Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Monday, September 5, 2016

HUSAM MUSA DIMALUKAN NIK ABDUH APABILA HUSAM MUSA CUBA MALUKAN ALLAHYARHAM NIK ABDUL AZIZ!!!



Husam Musa seperti yang dijangka telah masuk PAN, parti Mat Sabu yang dibiayai dan ditaja oleh DAP setelah semua calon-calon tajaan DAP semasa pemilihan agung parti tersebut, kalah dan tidak terpilih menduduki jawatan-jawatan utama, termasuklah Mat Sabu sendiri. DAP yang memerlukan pengaruh dari kalangan orang Melayu beragama Islam, mencipta PAN setelah PAS mula tidak peduli dengan arahan dan tekanan DAP dalam banyak isu termasuklah isu undang-undang syariah yang difitnah DAP dan para penyokong mereka sebagai Hukum Hudud.

Tidak mengejutkan langsung sebenarnya dengan tindakan Husam Musa, terutama selepas pada penggal terakhir Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, Husam Musa telah disingkirkan daripada jawatan Exco Kanan dan selepas jawatan Menteri Besar Kelantan diambilalih oleh Ahmad Yaakob, Husam Musa hilang kesemua sekali kecuali sebagai ADUN Salor.

Segala projek-projek meganya, sama ada yang telah dibuat, tetapi kantoi di tengah jalan seperti dinar dan dirham Kelantan, kambing jamnapari, depu dan sebagainya, langsung tidak mendatangkan pendapatan dan keuntungan kepada negeri Kelantan, bahkan menyebabkan hutang Kelantan semakin bertambah tetapi pada masa yang sama, Husam Musa pula semakin kaya.

Manakala projek meganya yang paling terkenal iaitu Lebuhraya Rakyat dan Keretapi Laju KB-KL, tidak lebih sebagai satu angan-angan sahaja dalam usahanya untuk meyakinkan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pada waktu itu adalah Menteri Besar Kelantan agar terus 'menyimpannya' dalam kabinet Kelantan.


Penghujung hayat Allahyarham Nik Abdul Aziz, Husam Musa yang dikatakan anak murid paling kanannya, telah hilang kepercayaan. Nik Abdul Aziz tidak lagi mempedulikan Husam Musa. Husam Musa terus tidak dipedulikan oleh Ahmad Yaakob yang mengambilalih jawatan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas YDP PAS Kota Bharu, yang kini merupakan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bercakap besar kononnya, jikalau Husam Musa dipecat dari PAS, hampir separuh ADUN PAS Kelantan akan turut menyeberang parti.

Bagaimanapun, selepas empat bulan Husam Musa dipecat dari PAS, tiada seorang pun ADUN PAS Kelantan yang mengikut jejak Husam Musa. Malah, pengaruh PAN di Kelantan tidak juga berkembang sebagaimana cakap-cakap para pemimpin PAN. PAS tetap tidak ranap dan PAN tidak juga berkembang, sekalipun pada masa yang sama, PAN memperkenalkan seorang lagi sekutu iaitu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.


Jadi, apabila Husam Musa bercakap besar, kononnya jikalau Allahyarham Nik Abdul Aziz masih lagi hidup, sudah pasti bekas Mursyidul Am PAS itu akan meninggalkan PAS dan bersama-samanya menyertai PAN, ianya satu kenyataan yang amat melucukan, tetapi pada masa yang sama, merupakan satu penghinaan kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz. Sekaligus menggambarkan dendam Husam Musa kepada Nik Abdul Aziz masih lagi tidak terpadam walaupun Nik Abdul Aziz sudah lama meninggal dunia.

Perkara itulah yang disentuh oleh Nik Mohamad Abduh yang tidak senang dengan gelagat Husam Musa yang dilihat menghina Allahyarham bapanya.

Ternyata, kekecewaan dan rasa sakit hati selain dengki, membuatkan orang seperti Husam Musa menggunakan orang yang sudah mati sebagai bahan hujah sama seperti Mahathir menyalahkan Allahyarham Megat Junid dalam usahanya untuk mengelak dia daripada dipersalahkan kerana menyalahgunakan ISA dalam usaha menyelamatkan kedudukan dan jawatannya.


Friday, February 13, 2015

PARA PEMERCAYA NIK AZIZ LANGGAR ARAHAN KELUARGA ALLAHYARHAM DENGAN MENCIPTA KHURAFAT!!!



Mungkin kerana terlalu taksub...

Mungkin juga kerana terlalu percayakan kesaktian tongkat koka

Atau barangkali terlalu banyak membaca cerita-cerita hikayat yang mengisahkan metafora kelahiran atau kematian seorang pemimpin, maka sepanjang hari ini, maka syair gurindam penglipur lara dapat kita dengar dengan mudah.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sepanjang hidupnya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang yang kuat berpegang kepada ajaran anti khurafat. Dan kerana pegangan itulah, dia pernah disalahanggap apabila menyamakan Rasulullah s.a.w. sebagai MAMAT KAMPUNG, MANUSIA BIASA dan MULIANYA BAGINDA KERANA WAHYU, sekaligus menyebabkan golongan berfahaman tradisional membencinya. Sedangkan maksud daripada kata-katanya ialah, Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang sekalipun baginda s.a.w maksum dan merupakan kekasih Allah tetapi baginda tidak perlu disembah atau dijadikan berhala. Sebaliknya yang lebih utama adalah pada budi pekerti, teladan, dan terlebih-lebih penting ajaran baginda s.a.w yang perlu 'dinikmati', 'dipelajari', 'dipatuhi' dan 'diikuti'.

Barangkali kerana pandangan kerasnya itulah yang menimbulkan banyak salah faham dan banyak ketegangan dengan para pengikut pula membesar-besarkan mantiq selain memuktamadkan kata-katanya yang sebenarnya bertaraf politik sebagai fatwa mutlak.

Sebagai manusia apatah lagi yang mempunyai pengikut yang tahap penerimaan akal mereka pelbagai - dari yang jahil tetapi malu mengaku yang mereka jahil murakkab, sehinggalah ke tahap yang boleh menyanggah pendapat agamanya - Allahyarham barangkali tidak mampu mengawal perkembangan mendadak, terutama di tengah-tengah ledakan kemahuan generasi Islam di negara ini yang dahagakan kemenangan Islam sehingga mereka gagal memilih serta mengenalpasti antara ajaran diniyyah dengan ajaran siyasah.

Dari awal lagi, keluarga Allahyarham terutama dari Nik Abduh, Ahli Parlimen Pasir Mas menyedari pendewaan keterlaluan daripada golongan yang berkepentingan mempergunakan nama bapanya, akan melakukan sesuatu yang menyalahi hukum-hakam agama dan mencarik adat. Justeru, beberapa larangan telah dibuat, termasuklah merakamkan gambar dan video bagi mengelakkan perbuatan khurafat dilakukan oleh golongan jahil yang percaya kepada magik dan alam kesaktian. Susunatur juga telah dibuat agar apa yang berlaku kepada Khomeini di Qom, Iran tidak berulang di Pulau Melaka.




Namun ianya tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan. Walaupun Nik Aziz semasa hidupnya dan kaum keluarganya tidak percayakan perkara khurafat dan memeranginya, berbeza pula dengan kebanyakan pengikut yang jahil, tidak mengaji kecuali mendengar ceramah politik, selain pengkagum yang mudah kagum kepada 'kuasa ajaib', karomah dan sebagainya, pelbagai kekhurafatan yang diciptakan sepanjang hari ini sebenarnya hanyalah UNTUK MENYEDAPKAN HATI SENDIRI.

Mungkin para pengikutnya tidak sedar, perbuatan mereka sebenarnya menyusahkan, bukannya menyenagkan dan memudahkan.

Kalau benar mereka menyanjungi dan menyayangi Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, hormatilah pemergiannya tanpa perlu mencipta pelbagai khurafat dan bidaah. Jikalau benar mereka menyayangi kewibawaannya, terimalah hakikat bahawa dia adalah seorang manusia yang mempunyai kelemahan dan kelebihan.

Not: Artikel ini adalah yang terakhir berkenaan insan bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat.


WALAUPUN DIDOAKAN PECAH PERUT, NAJIB TETAP JUGA MENDOAKAN YANG TERBAIK DAN MENZIARAHI JENAZAH NIK AZIZ!!!



Sekadar tinggal kenangan dan menjadi secebis daripada lipatan sejarah negara ini. Bermula dari tahun 1978 sehinggalah kini, 'sumbangan besarnya' kepada negara ini lebih banyak dilihat dari segi negatif.

Antara yang paling menarik dan menjadi kemuncak ialah apabila dia mendoakan agar Najib pecah perut. Dan para pengikutnya pun mengaminkan doanya beramai-ramai. Tidak lama kemudian, mulutnya berdarah dan dia dimasukkan ke hospital.

Apa doa buruk yang tidak dipanjatkan. Tetapi seorang yang berjiwa besar, tidak akan mengendahkan perkara-perkara 'remeh' sebegitu. Bahkan akan menunjukkan teladan yang baik walaupun musuh akan memomok-momokkannya.

Semalam, ketika sedang berucap, Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan tentang kematian bekas Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, dia menghentikan ucapannya dan berubah nada dengan memaklumkan dukacitanya dengan kematian itu.







Hari ini, pagi-pagi lagi dia sudah ke Kota Bharu untuk membuat ziarah terakhir ke atas orang yang telah mendoakan pecah perut sebagai tanda penghormatan walaupun para pengikut yang sedang mencipta pelbagai mitos,dongeng, mahupun syair-syair indah dengan metafora yang bakal mengangkat si mati ke tahap dewa kayangan dengan kaitan menerusi alam dan sebagainya, mungkin ada yang mencemuhnya kerana orang yang didoakan pecah perut, masih terselamat, sedangkan orang yang mendoakan pula, bakal bersoal jawab atas segala perbuatannya sepanjang dia hidup di dunia ini.

Namun Islam mengajarkan satu perkara. Tidak rugi jikalau kita memaafkan segala kesalahan si mati. Memaafkan si mati atas apa juga kesalahan, akan diganjari kebaikan oleh Allah Taala. Kita tidak perlu merampas kerja Allah Taala. Jadilah kita manusia yang menerima Islam sebagai addin, bukannya sebagai orang yang mengaku Islam tetapi menjadikan Islam sebagai tumbal untuk mendapatkan kuasa!!!


Thursday, February 12, 2015

ALLAHYARHAM NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: PERJALANAN TERAKHIRNYA HARI INI!!!



Jam 12:00 tengah hari sehingga jam 2:00 petang tadi, beberapa orang pemimpin telah menziarahi Allahyarham Nik Abdul Aziz yang sedang tenat di Wad 2 Delima HUSM. Antara mereka adalah Mohamad bin Sabu, Timbalan Presiden PAS Pusat dan Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS Pusat.

Mat Sabu dan Salahuddin melakukan ziarah dari jam 12:27 tengah hari sehingga jam 1:00 tengah hari.

Ketika diziarahi, Nik Abdul Aziz sudah tidak sedarkan diri tetapi masih menggunakan alat bantuan pernafasan mesin 'BIPAP' yang memberikan tekanan bagi memudahkan pernafasannya dengan oksigen dari kadar 80% ke 60%. Dilaporkan jantungnya berdenyut laju iaitu pada kadar 120 denyutan seminit sedangkan kadar normal adalah antara 70 sehingga 80 denyutan bagi seminit.

Nik Abdul Aziz pada ketika itu ditemani oleh anak-anaknya. Terdapat dua orang pengawal keselamatan yang ditugaskan dari PAS di pintu masuk wad sepanjang Nik Aziz berada di wad berkenaan.





Jam 8:40 malam, atas permintaan keluarga, Nik Abdul Aziz dibawa keluar dari Wad 2 Delima dan menaiki ambulan HUSM menuju ke kediamannya di Pulau Melaka dengan diiringi anggota trafik dari IPD Kota Bharu. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan. Rombongan selamat sampai pada jam 8:50 malam.

Tepat jam 9:45 malam, pegawai perubatan yang ada sekali dalam rombongan ke kediaman keluarga Nik Aziz mengesahkan, Nik Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir.

6 minit kemudian, Admin Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat memulakan cerita 'DEWA'!!!!




PERKHABARAN PILU DARI PULAU MELAKA: NIK ABDUL AZIZ MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR DI KEDIAMANNYA!!!


Laporan Jam 9:40 malam (12 Januari 2015)

Pada jam 8:40 malam, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dibawa keluar dari Wad 2 Delima dan menaiki ambulan HUSM menuju ke kediamannya di Pulau Melaka dengan diiringi oleh anggota-anggota polis trafik dari IPD Kota Bharu dan selamat sampai ke kediamannya pada jam 8:50 malam.






Utusan Online juga melaporkan perkara yang sama.

Laporan Jam 9:45 malam (12 Januari 2015)

Nik Abdul Aziz Nik Mat disahkan meninggal dunia jam 9:45 malam.


Wednesday, January 21, 2015

SEMOGA MURSYIDUL AM PAS, NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DIBERIKAN KEMUDAHAN OLEH ALLAH TAALA


Berita pagi yang tiba menerusi Whatsapp....

Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan. 

Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat Subuh, minum tea O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum. Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi.

Pihak doktor gembira dengan perkembangan, cuma menyatakan rawatan rapi akan terus dilakukan untuk tempoh ini.

Terima kasih rakyat Malaysia daripada kami seluruh keluarga.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
21 Januari 2015 / 30 Rabiul Awwal 1436H
1055am



Bila sudah berada dalam keadaan ini, perkara-perkara dunia sudah ditinggalkan. Permusuhan peribadi atau dalam apa juga bentuk, dilupakan dan kemaafan diberikan. Malah, dendam dan kemarahan juga biasanya dilupakan. Sebaliknya doa dan munajat dibuat kepada Allah Taala mengharapkan Kasih dan Rahman-Nya.

Itu yang dianjurkan oleh Islam.

Bukanlah berita atau keadaan yang menggembirakan untuk situasi seperti ini.



Malam tadi, sebahagian besar pemimpin utama Pakatan Rakyat bergegas ke HUSM. Walaupun berita yang disampaikan bersifat agar tidak menimbulkan panik terutama di kalangan peminat dan penyokong Nik Abdul Aziz tetapi melihat kepada situasi di HUSM, jelas ada sesuatu yang berlaku kepada Mursyidul Am PAS itu.


DYMM Sultan Kelantan turut mencemar duli menziarahi Nik Abdul Aziz dan menghadiahkan bacaan Surah Yassin kepadanya.

Walau apa pun berita yang disampaikan, kita hanya memohon agar dipermudahkan.

Monday, January 19, 2015

NIK AZIZ SAKIT BIASA, TAK PAYAH ZIARAH, KATA NIK ABDUH!!!!

Macam-macam yang kita boleh baca apabila status kesihatan Mursyidul Am PAS merangkap bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat didedahkan. Ada yang mendoakan kesembuhan. Ada yang memaafkan perilakunya. Ada yang beria-ia nak bersalam dan menyatakan, 'untung dapat bersalam Tuan Guru'. Ada yang bersedih hati.

Dan tidak kurang juga yang mendoakan kecelakaan kepada orang tua itu.

Orang tua itu adalah orang politik. Sudah menjadi resmi, dalam politik demokrasi yang dianjurkan oleh hambatan kuasa, telah diajar untuk lancang mulut dan tidak mempunyai sebarang had dan ketetapan agama. Kalau agama diserapkan pun, ia sekadar untuk dijadikan umpan dan ajaran apa-apa agama sekalipun, hanyalah untuk tempelan bagi mendapatkan lebih banyak pengaruh dan undi daripada penyokong.

Hanya tiga agama sahaja di dunia ini diketahui telah digunakan secara meluas sebagai elemen menarik pengundi dan meraih perhatian iaitu KRISTIAN, ISLAM dan HINDU. Manakala Zoroastrisme atau Majusi sekadar berselindung di sebalik pertubuhan NGO, manakala Zionis-Yahudi pula bertindak sebagai badan yang mentadbir semua parti-parti politik dunia.

Dan para pemimpin dari golongan yang menggunakan agama sebagai bahan sandaran mendapatkan pengaruh seringkali juga turut menggunakan elemen mistik bahkan ada kalanya melibatkan pseudo-sains seperti WALI, KERAMAT, LADUNI, SAKTI dan sebagainya.

Nik Abdul Aziz hanyalah salah seorang daripada pemimpin parti politik yang diberikan label sebegitu oleh para pengikutnya yang fanatik dan tidak mampu mencari maksud 'siyasah dalam Islam' sebaliknya mereka mengambil kesimpulan mudah bahawa SEGALA-GALANYA adalah politik.

Hari ini, dilaporkan status kesihatan Nik Abdul Aziz merosot. Sebagai manusia, kita sewajarnya memberikan galakan dan semangat kepadanya untuk terus kekal positif. Sebagai saudara seIslam, kita berdoa kepada Allah Taala agar memberikan kemudahan dan ketenangan kepadanya. Sebagai umat Islam, sewajarnya kita memaafkan apa-apa sahaja kekurangan dan kelemahannya walaupun kita mungkin berbeza kiblat politik dengannya. Dan kepada para pemuja dan pengkagumnya, Nik Abdul Aziz tidak lebih mulia daripada Nabi s.a.w, para Sahabat r.a dan Solafus-Soleh. Dia hanyalah manusia biasa yang tidak lekang daripada kesilapan, kealpaan, apatah lagi dia merupakan salah seorang pemain politik DEMOKRASI yang diketahui cukup lagho dan penuh dengan kemaksiatan walaupun cuba dihiasi dengan pelbagai elemen syurga.

Berikut adalah kenyataan anak lelaki Nik Abdul Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh:

Status Kesihatan Ayahanda:

Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan. Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya Allah.

Pihak keluarga memohon maaf kerana atas kehendak ayahanda, beliau memilih tidak diziarahi untuk tempoh ini. Mahu rehat secukupnya. 

Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. 

Terima Kasih.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Anakanda.
28 Rabiul Awwal 1436/19/1/2015

Tuesday, October 21, 2014

NIK AZIZ SIFATKAN ORANG YANG ANJUR KEMPEN 'SAYA MAHU SENTUH ANJING' SEBAGAI ORANG TAK ADA OTAK!!!


Saya Akan Saman PKR Jika Ditempat Khalid Ibrahim – Nik Aziz  peganganjing

KOTA BHARU 21 Okt. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ sebagai kerja orang tiada otak.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, terdapat pelbagai aktiviti lain yang lebih bermanfaat boleh dilakukan umat Islam berbanding memegang anjing tanpa alasan kukuh.

“Apabila keluar berita orang ramai pegang anjing, dalam kepala (mereka) tiada otak, tetapi ada ulat. Tidak munasabah orang Melayu, Islam sengaja himpun ramai-ramai pegang anjing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Sambutan Tahun Ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Kelantan di sini hari ini.

– Utusan Online
 
Blogger Templates