Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hasan malek. Show all posts
Showing posts with label hasan malek. Show all posts

Tuesday, June 23, 2015

ALAHAI HASAN MALEK!!! CEPAT BENAR BUAT ANDAIAN, BAPA TUNGGAL YANG BERGANTUNG KEPADA KERUSI RODA, TAK DAPAT BANTUAN SEBAB HIDUP TERPENCIL!!!



KUALA LUMPUR: Menyara tiga orang anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat buat Rosli Hamid yang lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.

Rosli, 46, kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain berdoa mendapat bantuan wang zakat yang sudah dipohonnya sejak tahun lepas.

Beban Rosli yang kini menetap di Kampung Air Itam, Terachi, Kuala Pilah itu dilihat semakin berat selepas dikatakan terpaksa berpindah dari rumah sewa yang didudukinya dengan kadar RM100 sebulan kini.

"Anak ada tiga, seorang darjah tiga, seorang darjah satu dan seorang lagi pra-sekolah.

"Mereka mendapat bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan, jadi tiga anak ini akan berkongsi RM300 untuk wang belanja serta keperluan sekolah sehari-hari," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.


GALERI FOTO: Kasih ayah sepanjang masa, pengorbanan ayah tiada tandingan

Rosli terlibat dalam satu kemalangan motosikal sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kajang ke rumahnya di Kuala Pilah pasa tahun lepas.

Sejak itu, dia hanya terbaring di atas katilnya setelah seharian mencari rezeki ala kadar dengan kerja-kerja kampung.

BACA: Zakat Rohingya: 'Ramai lagi rakyat kita yang susah' - Che Mat

Rosli kini tinggal di rumah sewa selepas beberapa kali berpindah dan menetap bersama ibunya yang berusia 77 tahun.

Kata Rosli, paling menyedihkan apabila dikatakan ketua kampungnya tidak memberikan bantuan selepas permohonan zakat melaluinya dibuat pada tahun lepas.

BACA: RM1.7 juta sumbangan Projek Ihsan Tabung Haji seluruh negara

"Dia (ketua kampung) tidak mahu angkat tangan walaupun berselisih di tepi jalan. Dia seolah-olah tidak mahu melayan saya.

"Saya benar-benar mengharap wang zakat untuk meringankan beban kehidupan. Saya sudah memohon namun sehingga kini masih tidak ada sebarang maklum balas.


"Kenapa jadi begini? Saya rasa benar-benar layak untuk mendapat zakat dan keperitan hidup dengan bergantung kepada wang bantuan persekolahan, JKM dan kerja-kerja kampung dengan keadaan diri yang tidak sempurna benar-benar memeritkan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek berkata, Rosli perlu segera membuat aduan kepada pusat khidmat wakil rakyat di kawasannya.

Hasan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan, Rosli juga tidak boleh terlalu mudah membuat dakwaan kepada ketua kampung tanpa mengetahui perkara sebenar mengenai status permohonan zakatnya.

"Dia (Rosli) perlu lihat kembali permohonannya, apakah ada masalah atau dokumen yang tidak lengkap di sana.

"Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana penduduk yang susah, saya sendiri turun padang setiap minggu untuk bersama penduduk Kuala Pilah mengikut bahagian. Apa juga aduan akan saya lihat dan salurkan bantuan.

"Susah jika ada aduan yang terus ke media tanpa berbincang dengan pihak saya terlebih dahulu. Kita tidak mahu ada penduduk yang cakap terpinggir selepas kerajaan sendiri ada memberi bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.


Dalam pada itu jelas Hasan, Rosli mungkin kurang bercampur dengan penduduk lain sehingga kesusahannya menjadi seolah-olah kes terpencil.

"Rosli mungkin tidak membuat aduan melalui ahli jawatankuasa kampung dan pegawai kawasan sendiri.

"Saya andaikan Rosli ini kurang hidup bermasyarakat namun kita akan kaji semula kes ini selepas menerima aduan, kita tidak mahu ada penduduk yang terpinggir," ujarnya.

Menurut laman Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), agihan zakat di negeri itu pada tahun 2013 adalah RM76,833,689.98.

Ia merangkumi agihan antaranya kepada amil, miskin,muallaf, fakir dan fisabillilah. (SUMBER)


Monday, May 4, 2015

BETUL KER BERITA YANG DIBACA INI ATAU IANYA FITNAH... HASAN MALEK KATA BN AKAN MENANG SEBAB PENDUDUK TERIMA GST!!!



Penduduk di Rompin telah menerima baik pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Keyakinan itu disuarakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, penduduk di Rompin menerima GST hasil penerangan yang baik dan penuh keikhlasan oleh BN menggunakan pendekatan cara orang kampung.

Hasan berkata, dengan penerimaan baik GST itu memberi keyakinan BN akan berjaya mengekalkan Parlimen Rompin.

“Saya yakin BN akan menang dan mempertahankan kerusinya. Terpulang kepada cara kita untuk menambah undi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Bazar Ramadhan (SBR) 2015 di Kuala Rompin pada Ahad.

Mengulas lanjut penerimaan GST oleh penduduk di Rompin, Hasan berkata kesimpulan itu dibuat hasil tinjauan di beberapa kampung yang mendapati mereka telah menerima sistem pencukaian baharu tersebut.

“Saya mengakui pada peringkat awal, memang saya meragui dengan pelbagai cerita dan tomahan yang dibuat-buat, direka-reka untuk menunjukkan rakyat rasa gelisah dan risau.

“Tetapi apabila kita turun ke bawah, mereka dapat terima bahawa GST memudahkan mereka berurus niaga dan memberi keyakinan untuk pembangunan yang lebih pesat,” katanya. (SUMBER)



NOTA THE SAVIOUR:

Tak tahulah nak kata apa.... mungkin ianya hasil daripada SYOK SENDIRI menteri terbabit. Atau barangkali untuk menyedapkan hatinya sendiri... atau barangkali juga terlalu banyak elemen LANCAPAN PERIBADI sehingga dia terlupa untuk melihat realiti di akar umbi, atau boleh jadi juga, ianya merupakan satu sabotaj yang mencabar pengundi-pengundi Rompin untuk membuat keputusan sebaliknya. 

Malah mungkin juga satu fitnah portal berita terbabit... kalau ianya fitnah, harap-harap Menteri KPDNKK yang kerap menjadi sasaran selama ini, BERSEGERALAH mengambil tindakan undang-undang ke atas portal tersebut. 

Thursday, April 16, 2015

PENIAGA CINA YANG DIBUKTIKAN KESALAHAN NAIKKAN HARGA BARANGAN, LEBIH RELA BAYAR SAMAN DARIPADA DIDAKWA DI MAHKAMAH, KATA HASAN MALEK!!!



Peniaga Cina dikatakan lebih suka membayar denda kerana kesalahan menaikkan harga barangan daripada didakwa di mahkamah.

Kenyataan berkenaan dibuat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.

“Peniaga yang paling tidak suka (didakwa di mahkamah) terutama peniaga-peniaga Cina yang tidak sanggup pergi ke mahkamah.

“Dia (peniaga Cina) sanggup membayar beberapa sahaja asalkan jangan bawa mereka ke mahkamah,” katanya dalam ucapannya selepas menyampaikan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Penguatkuasa pada Khamis.

Hasan memberi jaminan kementeriannya akan bertindak lebih tegas untuk mengheret peniaga yang menaikkan harga barangan dan memanipulasikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke mahkamah.

“Saya nak tekankan pula, kita nak ambil satu atau dua (kes) untuk dibawa ke dalam mahkamah, supaya rakyat tahu yang kita ambil tindakan.

Beliau berkata, KPDNKK juga akan menambah pegawai penguatkuasa untuk membuat pemeriksaan yang kerap di kedai runcit dan pasar raya.

Katanya, tindakan itu bagi memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kesungguhan kerajaan dalam memastikan hak pengguna sentiasa dilindungi.

Hasan berkata, dalam Ops Catut Fasa 2 dari 1 hingga 14 April, sebanyak 94,960 premis telah diperiksa dengan nilai rampasan RM56,908.

“Sebanyak 240 kes telah diambil denga kompuan yang dikeluarkan pula sebanyak RM35,650 manakala notis yang dikeluarkan pula sebanyak 551,” katanya.

Bagi pemeriksaan terhadap caj perkhidmatan pula, sebanyak 698 pemeriksaan telah dijalankan dan 61 notis bagi caj perkhidmatan telah dikeluarkan.

Hasan menasihatkan rakyat jangan berasa jemu dengan pemantauan oleh pihak berkuasa kerana 2015 merupakan tahun paling mencabar. (sumber)


Wednesday, March 25, 2015

LAGI PENYELESAIAN BIJAK HASAN MALEK DENGAN WAR ROOM.... NASIB BAIK, MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG SELESAI KERANA 'HASAN MALEK KAN ADA'!!!



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan “war room” atau bilik gerakan bagi memantau aduan pengguna dan menyelaras tindakan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata bilik gerakan yang bertempat di bangunan kementerian itu di sini akan beroperasi 24 jam dengan dikendalikan 40 petugas secara bergilir bagi mendapatkan situasi kesan pelaksanaan cukai berkenaan.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan penerbitan semula Buku Kod Etika Perniagaan Malaysia (EPM) di sini hari ini, beliau berkata bilik gerakan itu akan memastikan setiap aduan diberi perhatian untuk ditangani segera oleh 2,000 anggota penguatkuasa kementerian yang bersiap siaga di seluruh negara.

"Dalam war room itu kita tempatkan segala kemudahan dan peralatan yang membolehkan setiap laporan yang diterima berhubung tindakan peniaga dikumpul sebelum disalurkan kepada bahagian penguatkuasaan di negeri atau kawasan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya.

Pelaksanaan GST pada kadar 6% adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar keseluruhan 16%.

"Kita lakukan demi kebaikan rakyat dan kementerian memerlukan kerjasama daripada pengguna untuk menyalurkan laporan bagi membolehkan tindakan diambil," katanya, sambil menambah bilik gerakan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat itu boleh dihubungi di talian 03-88826245.

Hasan berkata, beliau yakin hubungan dan kerjasama erat yang diterima pihaknya daripada semua peringkat perniagaan memberi isyarat majoriti peniaga sudah sedia untuk bersama-sama kementerian menjayakan pelaksanaan GST.

Katanya, 'engagement' yang dibuat kementerian dengan semua peringkat peniaga menghasilkan banyak kebaikan dan manfaat kepada rakyat seperti Kempen Penurunan Harga 2015 yang disertai beberapa pasar raya besar di seluruh negara.

"Selain itu, kita juga telah melancarkan Buku Panduan Harga, melaksanakan Op Catut dan terkini menerbitkan semula buku EPM...ini semua dibuat untuk pastikan pelaksanaan CBP tidak dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang," katanya.

Mengenai EPM, Hasan berkata buku yang mengandungi 10 prinsip etika dalam perniagaan itu merupakan terbitan semula daripada buku kod etika perniagaan Malaysia yang pernah dikeluarkan kementerian pada November 2007 dengan ditambah baik supaya lebih 'mesra pembaca' serta disesuaikan dengan semua jenis perniagaan.

Beliau berkata, antara tujuan Kod EPM adalah bagi menggalak dan memberi bimbingan kepada peniaga dan pekerja agar mengendali perniagaan secara beretika dan berintegriti.

Buku tersebut diterbitkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan. – Bernama, 25 Mac, 2015.

JANGAN PENING PASAL GST... HASAN MALEK KAN ADA?



Tidak ada nama-nama besar yang membuat demonstrasi di hadapan Ibu Pejabat Kastam di Kelana Jaya dua malam sudah. Kalau ada pun, hanyalah Hatta Ramli, Rara Othman dan budak-budak universiti yang mengaruk dan kemudian ditangkap serta dihumban ke dalam lokap.

Merata-rata dalam Facebook, golongan yang tidak faham tentang GST dan peranannya, menyalahkan Kerajaan kerana telah menambah GST di atas SST, walaupun hakikatnya tidak begitu. Mereka mempunyai bukti iaitu peningkatan harga kepada semua barangan termasuklah barangan yang sepatutnya tidak dikenakan GST dan menyaksikan kenaikan harga bermula 1 April nanti. Walaupun Mat Maslan mengatakan banyak barangan pengguna tidak akan mengalami kenaikan harga, tetapi golongan anti-GST menunjukkan bukti bahawa harga memang telah naik. Para peniaga telah pun menambah 6% daripada harga sebelum ini.







Kalaupun ada yang cuba menjawab dan menyanggah tuduhan berkenaan, di padang permainan sebenar, harga memang telah dinaikkan. Malahan sudah ada pula laporan yang menyatakan barangan mula disekat jumlahnya bagi mewujudkan lebihan permintaan sekaligus melonjakkan harganya berdasarkan prinsip asas ekonomi, penawaran dan permintaan.

Apatah lagi sudah muncul pula cerita bagaimana Pelabuhan Kelang sekarang, sudah kosong dan gudang-gudang kontena semakin kosong sehingga ada yang mendakwa, boleh bermain futsal di dalam gudang tersebut, manakala mereka yang bekerja untuk tempoh yang panjang, sekarang ini boleh balik awal kerana tidak banyak kerja yang boleh dibuat.

Sana sini orang bercakap tentang peningkatan harga walaupun 1 April masih ada seminggu lagi bagi memulakan perlaksanaan GST.

Penentangan demi penentangan termasuklah tohmahan demi tohmahan, malah bukti demi bukti yang dikeluarkan oleh golongan yang mendakwa GST lebih memeras berbanding menyenangkan, ditambah pula dengan kehalobaan para peniaga yang sudah pun menaikkan harga barangan sekarang sebanyak 6% dengan penambahan tersebut perlu dibayar oleh pengguna, menyebabkan golongan yang sudah pun sedikit faham tentang GST, kembali tidak faham, malah lebih keliru.

Namun, pada ketika kekalutan inilah, muncul HASAN MALEK, Menteri KPDNKK yang 'berjaya' memberikan penjelasan yang paling mudah, paling efektif dan paling hebat. Solusi yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun. Penyelesaian yang tidak mampu difikirkan oleh Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang sibuk berceramah di sana sini.

Kata Hasan Malek, kekeliruan tentang GST dan peningkatan harga, cukup diselesaikan dengan mengunjungi laman web KPDNKK di SINI. Kalau tengok tak sama, anda boleh adu DI SINI. Kalau bermasalah juga, anda boleh hubungi terus di talian 1-800-886-800. Kalau tak cukup juga, anda boleh hantar SMS:

ADU<maklumat aduan>
<lokasi premis>
<nama anda>
<nombor telefon yang boleh dihubungi semula>

dan hantarkan ke 32255.

Kalau tetap tidak ada tindakan susulan daripada pihak berewajib setelah laporan dibuat, anda boleh buat aduan ke Unit Integriti KPDNKK bersama bukti-bukti laporan anda di SINI.

Apa punya pembaziran dibuat berbelas-belas juta semata-mata untuk ceramah GST di sana sini sedangkan penyelesaiannya yang diutarakan oleh Hasan Malek mampu menjimatkan duit rakyat.


Yang pergi buat demonstrasi di hadapan ibu pejabat Kastam tu pun kononnya untuk bersoal jawab pun, SATU TOLOL juga. Mereka sepatutnya ke KPDNKK di Putrajaya, bersemuka dengan Hasan Malek kerana semua harga barangan dan perkhidmatan pengguna berada di bawah tanggungjawab kementeriannya. Yang duk pi demo kat Kelana Jaya tu pasai apa? Kastam bukannya tahu apa-apa pun tentang harga barang!!!

Bagi mereka yang bimbang tentang peningkatan harga dan kos, jangan risau... HASAN MALEK KAN ADA!

Hasan Malek akan menyelesaikan masalah kenaikan harga semudah empat langkah yang disebutnya dalam siaran berita di televisyen? Tak perlu penguatkuasaan ekstrim, tak perlu pemantauan, tak perlu perlaksanaan undang-undang dan tidak perlu mencetuskan kemarahan para peniaga yang cuba meraih keuntungan dan pada masa yang sama, memberikan imej buruk kepada Kerajaan Najib. Cukup dengan empat langkah yang disebutkan, maka segala masalah tentang GST dan peningkatan harga barang akan selesai dalam sekelip mata. Dengan empat langkah itu, para peniaga akan terketar-ketar ketakutan dan kemudian menjadi pemurah serta pematuh kepada undang-undang sedia ada.

Tidakkah anda berasa kagum dengan kehebatan Menteri KPDNKK yang tidak dipandang orang ramai ini?

Anda patut kagum dengannya sepertimana yang Blog Gerakan Anti PKR sebutkan!!!




Tuesday, March 24, 2015

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENGUTUSKAN HASAN MALEK SEBAGAI MENTERI KPDNKK KEPADA KAMI!!!



Bagi yang kuat menyalak dan melalak tentang kenaikan harga barangan pengguna, jangan risau....

HASAN MALEK KAN ADA!

Bagi yang tidak berpuas hati tentang harga barangan pengguna dan perkhidmatan, jangan risau...

HASAN MALEK KAN ADA!!!

GST bakal dilaksanakan dalam tempoh kurang dari 2 minggu dari sekarang. Sudah ada peningkatan harga di pasaran...

Jangan risau... HASAN MALEK KAN ADA!!!

Pengurangan barangan akan berlaku di pasaran dan spekulasi tersebut amat merisaukan...

Jangan bimbang... HASAN MALEK KAN ADA!!!

Peningkatan kos akan diambil kesempatan oleh golongan yang tamak haloba yang bertujuan untuk membuktikan dasar percukaian negara adalah satu keburukan...

Jangan gusar... HASAN MALEK KAN ADA!!!

Walau apa pun yang melanda negara ini, jangan risau.... HASAN MALEK KAN ADA!!!

HASAN MALEK akan menyelesaikan segala-galanya buat anda dan masyarakat pengguna di negara ini.

HASAN MALEK akan bertindak sebagai penyelamat atau saviour mahupun Messiah kepada masyarakat marhein yang akan ditekan oleh golongan kapitalis penghisap darah dan pengaut keuntungan besar yang menjadikan GST sebagai alat baru untuk menambah keuntungan besar 10+6+6!!!

HASAN MALEK akan membuktikan kemujarabannya sebagai Menteri KPDNKK yang akan menyelamatkan jutaan manusia di Malaysia dengan langkah-langkah berani dan tegas untuk mengawal populasi lintah darat, memerangi golongan pemonopoli dan spekulator sekaligus menyelamatkan imej Kerajaan Najib Abdul Razak daripada dipotretkan sebagai lemah, tidak membantu masyarakat pengguna dan terlalu takut dengan golongan orang tengah.

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana wujudnya HASAN MALEK di negara ini. Kalaulah ada 10 lagi HASAN MALEK, sudah pasti negara ini sudah berjaya mencapai status Negara Maju dalam tempoh tidak sampai tiga bulan sahaja!!!

Bersyukurlah...


 
Blogger Templates