Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label mahathir-najib. Show all posts
Showing posts with label mahathir-najib. Show all posts

Monday, December 16, 2019

KEBUNTUAN TOMMY THOMAS, PRK KIMANIS, KETERDESAKAN BANDUAN AKHIR, AIR MUKA LIM KIT SIANG SERTA MAHATHIR DAN KERAJAANNYA... AKHIRNYA SD AZILAH HADRI MUNCUL!!!



Tidak nampak cara untuk menutup mulut Najib. Tidak nampak cara untuk menahan jari-jari Najib daripada menulis menggunakan media sosial tentang kebejatan, kebodohan, ketongongan dan kejahatan Kerajaan Pakatan membaham harta rakyat selain sentiasa melakukan penipuan dalam usaha untuk memanjangkan hayat pemerintahan mereka. Malah, tiada juga cara untuk menahan tubuh Najib daripada bertemu dengan rakyat jelata yang semakin menyambut baik kehadirannya, walaupun sebelum PRU-14, Najib merupakan orang yang paling dibenci dan paling banyak disumpah seranah.

Selepas 13 tahun kes pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan dua orang pelakunya, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dan selama 19 bulan Kerajaan Pakatan memerintah Malaysia, hanya kerana PRK Kimanis yang terlihat penting selain kebuntuan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam pengendalian kes 1MDB dan SRC International, muncul kembali isu pembunuhan Altantuya.

Cuma kali ini tidak lagi membabitkan Rosmah Mansor, sebaliknya terus kepada Najib Razak!


11 Oktober 2018, Najib Abdul Razak telah mengarahkan pembantunya membuat laporan polis terhadap dirinya bagi membolehkan satu siasatan polis di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dijalankan membabitkan dakwaan yang dia terbabit dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuklah Altantuya Shiiribu dan Timbalan Pendakwaraya Anthony Kevin Morais. (RUJUK SINI)

Najib mengambil langkah tersebut selepas Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang enggan membuka semula kertas siasatan berhubung pembunuhan-pembunuhan berkenaan. Justeru, menurut Najib, Kerajaan Pakatan bukan sahaja perlu menyiasat kembali kes tersebut sebaliknya menubuhkan satu pasukan penyiasat khas bagi tujuan tersebut memandangkan mereka kini berkuasa. (RUJUK KINI)


Lim Kit Siang dan DAP pula dilihat sangat terdesak untuk mengenakan Najib dan Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya Shiiribu selepas mendapati agak sukar untuk Tommy Thomas mensabitkan Najib dalam skandal RM42 bilion, RM2.6 bilion, RM42 juta dan apa-apa sahaja jumlahnya. (RUJUK SINI) dan (SINI)

22 Februari 2019, PDRM bagaimanapun mengesahkan tiada sebarang bukti untuk mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shiiribu. (RUJUK SINI)

Dengan PRK Kimanis yang semakin dekat dan Pakatan Harapan ketandusan isu, terutama sekali apabila kes perbicaraan 1MDB dan SRC International yang diharapkan dapat memakukan Najib ke lantai penjara, nampak jauh daripada digapai, tiba-tiba muncul pula Akuan Bersumpah banduan akhir Azilah Hadri yang mendakwa Najib Abdul Razak yang mengarahkan dia membunuh Altantuya Shiiribu.

TEKS PENUH SD AZILAH HADRI BOLEH DIBACA DI SINI


Sepanjang perbicaraan 1MDB dan SRC International, semua dapat melihat bagaimana Tommy Thomas berada dalam keadaan panik. Minggu lepas sahaja, Najib Razak sekali lagi membidas Tommy Thomas yang serba tidak tahu dalam beberapa kes termasuklah kes SRC International Sdn. Bhd. Dan sepanjang minggu lepas sahaja, Tommy Thomas dan pasukan pendakwarayanya kelihatan tidak ubah seperti badut yang hilang punca sehingga bertanyakan tentang kaitan antara Najib dengan Mahathir dalam pemilihan agung UMNO tahun 1987.

Beberapa kes membabitkan 'TOMMY THOMAS TAK TAHU' termasuklah rayuan oleh Pejabat Peguam Negara terhadap pembebasan Rafizi Ramli di bawah Akta BAFIA yang menurut Peguam Negara dibuat di luar pengetahuannya.

Begitu juga dengan kes pada April 2019 di mana Tommy Thomas tidak tahu mengapa rayuan tidak dibuat oleh pejabatnya berhubung pembebasan seorang majikan yang dituduh mendera dan membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia di Pulau Pinang.

Pada Julai 2019 pula, Tommy Thomas dilaporkan berkata, dia tidak tahu menahu tentang rayuan balas terhadap penceramah agama Wan Ji Wan Hussin kerana membuat kenyataan fitnah.

Sekali lagi pada Julai 2019, Tommy Thomas dilaporkan menafikan pembabitannya dalam penfailan afidavit di Mahkamah Rayuan yang anggota bomba, kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bukanlah disebabkan kecederaan akibat dibelasah.


Sebelum itu, pada Julai 2018, Peguam Negara Switzerland telah bertemu dengan Tommy Thomas dan mengesahkan bahawa Pejabat Peguam Negara Switzerland tidak pernah membuka sebarang prosiding terhadap Najib Razak dalam kes 1MDB memandangkan Najib Razak bukanlah salah seorang yang dituduh. Pejabat Peguam Negara Malaysia bagaimana pun tidak membuka sebarang prosiding terhadap dua orang pegawai 1MDB walaupun Pejabat Peguam Negara Switzerland bertindak sebaliknya. (RUJUK SINI) dan (SINI)

Hari ini, secara tiba-tiba muncul SD Azilah Hadri. Malahan peguambela Azilah sendiri terkejut dengan Akuan Bersumpah yang dibuat oleh banduan akhir tersebut. (RUJUK SINI)

Pada 30 Januari 2016, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan tersebut, Sirul Azhar Umar dalam satu klip video telah menafikan pembabitan atau keterkaitan Najib Razak dalam pembunuhan model Mongolia tersebut.




Perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shiiribu telah dilakukan selama ratusan hari dan selama bertahun-tahun membabitkan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan yang kemudian mengekalkan hukuman mati terhadap Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar lima tahun dahulu.

Satu tandatanya yang muncul sekarang ialah, kalau benar Azilah Hadri mahu Mahkamah Persekutuan menyemak semula sabitannya, mengapa dia failkan afidavit sahaja? Mengapa dia perlu membuat akaun berkanun dan kemudian memaklumkan kepada umum? 


Adakah itu merupakan petunjuk bahawa Azilah telah diberikan 'jaminan' oleh pihak-pihak berkaitan bahawa hukuman gantung sampai mati ke atasnya akan ditarik balik sekiranya dia menuduh Najib Razak yang mengarahkan dia membunuh Altantuya Shiiribu? 

Atau adakah itu merupakan satu cara untuk menutup mulut Najib dan menghilangkan tubuh badan Najib daripada pandangan orang awam, memandangkan tertuduh hukuman bunuh akan dilokapkan dan disimpan dalam penjara kerana undang-undang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, walaupun dalam kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, pembunuh berjaya 'menghilangkan diri' sehingga ke hari ini?

Atau adakah pengakuan bersumpah Azilah Hadri ini muncul setelah Tan Sri Shafee Abdullah berjaya memperolehi kebenaran untuk mengakses dokumen-dokumen Xavier Justo sekaligus menyukarkan lagi Tommy Thomas dalam pendakwaan terhadap Najib?


Sunday, February 3, 2019

KENAPA BERBEZA SANGAT LAYANAN ORANG RAMAI TERHADAP PERDANA MENTERI YANG CUBA SELAMATKAN MALAYSIA DENGAN BEKAS PERDANA MENTERI YANG DITUDUH SEBAGAI PEROMPAK DAN PENCURI?!!!



Nak harap Menteri Besar Kedah datang ke Langkawi, Mukhriz lebih kerap berada di Kuala Lumpur berbanding di Kedah. Kalau pergi ke Langkawi pun, dia lebih kerap berada di sebuah pusat peranginan yang orang Langkawi takkan mampu jejak kaki kalaupun tidak mampu membayar harga secawan kopinya. Kalau dia ke Langkawi pun, semata-mata kerana kapal anaknya parking di salah sebuah marina di Langkawi.

Nak harapkan Ahli Parlimen Langkawi yang juga merupakan Perdana Menteri, juga sebagai bapa kepada Menteri Besar Kedah dan tok wan kepada pemilik salah sebuah kapal pelayaran yang berlabuh di Langkawi, lagilah tak boleh harap. Satu-satunya acara Mahathir bersama-sama rakyat adalah masa dia jadi doktor kerajaan di pulau tersebut tahun 60-an dulu. Selepas itu dia hanya berjalan untuk meninjau-ninjau tanah dan kali terakhir, dia menjejakkan kaki bersama rakyat untuk meraih undi untuknya menjadi Ahli Parlimen pada PRU-14 lalu.

Mahathir dan seluruh ahli keluarganya adalah EKSKLUSIF. Sudah tidak lagi berjiwa rakyat. Mereka sudah ada dan sudah duduk dalam satu kelas atasan yang tersendiri. Jurang antara rakyat dengan Mahathir dan keluarganya sudah terlalu jauh.




Kelebihan Najib pula ialah, dari awal kerjaya politiknya, turun padang adalah amalannya. Ketika dia menjadi Perdana Menteri, dia memperkenalkan budaya turun padang kepada orang politik. Namun budaya tersebut akhirnya berjaya dimanipulasi dan diambil peluang oleh para pemimpin Pakatan.

Selepas kehilangan jawatan dan kerajaan, Najib diasak dengan pelbagai tuduhan jenayah komersial. Untuk seketika, Najib seperti kehilangan dirinya sendiri.

Namun kebelakangan ini, Najib kembali ke trek asalnya, TURUN PADANG.



Dua hari sudah sehingga hari Rabu, Najib bercuti di Langkawi. Dan sudah pastilah, percutian Najib membawa maksud bertemu dengan rakyat yang pernah diterajuinya. Lebih ironi lagi, di kubu kuat yang menyaksikan kembali Mahathir Mohamad sebagai Ahli Parlimen selepas bersara selama 15 tahun dan kembali diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kehadiran Najib di Langkawi sampai ke pendengaran rakyat. Justeru ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi disambut meriah oleh rakyat. Ramai yang mengambil kesempatan bergambar dengan Najib.


Ternyata sambutan hangat yang diberikan kepada Najib, tidak menyenangkan hati kepimpinan PPBM Langkawi. Lima orang daripada mereka membuat laporan polis setelah mendapat tahu, Najib akan bertemu rakyat di Pantai Chenang. Begitu juga dengan program seperti bersarapan dan bersantai dengan orang ramai di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

Laporan polis dibuat kononnya untuk memastikan semua program Najib tidak mengandungi hasutan dan fitnah terhadap kerajaan dan khususnya terhadap Dr. Mahathir. Lebih daripada itu, lima orang yang membuat laporan itu juga mempersoalkan permit kebenaran yang diperlukan Najib untuk berselfie bersama-sama orang ramai.




Dikecam netizen dan penyokong sendiri, akhirnya Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga merupakan pemimpin PPBM dan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith berkata, laporan polis itu dibuat adalah bagi memastikan ketenteraman Pulau Langkawi.

Dengan kata lain, PPBM berpendapat kehadiran Najib di Pulau Langkawi boleh mencetuskan rusuhan dan kekacauan kepada negara sepertimana yang dilakukan oleh lanun-lanun Sulu di Tanduo, Lahad Datu pada tahun 2013 dulu.

Usaha menghalang pertemuan antara Najib dengan orang ramai di Langkawi diteruskan apabila penghadang besi digunakan di Pantai Chenang bagi tujuan tersebut. Namun Najib yang berkesempatan ke Pantai Chenang, sekali lagi diserbu orang ramai. Penghadang besi yang digunakan pula, langsung tidak berfungsi.

Malam tadi, Najib ke Pasar Malam Langkawi. Orang ramai tetap berpusu-pusu untuk bergambar bersama-samanya.

Orang ramai mula membandingkan sambutan khalayak terhadap Dr. Mahathir yang bergelar Perdana Menteri pula. Kehadiran Dr. Mahathir di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan pada malam Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dijadikan sebagai perbandingan.


Tuesday, February 27, 2018

KERANA NAJIB SENTUH KUDA MAHATHIR, 'KUDA-KUDA' MAHATHIR JADI AGRESIF DAN SERANG BERTALU-TALU DENGAN INFOGRAFIK TIGA SUKU FITNAH!!!



Memang benar kata orang, Mahathir dan kuda tidak boleh dipisahkan. Mahathir dan kuda ibarat nafas dengan roh. Tidak ada nafas, maka roh pun bercerai dari badan. Tidak ada roh, maka tidak wujudlah nafas. Tidak ada Mahathir, maka tidak adalah kandang kuda dengan 40 ekor kuda baka baik di Langkawi!

Asal mulanya, Mahathir melihat kegelinciran lidah Najib yang menyebut, di rumah dia tidak makan nasi, sebaliknya quinoa (bunyinya, 'keen wah') sejenis bijirin yang berasal dari Amerika Tengah dan seringkali disyorkan oleh pakar pemakanan bagi mereka yang menjaga kesihatan terutama sekali kencing manis mahupun tahap kolestrol dan pesakit jantung.


Antara kelebihan quinoa adalah memasaknya lebih cepat, dan kandungan protein tumbuhan yang lebih tinggi yang amat sesuai untuk golongan yang kurang memakan daging.

Harga di pasaran Malaysia adalah antara RM15.90 sehingga RM49.00 bergantung kepada jumlah berat, jenis, jenama dan negara pengeluar.

Mahathir dan pemimpin Pakatan khususnya dari DAP segera menggunakan isu tersebut dengan menggambarkan, Najib memakan makanan yang mahal-mahal sedangkan rakyat cuma mampu makan nasi beras tempatan.

Dan Mahathir sendiri pun turut berseronok mengata Najib.

Umpan mengena!


Seperti yang diketahui, Najib mempunyai masa yang sangat terhad di rumah. Lebih banyak masanya makan di luar berbanding di rumah. Lebih banyak dia menjamah makanan tempatan yang terdiri daripada nasi dan makanan ruji lain berbanding quinoa termasuklah nasi lemak dan nasi vanggey seperti yang dilakukannya bersama-sama keluarga mahupun bersama orang ramai. Terlalu mustahil untuk Najib makan quinoa sebulan 10 kilogram!

Apabila Mahathir cuba berlagak seolah-olah dia sangat naif, sangat zuhud dan sangat bersederhana, Najib segera mengusik tentang KUDA-KUDA Mahathir.


Kata Najib, makanan untuk kuda-kuda Mahathir jauh lebih mahal berbanding quinoa yang diambilnya untuk tujuan kesihatan.

Agak menarik juga, Najib tidak menyentuh secara lanjut tentang rawatan stem cells yang dilakukan oleh Mahathir. (RUJUK SINI) Kalau tidak, pasti para penyokong Mahathir akan melompat lebih tinggi.

Sedar bahawa usikan Najib terhadap Mahathir dan kuda-kudanya boleh menyebabkan banyak benda lain terbuka, terutama sekali ladang kuda di Argentina yang sepatutnya atas nama TAN SRI APPAVOO PACKIRI ARUMUGAM.


Media-media antarabangsa melaporkan TAN SRI APPAVOO PACKIRI ARUMUGAM memiliki ladang biri-biri berkeluasan 600,000 hektar dan ladang pembiakan kuda serta resort ski di Los Lenas, Argentina. Dia turut dikatakan memiliki ladang berkeluasan 12,000 hektar berhampiran Buenos Aires.

Siapa TAN SRI APPAVOO PACKIRI ARUMUGAM?

Tan Sri A.P. Arumugam memperolehi kekayaan daripada/;

~ RM1.8 billion Projek Empangan Pergau
~ RM500 juta avionics/navigation contract KLIA
~ RM180 juta EMU Railway coaches contract
~ Kontrak armed forces bunker Jalan Gurney – dan banyak lagi.

Dia juga mempunyai urusan perniagaan bersama anak Mahathir dan anak-anak yang lain dilantik sebagai pengarah dalam syarikatnya. (RUJUK SINI)


Sedar yang Najib sebenarnya sedang membuka Kotak Pandora Mahathir secara perlahan-lahan, jentera dan penyokong Mahathir terpaksa mencari jalan untuk menyelamatkan idola mereka. Info-info grafik yang mengandungi bahan-bahan fitnah termasuklah isu-isu yang telah dijawab dan 'diselesaikan' seperti isu cincin RM24 juta, kembali dimainkan. Begitu juga dengan isu Rafizi Ramli dan lembu di dalam kondo yang sebenarnya telah dijawab bahawa Rafizi adalah seorang penfitnah dan RM250 juta yang konon-kononnya wang rakyat, sebenarnya adalah pinjaman dari bank yang perlu dibayar semula.

Info-info grafik fitnah ini sedang berleluasa di media-media sosial, khususnya WhatsApp dalam usaha mereka untuk menutup dan mengalihkan isu kekayaan Mahathir dan kroninya.

Atau lebih tepat lagi, pemilikan kuda-kuda hibrid tinggi yang menjadi kebanggaan Mahathir.

Hanya kerana kuda!!!



Friday, February 9, 2018

KEDENGKIAN DAN HASAD MAHATHIR KEPADA NAJIB TIDAK DAPAT MENUTUP KEJAHANAMANNYA KE ATAS MALAYSIA!!!



Jurucakap rasmi Lim Kit Siang, Dr. Mahathir berterusan cuba menutup kegagalannya sepanjang 22 tahun dia mentadbir Malaysia dan menyalahkan Najib Abdul Razak yang telah banyak membersihkan tahi-tahi serta kekotoran pentadbirannya.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, kebanyakan penyokong Mahathir masih lagi percaya zaman Mahathir jauh lebih senang dan harga barang jauh lebih murah berbanding pada hari ini.

Ironinya, mereka tidak pernah berani membandingkan tangga gaji dan upah kerja yang diperolehi oleh kaum pekerja dan kakitangan awam pada zaman Mahathir serta manfaat serta faedah-faedah yang ditawarkan oleh majikan. Mereka sebaliknya hanya membandingkan gaya hidup mudah pada zaman  Mahathir yang dianggap era keemasan dan kemuncak ketamadunan Malaysia.

Mahathir sendiri turut memperbesar-besarkan pembohongan kononnya jikalau Najib berterusan memimpin negara, Malaysia akan bankrap, sedangkan data dan fakta menunjukkan Najib mengambilalih Malaysia daripada Abdullah Badawi. Abdullah Badawi pula terpaksa mengehadkan perbelanjaan gila Mahathir dengan mengambil langkah berjimat cermat yang akhirnya membawa kepada kejatuhannya akibat fitnah Mahathir.

Secara mudah, Najib telah mengembalikan kedudukan Bank Negara Malaysia yang hampir bankrap akibat perjudian Forex Mahathir. Najib juga telah 'memperbaiki' Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang juga bankrap dikerjakan oleh Mahathir. Najib tidak lagi mengganggu Petronas dengan urusan bail-out seperti yang dilakukan oleh Mahathir sehingga Petronas kerugian atau kehilangan beratus bilion ringgit. Projek-projek sakit peninggalan Mahathir seperti Cyberjaya, Projek LRT, pengangkutan awam dan sebagainya.

Barangkali ada sedikit kelemahan pada Najib ialah, cengkamannya ke atas rakyat Malaysia menerusi undang-undang autokratik seperti ISA, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, AUKU dan sebagainya kurang berbanding Mahathir. Dek kerana itulah, pada era Najib, kebebasan bersuara adalah sesuatu yang dapat dinikmati dengan sebebas-bebasnya sehingga terbabas. Perjanjian Malaysia 1963 juga bukan lagi sesuatu yang bersifat taboo.

Suka atau tidak, Mahathir sebenarnya benci melihat kejayaan Najib membangunkan kembali Malaysia yang hancur dikerjakan oleh Mahathir. Mercu tanda-mercu tanda hebat seperti KLCC yang hanya menguntungkan sekelompok kecil manusia selain dasar penswastaan yang menyaksikan kekayaan negara digunakan untuk mengkayakan kroni Mahathir manakala rakyat biasa pula terpaksa menanggung segala perbelanjaan mereka dengan kadar gaji yang sangat menghina selaku manusia, bukan lagi keutamaan pada masa kini. Sebaliknya Najib memperkenalkan dasar ekonomi yang lebih menyeluruh dan bersifat mikro berbanding hanya mampu bermegah-megah dengan mata seperti yang dilakukan oleh Mahathir dengan kesannya ditanggung oleh rakyat.

Pada zaman ledakan maklumat ini dan dengan segala kemudahan yang ada untuk menilai kembali apa yang berlaku pada zaman Mahathir bagi membandingkan dengan zaman sekarang, tidak sepatutnya pembohongan Mahathir diterima bulat-bulat.

Yang sahihnya, Mahathir kini tidak lebih daripada sekadar menjadi jurucakap Lim Kit Siang yang menjuarai slogan Malaysia Bankrap dari tahun 1963 lagi!


Thursday, January 11, 2018

NAJIB KE TAMAN DARI TAMAN SYURGA, MAHATHIR PULA CARI BANDUAN PENJARA!!!



Allah SWT yang muliakan dan angkat seseorang itu menjadi pemimpin. Tanpa izin Allah SWT, usahlah melawan ketentuan takdir.

Alhamdulillah, semalam Datuk Seri Najib telah berjaya masuk ke taman syurga, Raudhah di Madinah. Raudhah adalah satu taman syurga yang ada di dunia ini.

"Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga” Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim

"Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya’ di Masjid Nabawi.


Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda memasuki makam Rasulullah" tulis Perdana Menteri di laman twitternya pada 10 Januari 2018.

Amat berbeza apa yang terjadi kini pada Mahathir. Baru sahaja diumum namanya untuk jadi Perdana Menteri sementara bagi pembangkang. Kena pula mencari banduan penjara untuk minta restu.

Kena pula "sign" surat perjanjian agar bila Anwar Ibrahim lepas dari penjara, mahu jawatan PM itu kena diserah pada Anwar.


Sebelum ini, cari Anwar di mahkamah. Sekarang ini, cari di hospital pula. Semalam di Hospital Rehabilitasi Cheras, Nurul Izzah jadi "tour guide" Mahathir untuk berjumpa dengan bapanya.

Namun Allah SWT tidak izinkan perjumpaan itu berlaku. Katalah apa pun andaian, kalau Allah SWT izin, ianya berlaku. Kalau Dia tidak izin, buatlah macam mana pun. Ianya tidak berlaku.

Doa dari kota suci Mekah dan Madinah lebih makbul dan diizinkanNya.

Bila hantar jemaah haji ke Mekah, dikatanya haji tidak mabrur. Bila Datuk Seri Najib tunaikan umrah, ada juga pembangkang yang cuba lempar fitnah dan jadikan ianya sebagai isu.

Sudah tidak ada modal lagi. Minyak pun turun 3 sen. Apa lagi pembangkang di Malaysia hendak jadikan isu. Sampai orang buat ibadat pun mereka kutuk dan kecam.

Pejabat Perdana Menteri sudah menjawab tohmahan jahat pembangkang itu di pautan ini ;

https://www.facebook.com/PMOMalaysia/posts/2011082668907702


Tidak cukup dengan itu, ada juga pembangkang pertikai Datuk Seri dapat masuk atau tidak dalam Kaabah. Ternyata tohmahan jahat itu meleset.

Tengok status di Twitter Datuk Seri Najib ini, https://twitter.com/NajibRazak/status/951299664095006722

Bukan sekali, sebelum ini pun pada tahun 2015, Datuk Seri Najib juga diberi peluang masuk dalam Kaabah. Lihat gambar di pautan ini ;

https://m.facebook.com/story.php…

Hari ini 11 Januari 2018, kalau ditulis akan jadi 11.1.18, nombornya amat cantik susunannya dan bermakna. Dari Madinah, Datuk Seri Najib kirimkan sekeping gambar di pintu masuk makam Rasullullah SAW.


Sebentar tadi, di Mekah, Datuk Seri Najib masuk dalam Kabaah. Tunaikan solat sunat dua rakaat dan memohon doa di dalam Kaabah agar negara ini terus aman, makmur dan sejahtera.

Amat kontradiks dengan pembangkang, mereka masih lagi sibuk hendak merampas kuasa, seolah olah mereka akan hidup selama lamanya.

Daripada sibuk pertikai ibadah umrah Datuk Seri Najib dan keluarga, alangkah baiknya kalau Mahathir ajak sama semua pembangkang naik jet peribadi anaknya ke tanah suci Mekah.

Moga Allah SWT terus kekalkan negara ini di tangan kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 nanti. Kerajaan BN yang berkhidmat untuk rakyat, bukannya pembangkang yang mahu kuasa untuk agenda peribadi dan kroni.

Tulisan :
Beruang Biru
BB734, Khamis
11 Januari 2018


Friday, September 15, 2017

PELABURAN KWSP: ANTARA PELABURAN UNTUNG ZAMAN NAJIB DAN BAIL-OUT RUGI BESAR ZAMAN MAHATHIR!!!



Masih kecoh tentang pelaburan KWSP di Amerika Syarikat di sebalik berita menyayat hati tentang tragedi kebakaran sebuah sekolah tahfiz di Datok Keramat, Kuala Lumpur yang mengorbankan 21 orang pelajar dan 2 orang guru.

Pelbagai hujah membabitkan pro dan kontra boleh dibaca. Yang menentang, sudah pastilah kerana terbawa-bawa dengan sentimen kebencian terhadap Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional. Ada juga yang menentang kerana masih fobia dengan dasar penswastaan negara oleh Dr. Mahathir dan penggunaan wang KWSP sewenang-wenangnya untuk bail-out syarikat-syarikat kroni dan anak-anaknya dengan alasan menyelamatkan negara. Malah tidak kurang pula yang menentang semata-mata kerana ia adalah satu isu yang boleh ditentang, tanpa sebarang hujah konkrit. 

Manakala yang menyokong pelaburan KWSP di Amerika Syarikat pula, bersandarkan kepada perolehan positif KWSP daripada hasil pelaburannya yang walaupun cuma sekadar 23% membabitkan pelaburan global badan tersebut berbanding 77% pelaburan dalam negeri, pendapatannya bagi suku pertama tahun ini sahaja telah disumbangkan sebanyak lebih 70%.

Ketika Abdullah Badawi mengambilalih tampuk pentadbiran negara daripada Dr. Mahathir pada tahun 2003, pihak pembangkang bertanyakan sama ada Abdullah Badawi akan meneruskan dasar-dasar penswastaan negara yang telah banyak merugikan negara ini walaupun dari segi lahiriahnya, negara lebih maju dan rakyat pula membayar setiap kemajuan tersebut menerusi kutipan cukai yang lebih tinggi serta bayaran konsesi termasuklah tol lebuhraya. Perubahan yang cuba dilakukan oleh Abdullah Badawi bagaimanapun ditentang dan akhirnya dia terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri untuk digantikan oleh Najib Abdul Razak. 

Najib Abdul Razak pada peringkat awalnya dilihat akan meneruskan dasar-dasar Dr. Mahathir termasuklah dasar penswastaan negara. Bagaimanapun, apabila Najib bukan sahaja tidak mengendahkan dasar yang telah mengkayakan sekelompok manusia yang rapat dengan Dr. Mahathir, bahkan telah merentapnya dari tangan mereka, Najib Abdul Razak mulai menjadi musuh utama Dr. Mahathir. 

Bukan sahaja Najib Abdul Razak menamatkan 'batil emas' puak-puak tersebut, tetapi pentadbiran dan pasukannya juga memperbetulkan semula ketirisan subsidi serta kewangan badan-badan utama negara terutama sekali yang membabitkan KWSP, Petronas, Tabung Haji dan sebagainya. Hampir tidak kedengaran lagi KWSP, Petronas atau Tabung Haji terpaksa menggunakan kekuatan kewangan mereka untuk 'menebus' syarikat-syarikat GLC yang kerugian seperti yan berlaku pada zaman Dr. Mahathir. 

Pada Jun 2005, Aliran, sebuah NGO pro pembangkang pada waktu itu memperkatakan tentang dasar penswastaan negara yang telah mengubah struktur negara ini dan memaksa rakyat menambahkan waktu bekerja bagi membayar segala macam bil yang tidak munasabah. Kesan daripada dasar penswastaan negara menjadikan kewangan negara ini amat rapuh dan rakyat pula bertukar menjadi robot yang terpaksa bersaing dengan pendatang asing dengan kadar gaji dan upah yang sangat murah. (RUJUK SINI)

Menurut Aliran, dasar penswastaan dan bail-out yang berleluasa pada zaman Dr. Mahathir telah mendatangkan kerugian besar kepada negara terutama dalam usaha untuk menebus semula kerugian daripada perjudian FOREX di tangan Mahathir.

Berikut adalah contoh-contoh yang ditampilkan oleh Aliran: 

(1) IWK

Kerajaan Mahathir telah bail-out RM200 juta Indah Water Konsortium (IWK), sebuah syarikat konsesi yang dihadiahkan kerja-kerja menguruskan sistem kumbahan negara. Menurut Lim Kit Siang, pinjaman mudah turut diberikan oleh Kerajaan Mahathir kepada IWK berjumlah RM1.4 bilion dan syarikat tersebut tetap diisytiharkan rugi sehingga perlu dibail-out.

(2) KPB

Antara projek yang paling menarik kerana kesungguhan Mahathir menyelamatkan Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) yang dimiliki oleh anaknya, Mirzan. Syarikat tersebut berhutang sebanyak RM1.7 bilion dan menggunakan dana dari Petroleum Nasional Bhd (Petronas). Syarikat perkapalan yang dimiliki oleh Petronas MISC telah digunakan untuk membeli aset-aset KPB secara tunai sehingga mencecah RM1 bilion.

(3) PROTON

Kerajaan Mahathir bukan sahaja dikritik berhubung penggunaan dana Petronas semata-mata untuk membeli semula kepentingan 27% dalam Proton yang bernilai lebih kurang RM1 bilion, tetapi turut dikecam kerana penggunaan sewenang-wenangnya wang Petronas untuk mengawal pemegang saham dan kemudian melupuskan pegangan tersebut. Penguasaan daripada penggunaan wang Petronas itu, akhirnya berpindah kepada DRB-Hicom Group Bhd yang sudah pun sarat dengan hutang. Urusniaga tersebut diumumkan selepas Proton dilaporkan mengalami kerugian bersih RM19 juta dalam sembilan bulan sehingga 31 Disember 1999.

(4) MAS

Kerajaan telah membeli kembali majoriti saham dalam MAS pada harga yang sama dijual pada tahun 1994. Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional yang hanya mempunyai sedikit itu, kemudiannya dibebani dengan hutang sebanyak RM9.5 bilion dan berhadapan dengan kerugian empat tahun berturut-turut dan hampir-hampir diisytiharkan muflis.

MAS pada mulanya dijual kepada Tajudin Ramli yang dianggap sebagai protege Menteri Kewangan pada waktu itu, Daim Zainuddin tanpa sebarang pembidaan. Dalam bail-out, kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk membayar RM8 bagi setiap saham walaupun saham-saham MAS diperniagakan pada harga RM3.60 seunit. Dipercayai, Kerajaan Mahathir telah membayar hampir RM1 bilion, lebih dari nilai pasaran untuk pegangan saham MAS. Tajudin Ramli kemudiannya dipersalahkan dan Mahathir serta Daim Zainuddin terlepas!

(5)  TIME DOTCOM

Time dotCom merupakan anak syarikat Time Engineering, sebuah syarikat senarai awam yang berkaitan dengan RENONG Group, sebuah syarikat UMNO.

Dalam usaha menyelamatkan Time DotCom, wang Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang berada di bawah kawalan Kementerian Kewangan telah digunakan. Sebanyak RM904 juta telah digunakan untuk membeli 273.9 juta saham-saham Time dotCom yang tidak diperlukan, sekaligus mengakibatkan kerugian serta merta sebanyak RM280 juta. 

KWSP kemudiannya membelanjakan RM269.28 juta untuk membeli 81.6 juta saham-saham (peruntukan awam yang tidak dibeli dalam tawaran IPO awam) Time dotCom Bhd pada harga RM3.30 sedangkan harga sebenar seunit saham tersebut hanya berlegar-legar antara RM1.96 sehingga RM2.10, sekaligus merugikan wang rakyat sebanyak RM100 juta. 

DANAHARTA (agensi yang ditugaskan untuk menghapuskan pinjaman-pinjaman lapok dari sistem perbankan) dan Khazanah (agensi pelaburan kerajaan) turut terbabit dalam bail-out tersebut, sedangkan tugas sebenar mereka bukanlah menjadi kuda tunggangan untuk bail-out kegagalan IPO syarikat-syarikat tersebut. Khazanah membeli 30% kepentingan Time dotCom dengan harga RM2.1 bilion.

(6) LRT

Sekali lagi wang rakyat dipergunakan atas nama penswastaan apabila sejumlah RM6 bilion telah digunakan untuk bail-out atau menyelamatkan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn. Bhd (PUTRA) yang dimiliki oleh RENONG (bekas syarikat pelaburan UMNO) serta RM2 bilion pinjaman pada 1999 kepada Sistem Transit Aliran Ringan Sdn. Bhd (STAR).

KWSP kemudiannya memberikan 'pinjaman' sebanyak RM600 juta kepada STAR walaupun syarikat tersebut sedang berhadapan dengan kerugian. Pegangan ekuiti pemegang dana itu yang berjumlah RM135 juta dilupuskan dan mengalami kerugian menerusi pegangan sahamnya berjumlah RM96 juta pada 1999. STAR dan PUTRA tetap dibenarkan beroperasi dan menguruskan sistem LRT walaupun kedua-dua syarikat dilaporkan telah disalahurus dan tidak kompeten. Kerugian sepenuhnya ditanggung oleh pembayar-pembayar cukai. 

Bail-out kedua-dua syarikat LRT tersebut merupakan projek bail-out terbesar menggunakan dana awam dan hasilnya tetap rugi.

(7) PLUS

Pada 1988, Kerajaan Mahathir telah menganugerahkan konsesi PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) kepada United Engineers Malaysia Berhad (UEM), sebuah syarikat yang dimiliki oleh syarikat amanah UMNO, Hatibudi Sdn. Bhd. Penganugerahan tersebut diselubungi pelbagai tuduhan rasuah, selain conflict of interest di mana UEM merupakan syarikat yang paling tidak layak di kalangan empat tender yang dihantar. UEM kemudiannya menubuhkan PLUS untuk mengambilalih konsesi NSE. 

Walaupun projek penswastaan tersebut membabitkan konsensi bagi melancarkan kewangan syarikat, Kerajaan Mahathir kemudiannya menjamin pinjaman mudah sebanyak RM1.6 bilion, jumlah yang merupakan separuh daripada harga tender RM3.2 bilion. Kos pembinaan kemudiannya dilaporkan dua kali ganda dari jumlah ini dan alasannya hanya boleh difahami oleh Dr. Mahathir. Anugerah lain yang diberikan kepada UEM termasuklah peningkatan kadar tol, jumlah trafik terjamin dan beberapa kemudahan lain di mana perinciannya sehingga ke hari ini berada di bawah OSA. 

Sewaktu krisis kewangan Asia berlaku pada 1997/98, PLUS telah menjadi lembu susu untuk membekalkan wang kepada UEM Group yang sedang berhadapan dengan masalah hutang yang sangat besar sehngga mencecah berpuluh-puluh bilion ringgit. Kutipan dari PLUS menjadikan syarikat tersebut sebagai lembu susu, sekaligus menukarkan PLUS sebagai syarikat peminjam terbesar kepada UEM dalam usaha memastikan UEM terus hidup sepanjang krisis kewangan. Sekali lagi rakyat dipergunakan semata-mata untuk membiayai kewangan UEM Group.

(8) PSC/Projek TLDM

Abdullah Badawi pernah cuba untuk membatalkan kontrak penswastaan bernilai RM24.3 bilion yang telah ditandatangani pada tahun 1998 yang dianugerahkan kepada PSC Industries Bhd (PSCI), sebuah syarikat yang dikuasai oleh Amin Shah Omar Shah. Perjanjian tersebut memberikan kuasa kepada PSC untuk menguasai dok-dok utama kapal milik kerajaan dan hak istimewa untuk menyelenggara keseluruhan aset perkapalan TLDM. Kerajaan Mahathir telah pun mendahulukan wang sebanyak RM2.5 bilion kepada PSCI. Bagaimanapun, dua buah kapal yang dibina oleh PSC telah gagal dihantar kepada TLDM. PSC sendiri berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat teruk.

Jun 2005, Amin Shah yang dilantik semula sebagai Pengarah PSCI dalam mesyuarat tahunan pemegang-pemegang saham yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada syarikat-syarikat pemegang saham seperti Boustead Holdings Bhd, telah dilarang daripada menghadiri mesyuarat. Boustead, pemegang saham tunggal terbesar PSI dengan 32.7% telah mengeluarkan notis menghalau Amin Shah dari Lembaga Pengarah PSCI.

PAC yang diketuai oleh Shahrir Samad yang mencadangkan agar kerajaan menggunakan apa-apa sahaja kaedah untuk menyelamatkan dan menjadi PSC Naval Dockyard sebuah korporat telah menyebabkan Amin Shah marah. PSCI kemudiannya mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Shahrir Samad kerana dakwaannya, wujud pecah amanah dan penyelewengan di kalangan pegawai-pegawai tertinggi syarikat tersebut sehingga menyebabkan syarikat itu gagal dan rugi teruk.

Lain-lain bail-out yang berlaku pada zaman Mahathir termasuklah: 

(a) Penggunaan dana KWSP untuk bail-out ekuiti Renong/UEM dan jaminan pinjaman RM800 juta dari kerajaan selain pemaksaan ke atas bank-bank seperti Malayan Banking, Bank Bumiputera, Bank of Commerce dan RHB untuk membeli ekuiti Renong daripada Pengerusi Eksekutif syarikat tersebut, Halim Saad. 

(b) Bail-out syarikat National Steel Company (NSC) milik Renong di Filipina menerusi syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, Hottick yang memberikan pinjaman tanpa sebarang andaran menerusi bank milik kerajaan, Malayan Banking dan Bank Bumputera selain RHB Bank dan Bank Of Commerce. Hutang dan pinjaman Hottick bernilai RM3.09 bilion kemudiannya diambilalih oleh Danaharta. 

(c) Bail-out Ekran Berhad milik Ting Pek Khiing yang telah menerima pampasan bernilai RM950 juta daripada kerajaan berhubung Projek Empangan Bakun. 

(d) Bail-out Park May, Intrakota, Monorail dan sebagainya.

Senarai bail-out menggunakan dana awam seperti KWSP, KWAP, Petronas, Tabung Haji dan sebagainya sebenarnya jauh lebih banyak berbanding yang tertulis di atas. Najib Abdul Razak mengambilalih negara ini dalam keadaan kewangan negara yang sedang sarat dengan pelbagai masalah kesan daripada dasar-dasar Mahathir yang menjadikan wang negara sebagai wang keluarganya.

Satu persatu masalah-masalah yang disebutkan di atas telah diperbetulkan semula oleh Najib sehingga mendorong kepada sabotaj kumpulan-kumpulan penyokong yang menguasai kartel-kartel barangan keperluan harian dan kepenggunaan bagi menutup masalah sebenar.

Maka tidak hairanlah mengapa Mahathir diserang penyakit meroyan yang sangat teruk, terutama apabila dia yang kerapkali digambarkan sebagai pemimpin yang hebat, sebenarnya tidak lebih daripada penambah beban kepada rakyat Malaysia. Masalah yang dicipta sepanjang 22 tahun pentadbirannya, hanya boleh diselesaikan sekurang-kurangnya 30 tahun lagi. Itu pun jikalau tidak ada masalah lain yang timbul atau pengulangan sejarah Mahathir. 

Tidak hairanlah juga mengapa ramai yang begitu fobia apabila mendengar Najib berterus terang tentang pelaburan KWSP dan Khazanah serta MAS di Amerika Syarikat!!!


Tuesday, September 12, 2017

TERDESAK SEHINGGA TERPAKSA TARIK SITI HASMAH SOKONG COMANGO, BERSIH PULA GAGAL DEMONSTRASI ANTI-NAJIB DI WASHINGTON!!!



Dua hari lepas, Tun Dr. Siti Hasmah yang tidak pernah terlibat dalam mana-mana penganjuran demonstrasi, muncul buat kali pertama di dalam Himpunan Ungu yang didalangi oleh  COMANGO yang kuat menyokong LGBT dan kebebasan seksual. Kononnya sebagai menyuarakan penentangan terhadap 'politik toksik'.

Himpunan Ungu itu sebenarnya adalah bertujuan untuk 'memperolok-olokkan' Donald Trump yang telah menjemput Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak ke Amerika Syarikat. Umum mengetahui, Donald Trump berjaya mengalahkan Hillary Clinton dalam perebutan menjadi Presiden Amerika Syarikat. Pada hari kekalahannya, Hillary Clinton mengenakan baju berwarna ungu yang melambangkan pergerakan wanita. (RUJUK SINI)

Donald Trump sebaik-baik sahaja mengambilalih pentadbiran Amerika Syarikat, telah memecat ramai kakitangan pentadbiran sebelumnya, terutama di dalam DOJ yang seringkali menjadi rujukan Gerakan Mahathir. Pendedahan beberapa pihak termasuklah dari kem Mahathir sendiri menunjukkan, berpuluh-puluh juta Dollar Amerika telah disalurkan kepada Yayasan Clinton dari Kem Mahathir untuk memastikan Clinton menang, seterusnya berjaya menggulingkan Najib Abdul Razak di Malaysia.

Gerakan COMANGO terus menyerang negara ini selepas mereka gagal dalam usaha mendapat pengiktirafan dari PBB pada tahun 2014 apabila tuntutan-tuntutan mereka ditolak oleh pertubuhan berkenaan. (RUJUK SINI)





Antara penggiat utama COMANGO adalah Marina Mahathir, anak sulung Dr. Mahathir dan Siti Hasmah!

Penglibatan anak Marina Mahathir dalam demonstrasi yang kononnya dihadiri 1000 orang dua hari sudah, yang cuba mengangkat perjuangan menghalalkan LGBT sebagai cara hidup, sudah cukup untuk menunjukkan apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh keluarga Mahathir.

Pada masa yang sama, orang yang sangat mereka musuhi pula selamat sampai di Washington DC untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.



Kumpulan penyokong Mahathir awal-awal lagi telah cuba mewuar-uwarkan kononnya Najib Abdul Razak dan isterinya terpaksa ke Washington untuk memujuk Amerika Syarikat agar tidak menangkap dan mendakwanya kerana kleptokrasi. Berita tentang FBI, CIA dan seribu satu nama lain mahu menangkap, memberkas dan memenjarakan Najib Abdul Razak juga sudah lama dimainkan sehingga ada juga yang percaya dengan cerita-cerita dongeng itu.

Lawatan kerja selama tiga hari sudah berlangsung selama dua hari. Tinggal sehari sahaja lagi. Kelompok Mahathir dan Pakatan Harapan terus mencipta cerita-cerita dongeng untuk memujuk hati sendiri.

Ada sesuatu yang menarik berlaku di Washington D.C.


Puak BERSIH di Amerika Syarikat dilaporkan telah merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan memalukan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Rancangan berdemonstrasi itu kononnya mahu menunjukkan kepada Amerika Syarikat dan Donald Trump, Najib Abdul Razak tidak lagi diterima oleh rakyat Malaysia.

Malangnya, rancangan demonstrasi BERSIH itu tidak sempat dilaksanakan apabila sekumpulan pelajar-pelajar Malaysia di Washington terlebih dahulu mengadakan sambutan dan mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri serta rombongan. Apatah lagi, sambutan daripada kempen BERSIH untuk mengadakan demonstrasi juga nampaknya gagal dan kurang mendapat sambutan daripada para pelajar serta rakyat Malaysia yang tinggal di Washington.

Sedar tentang rancangan untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri dan rombongannya telah gagal, BERSIH sekali lagi cuba mengatur untuk mengadakan demonstrasi yang bertujuan memalukan delegasi negara ke Amerika Syarikat ketika majlis makan malam.


Bagaimanapun, sekali lagi sambutan yang diperolehi terlalu hambar. Penyokong Najib dan mereka yang teruja dengan kedatangan Najib Abdul Razak serta isterinya, jauh mengatasi bilangan puak-puak BERSIH.

Apa yang mereka mampu lakukan sekarang cuma mengeluh dan mengadu konon-kononnya Donald Trump dan pentadbirannya dikutuk dikecam oleh media-media utama negara tersebut, sedangkan pada masa yang sama, mereka gagal menunjukkan bukti sebaliknya media-media utama Amerika Syarikat mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri dan rombongannya sebagai pemangkin kepada perdagangan dan kepentingan Amerika Syarikat di Malaysia yang lebih besar berbanding sebelumnya.


Friday, June 2, 2017

BETUL KATA NIK ABDUH, KEROSAKAN YANG DILAKUKAN OLEH MAHATHIR, DITANGGUNG OLEH NAJIB AKAN LEBIH PARAH SEKIRANYA SISTEM MAHATHIRISME DITERUSKAN!!!



Ramai melihat zaman Mahathir sebagai zaman mewah walaupun hakikatnya, kemewahan yang digambarkan itu hanyalah dalam bentuk nikmat pandangan mata dan pada hakikatnya, kehilangan demi kehilangan, kerugian demi kerugian berlaku untuk bergenerasi seterusnya.

Kaedah Mahathir sekalipun dikatakan tidak menggunakan pinjaman luar, tetapi pinjaman dari sektor korporat dalam apa yang dimuluskan sebagai DASAR PENSWASTAAN telah menjadikan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pada setiap saat bagi setiap kos pembangunan negara yang mereka kecapi secara pandangan lahiriah.

Dengan sedikit peningkatan taraf hidup dan kenaikan gaji serta kadar upah, pembangunan fizikal menuntut rakyat wajib membayar setiap perubahan tersebut dalam apa cara sekalipun. Contoh terbaik adalah konsesi lebuhraya dan peningkatan tarif elektrik dan air yang telah diswastakan.

Sekelompok rakyat Malaysia menikmati keistimewaan tersebut dan mereka dihalalkan dengan alasan, daripada mereka, peluang-peluang pekerjaan akan tercipta dan persaingan mendapatkan tenaga kerja akan menaikkan kadar gaji dan upah tanpa mengambil kira faktor-faktor lain yang akan menidakkan teori tersebut terutama yang membabitkan tenaga kerja asing dan ekspatriat.

Dari pandangan, Malaysia berevolusi dan bertransformasi dengan pantas. Majoriti kita megah kerana negara yang berlatarbelakangkan komiditi pertanian dan perlombongan, kelihatan sangat maju dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan infrastruktur yang hebat. Kita mengejar status negara maju dan rakyat Malaysia pula semakin kehilangan masa dalam usaha mengimbangi keperluan yang semakin mendesak akibat kekangan ekonomi perut.

Sistem ekonomi bebas berjalan secara aktif. Apabila ada penawaran, adalah permintaan. Apabila tidak seimbang kedua-duanya, maka mekanisme harga pun mengambil bahagian. Siapa yang kuat kuasa belinya dan penawaran, maka merekalah yang akan menguasai harga. Dan kenaikan harga barang pun berlaku sama ada perlahan-lahan atau pun dalam keadaan panik seperti dalam kes kenaikan harga tepung dan gula akibat perbuatan sorok yang giat berlaku pada awal-awal tahun 1990-an.  

Kaedah Mahathir mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi apabila semua sektor dimonopoli oleh individu atau entiti tertentu termasuklah yang berselindung di sebalik topeng 'syarikat proksi parti politik', kesan jangka panjangnya akan menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung setiap bebanan kos termasuklah keuntungan yang perlu diraih oleh firma-firma dan individu-individu monopoli.

Justeru itulah, seperti yang dikatakan oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas), masalah yang dihebohkan dan dirungutkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia hari ini sebenarnya berpunca dari zaman Mahathir. Masalah pembaziran wang negara, kegiatan rasuah dan politik wang merupakan 'kesakitan lama' yang perlu ditanggung oleh Perdana Menteri hari ini, Najib Abdul Razak yang diwarisi dari zaman pentadbiran Dr. Mahathir.

Asas kerosakan yang dikatakan terjadi hari ini, sebenarnya bukan berlaku dalam tempoh 8 tahun tetapi lebih 2 dekad lalu. Ia samalah seperti stigma yang cuba ditanamkan tentang ketakutan kepada China Komunis yang sedang giat dijalankan oleh Mahathir dan para jentera propagandanya sehinggakan semua projek pelaburan yang diinisiatifkan oleh pentadbiran Najib Abdul Razak dianggap sebagai menjual negara kepada China.

Semuanya bermula apabila syarikat daripada China berjaya memenangi tender terbuka antarabangsa membabitkan Edra Energy yang diperjuangkan oleh Dr. Mahathir untuk kekal dimonopoli oleh rakan-rakan rapatnya. Perjanjian-perjanjian berat sebelah antara syarikat pengendali janakuasa tersebut dengan TNB, telah dihapuskan oleh pentadbiran Najib sekaligus menamatkan pemerolehan keuntungan mudah untuk kroni-kroni Mahathir. Secara tidak langsung, rakyat tidak perlu lagi membayar harga yang lebih mahal untuk tenaga elektrik berbanding ketika krisis tenaga yang diwujudkan untuk membenarkan beberapa orang kroni menyedut darah dan keringat setiap orang rakyat Malaysia semenjak pertengahan 1990-an lalu.

Ironinya, antara projek-projek yang dikatakan telah dimiliknegarakan kepada China termasuklah projek-projek seperti PROTON yang dibuat oleh syarikat Syed Mokhtar Al-Bukhary, orang yang diketahui rapat dengan Mahathir sendiri yang masih memiliki saham terbesar. Mahathir yang dahulunya mahu menjual 50% pegangan kepada Syarikat VW dari Jerman tetapi gagal, mula memikat Geely dari China pada 2014. Awal daripada itu, 30% kepentingan Proton diserahkan kepada Mitsubishi dari Jepun.

Juga projek seperti Kedah Integrated Fisheries Terminal, walaupun projek berkenaan dimulakan oleh Mukhriz Mahathir, anak Dr. Mahathir sendiri, tetapi pelaburan dari China menyebabkan Najib Abdul Razak dan Ahmad Bashah Hanipah, dipersalahkan kononnya mahu menjual negara. Begitu juga dengan Kedah Rubber City, juga projek Mukhriz.

Generasi muda pengundi ditakut-takutkan kononnya, generasi muda Melayu akan terpaksa mengemis pekerjaan daripada China. Ketuanan Melayu akan ditukarkan menjadi Ketuanan China Komunis!

Zaman Mahathir dahulu, apabila Jepun mendominasi pelaburan sama ada sektor pembuatan atau perkhidmatan di Malaysia, tidak timbul pula cerita Ketuanan Melayu bertukar menjadi Ketuanan Jepun. Jepun memiliki 30% industri berat negara termasuklah Proton, Perwaja dan insentif berbentuk tanah untuk pembinaan kilang dan sebagainya, sehinggakan wujud Dasar Pandang Ke Timur, tidak pula wujud stigma ketakutan negara ini dijajah oleh Jepun.

Dengan rayuan pinjaman bertrilion Yen bersandarkan nilai Dollar Amerika Syarikat selain pelaburan dari Jepun sama seperti yang berlaku sekarang - cuma tukarkan Jepun menjadi China - mengapa pula zaman 22 tahun Mahathir tidak dianggap sebagai negara ini telah pun terjual kepada negara asing?

Barangkali alasan perdagangan dan pelaburan antarabangsa, kerjasama dan usahasama perkongsian merupakan alasan paling wajar untuk zaman Mahathir, tetapi tidak untuk zaman Najib?

Dunia telah berputar. Dahulu, ekonomi Jepun adalah yang paling mantap, paling pantas dan paling berenovasi. Kini Jepun berhadapan dengan krisis dan kelembapan ekonomi. Malah gergasi ekonomi dunia, Amerika Syarikat sendiri pun, sedang dan 'terpaksa berehat' sehingga merayu dan melobi pelaburan termasuklah penjualan hartanah yang berkali-kali ganda lebih besar berbanding tambakan laut seperti Forest City untuk warga China.

Najib perlu memperbetulkan apa yang telah dirosakkan oleh Mahathir yang rakus dan gelojoh untuk membina dominasi Dinasti Kronisme menerusi tindakan yang lebih tegas tanpa mengambil kira nilai sentimental yang kerap didendangkan, kononnya Zaman Mahathir, Kita Mewah!


Sunday, May 7, 2017

ERA KEGEMILANGAN KRONISME DAN NEPOTISME SEMAKIN BERAKHIR, MAHATHIR KUATKAN AZAM UNTUK GULINGKAN NAJIB!!!



Di sebalik usia tuanya, walaupun semeluat manapun terhadap kelakuan mahupun skandal-skandal lepasnya yang berjaya ditutup dengan baik hasil 'kerjasama' orang dan pemimpin UMNO-BN sendiri, kita seharusnya memuji dan mengkagumi semangat serta kesungguhan bekas Perdana Menteri keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada ketika kebanyakan orang yang seusianya telah melupakan nikmat dunia dan bersiap sedia menghadapi hari-hari terakhir di muka dunia ini, Mahathir masih lagi utuh dan gagah ke sana ke mari untuk mengejar apa yang dikatakannya sebagai 'PERJUANGAN'.

Dari Langkawi, Kedah Utara sehinggalah ke Pekan, Pahang, Mahathir terus berkempen demi kelangsungan politik anak lelakinya, Mukhriz Mahathir di samping 'kebajikan' kroni-kroni serta proksi-proksinya yang terjejas teruk akibat penghapusan legasinya oleh Perdana Menteri sekarang, Najib Abdul Razak.

Pelbagai isu telah diutarakan oleh Mahathir. Bermula dengan 1MDB dan RM2.6 bilion yang disifatkannya sebagai 'Arab Gila yang menderma untuk Najib' sehinggalah ke ECRL dan pelabuhan di Kelang dan Kuantan. Isu yang paling kerap dizikirkannya adalah rasuah, kleptokrasi dan penyalahgunaan kuasa walaupun sebahagian besar daripada tuduhannya itu, merujuk kepada dirinya sendiri.

Sejarah Mahathir sebagai Perdana Menteri, tidaklah selancar seperti yang cuba digambarkan oleh para penyokongnya. Seawal tahun 1981 lagi, Mahathir terpaksa berhadapan dengan penentangan dalaman UMNO terutama daripada blok Naib Presiden yang lebih kanan sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1987 apabila UMNO asal diharamkan, dan Mahathir mendaftarkan UMNO Baru dengan beberapa penambahan undang-undang termasuklah 'undi bonus' untuk Presiden parti yang mempertahankan jawatan tersebut daripada dicabar oleh orang lain. Tidak termasuk juga adalah penggunaan undang-undang pencegahan jenayah ke atas saingan-saingan politiknya.

Mujurlah Mahathir berkuasa pada zaman media sosial tidak wujud atau belum berevolusi seperti sekarang. Bagaimanapun, Mahathir terasa bahang tersebut pada tahun 1998 menerusi Geocities dan Tripod yang dibangunkan oleh para penyokong Anwar Ibrahim dan PAS sehinggakan beberapa kawasan yang pernah menjadi kubu kuat UMNO-BN, berjaya dirampas oleh parti-parti politik saingan menerusi kempen di Internet sahaja. Mahathir bagaimanapun pada PRU 1999, terselamat kerana 'perjanjian gelapnya' dengan Suqui dan Dong Zhong.

Kini, Mahathir terus melancarkan serangan. Cuma kali ini, Mahathir bertukar wajah menjadi serigala jadi-jadian apabila orang yang paling teruk dikecamnya dahulu - selain Allahyarham Nik Aziz dan Hadi Awang - kini menjadi sekutu rapatnya. Tidak hanya berceramah, bahkan Mahathir turut menulis memuji-muji DAP dan Lim Kit Siang, sekaligus mengingatkan kita kepada Munsyi Abdullah yang memberikan pujian dan pujaan besar kepada Stamford Raffles, supaya dia terus mendapat kerja walaupun pada masa yang sama, menyakiti orang Melayu yang dijajah dan mahu dijajah oleh Inggeris.

Mahathir berkempen agar Najib ditumbangkan. Memandangkan kempennya secara makro, kurang berjaya dan kurang mendapat sambutan berbanding kempen Anwar Ibrahim ketika mahu menumbangkannya dahulu atau kempen Tengku Razaleigh Hamzah ketika mahu menurunkan dia daripada jawatan yang disandangnya selama 22 tahun, Mahathir mengalih corak dan taktik. Berbanding berkempen secara makro yang menyaksikan, DAP dan PKR sendiri tidak senang duduk kerana disumbu dek para penyokong sendiri setelah berpuluh-puluh tahun Mahathir merupakan antara punca utama mereka wujud, Mahathir mengecilkan skop serangannya agar lebih tumpuan diberikan.

Dia berkempen di Pekan, menyeru agar para pengundi tidak mengundi Najib pada PRU akan datang. Katanya, selagi Najib berada di atas kerusi Perdana Menteri, selagi itulah masalah di negara ini tidak akan selesai, walaupun hakikatnya, Mahathir tidak dapat menjelaskan kesusahan apakah yang dialami oleh rakyat negara ini memandangkan ekonomi mikro Najib jauh lebih baik dan berkesan berbanding zaman pentadbirannya yang lebih menumpukan kepada ekonomi sekelompok atau segelintir. Apatah lagi rakyat Malaysia di bawah pentadbiran Najib mempunyai kuasa beli yang jauh lebih tinggi dan lebih besar berbanding ketika berada di bawah 22 tahun pentadbirannya.

Pada ketika yang sama, satu lagi legasi Mahathir iaitu Polisi Cabotage yang diperkenalkan Mahathir ketika dia merupakan adalah Menteri Perdagangan dan Perindustrian dan Timbalan Perdana Menteri pada 1 Januari 1980, telah dimansuhkan oleh Najib Abdul Razak.

Polisi yang hanya membenarkan kapal-kapal milik syarikat Malaysia berurusniaga di pelabuhan-pelabuhan domestik dalam Malaysia dan kapal-kapal asing tidak boleh memunggah kargo-kargo mereka secara terus di pelabuhan-pelabuhan lain melainkan pelabuhan-pelabuhan tertentu seperti Pelabuhan Kelang.

Sekaligus, ini bermakna, kapal-kapal berkenaan tidak boleh menghantar kargo-kargo import ke Sabah secara terus sebaliknya perlu dipunggah di Pelabuhan Kelang dan kemudian kapal-kapal milik syarikat Malaysia akan menghantar kargo tersebut dari Pelabuhan Kelang ke Sabah dan Sarawak dengan tambahan kos.

Dua orang anak lelaki Mahathir terlibat dalam bidang perkapalan. Pada tahun 1998, dengan menggunakan wang Petronas dan Tabung Haji, Mahathir telah bail-out syarikat perkapalan anak lelakinya sekaligus menimbulkan kemarahan orang ramai yang membuat tunjuk perasaan di jalan-jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.


Polisi Cabotage yang diperkenalkan oleh Mahathir sebenarnya hanya memberi kebaikan kepada segelintir pihak dan pada masa yang sama menghalang persaingan selain mewujudkan monopoli di mana syarikat-syarikat perkapalan yang berpangkalan di Semenanjung seperti Konsortium Perkapalan yang dimiliki oleh DiPerdana Corp yang dimiliki oleh anak lelakinya, Mirzan (yang dibeli dari adik Vincent Tan, Danny), berjaya mengaut keuntungan berbilion ringgit.

Pada masa yang sama, rakyat dan penduduk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan terpaksa membayar untuk setiap barangan dan perkhidmatan berbanding penduduk serta rakyat di Semenanjung.

Selepas Najib mengambilalih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009, Najib mula memperkenalkan liberasasi membabitkan banyak polisi serta legasi Mahathir, terutama sekali yang membabitkan sektor tenaga, sekaligus membangkitkan kemarahan Mahathir. Tahun 2009, Najib telah membenarkan kapal pengangkut antara pelabuhan-pelabuhan tertentu di Semenanjung dan Sabah Sarawak. Tahun 2012, sekali lagi Najib membuat perubahan apabila membenarkan pengecualian kepada kapal-kapal penumpang dan pesiaran.

Selepas Lebuhraya Pan-Borneo, IPP, meningkatkan kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak dan terkini Cabotage, Najib telah mengenepikan legasi-legasi dan polisi-polisi Mahathir yang menindas sebahagian besar rakyat Malaysia terutama sekali di Malaysia Timur selama beberapa dekad.

Jadi, tidak hairanlah mengapa Mahathir terus kalut untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak apabila tindakan Najib sekadar membuka pekung dan kurap panaunya yang tersembunyi selama lebih 40 tahun dan kemudian ditutup pula dengan gelaran Negarawan!


Monday, April 3, 2017

GKCM... DARI PERINTIS GERAKAN ANTI NAJIB, SEKARANG GERAKAN ANTI CAP BUNGA SEBAB TAK DAPAT JAWATAN!!!


Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) seluruh negeri menetapkan  pendirian bersama dalam mesyuarat gabungan itu petang ini, untuk tidak lagi menyokong kepimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Timbalan Presidennya Datuk Mohd Zin Mustapa berkata, GKCM memandang serius tentang perkembangan politik mutakhir ini yang mendakwa terdapat banyak kepincangan dalam Bersatu yang baharu tujuh bulan ditubuhkan itu.
"GKCM telah memulakan perubahan dalam pemikiran politik di Malaysia dan tunjang kepada pemimpin politik yang telah rebah ekoran permainan dan percaturan politik kawan dan lawan sehingga tertubuhnya PPBM, hari ini, mengambil keputusan untuk terus bersuara atas slogan keramat 'Berani Kerana Benar' kami.
"Sehubungan dengan itu, GKCM yang telah bermesyuarat pada hari ini telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong kepimpinan PPBM pusat," ujarnya kepada Malaysia Dateline malam ini.
GKCM telah mengenalpasti beberapa perkara yang menjadi punca permasalahan parti yang diterajui Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.
"Beberapa pemimpin tertinggi parti jelas mengamalkan kronisme dengan melantik rakan-rakan mereka untuk menerajui kepimpinan Bahagian-Bahagian. Sifat inilah yang merupakan punca kerosakan bangsa Melayu sejak zaman berzaman.
"PPBM tidak berjaya menepati citarasa politik generasi masa kini dalam penjenamaan politik baharu yang ditagihkan oleh rakyat yang dahagakan perubahan.
"GKCM melihat bahawa perjuangan PPBM lebih kepada matlamat peribadi para pemimpin yang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka daripada perjuangan untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
"Berbanding dengan Umno yang memulakan langkah dengan ikhlas dan terpuji ketika di awal penubuhannya, PPBM memulakan langkah yang sumbang dan penuh dengan sifat dan amalan lama yang buruk dan mengjengkelkan dalam amalan pilih kasih dan sifat kronisme yang memualkan. Ini tidak selari dengan apa yang telah diwar warkan ketika PPBM hendak ditubuhkan.
"Pemilihan Ketua-ketua Bahagian dari kalangan mereka yang tidak berwibawa dengan mengetepikan mereka yang telah bersusah payah sehingga PPBM diterima ramai dilihat sebagai amalan kuno yang akan memulakan keretakan besar dalam parti dan tidak boleh diterima sama sekali." ujarnya.
Justeru katanya lagi, gabungan itu tidak sama sekali membenarkan amalan buruk dalam berpolitik dirosakkan oleh bangsa Melayu dan gabungan itu akan terus bersuara demi masa depan bangsa yang lebih gemilang.
Malaysia Dateline difahamkan krisis dalaman antara pimpinan tertinggi Bersatu dan pimpinan GKCM hanya menunggu retak menanti belah selepas Bersatu mengumumkan barisan Ketua Penaja Bahagian seluruh negeri pada 14 Februari lalu.
Pada 31 Mac lalu pengumuman sebanyak 24 bahagian lagi yang dibuat oleh Setiausaha Agung Bersatu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh hanya menyenaraikan seorang wakil GKCM iaitu Setiausaha Kerja parti itu yang juga Presiden GKCM Kamarulazman Habibur Rahman sebagai Ketua Penaja Bahagian Teluk Kemang dari Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan yang mempunyai 8 Bahagian namun ahli GKCM mendakwa  jawatan bagi tujuh lagi ketua penaja bahagian di negeri itu  diisi dikalangan kroni pimpinan pusat parti itu.

Wednesday, March 1, 2017

FAHAMI KENAPA MAHATHIR TAK PERLUKAN GST UNTUK BINA NEGARA SELAMA 22 TAHUN!!!



PENULIS: AB. JALIL BACKER

Najib Razak bina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, keretapi pantai timur dan sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan. Tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa.

Maka hutang kerajaan pun meningkat. Tapi kita tahu berapa perlu bayar dan tidak terdedah dengan ancaman kapitalis mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian konsesi berat sebelah.

Ya, atas kertas kerajaan Zaman Mahathir tidak banyak berhutang secara langsung. Mahathir bina semua Lebuh Raya, Putrajaya, LRT, ERL melalui "public–private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI). Jadi kerajaan tidak ada apa-apa hutang.

Sebaliknya, syarikat konsesi dibenarkan memerah rakyat sesuka hati. Jika mereka gagal perah rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, mereka boleh perah duit kerajaan. Kerajaan mesti bayar kepada mereka.

Mahathir reka perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan. Itulah yang terjadi sekarang. Mahathir benarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat. Apabila menjadi isu politik maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi.

Kerajaan telah membayar RM 4 bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja sejak 15 tahun lalu.

Sistem LRT projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion. RM 7.8 bilion ini kerajaan beli tunai? Ini kena hutang yang hanya muncul selepas Mahathir bersara.

Jadi hutang makin bertambah kerana Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Bila rugi atau lingkup kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini.

Jadi di mana logiknya Mahathir buat pembangunan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu kutip GST dan tidak berhutang?

Sekarang juga Kerajaan Persekutuan perlu membayar sewa Putrajaya hampir RM 2 bilion setahun.

Kerajaan sekarang menanggung kos pampasan RM 2.9 bilion apabila kerana menghalang ERL milik kroni Mahathir, YTL menaikkan kadar tambang.

Tahukah anda selain itu ERL juga mendapat RM 5 setiap kali pengguna KLIA membayar cukai lapangan terbang?

Ya memang Mahathir boleh bangunkan negara ini tanpa GST kerana beliau bangunkan negara dengan cara kita sekarang kena bayar pampasan berbilion ringgit.

Dia bukan peduli apa hendak jadi pada masa depan. Janji dia boleh kaut dan nampak hebat dalam sejarah.

Friday, September 30, 2016

PEGUAM MAHATHIR CUBA PUTAR BELIT KONONNYA YANG DI-PERTUAN AGONG BOLEH LUCUT JAWATAN PERDANA MENTERI!!!



Peguam Mahathir, Hanif Khatri Abdulla tetap bertegas, Yang Di-Pertuan Agong tetap boleh memecat Perdana Menteri sekalipun lebih banyak pihak yang menegaskan, perbuatan Mahathir yang mengehadkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu semasa berkuasa dahulu menyebabkan kedudukan Perdana Menteri hanya terletak di tangan Parlimen dan perwakilan partinya sahaja.

Hanif Khatri merujuk kepada kenyataan Nazri Aziz bahawa Perdana Menteri boleh dipecat menerusi undi tidak percaya di Parlimen. Katanya, Nazri 'buta' kerana tidak dapat melihat kegagalan Parlimen mengadakan undi tidak percaya kepada Najib Abdul Razak.

Masa berkuasa dan takut jatuh kuasa, Mahathir mengurangkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Dikatakan itu lebih baik untuk rakyat dan rakyat pun percaya terutama menerusi pelbagai propaganda jahat termasuklah seorang raja dituduh membunuh caddy walaupun ianya sekadar satu cerita atau khabar-khabar angin yang bertujuan memperolehi sokongan rakyat bagi tujuan pemindaan perlembagaan.

Sehingga sekarang, cerita raja membunuh caddy itu terus terpakai dan dituturkan termasuklah di kalangan mereka yang berpangkat tinggi dalam kerajaan. Begitulah kuatnya kesan propaganda zaman Mahathir yang hanya disanggah dengan Harakah dan ceramah-ceramah mikro PAS dari kalangan pemimpin PAS yang telah dicop lebih awal sebagai PENYESAT UMAT dan pengancam keselamatan negara. Manakala medium-medium lain, semuanya disekat dan Kementerian Dalam Negeri berkuasa penuh menyekat mana-mana penerbitan yang dianggap memudaratkan kuasa Perdana Menteri, termasuklah menggantung permit penerbitan atau pun mendenda dengan kadar tinggi dan menghukum penjara mana-mana penerbitan yang melanggar 'peraturan' tersebut.

Tetapi selepas tidak lagi berkuasa, Mahathir mahu kuasa Yang Di-Pertuan Agong dikembalikan agar kehendaknya dituruti.

Ni apa jenis negarawan nih?

Apakah semua hujah-hujahnya dahulu sudah tidak terpakai lagi?

Kuasa Raja-raja Melayu telah dilucutkan sewenang-wenangnyacmelalui pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang). Siapa yang mansuh Perkara 66 Fasal (4) dalam Perlembagaan Malaysia? 

Pada asalnya Fasal (4) digantikan oleh Akta A584, Seksyen 2, berkuat kuasa dari 20 Januari 1984. Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut: “Fasal (4) : Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyatakan perkenannya terhadap sesuatu Rang Undang-Undang dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar, dan selepas memperkenankan Rang Undang-Undang itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyebabkan Rang Undang-Undang itu disiarkan sebagai undang-undang.” 

Fasal 66 (5) : Peruntukan asal berbunyi, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatanganinya.” 

Sekarang? Yang Dipertuan Agong ada kuasa mutlak lagi atau tidak?

Mengapa Hanif Khatri buat-buat buta tentang pindaan tersebut? Baru jadi peguam atau baru dapat kerakyatan Malaysia?


 
Blogger Templates