Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label bicara najib. Show all posts
Showing posts with label bicara najib. Show all posts

Monday, November 11, 2019

SEPERTI DIJANGKA, HAKIM MENGARAHKAN NAJIB BELA DIRI DALAM KES SRC INTERNATIONAL ATAS ALASAN WUJUD KES PRIMA FACIE!!!



Pagi tadi, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk membela diri bagi kesemua pertuduhan kes SRC kerana wujudnya prima facie.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes SRC International ini merupakan hakim yang telah menggantikan hakim sebelumnya. Hakim sebelumnya adalah Hakim Sophian Abdul Razak. Hakim Sophian Abdul Razak bagaimanapun ditukarkan atas alasan abangnya merupakan orang UMNO.

Nazlan merupakan hakim yang baru dipindahkan dari bahagian komersial dan ini merupakan kes jenayah pertama yang diuruskan olehnya. Sebelumnya, dia hanya menghakimi kes-kes sivil. (RUJUK)


Menurut hakim, wujud kes prima facie untuk Najib membela diri bilamana wujud keterangan bahawa Najib telah meluluskan pinjaman jangka pendek sedangkan SRC tidak boleh membayar semula pinjaman kepada KWAP. 

Itu menurutnya, menunjukkan Najib telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya. 

"Kepentingan tertuduh dalam SRC dapat dilihat menerusi pembentukannya pada Januari 2011 sehinggalah apabila wang itu telah disalurkan ke akaunnya pada Disember 2014 dan Februari 2015.

"Tertuduh mempunyai kepentingan dalam SRC di mana dia mempunyai kuasa penuh, membolehkan RM42 juta didepositkan ke dalam akaunnya sekaligus itu adalah penyelewengan.

"Oleh itu, tertuduh perlu menyanggah bukti tersebut dan saya dapati wujudnya elemen penyalahgunaan kuasanya dan sehubungan itu 'prima facie' berjaya dibuktikan," katanya.

Pada 10 Jun 2019, dalam keterangannya selaku saksi pendakwaan, bekas Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail memberitahu kesemua Lembaga Pengarah SRC International telah melawat Bank Swiss untuk menyiasat wang KWAP yang disimpan dengan selamat dan terpelihara. (RUJUK)



Terdahulu pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahan pada 27 Ogos lalu selepas Najib mula dibicarakan 3 April.

Seramai 57 saksi dipanggil memberi kenyataan sepanjang 58 hari perbicaraan, termasuk bekas Pengurus Perhubungan Awam AmBank Bhd, Joanna Yu, serta bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Semasa perbicaraan, pasukan pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes, termasuk dokumen bank yang mempunyai kaitan dengan akaun bank Najib, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan Blackberry berhubung transaksi oleh Najib.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 10 hari iaitu 3, 4, 9 hingga 12 dan 16 hingga 19 Disember ini untuk Najib dibicarakan.

Sementara itu, Najib memilih untuk membela diri terhadap semua tujuh yang dihadapinya itu menerusi keterangan bersumpah di kandang tertuduh.

Dengan memilih demikian, dia boleh disoal balas oleh pasukan pendakwaan.


Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu pula, dia dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.


Thursday, April 4, 2019

BILA YANG DIDAKWA ADALAH NAJIB ABDUL RAZAK TAPI YANG DIBICARAKAN OLEH DUNIA IALAH KERAJAAN MAHATHIR-GUAN ENG!!!



Yang didakwa adalah Najib Abdul Razak.

Namun yang dibicarakan sekarang adalah KERAJAAN MALAYSIA di bawah Pakatan Harapan yang diterajui oleh Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng.

Gelagat Tommy Thomas dan pasukan pendakwarayanya di mahkamah semalam, mendapat perhatian luar biasa dari penonton. Masing-masing menunggu dengan penuh teruja, bukti-bukti kukuh yang akan dipersembahkan oleh Tommy Thomas yang pada sebelum ini, dengan angkuh berkata, Najib pasti akan didapati bersalah kerana bukti-bukti yang ada padanya, sangat kuat dan kukuh.

Namun apa yang berlaku semalam, amat memalukan.

Dari isu RM2.6 bilion, sehinggalah kepada kapal Equanimity dan akhir sekali kes SRC International yang dilihat peluang terbaik untuk menghantar Najib ke lantai penjara, Tommy Thomas kelihatan tergagap-gagap dan sukar mencapai matlamat serta sasaran yang telah ditetapkan oleh pemilik-pemiliknya.

Semuanya bermula dengan hebat apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM melakukan serbuan, penyitaan dan rampasan membabitkan wang tunai, barangan kemas, beg tangan berjenama yang akhirnya disahkan sebagai tiruan, pakaian, bahkan termasuklah juga kasut cucu Najib.

Kononnya semua itu adalah duit 1MDB yang telah dicuri dan digubah.

Namun akhir-akhirnya, kisah RM2.6 bilion itu hilang sebaliknya sekadar diganti dengan kes SRC RM42 juta.

Semalam, Tommy Thomas menampilkan bukti resit-resit kad kredit dan telefon untuk menyokong dakwaannya bahawa Najib Abdul Razak telah mencuri wang SRC International. Turut disebut ialah senarai Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang menerima wang tersebut sebagai persediaan untuk PRU.

Semalam adalah hari pertama dan hari pertama sahaja, Tommy Thomas sudah gelabah teruk. Pasukan pendakwarayanya tidak dapat membantu Tommy Thomas.

Najib dikenakan tuduhan yang begitu banyak dengan harapan, kalau tidak satu, atau dua tuduhan akan lekat dan boleh menyebabkan Najib ke penjara. Singkatnya, Peguam Negara sangat tidak yakin dengan tuduhan utama yang perlu dikenakan terhadap Najib dan berharap ada tuduhan-tuduhan lain yang boleh memenangkannya.

Sememangnya amat mengecewakan dengan prestasi Tommy Thomas selaku Peguam Negara, semalam.


 
Blogger Templates