Mungkin pengaruh Internet, mungkin juga pengaruh kawan-kawan tetapi tidak mustahil PENGARUH TERBESAR adalah KEBANGANGAN, KEBODOHAN SERTA KEBEBALAN IBU BAPA yang mendidiknya sekaligus membuatkan budak berusia 15 tahun, bukan sahaja tidak tahu adab tetapi juga tidak tahu bahawa kecemerlangan itu bermula dari diri sendiri.
Ini masalah yang sudah jadi masalah umum.
Semua kesalahan yang dilakukan
sendiri,
dipersalahkan kepada orang lain. Trend yang diajarkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, kemudian menular ke dalam DAP dan akhir sekali PAS, kini telah diterimapakai sebagai ajaran wajib golongan muda.
Sendiri yang bebal, sendiri yang bodoh, sendiri yang bengong, tapi salahkan sistem pendidikan. Sendiri yang tak tumpukan perhatian dan tidak berminat dengan pelajaran tetapi menyalahkan kerajaan apabila dia sendiri menjadi sebahagian daripada golongan bodoh setaraf itik jawa!
Umur baru 15 tahun, budak mentah yang hidup tak pernah susah. Kerjanya main twitter dan sudah pasti dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada wadah sosial dalam bentuk maya untuk bersembang kosong dan boleh jadi juga cuba bercakap sesuatu yang dia sendiri tidak faham.
Barangkali melihat keagresifan ibu bapanya yang juga menyalahkan orang lain, UMNO, Kerajaan dan Najib Abdul Razak bagi sebarang masalah yang mereka hadapi, maka budaya bongok itu pun terikut-ikut.
Inilah generasi budak-budak muda Melayu yang telah berjaya dididik oleh Anwar Ibrahim dan DAP.
Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok tentu bertepuk sorak dan bergembira dengan 'kejayaan' ini!!!