Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label melayu barua dap. Show all posts
Showing posts with label melayu barua dap. Show all posts

Thursday, June 15, 2017

SENATOR MELAYU LANTIKAN DAP KATA, APA SALAHNYA PULAU PINANG JADI BANDAR KRISTIAN DAN PERLEMBAGAAN PULAU PINANG PERLU DIUBAH!!!



Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian. Beliau mengatakan demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, yang menimbulkan perbahasan mengenai aktiviti evangelisme dalam negara.

Rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara.

Dr Ariffin kemudiannya mencelah dengan berkata, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City, kena ubah Perlembagaan Pulau Pinang.”

Parti DAP baru-baru ini dilanda kontroversi kerana pendedahan yang membongkar terdapat dakyah Evangelis Kristian dalam agenda politik mereka.

Isu ini timbul setelah seorang pakar akademik kajian politik, Dr Kamarul Yusoff, mendedahkan isi kandungan buku ‘Becoming Hannah’ yang ditulis ahli DAP, Hannah Yeoh merangkap ADUN Subang Jaya dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

SUMBER: MENARA.MY


Monday, June 5, 2017

ANJING DAP SARAWAK MENYINDIR DAN MENGHINA NAMA ALLAHYARHAM TAN SRI ADENAN SATEM!!!



Apabila si Melayu menjadi MACAI atau lebih tepat lagi ANJING DAP, maka gelagatnya lebih tertumpu kepada memperlekeh-lekehkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pemimpin sebangsanya. Seboleh mungkin macai atau anjing DAP itu akan berusaha untuk mengambil hati tuannya dengan memperlihatkan betapa hebatnya dia mengeji kaumnya sendiri.

Lapar pujian!!!

Itulah yang dibuktikan oleh ANJING DAP terkenal dari Sarawak, Aziz Isa yang pernah menjadi calon Batu Kitang pada PRN Sarawak yang lalu yang disokong kuat oleh Hew Kuan Yau sebagai Melayu yang menjadi alat untuk skru Melayu.

Dalam usahanya untuk mengambil hati dan mendapat pujian daripada Chong Chien Jen khususnya, Aziz Isa memilih untuk menghina nama Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Apabila dicadangkan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dinamakan semula sebagai penghormatan kepada bekas Ketua Menteri Sarawak itu, Abdul Aziz Isa yang merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen, secara sinis berkata, DUN Sarawak yang mempunyai kuasa seharusnya menamakan semua tempat di Kuching sempena nama Adenan.

"Memandangkan DUN Sarawak sangat berkuasa sehingga melucutkan kelayakan ADUN Pujut, Dr. Ting (Tiong Choon), DUN Sarawak boleh dinamakan semula sebagai DUN Negeri Adenan Satem dengan hanya mata pen sahaja. Mereka juga boleh menamakan semula Bangunan Sultan Iskandar kepada Bangunan Adenan Satem. Tukar Padang Merdeka kepada Padang Adenan Satem, Jalan Tun Openg kepada Jalan Adenan Satem dan Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub kepada Jambatan Adenan Satem. Petrajaya juga boleh dinamakan semula sebagai Adenan Jaya dan Brooke Dockyard boleh dinamakan semula sebagai Adenan Satem. Sekolah lamanya, St. Joseph juga boleh dinamakan sebagai Sekolah Adenan Satem.

"Tidak, saya bukanlah bersikap sarkastik. Saya cuma menambah cadangan YB Idris Buang. Dia mahu menukar nama lapangan terbang kepada Adenan Satem. Jadi, mengapa tidak ditukar kesemuanya."

Ini biadap namanya!

Hendak bersikap sarkastik sekalipun, dia tidak perlu berkelakuan bodoh dan biadap seperti itu. Sekiranya tidak bersetuju dengan cadangan penukaran nama itu, katakan sahaja tidak bersetuju dan tidak perlu membawa isu tentang ADUN DAP yang mempunyai dua kewarganegaraan yang telah dilucutkan kelayakannya oleh DUN Sarawak untuk menunjukkan betapa besarnya kepala DAP yang langsung tidak mahu menghormati undang-undang negara ini supaya mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.

Hanya kerana ADUN Pujut itu dari DAP, status kewarganegaraannya pun sudah tidak penting lagi. Mana-mana warganegara asing pun boleh menjadi ADUN di Malaysia kalau menurut DAP asalkan menyokong DAP. Sokongan Aziz Isa kepada Dr. Ting, membuktikan hakikat tersebut.

Pihak Kementerian Dalam Negeri seharusnya mempercepatkan siasatan mereka ke atas bekas ADUN Pujut dari DAP itu. Seandainya benar, dia telah melanggar undang-undang dengan memiliki dua kerakyatan, pihak berkuasa seharusnya membatalkan segera kerakyatan Malaysianya, walaupun itu akan membuatkan dia menjadi warganegara tidak bernegara.

Undang-undang Malaysia secara sah dan terang telah menyatakan, mana-mana rakyat Malaysia yang memiliki kerakyatan asing, maka kerakyatan Malaysianya adalah terbatal secara automatik. Dr. Ting merupakan pemegang kerakyatan Australia dan merupakan salah seorang pengundi di Australia sebelum pulang ke Malaysia untuk menjadi calon DAP bagi DUN Pujut pada PRN lepas.

Hanya tindakan tegas sahaja sahaja yang dapat mengajar keseluruhan DAP bahawa negara ini ada undang-undang dan mereka tidak boleh berbuat sekehendak hati sepertimana yang pernah cuba dilakukan oleh PENGGANAS-PENGGANAS KOMUNIS KALIMANTAN dan PKM di Semenanjung sebelum merdeka dahulu!!!


Sunday, November 29, 2015

INILAH NASIB MELAYU PULAU PINANG... HANYA BERNIAGA PISANG TANPA GANGGU LALU LINTAS, TAPI DIZALIMI PENGUATKUASA MELAYU PULAU PINANG!!!



Melayu di Pulau Pinang hanyalah si pecacai dan tidak ubah seperti Arab di negara haram Zionis Israel.

Itulah gambaran mudah yang boleh diberikan.

Menariknya, anggota-anggota penguatkuasa berpangkat rendah bermajoritikan Melayu manakala Ahli-Ahli Majlis yang berkuasa pula, tidak pernah muncul ke hadapan sekalipun arahan yang dikeluarkan membabitkan orang Melayu.



Peristiwa menyayat hati berlaku di Bukit Mertajam, semalam kalau mengikut kepada laporan media sosial.

Seorang lelaki tua Melayu yang telah bertahun-tahun berjualan pisang, bukan sahaja dizalimi, bahkan barang perniagaannya yang tidak bergerai, tidak juga berlokasi tetap dan tidak mengganggu lalu lintas, telah dirampas untuk dimusnahkan oleh anggota-anggota penguatkuasa MPSP yang keseluruhannya adalah Melayu.



Barangkali terlalu sedih atau terlalu letih mempertahankan barangan jualannya yang tidak beberapa ringgit pun keuntungannya, si lelaki tua Melayu itu pengsan.

Si anak lelakinya terus berang.

Dan akhirnya, si anak lelaki itu melakukan sesuatu yang biasanya digunakan untuk mempertahankan penjawat awam daripada dipersalahkan kerana tidak bersikap kemanusiaan iaitu MENGGANGGU ATAU MENGHALANG PENJAWAT AWAM DARIPADA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB.

Itu situasi yang berlaku di Pulau Pinang... juga di tempat-tempat lain.



Anggota-anggota penguatkuasa PBT tersangat rajin, sangat cekap bertindak, sangat pantas dan sangat berpegang teguh kepada buku undang-undang, kalau 'mangsa' mereka adalah Melayu-Bumiputera. Tetapi bertukar menjadi kelu, bisu, buta, tidak sensitif dan langsung tidak faham undang-undang apabila membabitkan bukan Melayu-Bumiputera yang terlibat.

Pak cik penjual pisang itu barangkali tidak berlesen, tidak berpermit dan pemilik bangunan pula tidak senang hati, jijik dan berasa geli melihat seorang lelaki Melayu berjualan pisang di kaki lima bangunannya lantas memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa.

Namun apa salahnya kalau pak cik itu sekadar dihalau, ditunjukkan tempat sepatutnya dia berjualan tanpa mengganggu tokeh-tokeh besar pemilik bangunan dan kakilima. Berapa sen sangatlah jualan pisangnya berbanding dimusnahkan untuk memberikan KEPUASAN kepada seragam yang disarung.

Atau sekadar diberikan amaran, saman dan disuruh berpindah sahaja tanpa perlu dirampas barang-barang jualannya.



Menjalankan perintah dan amanah?

Bagaimana pula dengan tempat-tempat lain yang jelas-jelas melanggar undang-undang tetapi tidak diambil tindakan serupa di Pulau Pinang?

Tidak malukah Melayu-Melayu yang menyarung seragam anggota penguatkuasa tetapi gagal menggunapakai otak dan kewarasan mereka?


 
Blogger Templates