Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label asal bukan umno. Show all posts
Showing posts with label asal bukan umno. Show all posts

Monday, September 12, 2016

DAH LA BERJAWATAN 'BEKAS', BAKAR PULA BUKU PERLEMBAGAAN... KENAPA TAK BAKAR HARTA BENDA LAIN SEBAGAI TANDA BENCIKAN UMNO?



Kira hebatlah dapat bakar baju atau buku perlembagaan UMNO...

Kira-kiranya macam koboi dapat tembak Red Indian yang hanya bersenjatakan panah sedangkan si koboi pula bersenjatakan mesingan.

Para totok dan tegar, bukan main bersorak dan berkeriau kesukaan walaupun suatu ketika dahulu, mereka jugalah yang paling kuat mengutuk dan memaki hamun golongan bakar jambatan yang tidak sahaja membakar baju parti tetapi juga buku perlembagaan. Tetapi memandangkan sekarang mereka menyokong sebuah parti politik yang diwujudkan untuk Mahathir dan anak-beranak serta kroninya, maka benda yang mereka kutuk, keji dan sumpah seranah dahulu telah bertukar menjadi keseronokan dan sokongan besar.

Hebat sangat ke bakar Buku Perlembagaan oleh bekas pemimpin kecil UMNO?

Mengapa setakat buku perlembagaan atau baju UMNO sahaja? Kenapa tidak harta-harta yang diperolehi menerusi pembabitan mereka dengan UMNO? Mengapa tidak bakar sekali bini muda atau gundik yang ditambat dengan kemewahan yang diperolehi menerusi kedudukan dan pembabitan di dalam UMNO.

Bakar sekali semuanya dan panggil segala macam media. Baru namanya BERTAUBAT dan benar-benar insaf kerana telah terbabit dalam pergerakan yang menzalimi rakyat.

Setakat bakar buku perlembagaan atau baju, kemudian jawatannya pula adalah 'bekas', nampak macam lawak sangat.


 
Blogger Templates