Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Friday, July 21, 2017

BERGADUH BEREBUT BANGUNAN, PAN MUSNAHKAN PAPAN TANDA PAS KAWASAN BATU UNTUK GEMBIRAKAN HATI TIAN CHUA!!!



Asal PAN memang dari PAS.

Bezanya, wala' dan tsiqah PAN adalah untuk Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng serta DAP. Jadi, mana-mana pemimpin PAS yang terlalu menyayangi DAP dan Lim Anak Beranak, maka itulah ikutan dan akidah mereka.

Manakala PAS pula, di sebalik ketaasuban dan teguhnya kepercayaan mereka bahawa PAS itu adalah satu bentuk perjuangan dan dakwah Islamiah membabitkan syiar dan siyasah, wala' dan tsiqah mereka adalah kepada kepimpinana utama merangkumi Presiden, Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama. Kebanyakan ahli PAS tulen sentiasa menganggap mereka adalah jahil dan berasakan lebih mudah bertakliq kepada pemimpin... sama konsep macam solat jemaah iaitu Imam menanggung jemaah.

PAN bercerai dari PAS kerana Lim Kit Siang-Lim Guan Eng dan DAP tidak redha pimpinan utama PAS enggan mengikut telunjuk mereka. Bermula dari tarikh itulah, DAP menggunakan PAN, bukan sahaja untuk merampas ahli-ahli PAS, malah merampas juga aset-aset PAS Kawasan dengan pelbagai alasan, termasuklah penyertaan ke dalam PAN.

Antara PAS Kawasan yang paling bermasalah adalah PAS Batu. Bermula dari tahun 2013 lagi, iaitu ketika kemuncak sokongan DAP dan PKR ke atas kumpulan bukan berakademik agama tetapi cuba menampilkan imej agama, mahu merampas tampuk kepimpinan utama, PAS Kawasan Batu sudah pun bermasalah besar. Sokongan berlebihan kepada Mat Sabu dan kumpulan 'progresif' selain kekaguman luar biasa terhadap Tian Chua, Naib Presiden PKR yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu, merupakan faktor utama mengapa sebahagian besar kepimpinan PAS Kawasan Batu melihat Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura PAS sebagai 'musuh' utama mereka.

Hari ini, Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Ustaz Ustaz Azhar bin Yahya memaklumkan bagaimana ahli-ahli PAN yang didalangi oleh bekas AJK PAS yang telah menyertai PAN bertindak melampaui batasan dan berlagak samseng.

Isunya adalah membabitkan perebutan markas PAS Kawasan Batu yang sebenarnya masih dalam perbicaraan mahkamah.

Beberapa orang ahli PAN dikatakan telah memusnahkan papan tanda PAS Kawasan Batu di markas tersebut walhal markas dan papan tanda itu dibina daripada wang infaq ahli.


Di atas kertas, Markas PAS Kawasan Batu adalah milik Tuan Haji Mansur Ali yang merupakan bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu. Mansur Ali kemudiannya berhadapan dengan masalah kewangan. Pada ketika itulah, dia telah diberikan maklumat salah atau lebih tepat lagi diperdaya, sehingga sanggup mengeluarkan dan menyerahkan Surat Wakil Kuasa kepada 4 orang bekas pimpinan PAS Kawasan yang sekarang ini telah menyertai PAN sebagai balasan kepada pembayaran RM60 ribu bagi mengatasi masalah kewangan Mansur Ali dengan pihak bank.

Dalam kenyataan medianya, Azhar Yahya memaklumkan bahawa keempat-empat 'pemegang amanah' itu telah menyewakan bangunan markas berkenaan kepada pihak lain dan menggunakan duit sewa tersebut untuk menanggung bebanan kewangan serta pelepasan gadaian markas daripada pihak bank. Sepatutnya mereka menyerahkan semula bangunan berkenaan kepada PAS disebabkan pemilikan masih kekal di bawah PAS Kawasan Batu. Bagaimanapun, keempat-empatnya tidak berbuat seperti itu sebaliknya terus mengutip duit sewa bulanan biarpun telah melebihi jumlah yang mereka bayar sebelum itu.

PAS Kawasan Batu bertegas bahawa pemilikan markas berkenaan masih lagi milik mereka. Hal ini juga menurut Azhar Yahya, diperakui oleh penama asal bangunan tersebut, Mansur Ali. Justeru, PAS Kawasan Batu telah membuat keputusan untuk mengambil jalan yang lebih tegas dalam isu ini apabila mendapati rundingan demi rundingan tidak disambut baik oleh mereka yang terbabit.

Peguam yang mewakili PAS Kawasan Batu telah pun menghantar Notis Tuntutan namun tidak diendahkan. Satu saman dan penyata tuntutan juga telah difailkan bagi menuntut hak pemilikan terhadap markas berkenaan. PAS Kawasan Batu menganggap jalan penyelesaian terbaik bagi kemelut ini adalah menerusi jalan undang-undang.

Menurut Azhar Yahya, isu asas bukannya 'nilaian' papan tanda markas yang telah dimusnahkan tetapi lebih kepada syiar PAS yang telah lama bertapak di situ. Mereka yang terlibat tidak ada hak untuk memusnahkan papan tanda tersebut kerana ia adalah hak milik PAS dan mereka yang menginfaqkan kewangan terhadap PAS Kawasan.

Begitulah sikap yang ditunjukkan oleh PAN apabila mereka cuba mencari redha kaum kafir!

Tuesday, May 16, 2017

CAP BUNGA MARAH '5 HANG' DALAM PAS KERANA GAGALKAN CUBAAN JADIKAN PAS BALACI CAP BUNGA!!!



Kecewa betul nampaknya parti Cap Bunga kerana gagal menjadikan PAS sebagai balaci mereka sepertimana yang pernah berjaya dilakukan oleh DAP dan PKR dalam dua PRU lalu.

Cap Bunga yang diketuai oleh Dr. Mahathir dan anaknya, Mukhriz Mahathir sudah bercita-cita untuk menguasai Putrajaya dengan mempergunakan PAS setelah melihat kejayaan yang dicapai oleh PKR dan DAP terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang.

Oleh kerana Dr. Mahathir merupakan faktor utama yang menjadikan PAS sebagai 'petualang politik' dengan pelbagai fatwa-fatwa pelik terhadap UMNO, Cap Bunga telah mengutuskan Muhyiddin Yassin dengan harapan auranya selaku bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri akan mengkagumkan para pemuka PAS bagi membolehkan rundingan, sekaligus meletakkan PAS sebagai balaci Cap Bunga untuk PRU akan datang.

Malangnya, PAS yang sudah terlalu lama mengkaji langkah-langkah dan taktik-taktik Dr. Mahathir, lebih awal menghidu cubaan tersebut. Di sebalik harapan besar Cap Bunga, PAS akhirnya menolak cita-cita Cap Bunga.

Itulah yang membuatkan Cap Bunga marah betul dengan PAS sehinggakan Ketua Biro Strategi dan Dasar Cap Bunga, Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff menamakan lima orang pemimpin PAS sebagai orang yang bertanggungjawab menggagalkan cubaan Cap Bunga.

Di sebalik banyak mesyuarat dan pertemuan yang berlangsung antara Cap Bunga dan PAS bagi membolehkan PAS menjadi jentera propaganda menaikkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri, rancangan itu akhirnya telah digagalkan.

Kelima-lima orang yang disebut oleh Rais Hussin itu adalah Pengarah Pilihanraya PAS Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Penerangan Nasruddin Hassan, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Pengarah Penyelidikan PAS Dr. Ahmad Zuhdi Marzuki.

Kata Rais, setiap kali perbincangan dibuat, kelima-lima orang itu akan tampil sedaya upaya mempertikaikan apa yang sudah ditandatangani antara Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS) dengan Cap Bunga.

Susah benar bagi para pentaksub Mahathir untuk menerima hakikat, permusuhan antara PAS dengan UMNO lebih banyak dicetuskan oleh faktor Mahathir di dalam UMNO dan kemudian menjadi Perdana Menteri.

Tuesday, March 28, 2017

SELEPAS PRESIDEN PAS DENGAN ANALOGI 'BIAWAK', KINI MUNCUL PULA ANALOGI 'BABI' YANG LEBIH SADIS!!!



Selepas BIAWAK, kali ini BABI pula yang telah menimbulkan polemik dan sudah pastilah akan mengecilkan hati banyak pihak, khususnya para pemimpin DAP.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Dato Haji Nassuruddin Daud, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga musuh ketat Husam Musa. Kenyataan tersebut kemudiannya dipetik dan dimuatnaik di laman Facebook peribadi Nik Abduh. (RUJUK SINI)

"Tok Guru tinggalkan sebuah kebun yang cantik dan suruh kita pakat-pakat jaga jangan bagi babi masuk. Ini tidak,, dia keluar (PAS), kerjanya tarik babi masuk kebun nak rosakkan pokok-pokok itu"

Kenyataan BIAWAK HIDUP telah menyebabkan Azmin Ali berkecil hati dan 'menasihati' Presiden PAS agar menuturkan kata-kata yang lebih bertamadun dan bersopan walaupun dia sendiri seorang yang biadap. 

Kenyataan terbaharu ini sudah pasti akan menyebabkan ramai yang akan menyalahkan Nik Abduh walaupun kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Nassuruddin yang kemudiannya dipetik oleh admin FB Nik Abduh. 

Nik Abduh ketika ini dilihat sebagai sandaran terbaik untuk PKR dan DAP serta PAN menyerang PAS. Di sebalik usaha-usaha Husam Musa untuk menunjukkan dan membuktikan dia lebih rapat dengan Allahyarham Nik Abdul Aziz, Nik Abduh seperti yang diketahui merupakan antara faktor utama yang telah menyebabkan Nik Aziz menjauhi Husam Musa pada saat-saat akhir selain perubahan sikap yang agak ketara dalam hubungan PAS-UMNO.

Siapakah yang terlibat dalam 'analogi' BABI itu?

Kita tunggu orang berkenaan memberikan ulasan. 


Monday, February 13, 2017

MAHATHIR TAK MATANG YANG MUDAH DISERANG PENYAKIT GOPOH, KATA KETUA ULAMA PAS, MAHFUZ MOHAMED!!!



22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia dan selama 22 tahun itulah juga, dia menjadi Presiden UMNO sama ada UMNO asal mahupun UMNO yang dia 'pulihkan' mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.

Bermula dari tahun 1978, permusuhan PAS dengan UMNO memuncak. PAS yang turut sama mencipta Barisan Nasional walaupun pada tahun 1963, satu dekri atau fatwa telah dikeluarkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang enggan mengikut ajaran Islam, hubungan antara kedua-dua parti tersebut menjadi sangat renggang.

Namun kerenggangan tersebut masih boleh ditautkan kerana di sebalik fahaman sekularisme yang dipegang oleh kepimpinan lama UMNO yang masih terpengaruh dengan dunia feudalisme, perkembangan Dunia Islam, terutama apabila banyak negara-negara bermajoritikan umat Islam mulai bebas daripada kekangan penjajahan, cuba mengembalikan dan memurnikan ajaran Islam semula.

Revolusi Iran 1979 menyaksikan pengaruh yang sangat kuat ke dalam Dunia Islam. Banyak kepimpinan parti siasah, mula menjadikan Revolusi Iran dengan Ayatullah Khomeini sebagai ikon mereka. Dan tidak keterlaluan kalau di Malaysia, PAS juga dengan sebahagian besar kepimpinannya terutama sekali golongan muda, amat terpengaruh dengan Revolusi Iran dan Khomeini.

Mahathir telah melihat perkembangan itu sebagai sesuatu yang amat merbahaya terutama kepada kedudukannya di dalam UMNO dan kekuasaan. Langkah mengeluarkan PAS dari Barisan Nasional adalah salah satu daripada kaedah yang paling berkesan untuk mengekang pengaruh PAS yang semakin menarik perhatian golongan muda yang mencari-cari arah dalam agama.

Kepimpinan PAS yang diterajui oleh Yusuf Rawa, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Fadhil Noor (sekadar beberapa nama) yang lebih dikenali sebagai golongan Reformis PAS berjaya mengenepikan kepimpinan Asri Muda dan Nakhaie Ahmad.


Demi mengekang PAS yang semakin keluar daripada kelubung nasionalis agamanya. Mahathir mengambil langkah-langkah perlu lain iaitu dengan memasukkan Anwar Ibrahim sebaik-baik dia berkuasa di dalam UMNO. Anwar Ibrahim yang diketahui merupakan seorang Liberalis Agama, diberikan topeng agama untuk mengakali PAS yang semakin teruk dipengaruhi oleh ekstremisme dan kejumudan agama yang bercampur-baur antara ajaran Golongan Tua dan Golongan Muda.

Masa demi masa terus berlalu. PAS semakin berubah. Manakala Mahathir pula, masih kekal dengan akidah politik dan kepercayaannya bahawa dunia belum berubah serta berevolusi termasuklah fahaman dan kecenderungan politik.

Langkah dan tindakan yang diambil oleh kepimpinan utama PAS terutama sekali Abdul Hadi Awang berbaik-baik dengan Najib, bahkan dilihat jauh lebih mesra berbanding tanggapan sebelum ini, dilihat oleh Mahathir sebagai langkah yang amat membahayakan legasinya. Mahathir mahu Najib dan UMNO mengikutnya, tidak meninggalkannya dan tidak memencilkannya dalam catatan sejarah UMNO dan pentadbiran negara.


Itulah yang berlaku apabila Mahathir mengambil langkah drastik membuat pusingan U dalam usahanya untuk menyelamatkan dinasti serta empayarnya yang terdiri daripada anak, kroni, proksi dan kaum kerabatnya yang menggunakan modal daripada harta negara untuk kekayaan serta kemewahan mereka.

Ancaman dan ugutan serta memberi kata dua kepada PAS agar PAS tunduk kepada kehendak dan hajatnya mahu menumbangkan Najib serta Kerajaan UMNO-BN bagi memastikan legasi dan empayarnya tidak terjejas, diberikan reaksi yang amat berbeza. Jauh berbeza daripada yang dijangkakan oleh Mahathir sendiri.

Di sebalik cerita-cerita dan serangan menggila oleh DAP dan PAN ke atas PAS, kepimpinan PAS menunjukkan kedegilan mereka untuk tidak lagi tunduk dengan syarat-syarat yang sudah tentu akan menyakitkan mata dan hati Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang.

Dan apabila ditambah dengan ugutan serta kata dua Mahathir kepada PAS, ia tidak menjadi bertambah baik, bahkan bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai orang tua yang sangat terdesak untuk menyelamatkan kerjaya politik anaknya sendiri. Segala penghormatan yang diberikan kepadanya dahulu, hilang ke longkang.

Kecuali di kalangan para pentaksubnya, golongan yang selama ini sekadar menjadi pemerhati dan pengkritik dasar-dasar Mahathir yang bagi mereka merupakan kerosakan jangka panjang yang perlu ditanggung oleh beberapa generasi di Malaysia, mendapat pengesahan tentang teori-teori mereka selama ini. Banyak skandal-skandal yang sebelum  ini disimpan di bawah karpet, mula dikeluarkan dan semuanya menunjukkan bagaimana teruknya Mahathir menguruskan kewangan dan ekonomi negara demi kepentingan segolongan manusia yang pada tahun 1998 dahulu disebut sebagai SUPER BUMIPUTERA yang antara lain termasuklah Vincent Tan, Ananda Krishnan, Arumugam, Francis Yeoh dan sebagainya.

Justeru apabila ada pemimpin PAS yang kata, Mahathir semakin teruk dan semakin tidak dapat menahan sabar sehinggakan tidak dapat menahan diri daripada membuat U-Turn berkali-kali, ia adalah sesuatu yang sangat tepat.

Untuk menggantikan Najib yang dikatakan lemah dan tidak berkeupayaan mengendalikan pentadbiran negara, perlukan seseorang yang lebih baik dan lebih terancang terutama sekali dalam usaha mengembalikan kerugian-kerugian besar wang negara yang terhasil daripada tindakan sembrono Mahathir sepanjang 22 tahun pentadbirannya.


Malangnya, 'Imam Mahdi Malaysia' yang diharapkan oleh ramai rakyat Malaysia, tidak muncul, bahkan TIDAK AKAN MUNCUL SAMPAI BILA-BILA kerana setiap manusia dijadikan serba kekurangan. Najib sebagai Perdana Menteri, mungkin melakukan kesilapan kerana sifatnya sebagai manusia. Namun mengikut kehendak Mahathir untuk menggulingkan Najib dan kemudian mengembalikan semula harta kekayaan negara kepada anak-anak, kroni, proksi dan kaum kerabatnya, adalah sesuatu yang amat tidak patut.

Tindakan PAS menolak Pakatan pembangkang merupakan satu langkah terbaharu terutama membabitkan KERUSI-KERUSI ISLAM yang jauh lebih rendah berbanding KERUSI-KERUSI BUKAN ISLAM dalam Pakatan (89 kerusi Parlimen pada PRU lepas dengan PAS hanya memiliki 39 kerusi Parlimen sahaja). Cadangan untuk menarik 30 kerusi Parlimen Bukan Islam yang mahu ditarik untuk membolehkan Barisan Nasional ditumbangkan dalam satu rancangan besar, membuatkan PAS membuka mata selebar-lebarnya.

Sebabnya kalaulah jadi seperti yang dirancangkan, Kerusi Parlimen Bukan Islam yang menguasai Kerajaan adalah 80 manakala Kerusi Parlimen Islam pula hanyalah 39 sekaligus apa yang berlaku di Pulau Pinang, akan berlaku di Malaysia secara nyata.


Sunday, January 29, 2017

BERITA BURUK BUAT PKR, DAP, CAP BUNGA DAN PAN APABILA PAS BERAZAM TAWAN 40 KERUSI PARLIMEN UNTUK PASTIKAN ISLAM TERUS MEMERINTAH MALAYSIA!!!



Pada ketika DAP dan Cap Bunga berusaha menjadikan PAS sebagai abdi mereka, manakala PKR dan PAN pula sangat berharap PAS akan menyertai Pakatan Harapan sekaligus membolehkan mereka memperolehi kerusi mudah menerusi bantuan dan penyerahan tengkuk oleh PAS. 

Namun, di sebalik ugutan Lim Kit Siang untuk menyaman Abdul Hadi Awang, Presiden PAS itu langsung tidak menunjukkan bibit-bibit ketakutan atau mundur. Sebaliknya berazam untuk menawan sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dalam usaha untuk memastikan pemerintahan orang Islam di negara ini tidak tergugat.

Dalam laporan yang disiarkan oleh Harakah Daily, Abdul Hadi juga berkata, parti itu akan mempertahankan Kelantan, merampas Terengganu dan Kedah dari Barisan Nasional selain mengemudi pentadbiran Selangor yang sekarang ini dikendalikan oleh PKR. 

Menurut Hadi lagi, dalam konsensus politik terdahulu dengan Pakatan Rakyat yang mengandungi PKR dan DAP, PAS berjaya membantu kedua-dua parti tersebut memperolehi keputusan yang baik untuk pakatan pembangkang tetapi pada masa yang sama, turut menghasilkan ketidakseimbangan politik. 

Daripada 89 kerusi Parlimen pembangkang, hanya 21 milik PAS, manakala 30 lagi dimenangi oleh PKR dan DAP pula menguasai 38 kerusi Parlimen, sekaligus membuatkan DAP berasakan mereka adalah ketua Pakatan Rakyat dan memaksa PAS untuk mengikut telunjuk mereka sahaja.

PAS kini hanya memiliki 14 kerusi Parlimen apabila 6 orang Ahli Parlimen yang menang atas tiket PAS, melompat ke Parti Amanah Negara (PAN), manakala Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar akhirnya menyertai PKR, parti yang sepatutnya dia masuk dari tahun 1999 lagi.

"Adilkah untuk negara ini di mana kerajaannya adalah umat Islam dengan 39 kerusi manakala bukan Islam pula menguasai pemilikan kerusi yang lebih besar? Ini tidak betul," kata Hadi. 

Ahli Parlimen Marang itu merujuk kepada 39 Ahli Parlimen beragama Islam di kalangan 89 kerusi Parlimen yang sekarang ini dimiliki oleh Pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut Hadi lagi, sekiranya Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam menguasai lebih 30 kerusi Parlimen lagi pada PRU akan datang, negara ini akan diperintah oleh bukan Islam sepenuhnya. 

Sebarang usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah akan gagal memandangkan Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam tidak membentuk majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. 

Hadi menyalahkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir kerana membahagikan kawasan Parlimen tanpa mengikut kepentingan agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan.

Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP-PKR-Cap Bunga-PAN amat berharap pertembungan satu lawan satu pada PRU akan datang dengan PAS pula diharapkan menjadi balaci seperti yang berlaku pada PRU-12 dan PRU-13. PAS bagaimanapun enggan bekerjasama dengan DAP dan PAN. 

PAS turut menuduh pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang sebagai anti-Islam bahkan menolak salam perdamaian Lim Kit Siang bagi menyatupadukan barisan pembangkang.

Saturday, January 28, 2017

BENAR-BENAR TERDESAK SAMPAIKAN KIT SIANG TERPAKSA UGUT NAK SAMAN HADI AWANG!!!



2 Februari semakin hampir. Tarikh di mana Parti Cap Bunga yang akan diwakili oleh Mukhriz Mahathir bersemuka dengan kepimpinan PAS, sekaligus memujuk PAS untuk menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk bekerja bagi pihak DAP, PKR, Cap Bunga dan PAN bagi tujuan PRU-14 nanti.

Mahathir dan Muhyiddin sudah berulang-ulang kali menyatakan harapan agar hanya satu wakil atau calon dari kelompok pembangkang untuk berhadapan dengan calon-calon Barisan Nasional.

Para pentaksub dan penyokong Mahathir sudah pun menyatakan, PAS seharusnya mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada Cap Bunga di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS secara tradisi tetapi sentiasa kalah kepada UMNO-BN.


Berbanding PAS yang telah pun mempunyai kelompok penyokong tegar yang cukup setia dan istiqamah dengan perjuangan mereka, Cap Bunga pula dianggotai oleh bekas-bekas ahli serta pemimpin UMNO yang kecewa dan mahu mengejar kuasa dengan pantas.

Malah berbanding PAS yang telah pun mempunyai kerusi-kerusi Parlimen mahupun DUN yang akan ditandingi secara peribadi, Cap Bunga dan PAN pula terpaksa mengemis kasih sayang dan belas ihsan daripada DAP dan PKR.

Menjadikan PAS sebagai sasaran mudah untuk mendapatkan kerusi, DAP berkompromi dengan Mahathir untuk memperdayakan PAS.

Bagaimanapun, reaksi yang diberikan oleh Presiden PAS pula nampaknya menyukarkan Cap Bunga dan Mahathir sendiri untuk memomokkan kepercayaan bahawa PAS telah lemah dan boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh DAP dan PKR ke atas PAS.

PAS nampaknya lebih tegas kali ini apabila secara tidak berselindung menyatakan, tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Cap Bunga.


Barangkali kerana geram dan marah itulah, Lim Kit Siang cuba menakut-nakutkan Presiden PAS dengan ancaman saman menggunakan alasan Presiden PAS itu telah menfitnah DAP dan Lim Kit Siang sebagai pembenci umat Islam, agama Islam dan orang Melayu.

DAP dan Lim Kit Siang tidak pernah mengaku mereka membenci Islam dan Melayu walaupun tindak tanduk mereka, termasuklah konsep Malaysian Malaysia yang dicipta 10 tahun selepas mereka diberikan status kewarganegaraan negara ini, terus dipegang sehingga ke hari ini sepertimana yang terdapat dalam Pengisytiharan Setapak dalam Kongres Kebangsaan Pertama DAP di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967. DAP tetap mengakui mereka sebagai rakyat Malaysia sejati yang mencintai negara ini walaupun sebahagian besar daripada pemimpin dan ahli mereka gagal menguasai Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan, bahkan memandang rendah Bahasa Melayu selain cukup kuat berkempen menentang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


Di sebalik pujukan agar PAS bersama-sama mereka, Mahathir dan Kit Siang tidak menyembunyikan rasa benci dan permusuhan terhadap PAS. Desakan dmi desakan dibuat agar PAS menurut kehendak Kit Siang dan Mahathir.

Perkembangan terbaharu selain pertemuan yang dirancang pada 2 Februari, bakal memberikan impak yang sangat besar, terutama sekali di kalangan kepimpinan Pakatan Harapan yang turut melibatkan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.


Monday, November 21, 2016

SEPERTI UMNO, PAS JUGA AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP AHLI YANG SERTAI DEMONSTRASI BERSIH 5.0!!!



Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, merangkap Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung tindakan yang akan dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang telah menyertai demonstrasi Gerakan Baju Merah, telah menimbulkan kemarahan segelintir ahli UMNO yang menyarung Baju Merah.

Namun, pada masa yang sama, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada ahli-ahli PAS yang terlibat menghadiri demonstrasi BERSIH 5.0.

Antara pemimpin PAS yang hadir menyarung baju Kuning BERSIH 5.0 adalah Mahfuz Omar, bekas Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Abby Abadi, pelakon yang menjadi penceramah selebriti.

Abdul Hadi dalam kenyataannya yang dipetik oleh BERNAMA memberitahu tindakan merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti akan diambil sekiranya terdapat aduan dan bukti.


Sementara itu, anggota Majlis Syura PAS, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menolak dakwaan bahawa jumlah penyertaan demonstrasi BERSIH 5.0 lebih ramai berbanding demonstrasi-demonstrasi sebelum ini. Malah menurutnya, jumlah penyertaan orang Melayu dalam demonstrasi BERSIH 5.0 juga semakin berkurang. (RUJUK SINI)

PAS telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli-ahlinya turut serta dalam Himpunan BERSIH 5.0 yang diadakan pada 19 November. Manakala Jabatan Amal yang merupakan unit kawalan keselamatan yang seringkali menjadi entiti utama dalam setiap demonstrasi juga telah mengeluarkan kenyataan mereka tidak terlibat dalam demonstrasi BERSIH 5.0.


Thursday, November 10, 2016

PAS PULAUKAN KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN... MARAH LAGILAH DAP KAT PAS!!!



Sebelum Lim Guan Eng bertindak menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat setelah barisan proksinya digagalkan daripada menguasai kepimpinan utama PAS, parti tersebut seringkali dijadikan umpan untuk menunjukkan sokongan hebat orang Melayu kepada DAP. Bahkan Lim Guan Eng sendiri sentiasa cuba menampilkan dirinya sebagai pemimpin bukan Islam yang berpekerti Islam dan jauh lebih baik daripada pemimpin-pemimpin beragama Islam. Ada juga juak-juak Lim Guan Eng yang menyandarkan ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis untuk 'menghalalkan' Lim Guan Eng.

Apabila kepimpinan utama PAS bertindak balas terhadap kaum 'bughah' di dalam jemaah, Lim Guan Eng tidak berpuas hati dan berasakan PAS boleh ditundukkan menerusi tekanan. DAP dan Lim Guan Eng mahu menunjukkan yang PAS sebenarnya memerlukan Pakatan, bukan sebaliknya.

Malangnya, taktik Lim Guan Eng dan DAP tidak menjadi. PAS terus buat tak reti. Demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP menggunakan entiti seperti BERSIH, kurang orang dan kurang meriah berbanding sebelum ini.

Dan sekali lagi, PAS dipersalahkan. Nama Allahyarham Nik Abdul Aziz dipergunakan sewenang-wenangnya untuk melakukan serangan ke atas PAS dan Abdul Hadi Awang.

Menjelang PRU-14, DAP dan PKR mula berasa bahangnya. Beberapa pendedahan berhubung skandal rasuah dan penyelewengan kuasa membabitkan Lim Guan Eng, Azmin Ali, Kerajaan PKR dan Kerajaan DAP, amat mencemaskan. Golongan yang paling kuat membela mereka yang merupakan penyokong-penyokong PAS di media-media sosial, mula menghentam mereka kembali. Bahkan mengungkit semula perbuatan biadap yang dilakukan oleh DAP dan PKR ke atas PAS.

Justeru, untuk menghadapi PRU-14, DAP dan PKR kembali menagih simpati dan bantuan daripada PAS. Umpan 'satu-lawan-satu' digunakan untuk melembutkan hati kepimpinan PAS. Kenyataan majoriti penyokong PAS yang dididik dengan pendirian bahawa 'kekalahan dalam pilihanraya adalah satu perkara biasa tetapi kemenangan itulah yang luar biasa', tidak dapat dihadam dan diterima oleh pucuk pimpinan DAP dan PKR.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan dalam satu kenyataan, mengesahkan yang pucuk pimpinan PAS tidak akan hadir dalam konvensyen Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga. (BACA DI SINI)

Mungkin ada seorang dua pemimpin PAS yang sudah hilang jawatan dan mahu menunjukkan mereka masih ada pengaruh seperti Mahfuz Omar akan menghadiri konvensyen tersebut tetapi ia tidak akan memberikan sebarang impak besar kepada parti.

Namun yang pastinya, kenyataan Takiyuddin Hassan dengan alasan-alasan yang sangat remeh merupakan satu pukulan besar kepada DAP dan PKR yang masih mengharapkan PAS akan tunduk sujud di kaki mereka, sama sepertimana mereka mengharapkan PAS tidak keluar dari Selangor dengan mengekalkan Exco dan Timbalan Speaker DUN memandangkan sekiranya PAS benar-benar diterajang keluar, Azmin Ali dan DAP akan kehilangan semua kemewahan mereka di Selangor serta-merta!!!


Wednesday, November 9, 2016

PAS ULANGI LARANGAN AHLI-AHLINYA SERTAI DEMONSTRASI BERSIH 5.0 MILIK SOROS!!!



Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Tantawi sekali lagi menegaskan bahawa PAS melarang ahli-ahlinya daripada menyertai demonstrasi BERSIH 5.0 yang bakal dilangsungkan pada 19 November nanti.

Sekaligus memberi impak besar kepada jumlah kehadiran demonstrasi yang digerakkan menggunakan wang George Soros yang disalurkan menerusi OSF kepada syarikat yang dikendalikan oleh Maria Chin Abdullah.

Sebelum ini, DAP telah meminta PAS memikirkan semula keputusan mereka tidak membenarkan ahli-ahli PAS turut sama dalam demonstrasi tersebut. Umpan yang diberikan ialah kononnya, PAS perlu bersatu dengan BERSIH bagi menumbangkan BN dan Najib Abdul Razak. Namun yang lebih menarik lagi ialah apabila Mahathir yang merupakan musuh utama PAS sehingga mencetuskan tragedi berdarah dan kezaliman ke atas ahli-ahli PAS ketika berkuasa dahulu, turut memujuk PAS agar meramaikan lagi demonstrasi tersebut.

Dalam demonstrasi BERSIH 1.0 sehingga BERSIH 3.0, jumlah demonstran teramai adalah PAS. PAS menghantar kontinjen terbesar, jauh lebih besar daripada DAP yang menggunakan BERSIH sebagai mekanisme untuk merampas kuasa. Pada BERSIH 4.0 pula, PAS tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada ahli-ahlinya, sekaligus menyebabkan majoriti pendemonstran adalah dari kalangan penyokong DAP yang terdiri daripada kaum Cina.

Beberapa perkara pelik dilakukan oleh Cina-Cina DAP itu termasuklah mengadakan upacara memijak gambar Presiden PAS dan Presiden UMNO.

Walaupun arahan tersebut akan dipatuhi oleh hampir kesemua ahli-ahli PAS, tetapi salah seorang pemimpin utama PAS yang sebenarnya berhati perutkan PAN yang menyembah DAP - Mahfuz Omar - sudah pasti akan berada dalam saf demonstrasi BERSIH.


Monday, October 10, 2016

AJAK PAS BERSATU, TETAPI YANG BERCAKAP TERMASUKLAH MAHATHIR, CIPTA PARTI SENDIRI SEPERTI ANWAR IBRAHIM!!!



Penulis: Subky Latif

DEMI penumbangkan BN dalam PRU 14, semuanya mengajak PAS bersetuju dengan formula satu lawan satu seperti yang PAS setujui sejak PRU 1999.

PAS telah tahu untung ruginya. Cuma sekarang ia menarik diri dalam persekutuan pembangkang setelah masak dengan asam garamnya sejak sekian lama.

Semua mengajak pembangkang bersatu baik pembangkang lebih 60 tahun lalu atau yang baru jadi pembangkang dua tiga minggu ini. Tetapi semua yang mengajak pembangkang bersatu itulah yang memecahkan pembangkang. Mereka yang mengajak itu sebenarnya menyuruh berpecah.

Parti pembangkang yang paling lama yang ada sekarang ialah PAS sejak tahun 1951. Semua pembangkang dalam PRU 1955 sudah berkubur kecuali PAS. PRM ada dan tiada sama saja. DAP datang tahun 1965. Jika DAP berpadangan jauh tentang satu lawan satu adalah politik paling penting baik dari 2000 ke atas, ia tak bentuk parti sendiri. Usahakan PAS jadi parti alternatif kepada BN.

Membentuk parti sendiri menjadikan pembangkang pecah dua. Apabila ada pilihan raya ia jadi tiga penjuru.

Kemudian Umno buang DS Anwar Ibrahim. Jika dia berpandangan jauh, dia masuk PAS atau DAP saja. Dia hendak parti sendiri. Dirangkumnya PRM dam PKR. Rasminya pembangkang jadi tiga.

Secara teori, sekalipun tiada muafakat antara PAS dan DAP semua pembangkang penting itu masih dua, satu lawan satu berlaku secara sendiri. PAS tidak bertanding di tempat DAP bertanding, dan DAP tidak tertarik di tempat PAS bertanding.

Sesudah ada PKR wujud Pakatan Rakyat, satu lawan satu dapat dirundingkan. Tetapi Mahathir dan Umno tempelak Melayu pecah tiga dengan adanya PKR. Satu lawan satu dalam PRU 2008 dan 2013 betul-betul mencemaskan BN. Tsunami melanda BN hingga air naik ke paras hidung. Jika sedikit lagi air naik BN nescaya lemas.

Bersekutu dan setiakawan adalah idealisma yang tidak sentiasa indah. Jika jamaah Islam yang berbilang dibekalkan dengan al-Quran dan Sunnah lagi bergigit, inikan pula berkawan dengan yang tidak suka berpandukan agama. Cinta hanya indah semasa berbulan madu. Selesai bulan madu lidah dan gigi lagi bergigit.

Terbaik buat PAS ialah menarik diri daripada tahaluf dengan DAP. Ia cabaran buat DAP dan PKR. Jika sedia bersabar, fikirkan apa cara PAS dapat diajak balik bertahaluf. Tetapi DAP dan PKR mengambil langkah menggantikan tempat yang dikosongkan PAS. DAP menggalakkan serpihan PAS menggantikan PAS dan orang kuat PKR seperti Rafizi Ramli sertai kempen serpihan PAS mengadakan parti sendiri dan mengisi kekosongan ditinggalkan PAS.

Sepatutnya mereka mengusahakan PAS balik dalam Pakatan supaya pembangkang kekal tiga saja, bukan menambah parti pembangkang jadi empat. Pembangkang yang empat adalah lebih payah dari pembangkang yang tiga. Apa jadi pada PAS adalah masalahnya, tetapi dengan menggalakkan serpihan PAS menjadikan satu lawan satu perkara mustahil.

Sepatutnya mereka halang serpihan PAS. Menggalakkan serpihan memecahkan lagi pembangkang. Yang menggalakkan memecahkan lagi pembangkang dan yang serpih sendiri pun memecahkan juga pembangkang.

Datang pula Dr. Mahathir dan Muhyiddin. Ajak juga satu lawan satu, tapi depa pun tambah satu lagi parti. Bertambah pecah pembangkang. Sepatutnya Mahathir masuk saja PKR atau DAP kalau tak mahu PAS. Yang terbaiknya masuk PAS. Ia boleh mengurangkan parti pembangkang. Yang serpih itu bercakap macam-macam perlunya pembangkang bersatu. Menubuh parti baru memecah pembangkang.

Semua yang hendak menumbangkan BN tengah memecahkan pembangkang. – HARAKAHDAILY 26/9/2016


Monday, October 3, 2016

BERSIH (KUNING) LAWAN BAJU MERAH... FASTAQIM PULA MENGGAMIT 100 RIBU HADIRIN!!!



DAP-PKR-CAP BUNGA sedang merancang untuk memenuhi jalanraya di seluruh Kuala Lumpur dengan mereka yang berbaju kuning. BERSIH 1 sehingga 3 dijadikan sebagai penanda aras bahawa ianya boleh dilakukan tanpa banyak masalah. DAP dan PKR mendabik dada kononnya mereka mempunyai sokongan yang sangat kuat.

Namun BERSIH 4.0 walaupun turut disokong dan disertai oleh Dr. Mahathir, ianya menjadi bahan kecaman kerana ternyata apa yang dikatakan sebelum itu bahawa BERSIH merupakan alat yang didalangi oleh DAP demi ketuanan Dinasti Lim. Ketiadaan penyertaan PAS, menyebabkan DAP berang dan menghalau PAS terus dari Pakatan termasuklah di Selangor.

Hanya kerana kekuatan PAS sahajalah yang membuatkan PAS terus bertahan di Selangor dan Azmin Ali, boneka DAP di Selangor, tidak berani membubarkan DUN Selangor bagi memberikan laluan kepada Pilihanraya Negeri.

Alasan-alasan yang diberikan ialah, kedudukan PAS yang menyebabkan risiko yang amat besar kepada DAP dan PKR sekiranya DUN dibubarkan.

Tanpa PAS, DAP dan PKR tidak akan ke mana-mana. Cap Bunga juga tanpa PAS tidak ubah seperti seorang tua di kaki gunung.



Kalau BERSIH 4.0 masih ada saki-baki orang PAS yang terkeliru, menyertainya tetapi nampaknya BERSIH 5.0, sepenuhnya adalah DAP-PKR dan Cap Bunga. Jumlah majoriti yang akan menyertai demonstrasi tersebut, sudah boleh dijangka.

Kini BERSIH bakal berhadapan dengan BAJU MERAH yang dipimpin oleh Jamal Mohd Yunos. Para penyokong BERSIH termasuklah pemimpin CAP BUNGA sudah mula melabelkan Jamal dan Baju Merah sebagai samseng UMNO walaupun pemimpin berkenaan cukup terkenal dengan aktiviti samseng di DUN yang ditandinginya sehingga akhirnya dia sendiri tewas di DUN yang dimenanginya sebelum itu.

Berharap PAS akan sama-sama dalam BERSIH 5.0, nampaknya impian itu tidak kesampaian. Kebanyakan ahli-ahli PAS sendiri sudah menyatakan kebosanan mereka terhadap BERSIH yang didalangi oleh DAP. Ahli-ahli PAS itu sudah tahu apa sebenarnya yang dihajatkan oleh BERSIH dan mengapa PAS dipergunakan.


Disebabkan itulah, pucuk pimpinan PAS telah mengeluarkan arahan agar ahli-ahli PAS tidak menyertai BERSIH. Kalau ada pun yang 'menyamar' sebagai ahli PAS di dalam BERSIH, mereka sebenarnya adalah anjing-anjing DAP yang berbajukan PAN, pimpinan Mat Sabu, pekerja Lim Guan Eng.

Pada tahun 2015, tatkala DAP-PKR begitu yakin dengan kejayaan BERSIH 4.0, PAS mengambil keputusan untuk mengadakan himpunannya sendiri di Kota Bharu. Fastaqim 100k begitu berjaya dan jumlah kutipan derma daripada ahli-ahli PAS yang hadir melebihi RM1 juta.

Arahan sebelum ini telah dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi PAS agar ahli-ahli parti tidak melibatkan diri dengan mana-mana program yang dianjurkan atau melibatkan DAP dan PAN.

Menariknya, DAP, PKR dan Cap Bunga masih lagi mengharapkan PAS akan turut sama dalam BERSIH 5.0 walaupun pada masa yang sama, PAS terus dicerca dan dimaki hamun termasuklah oleh Tun Dr. Mahathir.


Sunday, June 5, 2016

AKHIRNYA AZMIN ALI KALAH KEPADA WAN AZIZAH DAN KIT SIANG... KESIAN PAS, TERTIPU LAGI!!!



Azmin Ali yang dikatakan merajuk sebelum ini, tiba-tiba sahaja memunculkan diri ketika acara pencalonan PRK Sungai Besar. Dan lebih menarik lagi ialah, walaupun PAS merupakan rakan sekongkol dalam Kerajaan Negeri Selangor, Azmin Ali nampaknya lebih gemar menunjukkan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara.

PAS nampaknya telah tertipu dengan jaminan yang diberikan oleh Azmin Ali dan PKR Selangor. Azmin Ali, sekalipun menguasai Selangor dengan bantuan PAS, tidak mampu keluar daripada cengkaman kuasa DAP dan Wan Azizah.

Justeru, apabila PKR dan DAP telah mengumumkan yang mereka menyokong calon PAN, maka mahu tidak mahu Azmin Ali juga terpaksa berbuat begitu. Apatah lagi dengan pendedahan dan laporan SPRM yang dibuat oleh Rafizi Ramli, Azmin Ali lebih memerlukan bantuan daripada DAP dan PAN berbanding PAS, apatah lagi UMNO-BN.

Tindakan Majlis Daerah yang memaksa bendera UMNO-BN diturunkan kerana ketiadaan permit beberapa hari lepas, merupakan petunjuk utama peralihan arah sokongan PKR kepada PAN yang dibuat dalam keadaan terpaksa dan terdesak.


Ditambah pula dengan RASUAH TONG SAMPAH yang tertera tulisan, "Sumbangan dari Kerajaan Selangor and hakmilik MDSB (Majlis Daerah Sabak Bernam)" dengan tong sampah berwarna jingga yang menyamai warna rasmi PAN.

Biarpun penyediaan tong-tong sampah merupakan kewajipan bagi PBT dan Kerajaan Negeri, malah ianya bukan satu SUMBANGAN sebaliknya KEWAJIPAN, nampaknya tong sampah dilihat sebagai medium utama untuk mempromosikan calon PAN di Sungai Besar.

Untung calon PAN berbanding calon-calon yang lain dalam pertandingan tiga penjuru itu. Bukan sahaja Azmin Ali dan Kerajaan Negeri Selangor dipaksa membantu PAN, tetapi juga mendapat sokongan sukarela daripada kumpulan PROTUN.


Namun yang pasti, dalam keadaan sekarang di Sungai Besar, PAS yang selama ini banyak membantu bahkan mengorbankan prinsip dan perjuangan mereka demi PKR dan DAP, menjadi korban mudah yang diperkotak-katikkan seolah-olah PAS langsung tidak bernilai, biarpun pada masa yang sama, PAS masih lagi merupakan faktor utama Azmin Ali kekal menjadi Menteri Besar Selangor seperti sekarang.


Tuesday, May 24, 2016

PAS BUKAN MACAM DR. MAHATHIR YANG KUAT BERBOHONG DAN BERCAKAP BELIT BERBELIT!!!



PAS menafikan teori bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad kononnya parti tersebut mahu bertanding kerana ingin menyerahkan kemenangan percuma dalam dua PRK pada 18 Jun nanti sebaliknya PAS menganggap idea Dr. Mahathir itu sebenarnya adalah 'dendam politik' semata-mata.

Dr. Mahathir sudah berulang-ulang kali mendakwa, PAS akan menarik diri dari PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas meletakkan calon bagi memastikan kemenangan parti pemerintah. 

Idris Ahmad, Naib Presiden PAS berkata, Dr. Mahathir benar-benar mengarut. 

"Tidak, (tiada pakatan). PAS tidak pernah mempunyai rekod seburuk seperti Dr. Mahathir. Bila tentang 'Selamatkan Malaysia', Dr. Mahathir hanya berpolitik untuk dirinya sendiri. Itu adalah dendam politik. Dia tidak mahu menjatuhkan UMNO sebaliknya dia hanya mahu menonjolkan orang-orangnya," kata Idris.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut bersetuju dengan Idris dan menggambarkan dakwaan Mahathir sebagai mengarut. 

"Pandangan Tun tentang PAS terlalu meleset. PAS tidak pernah dikenali kerana berbohong. Tun pula sudah biasa berbohong kepada rakyat. Mungkin kerana itu dia fikir, dia boleh berbohong kepada rakyat dengan ideanya," katanya. 

Nik Abdul juga berkata, PAS memang secara terbuka mengintai peluang untuk menggantikan UMNO dan bukannya membantu UMNO untuk mengekalkan kuasa. 


Sebelum ini, PAS telah mengisytiharkan mereka akan bertanding dalam kedua-dua PRK. Kedua-dua kerusi Parlimen tersebut secara tradisinya telah lama ditandingi oleh PAS. Bagaimanapu, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR-DAP-PAN juga turut berminat untuk menurunkan calon masing-masing.

Sementara itu, calon-calon PAS untuk PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar akan diumumkan pada hari Jumaat ini, kata Idris Ahmad. 

"Kami akan mengumumkan calon-calon kami pada 27 Mei," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, kumpulan serpihan PAS itu sudah bersedia untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan bagi mengurangkan ketegangan antara PKR dan PAS.

Apabila diminta memberikan komen tentang kenyataan Khalid, Idris menyifatkan ketengangan antara PKR dan PAS sekarang tidak ubah seperti pasangan suami isteri.

"Ia sama seperti konflik antara suami dan isteri. Jikalau mereka ada masalah, mengapa pula jiran menyibuk dan cuba campur tangan atau memutuskan sama ada suami isteri itu perlu bercerai atau tidak?"

Thursday, October 22, 2015

LIM KIT SIANG DAN DAP KENA MAIN DENGAN PAS MENERUSI UNDI TIDAK PERCAYA BERCANGGAH DENGAN PENGUMUMAN SETIAUSAHA AGUNG PAS!!!



Ini baru namanya politik!

Ini baru namanya pengalaman mengajar keegoan!

Dan ini namanya bertindak dalam gelap!

Kehadiran Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional hanyalah 97 orang, tetapi undi yang menyokong penggantungan Lim Kit Siang selama enam bulan oleh Parlimen adalah seramai 107 orang.

Dikhabarkan kehadiran Ahli Parlimen DAP adalah seramai 37 orang, PKR 29 orang, PSM 1, Amanah 6 orang, PAS 14 orang dan Bebas 1. Jumlah keseluruhan adalah 88 orang.

Jadi jumlah kehadiran semua Ahli Parlimen hari ini adalah 185 orang.

Jumlah yang mengundi Lim Kit Siang kena gantung adalah 107 orang berbanding 77 manakala Lim Kt Siang berkecuali.

Makna kata, dari blok pembangkang, 10 orang daripada mereka telah berpihak kepada Barisan Nasional dalam mengundi Lim Kit Siang keluar. Persoalannya sekarang, siapakah di kalangan Ahli-Ahli Parlimen dari blok pembangkang yang bersama-sama BN itu?

Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersama-sama DAP menentang undi gantung Lim Kit Siang. Jadi secara dasar dan logiknya, kalau PAS bersama-sama DAP, bermakna jumlah yang menentang adalah 87 orang, bukannya 77 orang sebagaimana yang dicatatkan.

Atau sebenarnya ada 'drama' yang dimainkan oleh PAS untuk membuktikan yang mereka sebenarnya sedang bermain tarik tali dengan DAP, apatah lagi untuk membuktikan kepada DAP bahawa PAS adalah pemain politik sebenar.

Atau sebenarnya yang tidak hadir di kalangan Ahli Parlimen BN adalah 27 orang manakala di kalangan pembangkang pula adalah 10 orang? Dengan kata, Ahli-Ahli Parlimen ponteng atau sabotaj pengundian - kaedah yang bakal sama diambil semasa pembentangan bajet oleh PM esok?

Tiada apa-apa yang dihairankan dengan tindakan PAS dan pengumuman yang bertentangan dengan apa yang mereka lakukan. Nama pun politik. Tindakan en-bloc tidak mungkin berlaku terutama dalam keadaan di mana PAS seringkali dicerca, dihina dan dipandang jijik oleh DAP, sungguhpun jasa PAS kepada DAP sangat besar.

Thursday, August 20, 2015

DI SEBALIK PUBLISITI HEBAT DR. MARIAH, PAS MENGESAHKAN TIADA KAWASAN ATAU CAWANGAN PAS AKAN DIBUBARKAN!!!



PAS Pusat memberi jaminan tiada kawasan atau cawangan PAS yang akan terbubar walaupun terdapat pemimpin dan sebahagian ahlinya keluar daripada parti itu.

Keyakinan itu diberikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Facebook rasminya.

“Bagi pimpinan dan ahli yang ingin meninggalkan parti, terima kasih atas khidmat dan sumbangan kepada parti selama ini.

“Parti menghormati hak sama ada untuk kekal bersama parti atau keluar daripada parti. Walaupun ini bukan penyelesaian terbaik, namun ia tetap ialah satu penyelesaian.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh ahli PAS yang terus istiqamah dengan parti, tulisnya pada status yang dimuat naik pada petang Rabu.

Kata Tuan Ibrahim lagi, Pas mempunyai kekuatan untuk mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan.

“Kawasan akan terus kekal dengan barisan kepimpinan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan berkenaan. Sebagaimana ombak di lautan yang tidak dihenti dijana, PAS mempunyai sumber kekuatan untuk menggantikan ombak yang hilang,” katanya.

Kenyataan itu dikatakan mempunyai kaitan dengan tindakan dengan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama 182 ahli dan pimpinan PAS Kota Raja yang menyahut cabaran kepimpinan Pas Pusat yang keluar parti itu untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB)- (SUMBER)


Tuesday, June 23, 2015

HADI AWANG CABAR PEMIMPIN PAS KECEWA YANG MAHU TUBUHKAN PARTI BARU, AGAR BERBUAT BEGITU DAN TENGOK SAMA ADA MEREKA HIDUP LAGI KE TIDAK!!!



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi peringatan kepada semua ahlinya tentang sejarah parti itu bahawa pemimpin tertinggi parti yang bersama parti atau pertubuhan lain, akan "tenggelam".

Peringatan itu terkandung dalam surat terbukanya kepada anggota parti hari ini tanpa menamakan mana-mana pihak dalam PAS.

"Setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jamaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.

"Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah," kata Hadi.

Dalam surat itu, Hadi turut mengingatkan anggota supaya memahami dan menghayati dua aspek penting iaitu istiqamah dengan akidah perjuangan dan pendekatan dakwah bagi melaksanakan Islam, bagi mengelak kecundang atau tercicir dalam perjuangan.

Katanya, kedua-dua aspek itu dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sababat sewaktu lemah dan kuat, serta belum wujudnya negara dan setelah tegaknya negara.

"Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyuk setiap rakaat salat dan bila-bila masa sahaja," katanya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata perjuangan Islam berbeza dengan ideologi ciptaan manusia, malah beliau menyeru supaya ahli konsisten melaksanakan pendekatan yang dizinkan Allah.

Katanya, perkara tersebut perlu dengan mengambil kira hukum halal dan haram termasuk dalam berhubungan dengan bukan Islam dan musuh tetapi bertegas dalam akidah.

Beliau memberi dalil Al-Quran, hadith serta sejarah Rasulullah SAW dan para sahabat khususnya dalam melaksanakan arahan berhijrah Madinah sehingga tertegaknya negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbagai agama, kaum dan sikap.

"Ayat-ayat al-Quran tersebut bermaksud bahawa Allah menunjukkan kepada kita supaya berlaku baik kasih sayang terhadap seluruh manusia mengikut sempadannya.

"Maka Rasulullah SAW, menjalinkan segala pendekatan hubungan dengan kalangan bukan Islam, secara bertahaluf, berta’awun, berdamai, memaaf kesalahan dan lain-lain.

"Apabila berlakunya sikap bermusuh yang mahu merosakkan Aqidah maka dibatalkan segala bentuk hubungan walupun terhadap kaumnya di Makkah. Menunjukkan banyaknya keterbukaan dalam perkara pendekatan dan sangat tegas dalam perkara Aqidah perjuangan," katanya. (SUMBER)


Sunday, June 21, 2015

AKHIRNYA... SEPERTI DIDUGA, PAS LANTIK CALON TEWAS PEMILIHAN UNTUK ANGGOTAI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT!!!



Tiga calon Pas yang tewas pada pemilihan dalam Muktamar Pas dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat.

Mereka terdiri daripada bekas Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub, bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan bekas AJK Pas Pusat, Taufek Abdul Ghani.

Pelantikannya diumumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.

Lima lagi kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Mohamad Husin, Muhtar Suhaili, Zainal Abidin Kidam, Datuk Wan Mutalib Embong dan Dr Najihatul Salihah Ahmad.

Bagi jawatan Bendahari Pas, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dilantik menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Asmuni Awi

Manakala bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas.

Sementara itu untuk jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri, enam negeri menerima ketua baru apabila Kamarudin Sidek dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka; Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi (Kedah); Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (Johor).

Mohd. Fauzi Yusof dilantik menggantikan Mohamad Sabu mengetuai Pas Pulau Pinang, Rosli Abdul Jabar pula di Pahang serta Mustafa Daharun di Negeri Sembilan.

Tambah Tuan Ibrahim, perlantikan telah dimuktamadkan selepas tiada sebarang penolakan daripada semua mereka yang dilantik ke jawatan itu.

Jelasnya, surat perlantikan juga telah dikeluarkan sejak minggu lepas dan mereka juga telah dihubungi melalui panggilan telefon berhubung perkara berkenaan.

“Kita tidak menetapkan tempoh masa untuk mereka menerima pelantikan berkenaan.

“Biasanya apabila kita menghantar surat dan tidak penolakan jadi kita anggap mereka terima pelantikan tersebut,” katanya lagi. (SUMBER)


Monday, March 30, 2015

MAT SABU MAKIN DIKETEPIKAN BILA TUAN IBRAHIM SUDAH CUKUP PENCALONAN UNTUK MENCABARNYA... BIARPUN TUAN IBRAHIM PUN TAK SECERDIK MANA!!!



Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat pencalonan mencukupi untuk mencabar Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu Jun depan.

Menurut laporan sebuah portal berita pada Ahad, Tuan Ibrahim menerima pencalonan kedua apabila PAS Kawasam Kluang mencalonkan beliau untuk jawatan berkenaan.

Beliau menerima pencalonan pertama minggu lepas dari PAS Kawasan Kuala Kedah.

Seseorang calon memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan mereka bertanding untuk sebarang jawatan.

Cubaan untuk mendapatkan reaksi Tuan Ibrahim berhubung pencalonan itu tidak berjaya.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa beliau berminat untuk mencabat Mohamad bagi jawatan nombor dua parti itu.

Sehingga kini Mohamad masih belum menerima pencalonan bagi membolehkan beliau untuk mempertahankan jawatannya.-mstar.



Dalam perkembangan terbaru, geng-geng PASMA yang diketuai Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad di Selangor, terhumban dan langsung tidak dicalonkan oleh PAS Kawasan Kelang dalam mesyuarat agong mereka malam tadi. Sebaliknya PAS Kawasan Kelang secara sebulat suara telah membuat pencalonan berikut: 

Presiden YB TG Dato Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Ust Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib YB Ust Dato Nik Amar Abdullah
Naib YBUst Nasruddin Hassan Tantawi
Naib YB Dato Iskandar Samad

AJK Pas Pusat YB Ust Idris Ahmad
AJK Pas Pusat Ust Riduan Mohamad Nor
AJK Pas Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil 
AJK Pas Pusat Ust Nik Zawawi Nik Salleh
AJK Pas Pusat Ust Nuridah Salleh
AJK Pas Pusat YB Dato Takiyuddin Hassan
AJK Pas Pusat YB Ust Dato Dr Khairuddin Aman Razali
AJK Pas Pusat Hj Razman Zakaria 
AJK Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki
AJK Pas Pusat YB Dr.Mohamad Fadzli Hassan
AJK Pas Pusat YB Ust Sallehen Mukhyi
AJK Pas Pusat Ust Mokhtar Senik
AJK Pas Pusat Ust Zaharuddin Muhammad
AJK Pas Pusat Kamaruzzaman Mohamad
AJK Pas Pusat Dr. Ali Akbar
AJK Pas Pusat Muhammad Sanusi Md Nor
AJK Pas Pusat YB Ust Abdullah Husin
AJK Pas Pusat YB Ust Nassuruddin Haji Daud

Justeru tidak hairanlah apabila puak-puak Anwarinas dan PASMA yang sebelum ini galak berkokok kerana di belakang mereka adalah DAP, tiba-tiba sahaja bertukar wajah dan suara. Kalau sebelum ini, masing-masing begitu berani dan angkuh menyatakan PAS tidak boleh membentangkan hukum hudud, sekarang sudah boleh. Kalau sebelum ini dikatakan, Hadi Awang perlu digulingkan, sekarang mereka sudah jadi penyokong Hadi Awang.

Paling ketara Husam Musa!

Yang terkontang-kanting sekarang tak berpenyokong adalah Mat Sabu, Ahmad Awang dan Phahrolrazi Zawawi.


Tuesday, March 17, 2015

HANYA KERANA TERPENGARUH DENGAN PUJUKAN DAP, PAS KAWASAN BATU DIBUBARKAN!!!


Ishak Surin yang merupakan YDP PAS Kawasan Batu yang selama ini cukup dikenali kerana permusuhannya dengan PAS Pusat dan PAS Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS Batu akan bermufarakah dari PAS selagi Abdul Hadi Awang menjadi Presiden parti dan selagi PAS enggan tunduk kepada DAP dan PKR.

Serentak dengan itu, PAS Kawasan Batu tidak akan mengadakan mesyuarat dan tidak akan mengadakan pemilihan bagi menunjukkan bukti yang mereka benar-benar mufarakah dari PAS.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PAS tempatan tidak bersetuju dengan Ishak Surin. Menurut mereka, Ishak Surin sebenarnya sudah tahu, dia akan kalah kerana golongan pro-ulama sudah mulai menguasai PAS Batu. Justeru, kedudukan Ishak Surin yang kiblatnya adalah DAP dan PKR sangat tergugat.


Mengelak daripada kehilangan jawatan, selain kehilangan 'bantuan' daripada DAP, Ishak Surin dan konco-konconya mengambil keputusan untuk menjadikan Abdul Hadi Awang dan pro-ulama sebagai alasannya untuk meniadakan mesyuarat dan pemilihan.

Beberapa golongan dalam PAS yang kiblat mereka ke arah DAP dan PKR sedang berusaha menekan kepimpinan PAS yang dikepalai oleh Abdul Hadi Awang agar tunduk sujud kepada DAP, khususnya dalam isu hudud yang bagi mereka merupakan satu kerugian besar kerana bakal kehilangan undi daripada masyarakat Cina.

Wednesday, March 11, 2015

HARON DIN AL-HAFIZ NAIK JADI MURSYIDUL AM PAS, AHMAD AWANG NGANGA!!!



Puak PASMA bersungguh-sungguh berkempen dan melobi agar Ahmad Awang diangkat menjadi Mursyidul Am PAS. Ahmad Awang kerap ditonjolkan dan dipublisitikan agar nama dan wajahnya kembali dikenali selain wujud tekanan kepada Majlis Syura PAS untuk melantiknya menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, hari ini, Majlis Syura PAS telah membuat keputusan untuk melantik Haron Din Al-Hafiz mengambilalih jawatan yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

Haron Din Al-Hafiz adalah Timbalan Mursyidul Am PAS sebelum ini.

Perlantikan sebulat suara Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS telah diisytiharkan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan. Perantikan tersebut telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob pula telah dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang baru, mengambilalih tugas dan jawatan Haron Din sebelum ini.


PASMA bukan sahaja menekankan tentang perlunya Ahmad Awang mengambilalih jawatan Mursyidul Am PAS, bahkan turut menyuarakan agar Abdul Hadi Awang diturunkan dari jawatan Presiden, malah turut 'bertanding' jawatan Mursyidul Am PAS dengan Ahmad Awang.

Keputusan yang dibuat secara sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS itu pasti akan memberi tamparan kepada puak-puak PASMA yang mendapat bantuan daripada DAP dan PKR.

Pertentangan antara PASMA yang berkiblatkan Lim Guan Eng-Anwar Ibrahim dengan golongan pro-ulama dalam PAS semakin membarah dengan kempen dan lobi agar Hadi Awang disingkirkan daripada jawatan Presiden PAS, diperhebatkan kerana 'kebimbangan' pada penyatuan atau kerjasama antara PAS dengan UMNO.


Dalam perkembangan terbaru, Tuan Ibrahim Tuan Man telah 'menyatakan' ketidakkesanggupan untuk dicalonkan sebagai Presiden PAS. Malah Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pencalonannya sebagai pencabar Abdul Hadi Awang yang dibuat oleh PAS Kota Bharu sebagai cubaan melaga-lagakannya dengan pucuk pimpinan sekaligus melarikan objektif sebenar PASMA iaitu mencalonkan Mat Sabu untuk jawatan berkenaan.

 
Blogger Templates