Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label shamsul iskandar mohd akin. Show all posts
Showing posts with label shamsul iskandar mohd akin. Show all posts

Thursday, April 6, 2017

PATUTLAH SAM KETOT SENGAP SUNYI... RUPA-RUPANYA DIA TERSANGAT BIMBANG, TIDAK LAYAK JADI CALON DAN JAWATAN AHLI PARLIMEN YANG DISANDANGNYA SEKARANG LUCUT KERANA DENDA RM20,000!!!



Patutlah sudah lama berita tentang Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali di kalangan netizen sebagai Sam Ketot sunyi sepi. Rupa-rupanya Shamsul sedang berhadapan dengan masalah undang-undang yang boleh menyebabkan dia dilarang menjadi calon dan hilang glamour sebagai Ahli Parlimen.

Hari ini, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Shamsul Iskandar untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk tidak mendakwanya kerana terlibat dalam perhimpunan 'Black 505' dengan alasan undang-undang yang mendakwanya tidak berperlembagaan.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Hakim Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan permohonan Shamsul tidak dibuat secara betul.

Hakim bersetuju dengan hujah bantahan oleh Timbalan Pendakwaraya Awang Armadajaya Awang Mahmud bahawa permohonan Shamsul Iskandar mencabul keputusan Mahkamah Keputusan dalam kes Gan Boon Aun yang menyatakan, hanya Mahkamah Persekutuan sahaja yang berkuasa untuk memutuskan sesuatu undang-undang itu mengikut perlembagaan. 

Hakim Mohd Zawawi bersama-sama Hakim Idrus Harun dan Hakim Kamardin Hashim memutuskan kes tersebut dirujuk ke Mahkamah Sesyen. Menurutnya, Shamsul Iskandar perlu mematuhi Seksyen 30 dan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dalam cubaannya mencabar keperlembagaan undang-undang tersebut dengan merujuknya kepada Mahkamah Persekutuan untuk memutuskannya. 

Pada 5 Ogos 2013, Shamsul Iskandar, 41, bersama-sama dengan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 37 dan Mohd Nazree Mohd Yunus, 30, meminta dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas dakwaan hadir dan terlibat dalam perhimpunan di pekarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya pada tengah hari 22 Jun 2013.

Seandainya disabitkan kesalahan, hukuman maksimum yang menanti adalah denda RM20,000. Sekaligus menyebabkan Shamsul Iskandar Mohd Akin kehilangan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan tidak boleh bertanding lagi. 

Pada 31 Mac 2014, Shamsul Iskandar telah menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk meminta mahkamah mengenepikan tuduhan tersebut dengan alasan Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan Artikel 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan. 

Mahkamah Tinggi menolak permohonannya itu pada 26 Februari tahun lepas, membuatkan dia merayu pula kepada Mahkamah Rayuan. 

Thursday, March 9, 2017

#RespectMyPM TAKUTKAN SHAMSUL KATIK SAMPAI DITUDUH HASHTAG ITU DIBAYAR GUNA DUIT GST!!! BODOH BETUL SI KATIK NIH!!!



Dua soalan paling bodoh dan paling bangang hanya berdasarkan sangka-sangka dan kemudian ditolak oleh Speaker, tetapi kemudian menimbulkan tidak puas hati kepada orang yang bertanyanya telah kedengaran pagi tadi

Soalan pertama datangnya daripada Sim Tse Sim, Ahli Parlimen Bayan Baru yang bertanyakan berapa ramaikah pengintip dan spy asing di negara ini. 

Jawapan yang diberikan oleh Zahid Hamidi adalah, perisi dan spy tidak pernah mendaftar bagi membolehkan jumlah mereka diketahui di dalam negara ini. Bahkan di negara-negara lain di seluruh dunia pun, tidak ada mekanisme untuk mengetahui jumlah spy atau pengintip asing di negara mereka. 

Sebelum itu, Teresa Kok juga memberikan soalan bodoh. Teresa Kok bertanya sama ada Raja Salman, Raja Arab Saudi yang membuat lawatan rasmi ke negara ini, turut membawa dana politik untuk UMNO. Kalau ada, berapa jumlahnya dan Kerajaan serta UMNO perlu dedahkannya kepada umum.

Bodoh tak bodoh Teresa Kok, berapa banyak pun Raja Salman menderma untuk politik dan survival UMNO, apa dia peduli. DAP sendiri tidak pernah berani mendedahkan tentang RM1.2 bilion dana dari Israel yang telah didedahkan sebelum ini bagi membolehkan DAP jadi 'raja' pada PRU-12 dan PRU-13.

Tetapi yang paling bodoh sekali sudah tentulah soalan daripada si pendek katit, Shamsul Iskandar Mohd Akin Ahli Parlimen dari Bukit Katil. 


Dia bertanyakan sama ada hashtag #RespectMyPM telah dibayar atau didanai oleh kerajaan menggunakan wang GST. Dia tidak memberikan sebarang bukti tetapi sekarang membuat tanggapan dan cubaan menimbulkan persepsi. Akhirnya usulnya ditolak. Di luar Dewan, si Katik itu terus mengamuk dan mengaruk.

"Dewan Rakyat telah menolak soalan saya. Saya minta perdana menteri nyatakan jumlah perbelanjaan untuk mendanai pasukan siber #RespectMyPM.

"Alasan ditolak kerana pertanyaan tidak boleh mengandungi apa-apa hujah sangkaan. Jadi saya nak nyatakan kekesalan saya.

"Kita sedia maklum setiap posting perdana menteri ada beribu komen #RespectMyPM dan semestinya ia dilakukan oleh kumpulan yang diupah," katanya.

Tidak ubah seperti katak kuang yang baru keluar dari bawah tong kosong. Apakah Shamsul Katik boleh memberikan anggaran jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk membayar golongan yang memaki hamun PM di Facebook PM memandangkan mereka juga adalah orang yang sama, walaupun menggunakan nama yang berlainan?


Wednesday, May 25, 2016

NIK ABDUH KATA, TIADA LAGI RUNDINGAN DENGAN PKR, SAM KETOT PULA TETAP BERTEGAS, RUNDINGAN MASIH BERLANGSUNG... MANA SATU YANG BETUL?!!!



Betullah seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar yang parti-parti pembangkang sebenarnya hanya mahu mengalahkan PAS agar PAS terus berada di bawah telapak kaki dan menjilat ludah Lim Guan Eng, berbanding mahu mengalahkan Barisan Nasional. 

PAS telah memutuskan bahawa calon-calon dari parti itu akan diletakkan di PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Jumaat ini, nama-nama calon akan diumumkan. 

Pada masa yang sama, PKR terus bercakap tentang rundingan dengan PAS untuk kedua-dua PRK tersebut.

Hari ini, dua orang Ahli Parlimen dari PAS dan PKR membuat kenyataan yang berbeza tentang rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi.

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan PAS telah memutuskan untuk bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Menurutnya, tiada lagi sebarang perbincangan dengan PKR berhubung perkara tersebut yang mana 'telah berakhir beberapa hari lepas'.

"Pakatan Harapan yang belum lagi membuat sebarang keputusan. Itu urusan mereka," kata Nik Abduh kepada wartawan di luar Dewan Rakyat hari ini. 

Pakatan Harapan mengandungi PKR, Amanah dan DAP. PKR masih mengekalkan kerjasama politik dengan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. 

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot tetap menegaskan bahawa perbincangan tentang kerusi-kerusi tersebut masih berlangsung, sambil menyebut tentang kenyataan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah semalam bahawa perbincangan dengan PAS masih bertersuan. 

"Kami tidak akan mendedahkan hasil daripada rundingan tersebut. Tunggu mesyuaratnya dahulu," kata Ahli Parlimen Bukit Katil itu kepada para wartawan. 

Sebelum ini dilaporkan, Amanah sudah bersedia untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen di bawah jenama Pakatan Harapan, sekalipun PKR juga dikatakan turut mengintai kedua-dua kerusi berkenaan untuk ditandingi. 

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong selepas penyandangnya, Noriah Kasnon dan Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. 


Monday, April 4, 2016

TAKUT DISURUH BERKEMPEN SENDIRIAN, SAM KETOT BERBOHONG KONONNYA DIA TIDAK DIBENARKAN MASUK SARAWAK!!!



Dakwaan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dikatakan ditahan pihak Imigresen dan berunding secara diplomasi bagi menidakkan penahanannya daripada memasuki Sarawak pada Jumaat lepas adalah palsu.

Sabtu lepas, portal Malaysiakini melaporkan Shamsul Iskandar pemimpin terbaru dihalang daripada memasuki Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

Seorang pegawai Imigresen yang dihubungi menafikan dakwaan Shamsul ditahan lebih tiga jam untuk disoal siasat dan sebaliknya pemeriksaan ke atasnya adalah perkara biasa dan rutin harian bagi mana-mana penumpang.

Shamsul dalam entri terbaru di twitter miliknya menyatakan beliau tidak dibenarkan memasuki Sarawak atas arahan atasan selepas ditahan pegawai Imigresen Andrew.

“Andrew maklumkan saya tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sebab arahan atasan,” katanya dalam akaun Twitter.

Pegawai Imigresen itu turut menafikan ada berlakunya rundingan secara diplomasi sebaliknya beliau hanya diminta untuk ke tepi untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak kesesakan di kaunter pemeriksaan Imigresen.

Shamsul tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 5.50 petang, Jumaat lepas.

Dalam perkembangan berkaitan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Mansor bin Othman dan Pengarah Strategi PKR Pulau Pinang Sim Tze Tzin tidak mempunyai masalah untuk memasuki Sarawak biarpun terpaksa melalui pemeriksaan biasa.

“Petang tadi (semalam) dua orang pemimpin PKR Mansor bin Othman dan Sim Tze Tzin datang ke Sarawak dan melalui pemeriksaan Imigresen.

“Kedua-dua pemimpin itu telah dibawa ke tepi bagi pemeriksaan lanjut dan tidak lama selepas itu telah dibenarkan memasuki Sarawak.

“Begitu pun, pemimpin PKR itu tidak mempunyai masalah dengan prosedur Imigresen yang dikendalikan pihak kami”, kata pegawai Imigresen yang enggan namanya disiarkan.

Terdahulu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa telah tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Tony Pua dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok turut tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan dihantar pulang.



 
Blogger Templates