Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label peguam negara. Show all posts
Showing posts with label peguam negara. Show all posts

Friday, December 13, 2019

APABILA TOMMY THOMAS SI PEGUAM NEGARA YANG SERBA TAK TAHU!!!



Tommy Thomas merupakan watak yang cukup menarik. Bermula dengan pembatalan sidang media apabila dia gagal bertutur dalam Bahasa Melayu dan keinginannya agar perbicaraan Najib dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Sehinggalah apabila Tommy Thomas tidak tahu prosedur Jabatan Peguam Negara sendiri walaupun dia adalah Peguam Negara.

Walau bagaimanapun berkat perlantikannya sebagai Peguam Negara yang disokong kuat oleh DAP, Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan DAP berjaya diselamatkan daripada perbicaraan. Malahan dalam kes Lim Guan Eng, walaupun saksi-saksi sedang memberikan keterangan, Tommy Thomas telah menggugurkan kes rasuah dan salahguna kuasa Lim Guan Eng, membuatkan Lim Guan Eng mendabik dada konon-kononnya dia tak bersalah walaupun sebenarnya perbicaraan sedang berlangsung dan Lim Guan Eng tidak mempunyai peluang untuk melepaskan diri melainkan perlantikan seorang Peguam Negara yang boleh menggugurkan kesnya.

Berikut adalah senarai 5 contoh klasik 'TAK TAHU' yang melibatkan Tommy Thomas. 

KES 1. Peguam Negara tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara gugurkan kes majikan Pulau Pinang dera dan bunuh amah Indonesia.

21 April 2019: Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunuh amah

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peguam-negara-akan-siasat-isu-gugur-kes-bunuh-amah-steven-sim-205402


KES 2. Peguam Negara tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan balas terhadap sabitan dan hukuman penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin

12 Julai 2019: Kes Wan Ji: Tommy tak sedar rayuan balas pendakwaan

https://www.sinarharian.com.my/article/37398/BERITA/Mahkamah/Kes-Wan-Ji-Tommy-tak-sedar-rayuan-balas-pendakwaan

KES 3: Peguam Negara tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan affidavit bahawa ahli Bomba Muhammad Adib tidak dipukul.

"Dalam afidavit yang difailkannya pada 19 Julai, Thomas berkata bahawa walaupun terdapat 1,200 pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara (AGC), beliau tidak mengeluarkan arahan kepada mereka mengenai tugas harian masing-masing."

24 Jul 2019: AG nafi afidavit kata Adib tak dipukul perusuh

https://www.malaysiakini.com/news/485181


KES 4: Peguam Negara tak tahu kenapa dua pertuduhan tambahan dikenakan ke atas wakil rakyat DAP sehingga dua pertuduhan baru ini digugurkan sebaik sahaja ianya difailkan dalam Mahkamah dengan alasan pertuduhan baru ini adalah berlebihan.

7 Nov 2019: LTTE: AG jelaskan sebab 2 pertuduhan baru pada Adun DAP dibatal

KES 5: Peguam Negara tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kebebasan Raja Formula Negara.

6 Dis 2019: "AG says appeal against Rafizi acquittal done without his knowledge"

https://www.theedgemarkets.com/article/ag-says-appeal-against-rafizi-acquittal-done-without-his-knowledge

Itu dah 5 kes "tak tahu" dalam masa 8 bulan untuk satu jabatan kerajaan dengan 1,200 kakitangan sahaja.

Apatah lagi untuk seluruh kerajaan dengan 1.6 juta kakitangan dalam tempoh 9 tahun?






Terbaru ialah apabila Tommy Thomas enggan membuat rayuan berhubung pelepasan suspek LTTE di bawah SOSMA. Suspek-suspek tersebut sepatutnya ditahan berdasarkan undang-undang pencegahan.

Sebagaimana yang berlaku dalam kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib dalam kemelut kuil haram Seafield, sikap yang ditunjukkan Tommy Thomas amat berat sebelah. Kesalahan yang dilakukan oleh kaum-kaum tertentu dilepaskan dan dibebaskan dengan sewenang-wenangnya walaupun Tommy Thomas cuba berselindung di sebalik undang-undang.

Secara jelas, Tommy Thomas telah menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng kuasanya dalam banyak kes, termasuklah kes terbaru membabitkan suspek LTTE.

Seharusnya Peguam Negara mengutamakan keselamatan negara dan melaksanakan undang-undang, bukannya mengutamakan kaum dan agenda tertentu seperti membebaskan suspek termasuklah pembebasan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon.

Wednesday, June 12, 2019

SHAZLIN MANSOR, PEGUAM YANG DIARAHKAN TOMMY THOMAS DIPECAT DARI INKUES MUHAMMAD ADIB, KEMBALI BERAKSI... KINI MEWAKILI KELUARGA AHLI BOMBA ITU!!!



Peguam Syazlin Mansor akan kembali mewakili anggota keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues berkaitan punca kematian allahyarham.

Syazlin mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya beliau bertindak demikian atas permintaan bapa allahyarham.

Syazlin juga berkata beliau agak rapat dengan anggota keluarga Adib. (RUJUK SINI)

Peguam Negara Tommy Thomas sebelum ini berkata Shazlin digugurkan kerana mempunyanyi percanggahan kepentingan kerana mewakili tiga pihak sekali gus, iaitu kementerian, Jabatan Peguam Negara dan keluarga Adib.

Ahmad Soffian Mohd Shariff, bekas setiausaha akhbar (SUA) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, berkata beliau melepaskan jawatannya susulan hilang kepercayaan terhadap kerajaan sedia ada hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata walaupun dirinya memandang tinggi terhadap Zuraida, namun perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai kerajaan Pakatan Harapan (PH), hari ini.

“Zuraida seorang majikan baik, dia seorang menteri dan pemimpin yang bagi saya terbaik sekali dalam kabinet PH, (itu) pandangan peribadi (saya).

“Secara keseluruhan, bukan sebab KPKT, kerja lama saya, saya rasa tidak yakin dengan kerajaan sedia ada, kerajaan PH.

“Sebab itu saya undur diri, saya tak jadi gunting dalam lipatan. Saya tidak yakin dengan keseluruhannya dalam struktur kerjaaan yang saya tak yakin,” katanya lapor portal malaysiakini hari ini.

Ahmad Soffian berkata keputusan kerajaan untuk menggugurkan isterinya, peguam Syazlin Mansor, dari inkues Muhammad Adib Mohd Kassim juga mempengaruhi keputusannya untuk melepaskan jawatannya.

Katanya, antara isu yang membuatkannya tidak yakin dengan kerajaan PH adalah kegagalan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Banyak perkara yang sepatutnya tidak berlaku tetapi ia terjadi dalam era Malaysia baharu ini,” katanya.

Dalam pada itu isteri kepada Ahmad Soffian yang juga bekas Peguam kepada Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan dan juga peguam keluarga Allahyarham Adib, anggota bomba yang terkorban di dalam insiden rusuhan kuil, turut mengubah pendirian beliau dengan mengumumkan akan terus mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam prosiding inkues kematian mangsa.

Menurut Syazlin, langkah itu dibuat selepas beliau mengambil kira beberapa perkara termasuk menunggu perbincangan antara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Peguam Negara, Tommy Thomas selesai.

“Ayah kepada Allahyarham Muhammad Adib juga pernah berjumpa dengan saya dan merayu agar saya terus mewakili keluarga mereka dalam prosiding inkues ini.

“Pada pandangan saya, ada cubaan untuk mengacau ganggu prosiding inkues ini terutamanya dalam hal berkaitan keterangan yang dikemukakan saksi pakar.” (RUJUK SINI)

Tuesday, May 28, 2019

SEBENARNYA CUKUP BUKTI ATAU TAK ADA BUKTI SAMPAI TERPAKSA SERBU IBU PEJABAT DELOITTE MALAYSIA, WAHAI TUAN PEGUAM NEGARA?!!!



Sehari dua ini, cerita tentang Tommy Thomas kembali hangat diperkatakan, di celah-celah kehangatan dan kemarahan rakyat terhadap kenaikan tarif elektrik yang diterjemahkan dengan bil elektrik yang tinggi oleh TNB serta penjelasan TNB yang hanya melepaskan batok di tangga selain memperbodoh-bodohkan masyarakat pengguna.

Tommy Thomas memberikan respons berhubung desas-desus media sosial yang menyatakan, dia telah mengaku kepada Dr. Mahathir dan Daim yang pihaknya tidak mempunyai bukti-bukti kukuh untuk mensabitkan Najib Abdul Razak dalam kes-kes membabitkan SRC International dan 1MDB. Justeru, pihaknya dikatakan terpaksa mencipta lebih banyak tuduhan terhadap Najib dengan harapan, persepsi umum akan terbentuk dan mempercayai, kalau tidak salah dan tidak ada kes, mengapa terdapat puluhan kes yang menentang Najib.

5 hari lepas, PDRM telah menyerbu Ibu Pejabat Deloitte Malaysia di Taman Tun Dr. Ismail dan 11 buah kotak dokumen telah dirampas yang mengikut laporan media, kesemua kotak-kotak tersebut mengandungi dokumen yang berkaitan dengan 1MDB.

Selepas 5 hari kejadian, Peguam Negara Tommy Thomas dilihat cuba menafikan yang pihaknya ketiadaan bukti dengan berkata, berita yang tular di media sosial beberapa hari sebelum ini bahawa pihak berkuasa sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG BUKTI YANG KUKUH untuk mengaitkan Najib Abdul Razak dengan aktiviti-aktiviti penggubahan wang haram dan Criminal Breach of Trust yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.

Alasan yang diberikan oleh Tommy Thomas untuk menafikan ketiadaan bukti kukuh itu, dilihat ramai terlalu tidak berasas. Malah kalau kita ikuti kronologi perkembangan kes 1MDB secara teliti pun, memang macam ada sesuatu yang tidak munasabah membabitkan pihak-pihak berkuasa dan Peguam Negara sendiri. Macam ada sesuatu yang tidak beres.


Kes 1MDB telah disiasat dan mengambil masa yang panjang. Dari zaman Najib yang dikatakan oleh Pakatan sebagai melindungi jenayah yang dilakukan oleh Najib sehingga mendorong Lim Kit Siang mencadangkan agar diwujudkan RCI untuk menyiasat apa yang digelarkannya sebagai 'Week of Long Knives Operation in July 2015' (RUJUK SINI), sehinggalah ke zaman Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Malaysia, yang sekarang ini sudah berusia setahun, untuk mengumpulkan bukti dan maklumat, tempoh yang sangat panjang ini sudah lebih dari cukup. Mungkin Pakatan Harapan boleh memberikan harapan kononnya, Najib menggunakan kuasanya untuk menyekat sebarang maklumat dan bukti tetapi sekarang, Pakatan yang berkuasa dan dengan dendam serta kemarahan Mahathir serta Lim Guan Eng terhadap Najib Abdul Razak, tidak mungkin mereka sukar untuk mendapatkan maklumat dan bukti yang kukuh.

Namun apa yang berlaku ialah, sehingga kini, isu Skandal 1MDB masih lagi dalam peringkat MENCARI BUKTI!

Peringkat awal kerajaan dan pihak berkuasa dilihat seperti sudah cukup yakin apabila menang sahaja Pakatan sebagai Kerajaan pada 9 Mei 2018, serbuan demi serbuan, rampasan demi rampasan dibuat bagi sebarang premis yang berkaitan dengan Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. Sehinggakan siling rumah ibunya, Tun Rahah juga dipecahkan demi mencari bukti. Malahan kasut cucu Najib juga diangkut sebagai bahan bukti. Lebih menyeronokkan lagi bilamana melihat anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis dari Jenayah Komersial mengangkut keluar berpuluh-puluh kotak yang mengandungi beg tangan mewah dan barangan mewah yang lain termasuklah wang beratus juta ringgit.


Jadi, sekiranya bukti sudah cukup untuk Peguam Negara bertindak, malah Tommy Thomas juga berkali-kali memberitahu, Najib akan kena kerana bukti  yang dimiliki Pejabat Peguam Negara sangat kukuh, mengapa pula selepas setahun, Deloitte Malaysia diserbu tanpa sebarang pemberitahuan kepada Deloitte sendiri?

Perlu diingat, Deloitte bukanlah syarikat sembarangan. Deloitte merupakan antara BIG-4 syarikat perakaunan dunia yang sudah pasti mahu menjaga reputasi dan integriti mereka dalam bidang perakaunan dan auditing. Sebarang urusan dengan pihak berkuasa, pasti akan diberikan kerjasama sepenuh dan sebaik-baiknya tanpa menyembunyikan apa-apa demi reputasinya di seluruh dunia.

Serbuan sebegitu hanya dibuat oleh kongsi gelap dan ah long saja. Ataupun apabila TIADA BUKTI KUKUH bagi pihak Peguam Negara untuk menyokong kes pendakwaannya.

Dalam apa-apa proses sekalipun, pendakwaan hanya akan berlaku apabila pihak pendakwa iaitu Peguam Negara mempunyai bukti yang kukuh dan sempurna. Bukannya dakwa dahulu, kemudian menggunakan kuasa media untuk mewujudkan persepsi salah selain melakukan perbicaraan menerusi media sehinggalah cukup yakin, persepsi awam sudah berpihak baru kes dibawa ke mahkamah sebenar.

Inikah yang dinamakan sebagai RULE OF LAW Kerajaan Pakatan atau sebenarnya Kerajaan Pakatan RULE THE LAW?

Perlukah Peguam Negara Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan untuk menafikan 'khabar-khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial oleh netizen sedangkan pada masa yang sama, netizen sedang melihat urusan pembuktian oleh Peguam Negara yang masih tidak beres menerusi siasatan demi siasatan dan serbuan demi serbuan seperti yang dilakukan terhadap Deloitte dan beberapa syarikat tempatan lain?


Monday, May 27, 2019

KERANA KETERANGAN PERUNDING KANAN PATALOGI FORENSIK UNITED KINGDOM JADI PUNCA PEGUAM DIGUGURKAN OLEH KPKT ATAS DESAKAN PEGUAM NEGARA!!!



Isu pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang anggota bomba dalam rusuhan kuil haram yang mencetuskan desakan agar pemimpin HINDRAF Waythamoorthy dan Ahli Parlimen DAP Kulasegaran dikenakan tindakan termasuklah digugurkan kerakyatan mereka, sebenarnya melangkaui isu perkauman dan agama.

Jenayah pembunuhan yang cuba dilindungi oleh 'tangan-tangan ghaib yang berkuasa' dalam kerajaan itu, sengaja dijadikan sebagai isu perkauman dan agama. Hakikatnya, inkues yang diadakan sekarang ini tidak lebih daripada cubaan untuk membebaskan pembunuh dan para penjenayah terbabit. Bermula dengan pemaju yang tidak lagi bertahan dengan kedegilan puak yang membina kuil haram di tanah mereka dan enggan berpindah, sebaliknya membuat pelbagai tuntutan yang tidak masuk akal, termasuklah meminta agar disediakan tapak yang baru bersama-sama gantirugi, dengan menggunakan samseng-samseng upahan berbangsa Melayu.


Perkembangan terbaharu yang menyaksikan Peguam Shazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menarik diri dari prosiding inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib, benar-benar mencurigakan. (RUJUK SINI)

Ketika ditanya respons peguam tersebut berhubung alasan penarikan dirinya, yang dapat dijawabnya hanyalah, terdapat perkembangan baru 'new turn of events' namun enggan mengulas lanjut. (RUJUK SINI)

Penarikan diri ini menyaksikan tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom yang menolak teori Allahyarham Muhammad Adib terbunuh akibat kemalangan, Prof. Dr. Shahrom Abdul Wahid, dibatalkan.

Untuk rekod, Prof Dr. Shahrom adalah saksi ke-29 yang dalam keterangan sebelum ini memaklumkan, terdapat individu menghentak mangsa (Adib) sekuat-kuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih daripada tiga orang sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah yang menyebabkan kematiannya. (RUJUK SINI)


Keterangannya itu bercanggah sama sekali dengan keterangan saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi yang berkata, kecederaan pada Adib bukanlah disebabkan pukulan.

Untuk rekod, saksi ke-24 itu telah dipanggil memberi keterangan buat kali kedua untuk menyanggah keterangan saksi ke-29. Saksi ke-29 juga telah dipanggil kali ke-2 tetapi terbatal disebabkan penarikan diri peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. (RUJUK SINI)

Ternyata penarikan diri oleh Shazlin Mansor yang mewakili Kementerian dan Bomba dalam kes Adib ini adalah hasil pertemuannya dengan Menteri pada Sabtu lalu. Zuraidah Kamaruddin, Menteri KPKT pula menjawab, dia telah diarahkan untuk menggugurkan peguam tersebut kerana tidak ikut norma tanpa menamakan siapa yang arahkan apabila ditanya sama ada keputusan itu adalah keputusannya sendiri atau dari Peguam Negara.

Sepanjang prosiding inkues, Shazlin Mansor telah menunjukkan ketegasan dan iltizamnya untuk mengangkat kebenaran. Namun akhirnya dia telah 'diugut' oleh pihak tertentu yang kita tahu ianya adalah dari kerajaan yang cuba melindungi pembunuh/penjenayah dan penghasut kaum India yang kini bergelar Menteri. Skrip ini sudah diketahui dan bukan rahsia lagi.

Demi melindungi pembunuh dan pemaju serta kroni, isu ini telah dijadikan sebagai isu perkauman dan agama. 


Kita boleh melihat bagaimana skrip dan drama ini dipentaskan oleh Kerajaan.

Pada 29 Disember 2018, Timbalan Menteri bercakap gah tentang laporan bedah siasat yang akan diumum sebulan selepas kematian Adib. (RUJUK SINI) Bagaimanapun selepas cukup sebulan, tiba-tiba Peguam Negara suruh buat inkues, konon-kononnya untuk menentukan punca kematian Adib.

Berpusing-pusing dan berbelit-belit, akhirnya dikatakan pula, hasil bedah siasat hanya boleh didedahkan di mahkamah selepas inkues. (RUJUK SINI) Padahal sebelum itu, kes Adib sudah pun diklasifikasikan oleh polis sebagai kes membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (RUJUK SINI)

Dari situ sahaja sudah timbul persoalan, adakah inkues yang dimahukan oleh Peguam Negara Tommy Thomas itu sebenarnya hanyalah untuk mengatakan Adib tidak dipukul sehingga mati seperti yang diklasifikasikan oleh polis sebelum ini? Adakah Tommy Thomas sedang berusaha sedaya mungkin untuk melindungi pembunuh-pembunuh berkenaan yang telah ditahan oleh polis sebelum itu dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis?


Maka berbulan-bulanlah semenjak Februari, inkues dijalankan. Tunggu-tunggu punya tunggu sampai April, ketika inkues belum pun habis lagi, Pejabat Peguam Negara telah awal-awal menfailkan afidavit menyatakan Adib tidak dipukul. Pejabat Peguam Negara membuat keputusan mendahului inkues yang masih berlangsung. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun tindakan Pejabat Peguam Negara dikantoikan sendiri oleh Jawatankuasa Kuil Mariaman Seafield yang mendedahkan,mereka tarik balik rayuan penangguhan inkues di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Koroner menolak permohonan mereka untuk menjadi pemerhati dalam inkues. (RUJUK SINI)

Pusing punya pusing, belit punya belit, akhirnya pada penghujung April, laporan bedah siasat Adib yang kononnya hendak didedahkan selepas sebulan kematiannya, amat mengelirukan dan dilihat sengaja mengelirukan masyarakat awam memandangkan ribuan orang yang tahu hakikat sebenar kejadian di tempat kejadian, tidak seorang pun dipanggil memberikan keterangan. (RUJUK SINI)

Saksi ke-29 adalah penting kerana dalam keterangannya sebelum ini memaklumkan bahawa terdapat individu-individu yang memukul Adib dengan sekuat-kuat hati sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah. Malangnya, keterangannya itu bercanggah dengan saksi ke-24 yang menyatakan Adib tidak dipukul.

Dalam keterangan kali keduanya, saksi ke-24 mengadu kepada mahkamah yang dia telah dimalukan oleh peguam Shazlin Mansor dan hari ini, Shazlin dipaksa menarik diri daripada mewakili KPKT dan Jabatan Bomba.


Sunday, May 26, 2019

TINDAKAN TERDESAK TOMMY THOMAS UNTUK PENJARAKAN SHAFEE ABDULLAH DAN NAJIB ABDUL RAZAK BILA DIA DIDAKWA SOROK SURAT SHAFEE DARIPADA PENGETAHUAN HAKIM!!!



Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu tindakan terdesak bagi mempengaruhi hakim agar memenjarakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sekaligus memincangkan pasukan pembelaan Najib Abdul Razak, didakwa 'menyembunyikan surat pembebasan dari tuduhan dan kenyataan yang dibuat oleh peguam tersebut pada 8 Ogos tahun lepas.

Tommy Thomas mahu memastikan, hakim yang mendengar permohonan untuk mengenakan Shafee kerana menghina mahkamah, tidak tahu tentang kandungan surat pembebasan dari hukuman yang ditulis oleh Muhammad Shafee.

Itu yang disebut oleh Peguam David Mathews, yang bertindak bagi pihak Shafee. Menurut David Mathews, Tommy Thomas cuba mengenakan Shafee kerana menghina mahkamah menerusi perintah ex-parte bagi memastikan hakim yang mendengar permohonan tersebut tidak akan tahu kandungan yang terdapat surat pembebasan dari tuduhan dan kenyataan Shafee pada 8 Ogos. Mathews turut memberikan alasan mengapa perintah ex-parte diajukan oleh Mahkamah Tinggi pada 1 Mac untuk mensabitkan Muhammad Shafee ke penjara kerana menghina mahkamah, perlu diketepikan dan ditolak.

Mathews menegaskan, Peguam Negara sewajarnya menyertakan semua maklumat relevan untuk pertimbangan mahkamah dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, Peguam Negara menurutnya, secara sengaja telah menyembunyikan kandungan surat yang ditulis oleh Shafee kepada Ketua Hakim Malaya bertarikh 8 Ogos 2018 dan juga kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Shafee pada hari yang sama di mahkamah terbuka.

Menurut Mathews lagi, salinan surat tersebut telah dihantar kepada hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mengendalikan prosiding terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam perbicaraan penyelewengan RM42 juta wang SRC International Sdn. Bhd. Menurutnya, anak guamnya telah berulang-ulang kali melahirkan kenyataan terhadap hakim Mohd Nazlan dalam mengendalikan kes SRC dalam surat berkenaan.

Kegagalan Peguam Negara untuk memasukkan surat pembebasan dan kenyataan-kenyataan itu merupakan tindakan yang disengajakan, katanya.

"Apabila mahkamah telah menerima surat pembebasan hukuman dan kenyataan-kenyataan itu, kami telah menfailkan bahawa arahan ex-parte tidak boleh dibuat memandangkan Shafee telah menegaskan keyakinannya kepada hakim Nazlan," kata Mathews lagi.

Mathews turut memberitahu tentang soalan-soalan sebenar yang telah ditanya oleh wartawan kepada Muhammad Shafee semasa sidang media selepas perbicaraan SRC Najib pada 7 Februari yang mendorong kepada jawapan yang kemudiannya dianggap sebagai menghina mahkamah oleh Peguam Negara dan mempunyai natijah hukuman penjara ke atas Muhammad Shafee.

Tommy Thomas membuat permohonan ex-parte kepada Mahkamah Tinggi pada Februari bagi prosiding komital terhadap Muhammad Shafee atas kenyataan-kenyataan medianya berhubung kes SRC Najib Abdul Razak. Muhammad Shafee telah dinamakan sebagai defendan tunggal.

Dalam permohonan tersebut, Tommy Thomas berkata, Muhammad Shafee adalah peguambela dan peguamcara yang mewakili Najib yang telah didakwa di Mahkamah Tinggi dengan lebih 40 dakwaan berhubung skandal 1MDB.

Baca Seterusnya DI SINI...


Friday, March 15, 2019

DEMI KAPAL PESIARAN MEWAH EQUANIMITY DAN SITI AISYAH, INTEGRITI MALAYSIA SEMAKIN MEMALUKAN DAN DIAIBKAN KE SELURUH DUNIA!!!



Pembebasan suspek bunuh abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong Nam dari Indonesia, Siti Aisyah oleh Mahkamah Kuala Lumpur langsung tidak mengejutkan. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya campurtangan dan kehendak pihak pemerintah tertinggi Malaysia iaitu Dr. Mahathir Mohamad.

Tahukah anda, pembebasan Siti Aisyah diperakui oleh Jokowi sebagai hasil usaha pentadbirannya? (RUJUK SINI) Siti Aisyah disambut di Istana Presiden dan dijadikan bahan kempen Presiden. Malahan Menteri Hukum Indonesia, turut mengakui ada berbincang dengan Tun Dr. Mahathir mengenai pembebasan Siti Aisyah pada Ogos 2018.

Pastinya kita masih ingat, tarikh berkenaan adalah sekitar keinginan berkobar-kobar Mahathir mahu membawa pulang kapal pesiaran mewah, Equanimity yang dikatakan milik Jho-Lo. Kapal mewah itu akhirnya dibawa pulang dan 'disimpan' di Langkawi dengan perbelanjaan RM3 juta sebulan.


Sekaligus menimbulkan persoalan, sebenarnya kapal pesiaran mewah itu milik siapa? Benarkah milik Jho Lo atau sebenarnya milik Mahathir atau keluarganya? Kalau tidak, masakan bersungguh-sungguh mahu membawa pulang dan sanggup melakukan tukaran yang akhirnya meruntuhkan imej Malaysia di mata dunia.

11 Mac 2019, Reuters memetik Peguam Negara sebagai berkata, pembebasan Siti Aisyah adalah atas permintaan Indonesia. Namun Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir masih lagi dengan sikap berpura-puranya, DIA TIDAK TAHU APA-APA walaupun satu dunia tahu, Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara Malaysia hanya bekerja untuk Mahathir dan Pakatan.

Siti Aisyah bukanlah satu-satunya contoh bagaimana Mahathir menggunakan kuasanya selaku Perdana Menteri dan mengarahkan Peguam Negara menggugurkan tuduhan, bahkan lebih awal daripada itu, Menteri Kewangan yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah pun mempunyai keistimewaan tersebut apabila kes-kes perbicaraan rasuah dan salahguna kuasanya digugurkan walaupun sedang dibicarakan di mahkamah.

Campurtangan ketara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini kecuali pada zaman Mahathir semata-mata. Kalau sebelum ini, campurtangan Mahathir ke atas bidang kehakiman dan mahkamah, seringkali dinafikannya kerana akses maklumat yang kurang, namun pada zaman Internet merupakan khutubkhanah terbaik dan lengkap, Mahathir tidak boleh lagi terus menafikan dan berbohong.


Justeru, sebarang tindakan mengheret mana-mana musuh Dr. Mahathir ke mahkamah seperti Najib Abdul Razak sebenarnya boleh dipertikaikan memandangkan tindakan undang-undang tersebut bukannya dibuat di atas konsep RULE OF LAWS sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh Mahathir.

Sebaliknya ia dilakukan kerana dendam kesumat dan matlamat Mahathir yang masih belum kesampaian.

Justeru juga, tidak mustahil sekiranya hukuman dijatuhkan tnapa mengambil kira keadilan, bukti dan fakta kerana mahkamah di Malaysia, lebih-lebih lagi Peguam Negaranya, Tommy Thomas hanya melaksanakan keinginan Dr. Mahathir.

Keadilan mahkamah dan perundangan di Malaysia hanya boleh dikembalikan apabila Dr. Mahathir diturunkan dari jawatan dan Tommy Thomas sendiri diheret untuk dibicarakan kerana menyalahguna kuasa!



Wednesday, January 30, 2019

KENYATAAN SAKSI TIDAK DIBENARKAN DALAM INKUES KEMATIAN ALLAHYARHAM MOHAMAD ADIB!!! NAK UBAH PUNCA KEMATIAN KE?!!!



Maka terungkailah sedikit sebanyak mengapa kes kematian Allahyarham Mohamad Adib Mohd Kassim, anak muda yang menjadi anggota bomba yang dibelasah sampai mati oleh perusuh-perusuh kuil haram Seafield pada 27 November lepas.

Allahyarham Mohamad Adib Mohd Kassim menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember lalu.

Pada 10 Januari Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis telah melengkapkan sepenuhnya siasatan kes kematian Muhammad Adib dan kertas siasatan itu telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum itu, empat orang suspek yang membelasah Allahyarham Mohamad Adib telah dihadapkan ke mahkamah pada 10 Disember. Mereka berusia antara 21 sehingga 24 tahun. Bagaimanapun, dua orang daripada mereka dibebaskan dengan bon jaminan berjumlah RM200,000 manakala dua orang yang lain telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Walau bagaimanapun, pada waktu itu, mereka dituduh di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah) dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas tuduhan cubaan membunuh. (RUJUK SINI)

Dengan kematian Allahyarham Mohamad Adib, pertuduhan ke atas mereka secara automatik bertukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jikalau disabitkan dengan kesalahan.

Bagaimanapun, sehingga kini keempat-empat suspek tersebut tidak ditangkap dan ditahan berbanding suspek-suspek jenayah bunuh yang lain. Manakala pihak Peguam Negara pula seakan-akan cuba bermain kongkalikong manakala pihak kerajaan pula cuba melambat-lambatkan dan menunda-nunda kes tersebut agar dilupakan oleh masyarakat.

Hari ini prosiding inkues bermula. Namun sesuatu yang amat menarik telah berlaku. Sekaligus membenarkan cakap-cakap kedai kopi bahawa keadilan untuk Allahyarham Adib cuba dinafikan oleh pihak Peguam Negara dan kerajaan termasuklah menghalang PDRM daripada menangkap dan menahan semula keempat-empat suspek bunuh tersebut.

Lokman Nor Adam dalam satu kenyataannya mengulas tentang tindakan ganjil Peguam Negara hari ini;


KENYATAAN SAKSI DITOLAK! NAMPAK TAK KENAPA PEGUAM NEGARA WUJUDKAN INKUES DAN BUKAN PINDA PERTUDUHAN?

Bila saya saya membuat laporan polis terhadap PM, MDN dan Peguam Negara kerana disyaki melindungi Pembunuh Adib, mereka sumbat saya dalam lokap.

Hari ini sudah terjawab kenapa Peguam Negara beria-ia tidak mahu meluluskan permohonan pihak Polis supaya tuduhan dibawah seksyen 307 Kanun Kesiksaan ke atas 4 individu kerana melakukan kesalahan “cubaan membunuh”, ditukar kepada pendakwaan di bawah 302 Kanun Kesiksaan kerana melakukan kesalahan “membunuh”.  Sebaliknya, inkues diwujudkan untuk mengetahui punca kematian Adib.  Sedangkan pihak polis telah pun mengambil kira keterangan saksi dan laporan bedahsiasat Arwah Adib sebelum melakukan pendakwaan di bawah seksyen 307 ke atas 4 individu “istimewa” ini.  

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini   membenarkan permohonan Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengetepikan perintah koroner Rofiah Mohamad pada 18 Januari lalu yang meminta keterangan 7 saksi (6 doktor dan Pegawai Penyiasat) bagi mengenal pasti punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.  Menurut YA Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, kenyataan saksi tidak boleh digunakan dalam inkues kerana peraturannya berbeza dengan peraturan perbicaraan jenayah. Baru saya faham sekarang kenapa Tommy Thomas tidak meluluskan pindaan pertuduhan dari seksyen 307 ke Seksyen 302 dan sebaliknya mewujudkan inkues.

Nampaknya, maklumat awal yang kita terima, bahawa ada pihak yang meminta Kerajaan “Menukar” punca kematian Arwah Adib daripada cedera parah akibat dipukul 4 individu “istimewa” berdasarkan bedah siasat dan keterangan saksi, kepada mati akibat kemalangan apabila keterangan saksi sudah dtolak bukan lagi khabar angin ke?  Mungkinkah mimpi ngeri ini akan berlaku?  Ikuti drama seterusnya......

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat UMNO
30hb Januari, 2019

Monday, June 6, 2016

PEGUAM NEGARA ARAHKAN SPRM BUAT SIASATAN LEBIH LANJUT TENTANG KES SALAHGUNA KUASA DAN RASUAH LIM GUAN ENG!!!



Peguam Negara hari ini berkata, jabatannya telah mengembalikan kertas siasatan pembelian rumah kontroversi Lim Guan Eng kepada SPRM bagi siasatan lanjut. 

Dalam kenyataannya, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pejabatnya telah meneliti kertas-kertas siasatan yang diterima daripada Suruhanjaya itu pada 26 Mei dan mendapat beberapa perkara perlu disiasat lebih lanjut bagi melengkapkan kes. 

Disebabkan itulah, Pejabat Peguam Negara memulangkan semula kertas-kertas siasatan itu kepada SPRM hari ini bagi membolehkan SPRM melengkapkan siasatan.

Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, telah dan sedang disiasat berhubung dakwaan pembelian sebuah banglo bagi dirinya di bawah paras harga pasaran di Jalan Pinhorn, George Town yang mana sebelum itu, dia telah menyewa rumah tersebut daripada seorang wanita bernama Phang Li Koon. 

Kertas siasatan itu telah dibuka pada bulan Mac selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya menuduh Lim Guan Eng membeli rumah tersebut pada harga yang sangat rendah berbanding harga pasaran dan mengaitkannya dengan jualan tanah Taman Manggis yang sepatutnya untuk perumahan rakyat termiskin kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) pada tahun 2010 di mana harga itu juga dijual di bawah paras harga sebenar.

Lim Guan Eng dan isterinya serta Phang Li Koon telah beberapa kali disoalsiasat oleh SPRM dan PDRM beberapa minggu kebelakangan ini. 

Aneh juga, dalam kes bekas Menteri Besar Selangor yang mirip dengan kes Lim Guan Eng kecuali Khir Toyo tidak membabitkan penjualan tanah kerajaan negeri yang mempunyai orang tengah bernama Phang Li Koon, tindakan SPRM amat cepat dan pantas tetapi dalam kes Lim Guan Eng, macam ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Ilmu apa agaknya yang dipakai oleh Lim Guan Eng?


Tuesday, October 13, 2015

KEJAM!!! PEGUAM NEGARA TAK BAGI CHANCE LANGSUNG, PANGKAS SEMACAM SAJA!!!



Kumpulan ENAM PENCEN cuba menggambarkan SOSMA yang boleh dicabar di mahkamah itu, merupakan hukuman yang jauh lebih kejam berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah digunakan oleh kepimpinan Mahathir untuk menutup mulut para penentangnya atas alasan mempertahankan negara dan keselamatan.

Berbanding SOSMA, ISA memperuntukkan tahanan tanpa bicara selama 60 hari yang boleh dipanjangkan menjadi 2 tahun. Kecuali pada zaman Abdullah Badawi yang telah meliberalkan ISA, undang-undang pencegahan tersebut tidak boleh dicabar di mahkamah. Sedangkan SOSMA pula dibenarkan dicabar di mahkamah.

Kerana itulah, Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan mahu mencabar SOSMA dengan harbeas carpus kemudian membatalkannya setelah 'terbongkar rahsia' mereka sebenarnya ditahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan sabotaj sistem kewangan negara dan perbankan Malaysia.




Ketiadaan sebarang kenyataan rasmi daripada Pejabat Peguam Negara sebelum ini, telah menimbulkan pelbagai teori dan tohmahan terutama dari kalangan pro-Tun kononnya kerajaan telah menyalahgunakan SOSMA sepertimana kepimpinan terdahulu menyalahgunakan ISA sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri yang banyak berjasa kepada negara ini, terpaksa dihapuskan dan digantikan dengan SOSMA.

Pengisytiharan sekaligus pengesahan oleh Peguam Negara, telah menyanggah tohmahan kumpulan ENAM PENCEN dan para penyokong mereka terhadap Kerajaan dan pihak berkuasa.... teruskan BACAAN DI BULETIN 247

.

Thursday, July 30, 2015

PENAMATAN KHIDMAT GHANI PATAIL SEBAGAI PEGUAM NEGARA MENGIKUT PERLEMBAGAAN KATA PEGUAM NEGARA YANG BARU!!!



Peguam Negara (AG) yang baharu dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan yang tidak memerlukan sebuah tribunal bagi menentukan perkhidmatannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohamed Apandi berkata, artikel dalam perlembagaan yang memerlukan tribunal bagi penamatan khidmat AG telah digantikan dengan klausa baharu di bawah Akta (Pindaan) Perlembagaan dan berkuatkuasa pada 16 September 1963.

"Di bawah Fasal (5) Perkara 145 sedia ada, peguam negara memegang jawatan selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong," kata Apandi.

"Oleh itu cara penyingkiran yang dirujuk dalam klausa 6 Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada peguam negara yang dilantik selepas 16 September 1963.

"Demi kepentingan pentadbiran keadilan, adalah perlu bagi orang awam tidak dikelirukan hingga menganggap keadaan sebaliknya,” katanya.

"Walau apapun, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak pernah dipecat atau diturunkan pangkat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan," kata beliau.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sr Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata khidmat Abdul Gani selaku Peguam Negara telah ditamatkan berkuatkuasa 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan. - Bernama


 
Blogger Templates