Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label phahrolrazi zawawi. Show all posts
Showing posts with label phahrolrazi zawawi. Show all posts

Tuesday, May 9, 2017

APA KHABAR PAS KEDAH? KATA PHAHROLRAZI ZAWAWI, PAS AKAN SENASIB DENGAN AL-ARQAM!!!




13 Mei 2013, Phahrolrazi Zawawi ADUN Pengkalan Kundor telah diturunkan pangkat menjadi Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah. Jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah, telah diberikan kepada Mahfuz Omar yang pada ketika itu adalah Naib Presiden PAS - jawatan utama terakhir yang disandang oleh Mahfuz sebelum dia dipetisejuk dan menjadi gelandangan politik seperti hari ini.

Kata Phahrolrazi Zawawi, dia tidak kisah pun diturunkan pangkat. Malahan akan bekerja lebih kuat untuk kembali merebut Kedah daripada UMNO sekaligus menghapuskan golongan berpuak-puak dalam PAS sepertimana era Allahyarham Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi Zawawi dikatakan salah seorang pencetus perpecahan di dalam PAS Kedah. Punca sebenar perbalahan antara Phahrolrazi dan Azizan pula dikatakan berpangkal kepada rasa tidak puas hati Phahrolrazi apabila kontrak pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya di Kedah, diberikan kepada syarikat yang didakwa milik pemimpin UMNO Kedah. Perebutan jawatan Menteri Besar Kedah juga dikatakan menjadi isu dan punca utama keretakan di dalam PAS Kedah.

Akhirnya UMNO berjaya merampas kembali Kedah. PAS pula sehingga ke hari ini kekal berpecah belah dan dalam keadaan yang sangat lemah.

Rasa tidak puas hati Phahrolrazi kepada PAS Pusat, membuatkan dia menubuhkan PASMA hanya beberapa bulan selepas dia kata, dia redha diturunkan pangkat, malahan memuji-muji tindakan PAS Pusat yang membuat keputusan menurunkan pangkatnya. (RUJUK SINI)

Sepatutnya PASMA yang menjadi parti serpihan PAS. Bagaimanapun oleh kerana Lim Guan Eng lebih berminat dengan Mat Sabu, PAN ditubuhkan. Hajat Phahrolrazi Zawawi untuk menjadi Presiden parti, berkecai sekali lagi. Untuk seketika, Phahrolrazi kekal di dalam PAS. Namun, perubahan kepimpinan PAS di Kedah, menyaksikan musuhnya yang tidak kurang licik dan serakah, Sanusi Mohamed Nor yang merupakan bekas Setiausaha Politik Azizan, dilantik.

Sanusi Mohamad Nor selain merupakan pengasas Keli-K yang kelinya tidak kelihatan, kolamnya pun entah di mana tetapi peruntukan telah habis ditelan dan termasuk juga projek pembalakan di Papua New Guinea yang hanya wujud atas kertas, peruntukan habis, jangankan balak, daun pokok balak di Papua New Guinea juga tidak kelihatan, telah berjaya membuatkan Phahrolrazi terpinggir sepenuhnya.

Sekarang, Phahrolrazi adalah Ketua PAN Kedah. Sanusi pula kekal sebagai pemimpin utama PAS Kedah. Manakala Mahfuz Omar pula menjadi orang buangan yang tiada arah tuju dan pangkalan walaupun jawatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah masih belum ditarik.

Namun baik PAN mahupun PAS, kedua-dua parti itu di Kedah sedang berhadapan dengan masalah paling teruk. Ahli-ahli bawahan parti seperti kebingungan untuk memilih kiblat mana yang harus mereka pilih.

Sebahagian besar ahli PAS dan PAN akhirnya mengambil jalan singkat dengan menyokong Mukhriz Mahathir dan bapanya dalam parti Cap Bunga, sesuatu yang mereka tidak pernah lakukan, malahan perkara yang paling mustahil dilakukan ketika PAS Kedah berada di kemuncak penyatuan.

Dalam Muktamar Ke-63 baru-baru ini, saf kepimpinan utama PAS Pusat, tidak membariskan walau seorang pun pemimpin-pemimpin PAS dari Kedah. Beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen PAS termasuklah Nasir Mustafa yang merupakan ADUN Kubang Rotan, lebih disyaki sebagai parasit berbanding menjadi peneguh PAS Kedah.

Kenyataan terbaharu Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Phahrolrazi Zawawi tentang PAS amat menarik. Menurutnya, PAS sedang menuju ke arah kepupusan apabila dalam pilihanraya nanti, parti itu akan mengalami kekalahan teruk.

"Tidak mustahil Majlis Syura Ulama akan membuat fatwa untuk mengubah hala tuju PAS. Mereka akan memberitahu ahlinya, kita tidak menyertai politik lagi, tetapi menjadi badan dakwah macam Tabligh sepenuhnya," kata Phahrolrazi.

Dakwaan Phahrolrazi itu sebenarnya hanyalah kerana rasa cintanya kepada DAP. Sebahagian besar pemimpin dan pengikut PAN berkata, PAS tidak akan berjaya memperolehi sebarang kemenangan, bahkan akan kalah teruk kerana tidak bersekutu dan berkonco dengan DAP walaupun hakikatnya, hanya dua penggal PAS mempunyai hubungan rasmi dengan DAP dan PKR.

Pada tahun 1999, PAS juga bersendirian dan berjaya memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah penubuhan parti itu. PKR yang baru ditubuhkan juga berjaya memperolehi beberapa kerusi Parlimen hasil bantuan PAS. DAP berjaya memperolehi lebih banyak kerusi Parlimen selepas bekerjasama dengan PAS bermula dari tahun 2008. Bagaimanapun, dalam PRN Sarawak yang lepas, DAP hilang beberapa kerusi, bahkan di beberapa kerusi yang ditandingi, calon-calon DAP hilang wang deposit setelah DAP dengan sombongnya mengatakan mereka tidak memerlukan PAS.

Kini DAP sangat-sangat memerlukan PAS. Malu kerana berlagak sangat, tetapi takut untuk kehilangan kuasa, menyebabkan DAP terpaksa menggunakan orang-orang seperti Phahrolrazi Zawawi untuk memastikan PAS kembali ke kaki DAP!

Yang pastinya, PAS Kedah masih tidak pulih daripada kekalahan pada 2013. PAS Kedah kalah bukan kerana tidak kuat atau ahli-ahlinya serta pengundinya beralih arah tetapi kerana sabotaj daripada parasit-parasit yang mahu merebut kuasa dan kedudukan dalam PAS Kedah. Dan sehingga sekarang pun, PAS Kedah tetap dihinggapi parasit yang akhirnya membunuh PAS sendiri, yang dibela dan dibiarkan bebas di dalam PAS Kedah!

Saturday, March 21, 2015

MALU SELEPAS SEMUA CALON PASMA KUALA KEDAH TERMASUKLAH AHMAD AWANG TEWAS, PHAHROLRAZI LETAK JAWATAN DAN BERKIRA-KIRA UNTUK KELUAR DARI PAS!!!



Phahrolrazi Zawawi 'kalah' di Kawasan di mana dia menjadi Yang Dipertua PAS sendiri!

Itulah punca sebenarnya dia meletakkan semua jawatan dalam PAS dengan alasan dia mahu menjadi ahli biasa parti bagi membolehkan dia bergerak secara lebih bebas.

Hakikatnya, PAS Kawasan Kuala Kedah yang diketuainya telah pun 'bersuara' dengan menolak kewujudan serta kepentingan PASMA.

Dalam satu perkembangan menarik, PAS Kawasan Kuala Kedah telah memberikan 81 undi kepada Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden manakala Ahmad Awang, hanya diberikan 27 undi sahaja. Untuk jawatan Timbalan Presiden PAS pula, PAS Kuala Kedah telah memberikan kemenangan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, sekaligus mengenepikan calon PASMA-DAP, Mat Sabu. Untuk jawatan Naib Presiden, PAS Kuala Kedah mencalonkan Mahfuz Omar, Idris Ahmad dan Salahuddin Ayob.

Barangkali kerana malu, Phahrolrazi mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam PAS. Malah tidak akan menjadi perwakilan dalam Muktamar PAS Ke-61 di Kuala Selangor pada Jum ini.

Jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Kedah telah dimenangi oleh Amiruddin Hamzah yang sebelum itu adalah Timbalan YDP dan musuh utama Phahrolrazi. Jawatan Timbalan YDP bagaimanapun, diserahkan kepada seorang lagi PARASIT PASMA, Nasir Mustafa yang berjaya mengalahkan Fauzi Hussin.

Yang pasti Phahrolrazi dalam ucapan terakhirnya sebagai YDP PAS Kuala Kedah menyatakan, dia mempunyai banyak 'tugas' memandangkan hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat yang semakin tegang kebelakangan ini. Sekaligus dia secara tidak langsung mengesahkan tentang Pakatan Rakyat baru yang akan menendang PAS tetapi mengambil PASMA sebagai rakan kongsi baru.


Tuesday, January 27, 2015

FUHHH... PHAHROLRAZI ZAWAWI ARAHKAN HADI AWANG KELUAR PAS KALAU TAK BOLEH TUNDUK KEPADA LIM GUAN ENG DAN ANWAR IBRAHIM!!!



Haaaaa...

Yang ni lawak!!!

Mentang-mentanglah di belakang dia ada Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, bukan main besar lagi lubang hidung Phahrolrazi Zawawi.

Buta perut ke haper bekas Exco Kedah yang pernah 'bergasak' dengan Allahyarham Ustaz Azizan berhubung kontrak buat jalanraya nih...

Hadi Awang adalah Presiden PAS. Dia dipilih oleh ahli-ahli PAS. Sedangkan Phahrolrazi Zawawi pula hanyalah Presiden yang dilantik proksi atau melantik diri di dalam sebuah kumpulan kecil yang terpaksa menumpang dan bersandar pada PAS.

Justeru, kenapa pula kalau Presiden PAS tak mahu lagi mengikut cakap Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Phahrolrazi Zawawi memberi kata dua kepada Presiden PAS itu agar keluar dari PAS?

Bukankah sepatutnya dia dan kumpulan PASMAnya yang sepatutnya keluar dari PAS untuk bercantum atau bersetubuh dengan DAP atau PKR?

Kenapa dia tak keluar? Kenapa dia terus bertahan dalam PAS walaupun sudah beberapa kali 'dinasihati' agar keluar dari PAS?

Adakah kerana dia takut, PASMA sekadar menjadi tahi cicak yang tidak bernilai suatu apa pun, termasuklah untuk dijadikan baja jikalau PASMA dan dia sendiri keluar dari PAS? Adakah kerana kalau tanpa PAS, Lim Guan Eng takkan pandang dia walau sebelah mata pun, bahkan kalau dia jejak sahaja pintu KOMTAR, Lim Guan Eng akan kerahkan pengawal-pengawal keselamatan menghalaunya seperti anjing kurap buruk kepala?

Besar lubang hidungnya, besar lagi keinginannya untuk menggulingkan Hadi Awang, tetapi terlalu kecil hati dan keberaniannya untuk melangkah keluar dari PAS!!!

Itulah Phahrolrazi Zawawi!!!


Sunday, January 25, 2015

MENGIRA KETEBALAN KULIT MUKA PHAHROLRAZI ZAWAWI, PRESIDEN PASMA!!!


Sehingga ke hari ini, Yang Dipertua PAS Kuala Kedah yang bermusuh dengan Timbalannya (atau bekas timbalannya?), dan sekarang ini cukup terkenal kerana menjadi sebuah Presiden sebuah parti di dalam parti bergelar PASMA, masih enggan melepaskan jawatan dan keahliannya dalam PAS.

Biarpun sudah dikenen berulang-ulang kali oleh Presiden PAS sendiri, namun Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundor yang bersekutu kuat dengan Nasir Mustafa, ADUN PAS bagi DUN Kubang Rotan yang sama-sama membenci Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah (RUJUK DI SINI) tetap buat muka selamba dan mahu terus berada di dalam PAS.

Phahrolrazi Zawawi bersama konco-konconya telah bertemu Lim Guan Eng baru-baru ini di Komtar bagi membincangkan suatu bentuk kerjasama antara DAP-PKR dengan PASMA seandainya PAS ditendang keluar atau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Ia bukan pakatan rahsia lagi. Malah apabila Anthony Loke memarahi Hadi Awang kerana isu Pilihanraya Perbandaran yang disifatkan oleh Hadi Awang sebagai cubaan mewujudkan semula krisis perkauman terbesar selepas 1969, semakin jelas ke mana hala tuju Phahrolrazi dan PASMA.

Dalam banyak hal, apabila melibatkan konflik antara DAP dengan PAS, PASMA dan Phahrolrazi Zawawi akan berpihak kepada Lim Guan Eng dan DAP. Malah Phahrolrazi juga melebih-lebihkan Anwar Ibrahim berbanding Hadi Awang, mahupun Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang terlantar keuzuran.

Sudah ada desakan dari dalam PAS sendiri agar sesiapa sahaja yang terlibat dengan PASMA, disingkirkan dari parti itu. Namun kepimpinan utama PAS juga sedar, seandainya langkah tersebut diambil, maka PAS akan menjadi parti tercorot memandangkan hampir tiga suku daripada populasinya dalam DUN dan Parlimen akan bertukar menjadi DAP walaupun wujud mereka sekadar Biro Islam dalam parti chauvinist yang dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim?

Apatah lagi kenyataan Phahrolrazi sendiri bahawa PASMA akan bergerak sebagai sebuah parti politik yang akan bersama-sama DAP sekiranya PAS memilih untuk keluar dari Pakatan Rakyat, sudah cukup untuk membuatkan kita mengukur setebal manakah kulit muka Phahrolrazi yang masih tidak juga keluar dari PAS di mana dia mempunyai jawatan sekarang. (RUJUK SINI)


Wednesday, January 21, 2015

PHAHROLRAZI ZAWAWI KECEWA, PRESIDEN PAS MACAM DAH TAK BERMINAT NAK KERJASAMA DENGAN DAP-PKR!!!


Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) mendakwa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah “tak berminat lagi" berada dalam Pakatan Rakyat kerana kerana enggan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan parti itu.

Badan tersebut masih belum bermesyuarat sejak pilihan raya umum pada Mei 2013.

DAP pula berkeras agar Hadi hadir sendiri ke mesyuarat tersebut dan tidak menghantar wakil.

"Saya tengok (beliau) macam tak minat lagi dalam Pakatan Rakyat kerana sudah ada perbezaan pendapat.

“Tiga isu yang mereka tak boleh satu pendapat. Dulu ada juga perbezaan pendapat tetapi tak begitu besar, boleh diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekarang tak ada siapa.

"Ketua parti kena hadir mesyuarat tu, sebab bila beliau hadir, dia akan iltizam pada keputusan-keputusan yang dibuat," kata ADUN PAS Pengkalan Kundor itu.

"(Ia) lebih baik dari hantar orang bawahan, dia tak boleh buat keputusan. Dan kena tangguh dulu (keputusan). Jadi masalah dan melambatkan proses (membuat keputusan)," katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini pada Isnin.

Hubungan Hadi dengan rakan dalam Pakatan dilihat retak apabila beliau tidak bersetuju dengan keputusan PKR untuk mencalonkan Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Phahrolrazi menyifatkan perkara tersebut sebagai "salah faham" yang mana ia dengan mudah dapat diselesaikan jika pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat dengan teratur.

Pakatan lemah

Beliau turut mengeluh mengenai kelemahan Pakatan selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, gabungan parti pembangkang itu perlu lebih tersusun, sebagai organisasi berdaftar supaya dapat menyertai pilihan raya umum akan datang di bawah satu lambang.

"Rakyat nak lihat Pakatan yang wujud. Mesyuarat pun dah tak ada, mungkin dalam konvesyen PasMa akan diutarakan perkara ini.

"(Iaitu) supaya Pakatan (Rakyat) wujud sebagai satu pertubuhan yang ada struktur untuk hadapi politik dan dapat keyakinan dari rakyat," katanya.

Bekas exco Kedah itu berkata pengundi juga mahu melihat kepimpinan yang ditawarkan dan pakatan pembangkang itu mesti bersedia untuk menamakan calon perdana menteri dan barisan Kabinet untuk menguasai Putrajaya.

"Orang tak mahu tengok (Pakatan) masuk (Putrajaya) dengan cara masing-masing – tak boleh. Keyakinan rakyat tak boleh dapat dengan cara itu," katanya.

Menurutnya, Anwar, ketua umum PKR, mungkin tewas dalam rayuan kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan yang mungkin menyebabkan ketua pembangkang itu berdepan hukuman penjara yang panjang.

Kritikan lantang para pemimpin PAS, terutamanya ke atas peranan parti itu dalam krisis MB Selangor menyebabkan Hadi berhati-hati dengan PasMa, malah menyifatkan persatuan itu sebagai "spesies yang entah dari mana".

Naib Presiden Datuk Husam Musa turut menafikan terlibat dengan NGO itu, dan PasMa pula berulang kali menafikan bahawa mereka mempunyai rancangan untuk menjatuhkan PAS.

PasMa terus berusaha untuk bekerjmencari kerjasama dengan DAP dan PKR, Phahrolrazi merasakan sia-sia untuk bertemu Hadi kerana beliau telah melarang ahli PAS menyertai PasMa.

“Saya telah beberapa kami bertemu dengan beliau ketika PAS memerintah di Kedah dan memberi amaran bahawa kita akan kehilangan negeri ini sekiranya (Allahyarham bekas) menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak terus memerintah, tetapi presiden (Hadi) tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dan kami hilang Kedah,” katanya.

Phahrolrazi, yang disebut-sebut untuk menggantikan Azizan pada 2012, menolak pelantikan semula dalam exco negeri sebagai tanda protes.

Bagaimanapun, PAS waktu itu memutuskan agar Azizan kekal sebagai MB, manakala Phahrolrazi dipujuk untuk terus kekal dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri.

“Hadi menyerang PasMA sebelum kami dapat berjumpa dengannya (Hadi), tetapi sekiranya beliau mahu bertemu dengan kami, kami tetap sanggup berjumpa dengannya,” tambahnya lagi. (SUMBER)

Monday, January 12, 2015

PASMA AKAN MENJADI PARTI POLITIK DAN BERSATU DENGAN DAP!!!


Semakin menepati sebagaimana yang diteorikan semenjak dari zaman Almarhum Ustaz Azizan masih hidup dan masih bergelar Menteri Besar Kedah lagi. Dari awal lagi telah dikatakan bahawa Phahrolrazi Zawawi adalah macai Lim Guan Eng dan hanya berjubah PAS tetapi berhati DAP, namun PAS Kedah sentiasa menafikannya.

Kini telah terbukti, Phahrolrazi Zawawi yang dianggap oleh orang PAS Kedah sendiri sebagai 'pengkhianat' ekoran kegagalannya menjawat jawatan Menteri Besar, telah membuka pekung dan tembelang yang selama ini disembunyikan.

Era baru perpecahan PAS secara nyata telah pun bermula.

Sebelum ini, diberitahu bahawa PASMA ditubuhkan sebagai NGO semata-mata dan bukannya untuk mewujudkan parti di dalam parti. Gerak kerja menggulingkan Hadi Awang dan sebahagian besar pemimpin dalam saf kepimpinan utama yang digelarkan sebagai pro-ulama tidak menjadi, membuatkan satu kaedah lain dipilih.

Hari ini, PASMA dan Phahrolrazi Zawawi membuktikan hala tuju mereka yang sebenar. Hari ini juga, mereka telah menghadap Lim Guan Eng bagi mendapatkan endorsement dan kelulusan bagi menjadikan PASMA sebagai sebuah parti politik. Sekaligus membuktikan bahawa sebahagian daripada PAS sebenarnya adalah planted DAP dan PKR untuk menjahanamkan parti itu sendiri dari dalam.

Delegasi seramai 15 orang dari Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), serpihan PAS, telah membuat penghadapan di hadapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini. Salah seorang daripada mereka yang bermesyuarat dengan Lim Guan Eng di Tingkat 28, KOMTAR jam 11:00 pagi tadi menjelaskan bahawa mesyuarat dan pertemuan tersebut dibuat untuk 'membincangkan kerjasama' bagi PRU-14 akan datang.

Menurutnya lagi, delegasi tersebut diketuai oleh Presiden PASMA dan bekas Exco Kedah, Phahrolrazi Zawawi.
 
Blogger Templates