Al Quran menceritakan tentang Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, sepertimana yang difirmankan oleh Allah Taala dalam Surah An-Naziat ayat 24. Al Quran juga menceritakan tentang Namrud yang juga mengaku sebagai Tuhan sebagaimana yang diceritakan Allah Taala menerusi Surah Al Baqarah Ayat 258.
Kita telah diajar dan difahamkan bahawa Allah Taala Maha Berkuasa. Salah satu Sifat-Nya ialah, Dia tidak akan melakukan kesilapan, tidak lupa, tidak tidur, bahkan tidak nyanyuk. Semua yang berlaku adalah Perbuatan-Nya. Maka, adalah satu kesalahan besar yang dipanggil SYIRIK apabila terlintas di fikiran apatah lagi di lidah kita bahawa Allah Taala yang kita bahasakan sebagai Tuhan, melakukan kesilapan dalam Perbuatan atau Af'al-Nya.
SYIRIK merupakan dosa yang paling besar dan tidak diampunkan-Nya melainkan dengan sebenar-benar taubat. Ia tidak boleh dipermain-mainkan dan tidak boleh dijadikan bahan senda gurau apatah lagi sandaran untuk berdebat.
Katanya, "KALAU SAYA TUHAN, dari awal saya tak jadikan kamu. Menyusahkan orang sahaja. Sudah lama saya hapuskan kamu (terhadap Azeez Abdul Rahim). Sebab saya bukan Tuhan, Tuhan jadikan juga orang macam kamu."
Walaupun Hanipa bermain dengan perkataan 'KALAU', perbuatannya itu sebenarnya amat keterlaluan. Apatah lagi sebagai salah seorang umat Islam kata-kata kufur itu tidak sepatutnya diucapkan.
Apakah dia mempersoalkan kebijaksanaan Tuhan yang telah menjadikan Azeez Rahim? Adakah dia sebenarnya berasakan Tuhan lebih bodoh darinya kerana telah menciptakan Azeez Rahim yang menurutnya hanya menyusahkan?
Na'uzubillah...
Maha Suci Allah Taala dari segala kecacatan, kebodohan dan ketidaksempurnaan seperti yang dimaksudkan oleh Hanipa Maidin!
Dia telah ditegur tetapi apabila ditegur dan diminta menarik kembali kata-kata kufurnya serta bertaubat, Hanipa melenting dan mempersoalkan kelayakan orang yang menegur. Bahkan berkeras untuk tidak mahu menarik semula kata-katanya. Apabila kawannya, Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam menyokongnya, dia semakin angkuh dan sombong.
Berkata Ibnu Mas'ud رضي الله عنه,
"Sesungguhnya termasuk dari dosa-dosa terbesar di sisi Allah adalah seseorang menasihatkan pada orang lain, "Bertakwalah kepada Allah." Lalu orang itu membantah, "Urus dirimu sendiri!" [Ad Du'a, Ibnu Fudhail, 107].
Berpolitik sehingga tiada had, tiada sempadan dan menghalalkan apa-apa sahaja, bukan sahaja salah dari segi adab dan hukum Islam, bahkan sebagai manusia yang bertamadun juga tidak dapat menerima kata-kata angkuh dan takbur seperti yang dilafazkan oleh Hanipa Maidin.
Berkata Ibnu Mas'ud رضي الله عنه,
"Sesungguhnya termasuk dari dosa-dosa terbesar di sisi Allah adalah seseorang menasihatkan pada orang lain, "Bertakwalah kepada Allah." Lalu orang itu membantah, "Urus dirimu sendiri!" [Ad Du'a, Ibnu Fudhail, 107].
Berpolitik sehingga tiada had, tiada sempadan dan menghalalkan apa-apa sahaja, bukan sahaja salah dari segi adab dan hukum Islam, bahkan sebagai manusia yang bertamadun juga tidak dapat menerima kata-kata angkuh dan takbur seperti yang dilafazkan oleh Hanipa Maidin.
Dia hanya diberikan sedikit kuasa sebagai Ahli Parlimen, sudah terlajak jauh dengan kata-kata sebegitu. Bayangkanlah kalau dia diberikan kuasa yang lebih besar....



