Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pas-pkr. Show all posts
Showing posts with label pas-pkr. Show all posts

Monday, January 22, 2018

DI SEBALIK SABOTAJ DAN TEKANAN PKR SELANGOR, PAS TETAP BERJAYA ADAKAN FASTAQIM 2.4 DENGAN KEHADIRAN 5000 ORANG!!!



Jauh daripada publisiti atau promosi besar-besaran seperti yang sering dibuat sebelum ini, ternyata Fastaqim 2.4 yang dianjurkan oleh PAS Selangor tetap juga mendapat sambutan. Sasaran kehadiran seramai 5000 orang tetap tercapai pada jam 11:20 pagi, hanya 3 jam selepas program.

Fastaqim 2.4 telah diadakan pada 21 Januari 2018. Sepatutnya program tersebut diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Bagaimanapun, pada saat-saat akhir, pihak Majlis Daerah Kuala Selangor tidak membenarkan penganjuran program berkenaan. Alasannya, PKR turut menganjurkan program di tempat yang sama.


Akhirnya, PAS Selangor melangsungkan program berkenaan di Kompleks Sukan (Stadium Mini) JKR Seksyen 17 Shah Alam yang disempurnakan dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Tekanan demi tekanan cuba dilakukan oleh PKR yang diketuai oleh Azmin Ali bagi mengelakkan PAS keluar daripada pakatan di Selangor. Sebelum ini, PAS telah memutuskan hubungan dan kerjasama politiknya dengan DAP malah dengan PKR pun. Bagaimanapun, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Azmin Ali di Selangor masih tetap 'hidup' apabila PAS memutuskan untuk terus berada dalam kerajaan negeri sebagai mematuhi titah KDYMM Sultan Selangor yang mahukan semua pihak mengekalkan kestabilan politik negeri itu selepas hiruk-pikuk Selangor kerana cubaan mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan kemudian bertukar menjadi Langkah Kajang untuk Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.


Apabila PKR tetap mematuhi perintah DAP yang mahu menyingkirkan PAS dan menggantikan kedudukan parti tersebut di dalam Pakatan dengan PAN, PAS akhirnya memutuskan hubungan dengan PKR pula. Azmin Ali melakukan pelbagai misi dan berusaha untuk memujuk PAS agar terus menyokongnya. Namun apabila pujukan demi pujukan tetap tidak melenturkan keputusan PAS untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru sekurang-kurangnya di Selangor, Azmin mula menggunakan taktik ugut dan gertak.

Difahamkan, kesemua peruntukan untuk ADUN PAS Selangor telah dibekukan mulai Januari 2018!


Dalam ucapan ketika merasmikan pelancaran jentera pilihanraya PAS Selangor ketika Fastaqim 2.4 itu, Presiden PAS berkata, PAS berhasrat mahu merampas Selangor dari tangan Pakatan yang sekarang ini diketuai oleh PKR dan DAP.

Katanya, walaupun kerajaan negeri yang akan dibentuk oleh PAS nanti akan mengutamakan pemimpin dari kalangan orang Islam, tetapi PAS tetap akan menyediakan ruang kepada pemimpin bukan Islam berada dalam kerangka kerajaan negeri sebagai wakil golongan itu.

"Ada wakil orang bukan Islam, bukan tak ada wakil tapi Islam memimpin. Ada Exco bukan Islam, ada menteri yang bukan Islam, ada urusan-urusan bukan Islam tapi dasar dan polisi negara mesti Islam. Ini fleksibel Islam. Keanjalan Islam. Di negara lain, kalau komunis yang memerintah, mesti orang komunis 100 peratus," katanya.

24 Ogos lalu, PAS Selangor mengumukan akan bertanding di sekurang-kurangnya 42 kerusi DUN Selangor termasuklah kawasan yang dimenangi oleh Azmin Ali dan Wan Azizah Wan Ismail.

Selangor mempunyai 56 DUN sehingga artikel ini ditulis.



PAS kini menjadi sasaran serangan dan hamburan caci maki oleh penyokong Pakatan. Selain daripada propaganda kononnya PAS ber'UG' dengan UMNO, Presiden PAS serta beberapa orang pemimpin muda PAS seperti Nik Abduh pula dituduh menerima 'dedak' daripada Najib Abdul Razak. Para penyokong dan ahli-ahli PAS dihina sebagai golongan pemakan dedak dan 'walaun' yang jumud, jahil dan tidak peduli dengan penyelewengan serta rasuah kerana dedak dan taksub. Sebaliknya ahli-ahli serta penyokong PAS dihasut serta digalakkan untuk menyokong PAN yang dianggap lebih aula kerana bekerjasama rapat dengan DAP serta PKR bagi membolehkan DAP menerajui negara ini sama ada secara langsung seperti yang berlaku di Pulau Pinang atau sebagai tok dalang seperti yang berlaku di Selangor.

Dan biarpun, PAS berulang-ulang kali menafikan mereka akan bersatu dengan UMNO malah mengumumkan bahawa PAS akan bertanding di 140 kerusi Parlimen pada PRU-14 nanti, namun para penyokong dan pemimpin Pakatan tetap menuduh, PAS akan bertanding untuk membolehkan UMNO dan BN menang di Selangor serta seluruh Malaysia!

Namun seperti Fastaqim 2.4 yang tetap juga berjaya diadakan meskipun cuba disabotaj oleh Azmin Ali serta PKR, para penyokong dan ahli-ahli PAS nampaknya tetap istiqamah dengan perjuangan mereka.


Wednesday, May 17, 2017

PAS KELANTAN KEPADA LANTIKAN POLITIK PKR: NAK BELAH, SILALAH BELAH... NAK TUNGGU, TUNGGU LAH!!!



Ketika PKR cuba membuatkan PAS rasa tertekan setelah mengeluarkan arahan agar semua wakil PKR yang menjadi lantikan politik untuk pentadbiran dan syarikat-syarikat berkaitan negeri meletak jawatan serta-merta, sekaligus mencetuskan panik di kalangan para pemimpin PAS, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dengan tenang berkata, semua ahli PKR yang dilantik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, bebas sama ada untuk meneruskan khidmat atau meletakkan jawatan sebagaimana yang diarahkan oleh parti mereka. 

Kata Takiyuddin, walaupun PKR beria-ia mahukan ahli-ahli mereka meletak jawatan tetapi PAS Kelantan tidak akan membuat sebarang keputusan sebaliknya menyerahkan kepada ahli-ahli PKR itu sama ada untuk meletakkan jawatan atau sebaliknya. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah lewat semalam, PKR mahukan semua lantikan politik PKR di dalam Kerajaan Negeri Kelantan letak jawatan serta merta. 

Naib Presiden PAS, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Kelantan sebenarnya berharap agar lantikan-lantikan PKR itu tidak meletak jawatan. Manakala Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, dia masih menunggu surat rasmi dari Ibu Pejabat PKR sebelum mengambil sebarang keputusan. 

Tanpa mendedahkan jumlah sebenar, Ab Aziz berkata, sejumlah besar ahli PKR yang dilantik sebagai penghulu, penyelaras DUN dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. 

Minggu lepas, Majlis Syura PAS, badan pembuat keputusan tertinggi PAS telah membuat ketetapan untuk memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan PKR kerana beberapa perkara yang telah dicabuli oleh PKR. 

Friday, April 28, 2017

SELENA GOMEZ PUNCA PAS MAHU PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR!!!



Konsert penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez, di Shah Alam tahun lepas merupakan salah satu punca utama mengapa Pemuda PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR. 

Delegasi Pemuda PAS Shah Alam, Aubidullah Fahim Ibrahim berkata, PKR tidak berbuat apa-apa untuk memprotes atau menentang konsert tersebut, yang kemudian diadakan pada 25 Julai tahun lepas di Shah Alam, di sebuah kawasan yang didominasi oleh populasi orang Islam. 

PAS telah memprotes dan menentang konsert tersebut dan mendakwa pakaian Gomez terlalu seksi. 

"Mereka terlalu teruja dengan konsert Selena Gomez sehingga mereka mengabaikan pandangan daripada PAS dan NGO-NGO Muslim dan umat Islam secara keseluruhannya."

"Ini adalah contoh bagaimana PKR tidak komited langsung dalam memperkasakan Islam. Mereka termasuklah Menteri Besar Selangor sendiri (Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali)," kata Aubidullah dalam Muktamar PAS hari ini.

Ubaidullah berucap ketika memberikan sokongan kepada usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR. Usul tersebut telah diluluskan secara sebulat suara.

SAIFUDDIN NASUTION HALAU PAS DARI SELANGOR!!!



Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR yang juga merupakan Pegawai Strategik Lim Guan Eng, Saifuddin Nasution, gesaan telah dibuat oleh Saifuddin kepada PAS agar segera menarik diri daripada Kerajaan Pakatan Selangor. 

Reaksi tersebut diberikan ekoran keputusan Dewan Ulama PAS yang sebulat suara meluluskan usul untuk menghentikan semua bentuk perhubungan dengan parti-parti dari Pakatan Harapan, khusunya PKR dalam Muktamar tahunannya di Alor Star, Kedah, semalam. 

Kata Saifuddin, sekiranya PAS mahu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, adalah lebih terhormat dan lebih baik sekiranya ahli-ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Negeri Selangor meletak jawatan.

Menurutnya lagi, sangat tidak logik, bahkan tidak adil sekiranya ahli-ahli PAS terus memegang jawatan-jawatan Kerajaan di Selangor, terutama apabila mereka sudah pun menamatkan hubungan dengan komponen-komponen Pakatan Harapan lain, DAP dan parti serpihannya, PAN.

"Tidak logik selepas mereka memutuskan hubungan dengan PAN dan DAP, dan sekarang mahu menamatkan hubungan dengan PKR, tetapi masih mahu bekerjasama sebagai kerajaan di Selangor," kata Saifuddin dalam kenyataannya yang turut beredar dan tular di WhatsApp.

Kerajaan Negeri Selangor kini diterajui oleh Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR dan mengetuai 'kabinet negeri' yang terdiri daripada perwakilan dari PKR, DAP dan PAS walaupun pada masa yang sama, PAS enggan mengadakan sebarang hubungan dengan DAP di luar Selangor. 

Saifuddin turut berkata, dia sudah menjangkakan delegasi PAS daripada sayap-sayap yang lain akan mengikut jejak golongan ulama dan mengusulkan untuk menyingkirkan PKR dalam muktamar yang sedang berlakong. Pun begitu, menurutnya, keputusan sepenuhnya hanya boleh dibuat oleh Majlis Syura yang merupakan badan tertinggi dan pembuat keputusan PAS. 

Usul yang serupa dibentangkan pada muktamar PAS tahun lepas, tetapi Majlis Syura menunda keputusannya ekoran situasi di Selangor di mana PAS merupakan sebahagian daripada pasukan pentadbiran negeri bersama-sama PKR dan DAP. 

Majlis Syura PAS dijadualkan bermesyuarat bermula esok. 

Thursday, April 27, 2017

TERIMA KASIH RAFIZI RAMLI!!! ULAMA PAS LULUS USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR!!!



Dewan Ulama PAS hari ini meluluskan usul memutuskan ‘tahaluf siyasi’ (kerjasama politik) dengan PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Usul Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali ketika mengumumkan keputusan itu berkata usul putus kerjasama diluluskan tanpa bahas.

“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” katanya.

Keputusan disambut dengan laungan takbir daripada para perwakilan. Usul dikemukakan ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.

Usul ini akan diangkat ke Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.

Sekiranya badan tertinggi ulama parti itu juga meluluskan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan antara PAS dan PKR pada pilihan raya akan datang, terutamanya di Selangor, yang bersama mereka membentuk kerajaan sejak penggal lepas.

Dalam usul ini, PKR antaranya dituduh mengkhianati syarat perjanjian antara parti dan tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.

Perwakilan ulama PAS seluruh negara berhimpun di Alor Setar, Kedah untuk mesyuarat agung tahunan dewan mereka sempena mesyuarat agung tahunan PAS ke-63 yang berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei.

Majlis syura berperanan untuk menafsir dasar dan perlembagaan parti dalam menangani masalah semasa. Ia diketuai mursyidul am dan merupakan badan tertinggi parti tanpa kuasa eksekutif.

Ia bergerak seiring dengan jawatankuasa pusat yang berperanan untuk melaksanakan keputusan, mentadbir dan mengatur strategi parti. Jawatankuasa ini diketuai presiden dan merupakan badan tertinggi parti dengan kuasa eksekutif.

Sebelum ini, keputusan bertahaluf dengan parti lain diluluskan di peringkat majlis syura dan pelaksanaannya dilakukan oleh jawatankuasa pusat.

Monday, April 24, 2017

UNTUK KALI KEDUA BERTURUT-TURUT, NAMA MAHFUZ OMAR TERPINGGIR DAN GERAKAN MENENTANG USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR SELANGOR!!!



6 hari lepas, PAS secara rasminya telah mengeluarkan senarai 26 orang calon sah yang akan bertanding dalam Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sessi 2017-2019. Sekaligus membenarkan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar tidak lagi dikehendaki bukan sahaja di dalam kepimpinan utama PAS, bahkan di dalam PAS sendiri, adalah benar dan tepat! (RUJUK SINI)

Mungkin sedar, dia telah menjadi orang buangan, Mahfuz mengambil kesempatan untuk menghentam PAS semahu-mahunya. Parti yang banyak berjasa kepadanya semenjak dia bergelar Ahli Parlimen dan ahli politik, kini tidak ubah seperti sampah di matanya.

Menurut Mahfuz, kenyataan dan amaran PAS agar Pakatan Harapan (DAP-PKR-PAN-Cap Bunga) tidak mengganggu dan mengacau PAS di kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada PRU-14 nanti, adalah sesuatu yang bersifat bongkak, angkuh dan sombong. (RUJUK SINI)

Mahfuz juga mengingatkan PAS bahawa kemenangan PAS selama ini bukannya terhasil daripada sokongan ahli-ahli PAS sahaja, sebaliknya daripada sokongan ahli-ahli DAP dan PKR. Justeru, apabila PAS mengambil pendekatan berkeras dan bermusuhan dengan PKR dan DAP terutamanya, bagi Mahfuz Omar ia adalah satu kerugian besar kepada PAS.

Sesuatu yang barangkali Mahfuz lupa ialah, PAS pernah memiliki 27 kerusi Parlimen pada tahun 1999, lama sebelum kolobarasi dengan DAP dan PKR dibuat. PAS berjaya menarik perhatian golongan dan pengundi muda, jauh sebelum PAS mengisytiharkan Tahaluf Siyasi dengan PKR dan DAP.

Sebaliknya, DAP dan PKR menikmati limpahan undi dan sokongan daripada PAS untuk mereka turut menambah kerusi. PKR sendiri pada tahun 2004, hanya memiliki satu kerusi Parlimen iaitu di Permatang Pauh yang diwakili oleh Wan Azizah Wan Ismail. Manakala Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh pernah kalah sebelum mereka kembali angkuh selepas menang dan kuat menerusi Tahaluf Siyasi dengan PAS.

Kesian Mahfuz Omar yang semakin renggang dia dengan kepimpinan utama PAS.

Terbaharu, seorang lagi pemimpin PAS akan dikorbankan oleh parasit-parasit dalam PAS. Pemimpin PAS berkenaan adalah penyandang jawatan Naib Presiden sekarang iaitu Iskandar Samad dari Selangor.

Berdasarkan maklumat, sejumlah RM500,000 telah disediakan untuk kempen gerakan memenangkan Iskandar Samad bagi membolehkan ADUN Cempaka dan Exco Perumahan Selangor itu, kekal di dalam saf kepimpinan utama.

Sebabnya, Iskandar Samad yang pernah mengeluarkan kenyataan beberapa hari lepas, PAS Selangor tidak akan memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR Selangor melainkan keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat dalam Muktamar, dilihat sebagai agen terbaik untuk membolehkan usul putus Tahaluf Siyasi sepertimana yang didesak dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PAS negeri-negeri termasuklah Pergerakan Pemuda PAS Selangor beberapa hari lepas, tidak diperkatakan. (RUJUK SINI)

Gerakan HARUM MANIS masih kuat di dalam PAS walaupun sebahagian besar daripada mereka sudah pun menyeberangi masuk ke PAN, parti tajaan DAP yang dipimpin oleh Mat Sabu. Agen-agen HARUM MANIS dan barua-barua Pakatan Harapan di dalam PAS, sedang berusaha untuk membantu PKR kekal memegang kuasa di Selangor dengan cara mengorbankan salah seorang pemimpin PAS yang dilihat amat bergantung kepada Azmin Ali.


Thursday, April 20, 2017

AZMIN ALI SEMAKIN HAMPIR KEHILANGAN TAKHTA MENTERI BESAR SELANGOR WALAUPUN PAS SELANGOR TUNGGU KEPUTUSAN MUKTAMAR DAN MAJLIS SYURA!!!



Dewan Pemuda PAS Selangor telah memutuskan dan mendesak mendesak agar PAS Selangor memutuskan hubungan dengan PKR Selangor dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Selangor Ke-51. (RUJUK SINI) Sekaligus, Dewan Pemuda PAS Selangor meminta agar semua wakil rakyat PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, termasuklah PBT selaku Ahli-Ahli Majlis, melepaskan jawatan yang sedang mereka sandang sekarang.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang berasingan Sallehan Mukhyi yang mewakili PAS Selangor menyatakan, PAS Selangor mengambil pendekatan yang berbeza dengan PAS Pusat iaitu akan meneruskan kerjasama dengan PKR, sekaligus akan terus berada dalam Kerajaan Negeri Selangor serta PBT-PBT Selangor sehinggalah PRU-14.

Ramai juga yang mengecam keputusan ADUN Sabak itu. Malah ada yang membuat teori kononnya PAS Selangor yang sedang mabuk kemewahan, tidak berani untuk meninggalkan kemewahan yang sedang mereka nikmati hasil tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP pada dua PRU lalu.

Berbeza dengan negeri-negeri lain, di Selangor, PAS merupakan sebahagian daripada 'kabinet' Kerajaan Negeri. Sekurang-kurangnya terdapat 4 orang Exco Kerajaan Negeri dari PAS walaupun jawatan yang mereka sandang, sebenarnya adalah jawatan-jawatan picisan yang kurang berguna berbanding jawatan-jawatan Exco yang disandang oleh ADUN-ADUN PKR dan DAP.

Pada PRU 2013 lalu, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan rakyat berjaya mengekalkan kerajaan negeri apabila menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.

DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.

PKR kehilangan satu kerusi apabila ADUNnya yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dipecat dari parti menjadikan penguasaan PKR hanya 13 kerusi DUN. 

Jadi, mengikut pecahan, PAS memiliki 15 kerusi DUN, DAP jumlah yang sama, PKR memegang 13 manakala BN 12 dan Bebas 1 (pro BN). Jika atas kertas, katalah PAS bersedia bergabung dengan BN, maka jumlah kelihatan sama banyak yakni 28 dan 28.

Namun hakikatnya, BN bersama PAS mampu membentuk kerajaan negeri baru kerana undi speaker Selangor, Hannah Yeoh tidak dikira.

Undang-undang Tubuh Selangor menetapkan speaker tidak boleh mengundi.
Dengan semakin hampirnya PRU-14, tindakan meninggalkan Kerajaan Negeri Selangor akan mendorong kepada masalah yang lebih besar, sekaligus menekan Azmin Ali untuk membubarkan DUN lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri. Dalam keadaan sekarang di mana PAS Selangor sendiri masih menapis-napis di kalangan mereka bagi menyaring kaum 'HARUM MANIS' yang bersembunyi di dalam PAS Selangor, tindakan meninggalkan Kerajaan Negeri Selangor adalah tindakan yang tidak bijak. Apatah lagi dengan hadirnya PAS di dalam Kerajaan Negeri, setidak-tidaknya DAP yang diketahui amat memusuhi PAS, tidak akan melampau-lampau kerana bimbang banyak rahsia yang diatur akan sampai ke pengetahuan PAS yang mereka musuhi. 
Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Perumahan Selangor, Iskandar Samad menyatakan PAS Selangor hanya akan membuat sebarang keputusan berhubung kemelut hubungan antara PAS Selangor dengan PKR berdasarkan proses di muktamar dan Majlis Syura Ulama PAS yang akan berlangsung pada hujung bulan ini. (RUJUK SINI)

Tuesday, March 28, 2017

PKR BERMASALAH LAGI BILA EMPAT PAS KAWASAN DI TERENGGU SEBULAT SUARA MAHU PAS PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR!!!



Empat kawasan PAS di Terengganu yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri Satiful Bahri Mamat berkata 4 kawasan itu ialah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar PAS nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh majlis syura.

“Bagi PAS Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan… seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar PAS berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keputusan 4 lagi kawasan iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, Satiful berkata keempat-empat kawasan itu sudah selesai mengadakan mesyuarat agung sebelum isu kerjasama dengan PKR kembali hangat diperkatakan.

Beliau berkata usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan usul itu pernah dikemukakan oleh wanita PAS pada muktamar tahun lalu.

“Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat respons ketika itu. Namun kali ini mungkin ada reaksi sekiranya banyak kawasan yang sepakat untuk membawa usul tersebut,” katanya.

Ketika ditanya adakah PAS akan terjejas pada pilihan raya umum ke-14 akan datang sekiranya majlis syura bersetuju untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Satiful berkata PAS Terengganu dijangka tidak mempunyai masalah besar dalam hal itu.

“Terengganu tak ada masalah sangat, tapi tak tahu di negeri lain macam Selangor. Tapi ini perkara yang berbeza kerana sekarang adalah hubungan antara parti dengan parti, bukan PAS dalam kerajaan,” katanya.

Semalam, 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR.



Monday, March 27, 2017

PATUTLAH AZMIN ALI GEMENTAR SELURUH TUBUH, RUPA-RUPANYA PAS NAK BERTANDING DI SEMUA KERUSI DUN SELANGOR!!!



Tidak menghairankan apabila Azmin Ali berkata, PKR tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR di Selangor. Di sebalik sindiran kerasnya terhadap PAS terutama sekali Nik Abduh dan kecik hatinya terhadap gelaran BIAWAK oleh Presiden PAS, rupa-rupanya ada sesuatu yang lebih menakutkan sehingga terpaksa Azmin Ali mengubah fikirannya serta-merta tentang hubungan antara PAS dan PKR. 

Rupa-rupanya Azmin Ali 'NGERI DAN GENTAR' apabila ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi berkata, PAS akan meletakkan calon-calonnya untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor.


Menurut Sallehin, PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kalah menang bukanlah masalah utama PAS. Bahkan PAS menyerahkan semua urusan kalah menang kepada Allah Taala.

"Orang kata pelik, pelik macam mana kita nak menang. Tidak boleh menang, pelik. Kita percayaan pada saat kepelikan Allah turunkan kemenangan. Sepatutnya bagi orang-orang yang beriman ketika akal tidak mampu berfikir itulah yang mendekatkan kita kepada kemenangan yang hampir dan Allah tidak mitna kita fikir tentang janji-Nya, tentang janji kemenangan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke-58 di Dewan Masjid Pinang Merah, Paka pada Sabtu, 25 Mac lalu. (RUJUK SINI)

Kenyataan yang dibuat oleh Sallehin benar-benar mengancam kewujudan PKR di Selangor. Selama ini, PKR menjadi mewah kerana Selangor walaupun PKR sebenarnya parti paling minoriti dalam Pakatan. 


Keputusan PAS untuk meletakkan semua calon di kerusi DUN Selangor terutama di kerusi-kerusi bermajoriti Melayu atau mempunyai peratusan Melayu ramai, sudah pasti akan menyebabkan PKR yang selama ini tidak banyak bekerja dengan orang ramai, tetapi sekadar berkokok dan beretorik menerusi media selain mengharapkan sepenuhnya PAS melaksanakan kerja-kerja mereka, akan berhadapan dengan kesukaran mempertahankan kemenangan pada 2008 dan 2013. Banyak kerusi DUN yang disandang oleh PKR sekarang ini, terhasil daripada kerja-kerja PAS. Kehilangan lebih separuh dari kerusi DUN Selangor yang dimiliki oleh PKR hari ini, akan menyebabkan Azmin Ali menjadi seorang Nizar Jamaluddin yang akan meroyan dan masih gila bayang dengan jawatan Menteri Besar.

Jadi, tidak hairanlah mengapa Azmin Ali mula mempamerkan sikap lembut terhadap PAS walaupun pada masa yang sama, dia tidak juga berani membantah apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh DAP terutama sekali Lim Kit Siang.


Thursday, March 23, 2017

AFIF BAHARDIN ANGGAP PAS PULAU PINANG SEBAGAI SI PANDIR WALAUPUN PKR MENANG KERANA BANTUAN PAS!!!



AFIF BAHARDIN adalah pemimpin PKR paling biadap dan kurang ajar, malah cukup terkenal sebagai PENJILAT LIM GUAN ENG paling wahid dengan balasan jawatan Exco yang disandangnya.

Dia juga merupakan antara pemimpin PKR yang sebenarnya tidak ada apa-apa, tidak mempunyai sokongan tetapi sangat bergantung harap kepada sokongan Pemuda PAS dan PAS Pulau Pinang untuk menang jawatannya sekarang. 

Dia adalah ADUN Seberang Jaya. 

Dari PRU-12 sehinggalah PRU-13, bahkan PRK Permatang Pauh, PKR Pulau Pinang hanyalah anjing yang ekornya terselit di celah paha kalau bukan kerana pertolongan dan bantuan daripada PAS Pulau Pinang dan Permatang Pauh. Hampir kesemua undi Melayu yang dimenangi oleh Afif Bahardin mahupun Wan Azizah serta calon-calon PKR lain, datangnya daripada undi-undi Melayu PAS Pulau Pinang. 

Kenyataan sombong dan biadap yang dikeluarkan oleh Afif Bahardin, seolah-olah mahu menunjukkan dan membuktikan betapa BODOHNYA PAS kerana telah membantu memenangkan calon-calon PKR termasuklah Afif dan Wan Azizah di Pulau Pinang. Jentera PAS yang telah mengorbankan segala-galanya, titik peluh mahupun tahan muka dicaci maki, sekarang ini dianggap sebagai PAK PANDIR oleh orang yang telah mereka tolong.


Bila dah menang dua penggal, cakap bukan main besar lagi. Pertolongan orang langsung tidak dihargai, bahkan dipandang sebagai anjing kurap! Malah dikatakan pun, Pemuda PAS tidak membantu tetapi PKR menang besar dalam PRK Permatang Pauh... satu tindakan sombong yang jelas menunjukkan pembohongan!

Dia lupa bagaimana pada 29 April 2015, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akhirnya membuat keputusan untuk membantu jentera kempen Pakatan Rakyat yagn menyokong dan berkempen untuk Wan Azizah setelah dipujuk dan dirayu berkali-kali oleh PKR. 

“Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuat keputusan yang tepat dengan membantu jentera Pakatan untuk memastikan Umno-BN (Barisan Nasional) terus tewas di Permatang Pauh." (RUJUK SINI)


Sunday, March 19, 2017

BERAT NANANG NIH!!! SEMAKIN BANYAK PAS KAWASAN MINTA PAS PUSAT PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR!!!



PKR sememangnya amat memerlukan PAS dalam serba-serbi. Sehinggakan untuk menggantung bendera dan bunting pun, PKR akan serahkan kepada jentera propaganda dan penerangan PAS. Tanpa PAS, PKR pincang, tidak boleh bergerak, kaku malah tidak akan ke mana-mana walaupun pada masa yang sama, PKR cuba untuk tidak memperakui hakikat tersebut.

Dari awal kewujudan PKR lagi termasuklah dalam bentuk NGO yang bernama ADIL, PAS adalah jentera utama. Malah memperkenalkan ADIL, kemudian PRN kemudian PKR juga, PAS adalah tangan utamanya. Dalam setiap PRK dan PRU yang disertai oleh PKR, jentera utama parti Anwar Ibrahim anak beranak itu sangat bergantung kepada PAS.

Tidak cukup dengan itu, kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi oleh PKR, hampir kesemuanya kerusi-kerusi tradisi yang ditandingi oleh PAS, bahkan dimenangi oleh PAS. Hanya kerana semangat tahaluf siyasi dengan PKR, PAS sekadar menelan air liur apabila PKR mendabik dada, kemenangan mereka di kerusi-kerusi yang telah ditandingi oleh PAS secara tradisi itu adalah hasil daripada kekuatan mereka sendiri tanpa sedikit pun menyebut tentang bantuan serta tangan PAS yang memberikan segala-galanya untuk PKR.

Tepat sebagaimana yang dikatakan, PKR memang cepat lupa diri dan tidak kenang budi. Walaupun hendak hidup, perlu bergantung kepada PAS, tetapi PKR lebihkan DAP yang hanya pandai mempergunakan mereka dengan puji-pujian.

Gelagat PKR selama ini mencolok mata. Akar umbi PAS memang telah lama berkata-kata tetapi kerana kepimpinan tidak memberikan sebarang reaksi berhubung perangai PKR, maka akar umbi pun terpaksa melihat sahaja gelagat PKR yang tidak mengenang budi itu.

Namun keadaan sudah mulai berubah.

Sekurang-kurangnya ada 2 PAS Kawasan yang mulai mendesak PAS Pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR.

PAS Kawasan Tumpat secara berterus-terang mendesak PAS Pusat agar segera memutuskan hubungan dengan PKR, selaras dengan kenyataan Presiden PAS yang parti itu akan memutuskan hubungan dengan PKR seandainya PKR berterusan bekerjasama dengan Lim Kit Siang-Guan Eng dan DAP. Alasan yang diberikan oleh PAS Tumpat ialah, PKR terlalu biadap apabila menarik Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat yang menang atas tiket PAS tetapi kemudian lari ke PKR selepas berjaya mengkhianati PAS.

Manakala PAS Kawasan Permatang Pauh pula turut berterus-terang mahu PAS Pusat memutuskan hubungan dengan PKR setelah PKR bukan sahaja tidak mengenang budi, tetapi juga berusaha memusnahkan PAS walaupun pada masa yang sama, kemenangan PKR di Parlimen Permatang Pauh dan DUN-DUNnya banyak dibantu oleh akar umbi PAS.

PAS Selangor pula terutama menerusi Setiausahanya, Khairuddin Othman turut menunjukkan sikap keras terhadap DAP terutama sekali ke atas Lim Kit Siang yang merupakan Paramount Leader DAP.

Semakin berat PKR sekarang ini. Yang pasti tanpa PAS, PKR tidak akan berfungsi sama sekali walaupun pada masa yang sama parti yang turut dibarisi oleh bukan Melayu itu.

Kalau PAS Pusat memutuskan terus hubungan dengan PKR, memang PKR akan ghuyub terus. Satu-satunya cara untuk PKR terus bernafas adalah dengan menggabungkan diri bersama-sama Cap Bunga, PAN dan DAP, bukannya berdiri atas kaki sendiri seperti sekarang!


Thursday, March 26, 2015

HADI AWANG KATA, WAN AZIZAH TIDAK LEBIH DARI SEKADAR BURUNG KAKATUA YANG TAK TAHU APA YANG DICAKAPNYA!!!


19 Mac, Wan Azizah dengan penuh yakin memperkatakan tentang Fiqh Al-Awlawiyat, Maslahah Ummah dan Maqasid Syariah dalam usahanya meyakinkan DAP bahawa PKR mempunyai cara menolak hudud yang tidak akan membangkitkan kemarahan para penyokong Melayu-Islam, dan pada masa yang sama, berjaya pula menggunakan elemen agama untuk memperdayakan ahli-ahli PAS yang tidak begitu faham tentang fiqh siyasah melainkan sebagai burung kakatua yang mengulang-ulang kata ustaz masing-masing.

Hari ini, iaitu 26 Mac, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membelasah Wan Azizah dan menyifatkan Wan Azizah sebagai burung kakatua yang tidak faham, tidak mengamalkan dan tidak mendalami apa yang dituturkannya, melainkan semata-mata berdasarkan skrip.


Suatu ketika dahulu, telah didedahkan bahawa Wan Azizah sebenarnya tidak tahu apa-apa sebaliknya sekadar bertindak sebagai burung kakatua yang membacakan skrip yang telah dikarang oleh Anwar Ibrahim. Wan Azizah seringkali terbabas atau out-of-date daripada maklumat terkini.

Samalah seperti dia membela suaminya, Anwar Ibrahim walaupun pada masa yang sama, dia tahu tentang segala bukti dan fakta yang tidak langsung dapat disanggah oleh belasan orang peguam upahan Anwar Ibrahim. Dia masih menyatakan suaminya difitnah dan sekarang menjadi tahanan politik di Penjara Sungai Buloh walaupun sebenarnya Anwar Ibrahim adalah BANDUAN JENAYAH LIWAT.

Tak lama dulu, Wan Azizah dikatakan sebagai burung kakatua, para pengikut PKR, mengamuk sampai mencakar-cakar tanah. Sekarang, Presiden PAS pula kata Wan Azizah burung kakatua... nak kata apa?

Thursday, February 26, 2015

BUDAK COKIA PKR PULAU PINANG BAGI KATA DUA KEPADA HADI AWANG... BERSAMA PAKATAN ATAU BERSAMA UMNO!!!



AMK PKR Pulau Pinang hari ini memberi kata dua kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk menetapkan pendirian sama ada partinya masih lagi dalam Pakatan Rakyat atau sebaliknya. AMK turut mendesak agar Hadi Awang mengisytiharkan pendirian rasminya berhubung spekulasi yang UMNO dan PAS sedang berusaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Nampak kalut semacam puak-puak PKR ni terutama selepas kebocoran pendalangan dan pengkhianatan yang diketuai oleh Mat Sabu serta beberapa orang pemimpin utama PAS yang lain dengan di belakang mereka adalah Lim Guan Eng.

PKR ternyata begitu bimbang sekiranya PAS benar-benar bergabung dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan meskipun penggabungan tersebut bukan bermakna PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS, sebaliknya sekadar sebuah kerjasama Kerajaan-Pembangkang tanpa membabitkan PKR dan DAP.

Secara rasminya, PKR dan DAP tidak boleh hidup tanpa PAS. PAS merupakan penyedia sokongan dan bantuan untuk meramaikan majlis atau program-program yang dianjurkan oleh PKR dan DAP. DAP dan PKR seringkali membangga-banggakan kejayaan program mereka termasuklah demonstrasi besar tanpa sedikt pun memperkatakan tentang peranan besar PAS.

Semenjak PAS mengurangkan pembabitan mereka dengan Pakatan Rakyat, banyak demonstrasi yang dianjurkan, khususnya oleh AMK sekadar satu perarakan kecil yang boleh ditindas dengan sekali lenyekan.

Sebab itulah, AMK, PKR dan DAP cukup bimbang sekiranya PAS benar-benar bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. Dan kerana itulah juga, PKR dan khususnya DAP memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan yang mahu menjatuhkan Abdul Hadi Awang.

Khairul Anuar Kamaruddin, Ketua AMK Pulau Pinang tidak berselindung lagi menyatakan kebimbangan itu. Menurutnya, sekiranya Hadi mahu mencuba nasib dengan UMNO, dia perlu melakukannya dengan pantas. Ini akan membolehkan PKR dan DAP akan meneruskan agenda Pakatan Rakyat iaitu mengangkat Lim Guan Eng dan DAP sebagai penguasa utama negara ini, sekaligus meneruskan usaha untuk menghancurkan kesemua teras kewujudan negara ini atas alasan 'memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia.'

Menurut Khairul Anuar Kamaruddin lagi, sekiranya PAS masih berminat dengan Pakatan Rakyat, Hadi Awang perlu tunduk dan akur dengan segala perintah DAP dan PK sambil menambah di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang, PAS telah banyak mengalami kegagalan termasuklah kehilangan Terngganu dan Kedah. Malah menurutnya juga, di bawah kepimpinan Hadi Awang, PAS telah terlibat dalam pertandingan tiga penjuru yang akhirnya memenangkan UMNO-BN.

Sebiji perangai Zionis... mereka sahaja yang betul. Orang lain yang salah, sedangkan mereka amat bergantung kepada PAS untuk terus hidup dan terus wujud dalam arus politik negara.

Sekiranya PAS memutuskan bahawa mereka tidak akan bersama-sama Pakatan Rakyat lagi, parti pertama yang akan pupus dan mengalami kekalahan teruk adalah PKR. Budak-budak dalam PKR seperti Khairul Anuar Kamaruddin akan menjadi kutu berahak yang melalak di tepi jalan tanpa sebarang kerja sambil mengganggu orang lalu lintas.

Itu sahaja status dan taraf budak-budak hingus hijau PKR tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat.


Monday, February 9, 2015

LAGI SEHARI PENENTU KEBEBASAN ANWAR IBRAHIM, DRAMA AIR MATA DAN EMOSI SEDANG DIPERHEBATKAN DI SELURUH NEGARA!!!



Bermula dengan serangan ke atas Hadi Awang kerana sehingga setakat ini, Hadi Awang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau perintah kepada ahli-ahli PAS untuk bersolidariti dengan Anwar Ibrahim, sekaligus mengurangkan kebarangkalian yang demonstrasi besar-besaran seperti yang berlaku pada penghujung 1990-an dahulu akan berulang.



Semalam juga, satu pertemuan membabitkan Majlis Presiden Pakatan Rakyat, TERPAKSA DIBUAT di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut dengan harapan, Hadi Awang akan malu alah dan menurut kehendak Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng / Lim Kit Siang, tetapi yang lebih memalukan PKR dan DAP ialah apabila sekumpulan ahli-ahli PAS yang setia menjunjung perjuangan sebenar parti itu, membuat tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat PAS Pusat menuntut Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai meletak jawatan kerana menjadi ANJING DAN BARUA PKR serta DAP yang telah memecah belahkan PAS semata-mata terliur dengan tawaran kemewahan.


Hadi Awang sendiri tidak menunggu lama. Dia hadir sekadar untuk memenuhi protokol dan prosedur, apatah lagi dibuat di dalam 'rumahnya' sendiri. Selesai bermesyuarat, Hadi Awang bergegas meninggalkan bangunan Ibu Pejabat PAS Pusat tanpa mahu bersama-sama Lim Guan Eng/Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim memperkatakan tentang kesimpulan yang telah mereka buat.

Tindakan Hadi Awang itu ternyata menutup mulut Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang hampir menyatakan Presiden PAS bersetuju agar ahli-ahli PAS bergabung dan berdemonstrasi untuk menyokong Anwar Ibrahim dalam keputusan akhir Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Dari awal lagi, Anwar Ibrahim sangat sedar, perjalanannya kali ini lebih berduri tanpa sokongan daripada PAS. Dia telah menggerakkan orang-orangnya dalam PAS untuk tujuan itu, namun keadaan menjadi semakin buruk apabila belang PASMA dan GIK terdedah kepada umum sekaligus mengesahkan khabar-khabar angin selama ini bahawa PAS sememangnya cuba dipecahbelahkan oleh orang-orang Anwar Ibrahim dari dalam.










Gerakan menggulingkan Hadi Awang dan mengangkat Mat Sabu sebagai Presiden PAS yang baru juga, semakin bocor. Printscreen perbualan beberapa orang upahan Hatta Ramli yang merancang penggulingan itu, kini sedang tersebar luas.

Siri ceramah umum yang melibatkan Anwar Ibrahim juga kurang mendapat sambutan sekalipun semalam (8 Februari) di Muar, ceramah tersebut dianggap yang paling 'berjaya' menarik kehadiran pendengar mencecah 1500 orang sekalipun pada masa yang sama, konco-konco Anwar Ibrahim cuba membesar-besarkan angka berkenaan menjadi 10,000 orang. 80% kehadiran adalah yang sudah tua-tua. Hanya 20% sahaja yang berusia muda.




Beberapa ceramah membela Anwar Ibrahim sebelum ini, hanya mencatatkan kehadiran sangat rendah.

Sekaligus memberitahu bahawa, tanpa PAS, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan ke mana-mana. Sudah terbukti bahawa selama ini, PKR dan DAP yang kerap mendabik dada kekuatan mereka, sebenarnya sangat bergantung kepada PAS.


Justeru tidak hairanlah sehinggakan A.Samad Said yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam PAS, PKR atau DAP, sekadar menjadi balaci Ambiga Sreevanasan, turut melalak meminta dan mendesak agar Hadi Awang meletak jawatan kerana dia melihat tanpa penyertaan PAS, gerakan menyokong Anwar Ibrahim yang meramaikan jalanraya dengan demonstrasi bodoh hanyalah sebilangan budak-budak muda yang tidak tahu arah tujuan hidup mereka.... sama seperti dia juga!

Dengan persediaan bas-bas percuma yang akan mengangkut para pendemonstrasi ke Putrajaya esok, PKR dan Anwar Ibrahim terus gelisah kerana sambutan tidaklah terlalu hebat sebagaimana yang diharap-harapkan.



Tuesday, December 23, 2014

BILA MAHFUZ OMAR PUN BENGONG, TETAPI KUAT PULA DISOKONG OLEH LATHEEFA KOYA!!!


Mahfuz, ikon kebebalan pemimpin yang berselindung di sebalik imej agama, kembali merancakkan lagi masalah di dalam PAS. Mahfuz yang sebelum ini cuba bermain politik selamat apabila cuba mengelak daripada berseteru dengan Phahrolrazi Zawawi memandangkan dia adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, nampaknya memilih untuk berpihak kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Entah mengapa tetapi motif mudah yang dapat dilihat daripada kenyataan Mahfuz yang kononnya tidak tahu tentang perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan. Sekaligus Mahfuz membayangkan bahawa PAS Kelantan bertindak bersendirian dan bukannya dengan restu PAS Pusat.

Sudah tentulah kenyataan Mahfuz Omar itu segera digunakan oleh para penjilat Anwar Ibrahim di dalam PKR yang sememangnya melihat PAS sebagai musuh mereka sekalipun pada masa yang sama, enggan kehilangan sokongan ahli-ahli PAS kepada parti yang bertunjangkan Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarganya.


Latheefa Koya yang dari awal lagi menyatakan bahawa keputusan PAS Kelantan mahu mengadakan sidang khas DUN Kelantan pada 29 Disember untuk pembentangan undang-undang hudud, menuduh PAS sengaja membantu UMNO-BN yang dirasakannya sudah lemah dan tertekan. Pada masa yang sama, DAP juga mengambil pendirian menentang keras perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan yang disifatkannya akan memecah belahkan Pakatan Rakyat dalam perjuangan mereka untuk merampas Putrajaya.

Mahfuz Omar benar-benar tidak cerdik. Berbanding membela parti dan rakannya dalam PAS Kelantan, Mahfuz memilih untuk berpihak kepada DAP dan PKR yang mungkin dilihat sebagai lebih menguntungkanya berbanding menentang mereka.
 
Blogger Templates