Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label PERKASA. Show all posts
Showing posts with label PERKASA. Show all posts

Sunday, November 20, 2016

LAWAK IBRAHIM ALI PERKASA!!! KATANYA, PERKASA LAWAN DAP, TAPI PRU NANTI, LETAK 50 CALON DI KAWASAN MELAYU!!!



Melatah-latah Ibrahim Ali, Presiden PERKASA selepas semakin hari, PERKASA semakin tersisih terutama selepas suatu ketika, Ibrahim Ali menyatakan sokongan kepada Cap Bunga tetapi entah di mana silapnya, tiada mana-mana pihak dalam Cap Bunga yang memberikan perhatian kepada PERKASA dan Ibrahim Ali.

Selepas mengecam semua parti politik di Malaysia sebagai 'lapar kuasa' dan 'hanya mementingkan tembolok sendiri', selain menekankan kononnya PERKASA hanya bermusuh dengan DAP, malah berasa hairan kerana ramai orang Melayu dewasa ini yang menyokong DAP, (RUJUK SINI) akhirnya Ibrahim Ali menyatakan, PERKASA akan meletakkan calonnya sendiri pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, calon-calon PERKASA yang akan bertanding atas tiket BEBAS, hanya akan diletakkan di kerusi-kerusi bermajoriti Melayu. Dan untuk menyedapkan hati, Ibrahim Ali menyatakan calon-calon PERKASA akan bertanding di kawasan PAS dan Pakatan. (RUJUK SINI)

Sebenarnya, sudah lama PERKASA diminta agar meletakkan calon-calonnya dalam PRU selepas berulang-ulang kali nama Melayu digunakan tetapi PERKASA dan Ibrahim Ali sendiri menunjukkan kecenderungan kepada Tun Dr. Mahathir.

Kata Ibrahim Ali, 'campurtangan' PERKASA di kerusi-kerusi bermajoriti Melayu yang ditandingi oleh PAS dan Pakatan tidak akan memecahbelahkan Melayu.

Agak aneh jugalah, kata nak lawan DAP tetapi bila tang Pilihanraya, nak lawan di kawasan bermajoriti Melayu.

PERKASA yang seringkali digambarkan sebagai sebuah NGO Melayu-Bumiputera yang hebat, sepatutnya bertanding di kawasan-kawasan bermajoritikan Cina bagi membenarkan kenyataan mereka adalah NGO Melayu-Bumiputera yang mahu mempertahankan hak-hak Melayu-Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.


Saturday, April 9, 2016

ISU KEDATANGAN DR. ZAKIR NAIK: KENYATAAN KERAS PERKASA KEPADA HINDRAF SUPAYA JANGAN USIK ISU UMAT ISLAM, DISOKONG!!!



1. Hindraf Makkal Sakthi, NGO hak asasi manusia Hindu dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan umat Islam apabila mereka menggesa agar kerajaan Malaysia membatalkan siri jelajah ceramah  Dr. Zakir Naik yang dijadualkan tidak lama lagi.

2. PERKASA memberi amaran keras kepada Hindraf agar tidak menuduh Dr. Zakir Naik sebagai “deviant foreign preacher” (pendakwah luar yang sesat). Sayugia diperingatkan, Dr. Zakir Naik pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2014. Beliau juga mempunyai kredibiliti sebagai tokoh dakwah yang teristimewa mutunya di peringkat antarabangsa.

3. Tuduhan bahawa Dr. Zakir sebagai fanatik dan “...a virus in a pluralistic society. He’s a plague.” juga adalah tidak berasas, prejudis dan biadab. Kedatangannya ke Malaysia adalah atas undangan pihak berkuasa agama dan memberi banyak manfaat kepada umat Islam dari segi pemantapan dan kefahaman Islam.

4. Pengerusi Hindraf,  P. Waythamoorthy dinasihatkan agar tidak bermain dengan api. Berikan bukti yang benar dan kukuh jika anda menyatakan Dr. Zakir mempersenda  agama Hindu, dan bahawa beliau memperlekeh agama agama lain serta mazhab mazhab dalam Islam.

5. Hindraf juga dinasihatkan agar tidak membuat tuduhan yang melulu dan membabi buta. Wahai Waitha! Tolong berhati hati dalam membuat kenyataan yang menyentuh hal ehwal Islam dan umat Islam. Bila pula ajaran ajaran Dr. Zakir tidak selari dengan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA)? Sejak bila Whyta pula menjadi ulama dan menghukum Dr. Zakir dengan hukuman sedemikian?

6. Pelabelan oleh Darul Ulum bahawa Dr. Zakir adalah Ghair Muqallid bukanlah bermaksud bahawa beliau sesat. Ghair Muqallid bermaksud tidak bertaklid iaitu beliau tidak mengikut secara semborono mana mana pandangan mazhab kerana beliau boleh memahami asas pembentukan hukum berasaskan disiplin ilmu ilmu yang penting dalam Islam. Wahai Whyta, adakah anda faham apa yang anda perkatakan?

7. Whyta juga amat keliru apabila beliau menuduh Dr. Zakir Naik sebagai "was noted for encouraging and promoting sectarianism within Islam besides having acquired a reputation for making insensitive and disparaging remarks about other religions including mocking Hindu beliefs."  Kata Whyta lagi: "He chose Terengganu, which is almost all Muslim, probably because he wants to create a sectarian following in the state and spread out from there.” Perkasa ingin menasihatkan Whyta agar tidak menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam dengan membuat tuduhan yang tidak tepat seperti di atas. Apakah Hindraf tidak mempunyai intelektual yang mempunyai intellectual honesty?

8. Whyta juga menuduh Dr. Zakir dengan tuduhan: "He is notorious for spewing hatred, condemning and ridiculing, and carrying out rhetorical attacks on other religions and other sects in Islam.” Bila pula Dr. Zakir mempersenda, dan menyerang agama lain dan mazhab mazhab dalam Islam? Perkasa sekali lagi memberi amaran keras kepada Hindraf agar berhati hati membuat kenyataan mengenai Dr. Zakir dan hal ehwal Islam. Berilah perhatian kepada kebajikan ahli ahli Hindraf yang terbiar. Hindraf perlu tanya kepada diri sendiri, adakah kewujudan mereka memberi kebaikan kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum dalam negara Malaysia yang kita cintai ini. Kenapa Hindraf selalu membuat masalah dalam negara ini? Apakah Hindraf sudah kehilangan modal, lantas bermain dengan isu picisan sebegini?_

DR. AMINI AMIR ABDULLAH
PENGERUSI BIRO HAL EHWAL ISLAM (BIHALIM)
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
8.4.2016

Monday, March 7, 2016

KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN KERANA PERSEKONGKOLAN DENGAN DAP, BUBARKAN PERKASA KEDAH!!!



PERKASA pernah dilihat dan dianggap sebagai alternatif kepada UMNO yang berkecamuk dengan masalah kepimpinan kerana desakan letak jawatan dan 'perlu ikut cakap' Mahathir.

Pada peringkat awal, harapan kepada PERKASA amat tinggi namun dari semasa ke semasa PERKASA mula dipandang dan dianggap tidak ubah seperti tidak mempunyai hala tuju kecuali untuk Dr.Mahathir semata-mata.

Ibrahim Ali menjadi watak yang dipersenda-sendakan terutama cita-cita politiknya yang tinggi tetapi tidak sedar yang dia sudah tidak relevan dalam arus politik negara khususnya Pasir Mas dan Kelantan.

Kemelut Deklarasi Anti Najib yang diketuai oleh Mahathir turut mengheret PERKASA meskipun secara tidak rasminya PERKASA tidak terlibat.


Kehadiran Ibrahim Ali bersama-sama Setiausaha Agung PERKASA yang giat berkempen mengumpulkan tandatangan awam untuk Deklarasi Mahathir.

Nah, berita dari Kedah begitu tidak menyenangkan.

Dikhabarkan PERKASA KEDAH secara keseluruhannya telah dibubarkan kerana kemarahan dan kekecewaan persekongkolan dengan DAP dan PKR.

Setakat ini berita ini belum disahkan lagi tetapi yang pasti kemarahan kepada Tun Mahathir, Mahyuddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Shafie Apdal serta beberapa orang pemimpin yang bersekongkol tanpa malu dengan DAP menaikkan darah dan PERKASA menjadi mangsa kebencian.

Apakah kalau benar berita ini PERKASA Kedah sahaja yang dibubarkan atau PERKASA-PERKASA negeri lain juga akan dibubarkan?


DULU-DULU PERKASA DEMI MELAYU, SEKARANG PERKASA DEMI MAHATHIR DAN DAP!!!



APA SUDAH JADI DENGAN PERKASA?

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan "memperjuangkan" dan "mempertahankan" hak-hak orang Melayu daripada orang bukan Melayu di Malaysia. Perkasa telah dilabelkan sebagai NGO ultranasionalis dan menerima tentangan umum.

Dulu selalu kita terbayang Perkasa demi Melayu. Tapi kini tidak lagi. Memandangkan mereka ini dari kumpulan terbuang sama ada dari UMNO, Pas dan juga PKR maka perjuangan Perkasa sudah lari dari landasan. Mereka lebih kepada pemuas kepentingan peribadi selain mahu popular.

Dato' Ibrahim Ali nampaknya lupa kepada asas perjuangan asal Perkasa yang dulu Arwah Dato Fuad Hassan( Mantan KP JASA) sebagai Timbalan Presiden. Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi PERKASA Negara diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada 22 Mac 2009 perkasa badan pendesak Melayu.

Perkasa mendakwa memperjuangkan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Sultan menyeru Perkasa jangan terlalu ekstrem, terlalu perkauman dan hendaklah sanggup bersuara melalui saluran undang-undang sedia ada

Kehadiran wakil Perkasa di Majlis Deklarasi Rakyat yang ditaja Tun M serta DAP dengan Pakatan Harapan telah memadam semua rekod pencapaian Perkasa. Mereka melawan dan benci DAP. Tapi sebenarnya itu semua politik sahaja. Bersekongkol dengan DAP yang pernah mengadakan Deklarasi Setapak tahun 1967 mahu negara republik jelas mencabul prinsip perkasa memperjuang institusi raja, hak-hak Melayu Bumiputera dan kedudukan agama sebagai agama rasmi negara.

Perkasa jelas NGO Melayu yang tidak
boleh dipercayai. Mereka hanya menjadi alat kepada Mahathir untuk melempiaskan kepentingannya. Tolaklah DAP! Tolaklah Perkasa. Mereka terlibat dengan pakatan syaitan DAP!.

By email;

Bekas Ahli Perkasa



 
Blogger Templates