Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label telco. Show all posts
Showing posts with label telco. Show all posts

Saturday, December 19, 2015

ISU NILAI TOP-UP PREPAID KELAM-KABUT, PASCA BAYAR PULA, DIPAKSA BAYAR CAJ TERSEMBUNYI?



Dua kepimpinan sebelum ini, penggunaan telefon bimbit bukannya satu keperluan pun. Malah sesiapa yang pakai telefon bimbit merupakan golongan banyak duit, atau golongan nak berlagak, atau golongan yang mementingkan gaya hidup.

Sekarang, budak-budak sekolah pun pakai telefon. Gaya hidup sudah disalahanggap sebagai keperluan hidup. Pondok telefon awam sudah dianggap fosil, sehinggakan pendatang asing haram pun, menggunakan telefon bimbit secara terbuka.

Sepatutnya dengan pertambahan jumlah pengguna, maka nilai caj yang dikenakan oleh provider juga turun. Itu secara logiknya kalau ikut hukum demand-supply ekonomi.

Tetapi hukum ekonomi di Malaysia sangat terbalik. Kuasa pasaran tidak menentukan harga, sebaliknya harga ditentukan oleh pembekal atau provider. Kalau mereka kata harganya perlu dimahalkan dengan pelbagai alasan, termasuklah dengan menjadikan cukai kerajaan kepada mereka sebagai batu loncatan untuk mengenakan bayaran mahal kepada pengguna, maka pengguna perlu memaki hamun kerajaan, bukan kepada TELCO yang telah mengalihkan cukai mereka kepada pengguna.


Ada satu lagi cerita membabitkan TELCO yang kerap diperkatakan terutama di kalangan pengguna pasca bayar.

CAJ-CAJ TERSEMBUNYI!

Kebanyakan pengguna pasca bayar seringkali 'diserang' oleh rangkaian lima nombor yang menggunakan SMS sebagai kaedah mencari untung mereka. Dari nada dering, sehinggalah servis pemberitahuan pembayaran bil.

Sudah banyak isu ini diperkatakan oleh para pengguna. Pihak KERAJAAN ada menjanjikan bahawa masalah tersebut akan cuba diselesaikan tidak lama dahulu. (BACA DI SINI)

Tetapi memandangkan yang berhadapan dengan Kerajaan adalah TELCO, menyebabkan tidak banyak harapan yang boleh diberikan kepada usaha-usaha tersebut. Ini adalah kerana TELCO tersangat berkuasa sehingga kerajaan pula terpaksa mencari alasan untuk membela TELCO menzalimi para pengguna!

Perlu diingatkan bahawa DASAR LANGIT TERBUKA yang diperkenalkan pada pertengahan 190-an telah memberikan kuasa tidak terhingga kepada TELCO dan beberapa entiti pemberi khidmat yang lain termasuklah ASTRO untuk menzalimi rakyat Malaysia. Seperti dilindungi klausa istimewa, kerajaan yang menggantikan kerajaan terdahulu juga nampaknya sangat sukar menembusi perisai di sekeliling TELCO-TELCO tersebut.




Wednesday, May 20, 2015

PUNYALAH BERPUSING-PUSING, BERBELIT-BELIT MENTERI BAGI KENYATAAN, TAPI HAKIKATNYA, PENGGUNA TANGGUNG CUKAI TELCO UNTUK TOP-UP CARD!!!!



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek mungkin terpaksa mencari ayat yang paling sesuai untuk menyatakan KEGAGALAN Kerajaan melaksanakan polisi kebajikan rakyat, gagal memenuhi keyakinannya sebelum ini dan GAGAL TOTAL Kerajaan apabila dikuasai dan dijajah oleh TELCO!

Katanya, pengguna TIDAK AKAN DIKENAKAN GST 6% SEMASA MEMBELI KAD TAMBAH NILAI, tapi akan DIKENAKAN CAJ 6% APABILA NILAI KAD TAMBAH NILAI DIMASUKKAN KE nombor telefon masing-masing. (RUJUK SINI)

Berpusing-pusing dan berbelit-belit ayatnya tetapi maksudnya tetap sama, pengguna perlu menanggung GST 6% termasuklah cukai perkhidmatan 10% yang dikenakan kerajaan kepada TELCO.

Dengan kata lain, TELCO lepas tangan dan mendapat untung bersih kerana semua cukai mereka ditanggung sepenuhnya oleh rakyat dan pengguna.

Sama macam RM10.00 top-up card tapi dibayar RM10.60 dan nilai di dalam telefon tetap kurang dari RM10.00!!!

Apa sudah terjadi dengan kerajaan ini? Apa sudah jadi dengan KKMM? Adakah TELCO terlalu berkuasa sehingga kerajaan perlu mencari alasan-alasan terbaik dan dirasakan boleh 'menyelamatkan' TELCO yang selama ini, perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat pengguna langsung tidak setimpal dengan nilai yang terpaksa dibayar oleh pengguna?

Setakat janji-janji bahawa perkhidmatan akan dipertingkatkan, liputan akan diperluaskan, dan nilai serta bonus dalam kajian untuk ditambah kepada pengguna, masih tidak mencukupi kerana apa yang sedang dirasakan dan terpaksa dijalani oleh pengguna sekarang, amat jauh berbeza daripada janji-janji yang dibebelkan!

Bagaimana dengan masalah DROP-CALL yang masih tidak diatasi dan berleluasa sekarang ini? Mengapa tidak diselesaikan sedangkan harga telah dinaikkan dan pengguna terpaksa menanggung semua cukai yang perlu dilangsaikan oleh TELCO kepada kerajaan?

Bagaimana pula dengan liputan Internet yang terlalu dhaif sehinggakan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur sendiri pun, ada bahagian yang sukar mendapatkan khidmat jalur lebar TELCO tertentu?

Setakat mencontohi negara lain mengenakan cukai kepada rakyat atau lebih tepat masyarakat pengguna, ianya tidaklah terlalu mulia sifatnya kerana sepatutnya Kerajaan Malaysia mencontohi negara-negara yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan Internet yang jauh lebih baik berbanding sekarang sepertimana yang dibuat oleh Singapura, Korea Selatan, bahkan Romania kerana rakyat sebenarnya mahukan perkhidmatan yang lebih baik, bukan setakat MEMBAYAR SAJA LEBIH TETAPI PERKHIDMATAN TELCO MACAM HAMPEH!!!

Jangan kerana terlalu sangat nak membela TELCO, akhirnya Kerajaan bertukar tangan. Kalau itu yang berlaku, barulah pecah rekod kerana sebuah kerajaan tumbang kerana KAD TOP-UP PREPAID TELEFON!!!


Saturday, May 2, 2015

TANDATANYA PALING BESAR... KENAPA KERAJAAN SENTIASA TUNDUK DENGAN TELCO DAN ASTRO?



Kontroversi baru tercetus lagi ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KKMM yang dilihat tidak bijak dan sembrono semata-mata untuk memberikan jawapan kepada rakyat berhubung  GST dan harga kad pra-bayar yang bercelaru serta flip-flop.

Namun sesuatu yang sangat pasti ialah, keadaan ini bukanlah sesuatu yang ganjil, musykil atau menghairankan.

Tiada seorang pun Menteri KKMM yang mampu menangani keserakahan TELCO. Malah tiada seorang menteri KKMM pun yang mampu menegur atau mengenakan tindakan ke atas ASTRO yang tidak mampu memberikan perkhidmatan setara dengan peningkatan yuran setiap tahun.

TELCO dan ASTRO bagaikan cukup berkuasa untuk berbuat apa-apa sahaja. Sebaliknya Kementerian dan agensi-agensi berkaitan pula kelihatan terpaksa mengikut sahaja apa yang dituntut oleh TELCO dan ASTRO.

Inilah yang dilihat oleh rakyat. Walaupun beberapa kenyataan dikeluarkan membabitkan Ketua Pengarah Kastam, mahupun Timbalan Menteri Kewangan, namun keadaannya langsung tidak berubah. TELCO masih juga berkuasa mengatasi kerajaan dalam menentukan kadar bayaran yang perlu dihulurkan oleh pengguna.


Sehingga kini, TELCO masih tidak mampu mengatasi masalah DROP-CALL yang turut memotong sebahagian kredit walaupun panggilan tidak berjaya. Selain itu, TELCO cuba melakukan taktik kononnya menawarkan SMS percuma sedangkan hakikatnya, sistem SMS tidak lagi popular, malah kurang digunakan berbanding WhatsApp, Telegram mahupun WeChat dan sebagainya menggunakan talian Internet.

Dari semasa ke semasa, isu TELCO dan ASTRO yang sangat ketegar, degil serta 'sangat berkuasa' seringkali diperkatakan oleh rakyat bawahan. Maklumat, Internet dan komunikasi sudah menjadi isu besar dan penting di kalangan rakyat Malaysia. Ia tidak lagi bersifat mewah, bahkan ia merupakan satu keperluan asasi yang bukan sahaja memudahkan banyak kerja, sebaliknya menangani pelbagai isu termasuklah menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat bawahan.

Malang bagi seorang Menteri KKMM yang akhirnya menjadi mangsa belasahan hanya kerana gagal menjawab atau menangani permasalahan yang membabitkan masyarakat pengguna dengan TELCO dan ASTRO. Namun kementerian dan kerajaan juga seharusnya lebih peka bahawa rakyat sekarang bukan rakyat pada zaman di mana sumber maklumat dan media dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Rakyat semakin bijak dan rakyat semakin pantas menelusuri maklumat serta mencernakannya dalam bentuk persepsi yang kemudian, perlu pula ditangani oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya, bukannya mendiamkan diri dengan harapan, isu yang timbul akan hilang begitu sahaja.

Isu terbaru membolehkan rakyat melihat sendiri bagaimana Menteri, Kementerian dan agensi berkaitan sedang berhempas pulas untuk memberikan jawapan dan alasan, sedangkan pada masa yang sama, TELCO pula meneruskan operasi mereka dengan keengganan menyerap GST.

Sehingga itu, rakyat Malaysia masih menunggu dengan penuh harapan, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan dan TELCO memenuhi tanggungjawab sosial mereka tanpa memikirkan keuntungan besar!




Sunday, April 5, 2015

ANIAYA PENGGUNA DAN PENJUAL: SUDAH RAMAI CADANGKAN KERAJAAN AMBIL TINDAKAN KE ATAS SEMUA TELCO DAN DENDA RM10 JUTA.. MASALAHNYA, KERAJAAN BERANI KE?



Kerana kad top-up, Timbalan Menteri Kewangan yang cukup sinonim dengan GST, Ahmad Mazlan digelarkan ramai sebagai MENTERI TOPAP.

Tapi tahukah anda, Ahmad Maslan juga sebenarnya adalah mangsa 'penderaan' TELCO, sama seperti pengguna dan penjual kad top-up. TELCO telah mengambil keuntungan yang sangat besar dalam perniagaan ini dan langsung tidak memulangkan semula keuntungan itu kepada pengguna kalau melihat kepada servis yang diberikan oleh kesemua TELCO.

Cukai perkhidmatan untuk telefon mobil di Malaysia telah dicaj apabila perkhidmatan prepaid diperkenalkan pada tahun 1998 tetapi semua TELCO telah menyerap semua cukai tersebut memandangkan merka mahu kekal kompetitif dan menarik lebih ramai pelanggan untuk memilih model prepaid memandangkan caj dan keuntungan panggilan menggunakan prepaid jauh lebih besar berbanding post-paid.

Dan sehingga ke hari ini, ia masih seperti itu.

Ini juga bermakna, alasan yang sama, mengapa cukai perkhidmatan sentiasa dikenakan pada bil post-paid (anda boleh lihat pada bil anda).

Pada tahun 2011, Kerajaan Malaysia telah meningkatkan cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% dan oleh kerana itu, ketiga-tiga TELCO telah menggunakan kesempatan itu untuk mengalihkan keseluruhan 6% cukai untuk ditanggung oleh pelanggan mereka. (BACA DI SINI)

Pada sepanjang masa, BN dan Pakatan menghentam TELCO dan berkata syarikat-syarikat tersebut tamak dan haloba. Malah Najib Abdul Razak pernah membuat kenyataan agar kesemua TELCO tidak menimbulkan masalah. (BACA DI SINI)

Dua minggu sebelum GST dilaksanakan, Kastam Malaysia telah menghantar sepucuk surat kepada semua TELCO dan memberi amaran agar mereka tidak menaikkan kadar caj dan memperbetulkan semula kenyataan bahawa 6% GST menggantikan 6% cukai perkhidmatan.

Namun kesemua TELCO sepakat untuk tidak mematuhi arahan tersebut. Sebaliknya mereka bertindak dengan terus menaikkan kadar profit margin dengan keseluruhan 6% GST ditanggung oleh pengguna dan mereka mendapat keuntungan berganda. Lebih menyakitkan hati lagi ialah, GST memboelhkan mereka untuk membuat tuntutan cukai perkhidmatan daripada kerajaan!

Dua kali keuntungan!

Ini adalah kes jelas KETAMAKAN DAN KEHALOBAAN TELCO. Mereka kelihatan seperti tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi sebenarnya, mereka telah menaikkan kadar bayaran untuk top-up dan para pelanggan tiada pilihan, selain daripada bersetuju untuk menggandakan keuntungan TELCO menerusi kad top-up yang telah dinaikkan harga. Cukai yang sepatutnya dibayar oleh TELCO kepada kerajaan, dibayar oleh pengguna dan pada masa yang sama, pengguna juga mengekalkan keuntungan berganda TELCO sebelum ini.

Anehnya dalam hal ini, Tony Pua dan pembangkang yang kononnya menjadi pengawas dan pemantau salah laku, tiba-tiba langsung tidak bersuara. Mereka seperti langsung tidak melihat kesan ketamakan dan kehalobaan TELCO, malah menggunakan TELCO untuk memudahkan mereka menimbulkan lebih besar kebencian kepada kerajaan.

Tahun 2011 dahulu, ada juga Tony Pua bercakap tentang hal ini. (RUJUK SINI)

Kali ini, Tony Pua langsung dah tak bercakap. Dah tertutup mulut sebab perut dan kocek dah penuh gamaknya. Tetapi yang pasti, senyap ini kerana politik dan menjanakan kebencian kepada kerajaan jauh lebih penting kepada DAP dan Pakatan berbanding memperjuangkan hak rakyat dan membantu kerajaan memastikan golongan kapitalis penghisap darah seperti TELCO benar-benar jujur dalam urusniaga.

Walau apa pun, kerajaan diyakin dapat mengatasi masalah dan akhirnya memaksa TELCO untuk patuh dan akur dengan undang-undang. Bagaimanapun, Kerajaan sepatutnya boleh mengambil satu langkah lagi dan mendakwa semua TELCO di bawah Akta Pencatutan 2010 kerana berperangai monopoli bagi meningkatkan harga kepada pengguna.

Denda RM10 juta wajar dikenakan kepada setiap TELCO sepertimana yang berlaku ke atas MAS dan Air Asia dua tahun lalu. (BACA DI SINI)

Selagi kerajaan lembik tengkuk dan kemudian terlalu bertolak ansur dengan TELCO, sampai bila pun yang terpaksa menanggung natijah adalah rakyat dan apabila rakyat sudah berang, Kerajaan yang terbina selama lebih lima dekad, boleh diruntuhkan dalam tempoh tidak sampai setahun!

Takkan kerana TELCO, kerajaan dan pentadbiran sedia ada,  mahu bertukar status kut?

LIM SIAN SEE


Thursday, April 2, 2015

BOLEH PERCAYA KER YANG TELCO AKAN KURANGKAN CAJ PENGGUNAAN JALUR LEBAR? BUKANKAH TELCO CUKUP BANYAK HELAH UNTUK PERDAYA PENGGUNA?



Syarikat telekomunikasi (telco) telah bersetuju untuk mengurangkan caj perkhidmatan jalur lebar mereka sekurang-kurangnya enam peratus daripada harga asal bagi menggalakkan penggunaan internet dalam kalangan orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu diputuskan setelah beberapa siri perbincangan dengan pihak telco diadakan, dan keputusan itu akan diumumkan secara rasmi dalam masa sebulan.

"Saya rasa dalam konteks negara yang bersetuju dengan pasaran bebas, harga yang murah perlu ditawarkan kerana kita mahu pengguna yang ramai, boleh dinikmati oleh golongan muda dan tidak perlu berpendapatan tinggi untuk menikmati perkhidmatan jalur lebar," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran 'Content Malaysia Pitching Centre' di sini, hari ini.

Beliau berkata, di samping caj yang berpatutan, syarikat telco juga perlu melabur kembali untuk perbelanjaan pembangunan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan.

"Sebagai contoh, di mana tempat yang kurang menara pemancar perlu ditambah supaya perkhidmatan jalur lebar dapat diperluaskan dengan menambah baik kelajuan internet,"katanya.


Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, pusat sehenti "Content Malaysia Pitching Centre" yang terletak di bangunan Platinum Sentral, KL Sentral itu merupakan inisiatif kementerian dalam merangsang dan mencambah idea-idea baharu bagi semua kandungan kreatif.

Pusat itu akan memberi peluang kepada generasi muda dalam memberikan pendapat dan pemangkin ke arah pencambahan idea yang sejajar dengan perkembangan dunia yang semakin pesat seiring dengan teknologi terkini.

"Ia juga bertujuan memudahkan penggiat industri serta generasi muda untuk memohon dana-dana di bawah satu koordinasi sehenti serta menjadi tempat tayangan filem, kelas lanjutan dan pelbagai aktiviti kreatif dapat dijalankan di sini," katanya.

Ahmad Shabery dalam ucapan perasmiannya berkata, walaupun saiz pasaran kandungan kreatif di Malaysia bernilai RM7 bilion, hanya 15 peratus sahaja melibatkan kandungan tempatan.

Untuk itu, cabaran paling besar sekarang ialah untuk mendidik masyarakat untuk berhadapan dengan dunia digital baharu, katanya. - Bernama

Friday, March 20, 2015

KASTAM JUGA YANG BERSUARA MEMBERITAHU TELCO JANGAN NAIKKAN HARGA TOP-UP!!!



Siapa yang tidak merungut dengan perkhidmatan TELCO di negara ini, tak kiralah apa jenamanya yang anda guna, baik CELCOM, DIGI, MAXIS, YES, U-Mobile dan macam-macam nama yang lain.

Dengan kadar yang dianggap sangat tinggi serta mutu perkhidmatan yang cukup mengecewakan, TELCO Malaysia bagaikan lintah darat yang begitu berkuasa, terutama menerusi penguatkuasaan dan penipuan serta bayaran terselindung yang mereka amalkan.

GST yang akan diimplementasi pada 1 April nanti telah digunakan oleh Telco untuk menaikkan kadar pembelian baru top-up.

Bagaimanapun kastam telah mengesan cubaan Telco untuk menaikkan kadar harga dengan penambahan 6% daripada harga asal. Penjelasan daripada kastam serta arahan kepada Telco agar tidak menaikkan harga top-up muncul pada saat yang diperlukan.

Ini penjelasan penuh daripada KASTAM DIRAJA MALAYSIA dan kita tunggu pula penjelasan atas rasionalisasi Telco menaikkan kadar harga!





 
Blogger Templates