Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamad merangkap Pengerusi PAC barangkali tertelan tahi menyebabkan zat-zat tahi telah meresap dalam otaknya. Dek kerana itulah, terlucut kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan oleh orang beragama Islam yang perlu menjaga lidah dan mulutnya, paling tidak.
Kenyataannya benar-benar mencabar umat Islam walaupun Nur Jazlan sendiri adalah pemimpin UMNO, berbangsa Melayu dan seharusnya beragama Islam.
Jangan bongkak sangat bila kata solat hajat yang dilakukan oleh para pendokong Anwar Ibrahim, tidak akan mengeluarkan Anwar Ibrahim dari penjara. Kalau dah kuasa Allah Taala, kalau sudah diperkenankan, segala-galanya menjadi.
Samalah seperti kemenangannya di Pulai. Walaupun PKR dan PAS mengadakan solat hajat sepanjang musim pilihanraya untuk memenangi kerusi tersebut, kuasa Allah Taala telah memberikan kemenangan kepada Nur Jazlan. Jangan pandang kepada 'kegagalan' solat hajat PAS dan PKR di Pulai tetapi pandang dan renungkanlah permohonan mereka yang dipanjatkan kepada Allah Taala, iaitu memberikan kemenangan untuk golongan yang benar-benar mahu menjaga Islam.
Walaupun Nur Jazlan mungkin kurang peduli dengan kemaslahatan Islam dan umat Islam, tetapi parti yang dianggotainya, yang menjadi asbab kepada kemenangannya, membolehkan dia berada pada jawatan itu.
Begitu jugalah dengan masuknya Anwar Ibrahim dalam penjara.
Jangan ingat kerja Allah Taala itu sehala dan selaras dengan akal kita sebagaimana yang kerap ditanggapi oleh sebahagian besar peguam yang kagum dengan jawatan dan pengetahuan mereka. Setiap yang Allah Taala jadikan, ada punca, ada sebab dan ada hikmahnya.
Mungkin Nur Jazlan melihat solat-solat hajat didirikan oleh para pendokong Anwar Ibrahim, tetapi Anwar Ibrahim tetap didapati bersalah serta dipenjarakan, maka keimanan dan kepercayaannya kepada Allah Taala sedikit menurun. Namun, Nur Jazlan barangkali tidak pernah mendengar bagaimana doa dipanjatkan sehingga dia tidak dapat melihat bagaimana Allah Taala mengabulkan permohonan hamba-hamba-Nya dengan hikmah-Nya.
Setiap kali solat hajat dibuat, setiap kali itulah juga, doa memohon agar kebenaran ditunjukkan, diselamatkan orang yang dizalimi, dibalasankan golongan penzalim, ditenggelamkan kebatilan dan dinyatakan siapa yang bersalah, akan dialunkan dengan penuh kesyahduan. Berapa ramai yang
Allah Taala mengabulkan permohonan tersebut. Anwar didapati bersalah. Mahkamah membuat keputusan Anwar telah meliwat Saiful Bukhari berdasarkan bukti-bukti dan fakta-fakta yang disediakan oleh pihak pendakwa. Walaupun hudud tidak dilaksanakan di negara ini, hukuman takzir membolehkan Anwar diperosokkan ke dalam penjara selama 5 tahun.
Nur Jazlan sepatutnya tidak takabbur!
Ayat 26 Surah Ali Imran yang antara lain maksud ayat
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."


