Tapi nampaknya, Tun Dr. Mahathir yang mahu Melayu jadi mudah pelupa. Tun Mahathir seperti sengaja menjahanamkan dirinya untuk generasi muda menyalahkannya dan melupakan jasa-jasa besarnya dalam membina negara ini, menerusi tindak tanduknya sendiri yang menyebabkan lebih banyak kegagalannya sepanjang 22 tahun pentadbirannya, dikorek dan diselak. Malah lebih teruk lagi, menyebabkan semakin ramai yang menyalahkannya kerana menjadikan Malaysia sebagai LUBUK KAPITALIS yang membuat duit pada setiap masa menerusi kontrak dan perjanjian berat sebelah yang akhirnya memaksa pula kerajaan mengenakan dan menaikkan cukai kepada rakyat.
Ura-ura kenaikan kadar tol melibatkan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya bertol di Lembah Kelang atau Selangor khususnya termasuklah syarikat konsensi Selangor yang memperolehi konsesi ke atas Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, telah diperkatakan seawal-awalnya bulan Jun lalu.
Bagaimanapun, isu kenaikan tol pada waktu itu, dikelabukan dengan isu penyingkiran atau penggubahan Kabinet Malaysia. Justeru, ia tidaklah begitu dibisingkan selain daripada beberapa nama dalam Kabinet yang akan digugurkan dan ditukar.
Jun 12, Tun Mahathir dalam satu sindiran tajam, kerajaan Najib besar kemungkinan akan menaikkan kadar tol pada Ogos kerana berkemungkinan GST tidak mencukupi untuk membayar segala hutang piutang yang sudah tentu dimaksudkannya adalah 1MDB. (RUJUK SINI)
16 lebuhraya dilaporkan akan menaikkan kadar tol mereka. Bagaimanapun, ramai yang melihat kenaikan tersebut sebagai masalah kerajaan semasa, bukannya masalah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu yang telah meletakkan nilai perlindungan besar sehinggakan perjanjian tersebut hanya memihak kepada syarikat-syarikat konsesi bukannya kepada rakyat.
Kesemua lebuhraya bertol tersebut mempunyai tempoh konsesi dan persetujuan tentang kenaikan kadar tol semasa mereka diberikan lesen besar untuk menghirup darah rakyat Malaysia. Mana-mana kerajaan yang mewarisi kerajaan yang lepas, sama ada ianya melibatkan UMNO atau pun pembangkang sekarang ini, terpaksa akur dengan kontrak dan perjanjian yang telah ditandatangani. Kerajaan hari ini mewarisi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
Itu adalah kepastian kecuali pembinaan lebuhraya-lebuhraya atau laluan bertol baru seperti Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan lebuhraya yang melupuskan kawasan tadahan hujan di Selangor, yang sedang dalam pembinaan sekarang, yang terhasil daripada kerajaan negeri masakini.
Di bawah Pentadbiran Najib Abdul Razak, lebuhraya yang dibina adalah Pan Borneo yang pembinaannya adalah melibatkan 1MDB dan BEBAS TOL!
Dan di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak jugalah, kadar tol PLUS serta beberapa lebuhraya berkaitan PLUS, masih mengekalkan kadar tol lamanya walaupun dari semasa ke semasa, penyelanggaraan dan pembaikian dilakukan secara berkala.
Pentadbiran Najib tidak mempunyai sebarang pilihan tetapi terpaksa menuruti tuntutan menaikkan kadar tol KERANA PERJANJIAN dan kontrak yang telah dimeterai sebelum pentadbiranya atau kerajaan Najib perlu membayar sejumlah besar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut menggunakan wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk memajukan kawasan luar bandar, berbanding kawasan bandar yang sudah tentu tidak akan memenangkan UMNO dan BN.
Sebenarnya, hakikat ini perlu dihadamkan. Tidak ada sebarang kenaikan tol (selain Johor Causeway) yang telah dinaikkan ketika pentadbiran Najib dan kali terakhir kenaikan kadar tol adalah pada tahun 2007.
Sebaliknya, Kerajaan Najib telah memberikan subsidi bagi menghalang kenaikan kadar tol oleh operator-operator swasta.
Pada 2011, Kerajaan Najib telah mengambil langkah drastik dengan menjadikan operator lebuhraya tol terbesar negar, PLUS menjadi hak Kementerian Kewangan (51%) dan KWSP (49%).
Pada 2012, kesemua kadar tol lebuhraya PLUS telah dirunding semula dan hasilnya, tiada sebarang kenaikan tol. Inilah puncanya mengapa lebuhraya-lebuhraya milik PLUS tidak berada dalam senarai 16 lebuhraya yang kadar tolnya dinaikkan.
Sindiran Tun Mahathir itu sebenarnya tidak lebih daripada salah satu iltizamnya untuk melihat Najib dan pentadbirannya terus dihentam dan dijatuhkan, walaupun pada masa yang sama, ramai yang tahu bahawa kesemua konsesi dan kontrak serta keistimewaan menjana pendapatan lumayan daripada perniagaan lebuhraya berlaku pada zaman pentadbirannya sepanjang 22 tahun.
Tidak salah jikalau rakyat turut menyumbang dan berkorban untuk negara, tetapi apabila pihak yang memperolehi laba terus-menerus melakukan desakan agar kekayaan dan kemewahan mereka terus menggunung, manakala rakyat pula semakin ikat perut, ia adalah satu kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan.
Bagaimana pihak yang mengaturkan agar rakyat terus membayar kekayaan dan kemewahan syarikat-syarikat konsesi tersebut, boleh pula menyalahkan pihak lain yang kononnya memaksa rakyat, sedangkan KEISTIMEWAAN itu telah diberikan ketika perjanjian dan kontrak ditandatangani, manakala pewarisnya pula terpaksa akur dengan segala perjanjian dan kontrak pada zamannya.
Usaha-usaha untuk mengambilalih konsensi, biasanya akan mengakibatkan kempen menjatuhkan pemimpin sedia ada sepertimana yang berlaku dalam isu IPP tenaga sehinggakan wujud pula konspirasi antarabangsa sepertimana yang terkandung dalam transkrip perbualan WhatsApp melibatkan Claire Rewcastle-Brown, Xavier Justo, Ong Kay Tat dan beberapa orang yang lain, di mana nama Tun Mahathir dan beberapa orang lain termasuklah Nurul Izzah dan Tony Pua juga disebutkan.
Tidak adil untuk Tun Mahathir dan para pengikutnya memperolok-olokkan Najib sedangkan kesemua konsesi tol tersebut dimiliki oleh syarikat-syarikat konsesi swasta yang dianugerahkan semasa dia masih menjadi Perdana Menteri, sedangkan Najib pula cuba mengurangkan penderitaan rakyat menerusi pembayaran tol berlebihan hasil legasi kepimpinan Tun Dr. Mahathir dengan cuba mempertahankan kenaikan kadar tol saban tahun sebagaimana yang dituntut oleh syarikat-syarikat tersebut, termasuklah membeli kembali lebuhraya sepertimana yang dilakukan ke atas PLUS.
Kredit harus diberikan tetapi sindiran Tun itu adalah sesuatu yang melampau.
Sebarang kenaikan kadar tol, tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyalahkan pentadbiran Najib memandangkan masalah ini telah dicipta bertahun-tahun sebelum dia naik jadi Perdana Menteri Malaysia.
JASA-JASA TUN MAHATHIR kepada negara ini sangat besar. Justeru, golongan yang cuba mempergunakan Mahathir untuk kepentingan perut mereka, seharusnya mengasihani orang tua itu dengan mengelakkannya daripada terus dipersalahkan dan legasinya terus dilaknati. Jangan fikir, apa yang dilakukannya sepanjang 22 tahun dahulu, menjadi SILHOUETTE yang mudah dilupakan.
Sekarang bukan lagi zaman dahulu. Dasar Langit Terbuka yang Tun sendiri perkenalkan dan majukan jugalah yang mendedahkan segala kesilapan pentadbirannya yang terpaksa ditanggung oleh keseluruhan rakyat Malaysia, baik yang menyokong UMNO-BN mahupun yang tegar menyokong DAP-Pakatan.