Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label dap. Show all posts
Showing posts with label dap. Show all posts

Friday, November 17, 2017

TONY PUA DAN DAP SEPATUTNYA MENYALAK KAT DR. MAHATHIR DALAM ISU TAMBANG ERL MILIK YTL!!!



Tambang ERL nak naik lagi. Tony Pua dan DAP mula bertukar watak menjadi wira yang menyelamatkan pengguna. Dan sekali lagi, sama seperti tahun 2015, Najib Abdul Razak dipersalahkan kerana bersetuju untuk menaikkan tambang sepertimana yang dituntut oleh YTL berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui pada tahun 1997.

1997, Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir manakala Menteri Kewangan pula adalah Anwar Ibrahim. Taukeh YTL adalah kawan baik bagi kedua-dua orang ini!

ERL atau Projek Keretapi Laju Express Rail Link yang menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan KLIA merupakan hadiah besar Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim kepada syarikat YTL Corporation.


YTL menjana pendapatan daripada ERL tanpa mengeluarkan satu sen pun daripada pelaburan awal kerana ianya dibiayai sepenuhnya oleh pihak lain.

Pembinaan ERL bermula pada Mei 1997 dan siap sepenuhnya lima tahun kemudian iaitu pada tahun 2002. Modal berbayar bagi projek ERL hanyalah RM69 juta termasuklah RM30 juta saham biasa dan baki RM39 juta saham keutamaan berasaskan dividen.

ERL merupakan projek zaman Dr. Mahathir dengan 50% kepentingannya dimiliki oleh YTL, 40% dimiliki oleh Tabung Haji yang juga merupakan pembiaya utama manakala baki 10% adalah syarikat bermodal RM1 juta yang dipercayai dimiliki oleh bekas CEO Proton yang juga merupakan antara proksi utama Dr. Mahathir.


Projek pembinaan landasan itu dianugerahkan kepada Syarikat Pembangunan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd. (SPYTL) dan Siemens. Kedua-dua syarikat tersebut adalah milik YTL Corporation.

ERL merupakan projek konsesi selama 30 tahun yang akan berakhir pada 2032. Di bawah perjanjian pada tahun 2002, RM5 dari cukai lapangan terbang dari penumpang antarabangsa KLIA akan dibayar kepada ERL sama ada penumpang tersebut menggunakan perkhidmatan ERL atau tidak.

MAHB telah membayar RM5 bagi setiap penumpang antarabangsa kepada ERL sejak April 2002.



Tahun lepas, Najib Abdul Razak menjadi sasaran serangan kerana membenarkan kenaikan tambang ERL dari RM35 kepada RM55. Apa yang penyerang-penyerang tersebut termasuklah Dr. Mahathir sendiri tidak beritahu ialah, mengikut perjanjian konsesi ERL yang telah ditandatangani oleh Dr. Mahathir dan YTL milik rakan baiknya itu, tambang ERL sepatutnya naik RM41 pada tahun 2004, RM56 pada tahun 2009, RM74 pada 2014, RM97 pada 2019 dan RM126 pada tahun 2024.

Sekiranya kerajaan tidak membenarkan kenaikan tersebut, kerajaan perlulah membayar pampasan berdasarkan unjuran pendapatan yang telah dipersetujui. Sebagai contoh, ERL mengunjurkan pendapata pada RM1.1 bilion tetapi pendapatan sebenar hanyalah RM200 juta. Maka kerajaan perlu menambah RM900 juta lagi kepada YTL.

Selama 14 tahun tambang ERL tidak dibenarkan naik dan kerajaan perlu membayar pampasan berjumlah RM2.9 bilion kepada YTL yang berniaga tanpa modal! (RUJUK SINI)


Dan memandangkan Najib tidak mahu lagi kerajaan membayar pampasan begitu banyak kepada YTL, sebagai penyelesaiannya, tempoh konsesi telah dilanjutkan kepada 30 tahun lagi sehingga tahun 2059. Perjanjian berat sebelah yang dicipta oleh Mahathir untuk kroninya dengan menyedut duit rakyat, telah menutup semua kaedah penebusan oleh kerajaan!

Tony Pua dan DAP (RUJUK SINI dan SINI) tidak sepatutnya mendesak kerajaan dan Najib Abdul Razak kerana orang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar negara untuk mengenyangkan YTL kerana orang yang bertanggungjawab menganugerahkan pelbagai projek mewah kerajaan kepada YTL sekarang ini adalah Pengerusi Pakatan Harapan!


Monday, November 13, 2017

KOMPOSISI CEC DAP KUATKAN LAGI DAKWAAN BAHAWA DAP ADA AGENDA KRISTIANISASI!!!



Akhirnya berlalulah sudah pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Kongres Khas 12 November 2017-nya. Mengikut Perlembagaan DAP, pemilihan semula ini adalah bagi memilih 20 ahli CEC. Seperti dimaklumi, keputusannya tidaklah jauh berbeza dengan keputusan pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012, di mana apa yang berbeza, selain urutan kedudukan calon-calon, hanyalah kemasukan Ronnie Liew Tian Khiew dan V Siva Kumar yang mengambil-alih tempat Karpal Singh dan Dr Boo Cheng Hau.

Berikut adalah keputusan pemilihan semula CEC pada 12 November 2017:
1. Lim Kit Siang: 1,199 undi
2. Gobind Singh Deo: 1,198 undi
3. Lim Guan Eng: 1,180 undi
4. Anthony Loke Siew Fook: 1,175 undi
5. Liew Chin Tong: 1,123 undi
6. Teo Nie Ching: 1,080 undi
7. Chong Chieng Jen: 1,057 undi
8. Teresa Kok Suh Sim: 1,033 undi
9. Tan Kok Wai: 1,021 undi
10. Tony Pua Kiam Wee: 1,020 undi
11. Nga Kor Ming: 967 undi
12. Fong Kui Lun: 949 undi
13. Chow Kon Yeow: 900 undi
14. M Kula Segaran: 826 undi
15. Chong Eng: 734 undi
16. Datuk Teng Chang Khim: 702 undi
17. Ronnie Liew Tian Khiew: 688 undi
18. Datuk Ngeh Koo Ham: 659 undi
19. Zairil Khir Johari: 649 undi
20. V Siva Kumar: 586 undi

Berikut pula adalah keputusan pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 (setelah diperbetulkan kesilapan teknikalnya pada 4 Januari 2013):

1. Lim Kit Siang: 1607 undi
2. Lim Guan Eng: 1576 undi
3. Karpal Singh: 1411 undi
4. Chong Chieng Jen: 1211 undi
5. Anthony Loke Siew Fook: 1202 undi
6. Tan Kok Wai: 1199 undi
7. Gobind Singh Deo: 1197 undi
8. Tony Pua Kiam Wee: 1162 undi
9. Datuk Teng Chang Khim: 1152 undi
10. Fong Kui Lun: 1137 undi
11. Nga Kor Ming: 1075 undi
12. Chong Eng: 1006 undi
13. Chow Kon Yeow: 986 undi
14. Liew Chin Tong: 984 undi
15. M Kula Segaran: 984 undi
16. Dr Boo Cheng Hau: 958 undi
17. Teresa Kok Suh Sim: 925 undi
18. Teo Nie Ching: 903 undi
19. Datuk Ngeh Koo Ham: 824 undi
20. Zairil Khir Johari: 803 undi

Mengikut Perlembagaan DAP juga, CEC DAP mempunyai kuasa untuk melantik tidak lebih dari 10 orang ahli tambahan ke CEC.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan DAP ini, CEC DAP telah melantik 10 orang ahli tambahan ke CEC yang terdiri daripada:

3 Ahli Parlimen, iaitu:
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt (Pengerusi DAP Sabah)
Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su Keong Siong
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming

5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu:
ADUN Canning, Wong Kah Woh (Pengerusi Kebangsaan DAPSY)
ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan (Naib Ketua Wanita DAP)
ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin
ADUN Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
ADUN Ayer Keroh, Melaka, Khoo Poay Tiong

1 Pemimpin DAP Sarawak, iaitu Dr John Brian Anthony

1 Pemimpin DAP Sabah, iaitu Jannie Lasimbang

Setelah menyelidiki latar belakang 10 orang ahli tambahan yang dilantik ke CEC ini, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan ini adalah penganut Kristian tegar, di mana sebahagian daripada mereka pula diketahui sebagai terlibat dengan aktiviti evangelisme Kristian, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang.

Saya tidak pasti apa agama anutan Wong Kah Woh, walaupun beliau kerap memaparkan gambar beliau bersama isteri beliau mengunjungi Gereja St Anne di Bukit Mertajam di samping kerap memaparkan gambar beliau merayakan Hari Krismas, begitu juga dengan agama anutan Khoo Poay Tiong. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji pula adalah penganut Islam.

DAP sebenarnya telah mensesiakan peluang cukup baik untuk memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam yang terbentang luas melalui pemilihan semula CEC ini.

Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang bertanding di dalam pemilihan semula CEC ini, seperti Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Dr Ariffin Omar, akan dipilih. Malangnya, hanya Zairil Khir Johari, yang disifatkan banyak pihak sebagai bukan Melayu tulen tetapi Melayu celup, kekal menjadi sesatu calon yang terpilih.

Lebih jauh lagi, jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang hanya memasuki DAP selepas pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, seperti Dr Abdul Aziz Bari, Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Yeop Adlan Che Rose, selain mana-mana tokoh-tokoh Melayu Islam yang kalah di dalam pemilihan semula CEC ini, dilantik untuk mengisi kuota 10 orang ahli tambahan.

Bagaimanapun, di sebalik mengisi CEC dengan lebih ramai tokoh-tokoh Melayu Islam, DAP malangnya sekadar mengekalkan 1 kuota Melayu Islam di dalam kuota lantikan ini dengan melantik Tengku Zulpuri Shah Raja Puji bagi menggantikan tempat yang disandang oleh Dr Ariffin Omar.

Sangat pelik sekali melihat cara para pemimpin DAP berpolitik ini kerana di saat ia sedang menghadapi krisis keyakinan yang serius di kalangan pengundi Melayu Islam, dan di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi, tokoh-tokoh Kristian jugalah yang menjadi pilihan utamanya untuk dilantik ke CEC sedangkan ini hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.

Dr Kamarul Zaman Yusoff


Monday, September 4, 2017

KESIAN DAP... RUPA-RUPANYA MASIH LAGI MENAGIH PAS UNTUK BERSAMA-SAMA MEREKA!!!



Kebelakangan ini kita dapat perhatikan, serangan ke atas PAS semakin diperhebatkan terutama daripada kalangan PAN dan pro-DAP. PAS digambarkan sebagai pihak bersalah, penjahat, pengacau, bahkan dianggap sebagai parti kecil yang tidak begitu penting, tetapi sangat kuat berlagak. 

PAS digelarkan sebagai PA$NO - gabungan PAS, Ringgit dan UMNO. 

Gambaran kononnya PAS sedang berganding dan akan bekerjasama dengan UMNO-BN disebabkan PAS telah dirasuah oleh Najib Abdul Razak, disebarkan secara menyeluruh terutama menerusi mesej-mesej group WhatsApp dan Telegram. PAS juga digambarkan akan bertanding buat kali pertama dalam PRU, bukan untuk mencari kemenangan, sebaliknya untuk memastikan kemenangan UMNO-BN.

Namun pada masa yang sama, PKR yang diketuai oleh Azmin Ali manakala disokong oleh Wan Azizah Wan Ismail pula giat untuk memujuk dan berusaha untuk berpaut kepada PAS dengan apa cara sekalipun. 

Bahkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Liew Ching Tong beberapa hari lepas, kononnya pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang, hanya akan memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan, dan menghancurkan UMNO serta PAS (RUJUK SINI), menunjukkan dengan jelas bagaimana terdesaknya DAP untuk kembali mendapatkan bantuan dan sokongan PAS bagi PRU-14.

Kemenangan besar Barisan Nasional pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pertandingan tiga penjuru sebelum ini, menidakkan teori songsang Liew Chin Tong.

Hakikatnya, PAS seperti sudah serik dipergunakan oleh DAP. Kejayaan demonstrasi besar seperti BERSIH sendiri sebenarnya terlalu bergantung kepada penyokong PAS. Tanpa PAS, BERSIH tidak mempunyai sokongan Melayu dan bertukar menjadi gerakan protes orang Cina semata-mata.

Secara faktanya, PAS tidak memerlukan DAP untuk memenangi dan menguasai Kelantan, kubu kuatnya. Begitu juga di Kedah dan Terengganu selain Perlis. Sedangkan DAP pula amat memerlukan PAS untuk memenangi Selangor, malah di Pulau Pinang juga. Bantuan dan kerjasama daripada PAS jugalah yang membolehkan DAP menguasai 38 kerusi Parlimen pada PRU-13 lalu. Tanpa PAS, DAP hanya mampu menggapai tidak lebih dari 20 kerusi Parlimen.

Dan biarpun di atas kertas, DAP memerintah Pulau Pinang, manakala PKR mentadbir Selangor, hakikatnya di kedua-dua negeri tersebut, DAP adalah penguasa sebenar. DAP adalah de facto di Selangor dengan PKR pula sekadar penurut perintah PKR.

DAP memberikan gambaran bahawa mereka mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina dan sekurang-kurangnya 54 kerusi Parlimen dengan sokongan Cina akan menjadi milik mereka, manakala PKR, PAN dan Parti Cap Bunga akan memastikan kerusi-kerusi sokongan Melayu berada di bawah kekuasaan DAP.

Namun DAP mula menyedari kesilapan mereka selepas Lim Guan Eng memutuskan dan menerajang PAS keluar dari Pakatan Rakyat seterusnya membubarkan Pakatan Rakyat pada penghujung 2015. Sokongan orang Melayu terhadap Pakatan merudum jatuh, manakala sokongan 'solid' Cina pula boleh dipersoalkan terutama melihat kepada perkembangan terkini. 

Justeru membawa masuk PAS semula ke dalam Pakatan, bukan lagi pilihan sebaliknya WAJIB. Keputusan PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar-Sungai Besar petanda jelas, seandainya PAS dan UMNO meneruskan kerja mereka, Pakatan besar kemungkinan akan berkubur terus dengan DAP akan menerima impak yang paling besar. Namun untuk DAP berbuat begitu secara langsung, akan menyebabkan sokongan Cina kepada DAP pula terjejas. Bahkan akan menjatuhkan maruah dan ego DAP yang sangat besar itu.

Tanpa Karpal Singh dan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, DAP dan PAS berhadapan dengan kesukaran untuk bersatu semula. Ini adalah kerana kedua-dua mereka itulah yang merekatkan PAS-DAP. Dalam DAP, pakar strategi politik sebenarnya adalah Karpal Singh, bukannya Kit Siang. PRU 2008 dan 2013 merupakan kejayaan daripada kerja kuat yang dibuat oleh Karpal Singh, bukannya Lim Kit Siang. Lim Kit Siang hanya mahir dalam bab politik kebencian di mana dia memainkan isu bangsa dan agama untuk memastikan orang Cina terus membenci Kerajaan, UMNO, Melayu dan Islam.

Kerjasama 2008-2013 antara DAP-PAS tidak lebih daripada sandiwara semata-mata walaupun hakikatnya DAP tidak pernah menyukai PAS. DAP sanggup bersandiwara untuk menunjukkan kononnya wujud hubungan baik antara DAP dengan PAS. Kepada masyarakat Cina, mereka diberitahu, undi PAS secara tidak langsung akan memberikan undi kepada DAP dan sebaliknya. Para penyokong DAP sanggup menyarung baju T PAS dan membawa bendera PAS sambil menyanyikan lagu berbahasa Cina tentang pergi ke bulan dengan roket.

Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng amat terkenal sebagai anti-Raja, anti-Melayu dan anti-Islam. Ramai percaya, Lim Kit Siang sebenarnya lahir di China tetapi dibawa masuk ke Malaysia semasa kecil. Justeru patriotismenya terhadap Malaysia diragui. Bahkan, Kit Siang dilihat lebih taat setia kepada Singapura berbanding Malaysia. Jadi, apabila Karpal Singh dan Nik Abdul Aziz meninggal dunia, hubungan antara DAP dengan PAS juga turut berakhir.

DAP hanya menggunakan isu kecil iaitu RUU355 untuk menghentam PAS kembali. DAP menjadikan RUU355 sebagai undang-undang hudud yang akan menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu di negara ini. DAP juga membawa kepercayaan bahawa RUU355 sekiranya diluluskan, akan menyaksikan upacara penggal kepala dan potong tangan. Jadi RUU355 digunakan sebagai alasan untuk menerajang PAS keluar dari Pakatan secara hina.

Kini, selepas PAS disingkirkan dari Pakatan, DAP mempunyai mangsa untuk dipersalahkan setelah keputusan PRU-14 diumumkan nanti. DAP tahu, Pakatan tidak mungkin akan berjaya membentuk Kerajaan. Oleh kerana itu, DAP memerlukan mangsa untuk dipersalahkan bagi mengelakkan mereka pula dipersalahkan.

Tanpa PAS, Pakatan Harapan tidak ada harapan untuk ke Putrajaya dan DAP amat sedar tentang hal tersebut. Liew Chin Tong cuba bermain psywar murahan dengan mengatakan pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada Pakatan manakala UMNO dan PAS akan kehilangan banyak kerusi.

Pada ketika DAP secara terbuka mengatakan mereka tidak memerlukan PAS dan pertandingan tiga penjuru jauh lebih bagus kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, di belakang tabir, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali cuba menjalinkan kembali hubungan dan kerjasama dengan PAS. DAP yang kebiasaannya cukup celupar, langsung tidak berkata apa-apa. Sebaliknya yang memprotes tindakan Azmin Ali itu hanyalah dari kalangan ahli-ahli dan pemimpin PKR sahaja, sekaligus mencetuskan perbalahan dan perpecahan dalaman parti berkenaan.

Mengapa DAP memilih untuk mendiamkan diri dalam hal ini? Sudah tentulah kerana DAP tahu, mereka amat memerlukan PAS sekalipun pada masa yang sama, mereka menyatakan sebaliknya. DAP terlalu amat berharap Azmin akan berjaya meyakinkan Abdul Hadi Awang untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. DAP akan cuba berselindung konon-kononnya rundingan antara PKR dan PAS tidak ada kena mengena dengan DAP.

Kalau betul DAP tidak mengharapkan PAS lagi, anda rasa DAP akan berdiam diri melihat Azmin bersalaman dan mencium tangan Abdul Hadi Awang? Sekiranya mereka sangat berani menyerang dan mencerca KDYMM Sultan Selangor, mengapa pula mereka tidak berani langsung menyerang Menteri Besar Selangor?

Sudah tentulah mereka akan tutup mulut kerana mereka terlalu mengharapkan Azmin berjaya meyakinkan Abdul Hadi untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru. Anwar Ibrahim pula hanyalah salah satu alasan DAP untuk tujuan tersebut.

Apatah lagi, kalau benar PAS tidak bersama-sama Pakatan, pertandingan tiga penjuru akan berlaku dan kemenangan besar akan diraih oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, apa yang Liew Chin Tong susah hati sangat? Sepatutnya mereka lebih gembira kerana tidak perlu bersusah payah lagi seperti sekarang. Kenapa tiba-tiba baik hati sangat memberi nasihat kepada UMNO dan PAS?

Monday, August 28, 2017

TERLALU YAKIN UNDI CINA MILIK DAP SEPENUHNYA, ONG KIAN MIN LEGAKAN ANAK-BERANAK LIM DENGAN TSUNAMI MELAYU... MALANGNYA TERSASAR!!!



Pakatan Harapan, khususnya DAP masih menaruh harapan 'tsunami politik' seperti yang berlaku pada tahun 1999 dan 2008, kembali berulang dalam PRU-14 yang bakal dilangsungkan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi.

Pada tahun 1999, tsunami Melayu telah melanda dengan faktornya adalah pemecatan Anwar Ibrahim. Kerajaan Barisan Nasional yang pada waktu itu diketuai oleh Dr. Mahathir hampir tertungging. Bagaimanapun, kelebihan pembahagian kawasan serta rundingan pada saat-saat akhir dengan Shuqui dan Dong Zhong berjaya menyelamatkan Barisan Nasional. Dr. Mahathir beruntung kerana pada waktu itu, media sosial masih tidak popular dan digunakan secara meluas seperti sekarang.

Biarpun Barisan Nasional berjaya mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi UMNO mengalami kemerosotan jumlah kerusi yang dimenangi secara drastik. Kerusi-kerusi campuran Cina dan India banyak menyelamatkan Barisan Nasional.

2008, tsunami Cina pula melanda. Kemenangan majoriti lebih dua pertiga oleh BN pada tahun 2004, menyebabkan DAP giat mencanangkan bahawa orang Cina khususnya akan berhadapan dengan pelbagai tekanan kerana dasar-dasar kerajaan sudah pasti akan melebihkan orang Melayu. Hasutan dan tohmahan DAP itu berjaya dihadam oleh masyarakat pengundi Cina. Pada masa yang sama, Dr. Mahathir turut menghasut orang Melayu agar menggulingkan Abdullah Badawi yang dikatakannya sebagai 'menjahanamkan negara' walaupun hakikatnya, Abdullah Badawi cuba meminimakan kerugian wang negara kesan daripada dasar-dasar Mahathir yang pro-kroni, korupsi dan nepotisme.

Tidak sedikit Melayu yang terpengaruh dengan hasutan Dr. Mahathir yang kemudian menentang serta mendesak Abdullah Badawi agar berundur.

Gabungan 'tsunami Melayu dan Cina' menyaksikan buat kali pertama, Barisan Nasional gagal menguasai dua pertiga majoriti di Parlimen pada PRU-2008. 5 negeri pula terlepas ke tangan pakatan pembangkang. Abdullah Badawi akhirnya terpaksa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk digantikan oleh Najib Abdul Razak.

2013, DAP dan tsunami Cina masih berterusan. DAP memainkan pelbagai isu-isu sensitif yang mempersoalkan tentang kedudukan orang Melayu, agama Islam, Raja-Raja Melayu bahkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Seperti pada tahun 2008, DAP menghasut masyarakat Cina agar menentang Barisan Nasional kononnya orang Cina telah ditekan, didiskriminasi dan dizalimi memandangkan Kerajaan Barisan Nasional hanya melebihkan orang Melayu dan Bumiputera. Isu sensitif lain yang lebih kerap digunakan oleh DAP ialah kononnya Islam telah dipaksa ke atas orang-orang bukan Islam. Pelajar-pelajar sekolah terutama di SJKC-SJKC telah cuba diIslamisasikan oleh guru-guru Melayu yang 'sengaja' dimasukkan ke sekolah-sekolah berkenaan.

Hasutan, fitnah dan tohmahan DAP berjaya. PRU 2013 menyaksikan, Barisan Nasional kehilangan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang mempunyai jumlah pengundi Cina melebihi 40% kepada DAP. Pun begitu, UMNO dan PBB Sarawak berjaya meningkatkan jumlah penguasaan kerusi Parlimen dan DUNnya walaupun parti-parti komponen utama seperti MCA, MIC dan GERAKAN gagal menyaingi DAP.

PRU-14, pelbagai teori dan analisis telah mula dikeluarkan. DAP seperti biasa, meneruskan kempen dan hasutan mereka agar pengundi-pengundi Cina berjaya ditakut-takutkan dengan Melayu-Bumiputera dan Islam. Pada masa yang sama, DAP turut cuba meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu-Bumiputera terutama apabila Dr. Mahathir kini mengetuai Parti Cap Bunga manakala Mat Sabu yang memimpin serpihan PAS, mengetuai PAN.


Dalam analisisnya, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Min berkata, AKAN BERLAKU PERALIHAN 15% undi Melayu kepada Pakatan Harapan sebagaimana yang berlaku pada 1999 dan 2008. Alasannya mudah, UMNO telah berpecah. Begitu juga dengan PAS.

Bagaimanapun, hujah Ong Kian Min itu agak dangkal memandangkan yang teruk berpecah sekarang adalah DAP dan PKR. DAP khususnya Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan dan kepimpinan terutama selepas Lim Guan Eng berhadapan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa selain pendedahan melibatkan penjualan tanah-tanah kerajaan negeri dalam usaha Lim Guan Eng untuk membuktikan, dia bijak mentadbir dan menguruskan kewangan Pulau Pinang.

DAP sedang berhempas pulas untuk memperbetulkan persepsi di kalangan para pengundi Cina apabila akhbar-akhbar berbahasa Cina yang selama ini menjadi sumber kekuatan DAP, mula memaparkan ketirisan dan penyelewengan dalam DAP. Cengkaman Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang ke atas akhbar-akhbar berbahasa Cina, tampak semakin longgar terutama selepas beberapa siri skandal dan penyelewengan membabitkan para pemimpin DAP dipaparkan.

Lebih teruk lagi ialah apabila DAP sendiri terpaksa membuat pembetulan hujah setelah menerima Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sebagai sekutu baru mereka setelah sekian lama menghentam dan membuat pelbagai tuduhan terutama sekali ke atas Dr. Mahathir.

Biarpun cuba menggunakan isu-isu nasional seperti 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion, DAP sendiri tidak mampu menangkis isu-isu setempat yang berkaitan DAP seperti Laporan Kajian BolehLaksana Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang pembayarannya sebanyak RM305 juta telah dibuat walaupun laporan tersebut belum disiapkan sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan tuduhan derma RM1.6 bilion dari Zionis Israel yang dibuat oleh bekas pemimpin DAP yang sehingga ke hari ini tidak diambil tindakan walaupun Lim Kit Siang pada waktu itu, bersungguh-sungguh menyatakan akan menyaman bekas pemimpin tersebut.

Skandal penipuan pemilikan rumah mampu kos rendah yang dilakukan oleh Lim Keat Seong, bapa kepada ADUN DAP Sungai Pinang Lim Siew Khim, kilang haram di Sungai Lembu yang mempunyai kaitan dengan Phee Boon Poh, kekayaan luar biasa dan melampau Nigel Law, anak Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Pulau Pinang Danny Law Heng Kiang, pembelian banglo dengan harga di bawah pasaran selain penguasaan sekurang-kurangnya 16 jawatan penting GLC oleh Lim Guan Eng, merupakan antara masalah yang sering diperkatakan oleh rakyat Pulau Pinang, tetapi cuba ditutup oleh DAP.

Suasana pada tahun 2008 dan 2013 di kalangan masyarakat Cina juga kurang dirasakan walaupun masih ramai yang percaya, DAP sekurang-kurangnya masih mampu memperolehi lebih 80% undi Cina tetapi kurang 90% berbanding yang mereka perolehi pada tahun 2008 dan 2013. Aliran dan trend terkini, khususnya di media-media sosial menyaksikan kesuraman tersebut apabila RBA iaitu tentera-tentera siber DAP yang sering dikatakan hebat, sekarang ini semakin kurang menyengat terutama di laman-laman berbahasa Melayu dan Inggeris.

Ong Kian Min boleh menyedapkan hati dengan 'tsunami Melayu' sepertimana DAP menyedapkan hati para penyokong PAS suatu ketika dahulu untuk membantu DAP meningkatkan penguasaan kerusi-kerusi Parlimen mereka. Namun secara jelas, DAP sendiri berhadapan dengan masalah tsunami Melayu yang mungkin akan menyebabkan mereka kehilangan kerusi-kerusi yang dimenangi dengan bantuan PAS dan PKR sebelum ini terutama kerusi-kerusi di Pulau Pinang dan Selangor.

Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan terutama membabitkan pengundi-pengundi baru dari kalangan generasi muda akan berlaku terhadap Barisan Nasional, namun pada masa yang sama keseimbangan juga akan berlaku apabila pengundi kali pertama pada 2008 dan 2013 mula melihat kegagalan dan keserakahan DAP serta Pakatan sendiri.

Ong Kian Min bolehlah sedapkan hatinya sendiri. Boleh juga sedapkan hati Lim Kit Siang yang sudah mahu berpindah dari Gelang Patah di Johor ke Pulau Pinang kerana masalah dan krisis kepercayaan terhadap anak lelakinya, Lim Guan Eng. Namun yang pasti, angka dan trend sedang berbicara sendiri untuk menunjukkan analisanya tentang tsunami Melayu, terlalu dangkal dan hanya bersifat memujuk diri sendiri!


Tuesday, July 4, 2017

DAP DAN LIM KIT SIANG TUDUH NAJIB NAK HARAMKAN DAP DAN HALANG BERTANDING PADA PRU-14 WALAUPUN HAKIKATNYA, MASALAH DAP ADALAH DENGAN PENDAFTAR PERTUBUHAN!!!



Isu pendaftaran DAP dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sudah menjangkau 5 tahun. Sudah banyak pihak yang mendesak ROS menyatakan keputusan mereka tentang pendaftaran DAP sama ada diharamkan, dibenarkan beroperasi dan bertanding pada PRU nanti menggunakan logo sendiri atau sebaliknya, bahkan mempertikaikan kelembapan ROS dalam menangani isu berkenaan.

DAP mula.menghadapi masalah dengan ROS apabila aduan daripada ahli-ahli DAP yang dihalang daripada membuang undi bahkan menghadiri perhimpunan agung parti tersebut pada Disember 2012. Jumlah perwakilan yang hadir CE pada 15 Disember 2012 adalah seramai 2,576 perwakilan dan 865 cawangan. Bagaimanapun, campurtangan dan 'hasil kerja' bijaksana Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang mahu mengekalkan legasi mereka, maka diisytiharkan jumlah cawangan yang hadir adalah sebanyak 985 Cawangan. Lebih 120 Cawangan daripada jumlah yang didaftarkan secara rasmi.

Apabila 120 Cawangan haram itu dibenarkan membuat pemilihan maka keputusan CEC pada 15 Disember 2012 menjadi tidak sah. Permintaan agar DAP mengadakan pemilihan semula CEC menggunakan senarai 865 Cawangan, ditolak oleh Guan Eng dan Lim Kit Siang. Kedua-dua beranak itu sebenarnya ketakutan. Kedua-dua beranak tersebut takut kerana tanpa 120 'Cawangan Hantu' itu, berkemungkinan besar Lim Kit Siang dan Guan Eng hilang kuasa di dalam DAP.


Sekaligus, sudah lima tahun juga kedudukan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP adalah haram dan segala proses pentadbiran parti itu boleh dipersoalkan dan dipertikaikan, termasuklah kemenangan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN DAP di seluruh negara.

Status DAP itu bukanlah baru sekarang muncul. Sebaliknya perkara itu telah dinyatakan di dalam notis mengikut Seksyen 16(1) di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang telah dihantar kepada Lim Guan Eng sendiri pada bulan April 2013. Tindakan tersebut dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

Tiga hari sudah, Liew Ching Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang mengeluarkan kenyataan menuduh kononnya wujud rancangan mahu mengharamkan parti DAP oleh Perdana Menteri. Hari ini, Lim Kit Siang pula menagih simpati daripada para penyokongnya dan turut memberikan gambaran kononnya, Barisan Nasional sudah takut dengan DAP dan mahu DAP diharamkan daripada bertanding pada PRU akan datang.

Hakikatnya, tidak wujud sebarang konspirasi. DAP sendiri yang sengaja membiarkan parti mereka berstatus haram dan tidak sah dari sisi perlembagaan Pendaftar Pertubuhan.

20 April 2013, iaitu ketika menjelang PRU-13, Lim Kit Siang berlakon menangis konononnya bimbang DAP tidak dibenarkan bertanding. Menangis kononnya lambang DAP akan dihalang untuk digunakan dan menuduh ROS menganiaya DAP.


Tangisan Kit Siang itu membolehkan masyarakat Cina yang tidak pernah peduli dan tahu tentang undang-undang negara, memberikan kemenangan besar kepada Kit Siang dan calon-calon DAP. Simpati dan marah kepada Kerajaan Barisan Nasional membuak-buak dan akhirnya mereka bersatu memberikan sokongan dan undi kepada DAP.

Ironinya, mengapa DAP sangat takut untuk mengadakan pemilihan CEC semula?

Besar kepala? Ego? Atau ketakutan melampau Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

Lim Kit Siang dalam kenyataan terbaharunya berkata, dia akan membuat penjelajahan untuk menerangkan - sebenarnya menipu - kepada para penyokong tentang kemungkinan tersebut. Justeru, dia memikirkan untuk bersara dari politik kerana tidak bersetuju dengan tindakan penguatkuasaan yang mungkin akan diambil oleh ROS.

Dia juga akan mendapatkan maklum balas daripada penyokong tentang Lim Guan Eng yang akan diminta untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.


Permainan PENIPUAN DAN PEMERDAYAAN yang sedang dilakukan oleh DAP menerusi Liew Chin Tong dan Lim Kit Siang sedang membesar. Sasarannya adalah masyarakat pengundi Cina yang terpisah daripada maklumat-maklumat semasa tentang penipuan DAP. Di kalangan pengundi-pengundi Melayu pula, golongan tongong dan malas menyemak serta membaca sebaliknya hanya percaya kepada hear-say, akan menjadi agen untuk memperdayakan masyarakat pengundi Melayu secara keseluruhannya sama ada menerusi lisan mahupun menerusi media-media sosial.

Jangan terkejut sekiranya ada yang bersungguh-sungguh berhujah kononnya Najib Abdul Razak takut sangat dengan DAP sehingga DAP perlu diharamkan, walaupun hakikatnya, masalah DAP bukanlah dengan Najib Abdul Razak, tetapi dengan ROS kerana keghairahan mereka menerusi penipuan demi memastikan jawatan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terjaga!


Wednesday, February 22, 2017

DAP AKAN BERGABUNG DENGAN CAP BUNGA DEMI ELAK TINDAKAN PENGHARAMAN OLEH ROS?



Semakin kuat tiupan desas-desus yang mengatakan, Lim Kit Siang sedang berusaha menyelamatkan DAP buat kali terakhir daripada diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan setelah isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Tertinggi (CEC) parti itu sehingga kini masih belum disahkan dan masih berlarutan, meskipun PRU-14 semakin hampir.

Kononnya, terdapat cadangan agar DAP dibubarkan dan kemudian mengambilalih Cap Bunga pimpinan Mahathir menerusi penggabungan - kaedah yang paling digemari oleh Mahathir sepertimana ketika dia cuba mengawal sektor perbankan negara pada penghujung 90-an. Selain menyelamatkan DAP sebagai sebuah parti, Lim  Kit Siang juga sangat berharap, dia boleh menggunakan PENGALAMAN SERTA KELICIKAN MAHATHIR mempergunakan hakim dan mahkamah bagi membebaskan Lim Guan Eng daripada hukuman sepertimana yang Mahathir lakukan ketika memecat sebilangan besar hakim serta Ketua Hakim Negara pada penghujung 80-an.

DAP sendiri sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang sangat kronik. Beberapa fraksi dalam DAP, tidak lagi berselindung menunjukkan kebencian serta penentangan terhadap penguasaan Keluarga Lim di dalam DAP.

Di Perak, Nga Kor Ming dan sepupunya, Ngeh Kor Ham melaksanakan 'pembunuhan' pengaruh Dinasti Lim secara perlahan-lahan dan berhati-hati tetapi sangat berkesan.

Anak-anak mendiang Karpal Singh yang merupakan sekutu kuat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga, telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka berhubung tindakan Lim Kit Siang berbaik-baik dengan Mahathir.

DAP Sabah telah berpecah teruk, manakala DAP Johor terus bergelut antara fraksi melibatkan Dr Boo Cheng Hau ADUN Skudai yang sangat dibenci oleh Anak-Beranak Lim dengan Liew Chin Tong yang merupakan penjilat tegar Lim Guan Eng - setaraf dengan Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin kepada Mahathir.

Gabungan antara DAP-Cap Bunga pastinya akan menjadi sangat menarik memandangkan Mahathir sudah beberapa kali mengiktiraf DAP sebagai sebuah parti Cina yang sangat kuat, malah jauh lebih baik berbanding MCA, GERAKAN mahupun SUPP di Sarawak.

Selepas PAS terus berdolak dalih dan membuatkan DAP berputih mata, bahkan telah menelanjangkan banyak rahsia Lim Guan Eng di Pulau Pinang, apa lagi yang ada pada DAP atau lebih tepat lagi Lim Kit Siang dalam usaha menawan Putrajaya melainkan menggabungkan diri mereka dengan Cap Bunga, bahkan PAN dan PKR menjadi satu Barisan!!!

Maka tidak hairanlah mengapa desas-desus DAP akan dibubarkan dan bergabung dengan Cap Bunga begitu kuat kedengarannya di kalangan orang politik, termasuklah orang DAP sendiri!


Tuesday, February 14, 2017

TAK PAYAHLAH LAYAN BERAPA RAMAI PEMIMPIN DAP NAK KELUAR PARTI PUN, BUKAN BAGI KEUNTUNGAN PADA UMNO DAN BARISAN NASIONAL PUN!!!



Dua orang lagi pemimpin kanan DAP dijangka keluar parti dalam tempoh terdekat, 48 jam selepas empat orang pemimpin DAP Melaka mengumumkan perletakan jawatan mereka, kata bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. 

"Seorang dari Selangor dan seorang lagi dari Johor. Kedua-duanya adalah pemimpin senior. Bila? Bila-bila masa sahaja. Perletakan jawatan tersebut telah lama diperkatakan di kalangan orang politik. Menurutnya itu adalah punca kepada kejatuhan DAP sepertimana yang berlaku pada awal 80-an apabila Lim Kit Siang 'mengerat' Lee Lam Thye yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP.

"Saya percaya jumlah akan meningkat. Rakyat sudah mulai membuka mata. Mereka sangat marah dengan sikap pucuk pimpinan terutama selepas kerjasama dengan bekas musuh utama mereka, Dr. Mahathir Mohamad. 

"Bayangkan, semasa Mahathir berkuasa, ramai ahli DAP telah dimasukkan ke Kem Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan sekarang tiba-tiba kamu mengadakan hubungan kerjasama dengannya? Mereka tidak dapat menerima perkara seperti ini," kata Tunku Aziz lagi. 


Menurut Tunku Aziz, perletakan jawatan dalam DAP itu merupakan satu wabak yang akan merebak dan menyebar yang sekaligus menjejaskan pucuk pimpinan DAP yang dikuasai oleh Keluarga Lim. Bahkan masalah tersebut akan mempengaruhi pakatan pembangkang yang diketuai oleh Lim selain menjejaskan persediaan mereka untuk PRU akan datang. 

"Secara dalaman, DAP berada dalam keadaan yang sangat lemah. Kepimpinan parti yang dikenali sebagai 'Dinasti Lim' akan jatuh. Perletakan jawatan di Melaka hanyalah permulaan. Ia akan menjangkit dan DAP akan bergegar. 

"Itulah sebabnya, kamu tidak boleh selalu menyalahkan orang lain dan perlu mengakui kesilapan yang kamu buat. Orang ramai, ahli, penyokong tidak gembira. Kamu tidak pernah peduli dan tidak pernah mahu mendengar walaupun kamu mendakwa memberikan kebebasan kepada semua pandangan walaupun jelas ia hanyalah retorik semata-mata. Sudah sampai masanya kamu menerima hukuman," kata Tunku Aziz lagi. 


Bekas pemimpin DAP dari kalangan Melayu sungguh yakin, perletakan keempat-empat orang wakil rakyat DAP itu akan menumbangkan dan memecah belahkan DAP. Mereka memberikan gambaran seolah-olah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah gagal mengawal parti itu dari dalam walaupun pada masa yang sama, mereka juga tidak menafikan bahawa perletakan jawatan dan keluarnya beberapa orang pemimpin DAP yang diketahui tidak sebulu dengan Dinasti Lim, sekadar mengukuhkan kedudukan Lim dengan pengambilan pemimpin-pemimpin baru yang menyembah mereka.

Soal sama ada beberapa orang pemimpin DAP tidak menyokong kepimpinan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng yang bersikap kukubesi dan menjadikan DAP sebagai parti peribadi mereka, bukanlah perkara baru. 

Sebelum ini pun, heboh kononnya Dinasti Lim terancam dan bakal pupus. Namun dengan kemunculan pemimpin-pemimpin muda seperti Anthony Loke, Tony Pua, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan sebagainya yang jelas merupakan tonggak utama Lim Guan Eng, sebarang teori kononnya DAP akan hancur disebabkan pemberontakan dalaman, sekaligus membolehkan UMNO dan Barisan Nasional lebih mudah menang pada PRU akan datang, seperti sebuah cerita dongeng. 

Seelok-eloknya UMNO mahupun parti-parti komponen Barisan Nasional tidak payah peduli dengan apa yang berlaku di dalam DAP. Apatah lagi, nampak sangat sekarang ini, Lim Guan Eng sedang cuba menggunakan isu perletakan jawatan dan keluar parti itu untuk menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional walaupun ia adalah masalah dalaman parti dan dia sendiri!


Thursday, January 19, 2017

AKHIRNYA u-TUrN MENGAKU DAP MINTA JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI!!!



Apabila Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP mendedahkan tentang pakatan sulit antara Mahathir dengan Lim Kit Siang membabitkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Mahathir adalah orang yang paling kuat lompat. Lim Kit Siang pun lompat sama. Bahkan Mukhriz Mahathir yang tidak banyak tahu tetapi hanya bermodalkan bapanya pun bukan main lagi melatah.

Setelah puas berkungtau, berkungfu, bersilat dan bersilambam, akhirnya u-TUrN membuat pengakuan bahawa DAP memang meminta jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dengan kata lain, betullah seperti yang didakwa oleh Tunku Abdul Aziz pada 31 Disember lalu walaupun disangkal, bahkan diancam untuk disaman.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan DAP mahukan jawatan Perdana Menteri kerana memerlukan undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina.

"Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.

"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.

"Tapi kalau timbalan itu, adalah...Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya seperti dilaporkan portal Antarapos, hari ini.

Beliau berkata demikian pada program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini. (RUJUK SINI)



Monday, December 26, 2016

MALAYSIA BANKRAP, MALAYSIA SAMA DENGAN TAHI GAJAH, BRIM RASUAH DAN SKANDAL SEKS LUCUTKAN JAWATAN!!!



Tony Pua samakan Malaysia macam TAHI GAJAH yang ditonton oleh keluarganya di Chiang Mai.

Lim Guan Eng pula, dalam perutusan Hari Krismasnya menyatakan Malaysia adalah Negara Bankrap.

Mahathir menfatwakan BRIM adalah RASUAH dan BRIM adalah satu perlanggaran undang-undang.

Anina Saadudin dilucutkan jawatan daripada menjadi Ketua Srikandi Cap Bunga kerana Skandal Seksnya yang terbarai.


Khairuddin Abu Hassan mula menyerang Muhyiddin Yassin dan bertanya kalaulah Anina boleh dilucutkan jawatan, mengapa pula Muhyiddin Yassin yang terpalit dengan skandal seks sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah, tidak pula dikenakan sebarang tindakan.

Dan daripada kesemua yang disebut di atas menjelang berakhirnya tahun 2016, ianya mempunyai satu sahaja persamaannya iaitu UMNO-BN.

Tony Pua cuba memberikan gambaran bahawa di bawah pentadbiran UMNO-BN, Malaysia telah menjadi tahi tetapi seandainya pentadbiran UMNO-BN digulingkan, tahi pun boleh dikitar menjadi kertas. Anehnya, Tony Pua masih lagi bertahan menjadi Ahli Parlimen di Malaysia, malah keluarganya juga masih berada di Malaysia dengan dia bertungkus lumus mahu merebut kuasa berbanding ketika dia 'lari' dari Singapura apabila syarikat perniagaannya di negara pujannya itu terlungkup.


Lim Guan Eng juga memberikan gambaran bahawa UMNO telah menyebabkan negara ini bankrap walaupun pada masa yang sama, segala penunjuk aras di Pulau Pinang menunjukkan di bawah kepimpinannya, sedang bankrap sampaikan untuk mencari pendapatan, Lim Guan Eng menjual tanah selain menjadikan peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebagai PENDAPATAN NEGERI.

Mahathir pula sedang dibayangi oleh segala masalah kewangan negara yang dirintis olehnya. Hutang-hutang yang ditinggalkan oleh kepimpinannya selain pengaliran wang negara ke saku kroni, ahli keluarga dan proksinya telah menjadi satu warisan dan Mahathir terpaksa merekayasa cerita kononnya hutang-hutang negara sekarang dibuat oleh kepimpinan Najib. Mahathir semakin bimbang apabila Internet menjadi medan pembongkaran yang dia sendiri tidak dapat nafi atau tolak, bahkan walaupun cuba dibantu oleh para penyokongnya dengan segala macam putarbelit dan herot-petot fakta, Mahathir tahu sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun, TIDAK ADA SATU APA PUN YANG DILAKUKAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT MARHEIN, kecuali untuk anak-anak, kroni dan proksinya sahaja.



Anina dan Khairuddin, macai kelas pertengahan yang merupakan pentaksub Mahathir pula menyalahkan UMNO kerana nasib yang menimpa mereka. Menyalahkan UMNO dan Najib untuk mendapatkan perhatian Mahathir, tetapi akhirnya dikorbankan untuk memberi laluan kepada Mukhriz Mahathir sebagai Presiden Cap Bunga.

Alangkah meriahnya politik Malaysia!!!


Saturday, December 24, 2016

KALAULAH LEBIH RAMAI JAMAL MOHD YUNOS DARI UMNO DI SELURUH NEGARA YANG BERANI MENYERBU PUSAT-PUSAT JUDI DAN PELACURAN, DAH LAMA DAP TAK BESAR KEPALA MACAM SEKARANG!!!



Akhirnya Jamal Mohd Yunos menemui rentak sebenar untuk keberadaannya dalam politik dan UMNO. Berbanding aksi-aksi membodohkan diri sendiri dengan memukul badan di atas jalanraya sebagai demonstrasi silat kononnya, akhirnya Jamal menemui apa yang lebih diperlukan oleh marhein dan ditakuti oleh DAP.

Semuanya bermula dengan kekerapan gangguan bekalan air di Selangor.

Aksinya bertuala mandi di hadapan pintu pagar SUK dan meminta untuk mandi di pejabat Menteri Besar Selangor, menjadi viral. Tidak sedikit yang mengecam dan mengeji tindakannya. Bahkan ramai pula yang memaki hamun Jamal kerana memalukan diri hanya semata-mata kerana 'mahu mandi' walaupun hakikatnya, tindakan Jamal itu adalah simbolik kepada bantahan bagi kegagalan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor menguruskan bekalan air walaupun telah mengambilalih Syabas dan SPLASH dengan sebahagian daripada dana Kerajaan Persekutuan, hilang lenyap tidak berbekas.

Jamal sendiri mempunyai masalah. Salah satu masalahnya adalah 'perlanggaran' undang-undang membabitkan lesen dan permit bagi resort yang diusahakan di atas tanahnya sendiri. 8 tahun membina resort tersebut dengan permohonan lesen dibuat tetapi tetap tidak diluluskan oleh PBT atas alasan politik, mendedahkan Jamal kepada risiko kehilangan aset dan hartanya itu.

Tindakan Jamal bertuala mandi di hadapan pintu pagar Pejabat SUK sememangnya memalukan pentadbiran Azmin Ali. Justeru, sebagai balasan, Azmin Ali telah mengarahkan tindakan undang-undang diambil ke atas aset Jamal sebagai dendam.

Keras kepala Jamal dengan 'membuka semula' resortnya itu, akan menyebabkan dia bakal kehilangan tanahnya pula.


Namun, Jamal mengambil tindakan yang lebih drastik dengan membawa orang-orangnya ke sebuah pusat hiburan haram yang sudah bertahun-tahun menjalankan aktiviti perjudian haram tetapi tidak pernah diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan PBT.

Ternyata tindakan Jamal mendapat sokongan ramai. Malah membuka mata banyak pihak terutama sekali dari dalam UMNO sendiri.

Wakil DAP di Sekinchan, Lim Suee Lim merupakan orang terawal yang memberikan reaksi dengan mengatakan, Jamal tidak kebal daripada tindakan undang-undang. Jamal membalas balik dengan bertanya, setelah bertahun-tahun pusat-pusat perjudian di Sekinchan yang lebar sawah bendangnya lebih luas berbanding kawasan perumahan beroperasi, adakah Lim Suee Lim mempunyai kepentingan di dalam setiap perniagaan haram di Sekinchan sehhingga membuatkan dia tutup mulut dan tutup mata, sebaliknya lebih sibuk dengan resort Jamal yang tidak ada judi, tidak ada pelacur?


Sekinchan bukan satu-satunya kawasan yang menjadi tempat operasi judi dan pusat maksiat serta pelacuran. Bukan hanya Selangor dan Pulau Pinang yang ada kegiatan-kegiatan tersebut bahkan di seluruh negara.

Namun setakat ini, hanya Jamal sahaja yang berani membalas dendam kepada DAP dengan cara menyerbu dan membawa polis ke pusat-pusat judi haram itu. Itu pun, besar kemungkinan semalam diserbu dan peralatan perjudian dirampas, hari ini pusat operasi tersebut telah dibuka semula!

Melainkan kalau ada lebih ramai Jamal Mohd Yunos di seluruh negara!!!


Monday, December 12, 2016

PRINSIP SONGSANG PAN YANG AKAN PERTAHANKAN DAP SAMPAI KE TITISAN DARAH TERAKHIR!!!



PAN tidak lagi berselindung yang mereka sebenarnya 'dijadikan' hanya untuk mempertahankan DAP daripada diserang oleh UMNO dan kini PAS. Walaupun pada masa yang sama, PAN memperlekehkan Melayu-Melayu did alam UMNO dan PAS namun alasan yang diberikan oleh PAN ialah, UMNO dan PAS menjadikan DAP sebagai kambinghitam untuk memenangi hati orang Melayu bagi menghadapi PRU akan datang. 

Menggambarkan PAN sebagai sebuah parti yang tidak RASIS kerana membela DAP yang dianggap sebagai pejuang anti-rasis, PAN berikrar dan mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan DAP daripada serangan UMNO dan PAS. DAP dikatakan menjadi sasaran mudah untuk UMNO dan PAS yang menyebabkan PAN perlu mengambilalih tanggungjawab sebagai perisai. 

"Itu adalah satu cara untuk mereka menang pada PRU akan datang. Kita perlu menyebarkan fakta bahawa DAP bukanlah musuh kita," kata seorang delegasi PAN dari Selangor, Jamzuri Ardani dalam konvensyen PAN yang diadakan di Shah Alam. 

Menurutnya lagi, PAN akan menangkis sebarang isu yang dibangkitkan oleh PAS dan UMNO ke atas DAP.

"Kita akan ke akar umbi dan menghapuskan semua sentimen perkauman yang diwujudkan oleh UMNO. Kita akan bertindak berdasarkan fakta dan kebenaran."

Sayang betul nampaknya PAN dengan DAP!

Mempertahankan DAP kononnya untuk menentang rasis tetapi menyerang UMNO dan PAS tidak pula rasis... semuanya hanya kerana PAN makan dedak DAP!!!


Sunday, December 4, 2016

PELABEL MAHATHIR PELACUR, BAPA AYAM DAN ULAR, PANAS HATI DAN TINGGALKAN DAP SEBAB PEMBOHONGAN KIT SIANG!!!



Shamsher Singh Thind, orang yang bertanggungjawab menggelarkan Mahathir sebagai BAPA AYAM, PELACUR dan ULAR, hari ini mengisytiharkan keluar dari DAP. Malah dia turut menegaskan, Lim Kit Siang tidak lagi boleh dipercayai selepas kehadiran Mahathir dalam Konvensyen DAP mengesahkan kerjasama antara Mahathir, Muhyiddin yassin dengan DAP.

"Saya boleh menulis tesis tentang hal ini dan tentang segala tuduhan yang dibuat oleh Mahathir serta pemimpin-pemimpin utama pembangkang ke atas Mahathir dan Muhyiddin sebelum ini. Daripada apa yang saya lihat, sama ada Kit Siang berbohong tentang Mahathir dan Muhyiddin, atau dia sebenarnya tiada masalah untuk bekerjasama dengan kedua-dua orang pencabul kuasa dan pengamal rasuah itu. Mana-mana pun pandangan yang diambil, poinnya ialah saya mahu membuktikan bahawa Kit siang telah kehilangan kredibilitinya," katanya ketika ditanya sama ada suatu hari nanti Kit Siang akan bekerjasama pula dengan Najib untuk menggulingkan seorang lagi Perdana Menteri. 


"Sekiranya kerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan Najib boleh diterima, saya sangat yakin, Kit Siang tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Najib untuk menumbangkan Perdana Menteri yang lain pula."

Dalam Persidangan Tahunan Delegasi DAP Pulau Pinang bulan lepas, Shamsher yang merupakan delegasi DAP Cawangan Chai Leng Park mempersoalkan tindakan pimpinan tertinggi DAP bekerjasama dengan Mahathir dan Muhyiddin. 

Pada ketika itulah dia memberikan label yang terkenal itu kepada Mahathir. 

"Respons yang saya terima amat menghairankan. Saya ditanya sekiranya Kit Siang yang teruk dikerjakan oleh Mahathir, sanggup mengenepikan perbezaan dan bekerjasama demi kononnya kepentingan negara, jadi apa yang menjadi masalah saya?

"Terkedu saya bila dengar soalan ini. Mahathir memang tidak pernah buat apa-apa kepada saya secara peribadi, jadi buat apa saya nak kisah. Ia samalah, Najib juga tidak pernah buat apa-apa kepada saya secara peribadi, mengapa pula saya harus melawannya."


Friday, November 25, 2016

TAHNIAH DAP!!! SELEPAS SELAMATKAN DUA EKOR DAPIG SELANGOR, KINI PULAU PINANG JADI HUB DAGING BABI PULAK!!!



Selepas 'dua ekor DAPIG dibebaskan' dengan keputusan Mahkamah Majistret walaupun hakikatnya mereka telah dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM3000 apabila mengaku bersalah mengasari seorang pegawai penguatkuasa MBSA, Nurul Ain Isa, beberapa isu lain yang berkaitan turut diperkatakan.

Dan sudah tentulah, antara isu utama adalah trauma dan maruah Nurul Ain Isa yang selepas ini, pastinya ditekan, didiskriminasi dan sebagainya kerana membawa kes tersebut kepada tindakan pihak berkuasa ke atas pasangan terbabit.

Pelacuran maruah Nurul Ain Isa atau penjawat awam Melayu secara keseluruhannya akan dibuat dalam bentuk pemberian 'wang dan saguhati' sambil pujukan agar kes berkenaan diselesaikan 'dengan cara baik'.

Yang pastinya juga, DAP akan menggunakan apa-apa sahaja cara termasuklah pemanipulasian undang-undang demi menyelamatkan kedua-dua ekor DAPIG yang juga merupakan penyokong utama BERSIH dan Maria Chin.

Itu di Selangor...

Bagaimana pula dengan di Pulau Pinang, negeri yang sekarang ini merupakan markas utama DAP dalam menunjukkan superiority mereka ke atas setiap kehidupan di negara ini, terutama sekali di kalangan orang Melayu-Bumiputera.


Ingat lagi dengan kisah bagaimana dua ekor DAPIG melemparkan duit ke atas siarkaki untuk dikutip oleh seorang penguatkuasa Melayu yang kemudian, nilai dan maruahnya telah ditebus oleh Lim Guan Eng dengan pemberian wang sebanyak RM200?

Nilai RM200 itu jugalah yang membolehkan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengembangbiakkan BABI MODEN untuk pasaran antarabangsa dan domestik tetapi pada masa yang sama, paling kuat meloncat dan menuduh Kerajaan menyeleweng wang rakyat apabila penternakan lembu dan daging halal hendak dimulakan.

RUU355 mendapat tentangan yang sangat hebat daripada DUN Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Lim Guan Eng adalah kepalanya. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah hasutan dan masyarakat ditakut-takutkan dengan hukuman hudud yang kononnya mahu digunakan oleh kerajaan menerusi RUU355.


Tetapi hari ini, Sidang DUN Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-Undang Penternakan Babi 2016 yang dibentangkan oleh Exco berkaitan, Dr. Afif Bahardin yang dikenali dengan sifat kurang ajar dan biadapnya.

RUU355 ditentang tetapi BABI dihalalkan...

Peduduk Pulau Pinang tentu gembira dengan perkembangan ini... memandangkan lebih mudah memperolehi daging babi berbanding daging halal selepas Kerajaan Negerinya meluluskan rang undang-undang penternakan babi, kan?


Tuesday, October 4, 2016

CHONG CHIEN JEN TUDUH, SHAFIE APDAL UMPANKAN KEKAYAAN UNTUK TARIK WAKIL-WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN DAP SABAH!!!



Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen menyelar 'katak-katak' di Sabah yang melompat parti untuk menyertai parti yang ditubuhkan oleh Shafie Apdal. Alasan bahawa 'hanya parti tempatan yang dapat mempertahankan hak-hak tempatan' dianggap sebagai picisan dan alasan murahan. 

Sebaliknya, Chong Chien Jen yang tidak boleh berbahasa kebangsaan dan tidak tahu menghormati lagu Negaraku itu berkata, alasan sebenar mengapa mereka melompat parti mempunyai kaitan dengan KEKAYAAN SHAFIE APDAL.

Chong Chien Jen tidak berselindung apabila memberikan gambaran kekayaan yang diperolehi oleh Shafie Apdal sepanjang dia berada di dalam UMNO, terutama sekali ketika menjawat jawatan Naib Presiden telah menjadi daya tarikan kepada sebilangan ahli politik, sekaligus membuatkan mereka mengabaikan agenda sebenar dan pembaharuan politik. 

Kenyataan tersebut dibuat dalam versi Bahasa Cina, manakala versi Bahasa Inggeris jauh lebih lunak tanpa rujuan kepada Shafie mahupun katak. (RUJUK SINI)

Menurutnya lagi, 'katak-katak' tersebut hanyalah ahli politik oportunis. Dia merujuk kepada wakil rakyat Likas, Junz Wong dan Timbalan Pengerusi DAP Sabah Joan Goah Penn Nee yang keluar dari DAP untuk menyertai parti yang ditubuhkan oleh Shafie Apdal. 

Kata Chong Chien Jen lagi, parti-parti tempatan hanyalah satu lagi bentuk politik rasis yang digunakan untuk memecah belahkan rakyat bagi memudahkan pemerintahan. Menggunakan sentimen tempatan merupakan cara untuk mengalihkan para pengundi daripada isu-isu nasional, dan merasionalkan kronisme.

Sunday, September 4, 2016

LETIH, TAK TAHAN DENGAN NEGARA INI, RARA OTHMAN MAHU RAMPAS PUTRAJAYA!!!



Macam biasa, apabila dia orang DAP, maka segala-galanya di negara ini tidak memuaskan hatinya melainkan apabila DAP sudah berada di puncak kuasa. Seperti tidak puas hatinya pemimpin-pemimpin DAP terhadap prestasi Pulau Pinang dan Selangor sewaktu kedua-dua negeri tersebut di bawah Barisan Nasional. Seperti tidak puas hatinya mereka ketika Mahathir memegang kuasa selama 22 tahun yang disifatkan dan dilabelkan sebagai Mahafiraun yang gila berkuasa dan tak mahu letak jawatan walaupun telah menjadi orang yang paling lama memegang jawatan Perdana Menteri di Malaysia.

Kini, Mahathir jadi pujaan dan sanjungan kerana Mahathir bersama-sama mereka, walaupun Mahathir tidak menyarung baju yang ada lambang roket.

Kini Pulau Pinang dan Selangor berada dalam genggaman DAP dan dikatakan sebagai dua buah negeri yang paling efisien, paling hebat pentadbirannya walaupun didedahkan pelbagai skandal dan penyelewengan yang kemudian ditutup dengan alasan dipolitikkan tanpa sebarang penyelesaian ke arah masalah-masalah yang telah terdedah dan didedahkan.

Rara Othman atau Young Rara merupakan kader Melayu dalam DAP yang dipergunakan untuk meluaskan empayar Dinasti Lim. Biarpun menikmati pelbagai kemudahan dan kesenangan, demi mengambil hati dan 'menjalankan tugas' sebagai kader politik, Rara Othman mengatakan yang dia sudah letih dan tidak tahan dengan negara ini. Katanya lagi anak-anak muda perlu menggembeleng tenaga bagi membolehkan DAP merampas Putrajaya. (RUJUK DI SINI)

Sebagai salah seorang calon Melayu DAP yang akan ditempatkan di kawasan majoriti pengundi Melayu pada PRU akan datang, Rara Othman memerlukan pencarian dan penggalian pengaruh yang lebih besar dan lebih teratur. Apatah lagi dengan cita-cita DAP mahu merampas 8 kerusi yang sebelum ini ditandingi dan sebahagian besarnya telah dimenangi dan disandang oleh PAS di Selangor.

Dari sumber-sumber dalaman DAP, Rara Othman yang merupakan salah seorang mentor di Sekolah Demokrasi akan diletakkan sebagai calon DAP di DUN Dusun Tua, yang sekarang ini disandang oleh PAS. Calon PAS, Razaly Hassan berjaya menewaskan calon BN, Ismail Sani dengan majoriti 4,071 undi pada PRU-13. Sekaligus menjadi calon pertama pembangkang yang berjaya menghancurkan penguasaan UMNO-BN di Dusun Tua. Ini adalah kerana, trend pengundian terutama di kawasan seperti Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras yang bermajoritikan pengundi Cina, boleh menjadi fixed deposit untuk Rara Othman sepertimana yang mereka lakukan untuk Razaly Hassan pada PRU-13 lalu.

Jadi, tidak hairanlah apabila Rara Othman melakukan pre-empt awal dengan menyeru penggabungan semua parti pembangkang untuk berhadapan dengan Barisan Nasional pada PRU-14 nanti. Walau bagaimanapun, dengan meminta PAS 'berkorban' untuk DAP dengan melepaskan 8 kerusi DUN di Selangor dan beberapa kerusi Parlimen di seluruh Malaysia untuk menjadikan DAP sebagai parti terkuat dalam konsesi pembangkang sekiranya mereka menang pada PRU-14 nanti.

Kecenderungan golongan muda kepada idealisme anti-establishment seperti yang diingini oleh DAP, membolehkan DAP memperjudikan dan menonjolkan Rara Othman menerusi hujah-hujahnya yang penuh sentimen kebencian terhadap negara pada waktu itu. Tidak sukar untuk mencari pengaruh di kalangan pengundi-pengundi muda.

Cipta sahaja cerita-cerita buruk tentang negara dan para pemimpin Barisan Nasional, khususnya UMNO, mereka akan percaya sepenuh-penuhnya tanpa sebarang keraguan. Malah kalau dikatakan Najib dan Rosmah Mansor adalah FALLEN ANGEL yang ditendang keluar dari syurga pun, pasti akan ada yang membenarkan dongengan tersebut yang akan disokong dengan pelbagai hujah dan fakta yang amat menarik serta penuh sensasi.

LETIH DAN TAK TAHAN DENGAN NEGARA INI, tetapi menariknya, orang seperti Rara Othman tidak akan ke mana-mana melainkan terus berada di dalam negara ini demi mencari kuasa kerana sebenarnya KUASA yang tidak diperolehi itulah sebenarnya yang membuatkan mereka LETIH DAN TAK TAHAN DENGAN NEGARA INI, bukan kerana apa yang terkandung dalam hujah-hujahnya.


Wednesday, November 25, 2015

FITNAH ARIF SABRI... HARAP-HARAP NAJIB TIDAK AMALKAN LAGI MEMBERI MAAF KEPADA MANA-MANA PEMIMPIN DAP!!!



Malam tadi, Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor telah memuatnaikkan sepucuk surat tuntutan daripada Tetuan Noorhajran Mohd Noor & Associates.

Surat tuntutan tersebut, mewakili menantu Perdana Menteri, Daniyar Kesikbayev menuntut Ariff Sabri atau lebih dikenali dengan nama penanya Sakmongkol AK47 yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Raub membuat permohonan maaf berkaitan dengan artikel yang telah diterbitkan di blognya. Daniyar juga menuntut agar artikel tersebut diturunkan serta-merta.

Artikel yang dimaksudkan bertajuk, 'Son-in-law Daniyar to be Najib's new 'Jho Low'. Di dalam artikel tersebut, Ariff Sabri menyataan bahawa kontrak untuk mengubahsuai bangunan yang menempatkan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York telah diarahkan untuk diberikan kepada Daniyar.

Menurut Ariff Sabri lagi, tidak ada tender sama ada secara terbuka atau sebaliknya. Dia juga mendakwa perjanjian itu telah ditandatangani pada September lalu ketika Najib berada di New York. Di dalam artikel yang sama juga, Ariff Sabri menyatakan bahawa kompleks itu dibangunkan semula dengan misi utama Malaysia ialah mendapatkan beberapa tingkat sahaja, manakala selebihnya dibolot oleh Daniyar Nazarbayev yang merupakan pemajunya.



Daniyar menerusi peguamnya menyatakan, dakwaan tersebut adalah tidak benar, berniat jahat dan langsung tidak berasas.

Ketika mula berjinak-jinak dengan DAP pada tahun 2012, bekas ADUN UMNO Pulau Manis pada PRU-11 merangkap bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan yang kecewa setelah tidak dinamakan sebagai calon pada PRU-12, menjadikan Rosmah Mansor dan PERMATA sebagai modal hentamannya. (BACA DI SINI dan SINI)

Sasaran Ariff Sabri hanya berkisar tentang Najib, Rosmah Mansor dan keluarga Perdana Menteri Malaysia itu. Sekaligus menunjukkan ada dendam lama yang bersarang di hatinya. Walaupun kini bergelar Ahli Parlimen Raub, nampaknya dia sekadar menjadikan dirinya sebagai talian hayat DAP untuk mewujudkan gelombang kebencian dan seterusnya menggulingkan Najib menerusi cerita-cerita tentang ahli keluarga Perdana Menteri itu.

Surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Raub itu juga memperlihatkan sudut kegementarannya apabila tajuk pada artikel asal telah diubah. Fitnah-fitnah asal juga telah digubal semula sepertimana yang dapat dilihat dalam printscreen di bawah.


Apakah Ariff Sabri sudah kecut perut? Sudah takut? Bimbang kalau benar menantu Najib akan menyamannya? Bimbang sekiranya Najib juga campur tangan dan ikut menyamannya kerana melakukan fitnah kerana mewujudkan persepsi yang Najib telah campur tangan sehingga membolehkan Daniyar memperolehi kontrak pengubahsuaian yang dimaksudkan dalam artikelnya sebelum itu?

Dalam beberapa kes saman sebelum ini, Najib telah bermurah hati memberikan maaf dan seterusnya menarik kembali samannya. Kes terbaru adalah melibatkan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin yang sebelumnya begitu bersungguh-sungguh ada bukti Najib berkompromi dengan Jeneral-Jeneral ATM untuk merampas kuasa sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU-12. Tetapi setelah lebih tiga tahun kes tersebut di mahkamah, semuanya berakhir dengan permohonan maaf dan Nizar Jamaluddin terlepas begitu sahaja.

Harap-harap kali ini, Daniyar dan bapa mertuanya, Najib Abdul Razak meneruskan samannya... saman biar besar-besar macam Lim Guan Eng buat. Biar sampai bangkrap terus!

Jangan kasi maaf lagi!


Thursday, November 19, 2015

ADUN PKR MENANGIS DI DUN PULAU PINANG APABILA LIM GUAN ENG DAN KERAJAANNYA BUAT-BUAT PEKAK TENTANG MASALAH RAKYAT DI DUNNYA!!!



Apabila ADUN PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin meminta agar ADUN-ADUN Barisan Nasional membantunya dengan menyuarakan kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mengambil berat tentang permasalahan rakyat, ADUN-ADUN DAP melenting sakan sehingga mencetuskan kekecohan di persidangan DUN Pulau Pinang hari ini.

Sebelum itu, Dr. Norlela Ariffin mengalirkan air mata apabila permintaannya agar Kerajaan Negeri memberikan peruntukan untuk kawasannya, bukan sahaja ditolak tetapi dipandang sepi.

Norlela memberitahu Kerajaan Negeri DAP telah gagal memberikan reaksi tentang rungutan berhubung banjir dan permintaannya untuk pembinaan sebuah jeti di kawasannya. Menurutnya juga, dia telah beberapa kali memohon peruntukan negeri untuk menguruskan beberapa projek yang dihadapi oleh penduduk di kawasannya tetapi permintaannya langsung tidak dilayan.

"Sehingga kini, tiada sebarang peruntukan diberikan. Kerajaan Negeri telah gagal untuk mendengar permohonan saya," kata Norlela sambil menangis.

Itulah yang dibangga-banggakan sangat oleh Melayu-Melayu pencacai Lim Guan Eng di seluruh Malaysia terutama sekali di Pulau Pinang. Itulah keadilan namanya.

Norlela seharusnya tidak membazirkan air matanya kerana kawasannya adalah bermajoritikan Melayu. Bila dah bermajoritikan Melayu, tidak dihalau keluar sehelai sepinggang tanpa sebarang pampasan dan sebagai anjing kurap buruk kepala pun, dah dikira bernasib baik.

Norlela tidak sepatutnya merungut kerana dasar DAP ialah 'membersihkan' Pulau Pinang daripada sebarang anasir-anasir Melayu. Sebab itulah DAP tanpa rasa bersalah telah memecat 300 orang JKKK Melayu yang sebelum itu berkempen kuat untuk memenangkan DAP di kawasan bermajoriti Melayu dan dari mazhab PAS.

Nak komplen apa lagi... dah memang patut pun apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu. Jangankan Melayu, Cina yang enggan menyokong DAP pun dikenakan pelbagai tekanan termasuklah diaibkan oleh tentera-tenteranya dengan pelbagai cara!!!


Thursday, August 13, 2015

RARA OTHMAN DIPANGGIL POLIS DANG WANGI UNTUK BAGI KETERANGAN KERANA HINA SULTAN!!!



Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara Othman telah dipanggil oleh polis untuk disoal siasat bagi membantu siasatan berhubung kenyataan hasutan yang dibuat oleh Rara Othman ke atas Sultan Melayu.

Pasukan polis dilaporkan telah ke rumah Rara di Ampang lewat malam tadi tetapi Rara tiada di rumah memandangkan dia menghadiri majlis kutipan derma makan malam DAP di Petaling Jaya. Kedatangan polis ke rumah telah dimaklumkan oleh adik lelakinya.

Rara memberitahu Malay Mail Online bahawa dia telah diarahkan menerusi mesej teks untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada pukul 10:00 pagi esok untuk merakamkan keterangannya.


Menurut mesej tersebut, dia telah disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Menurutnya, polis telah memaklumkan kepadanya bahawa terdapat banyak laporan polis terhadapnya tetapi laporan yang disiasat membabitkannya adalah mesejnya berkenaan penghinaan ke atas Sultan Melayu.

Polis memberikan jaminan tidak akan menahannya selain daripada merakamkan keterangannya sahaja.


Tuesday, May 12, 2015

AKHIRNYA TONY PUA BERANI JUGA MENGATA BETTY CHEW DAN LIEW CHIN TONG BERANI KUTUK GUAN ENG!!!



Apabila kecoh tentang tanah TRX yang dibeli oleh Tabung Haji pada harga yang dikatakan tidak munasabah walaupun Tabung Haji mengunjurkan keuntungan 9% daripada pembelian tersebut dan bakal memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM590 juta dalam tempoh tiga tahun sahaja, yang paling kuat menyalak adalah beberapa orang pemimpin DAP seperti Tony Pua.

Secara sinis, Tony Pua kata, kalau dah untung sangat, mengapa Najib tidak suruh anak tirinya, Riza Aziz yang kini menetap di Amerika Syarikat yang membeli tanah tersebut.

Barangkali Tony Pua terlupa bahawa itulah yang diamalkan di Pulau Pinang apabila semua urusan hartanah diletakkan di bawah satu syarikat, dikuasai oleh kroni utama Lim Guan Eng dan 'bini tua' Guan Eng, Betty Chew kemudiannya dilantik sebagai orang yang mengendalikan semua urusan hartanah di Pulau Pinang. (BACA DI SINI)

Kenapa pula Tony Pua langsung tidak bercakap begitu di hadapan muka Lim Guan Eng dan Betty Chew yang terang-terang melaksanakan cadangannya kepada Najib Abdul Razak? Atau sebenarnya Tony Pua cuba nak tutup skandal itu, sebagaimana kelam-kabutnya Betty Chew letak jawatan dan kemudian Lim Guan Eng buat penafian?

Begitu juga apabila DYMM Tuanku Sultan Johor bertitah tentang hairannya bagaimana mengapa jabatan-jabatan kerajaan mengenakan GST kepada orang ramai atas perkhidmatan mereka sedangkan sebagai jabatan kerajaan, mereka sememangnya dipertanggungjawabkan untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

DAP dan konco-konco mereka termasuklah Malaysiakini dan The Malaysian Insider segera memutarbelitkan titah DYMM Tuanku Sultan Johor kononnya baginda menentang GST!

Sama ada mereka benar-benar tidak faham Bahasa Kebangsaan yang digunakan oleh baginda tuanku untuk bertitah atau mereka sebenarnya memang berniat jahat untuk mewujudkan persepsi bahawa Tuanku Sultan Johor menentang Kerajaan Pusat!

Kemudian yang terbaru ialah apabila Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong sekali lagi memperlihatkan kebebalannya apabila mempersoalkan tindakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Johor bertindak menyerap GST bukannya mahu menolak penggunaannya.

Kebebalan yang ditunjukkan oleh Liew Chin Tong itu sebenarnya kebebalan yang disengajakan kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang lebih awal lagi telah mengumumkan yang mereka akan menyerap GST berbanding menentangnya. Mengapa Liew Chin Tong tidak menyuarakan tentangannya kepada Lim Guan Eng secara berhadapan dan bukannya menyibuk dalam hal urusan Kerajaan Negeri Johor?

Lagipun, bukankah DAP mempunyai cita-cita besar pada PRU14 nanti untuk menguasai sekurang-kurangnya 17 kerusi Parlimen di Johor sahaja.

Pada PRU lalu, Barisan Nasional menguasai 21 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.
 
Blogger Templates