Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 31, 2015

PETROL DAN DIESEL TURUN HARGA BERMULA TENGAH MALAM NANTI UNTUK SEPTEMBER 2015... KEJAYAAN BERSIH 4.0 JUGA KE?



Harga petrol RON95 dan RON97 untuk September masing-masing turun 10 sen seliter kepada RM1.95 dan RM2.35.

Harga Diesel pula turun 15 sen seliter kepada RM1.80.

Harga baharu itu berkuatkuasa pukul 12.01 tengah malam ini.

SUMBER

MEMANG SAH BANGANG!!! MARIA CHIN ABDULLAH KATA BERSIH 4.0 MANA ADA LANGGAR PERATURAN SEBALIKNYA IKUT PERLEMBAGAAN!!



Beritanya

Penganjur Bersih, Maria Chin Abdullah menegaskan himpunan Bersih 4.0 tidak melanggar mana-mana akta mengikut perundangan negara.

Oleh itu katanya, adalah tidak adil mengatakan bahawa himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan oleh pihaknya haram dan menyalahi undang-undang.

"Saya rasa perhimpunan ini tidak haram, ini adalah hak kita untuk berkumpul.

"Apa undang-undang yang kita langgar? Saya pun tidak tahu kerana dalam perlembagaan kita ada hak untuk berkumpul," katanya kepada media ketika ditemui di pentas himpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa penganjur dan peserta perhimpunan Bersih 4.0 akan dikenakan tindakan mengikut pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada.

Ahmad Zahid dipetik berkata, tiada lagi amaran dan tindakan diambil walaupun selepas perhimpunan tamat.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Maria berkata, jika ada sebarang tindakan undang-undang dikenakan beliau sedia mengheret perkara itu ke mahkamah.

"‎Kalau nak serang kerana dia kata, kita akan bawa ke mahkamah, " katanya.

Sementara ketika menyentuh mengenai himpunan Bersih 4.0, Maria berkata ia mencapai sasaran.

"Saya rasa keseluruhan yang datang adalam 300 ribu, saya rasa ini adalah kejayaan....kita berjaya tunjukan bahawa ini adalah himpunan aman, polis bertanggungjawab dan lalu lintas terkawal," katanya.
(SINAR ONLINE)

INILAH alasan yang seringkali diberikan oleh penganjur demonstrasi jalanan. Mereka akan menggunakan hujah Perlembagaan Artikel 10 yang mneyatakan kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Mereka juga akan menggunakan hujah Akta Perhimpunan Aman 2012. 

Tetapi mereka sekadar bercakap sekerat tetapi menyembunyikan hampir keseluruhan isi kandungan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman 2012. 

Contoh terbaik ialah, Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan: 

Artikel 10.
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);

(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

(2) Parlimen boleh dengan undang - undang menggunakan:
(a) Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;
(b) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;
(c) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasa (2) (a) , Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Pada bahagian mana yang Maria Chin tidak faham penganjuran anarkismenya itu telah melanggar banyak peraturan dan undang-undang negara, khususnya Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang digunakan sebagai hujahnya?


PEKEBUN WARGA PAKISTAN PANCUNG LEHER DOKTOR SIKH DI BENTONG, PAHANG KERANA HINA KAABAH!!!!



Walaupun berita ini sudah 5 hari berlaku tetapi ia tetap signifikan dalam situasi Malaysia yang sangat mencabar kebelakangan ini. 

Si pendatang dari Pakistan, membunuh dengan cara memancung kepala seorang doktor berbangsa Sikh kerana menghina agamanya, wajar diberikan perhatian memandangkan keadaan ini amat jarang berlaku di Malaysia. Pembunuhan kerana penghinaan terhadap agama, masih lagi merupakan perkara taboo dan sentiasa cuba dielakkan oleh setiap rakyat Malaysia termasuklah mereka yang ska melakukan provokasi ke atas agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan dan anutan majoriti rakyat Malaysia.

Beritanya adalah di bawah:

Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa mengekalkan hukuman mati terhadap seorang tukang kebun warga Pakistan kerana memancung leher seorang doktor penjara yang didakwa menghina agamanya.

Panel lima anggota yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan akhir Shafaqat Ali Ghulam Nabi terhadap sabitan kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Zulkefli berkata ia merupakan suatu pembunuhan kejam dan tidak sepadan dengan provokasi yang dilakukan mangsa, jika pun benar dia berbuat demikian.

Shafaqat, 33, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Harjit Singh a/l Bachan Singh, 51, di rumahnya di Kampung Sungai Padang Sertik, Bentong, Pahang pada 8.30 malam, 23 Ogos 2011.

Tertuduh mengemukakan rayuan mengenai hukuman itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya.

Menurut fakta kes, mangsa dijumpai di hadapan rumahnya dengan kepalanya terputus daripada badan.

Shafaqat, yang bekerja di kebun tanaman pokok kemboja si mati, menggunakan parang sepanjang dua kaki untuk memancung leher doktor itu.

Dalam keterangannya, rakan warga Pakistan itu, Jamsheet Ali berkata pada malam kejadian, sebaik sahaja pulang ke rumah daripada bekerja, dia melihat Shafaqat dan doktor itu berbual-bual di luar rumah berkenaan.

Lelaki itu berkata dia bersama-sama mereka untuk minum teh sebelum Shafaqat menyuruhnya masuk ke dalam rumah.

Kata Jamsheet, 15 minit kemudian, Shafaqat datang menemuinya di dapur dan memberitahu yang dia telah memancung leher si mati.

Saksi itu berkata Shafaqat memberitahunya dia membunuh doktor berkenaan kerana tidak dapat menerima perbuatannya menghina Kaabah.

Shafaqat diwakili peguam Kitson Foong, manakala Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mewakili pihak pendakwa.
(MSTAR ONLINE)


DARI JADI PARTI ISLAM ALTERNATIF, GHB TUKAR JADI PARTI PELBAGAI KAUM UNTUK TUTUP KEGAGALAN TARIK MELAYU KE BERSIH 4.0!!!



Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak boleh dipersalahkan kerana gagal membawa orang Melayu ke perhimpunan Bersih 4 kerana mereka kini bukan hanya berjuang untuk satu kaum itu sahaja tetapi semua kaum, kata Salahudin Ayub.

Timbalan pengerusi GHB itu mengakui, memang kerana Umno dan PAS, yang mewakili orang Melayu dan Islam, tidak mengerahkan ahli mereka menyertai himpunan itu maka majoriti peserta perhimpunan adalah daripada kaum Cina.

"Memang benar pada hari pertama peserta himpunan boleh dikatakan 80-90% Cina. Namun pada hari ke-2 semalam, kehadiran orang Melayu sangat jelas, di mana 40% peserta merupakan orang Melayu," kata Salahudin.

GHB didakwa gagal membawa peserta Melayu dan Islam ke perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu dan ekoran itu, kumpulan pecahan daripada PAS itu juga dibimbangi akan gagal membawa pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat 2.0 dalam pilihan raya umum nanti setelah ketiadaan PAS dalam gabungan itu.

Namun, Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad menolak dakwaan itu kerana katanya kedatangan orang Melayu sangat ketara pada hari ke-2 perhimpunan 34 jam itu terutamanya malam tadi.

"Orang Melayu ini takut dengan pelbagai propaganda untuk datang pada hari pertama selepas ugutan daripada pelbagai pihak.

"Namun selepas suasana berjalan dengan baik pada hari pertama, pada hari ke-2 mereka mula turun dalam jumlah yang sangat signifikan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kejayaan besar GHB dalam himpunan ini kata Dzulkefly, adalah mereka berjaya mengambil alih tempat PAS di pentas utama politik negara selepas parti Islam itu tidak menyertainya.

"Kejayaan besar kita adalah berada di pentas utama politik negara dalam memperjuangkan isu nasional," katanya.

Berbanding hari pertama perhimpunan iaitu pada Sabtu, orang Melayu mula memenuhi Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman pada petang Ahad sehinggalah perhimpunan berakhir pada tengah malamnya.

Salahudin mengakui, ketika berada dalam PAS, merekalah yang mengerahkan ahli dan penyokong parti menyertai perhimpunan seperti itu, namun kali ini parti Islam itu tidak mengerahkan ahlinya menyatakan sokongan mereka.

"Semasa kami bersama PAS dahulu, kamilah yang membawa mereka ke himpunan Bersih. Sekarang kami berjuang untuk semua kaum, bukan untuk Melayu sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pula mengakui kekurangan peserta Melayu dalam perhimpunan kali ini adalah kerana PAS tidak menggerakkan ahlinya menyertainya.

"Berilah masa kepada GHB ditubuhkan secara rasmi," katanya ketika berucap berhampiran Menara Maybank di Kuala Lumpur.

GHB dijadualkan mengumumkan penubuhan sebuah parti baharu berasaskan Islam yang terbuka untuk semua pada satu sidang media petang ini. Manakala pada 16 September ini, ia akan dilancarkan secara rasmi. – 31 Ogos, 2015. (TMI)

NOTA:

Alasan terpaksa dicipta... daripada memperjuangkan Islam Progresif yang pendaftarannya tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana kekangan kepada perkataan 'Islam' yang gagal ditelek oleh GHB, sekarang puak-puak ini terpaksa menyalahkan PAS bagi menutup kegagalan temberang mereka kononnya, GHB akan mengumpulkan lebih ramai penyokong untuk BERSIH 4.0 berbanding PAS.

Kesian....


CINA BERSIH 4.0 BERJAYA DAN SUKSES... TAPI NAJIB ABDUL RAZAK MASIH PERDANA MENTERI MALAYSIA... KAHKAHKAH!!!



Dah macam-macam ulasan tentang kejayaan BERSIH 4.0 yang kita boleh baca daripada para penyokong Cina DAP. Dah kedengaran cakap besar kononnya, Melayu tidak diperlukan kerana Cina boleh keluar seramai 200,000 orang untuk berarak dan menunjukkan kekuatan mereka di lokasi yang menjadi tempat berdemonstrasi para penyokong Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ditambah pula dengan kelesuan pihak berkuasa yang sekadar mampu memberitahu, BERSIH 4.0 adalah HARAM dan menyertai demonstrasi BERSIH 4.0 adalah melanggar undang-undang, membuatkan mereka terus besar kepala dan berasa sangat juah.

Terdapat laporan yang menyatakan pendemonstran BERSIH 4.0 ada yang keracunan makanan. Dan seperti biasa, apabila berlaku seperti itu, maka alasan yang diberikan amat menggelikan hati.

'Kotak minuman disuntik sejenis kimia'


Itulah alasan yang boleh diberikan walaupun minuman atau makanan yang diberikan kepada para peserta demonstrasi adalah daripada kalangan mereka, dikawal ketat oleh puak mereka dan diedarkan oleh mereka sendiri.

Tanpa menafikan, BERSIH 4.0 sebenarnya amat berjaya dengan menghimpunkan jumlah Cina terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia setelah kedatangan mereka beramai-ramai dengan menaiki tongkang dan kongsi pada awal kurun ke-20 untuk bekerja di ladang gambir, ladang lada hitam, ladang getah mahupun lombong bijih timah.


Mereka kini sudah boleh bercakap besar. Mereka telah membuktikan, PAS tidak lagi diperlukan. Malah Melayu dan Bumiputera juga tidak diperlukan sama sekali untuk menguasai negara ini.

Namun di sebalik kejayaan yang didendangkan, suatu hakikat yang langsung tidak boleh dinafikan ialah, NAJIB ABDUL RAZAK masih lagi Perdana Menteri Malaysia. Untuk menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri, hanya boleh dilakukan dengan undi tidak percaya di Parlimen. Satu cara lagi adalah dengan memastikan Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO yang mana ia tidak mungkin boleh berlaku dalam tempoh terdekat.

Mahathir yang dikatakan bijaksana itu pun sekadar mampu menyeru agar para pserta BERSIH 4.0 mendesak ahli-ahli Parlimen mereka membuat undi tidak percaya kepada Najib dan tidak lebih daripada itu.

Dua hari berdemonstrasi, berjaya menawan Dataran Merdeka dan menyesakkan seluruh jalanraya di Bandaraya Kuala Lumpur... hasilnya tetap NAJIB ABDUL RAZAK menjadi Perdana Menteri Malaysia....

Jadi, di mana kejayaan yang diperkatakan dan dilaung-laungkan? Kat mana kemegahan yang diseronokkan?


MUJUR RAZLAN RAFII MEMASTIKAN LAGU 'NEGARAKU' KEKAL BERKUMANDANG DI DATARAN MERDEKA PADA TENGAH MALAM 31 OGOS 2015!!!



Belum pernah berlaku semenjak 31 Ogos 1957, lagu 'Negaraku' yang iramanya diambil daripada lagu kebangsaan negeri Perak 'Terang Bulan' yang merupakan irama yang didengar oleh Sultan Abdullah sewaktu dibuang ke Pulau Seychelles, tidak dikumandangkan di Dataran Merdeka, tempat pertama Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.

Namun tengah malam tadi, ianya hampir menjadi satu kenyataan sekiranya Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii tidak bersungguh-sungguh untuk lagu yang diperlekehkan, dihina dan dipertikaikan oleh bangsa DAP dan rakan sekongkol mereka, dikumandangkan di Dataran Merdeka. Dan selepas itu, barulah Maria Chin dan para pengikutnya menyanyikan lagu 'Negaraku'.

Semuanya kerana Dataran Merdeka telah ditakluki oleh bangsa DAP sehingga menyebabkan Maria Chin Abdullah mengisytiharkan kemenangan penaklukan mereka dengan mengejek penganjur Ambang Kemerdekaan yang terpaksa berpindah lokasi. 



Baca luahan Razlan Rafii di bawah: 

Pada ambang Merdeka tanggal 12 Malam setiap tahun, Di Dataran Merdeka tidak pernah Lagu Negaraku tidak berkumandang.

Semalam merupakan detik hitam bagi Negara apabila Dataran Merdeka menjadi dataran yang tidak merdeka kerana tiada Lagu NegaraKu di nyanyikan.




Oleh sebab itu la saya dan rakan-rakan pemuda cuba memasuki Dataran Merdeka hanya untuk menyanyikan Negaraku, malangnya kawalan ketat daripada pihak PDRM mengagalkan kami untuk masuk.

Setelah beberapa kali memujuk, akhirnya OCPD membenarkan saya seorang untuk masuk dataran dan tercapailah niat untuk kami pemuda WP agar lagu Negaraku dinyanyikan di Dataran Merdeka.

Ternyata Bersih sudah merobek kemerdekaan yang selama ini kita raikan. Negara kita sudah tidak merdeka. Selagi ada anasir yang mahukan perkara sebegini ditarik daripada rakyat Malaysia, kemerdekaan yang sebenar sudah tidak wujud lagi.

Sedih .. Namun gembira hati ini apabila dapat melihat kita masih berkuasa. Jangan sampai api sudah menjadi abu.

Jagalah keamanan ini dengan baik.

Selamat hari Kemerdekaan.

Razlan Rafii
11.50pm 30 Ogos 2015


WANITA INI BERSENDIRIAN DI KELILING HARAMJADAH PENDEMONSTRAN BERSIH 4.0 TAPI DIA JAUH LEBIH BERANI BERBANDING JAMAL SEKINCHAN IKAN BAKAR!!!



Kakak ini tidak perlu membawa para pengikut berbaju merah, menghempuk kepala dengan bata atau memukul badan dengan kayu beluti rapuh.

Kakak ini tidak perlu berlagak menceceh mencari peluang dan publisiti untuk menunjukkan betapa dia bencikan BERSIH 4.0!!!

Dan kakak ini, walaupun bersendirian, dikelilingi oleh HARAMJADAH-HARAMJADAH yang berdemonstrasi BERSIH 4.0 di dalam gerabak LRT, mampu berhadapan dengan mereka, tanpa gentar, tanpa berwajah pucat, dan tidak perlu bercakap besar dengan dikelilingi oleh para pengikut yang bermuka lapar.

Siapa pun kakak ini, BLOG INI SECARA PERIBADI menyanjung keberanian dan ketegasannya. Dia jauh lebih berani berbanding para pemimpin UMNO yang setiap kali perhimpunan agung, akan menitiskan air mata dengan dendangan lagu ANAK KECIL MAIN API, atau yang terjerit-jerit terlalak-lalak sampai anak tekak dengan HIDUP MELAYU atau yang bersungguh-sungguh sampai nak tercabut gigi palsu dengan TEMBERANG PERTAHANKAN NAJIB SAMPAI KE TITISAN DARAH TERAKHIR.

Haramjadah-haramjadah yang kedengaran bersusah payah berbahasa kebangsaan, yang bercakap tentang Perlembagaan tetapi BUTA PERUT, BODOH BENGONG tentang Perlembagaan tentang kebebasan berhimpun mahupun Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mereka sendiri sebut di dalam klip video tersebut, walaupun cuba mengejek dan menakut-nakutkan kakak tersebut, terutama sekali si perakam yang kedengaran berlidah India, sekadar berani kerana mereka ramai dan berasakan mereka sudah cukup kuat.

Ayat, 'majoriti rakyat' yang mereka sebut, seolah-olah memberitahu, merekalah majoriti di negara ini. Merekalah yang sekarang ini sudah menjadi penjajah dan tuan. Merekalah yang perlu disembah dan ditakuti. Malah tiada undang-undang di negara ini yang boleh dikuatkuasakan ke atas mereka, termasuklah para penguatkuasa undang-undang juga tidak boleh menyentuh atau mengambil tindakan ke atas mereka kerana mereka ADALAH DAP, BERBAJU KUNING DAN MENYOKONG BERSIH 4.0.

Kalaulah ada WALAUPUN cuma 10 ORANG KETUA BAHAGIAN UMNO yang sehebat kakak ini, sudah tentulah UMNO akan dipandang dan dihormati. Secara tidak langsung nama Melayu juga akan dihormati, memandangkan DAP sudah lama melabelkan Melayu yang menentang mereka sebagai UMNO. Sudah tentulah UMNO sudah boleh menggegarkan politik HARAMJADAH DAP yang mengumpan provokasi berdarah di negara ini pada hari ulangtahun kemerdekaan negara.

Kakak ini amat menonjol walaupun namanya tidak diketahui, latar belakangnya samar dan dia tidak mempunyai sebarang gelaran-gelaran pembesar kerana rata-rata para pemimpin UMNO tidak mampu menandingi keberaniannya walaupun sudah bergelar Menteri, dan walaupun sudah lama bergelar Ahli Parlimen.

SYABAS KEPADA KAKAK TIDAK BERNAMA!!!

Anda berani dan anda telah menunjukkan bahawa srikandi Melayu tidak perlu berbaju merah, tidak perlu berbaju kurung pink, dan tidak perlu menjerit HIDUP MELAYU di atas pentas. Anda telah membuktikan bahawa Melayu berani bila mata bertentang mata, bukan sekarang cakap bagai menggegar langit dan menggoncang bumi, tetapi bila kena tegur dek pihak berkuasa, terus meleleh seperti lilin panas!!!


Sunday, August 30, 2015

TAK PAYAH TEMBERANGLAH NAK JATUHKAN NAJIB KALAU TAK BERANI TUTUP KEDAI MENIAGA!!!



Sembang nak jatuhkan Najib sudah lama kedengaran. Apa-apa sahaja isu yang ditimbulkan, kemudian akan disusuli dengan jerit pekik, 'JATUHKAN NAJIB'. Paling hebat dan paling termampu dibuat hanyalah berdemonstrasi, menunjuk lagak dan kuat di khalayak umum sepertimana para pengganas komunis berarak keluar dari hutan dengan senjata-senjata yang diberikan oleh British untuk menunjukkan merekalah sebenarnya yang menghalau Jepun dari Tanah Melayu walaupun sebenarnya, mereka yang lari terbirit-birit apabila terdengar letupan senapang Jepun.

Berkumpul ramai-ramai dan mengganggu jalanraya di lokasi terpilih, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar menjuahkan diri. Hakikatnya, BERSIH 4.0 sebenarnya tidaklah sehebat mana pun.

Buktinya, setelah dua hari mereka berdemonstrasi dan ditambah pula dengan penyertaan Dr. Mahathir yang mereka sendiri benci dalam demonstrasi tersebut, NAJIB ABDUL RAZAK MASIH LAGI PERDANA MENTERI MALAYSIA. Lim Kit Siang masih lagi APEK PUAKA yang dendam 1969nya tidak padam-padam dan Lim Guan Eng pula terpaksa memerah otak mencari jalan bagaimana hendak menutup segala kejalangannya ke atas Pulau Pinang, sebuah daerah Negeri Kedah yang kini berstatus negeri tetapi masih lagi tertakluk di bawah Kedah.

Macam-macam sudah dilakukan oleh Lim Kit Siang dan cinapek-cinapek pengikutnya. Mereka menghasut, mereka memecahbelahkan, mereka menfitnah, mereka mendabik dada, bahkan mereka mempersoalkan kerakyatan orang Melayu sedangkan mereka sendiri boleh dipersoalkan sama ada mereka benar-benar rakyat Malaysia atau sebaliknya. Mereka juga mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan, mempertikaikan raja-raja Melayu, mempertikaikan dan menghina Islam yang menjadi agama majoriti rakyat Malaysia dan agama rasmi negara, malah mereka juga berlagak seolah-olah negara ini akan muflis seandainya mereka beramai-ramai keluar dari Malaysia seperti yang dikatakan oleh Teresa Kok menjelang PRU-13.

Namun yang pasti, mereka tidak berani langsung untuk menutup kedai, menamatkan perniagaan, tidak lagi berurusniaga dan tidak lagi terlibat dengan ekonomi di negara ini. Sebaliknya, mereka berusaha membolot semahu-mahunya. Mereka mempersoalkan segala-galanya teramsuklah hak-hak perlembagaan yang ada pada SURUHANJAYA PILIHANRAYA kerana mereka melihat kepentingan ekonomi dan kewangan pada sebarang keputusan yang dibuat oleh SPR.

Malah mereka juga mempersoalkan kewujudan MARA, kewujudan bantuan-bantuan serta subsidi untuk Melayu-Bumiputera, mempertikaikan pengagihan zakat dan segala-galanya.



Kalau betul mereka melihat Malaysia di bawah Najib atau lebih tepat lagi di bawah pentadbiran Melayu-Bumiputera sebagai teruk dan memalukan, mengapa tidak mereka pindahkan segala perniagaan mereka ke negara asing? Mengapa mereka masih seperti lalat menghurung tahi apabila ada kawasan-kawasan perniagaan baru diwujudkan? Mengapa pemaju-pemaju hartanah yang mereka kuasai, berlumba-lumba membina rumah serta kedai serta bangunan pejabat yang harganya tidak akan mampu dibeli oleh Melayu-Bumiputera?

Mereka bercakap tentang rasuah. Mereka bercakap tentang penyelewengan kuasa, tetapi mereka kenyang melantak daripada lantunan ekonomi serta kewangan negara hasil daripada dasar kerajaan yang mereka benci. Malah di Pulau Pinang yang menjadi KAABAH buat Cina-Cina DAP, tidak pula menjadi tumpuan para penyokong DAP untuk berniaga dan mengembangbiakkan ekonomi, sebaliknya mereka tetap kekal di kawasan-kawasan yang didominasi oleh orang Melayu.

Kalau betul seperti yang mereka katakan, mengapa mereka tidak mengulangi HARTAL atau mogok umum dengan menutup semua kedai dan perniagaan selama berbulan-bulan? Mengapa mereka tidak cuba melumpuhkan ekonomi dan mengharamkan pembabitan orang-orang Cina dalam aktiviti ekonomi dan kewangan kalau negara ini dan pentadbirannya terlalu buruk seperti yang diperkatakan?

Mogoklah! Tutuplah kedai! Tak payahlah berniaga!

Kemudian, berdemonstrasilah berhari-hari, berbulan-bulan di Dataran Merdeka itu sampai Najib jatuh.

Atau mereka sebenarnya mahukan kuasa politik yang turut disokong oleh golongan berkepentingan yang cuba bersembunyi di sebalik topeng anti rasuah dan anti penyelewengan?

Yang pasti, Najib Abdul Razak setelah dua hari BERSIH 4.0 berdemonstrasi, MASIH KEKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!

Dan Lim Kit Siang pula, masih kekal sebagai APEK PUAKA yang kerjanya dari tahun 1965 sehingga ke hari ini, sentiasa mengatakan negara ini akan bankrap!!!


BERSIH 4.0: LAPORAN LEWAT MALAM... DAP DAN PENYOKONG BERJAYA 'TAWAN' MASJID JAMEK!!!



Bahagian kedua demonstrasi BERSIH 4.0 tajaan DAP, dilihat berjaya mencapai matlamat mereka.

Kini Lim Kit Siang sudah mampu berdiri megah sambil memberikan ucapan dan mengucapkan tahniah kepada para pengikutnya di luar pekarangan Masjid Jamek menjelang tengah malam. Sekaligus menandakan 'kejayaan' DAP menguasai Masjid Jamek dan menunjukkan bahawa tiada sesiapa pun yang dapat menahan DAP daripada merampas negara ini.






Di laluan keluar masuk ke Masjid Jamek, para pengikut dan penyokong DAP telah berkumpul, sekaligus membentuk halangan dan bentengan untuk mana-mana orang Islam masuk ke Masjid Jamek tanpa kebenaran mereka, sepertimana yang dilakukan oleh tentera-tentera Zionis yang memasang halangan dan hadangan untuk keluar masuk ke kompleks Masjidil Al Aqsa di Baitul Muqaddis.



Keadaan di luar Masjid Jamek Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya termasuklah Dataran Merdeka seolah-olah telah dikuasai oleh tentera-tentera penjajah. Pihak berkuasa nampaknya langsung tidak berfungsi dan mampu berbuat apa-apa. Berselindung di sebalik PERHIMPUNAN AMAN walaupun ternyata perhimpunan itu sendiri telah diberikan status HARAM dan melanggar peraturan mahupun AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 sendiri, DAP kini bagaikan satu kuasa yang tidak sudah menguasai segala sektor di negara ini, sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. 



Kini para penyokong DAP dan sebangsa dengannya sudah boleh berdiri megah kerana mereka adalah kuasa yang perlu ditakuti dan perlu dipatuhi.



HOLA DAP!!!


Saturday, August 29, 2015

APAKAH PERKASA DAN GENG PRO-TUN AKAN MENYERTAI DEMONSTRASI DAP ESOK EKORAN KEHADIRAN MAHATHIR BERI SOKONGAN KEPADA BERSIH 4.0?



Jam 7:30 malam tadi, negara mencatatkan satu lagi sejarah apabila bekas Perdana Menteri yang sepanjang pentadbirannya begitu mengeji semua bentuk demonstrasi, menghadirkan diri di lokasi demonstrasi BERSIH 4.0 diadakan.

Pada penghujung 1990-an, ketika Mahathir memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan kabinet dan keahlian UMNO, siri demonstrasi besar-besaran telah diadakan. Malah Naib Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada demonstrasi besar-besaran berkenaa menyebabkan Mahathir mengambil langkah menggunakan undang-undang untuk mengembalikan keamanan negara ini selain memperkukuhkan kuasanya, juga dengan undang-undang.

Apa label yang tidak diberikan kepada warga yang berdemonstrasi.


Hari ini, Mahathir menelan semua label yang diberikannya itu, malah menafikan apa yang diperkatakannya sebelum ini tentang demonstrasi menggulingkan kerajaan (rujuk sini) apabila dia sendiri hadir ke demonstrasi tersebut ketika kebanyakan umat Islam sedang bersolat maghrib.

Tiada ucapan yang diberikan oleh Mahathir ketika dia hadir di persimpangan jalan itu tetapi kehadirannya mendapat sambutan hangat daripada para penyokong DAP yang masih berkumpul di situ. Malah kehadirannya dianggap sebagai satu inspirasi kepada mereka untuk terus berkumpul dan berdemonstrasi agar Najib Abdul Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Umum mengetahui, walaupun Malaysiakini cuba melakukan spin berita dengan menyatakan lebih 200,000 orang telah hadir dalam demonstrasi BERSIH 4.0 namun berdasarkan daripada perbualan di kalangan para peserta demonstrasi BERSIH 4.0 sendiri, ketiadaan PAS menyebabkan jumlah penyertaan Melayu di dalam demonstrasi ini jauh berkurangan.


Sekaligus secara tidak langsung, jumlah yang diperkatakan iaitu 200,000 orang, boleh sangat dipertikakan. Apatah lagi, kebanyakan gambar mahupun video ang dipaparkan menerusi media-media sosial, tidak langsung menunjukkan dan membenarkan jumlah 200,000 orang sepertimana yang cuba diputarbelitkan oleh Malaysiakini.

Justeru, kehadiran Mahathir di lokasi BERSIH 4.0 akan digunakan sepenuhnya dalam tempoh 12 jam ini untuk mendapatkan sokongan serta penyertaan daripada orang Melayu seramai-ramainya bagi menggambarkan desakan untuk Najib turun daripada jawatan adalah kuat dengan sebahagian besar daripada mereka adalah KUASA CINA yang telah mengawal ekonomi malah politik negara ini semenjak dari zaman merdeka lagi.

Tanda tanya kini timbul dan mula diperkatakan, apakah PERKASA yang kuat menyokong Mahathir, akan menyertai DAP setelah Mahathir sendiri seakan-akan memberikan persetujuan dan sokongan kepada usaha DAP untuk menguasai negara ini menerusi demonstrasi?


Adakah beberapa pertubuhan Melayu lain yang sebelum ini cukup anti dengan DAP, akan meninggalkan fahaman dan kebencian serta syak wasangka mereka kepada DAP dengan beramai-ramai menyertai demonstrasi DAP atas nama BERSIH 4.0 esok?

Beberapa pihak sebelum ini, marah kerana pihak parti politik terutama sekali PKR dan DAP yang dikatakan cuba merampas BERSIH 4.0 dengan agenda politik mereka.

Apakah pendapat dan kemarahan tersebut telah berkurangan dengan kehadiran Mahathir dan sokongan yang diberikan?

Bagaimana pula dengan para penyokong yang sebelum ini membabi buta mengikut lidah DAP dan pemodal-pemodal kapitalis yang telah banyak mendapat keistimewaan sewaktu Mahathir berkuasa dahulu?


Atau adakah ini merupakan satu game yang menyebabkan Najib akan mengambil tindakan lebih drastik, lebih keras, malah tidak akan peduli lagi dengan segala tuntutan daripada kaum kapitalis yang telah banyak mengaut keuntungan serta kekayaan negara ini?

Walaupun Mahathir tidak menyatakan sokongan secara lisan, walaupun Mahathir tidak mengangkat placard atau kain pemidang, malah walaupun Mahathir mungkin sekadar meninjau persiapan Hari Kebangsaan pada waktu maghrib bermula dari lokasi para DAP berkumpul untuk menggulingkan Najib dan Kerajaan Malaysia, yang pastinya ia adalah isyarat yang boleh diputarbelitkan oleh DAP dan rakan-rakan sekongkolnya.

Apa yang boleh kita lakukan lagi... Tunggu sajalah....


GEMPAR!!! MAHATHIR HADIRI DEMONSTRASI BERSIH 4.0 DI KUALA LUMPUR!!!



BERITA TERBARU YANG DITERIMA...

Gagal melihat sambutan ramai orang Melayu dalam BERSIH 4.0 yang bertujuan mejaga kepentingan tokey-tokey besar Cina yang menjadi kroni utama, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Dr. Mahathir akhirnya turun sendiri ke lokasi dan perhimpunan yang pernah disifatkannya sebagai MEMALUKAN NEGARA ketika demonstrasi REFORMASI penghujung 1990-an lalu.

Gambar ini dikatakan telah dirakamkan di persimpangan Jalan Raja dan Mahathir disambut hangat oleh Cina-Cina DAP!

BERITA SELANJUTNYA AKAN MENYUSUL!

CINA DAP PENGECUT TETAPI MASIH MAHU MENCABAR!!!



Bayangkanlah kalau muka Najib pada wang kertas neraka menurut kepercayaan Cina ini digantikan dengan muka Lim Kit Siang atau muka Lim Guan Eng, sudah pasti seluruh DAP dan RBA termasuklah para penyokong mereka dari kalangan GERAKAN dan MCA akan segera bersuara. Mereka akan segera mendesak agar sesiapa sahaja yang melakukannya, atau lebih mudah lagi, UMNO (menurut tanggapan mereka), melutut memohon maaf kerana menghina KETUANAN CINA.

Tetapi apabila mereka melakukannya ke atas mana-mana pemimpin Melayu, terutama sekali Najib Abdul Razak, itu adalah keterbukaan bagi mereka. Tak boleh dimarah kerana kata mereka itu adalah KEBEBASAN BERSUARA. Tetapi apabila Lim Guan Eng atau mana-mana pemimpin DAP yang dibuat serupa, merek akan menanggapinya sebagai RASIS.



Tentu kita masih ingat bagaimana Lim Guan Eng menari-nari di atas gambar dua orang ADUN Melayu PKR yang meloncat keluar sekaligus meranapkan kerajaan DAP Perak. Mereka begitu gembira, tetapi apabila terpampang gambar Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dikencing orang ramai, DAP dan Cina mengamuk sakan!

Begitulah perangai mereka...

Mereka sangat pengecut, tidak tahan panas, tidak boleh berlapar, tidak boleh tidak berduit, tidak boleh berjalan kaki, tidak boleh susah sedikit dan sangat manja, tetapi mereka mempunyai kepala yang sentiasa besar, sentiasa membuat tuntutan dan sentiasa tamak haloba!!!





ADAKAH SP SETIA, ANAK SYARIKAT PERMODALAN NASIONAL BERHAD MENYOKONG BERSIH 4.0?



BERSIH 4.0 sama seperti BERSIH-BERSIH yang lain mendapat sokongan dari bentuk kewangan, tajaan dan sebagainya daripada banyak agensi terutama sekali rangkaian kuasa kapitalis yang sebelum ini banyak mendapat kemudahan daripada kerajaan yang kini mereka mahu gulingkan.

Hari ini, Restoran Insaf di Jalan Tunku Abdul Rahman yang sebelum ini didedahkan mengenakan bayaran yang sangat mahal kepada pelanggan mereka, dikatakan menaja makan minum kepada para peserta BERSIH 4.0 selama dua hari.

Nando's juga dilihat memberikan tajaan.



Dan yang paling menarik ialah, empat buah kenderaan 4x4 milik SP Setia, sebuah syarikat pembinaan yang banyak mendapat kontrak daripada kerajaan, berada di bawah Permodalan Nasional Berhad. PNB mempunyai pegangan sebanyak 51.1% dalam SP Setia sebelum dibida oleh Sime Darb, sebuah lagi anak syarikat di bawah PNB. (RUJUK SINI)

Dalam demonstrasi BERSIH 4.0, para pelapor dari lokasi memberitahu kewujudan empat buah kenderaan pacuan empat roda 4x4 milik SP Setia yang digunakan untuk kemudahan acara tersebut. Menyedari gambar keempat-empat kenderaan tersebut telah dirakam, ada pihak yang telah mencabut sticker dan membuang plat nombor pendaftaran kenderaan-kenderaan tersebut.




Bagaimanapun, mereka terlupa dengan road-tax pada kenderaan tersebut yang gagal disembunyikan!

Nampaknya ada GLC yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BERSIH 4.0!

Apa tindakan selanjutnya?


TERKINI!! PENYOKONG DAP YANG BERSELINDUNG DI SEBALIK BERSIH 4.0, GUNA PENYAPU, ULANGAN 10 MEI 1969!!!




10 Mei 1969, ketika keputusan PRU-3 diumumkan, para penyokong DAP dan komunis keluar berarak di jalan-jalanraya sekitar Kuala Lumpur. Mereka menyerang dan menyerbu lokasi-lokasi Melayu terutama sekali di Jalan Raja Muda (Prince Road) dan Chow Kit yang terletak berhampiran Kampung Bharu, kampung Melayu terbesar di Kuala Lumpur.

Mereka membawa penyapu, menyumpah seranah, meludah, menghina dan memperlecehkan Melayu-Bumiputera. Kumpulan anarki yang didalangi oleh Komunis dan Sosialis dengan dibantu oleh kongsi-kongsi gelap, kemudiannya melakukan jenayah pembunuhan dan cubaan menghapuskan etnik di Kuala Lumpur. Orang Melayu diserang dan dibunuh beramai-ramai.

13 Mei, orang Melayu bersatu dan bertindak. Tidak sampai sehari, orang Cina yang sebelum itu kuat dan sombong menyokong DAP, bercempera melarikan diri. Semua kongsi gelap mereka yang sebelum itu bebas membunuh dan menjarah, bertiempiaran menyembunyikan diri di sarang masing-masing. Komunis dan sosialis yang sangat yakin dapat menjatuhkan kerajaan, turut menghilangkan diri terutama apabila ATM pula mengambilalih peranan menjaga dan mengawal keselamatan bermula dari Renjer dan kemudiannya Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Hari ini, para penyokong DAP seperti mahu mengulangi apa yang berlaku pada Mei 1969.



Gambar-gambar para penyokong DAP membawa penyapu dan memberikan isyarat serta simbol untuk menggulingkan kuasa Melayu atas nama kononnya keadilan dan samarata serta BERSIH, sudah boleh dilihat dengan ketara.

Jumlah mereka jauh lebih ramai berbanding 1969. Berdasarkan laporan yang diterima, sehingga jam 1:30 tadi, jumlah penyertaan adalah lebih kurang 14,390 orang dengan peserta Cina adalah 90%. Antara pemimpin DAP dan PKR yang hadir termasuklah:

(1) Teo Kok Seong - Ahli Parlimen Rasah merangkap Ketua DAPSY (SOGO)
(2) Adam Adli - anarkis (PASAR SENI)
(3) William Leong Jee Keen - Ahli Parlimen Selayang (SOGO)
(4) Ong Chin Weng - ADUN Bukit Tunku (SOGO)
(5) Syed Ibrahim - GMI (SOGO)
(6) Raja Kamarul Bahrin - Ahli Parlimen Kuala Terengganu (SOGO)


BERSIH 4.0: MEREKA TELAH BERMULA DENGAN 80% PESERTA ADALAH CINA!!!



11:00am: SOGO - Puluhan orang berbaju kuning BERSIH 4 mula berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Sogo.

Pusat membeli-belah berkenaan turut beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun kawalan keselamatan di pusat membeli-belah berkenaan dipertingkatkan apabila beberapa orang yang memakai jaket keselamatan memantau dari dalam bangunan.

Orang ramai turut membeli-belah di dalam Sogo seperti biasa.

10.40am: Pasar Seni – Kira-kira 150 orang berkumpul di kawasan itu. Polis juga kelihatan beredar sekitar kawasan pelancongan itu.
Laluan utama dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka melalui Lebuh Pasar sudah ditutup.

Di luar bangunan itu, NGO Tindak Malaysia membuka tempat pendaftaran untuk kempen mereka Satu Rakyat Satu Undi Satu Nilai (1RUN).

Pengerusinya PY Wong berkata kempen itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap proses persempadanan semula yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

10:26am: Selain peserta ‪#‎BERSIH4‬ mula membanjiri banda raya Kuala Lumpur, terdapat juga iklan yang ditampal di sekitar kawasan Jalan Tun Perak yang menawarkan makanan percuma kepada peserta yang memakai baju BERSIH 4.


Sementara itu, sekumpulan polis kini sudah berada di Jalan Raja - menuju ke Dataran Merdeka. Mereka berbaris dan bertindak mengawal orang ramai supaya tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Seorang polis yang ditemui berkata, mereka bertindak mengawal bagi menghalang individu yang memakai baju berwarna kuning dan merah dari masuk ke Dataran Merdeka.

"Baju kuning dan merah tak boleh. Orang biasa boleh masuk tapi kuning dan merah tak boleh," kata anggota polis tersebut.

9.02 pagi: Terdapat peserta Bersih 4 yang mengambil kesempatan untuk tidur di restoran makanan segera sehingga mengganggu pelanggan lain.



 
Blogger Templates