Dia
selalu ingat dan selalu fikir, sebagai peguam apatah lagi sebagai pengasas LAWYERS FOR LIBERTY yang
sangat pro-Pakatan Rakyat, dia
bebas menyuarakan
dan bercakap
apa-apa sahaja. Apatah
lagi didokongi
pula oleh gerakan yang mahu memusnahkan Islam
dan sentiasa melabelkan Islam
sebagai terroris
dan penjenayah, menjadikan Eric Paulsen menganggap dia
sangat terlindung untuk sebarang kenyataan yang dikeluarkannya.
Semalam, Eric Paulsen yang sebelum ini
melakukan serangan
ke atas Islam
dengan menyifatkan Islam
sebagai agama penjenayah,
telah mengeluarkan satu
lagi kenyataan
menerusi Twitter yang menganggap, Solat Jumaat
dan Khutbah Jumaat
sebagai SARANG PEMBIAKAN TERRORISME.
Ini bukan kenyataan kali pertama yang dibuat oleh Eric Paulsen. Eric Paulsen pernah mengeluarkan kenyataan menghina Hudud dan kalimah ALLAH serta peranan serta kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong. (
BACA DI SINI)
Jumaat lalu, Eric Paulsen sekali lagi mencabar umat Islam dan pihak berkuasa di negara ini apabila menyifatkan Solat Jumaat dan Khutbah Jumaat sebagai instrumen untuk membiakkan ekstrimisme dan terroris.
Agak aneh cara pemikiran manusia seperti Eric Paulsen apabila penghinaan ke atas agama dan umat Islam, disifatkan sebagai KEBEBASAN BERSUARA, KEBEBASAN HAK ASASI MANUSIA mahupun KEBEBASAN BERMAKLUMAT. Tetapi apabila perkara yang sama dilakukan oleh golongan Islam ke atas umat Islam, hanya dua perkara yang dsebut iaitu TERRORISME dan EKSTRIMIST.
Boleh jadi juga, Eric Paulsen yang merupakan seorang penyokong tegar PKR terlupa atau sengaja buat-buat lupa yang Malaysia adalah sebuah negara majoriti penduduknya adalah Islam. Justeru, majoriti penduduk dan rakyatnya mahukan Islam sebagai sesuatu yang rasmi, sekaligus
menolak idea seperti yang dimahukan oleh Eric Paulsen.
Ternyata, kenyataan subversif yang dikeluarkan oleh Eric Paulsen telah mendapat reaksi daripada Ketua Polis Negara yang melihatnya sebagai satu asas penting untuk disumbat dengan menggunakan AKTA HASUTAN!!!