dikatakan, Shafie selaku menteri akan 'memilih' tender-tender daripada projek-projek ini untuk dianugerahkan kepada syarikat-syarikat tertentu yang sebelum itu telah dijemput untuk membuat bidaan.

Wujud kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut. Jadi, apabila projek-projek yang diberikan gagal disiapkan atau langsung tidak disiapkan, bayaran tetap dibuat dengan kelulusan tidak sah menerusi beberapa orang pegawai kementerian. 

Pada tahun 2013, apabila Kementerian Kewangan enggan memberikan kelulusan kepada beberapa tender terpilih dan mahukan tender dibuat secara terbuka, Shafie yang pada waktu itu merupakan Menteri KKLW telah menulis beberapa pucuk surat rayuan untuk mendapatkan tender-tender terpilih itu. Apabila rayuan dan permintaannya tidak ditunaikan, maka tidak hairanlah apabila Shafie mula bercakap tentang salahlaku dalam kerajaan.  

Sebahagian orang bertanya, mengapa tindakan ini hanya diambil sekarang, dan bukannya ketika Shafie masih berada di dalam kerajaan?


Perlu diingat, sebahagian projek-projek tersebut dilaksanakan antara tahun 2009 dan 2015. Jadi, ia memerlukan tempoh dan ruang masa yang spesifik, selain memastikan sama ada projek-projek berkenaan telah diselesaikan dengan baik atau sebaliknya. Keputusan hanya boleh dibuat setelah mengambil kira tempoh kontrak berdasarkan spesifikasi dan kos.

Hanya setelah kegagalan semua perkara tersebut, barulah tindakan boleh diambil. Itu pun selepas SPRM menerima laporan dan memulakan siasatan. Dan itulah yang berlaku kepada Shafie dan kelompoknya. 

Dalam kes ini, selain pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan, beberapa orang pemimpin UMNO juga telah ditahan. Sekaligus menunjukkan tindakan SPRM tidak berpilih-pilih, menyanggah tuduhan dan dakwaan pihak pembangkang kononnya SPRM pilih kasih dan hanya mengambil tindakan untuk menekan pihak pembangkang. 

Sesuatu yang menarik, projek-projek yang terbabit dalam kes ini terletak di kawasan-kawasan pedalaman Sabah yang merupakan kawasan orang paling susah di Malaysia. Kebanyakan daripada projek tersebut melibatkan keperluan asas. Sepatutnya mereka dibantu, bukannya peruntukan mereka dari Kerajaan Pusat disapu!

Kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan sewajarnya untuk golongan terbabit. Pembelaan telah dibuat, malangnya pada peringkat perlaksanaan, penyamun perompak pula yang datang. Justeru, adalah satu jenayah seandainya penyelewengan ini tidak disiasat dan dikenakan tindakan.

Tidak ada kena-mengena langsung dengan tindakan berpilih-pilih.


Tuesday, October 10, 2017

SYED SADDIQ!!! NAK LARI MANA? SPRM MINTA BUKTI RM5 JUTA TU!!!



Sebelum ini, Syed Saddiq dalam usaha dan untuk membuktikan dia adalah aset penting, sehingga ada pihak dari UMNO dan Pejabat Perdana Menteri mahukannya, telah mendakwa, dia cuba disogok RM5 juta untuk keluar dari PBBM dan seterusnya mengeluarkan kecaman-kecaman terhadap Mahathir dan anak-anaknya.

Konon-kononnya, Syed Saddiq enggan untuk bersetuju dan dalam sidang media yang sepatutnya dibuat sebagaimana yang diarahkan, dia bertindak membongkar perbuatan keji itu. Sambil memaksa-maksa air matanya agar mengalir di pipi, Syed Saddiq mengungkapkan yang dia tidak mungkin akan durhaka dan mengkhianati parti yang sama-sama ditubuhkannya. 

Untuk seketika, para penyokong Parti Cap Bunga mempergunakan hujah dan tuduhan yang dibuat oleh Syed Saddiq. Tiba-tiba sahaja nama 'H' muncul dan popular. Tun Dr. Mahathir pun turut campurtangan sekali mempopularkan nama berkenaan.

Namun setakat itu sahajalah. Desakan demi desakan, bahkan laporan kepada SPRM telah dibuat terutama oleh bekas Naib Presiden PPBM, Hamidah Osman agar Syed Saddiq bertanggungjawab dengan kenyataannya sendiri. Malangnya, sehingga ke hari ini, Syed Saddiq atau mana-mana pemimpin PPBM buat-buat pekak dan tuli. 

Semalam, SPRM menggesa Syed Saddiq menghantar bukti-bukti yang konon dimilikinya tentang cubaan sogokan dan rasuah bernilai RM5 juta. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, Syed Saddiq perlu bertanggungjawab untuk menyerahkan sebarang maklumat tentang rasuah membabitkan pemimpin-pemimpin parti bagi membolehkan Suruhanjaya itu bertindak. 

Shamsun dilaporkan memberitahu media semalam bahawa SPRM bukannya tahu semua perkara sebaliknya memerlukan bantuan serta kerjasama dan maklumat daripada masyarakat awam untuk menyiasat sebarang kes rasuah.

"Kami tidak tahu semua perkara yang berlaku kerana kami mempunyai kakitangan yang terhad jumlahnya. Orang ramai selalu fikir, kami ni macam Superman, tahu semua perkara. Sebaliknya, kami memerlukan input daripada masyarakat bagi membolehkan sebarang tindakan diambil," katanya. (RUJUK SINI

Syed Saddiq seharusnya mula sedar bahawa gejala rasuah ini sebenarnya sudah lama diperkatakan dan ditentang oleh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, agama, bahasa mahupun fikrah politik. Perjuangan menentang rasuah bukan hanya didominasi oleh pakatan pembangkang sahaja. Apatah lagi, telah terbukti pada zaman Najiblah, jerung-jerung rasuah, mula diheret ke muka pengadilan tanpa berselindung di bawah karpet sebagaimana yang dilakukan pada zaman Mahathir.

Seharusnya dia mengambil kesempatan ini, kalau benarlah dia cukup anti dengan rasuah... KECUALILAH, kalau dia juga seorang pelakon anti-rasuah tetapi sebenarnya dia mencintai dan merupakan salah seorang pengamalnya sebagaimana idola-idolanya sendiri.

Monday, October 9, 2017

KES RASUAH KKLW DI SABAH: ANAK SAUDARA SHAFIE APDAL PULA DIHERET SPRM!!!



Tulisan: ROZMI MOKHTAR

1. Malam tadi Dato' Mohd Azis Jamman anak saudara Shafie Apdal yang juga dulu bekas Ketua Pemuda Semporna yang kini Ketua Wira (Pemuda) Warisan diberi notis SPRM untuk hadir ke pejabat SPRM jam 10.30 pagi bagi siasatan kes rasuah projek KKLW.

2. Kenapa Mohd Azis Jamman ditahan? Beliau adalah antara individu yang menerima projek KKLW ketika Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW. Yu Sin Kong taukeh Sin Kong Contructions Sdn Bhd adalah pembayar rasuah tetapnya. Jadi tidak hairan jika Sin Kong yang direman 5 hari akan membuka mulutnya. Menurut sumber Azis Jamman juga pernah menerima hadiah kenderaan mewah 'Hummer' dari seorang kontraktor yang rapat dengan Shafie Apdal yang pernah mencetuskan kontroversi di Sabah.

3. Jadi Azis Jamman Ketua Warisan ini jangan berlagak sombong dan mendabik dada berlagak suci, SPRM ada maklumat yang kamu fikir mereka tak tahu. Masuk dalam siasatan dan reman kamu akan tahu apa itu 'siasatan SPRM'. Penyokong Warisan yang tidak kenal siapa Azis Jamman berhenti untuk memfitnah SPRM dan kerajaan kononnya ini serangan politik. Rasuah tetap rasuah tak kira siapa.

4. Siapa seterusnya? Norhartaty Rahmat bekas TSUB KKLW yang ditahan reman 6 hari pastinya membuka mulut. Jadi eloklah bekas SUSK KKLW Dato' Karim, Dato' Dr Najmil, Dato' Jaujan (Bekas SUPOL Kini Naib Presiden Warisan), Haji Hamid Apdal (Projek Air), YB Datuk Yusof Apdal (Adun Lahad Datu- banyak projek elektrik) bersiap sedia membantu siasatan. Namapun siasatan macam-macam boleh berlaku. Bagi Dr Najmil dan Dato' Karim kita yakin mereka menerima arahan Shafie Apdal sebagaimana Norhartaty dan kini perlu membuktikan kesetiaan mereka untuk mendedahkan salahlaku Shafie Apdal. Captain M akan kupas ini kemudian.

5.  Jika SPRM melakukan siasatan kepada 350 projek KKLW projek bekalan air (170 projek), jalan raya (163 projek) dan bekalan elektrik (17) anggaran kos kira-kira RM7.5 bilion pastinya ramai pihak terlibat. 60 syarikat yang pernah terlibat dengan tender terhad pastinya kepanasan.

Antara Projek Kroni Shafie Apdal disiasat SPRM

6. Semalam SPRM mengesahkan menyiasat Projek pembinaan loji air lebih RM45 juta di Semporna tidak dapat berfungsi disebabkan sungai cetek yang mengakibatkan sumber air tidak mencukupi. Malah, struktur loji itu dibina dua kali selepas yang asal dirobohkan apabila didapati tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan. Ini cara Shafie Apdal nak menghabiskan peruntukan!

6. Projek itu ialah Projek Menaiktaraf Loji Air Sungai Intan, Pemasangan Dan Menaiktaraf Paip Air Bagi Mengatasi Masalah Bekalan Air Di Daerah Semporna, Sabah dengan kos RM47,721,333.00 diberi kepada proksi Shafie Apdal, WILAYAH KAYA SDN. BHD.

7. Penulis  sebelum ini sudah mendedahkan kegagalan projek ini pada 26 Oktober 2016 dalam entri bertajuk ;

("SHAFIE BONGKAK DI PARLIMEN TAPI DIA LUPA BAHAWA DIA SONGLAP RATUSAN JUTA DARI DANA KKLW...") . Termasuk projek solar yang dikatakan gagal.

8. Begitu juga dengan kegagalan projek bekalan air ke Pulau Gaya bernilai RM 93 juta yang dilapor media tahun lalu turut menjadi perhatian SPRM. Kasihan penduduk Pulau Gaya yang menjadi mangsa sepatutnya projek itu siap tahun 2015.

9. Adalah dijangkakan siasatan SPRM ini bakal berakhir berakhir menuju kepada Shafie Apdal. Shafie jangan sombong. Jika Shafie Apdal boleh berlagak dengan kes Jabatan Air Negeri Sabah kerana peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan itu beliau masih boleh secara teknikalnya bersilat namun dengan Skandal KKLW penyelewengan RM1.5Bilion ini Shafie Apdal pasti tidak akan terlepas! Kuncinya Norhartaty Rahmat sudah direman. Peter Anthony 'tukang bawa beg duit' Shafie pun dah masuk kandang.

10. Kita hari ini menunggu keputusan untuk reman Mohd Azis Jamman. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Syabas SPRM.

Ini SPRM zaman Tan Sri Dzulkifli Ahmad bukan zaman Tan Sri Abu Kassim kawan Shafie Apdal itu.

Friday, October 6, 2017

MAKIN GALAK SPRM TANGKAP PENYANGAK RASUAH, MAKIN KUATLAH FITNAH PERIBADI KE ATAS KETUA SPRM!!!



Lagi berita tentang SPRM yang akan membuatkan sebilangan orang menjadi panas dan tidak senang duduk. Sekaligus menjadikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai sasaran mudah agar usaha-usaha membanteras rasuah yang giat dijalankan oleh SPRM masakini, terbatas.

The Star Online melaporkan, SPRM berjaya merampas lebih RM29 juta dana yang telah disonglap dari sebuah kementerian untuk projek-projek luar bandar. Rampasan tersebut mempunyai kaitan dengan satu lagi rampasan bernilai lebih RM150 juta yang melibatkan kementerian yang sama, di Sabah. 

Lebih RM150 juta wang tunai telah dirampas semalam apabila para penyiasat menyerbu 15 lokasi di Sabah dalam satu operasi. Difahamkan kes membabitkan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. 

Berdasarkan laporan, dana-dana berkenaan sebenarnya perlu digunakan untuk projek-projek bagi masyarakat luar bandar, bagaimanapun, telah disonglap oleh sebilangan pegawai yang dipercayai bekerjasama dengan beberapa buah syarikat. 

Projek-projek tersebut termasuklah untuk menaiktarafkan kemudahan awam, seperti pembekalan air paip dan elektrik selain memperbaiki dan menyelenggara jalan-jalan di kawasan-kawasan terbabit yang rata-rata dihuni oleh golongan miskin. 

Penyangak dipercayai telah menyonglap lebih dari RM100 juta. Dipercayai, penyonglapan dan rompakan tersebut telah berlaku selama beberapa tahun tanpa dapat dikesan. 

Nama yang naik adalah bekas Menteri KKLW yang kini merupakan Presiden parti WARISAN Sabah, Shafie Apdal. (RUJUK SINI)


Sementara itu, seorang lagi pemimpin kanan Parti WARISAN Sabah turut ditahan oleh SPRM pada lewat petang semalam. Peter Anthony, Timbalan Presiden Parti WARISAN Sabah ditahan selepas hadir di pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk memberi keterangan petang semalam.

SPRM mendakwa wujudnya sindiket menggelapkan wang dengan cara mengisytiharkan projek pembangunan kerajaan sudah siap dan membuat tuntutan bayaran, walaupun projek tersebut langsung tidak dijalankan.

Peter dilaporkan menerima sejumlah projek daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang ketika itu dipegang oleh Presiden WARISAN, Shafie Apdal. Bagaimanapun, dia menafikan melakukan sebarang kesalahan sebaliknya bertegas mengatakan projek tersebut diperolehinya menerusi prosedur yang betul.


Pada masa yang sama, satu klip video yang membabitkan serangan peribadi ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli mula beredar menerusi media-media sosial. Adalah dipercayai, pengedaran klip video tersebut bertujuan untuk menggertak dan mengugut Dzulkifli agar tidak meneruskan usaha membanteras rasuah.

Beberapa pihak yang berkepentingan, telah lama mempersoalkan tindak-tanduk serta perlantikan Dzulkifli sebagai Ketua SPRM apabila dia mula bertindak 'ganas' tanpa mengira bulu dalam usaha membanteras jenayah rasuah. Walaupun tindakan terhadap Lim Guan Eng dan DAP dilihat terlalu perlahan, namun berbanding dengan pentadbiran SPRM sebelum ini, sekurang-kurangnya ada juga tindakan walaupun akhirnya tergantung di Pejabat Peguam Negara dan mahkamah. 

Dalam usaha untuk memerangi sesuatu yang amat disukai oleh segolongan pihak, pastinya masalah-masalah seperti ini akan melanda. Fitnah-fitnah juga akan berleluasa... semuanya kerana bimbang mereka pula yang akan ditimpa masalah undang-undang!!!


Friday, August 18, 2017

KENAPA AZMIN ALI TERLALU TAKUT HENDAK TANDATANGANI IKRAR BASMI RASUAH DI SELANGOR? MUDAH SAJA JAWAPANNYA...



Mudah sebenarnya menelah mengapa Selangor di bawah Azmin Ali enggan atau lebih tepat lagi TIDAK BERANI menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Sudah tentulah Azmin Ali memgambil kira apa yang berlaku di Pulau Pinang melibatkan Phee Boon Pooh dan Lim Guan Eng. Apatah lagi pelbagai isu melibatkan penyelewengan di bawah dan di dalam pentadbiran Azmin Ali mulai timbul kebelakangan ini.

Isu Jana Niaga-UNISEL adalah isu terbaharu yang membungkamkan mulut Azmin sehingga Azmin teraba-raba isu lain untuk mengalihkan perhatian dan supaya orang ramai tidak bercakap lagi tentang isu terbabit.

Begitu juga dengan isu WETLAND dan PPRT serta wang MARRIS yang telah disalahgunakan bukan untuk penyelenggaraan dan pembaikian jalan sebaliknya menyelenggara bangunan.

EXCO Perumahan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap ADUN Cempaka, Iskandar Samad berkata, Selangor tidak memerlukan IBR kerana Selangor ada kaedah pembasmian rasuah yang lebih berkesan (RUJUK SINI)

Dengar macam membela tapi kalau diperhalusi sebenarnya, Iskandar Samad memperlekehkan sikap pengecut dan penakut Azmin Ali.

Tidak mustahil juga kebimbangan yang lebih besar wujud kerana pembabitan anggota-anggota keluarganya yang gemar menunjuk-nunjuk kekayaan dan kemewahan mereka membuatkan Azmin memilih untuk enggan menandatangani IBR. Ditambah pula dengan dakwaan di bawah AMLA ke atas Ketua AMK Ampang yang dinafikan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin sebagai orangnya.


Thursday, May 4, 2017

SIAPAKAH AHLI POLITIK YANG TERLIBAT RASUAH BERPROFIL TINGGI YANG BAKAL DIHERET SPRM KE MAHKAMAH SELEPAS PRU NANTI?



Siapakah ahli politik yang terlibat dalam kes rasuah berprofil tinggi yang yang bakal diheret ke muka pengadilan selepas PRU nanti?

Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato Dzulkifli Ahmad membuat kenyataan terbuka yang boleh menimbulkan spekulasi pelbagai berhubung tindakan tegas SPRM yang kebelakangan ini menggentarkan ramai pengamal dan pemberi rasuah.

Menggantikan Tan Sri Abu Kassim untuk jawatan yang disandangnya, beberapa tindakan penguatkuasaan berprofil tinggi oleh SPRM termasuklah ke atas Lim Guan Eng menunjukkan iltizam sebenar pentadbiran masakini untuk memerangi wabak dan bencana berkenaan.

Walaupun ada pihak yang cuba mempolitikkan tindakan penguatkuasaan SPRM, namun itu tidak mematahkan semangat agensi berkenaan untuk memeranfi rasuah menerusi tangkapan demi tangkapan yang melihatkan ratusan juta
ringgit kalau tidak pun berbilion dalam urusan rasuah.

Bagaimanapun kenyataan terbaharu Ketua Pesuruhjaya SPRM itu terlalu menarik untum dikaitkan dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

Berbanding pemimpin-pemimpin dari BN terutama sekali UMNO yang diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah, puak-puak PKR dan DAP paling kuat melompat dan membuat pelbagai andaian termasuklah kes rasuah yang mereka hadapi adalah konspirasi UMNO selain menuduh SPRM melaksanakan kerja-kerja politik bagi pihak UMNO-BN.



Tuesday, May 2, 2017

LEBAI BERKETAYAP JADI AJK MASJID, TAPI PERANGAI MENGALAHKAN SYAITAN!!!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka telah menahan dua lelaki selepas disyaki telah menerima wang rasuah sebanyak RM116,000 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik Masjid Al-Hamideen di Melaka.

Mereka yang ditahan merupakan mantan pengerusi dan mantan setiausaha Masjid Al-Hamideen.

Kedua-duanya ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Negeri Melaka untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut kira-kira jam 7 petang hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang berusia 61 tahun dan 46 tahun telah melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2012.

Tanah wakaf milik Masjid Al-Hamideen yang terletak di Kampung Bukit Cina, Melaka disyaki telah dijual kepada seorang lelaki bukan Islam yang tidak layak untuk memiliki tanah wakaf tersebut.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah dengan menjual tanah yang diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kedua-duanya akan direman esok untuk membantu siasatan kes tersebut.



Sunday, April 9, 2017

SEMAKIN RAMAI DESAK PIHAK BERKUASA SEGERAKAN SIASATAN SKANDAL DAN PENYELEWENGAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG!!!



Tidak seperti isu-isu yang membabitkan Kerajaan Persekutuan atau lebih tepat lagi UMNO-BN, isu-isu penyelewengan membabitkan PKR dan DAP agak 'suram' dan kurang diperkatakan. Kalaupun ianya diperkatakan, PKR dan DAP sangat bijak mengalihkan isu dan langsung tidak menjawab sebarang persoalan tentang perkara berkenaan. Malah lebih bijak lagi ialah bagaimana Excell, perakaunan dan pengauditan dimanipulasi, khususnya oleh DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng untuk membuktikan betapa bijaknya mereka menyembunyikan segala kohong, kokak, bisul, nanah dan kudis di dalam pentadbiran masing-masing.

Darul Ehsan Investment Group (DEIG) misalnya berlegar-legar dengan angka lebih RM30 bilion yang diuruskan oleh syarikat 2 ringgit. Walaupun dibangkitkan oleh ADUN Sungai Panjang merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Zohdi, isu tersebut 'mati' begitu sahaja.

Begitu juga dengan isu Wetland yang didedahkan oleh Chegu Bard. Walaupun Chegu Bard berjaya mencuri sedikit perhatian dengan persoalan penyelewengan dan salahguna kuasa membabitkan Menteri Besar, tetapi sama seperti DEIG, isu Wetland juga akhirnya sepi.

Di Pulau Pinang, selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahya menggunakan pendedahan yang dibuat oleh netizen tentang salahguna kuasa dan rasuah membabitkan pembelian hartanah dan penukaran status tanah untuk kroninya yang juga merupakan rakan kongsi niaga isterinya, ianya mengambil masa untuk pihak berkuasa bertindak. Mungkin kerana isu tersebut semakin hangat dan pendedahan demi pendedahan dibuat, termasuklah dokumen-dokumen yang menyokong pendedahan tersebut, barulah SPRM masuk campur dan akhirnya Lim Guan Eng dan Phang Li Koon dibawa ke mahkamah.

Sekarang, Lim Guan Eng dan Phang Li Koon sedang giat berusaha untuk melengah-lengahkan perbicaraan termasuklah dengan menfailkan permohonan agar Akta SPRM dianggap sebagai tidak berperlembagaan.

Isu-isu puncak bukit yang dibotakkan, isu Terowong Dasar Laut yang kemudian ditukarkan menjadi Jambatan Ketiga Pulau Pinang apabila jumlah wang RM305 juta yang dibayar hanya untuk Laporan Kebolehlaksanaan kepada sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, penambakan laut yang projek tersebut kemudiannya dikonsesikan dan Kerajaan Negeri masih membayar dan sebagainya, sehingga setakat ini belum ada sebarang kemajuan di pihak SPRM.

Jamal Mohd Yunos, meskipun kewujudannya tidak disenangi, bahkan ramai yang melihat keberadaannya sebagai pak lawak yang kononnya membodohkan diri terutama hadir di hadapan pintu bangunan SUK, Shah Alam dengan hanya bertuala, gayung dan berus gigi diselit di cuping telinga, bising kerana perkhidmatan bekalan air yang sangat tidak terurus dan lemah menyaksikan banyak kawasan di Lembah Kelang dan Selangor khususnya, putus bekalan air berhari-hari lamanya. Kemudian, dia muncul lagi dengan kereta jenazah dan keranda.

Namun, gimik politik yang dibuat oleh Jamal Mohd Yunos itu mempunyai asas. Bersilat Azmin Ali dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terutama sekali SYABAS memberi alasan mengapa bekalan air di Selangor, negeri yang paling padat dan telah dimajukan oleh Kerajaan BN terdahulu melebihi negeri-negeri yang lain, selain di Selangor jugalah, terletaknya pusat pentadbiran negara dan infrastruktur-infrastuktur penting lain, putus. Projek Langat II yang dilengahkan dan cuba dibatalkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Pakatan hanya kerana tamakkan kontrak pembinaan dan dikatakan tidak penting, akhirnya dirayu agar Kerajaan Persekutuan percepatkan pembinaannya. Padahal ketika Pakatan membuat keputusan untuk membatalkan projek infrastruktur penting air itu, mereka memberi alasan, bekalan air di Selangor sangat-sangat mencukupi.

'Projek keranda dan van jenazah' Jamal Mohd Yunos akhirnya mendedahkan skandal dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Banyak laporan polis telah dibuat terhadap yayasan itu baru-baru ini oleh pelbagai pihak.


Tiga nama telah disebut oleh Jamal iaitu Teresa Kok, Yeo Bee Yin dan Ng Suee Lim. Kelam-kabut Teresa Kok dan Yeo Bee Yin memanggil media dan orang ramai untuk memberikan penjelasan walaupun kes mereka telah dilaporkan kepada SPRM dan mereka hanya perlu menjawab serta bekerjasama dengan SPRM, bukannya berceramah dan berkempen kononnya mereka tidak bersalah. Segala bukti yang mereka bawa, sepatutnya diserahkan kepada SPRM, bukannya diusung untuk dibentangkan kepada orang ramai.

Justeru, tindakan pihak berkuasa khususnya polis dan SPRM dituntut untuk menyegarakan siasatan ke atas skandal-skandal ini. Hanya siasatan pihak berkuasa sahaja yang boleh menentukan sama ada terdapat penyelewengan atau tidak dana-dana awam itu apatah lagi banyak dokumen telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

Kepincangan dalam proses pengeluaran dana tersebut juga sudahnampak ada yang tidak kena terutama sekali bagaimana wakil rakyat boleh diberikan kemudahan pengeluaran wang tunai tanpa rekod dan kelulusan.

Setakat ini, hanya pejabat Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sahaja yang diserbu ekoran laporan polis oleh Jamal terhadap Teresa Kok 14 Mac lalu.

Tuesday, January 10, 2017

LAGI AMUKAN SPRM! PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA PULA DILAWATI DAN KM MELAKA DIRAMAHI 4 JAM!!!



SPRM 'mengamuk' lagi!

Kali ini Pejabat Ketua Menteri Melaka pula yang menjadi kunjungan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes-kes rasuah.

Laporan The New Straits Times menyebut, sepasukan anggota dan pegawai SPRM dari Putrajaya tiba di pejabat Ketua Menteri Melaka pada jam 2 petang semalam dan merakamkan kenyataannya. 

Ketika pasukan SPRM tiba, Ketua Menteri Melaka ada di pejabatnya.

Dalam 'lawatan' berkenaan, pasukan SPRM telah membawa keluar beberapa dokumen yang diletakkan di dalam beberapa buah kotak dan dipercayai merupakan bahan siasatan. Pasukan SPRM meninggalkan Pejabat Ketua Menteri pada jam 6:00 petang. 

Adalah difahamkan, siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu mempunyai kaitan dengan penangkapan seorang penjawat awam pada 28 November atas tuduhan rasuah. 

Turut difahamkan, penjawat awam berkenaan mempunyai kaitan dengan Pejabat Ketua Menteri. SPRM telah membekukan akaun bank penjawat awam tersebut yang dipercayai mengandungi wang bernilai jutaan ringgit. 

Menurut NST, mereka telah cuba menghubungi Ketua Menteri Melaka, tetapi tiada jawapan. Ekoran itu, NST telah menghubungi Setiausaha Akhbar Keua Menteri, Lee Szee Phei dan dimaklumkan bahawa pertemuan akan diatur melibatkan NST dengan Ketua Menteri Melaka. 

Lewat malam tadi, ketika berakhirnya sebuah majlis kerajaan negeri, Idris ketika didatangi wartawan NST berkata, "SPRM datang menemui saya untuk menetapkan tarikh bagi melengkapkan siasatan mereka berhubung penangkapan (pegawai-pegawai kerajaan di Melaka). Saya akan memberikan perkembangan selanjutnya nanti." (RUJUK SINI)


Dalam satu kenyataan lain, Ketua Menteri Melaka Idris Haron menyatakan kedatangan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat Ketua Menteri di Ayer Keroh semalam adalah bagi mendapatkan maklumat dan kenyataan berhubung kes salah laku beberapa pegawai di jabatan itu sebelum ini.

Idris Haron berkata, selaku pemimpin kerajaan negeri, kenyataannya diperlukan bagi membantu siasatan kes melibatkan beberapa pegawainya dan pihaknya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

“Bukan saya yang disiasat, sebaliknya kedatangan SPRM semalam untuk mendapatkan maklumat dan bagi menyempurnakan siasatan kes salah laku beberapa pegawai.

“Kalau saya yang disiasat, lain macam (cara) SPRM datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Amanat Ketua Menteri 2017 kepada ketua-ketua jabatan negeri di sebuah hotel di sini hari ini.

Dia ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mengenai tindakan sepasukan anggota SPRM mengambil keterangan ketua menteri itu selama beberapa jam di pejabatnya di Seri Negeri di sini petang semalam. (RUJUK SINI)


Wednesday, January 4, 2017

KSU KEMENTERIAN BERGELAR DATUK DITANGKAP SPRM, SUARA SUMBANG MARAH DAN TANYA KENAPA SPRM FOKUS KAKITANGAN AWAM BUKAN ORANG POLITIK!!!



Berita penangkapan seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah Kementerian oleh SPRM kerana disyaki melakukan rasuah, mula viral di media-media sosial. Walaupun sumber berita tidak menyebut tentang di Kementerian manakah KSU bergelar Datuk itu, namun ramai yang membuat andaian bahawa Datuk berkenaan adalah KSU KKLW.

Difahamkan sepasukan anggota SPRM menahan ketua setiausaha sebuah kementerian itu kira-kira pukul 8 pagi Rabu.

Suspek yang berusia 59 tahun, ditahan di rumahnya di USJ Subang Jaya di sini.

Suspek disyaki menyalahguna kuasa dan kedudukan sejak 2010 untuk menerima rasuah. (RUJUK SINI)

Siasatan awal mendapati suspek menggunakan kuasanya untuk melantik kontraktor, pembekal dan penjual dengan memperolehi keuntungan sendiri.
Tidak lama sebelum ini, dua orang pegawai tinggi Jabatan Air Sabah ditahan dan didakwa kerana rasuah. Hasil penemuan di pejabat dan rumah kedua-dua individu tersebut amat memeranjatkan apabila wang tunai sahaja dianggarkan bernilai lebih RM50 juta tidak termasuk barangankemas dan emas, permata serta jam-jam tangan mewah.

SPRM kebelakangan ini mensasarkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan sekaligus menjadikan beberapa pihak mula resah. Malah tidak bersetuju dengan fokus SPRM ke atas pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Ramon Navaratnam, bekas hakim dan Pengerusi Asli Centre for Public Policy Studies berkata, SPRM tidak sepatutnya memberikan tumpuan dan menangkap pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang merupakan kelompok pelaksana sebaliknya terhadap ahli-ahli politik yang menurutnya melakukan lebih banyak rasuah. (RUJUK SINI)

Dan seperti biasa, alasan yang diberikan oleh Ramon Navaratnam adalah alasan-alasan klise yang hanya bersandarkan kepada sentimen tanpa sebarang bukti. Penangkapan dan pendakwaan pengamall rasuah di mahkamah memerlukan bukti bukannya sekadar persepsi, melainkan untuk dipolitikkan.


TANDA TANYA BAHRI LETAK JAWATAN... SRC-NAJIB, MAHATHIR-488 SYARIKAT ATAU KOLEJ KIST?!!!



Selepas netizen menviralkan senarai lebih 400 buah syarikat yang dimiliki Mahathir dan empat orang anaknya, reaksi yang diberikan oleh para penyokong Mahathir amat menyedihkan. Senarai syarikat dengan nombor pendaftaran dan beberapa netizen pula mendedahkan sijil SSM yang menunjukkan pegangan saham Mahathir di dalam beberapa buah syarikat yang wujud semasa dia masih menjadi Perdana Menteri dan diketahui mendapat projek mewah Kerajaan, langsung tidak mendapat reaksi.

Kecuali lima infografik yang terdapat beberapa pengulangan nama syarikat sahaja yang cuba dijadikan hujah. Hujah bahawa senarai tersebut boleh direka oleh musuh Mahathir (baca: sibertruper UMNO) langsung tidak meyakinkan memandangkan rujukan tentang syarikat tersebut boleh dibuat berdasarkan nombor pendaftaran syarikat yang turut diberikan.

Dalam ketika inilah, Bahri Mohd Zin, Ketua Bahagian Operasi Khas SPRM membuat keputusan bersara awal.

Ada tiga laporan selain satu penafian yang saling bercanggah antara satu sama lain dalam tempoh tidak sampai 24 jam.


Laporan pertama menyebut, Bahri meletak jawatan kerana kecewa kes SRC tidak disiasat dan Najib Abdul Razak tidak diambil tindakan. (RUJUK SINI)

Kenyataan pertama itu kemudiannya disokong oleh Malaysiakini yang menyebut sumber mereka adalah daripada Bahri sendiri berbanding 'sumber terdekat SPRM' oleh FMT. (RUJUK SINI)


Laporan ketiga pula menyebut, Bahri meletak jawatan kerana kecewa apabila Mahathir dan anak-anaknya didedahkan memiliki lebih 400 buah syarikat termasuklah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Laporan itu juga menyebut, seandainya benar Bahri kecewa dengan kes SRC, sepatutnya dia meletakkan jawatan tahun 2015, bukannya penghujung tahun 2016. (RUJUK SINI)


SPRM kemudiannya membuat kenyataan rasmi yang mengatakan, Bahri telah menafikan dia mengeluarkan kenyataan kecewa dengan kes SRC sebagai punca dia melepaskan jawatan. (RUJUK SINI).


Dalam percanggahan-percanggahan tersebut, Bahri kemudiannya dilaporkan oleh Malaysiakini berkata, dia tidak seharusnya dicabar kerana dia tahu semua penerima dan pemberi rasuah. (RUJUK SINI). Walau bagaimanapun, dalam laporan tersebut, Bahri telah mengesahkan dia meletakkan jawatan kerana tidak betah lagi dengan UNDANG-UNDANG SARANG LABAH-LABAH dan menyelar pihak media serta Menteri yang telah mengadilinya secara 'separuh masak' dan tidak mengambil kenyataan daripadanya sendiri, Bahri tidak mengulas langsung tentang kenyataan rasmi SPRM membabitkan dirinya.

Portal MyNation pula mempersoalkan tentang kekeliruan yang sengaja ditimbulkan. Portal berkenaan menyatakan, FMT mempunyai asas yang kukuh kerana mempunyai printscreen perbualan Bahri yang menyebabkan perletakan jawatannya. (RUJUK SINI)


Bagaimanapun, portal tersebut juga mempersoalkan sikap Bahri yang cuba mendahului kuasa pendakwaraya yang tertakluk kepada Perkara 143 (5) yang perlu sentiasa dipatuhi dan tidak boleh dikompromi oleh mana-mana agensi penguatkuasa di mana sebarang ketidakpatuhan akan mengakibatkan pendakwaan menjadi tidak sah dan terbatal.

Contoh PRECENDENCE yang diberikan adalah membabitkan kes PDRM vs Chua Choo Kian pada tahun 1988 di Mahkamah Tinggi Melaka yang berakhir dengan pembebasan lelaki berkenaan daripada dakwaan kesalahan pemilikan dadah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya apabila PDRM membuat keputusan mendakwa tertuduh dengan mengabaikan kuasa Pendakwaraya.

Januari tahun lepas, Bahri mendahului kuasa Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim apabila mengeluarkan kenyataan, SPRM akan membuat rayuan keputusan Peguam Negara membebaskan Najib Abdul Razak daripada sebarang pendakwaan.

Tan Sri Abu Kassim kemudiannya bersara daripada jawatannya dan digantikan oleh Dzulkifli Ahmad pada Jun 2016.


Isu Bahri dan Kolej KIST Kelantan yang direbutkan oleh isteri keduanya dengan ipar isterinya, mendapat perhatian apabila dua laporan polis yang dibuat oleh ipar isterinya itu, tidak diambil tindakan oleh polis.

Portal Malaysia Today milik RPK mendedahkan:

Isteri keduanya yang bernama Haslina dikatakan telah merampas Kolej KIST yang dimiliki abangnya daripada kakak iparnya. Malah bersumpah tidak akan memberikan sesen pun kepada kakak iparnya yang bernama Noraihan Che Ali. Haslina kemudiannya didakwa telah meminta Bahri mengarahkan orang-orangnya (SPRM Putrajaya) melakukan serbuan ke rumah dan pejabat Noraihan bagi menghalang Noraihan daripada memasuki premis-premis berkenaan. (RUJUK SINI)






Insiden tersebut telah menyebabkan Noraihan membuat laporan polis ke atas Bahri dan Haslina di Balai Polis Kota Bharu pada 21 Februari 2016. Bagaimanapun tiada sebarang tindakan daripada polis berhubung laporan berkenaan.

Timbul pula persoalan, adakah persaraan awalnya itu ada kena-mengena dengan kes Kolej KIST apabila dia dan isteri keduanya didakwa telah menyalahgunakan kuasa awal tahun lepas.


 
Blogger Templates