Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ytl. Show all posts
Showing posts with label ytl. Show all posts

Friday, November 17, 2017

TONY PUA DAN DAP SEPATUTNYA MENYALAK KAT DR. MAHATHIR DALAM ISU TAMBANG ERL MILIK YTL!!!



Tambang ERL nak naik lagi. Tony Pua dan DAP mula bertukar watak menjadi wira yang menyelamatkan pengguna. Dan sekali lagi, sama seperti tahun 2015, Najib Abdul Razak dipersalahkan kerana bersetuju untuk menaikkan tambang sepertimana yang dituntut oleh YTL berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui pada tahun 1997.

1997, Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir manakala Menteri Kewangan pula adalah Anwar Ibrahim. Taukeh YTL adalah kawan baik bagi kedua-dua orang ini!

ERL atau Projek Keretapi Laju Express Rail Link yang menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan KLIA merupakan hadiah besar Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim kepada syarikat YTL Corporation.


YTL menjana pendapatan daripada ERL tanpa mengeluarkan satu sen pun daripada pelaburan awal kerana ianya dibiayai sepenuhnya oleh pihak lain.

Pembinaan ERL bermula pada Mei 1997 dan siap sepenuhnya lima tahun kemudian iaitu pada tahun 2002. Modal berbayar bagi projek ERL hanyalah RM69 juta termasuklah RM30 juta saham biasa dan baki RM39 juta saham keutamaan berasaskan dividen.

ERL merupakan projek zaman Dr. Mahathir dengan 50% kepentingannya dimiliki oleh YTL, 40% dimiliki oleh Tabung Haji yang juga merupakan pembiaya utama manakala baki 10% adalah syarikat bermodal RM1 juta yang dipercayai dimiliki oleh bekas CEO Proton yang juga merupakan antara proksi utama Dr. Mahathir.


Projek pembinaan landasan itu dianugerahkan kepada Syarikat Pembangunan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd. (SPYTL) dan Siemens. Kedua-dua syarikat tersebut adalah milik YTL Corporation.

ERL merupakan projek konsesi selama 30 tahun yang akan berakhir pada 2032. Di bawah perjanjian pada tahun 2002, RM5 dari cukai lapangan terbang dari penumpang antarabangsa KLIA akan dibayar kepada ERL sama ada penumpang tersebut menggunakan perkhidmatan ERL atau tidak.

MAHB telah membayar RM5 bagi setiap penumpang antarabangsa kepada ERL sejak April 2002.



Tahun lepas, Najib Abdul Razak menjadi sasaran serangan kerana membenarkan kenaikan tambang ERL dari RM35 kepada RM55. Apa yang penyerang-penyerang tersebut termasuklah Dr. Mahathir sendiri tidak beritahu ialah, mengikut perjanjian konsesi ERL yang telah ditandatangani oleh Dr. Mahathir dan YTL milik rakan baiknya itu, tambang ERL sepatutnya naik RM41 pada tahun 2004, RM56 pada tahun 2009, RM74 pada 2014, RM97 pada 2019 dan RM126 pada tahun 2024.

Sekiranya kerajaan tidak membenarkan kenaikan tersebut, kerajaan perlulah membayar pampasan berdasarkan unjuran pendapatan yang telah dipersetujui. Sebagai contoh, ERL mengunjurkan pendapata pada RM1.1 bilion tetapi pendapatan sebenar hanyalah RM200 juta. Maka kerajaan perlu menambah RM900 juta lagi kepada YTL.

Selama 14 tahun tambang ERL tidak dibenarkan naik dan kerajaan perlu membayar pampasan berjumlah RM2.9 bilion kepada YTL yang berniaga tanpa modal! (RUJUK SINI)


Dan memandangkan Najib tidak mahu lagi kerajaan membayar pampasan begitu banyak kepada YTL, sebagai penyelesaiannya, tempoh konsesi telah dilanjutkan kepada 30 tahun lagi sehingga tahun 2059. Perjanjian berat sebelah yang dicipta oleh Mahathir untuk kroninya dengan menyedut duit rakyat, telah menutup semua kaedah penebusan oleh kerajaan!

Tony Pua dan DAP (RUJUK SINI dan SINI) tidak sepatutnya mendesak kerajaan dan Najib Abdul Razak kerana orang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar negara untuk mengenyangkan YTL kerana orang yang bertanggungjawab menganugerahkan pelbagai projek mewah kerajaan kepada YTL sekarang ini adalah Pengerusi Pakatan Harapan!


Monday, December 14, 2015

PUNYALAH NAK GULINGKAN NAJIB, AKHIRNYA PUAK-PUAK BERKENAAN BELA ERL DAN YTL!!!



Rupa-rupanya yang duk melalak sakan tentang perjuangan itu sebenarnya adalah perjuangan membela YTL.

Tidak disangka-sangka, YTL mendapat pembelaan yang luar biasa daripada golongan berkenaan walaupun telah terbukti YTL dan beberapa taikun lain, termasuklah Berjaya Group merupakan kelompok terelit di negara ini yang membolot serta menentukan segala kadar yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia.

Dan yang lebih menariknya, walaupun yang membuat onar adalah taukeh-taukeh besar seperti YTL, kesalahan tetap dilambakkan ke bahu kepimpinan masa kini. Manakala kepimpinan lalu yang menjadikan kumpulan terelit tersebut sebagai 'untouchable' dan boleh berbuat apa-apa sahaja, sebagai PERWIRA BANGSA!!!

Hebat!!!

Mulanya dahulu, masing-masing cuba menutup mulut untuk membela YTL. Tetapi selepas kenaikan tambang ERL yang kemudian didedahkan bahawa YTL adalah pemegang konsesi sebenar ERL, barulah mereka muncul, lantas cuba mempertahankan YTL sambil menyalahkan Najib kerana enggan membayar pampasan sebanyak RM2.9 bilion sehingga ERL 'terpaksa' menaikkan kadar tambang yang langsung tidak munasabah.

Facebooker LIM SIAN SEE menulis, pampasan tersebut telah dipersetujui dalam perjanjian konsesi sewaktu ditandatangani pada tahun 1997 lalu.

Menurutnya lagi, awal tahun ini YTL telah menyaman Petronas di London dan Petronas kemudiannya diarahkan memberikan pampasan kepada YTL sebanyak RM700 juta.

Ini adalah kerana berdasarkan kepada Perjanjian Pembekalan Gas (GSA) yang ditandatangani pada tahun 1993, Petronas sepatutnya menjual gas kepada YTL Power pada harga berdasarkan formula yang telah ditetapkan berbanding harga pasaran gas.

Bagaimanapun, kerajaan telah menetapkan harga untuk gas, YTL Power dalam laporan kewangan tahunannya menyatakan, Petronas secara sebelah pihak telah mearik kembali diskaun ke atas harga gas yang membolehkan YTL membeli gas pada harga di bawah pasaran sekaligus mencabuli perjanjian GSA.

Petronas sepatutnya membekalkan gas kepada YTL Power pada harga diskaun tetapi menarik kembali diskaun tersebut selepas 1997 apabila harga gas ditetapkan oleh kerajaan pada RM6.40 MMbtu (yang mana masih merupakan lebih rendah daripada harga pasaran) bagi semua janakuasa tenaga di negara ini selepas berlakunya krisis kewangan Asia.

Semenjak itu, YTL Power enggan membayar harga yang telah ditetapkan untuk pembekalan gas dan cuba mendapatkan semula 'lebihan bayaran' tersebut daripada Petronas. Sebenarnya dengan 'lebihan bayaran' itu pun, YTL Power masih memperolehi keuntungan yang sangat besar.

Akhirnya selepas 20 tahun, IPP milik YTL tamat tempoh pada 30 September 2015 (dengan hanya satu daripada dua yang diperbaharui untuk tempoh tiga tahun, berdasarkan kadar dan harga gas yang berbeza, berbanding mengikut perjanjian berat sebelah pada tahun 1993).

Walaupun memperolehi keuntungan besar selama dua dekad dan menyebabkan Petronas serta seluruh rakyat Malaysia membayar RM16.21 bilion kepada YTL Power, bahkan sekalipun mereka menikmati keuntungan besar daripada perjanjian berat sebelah yang telah berakhir, YTL nampaknya masih tidak berpuas hati dan memaksa Petronas membayar RM700 juta kepada mereka.

BACA DI SINI UNTUK TERMA-TERMA BERAT SEBELAH YTL-PETRONAS

Petronas telah cuba merayu kes ini di Malaysia. Peluang Petronas kelihatan sangat samar-samar dan sekiranya kalah, Petronas yang sedang bergelut dengan krisis harga gas dan minyak dunia perlu terpaksa membayar RM700 juta kepada YTL selain daripada sejumlah besar subsidi yang telah pun diberikan kepada YTL selama bertahun-tahun.

Dan sudah tentu, ianya amat membebankan Petronas.

Itukah sebenarnya yang dibela oleh puak-puak yang mendabik dada mereka menyokong Tun Mahathir?

Wednesday, December 2, 2015

TAMBANG ERL NAIK 57%... NAJIB SALAH, TAPI PEMEGANG SAHAM DAN KONSESI ERL TERBESAR ADALAH YTL LANGSUNG TAK DISENTUH!!!


Sungguh menarik apabila melihat gelagat mereka yang tidak pernah naik ERL, yang tidak pernah tahu tentang ERL, malah yang tidak dapat membezakan antara komuter, LRT dan Monorail pun, menyalak dan melalak tentang kenaikan harga tambang pengangkutan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA2 itu.

Dan seperti biasalah, Najib dan kerajaannya menjadi sasaran kononnya tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang kenaikan tambang ERL, bahkan mahu menekan rakyat dengan kenaikan tambang pengangkutan tersebut dalam usaha untuk memenuhkan semula kantung wang negara yang sudah semakin kempis.

ERL atau The Express Rail Link telah menaikkan harganya sebanyak 57% dari RM35 menjadi RM55 bagi setiap perjalanan. Namun berdasarkan kepada terma dalam perjanjian konsesi, ERL berhak menaikkan tambang sehingga RM64 bagi setiap perjalanan.

Agak menarik ialah, kenaikan tersebut sebenarnya langsung tidak munasabah memandangkan ERL mempunyai trafik pengguna yang jauh lebih tinggi terutama selepas dihubungkan dengan KLIA2 tahun lepas.

Dan seperti biasa, antara yang paling kuat melalak adalah Ahli-Ahli Parlimen DAP yang cuba menunjukkan dan membuktikan yang mereka adalah JUARA RAKYAT. Mereka cuba membuktikan yang mereka memperjuangkan nasib rakyat. Malah sehingga ke peringkat, menonjolkan diri sehingga menggambarkan seolah-olah ERL merupakan pengangkutan utama di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Antara yang paling kuat menyalak adalah Ong Kian Min, Ahli Parlimen Serdang. Dia menuduh Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia sebagai perompak. Dia menyalahkan kenaikan tersebut kepada kerajaan dan Menteri Pengangkutan.  (BACA DI SINI)

Dan seperti biasa jugalah, zombie serta golongan catuk tak berotak pun, menyokong kuat hasutan Ong Kian Min.

Sedangkan hakikatnya, perjanjian konsesi ERL telah ditandatangani pada 25 Ogos 1997 dan berkuatkuasa selama 30 tahun!

Pemilik ERL adalah YTL yang menguasai majoriti saham iaitu 50%, manakala Tabung Haji pula memiliki 40% dan Trisilco Equity Sdn. Bhd. memiliki 10% sahamnya.

Mengapa agaknya Ong Kian Min dan DAP langsung tidak menyebut tentang PERANAN BESAR YTL dalam ERL?

Siapa pemilik YTL?

Bukankah antara faktor DAP menyerang bersungguh-sungguh 1MDB sehingga IPOnya tidak dapat dibuat antara lain kerana kepentingan YTL di dalam pemilikan IPP?

YTL merupakan antara salah satu penerima manfaat besar perjanjian berat sebelah konsesi projek IPP pada awal-awal tahun 90-an. Pemilik YTL pernah menimbulkan kontroversi apabila berkata, "kini tiba masanya untuk menamatkan kapitalisme kroni di Malaysia, selepas 20 tahun" yang membuatkan dia dikecam teruk memandangkan kekayaannya yang melimpah ruah adalah hasil daripada 'keistimewaan' yang diperolehi daripada kerajaan, khususnya dua pentadbiran lalu.

Francis Yeoh kemudiannya memohon maaf kerana mengeluarkan kata-kata itu. (BACA DI SINI)

Trisilco Equity mempunyai modal berbayar berjumlah RM1 juta dan dimiliki 100% oleh Tan Sri Nadzmi Salleh yang turut dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif ERL bermula Ogos 1998.

Sebelum dilantik ke jawatan Pengerusi Eksekutif ERL, Nazmi merupakan Pengarah Urusan PROTON dari tahun 1993 sehingga 1996. Sebelum menyertai PROTON, dia merupakan Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON). Dia kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi PROTON tetapi berundur dan jawatan tersebut diambilalih oleh Syed Mokhtar apabila DRB-HICOM mengambilalih PROTON pada tahun 2012. Jawatan tersebut kemudiannya diambilalih oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 2014.

Kes ini juga sama dengan kenaikan tol lebuhraya-lebuhraya dalam bandar yang melibatkan perjanjian konsesi berat sebelah yang dibuat oleh kerajaan pentadbiran terdahulu. Dan masalah yang berlaku sekarang seperti yang dapat dilihat, tetapi gagal dihadamkan ialah apabila kepentingan puak-puak konsesi tersebut diganggu dengan kadar kenaikan berdasarkan perjanjian telah diturunkan.

Mengapa DAP serang Najib dan kerajaan sedangkan sepatutnya yang diserang bagi kenaikan kadar tambang adalah konsesi yang tamak haloba dan tidak peduli dengan masalah pengguna berbanding kepentingan keuntungan besar mereka?

Anada boleh menjawabnya?


Wednesday, October 28, 2015

LAGI KOMPLEN DARI PARA GURU PASAL 1BESTARINET YANG DIKENDALIKAN YTL TERSANGAT LEMAH DAN LEMBAB!!!



Tajuk: Kelemahan Projek 1Bestarinet antara punca masalah kepada guru dan murid di sekolah.
Tarikh: 27 Oktober 2015

Saya memohon KPM untuk menyemak semula pelaksanaan FrogVLE di sekolah dan beberapa lagi sistem online di bawah projek 1Bestarinet dikaji semula.

Banyak masalah yang timbul sejak projek ini dilaksanakan bahkan guru menjadi tertekan akibat dipaksa melaksanakan FrogVLE yang dirasakan masih belum bersedia walaupun sudah dilaksanakan sejak tahun 2013.

Saya dapati, sistem yang disediakan oleh pihak YTL melalui 1Bestarinet adalah sangat lemah malah menyusahkan para guru dan murid disekolah. Projek ini dilaksanakan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan.

Para guru 'dipaksa' menggunakan FrogVLE sehinggakan ada KPI yang perlu dicapai walaupun sistem ini sangat lemah dan lembab. KPI ini perlu dicapai supaya apabila dibentang ke parlimen atau Audit Negara, seolah-olah 1Bestarinet ini berkesan dan digunapakai oleh semua guru sedangkan ianya adalah arahan paksa.

Saya sudah bangkitkan isu 1Bestarinet ini sejak 2013 dan 2014 sewaktu permasalahan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dilaksanakan dan kini telah dihentikan. Malah, 1Bestarinet telah didenda oleh Audit Negara gara-gara gagal menyediakan perkhidmatan yang seperti dijanjikan.

Saya mendesak agar pihak KPM bertegas kepada syarikat YTL yang telah menyusahkan para guru dan murid di sekolah malah perlu membuat aduan kepada Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat, siapakah individu yang membawa masuk projek bernilai jutaan ringgit tetapi banyak masalah.


Hj Mohd Nor Izzat bin Hj Mohd Johari
Ketua Moderator
Kelab Intelek Dan Pendidikan Malaysia (KiPM)


Tuesday, October 27, 2015

KATA GHAFUR, KEGAGALAN 1BESTARINET TIDAK BOLEH DISALAHKAN KEPADA MUHYIDDIN, SEBALIKNYA KERAJAAN KENA BERTANGGUNGJAWAB!!!



Kerajaan digesa tidak berdolak-dalik dalam isu kelemahan projek rangkaian internet jalur lebar 1BestariNet, demikian tegas seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata sikap kerajaan yang seolah-olah mahu lepas tangan dengan menyalahkan bekas menteri pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu berkenaan amat dkesali.

"Timbalan menteri kata ada projek (1BestariNet) daripada mantan menteri pendidikan. Kita satu kerajaan, jangan cari mantan. Kementerian bukan mantan.

"Kalau begini, lain kali orang akan cakap mantan punya…mana ada mantan punya, mantan itu kerajaan punya, itu kerajaan punya," katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Terdahulu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari memberitahu Dewan Rakyat bahawa projek 1BestariNet yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications bukan dibawah tanggungjawab kementeriannya.

Sehubungan itu Johari yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengaitkan projek berkenaan dengan Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri.

"Kementerian ini iaitu di bawah program pelaksanaan jalur lebar tidak mengkhususkan mana-mana pemberi perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan di suatu-suatu tempat, maknanya tidak ada elemen eksklusiviti.

"Sebenarnya program 1BestariNet bukan di bawah kementerian ini. Ia adalah projek seluruh negara yang diterajui oleh mantan menteri pendidikan yang dahulu di bawah Kementerian Pendidikan dimana projek itu dikhususkan kepada syarikat yang diberi nama YTL Communications," katanya.

Sebelum ini Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan projek runding terus 1BestariNet bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin. (SUMBER)


Monday, October 26, 2015

1BESTARINET DAN YTL BUAT UNTUNG PERCUMA DENGAN PERJANJIAN BERAT SEBELAH.... SIAPA YANG MAHU JELASKAN?



Kadang-kadang sesuatu itu hanya terdedah dan didedahkan apabila ada pihak yang mencabarnya terlebih dahulu. Cabaran tersebut tidak perlu dibuat secara langsung, tetapi menyentuh isu-isu lain yang dikendalikannya sewaktu berkuasa dahulu.

Natijah ini datang secara tidak 'disengajakan'. Kekecewaan kerana kehilangan kuasa dan jawatan, jolokan daripada orang sekeliling, faktor-faktor lain, akhirnya menyebabkan individu yang suatu masa dahulu tidak dipalitkan dengan sebarang skandal besar, mula didedahkan oleh warga Netizen.

Masalah tentang BESTARI.NET telah lama diperkatakan. BESTARI.NET dan YTL seolah-olah didiamkan dalam sebuah kotak pandora yang disembunyikan jauh ke dalam perut bumi.

Baca apa yang ditulis oleh salah seorang pengguna Facebook di bawah:

1.Pemasangan menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi, di sekolah yang tidak mempunyai struktur LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan) yang sesuai untuk isyarat tersebut. Hebat….

2.YTL sepatutnya perlu membayar RM1,200 sebulan bagi setiap tapak 1BRIS berdasarkan saranan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) kepada KPM. Tetapi YTL terus berdegil untuk tidak membayarnya kerana katanya kontrak dengan KPM membenarkan YTL memasang secara percuma.

3. Namun KPM pula tunduk dengan tuntutan YTL, apabila hanya meminta YTL bayar RM1,000 setahun bagi sewa setiap 1BRIS

Dijangka YTl bakal untung RM50 setahun berdasarkan perjanjian 1BestariNet KPM ini selama tempoih 15 tahun lamanya bersamaan RM750 juta keuntungan YTL kelak


4. Pemasangan menara 1BRIS meningkatkan kos elektrik sekolah daripada RM150 hingga RM180 sebulan. Betul guru-guru? Siapa yang bayar?

5. Yang menariknya, YTL tidak perlu membayar caj elektrik melalui tapak 1BRIS dan juga caj utiliti berkaitan 1BestariNet, sebaliknya kerajaan Malaysia yang perlu menanggungnya antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun sehingga tamat tempoh kontrak

6. YTL juga untung melalui penggunaan komersil menara 1BRIS di kawasan sekolah yang mana melalui perkhidmatan komersial jalur lebar YES 4G boleh digunakan penduduk sekitarnya, sekaligus memungkinkan YTL meraih keuntungan tambahan. “Indah bukan” bunyi isi kontrak YTL dengan kerajaan Malaysia?

Adakah mana-mana pihak terutama daripada pihak Kerajaan dan Kementerian Pelajaran sendiri yang mahu menjelaskan tentang 'pemberian percuma' wang rakyat Malaysia kepada YTL menerusi 1BRIS dan BESTARI.NET?


Wednesday, October 7, 2015

MANSUH IPP, MANSUH AP, MANSUH PERNIAGAAN MESIN SLOT... PATUTLAH BERIA-IA DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!



Semalam, Malaysia Today melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL. 

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'. 

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang. 

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.  

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.  

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata. 

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara.  

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun. 

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia. 

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz. 

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005. 

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar. 

Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat. Berita tentang pengakhiran perundingan selama lima tahun antara Malaysia dengan Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-benar mencemaskan golongan terbabit kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja Malaysia menyertai TPPA, mereka akan kehilangan hak AP, malahan AP sendiri sudah tidak wujud lagi. 

Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebut dikuasai oleh keluarga Vincent Tan.

Maka tidak hairanlah mengapa Robin Tan, saudara lelaki Vincent yang mengendalikan perniagaan tersebut, menjadi pengkritik keras Najib Abdul Razak dan pentadbirannya.... anda boleh baca seterusnya DI SINI


MAKIN TERDEDAH TETAPI TIMBULKAN TANDATANYA, SIAPA MEREKA SEHINGGA BOLEH BERKONGSI DIVIDEN RM704 JUTA PADA TAHUN 2014 SAHAJA!!!



YTL yang merupakan salah sebuah syarikat konsesi IPP, tidak lagi memperolehi keuntungan mudah menerusi IPP setelah konsensi mereka tamat dan bukan sahaja kerajaan tidak menyambung, bahkan IPP mereka telah diambilalih oleh TNB.

Lebih dua dekad, YTL memperolehi keuntungan dengan cara mudah. Banyak persoalan tentang IPP yang sehingga ke hari ini, masih lagi menjadi rahsia.

Baca apa yang ditulis oleh Lim Sian See tentang IPP YTL di bawah.

Ekoran posting saya semalam berhubung IPP YTL, saya telah melakukan sedikit siasatan berhubung pemilikan saham bumiputera dalam IPP yang dikenali sebagai Bara Aktif Sdn. Bhd dan pencarian syarikat menerusi SSM.

Syarikat tersebut telah diwujudkan pada April 1993, sejurus selepas YTL memperolehi konsesi IPP dan hanya mempunyai paid-up capital sebanyak RM500,000 yang dibahagikan sama rata antara Raja Wahid Raja Kamaral Zaman dan Mohamed Zainal Abidin Abdul Kadir.

Modal Berbayar tersebut tidak pernah ditingkatkan dari hari itu sehinggalah kini.

Bagi tahun berakhir Jun 2014, Bina Aktif telah membayar dividen berjumlah RM704 juta kepada kedua-dua pemegang saham berkenaan. Secara tidak langsung, kedua-duanya memperolehi lebih kruang RM352 juta setiap seorang pada tahun lepas sahaja.

Bayangkanlah jumlah yang mereka perolehi sepanjang 21 tahun IPP YTL beroperasi.


Tidak banyak diketahui tentang Raja Wahid Raja Kamaral Zaman dan Mohamed Zainal Abidin Abdul Kadir. Nama mereka juga tidak tersenarai dalam senarai orang terkaya di Malaysia oleh Forbes.

Bagaimanapun Mohamed Zainal Abidin Abdul Kadir dikatakan, seorang bekas guru yang berkhidmat dari tahun 1963 sehingga 1981 dan pada 1981, telah berhenti tugas dan memulakan syarikat pembinaan di Perak.

Selain daripada maklumat yang sedikit itu, kedua-duanya benar-benar 'tersembunyi' dan tidak pernah membuat sebarang temubual dengan mana-mana media.

Yang paling menariknya ialah, syarikat yang merupakan salah sebuah anak syarikat YTL itu mempunyai modal berbayar sebanyak RM500,000 pada tahun 1993 dan maklumat tahun 2014 menunjukkan syarikat tersebut telah membayar dividen berjumlah RM704 juta dan masih memiliki aset bernilai RM330 juta.

Justeru, tidak hairanlah mengapa kuat benar penentangan pihak-pihak tertentu kepada pengambilan semula IPP dan 1MDB!

Untung besar selama lebih 20 tahun, hilang sekelip mata walaupun mendapat pampasan yang juga dipertikaikan kerana khabarnya, lebih besar berbanding nilai sebenar.

BACA JUGA THE UNSPINNERS untuk isu yang sama.



 
Blogger Templates