Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label restoran mamak. Show all posts
Showing posts with label restoran mamak. Show all posts

Monday, June 8, 2015

LAGI CERITA RESTORAN MAMAK CEKIK DARAH DENGAN HARGA YANG LANGSUNG TIDAK MUNASABAH!!!



Berang dikenakan harga makanan yang mahal, seorang pelanggan yang merasakan dirinya dianiaya memuat naik dua gambar restoran tersebut di laman Facebook.

"Nasi Kandap Cekik Darah. Nampaknya kita memang kena boikot kedai mamak semua. Melampau sangat mahalnya,"

Demikian kenyataan yang dimuat naik oleh pengendali laman Perak Today yang tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan.

Berdasarkan gambar, restoran yang dimaksudkan itu adalah Restoran U Kandar (NS) Sdn Bhd, di Mydin, Seremban 2.


Antara hidangannya ialah briyani, telur sebiji dan ikan berjumlah RM18.00 termasuk air, dicampur dengan 6% GST menjadikan jumlah keseluruhannya RM19.08.

Menurut netizen yang pernah berkunjung ke restoran eksklusif ini berkata, restoran ini memang sering mengenakan harga makanan yang mahal. 

Ada juga yang berpendapat, harga RM19.00 adalah harga standard atau paling rendah.

Namun, menurut seorang netizen, mana-mana restoran yang berniaga nasi kandar luar dari kawasan Pulau Pinang, harga yang dikenakan mahal dan tidak masuk akal. 

"Sudahlah tak sedap, nasi kandar penipu Bangla yang masak. Kami duduk Pulau, kami tahulah kat luar dari Pulau Pinang itu semua nasi kandar penipu. Boleh makan pun sebab lapar nak bagi kenyang saja," katanya.



Sunday, June 7, 2015

KEMPEN BOIKOT RESTORAN MAMAK BERHARGA MELAMPAU, SUDAH SEWAJARNYA DIMULAKAN SECARA BESAR-BESARAN!!!



Pengguna Malaysia diajak boikot restoran mamak dan India yang didakwa menaikkan harga makanan dan minuman sehingga 30 hingga 40 peratus.

Kenaikan harga itu dianggap melampau terutama membabitkan restoran-restoran yang beroperasi 24 jam sehari.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kenaikan itu dikesan hasil Tinjauan Intervensi CASSA (CSI) yang dilaksanakan sejak dua bulan lalu berikutan peningkatan aduan orang ramai.

Menurut beliau, harga bagi sepinggan nasi berlauk ikan dan dua jenis sayuran dan secawan air adalah RM13.50 atau set nasi beriyani di restoran mamak atau India kini memcecah RM18 atau RM24 sepinggan.

Nasi lemak dengan seekor sotong dikenakan caj sehingga RM13.

Harga bagi lauk ikan atau kambing dengan tiga jenis sayur untuk empat orang pula mencecah RM80.

Teh tarik pula RM2.00 manakala Nescafe pula RM3.80.

Harga bagi air kosong juga dicaj antara 50 sen hingga 70 sen secawan.

Jacob berkata, pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) jangan hendak menafikan perkara itu kerana dakwaan CASSA adalah hasil tinjauan yang dibuat oleh anggota CSI secara konsisten.

Bahkan dakwanya CASSA mempunyai laporan penuh mengenai kes-kes kenaikan harga makanan dan minuman itu.

Tambah beliau, hasil tinjauan itu turut mendapati harga air yang dikenakan tidak sama dengan harga yang diletakkan di papan-papan tanda dalam kedai berkenaan, selain saiz cawan atau gelas juga semakin kecil berbanding sebelum ini.

"Mengambil kira semua faktor itu, harga makanan dan minuman di restoran mamak dan India cukup melampau dengan caj yang dikenakan tanpa justifikasi.

"Pada pandangan CASSA caj yang dikenakan di restoran mamak atau India itu seperti merompak poket pengguna secara terbuka.

"Perkara ini adalah serius kerana pemilik-pemilik restoran berkenaan betul-betul mengambil kesempatan ketika harga barang naik," katanya kepada MalaysiaGazette.

Jacob tidak menolak caj yang tinggi dikenakan di restoran-restoran berkenaan terutama yang beroperasi 24 jam untuk memastikan margin keuntungan sentiasa tinggi memandangkan kos overhed tinggi.

"CSI mendapati restoran 24 jam biasanya hanya menjadi tumpuan sebelah malam manakala pada waktu pagi, tengah hari dan petang pelanggan tidak ramai.

"Jadi, untuk memastikan margin keuntungan stabil, pengusaha-pengusaha restoran mamak dan India tidak mempunyai pilihan lain, selain menaikkan harga," ujarnya.

Dalam pada itu, Jacob menambah, 80 peratus restoran mamak dan India yang ditinjau juga didapati kotor dengan kebanyakan pekerja restoran berkenaan tidak memakai apron, tidak menggunakan peralatan sesuai untuk mengambil makanan dan tidak bercukur.

Tikus dan lipas juga antara haiwan kecil yang banyak ditemui di dapur-dapur restoran berkenaan.

"Ini menunjukkan mereka bukan sahaja tidak mengutamakan kualiti tetapi keselamatan makanan juga tidak dipedulikan oleh pengusaha restoran mamak.

"Justeru, saya mengajak semua pengguna boikot restoran mamak serta India dan CASSA perlukan sokongan dan kerjasama semua rakyat Malaysia supaya pengguna tidak terus ditipu," ujar beliau. - MalaysiaGazette


Thursday, May 28, 2015

PLASTER LUKA DALAM NASI GORENG RESTORAN PELITA SRI HARTAMAS!!!


Pelita Sri Hartamas pulak buat perangai. Dalam nasi goreng ada handyplast. Handyplast ni korang tau tak apa ?. Alaa plaster luka yang orang buat tampal luka bernanah tu la.

Kau bayangkan benda tu dalam nasi goreng kau. Bila mengadu kat pihak Pelita, tak ada apa-apa feedback pun.

Mohon pihak berwajib ambil tindakkan. Mana yang selalu makan kat sini harap lebih berhati-hati. Tak mustahil lepas ni kudis kering pun boleh ada dalam nasi kau. Sumber Amran Fans Page


COPY PASTE DARI CALIPHBUSKERS.BLOGSPOT.COM

Tuesday, May 26, 2015

ROTI TISU RM9 DAN RM11, ROTI TELUR RM3... RESTORAN NASI KANDAR SEPERTI MENCONTOHI TELCO!!!



Dua kali diserbu dalam tempoh 48 jam, namun ia sedikit pun tidak menggentarkan rangkaian sebuah restoran mamak terkenal. Kalau di Bukit Jambul, alasan yang diberikan adalah 'KESILAPAN MANUSIA', apakah insiden-insiden pencatutan yang dilakukan di premis-premis rangkaiannya juga adalah 'KESILAPAN MANUSIA'?

Atau barangkali 'KESILAPAN MANUSIA' kerana masih datang ke rangkaian restoran berkenaan walaupun pada masa yang sama, pelbagai pendedahan tentang harga-harga tidak munasabah telah didedahkan?


Semalam di Bukit Jambul, KPDNKK telah menyerbu restoran tersebut yang didedahkan menjual kacang bendi berharga RM4 sebatang dan untuk 5 batang kacang bendi, harga keseluruhannya adalah RM20. Pengarah urusan rangkaian restoran tersebut kemudiannya memberi alasan, ia adalah kesilapan manusia kerana harga sepatutnya adalah RM0.40 untuk sebatang, Jadi, keseluruhan harga adalah RM2.00. Kesilapan menekan butang '0' dua kali dikatakan sebagai punca.

Itu alasan yang diberikan untuk menghalalkan perbuatan mencatut.



Bagaimana pula dengan tulisan tangan dalam resit di rangkaian restoran tersebut yang lain?

Roti tisu berharga RM9.00? Roti telur berharga RM3.00?

Terbaru, pelanggan rangkaian tersebut di Selangor mendedahkan bagaimana rangkaian restoran tersebut sememangnya melakukan pencatutan bertujuan meraih keuntungan secara tidak wajar.

Adakah sekali lagi Pengarah Urusan rangkaian restoran tersebut akan meneruskan alasan KESILAPAN MANUSIA apabila semakin banyak bukti yang menunjukkan mereka sememangnya mengenakan harga tidak munasabah?

Atau adakah mereka akan menggunakan alasan-alasan standard LIM GUAN ENG: 'tak ada hujan, tak ada banjir'?

'NO CUSTOMERS THEN NO PRICE INCREASE'
'INCREASE ROTI TELUR PRICE TO PREVENT ROTI TELUR RATIONING'.

Mungkin itu alasan terbaru yang akan diberikan oleh pengurusan rangkaian restoran berkenaan.

Tetapi yang sah, 'KAYU'lah mereka yang masih mengunjungi mana-mana rangkaian restoran berkenaan selepas pendedahan demi pendedahan dibuat.

Sebarang aduan boleh dibuat di talian 03-8000 8000 milik KPDNKK. Kalau macam biasa, telefon beratus kali dan berjam-jam masih juga tidak diangkat dan dijawab, sila layari https://www.facebook.com/myKPDNKK


Monday, May 25, 2015

ALASAN RESTORAN MAMAK YANG JUAL KACANG BENDI RM20 UNTUK EMPAT BATANG... KESILAPAN MANUSIA!!!



Cukup mudah alasan yang diberikan oleh pemilik restoran mamak yang resit jualannya menjadi viral di media sosial.

Paling tidak munasabah, sebatang bendi dijual RM5.00 dan empat batang bendi berharga RM20.00 seperti yang tertera dalam resit.

Hari ini Restoran Kayu Nasi Kandar yang terletak di Bukit Jambul telah diserbu oleh pihak berkuasa dua kali dalam tempoh 48 jam ekoran laporan yang dibuat oleh orang awam dan media sosial.


Serbuan jam 11:00 pagi itu dibuat selepas resit menunjukkan harga sepinggan nasi putih adalah RM3.30 dan RM20 untuk empat batang kacang bendi. Serbuan itu melibatkan lima orang anggota dan pegawai dari KPDNKK.

Ketua Timbalan Penguatkuasan KPDNKK Negeri, Ching Chung Chin memberitahu, jabatannya telah menyiasat restoran berkenaan ekoran aduan dan salinan resit yang menunjukkan harga kacang bendi yang dijual.

Menurutnya, resit itu telah dikeluarkan pada jam 3:02 petang pada 23 Mei. Restoran yang sama telah diserbu pada Sabtu lalu kerana menjual roti telur pada harga RM2.50 sekeping.


"Pemeriksaan pada senarai harga yang dipamerkan di dinding restoran tersebut menunjukkan kacang bendi itu dijual pada harga RM0.40 sebatang. Siasatan mendedahkan bahawa harga RM20.00 itu adalah kesilapan manusia sewaktu proses pengeluaran resit.

"Kami telah memberikan surat tunjuk sebab dalam tempoh tiga hari kepada operator outlet tersebut untuk menjelaskan insiden berkenaan siasatan masih terus dijalankan.



Sementara itu, Pengarah Urusan Kayu Nasi Kandar, Burhan Mohamed meminta maaf berhubung insiden berkenaan dan menyatakan ia adalah kerana kesilapan manusia.

"Cashier secara tidak sengaja telah menekan butang '0' sebanyak dua kali. Oleh kerana itu, berbanding harga RM2 untuk empat batang bendi, ia menjadi RM20."

Burhan turut meminta pelanggan-pelanggan yang sudah terlebih bayar untuk mengambil kembali wang mereka. (SUMBER)

Itu baru satu cerita.

Bagaimana pula dengan timun yang berharga RM5? Bagaimana pula dengan harga-harga lain yang mencanak mahalnya?

Adakah semuanya kerana kesilapan manusia atau terlebih tekan angka '0' sebagaimana alasan yang diberikan dalam kes RM20 untuk empat batang kacang bendi?


 
Blogger Templates