Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label skandal penyelewengan. Show all posts
Showing posts with label skandal penyelewengan. Show all posts

Monday, September 18, 2017

RCI FOREX: SEMAKIN JELAS CUBAAN UNTUK MENYALAHKAN SI MATI!!!



Hari ini, Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang dilihat ramai sebagai orang yang paling berkuasa selepas Mahathir memberikan keterangan kepada panel RCI Forex.

Daim Zainuddin adalah Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1984 sehingga 1991 dan sekali lagi pada tahun 1999 sehingga 2001.


Skandal Forex melibatkan Bank Negara Malaysia yang menyebabkan Bank Pusat itu hampir diisytiharkan muflis bermula dari tahun 1985 sehingga 1991 melibatkan kerugian lebih USD10 bilion, malahan menurut Barry Wain penulis Malaysian Maverick, kerugian daripada urusniaga Forex melibatkan Bank Negara Malaysia jauh lebih besar daripada yang tercatat.

Seramai 23 orang saksi dipanggil untuk memberikan keterangan dalam prosiding RCI itu termasuklah Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir. RCI telah ditugaskan untuk mengenalpasti kerugian daripada perjudian Forex oleh Bank Negara bernilai USD10 biliion (lebih kurang RM25 bilion pada waktu itu) antara tahun 1991 sehingga 1993.

Dalam keterangannya, Daim Zainuddin memberitahu dia tidak tahu menahu tentang urusniaga tersebut sekalipun dia adalah Menteri Kewangan. Katanya lagi, wujud lebih 1000 agensi di bawahnya dan amat mustahil untuk dia tahu kesemua aktiviti agensi-agensi di bawah kuasanya. 

Ketika panel 5 orang RCI yang dipengerusikan oleh Mohd Sidek Hassan menolak kenyataan Daim bahawa dia tidak pernah dimaklumkan tentang urusniaga Forex memandangkan maklumat tentangnya telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi, Daim terpaksa bersetuju bahawa walaupun maklumat tentangnya adalah di bawah OSA yang tidak boleh diakses oleh orang awam, tetapi Daim selaku Menteri Kewangan pada waktu itu tetap boleh mengaksesnya.

Daim bagaimanapun bertegas menyatakan dalam kes urusniaga Forex yang hampir membangkrapkan BNM, dia tidak tahu menahu. Daim turut menyalahkan BNM kerana 'tidak berterus-terang' tentang kerugian tersebut.

Pada masa yang sama, Daim juga cuba menyatakan bahawa segala keputusan BNM adalah keputusan yang tersendiri dan tidak tertakluk dengan keputusan serta polisi kerajaan terutama Kementerian Kewangan.

"Itulah sebabnya saya tidak pernah membincangkan isu urusniaga Forex BNM dengan Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri waktu itu," katanya Daim. (RUJUK SINI)

Kata Daim lagi, dia juga tidak pernah diberikan penerangan oleh Gabenor Bank Negara waktu itu, Allahyarham Jaafar Hussein berhubung urusniaga Forex.


Jaafar Hussein ditamatkan perkhidmatannya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia pada zaman Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan selepas kerugian besar yang hampir mengakibatkan BNM diisytiharkan muflis pada tahun 1991. Nor Mohamed Yakcop yang sebelum ini memberikan keterangan kepada RCI dan menyatakan perbincangan tentang urusniaga Forex melibatkan BNM dibuat di Argentina dan London, turut ditamatkan perkhidmatannya tetapi kemudian dilantik kembali menjadi Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri (Dr. Mahathir) pada tahun 1998 dan pada tahun 2008 dilantik kembali menjadi Menteri Kewangan Kedua walaupun pada 1998, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan syarat, dia tidak boleh lagi terlibat dengan mana-mana institusi kewangan negara. (RUJUK SINI)

Sementara itu, Dr Mahathir pula berkata, BNM terlibat dalam urusniaga Forex pada penghujung 1980-an tanpa pengetahuannya. (RUJUK SINI)


Sama seperti Daim, seperti Anwar Ibrahim, sama seperti Nor Mohamed Yakcop kecuali dalam kes ini, Nor Mohamed Yakcop mengambil sikap lebih bertanggungjawab dengan mengakui dia terlibat sama, Mahathir turut menyalahkan Allahyarham Jaafar Hussein secara tidak langsung demi menyelamatkan diri sendiri.

Dr. Mahathir adalah saksi ke-24 yang dipanggil memberi keterangan kepada panel RCI.

Menurutnya, Jaafar Hussein yang membuat semua keputusan dalam usaha menstabilkan kadar tukaran matawang asing yang tidak menentu, menguruskan rezab luar BNM dan mengekalkan daya saing ekonomi negara.


Mahathir yang sebelum ini merupakan orang yang paling banyak tahu tentang skandal 1MDB dan skandal wang derma politik RM2.6 bilion, memilih jawapan, TIDAK TAHU tentang kerugian besar BNM berjumlah lebih RM30 bilion yang berada di bawah kuasanya.

Cuma sesuatu yang amat menarik ialah pengakuan Dr. Mahathir tentang pinjaman-pinjaman dari Jepun yang mengakibatkan negara terpaksa membayar dalam jumlah yang besar kesan kejatuhan nilai Ringgit di pasaran Forex. Pengakuan yang sekaligus menyanggah dakwaannya bahawa selama 22 tahun dia memerintah Malaysia, negara ini tidak pernah mendapat pinjaman dari mana-mana negara asing!




Thursday, February 23, 2017

MAKIN MEROYANLAH PENTAKSUB MAHATHIR APABILA KABINET LANTIK SIDEK HASSAN SEBAGAI KEPALA PASUKAN PETUGAS KHAS SIASAT JUDI FOREX BNM!!!



Kabinet hari ini melantik bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, berkata terma rujukan Pasukan Petugas Khas itu adalah untuk menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi urus niaga mata wang asing.

Selain itu, ia juga bagi menyiasat sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya pada mesyuarat Parlimen.

Pasukan tersebut akan mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika perlu, berdasarkan hasil siasatan itu nanti.

“Penetapan terma rujukan yang spesifik adalah penting sebagai langkah permulaan bagi mendapatkan fakta-fakta berkaitan termasuk menganalisis semua penyata Rasmi Mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Jemaah Menteri terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara, dokumen-dokumen BNM dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, siasatan berkenaan akan dijalankan secara telus, bebas dan adil.

Ahli Pasukan Petugas Khas yang lain akan diumumkan dalam masa terdekat yang terdiri dalam kalangan yang berpengalaman, memiliki kepakaran tertentu untuk membantu melaksanakan tugas-tugas penemuan dan penzahiran dokumen bagi mendapatkan fakta-fakta sebenar berkaitan urus niaga mata wang asing BNM ketika itu.

Mohd Sidek berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun termasuk 6 tahun sebagai KSN.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dalam Pentadbiran Awam daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada New Hampshire College, Amerika Syarikat.



Thursday, February 16, 2017

BARU BUAT TASK FORCE SIASAT SKANDAL FOREX BNM, PENTAKSUB MAHATHIR DAH JADI MACAM DISERANG PUAKA... KALAU DITUBUHKAN RCI, MUNGKIN BATERI JANTUNG MAHATHIR PULA YANG MATI!!!



Kabinet Najib telah pun menyatakan kesanggupan mereka untuk menubuhkan sebuah Task Force bagi mengumpulkan pelbagai maklumat termasuklah daripada hansard Parlimen, mesyuarat-mesyurat Parlimen, Laporan Ketua Audit Negara dan laporan-laporan daripada agensi-agensi berkaitan.

Maka melalak melolonglah para pentaksub Mahathir seolah-olah Task Force tersebut ditubuhkan semata-mata untuk MEMADAMKAN BATERI JANTUNG Mahathir. Malah, ada yang tongong sudah mula bertanya, mengapa Task Force yang ditubuhkan, mengapa tidak RCI. Mengapa Najib terlalu takut untuk menubuhkan RCI sebaliknya hanya Task Force yang tidak mempunyai kuasa menyiasat dan membentangkan hasil siasatan kepada awam atau pun kepada Parlimen?

Yang tidak mereka sebutkan atau barangkali langsung tidak tahu, RCI tidak boleh ditubuhkan begitu-begitu sahaja. Sebaliknya, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu, termasuklah penubuhan sebuah pasukan khas yang akan mengumpulkan segala maklumat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa seperti PDRM dan SPRM bagi proses siasatan selanjutnya. Atau serahan kepada PAC sebelum satu lagi siasatan dijalankan untuk proses seterusnya bagi membolehkan RCI ditubuhkan dengan perkenan DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Sepatutnya para pentaksub Mahathir tidak perlu melatah kalau benar mereka sangat yakin, tiada sebarang salahlaku atau penyelewengan melibatkan wang negara berjumlah lebih RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir. Atau mereka tidak perlu gusar apabila sebarang pasukan khas ditubuhkan untuk mengumpulkan pelbagai maklumat termasuklah bagaimana keluarga Mahathir dan Siti Hasmah memperolehi kekayaan luar biasa termasuklah projek-projek mewah kerajaan yang hasilnya boleh mengenyangkan 15 keturunan.


Baru Task Force, dah menyalak melolong macam anjing patah gigi. Agaknya kalau RCI ditubuhkan, dan mula menyiasat semua dakwaan penyelewengan tersebut secara tuntas, mahu ada penyokong Mahathir yang benam kepala dalam tanah dan lubang punggung menadah langit agaknya!

Cuma, alangkah bagusnya kalau semua skandal-skandal kewangan tersebut diselesaikan pada 22 tahun pentadbiran Mahathir dahulu tanpa perlu disorok di bawah karpet tebal pejabatnya. Tidaklah masalah tersebut muncul pada hari ini dan Mahathir sendiri tidak mampu menjawab apatah lagi mnerangkan bagaimana negara boleh hilang duit yang begitu banyak.

Pengalihan dengan menyerang RM2.6 bilion dan 1MDB yang telah melalui fasa siasatan PAC, PDRM, SPRM dan sebagainya, tidak mampu menutup skandal-skandal kewangan besar negara seperti BMF, FOREX BNM, MAS, PERWAJA, PKFZ, MAMINCO dan seribu satu projek penswastaan yang lain!

Monday, January 30, 2017

SKANDAL BMF DAN SKANDAL FOREX GAGAL DIJAWAB, KINI MUNCUL PULA SKANDAL OPCOM-MUKHRIZ UNTUK MAHATHIR DAN PENYOKONGNYA!!!



Mahathir silap jangka...

Mahathir silap congak... dan

Mahathir tersalah menerima nasihat daripada orang sekelilingnya.

Itu adalah penyakit yang sering melanda orang politik terutama sekali yang mempunyai kuasa dan pengaruh.

Sesuatu yang dianggap sudah berkubur dan tidak mungkin dapat digali, rupa-rupanya dalam revolusi dan ledakan maklumat ini, ia cukup sekadar membuat sedikit pencarian, fakta dan bukti boleh ditemui secara pukal.

Persepsi tidak lagi boleh diuruskan dengan hanya penafian kosong semata-mata. Sama seperti yang berlaku kepada 1MDB, hampir separuh daripada rahsia syarikat tersebut terpaksa dibentangkan kepada awam, bahkan taktik dan teknik urusniaga serta perdagangan 1MDB juga terpaksa didedahkan bagi membuktikan ketelusan dan tidak wujud

Selama berdekad-dekad Mahathir 'terselamat' daripada sebarang skandal kewangan yang telah menyebabkan rakyat Malaysia perlu menanggung segala kos, termasuklah peningkatan kos sara hidup dan barang dengan harga upah kerja dan gaji yang sangat rendah. Namun memandangkan faktor masa dan kebanyakan penyokong Mahathir pula terdiri daripada golongan muda yang tidak pernah hidup atas kaki sendiri pada zaman Mahathir berkuasa selama 22 tahun, mereka telah terperangkap dalam propaganda kekaguman melampau ke atas pentadbiran Mahathir.

Manakala golongan yang kuat menentang Mahathir serta dasar-dasar dan polisinya pula, telah didiamkan dengan pelbagai cara termasuklah menerusi penguatkuasaan undang-undang yang lebih sesuai kalau dikatakan sebagai UNDANG-UNDANG DRACONIAN. Bahkan ramai yang menentang Mahathir dan membuat pendedahan tentang penyelewengan serta salahguna kuasa oleh Mahathir, akhirnya tutup mulut selepas mendapat habuan masing-masing - sama ada dalam bentuk jawatan mahupun projek besar.

Generasi pengundi sekarang, bukan lagi generasi pengundi terdahulu yang hanya bergantung kepada media-media propaganda milik kerajaan semata-mata. Generasi pengundi kini, lebih tertarik dan menjadi pengguna tegar media-media sosial yang bersifat lebih bebas, tidak terikat mahupun tidak tertakluk kepada undang-undang walaupun pada masa yang sama, pihak berkuasa cuba mengekangnya.

Telah menjadi satu budaya, bahkan kebiasaan di seluruh dunia, kisah dan kes silam tidak akan dibuka atau didedahkan seandainya pihak yang berkenaan tidak berlakon sebagai insan suci.

Itulah yang berlaku kepada Mahathir.

Dalam usahanya untuk menumbangkan Najib, bahkan keyakinan bahawa Najib akan tumbang pada September 2015 menerusi pelbagai usaha, termasuklah menerusi undi tidak percaya dan penolakan bajet. Bagaimanapun, usaha-usaha tersebut gagal. Mahathir yang dikatakan 'malaikat maut' nyata, bertemu dengan WATERLOOnya kali ini.

Bahkan Mahathir pula yang kelam-kabut mencari alternatif lain sehingga terpaksa bekerjasama dengan musuh utamanya dan orang yang paling dibencinya - Kit Siang dan Anwar Ibrahim - semata-mata untuk memastikan Najib tumbang.

1MDB dan GST terus dijadikan kuda hitam oleh Mahathir tanpa dia sedar, usaha dan kerja kerasnya itu hanya akan membuatkan sebahagian daripada Netizen mula bertanya-tanya tentang pelbagai skandal kewangan pada zaman Mahathir yang tidak pernah disiasat, tidak pernah diselesaikan dan wang yang hilang, tidak pernah dikembalikan.


Daripada pendedahan yang dibuat oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) membabitkan Skandal BMF-Carrian, kini Netizen mula mempersoalkan kewajaran syarikat anak lelakinya, Mukhriz yang juga merupakan Timbalan Presiden Cap Bunga, Opcom yang memonopoli pembekalan fiber optik untuk Telekom Malaysia (TM) menerusi penggunaan kuasa dan runding terus atau lebih tepat lagi PAKSABERI yang nilainya ratusan juta ringgit bahkan mencecah bilion Ringgit.

Netizen juga mempersoalkan tentang perjanjian yang membolehkan Mukhriz dan syarikatnya terus 'terselamat' daripada dicantas hasil campurtangan bapanya ketika Mahathir berada di penghujung kerjaya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kalau sebelum ini, 1MDB dan GST menjadi senjata, nampaknya amalan kronisme dan nepotisme serta korupsi yang berleluasa diamalkan oleh Mahathir sekeluarga pula yang sedang diungkit-ungkit.

Rakyat kebanyakan sekadar terpelongo walaupun pada masa yang sama, sentimen mereka dipermain-mainkan untuk bangsawan politik mengukuhkan kekayaan dan kemewahan mereka dengan wang rakyat sendiri!!!


Thursday, April 16, 2015

ETHNIC CLEANSING DI MAYBANK MEMANGSAKAN MELAYU-BUMIPUTERA? BERAT TUDUHAN NIH!!!




Sahabat blogger, The Unspinners ada membuat pendedahan besar tentang apa yang sedang berlaku di salah sebuah GLC penting iaitu Maybank.

Kisahnya adalah tentang Ethnic Cleansing membabitkan para pekerja Melayu-Bumiputera.

Beberapa pihak dalaman Maybank nampaknya sudah tidak dapat menahan sabar dan siri pendedahan dilakukan oleh pihak dalaman Maybank sendiri berhubung tindakan-tindakan 'ganas' tersebut.


Grafik-grafik berikut diperolehi menerusi WhatsApp yang menyokong pendedahan The Unspinners. Bagaimanapun, kesahihannya tidak dapat dipastikan. Pun begitu, butiran-butirannya terlalu menarik dan berpadanan dengan apa yang didedahkan oleh The Unspinners serta beberapa blog lain.


 
Blogger Templates