Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label tun dr. mahathir. Show all posts
Showing posts with label tun dr. mahathir. Show all posts

Thursday, December 19, 2019

KL SUMMIT 2019: BUKAN SETAKAT DIMALUKAN TAPI BUKTI MAHATHIR DIANGGAP JIJIK DAN HINA!!!



Kenyataan keras OIC terhadap KL Summit 2019 yang cuba diwujudkan oleh Mahathir dan Kerajaan Pakatan Harapan, sekaligus memberikan gambaran keparahan ekonomi, kewangan dan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Negara-Negara Islam sendiri.

Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang berperdanamenterikan Mahathir, telah mengambil langkah besar dan drastik bermula dengan mencetuskan kontroversi dan polemik dalam hubungan diplomatik dengan Arab Saudi terutama apabila Mahathir cuba mengalihkan perhatian kepada Qatar, Iran dan Turki.

Seolah-olah berdendam kerana RM2.6 bilion yang didermakan oleh Raja Arab Saudi kepada Najib dan diejek pula oleh Mahathir sebagai 'Arab Gila', namun ketika di mahkamah, Peguam Negara terkulat-kulat dan tidak berani mempertikaikan surat serta money trail dari Arab Saudi ke dalam akaun peribadi Najib, sebaliknya cuba mengabaikan surat tersebut dan enggan menerimanya sebagai bukti. (RUJUK SINI)

Berbekalkan propaganda kononnya Mahathir adalah pejuang Islam dan tokoh negarawan Islam yang hebat, KL Summit 2019 dipersembahkan kepada dunia, khususnya Negara-Negara Islam.



56 pemimpin-pemimpin utama Negara Islam dijemput ke KL Summit 2019. KL Summit 2019 digambarkan sebagai satu lagi blok alternatif terhadap OIC yang turut diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama (RUJUK SINI) dan kini dikatakan sebagai berada di bawah cengkaman kepimpinan defacto Arab Saudi. Apatah lagi, Mahathir dalam kenyataannya mengatakan, KL Summit 2019 adalah untuk membincangkan isu-isu Palestin selain memperbaiki kehidupan umat Islam - perkara yang sama yang dibincangkan dalam setiap pertemuan dan persidangan Negara-Negara OIC (RUJUK SINI) dan (SINI)

Selepas 'kata dua' yang diberikan oleh Raja Salman, Mahathir kemudiannya menafikan yang KL Summit 2019 hendak menggantikan OIC. Malah Mahathir semakin mengendurkan keangkuhannya apabila daripada 56 orang pemimpin Negara-Negara Islam yang dijemput itu, hanya 4 orang sahaja yang akan hadir.


Dan apabila benar-benar hadir, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang dijemput sendiri oleh Mahathir, malahan dijanjikan pelaburan 1 bilion selain pembukaan kilang Proton di Pakistan, juga membatalkan kehadiran pada saat-saat akhir kerana lebih mendengar cakap Raja Arab Saudi berbanding terpedaya dengan pujukan Mahathir.

Akhirnya yang sampai cumalah Perdana Menteri Turki, Presiden Iran dan Emir Qatar. Itu pun masa majlis makan malam, Erdogan dan isterinya hilang untuk sama-sama makan malam bersama-sama Anwar Ibrahim dan isterinya di Kedutaan Turki!

Mahathir ketika ditanya tentang pembatalan kehadiran oleh Imran Khan cuba menafikan yang Imran Khan lebih mementingkan hubungan negaranya dengan Arab Saudi berbanding Malaysia. Arab Saudi merupakan antara penyumbang kewangan terbesar kepada Pakistan. Sebaliknya nada merajuk dikeluarkan oleh Mahathir ialah, 'tiada paksaan jikalau tidak dapat hadir'. (RUJUK SINI)


Pada 21 November 2019, Mahathir berkata, lima buah negara iaitu TURKI, QATAR, INDONESIA, IRAN dan MALAYSIA - akan menjadi pengasas kepada satu blok baru yang bertindak sebagai alternatif kepada OIC. (RUJUK SINI)

Namun sehinggalah ucapan pembukaan dibuat malam tadi, kelibat Presiden Indonesia, Jokowi yang baru dilantik semula sebagai Presiden Indonesia, tidak kelihatan. Jokowi dijemput sendiri oleh Menteri Luar Malaysia, Saifuddin Abdullah. Begitu juga dengan Imran Khan yang dijemput sendiri oleh Mahathir.

Secara mudah, Mahathir sebenarnya hendak mengundang Raja Salman datang ke Malaysia untuk menunjukkan dia juga tidak kurang hebat berbanding Najib. Sekaligus dia mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi pembolehubah kepimpinan Islam menerusi KL Summit 2019.

Bagaimanapun, Raja Salman awal-awal lagi telah menolak kehadiran ke KL Summit 2019. Lebih malang lagi bila Raja Salman berkata, perbincangan membabitkan permasalahan umat Islam sejagat lebih wajar dibincangkan di bawah OIC bukannya KL Summit.


Mahathir lebih malu besar apabila dua negara Islam terbesar iaitu Arab Saudi dan Pakistan, enggan hadir ke KL Summit. Lebih malu lagi ialah apabila Indonesia yang berada paling hampir dengan Malaysia juga tidak hadir. Jemputan-jemputan kepada pemimpin-pemimpin Islam tempatan seperti Hadi Awang, Shahril Samad bagi memenuhkan kerusi kosong juga nampaknya tidak bersahut.

Umum dapat melihat bagaimana Mahathir sebenarnya sedang tersepit. Walaupun Iran dan Qatar yang merupakan dua buah negara 'musuh' Arab Saudi bersedia untuk menjadikan Malaysia sebagai sekutu mereka, tetapi keupayaan kedua-dua negara tersebut agak terbatas terutama apabila membabitkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang lebih berpengaruh seperti Amerika Syarikat, China dan Russia.

Selain RM2.6 bilion yang bukan sahaja diperemehkan, dihina dan dikatakan 'Arab Gila', turut menjadi bengkak bisul Arab Saudi ialah apabila Islamic Centre yang sepatutnya berpengkalan di Putrajaya pada zaman Najib dahulu, telah dibatalkan oleh pentadbiran Pakatan sebaik-baik sahaja mereka berjaya mengambilalih Putrajaya.


Berita-berita tentang kehebatan Mahathir dan rejimnya menekan serta cuba menganiaya Najib Abdul Razak, mudah dapat diperolehi daripada portal-portal berita antarabangsa dan mungkin telah dibaca oleh Raja Salman serta Kerajaan Arab Saudi. Apatah lagi keterujaan Kementerian Kewangan dan Kerajaan Pakatan meruntuhkan semua instrumen kewangan dan ekonomi umat Islam seperti Tabung Haji, FELDA, LTAT, PNB, dan sebagainya, turut diperkatakan secara terbuka, termasuklah oleh Nikkei yang berpengaruh di Jepun.

Bloomberg sendiri menggelarkan kejatuhan teruk pasaran bursa Malaysia sebagai 'MAHATHIR'S SLUMP' sekaligus ia merupakan satu penghinaan besar kepada Perdana Menteri Malaysia yang dianggap super genius itu. (RUJUK SINI)

Mahathir mungkin cuba membuktikan yang konon-kononnya dia sangat berpengaruh. Konon-kononnya dia tidak mungkin boleh ditolak oleh mana-mana pemimpin Negara Islam. Namun apa yang berlaku, akhirnya cukup memalukan.

Untuk pengetahuan, kebanyakan yang hadir di KL Summit 2019 bukanlah pemimpin-pemimpin tetapi hanyalah penasihat-penasihat dan mereka yang dikatakan 'bijak pandai' (Advisor and Intellectual) dari negara masing-masing. Sekaligus menunjukkan objektif penganjuran tersebut telah lari dari matlamatnya. Dan kehadiran penasihat serta bijak pandai tersebut sekadar untuk memenuhi kerusi-kerusi kosong atas biaya dari wang cukai rakyat Malaysia!



Wednesday, June 21, 2017

AKHIRNYA CITA-CITA LIM KIT SIANG UNTUK PENUBUHAN RCI FOREX TERTUNAI!!!


 

Idea dan tuntutan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kerugian besar negara dan Bank Negara kerana urusniaga FOREX pada pertengahan 90-an datangnya daripada Lim Kit Siang.

Zaman Mahathir, semua desakan tersebut dibakulsampahkan sehingga tak ramai generasi muda sekarang yang tahu Malaysia telah dibankrapkan oleh Mahathir dan percaya kononnya itu adalah perbuatan George Soros bukannya akibat kegemaran Mahathir berjudi dengan wang negara.

Akhirnya di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, cita-cita, desakan dan tekanan Lim Kit Siang agar diwujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kerugian yang bernilai lebih RM10.1 bilion itu, dituruti.

Kita dengarlah pula lepas ni apa lagi temberang Mahathir dan siapa pula yang dia akan salahkan?

Rosmah dan Jho Lo juga yang salah ke?


Monday, June 19, 2017

PENDEDAHAN MENGAPA DOJ BUAT PENGUMUMAN KALI KEDUA YANG KEMUDIAN DIKAITKAN DENGAN NAJIB-ROSMAH OLEH PENYOKONG PAKATUN!!!



Minggu ini adalah minggu terakhir berpuasa. Bermakna, dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi, wargakota akan berpusu-pusu pulang ke kampung untuk sama-sama merayakan Aidil Fitri bersama ibu bapa dan sanak saudara di kampung. Walaupun Bandaraya Kuala Lumpur mahupun bandar-bandar besar lain di seluruh Malaysia tidak akan lengang, tetapi semua tumpuan akan dihalakan ke kampung-kampung termasuklah yang bukan Islam pun, akan mengambil kesempatan untuk bercuti dan bersama-sama kaum keluarga.

Seperti biasa, apabila sudah berkumpul, maka perbualan akan banyak berkisar tentang gosip dan cerita-cerita sensasi.

Itulah sebenarnya antara motif sebenar mengapa DOJ 'diarahkan' membuat pengumuman kedua tentang 1MDB yang kemudian persepsi akan disediakan oleh para pemimpin pembangkang, khususnya oleh Dr. Mahathir dalam tempoh beberapa hari ini sehinggalah wargakota beramai-ramai berkumpul bersama sanak saudara.

Persepsinya ialah, Najib dan Rosmah Mansor akan didakwa atas tuduhan jenayah dan bakal ditangkap di Amerika Syarikat... siaran ulangan dakwaan tahun lepas walaupun berkali-kali Najib dan Rosmah ke Amerika Syarikat, termasuklah bertemu dan bersama-sama Presiden Amerika Syarikat tanpa ada FBI, CIA, National Security, Pengawal Negara, Coast Guard dan sebagainya menangkap serta memberkas Najib dan Rosmah untuk dihumban ke penjara di Amerika Syarikat.

Sama seperti dalam pengumuman DOJ yang pertama pada tahun lepas yang dikaitkan dengan 1MDB, pengumuman terbaharu pada tahun ini juga tidak menyebut nama Najib dan Rosmah walaupun turut disenaraikan adalah barangan kemas yang bernilai jutaan ringgit yang dikaitkan dengan Rosmah. Walau bagaimanapun, barangan kemas yang diperkatakan itu juga tidak tersenarai dalam aset yang akan disita di bawah KARI (Kleptomacy Recovery Initiative) Amerika Syarikat.

DOJ masih lagi dalam peringkat menfailkan saman sivil tetapi pecacai pembangkang di Malaysia sudah pun lebih maju dengan mengatakan, sudah ada pendakwaan. Perkataan 'PENDAKWAAN' itulah yang akan dipopularkan dan ditanam dalam minda warga kota untuk disembangkan dan digosipkan di kampung nanti.

Secara praktikalnya, isu 1MDB sebenarnya sudah basi. Hujah Mahathir kononnya 1MDB kehilangan RM42 bilion kerana dikebas telah terbukti salah. Mahathir dan para penyokongnya enggan menerima hakikat, mereka sudah kalah dengan memperbaharui tuduhan kononnya 1MDB kehilangan lebih RM50 bilion pula. Dan untuk memperkukuhkan hujahnya supaya lebih sensasi, Mahathir mengatakan, sekiranya Najib dan Rosmah ke luar negara, sudah pastilah pasangan itu akan ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Sebenarnya Mahathir dengan bantuan DAP dan PKR amat berharap isu 1MDB akan membunuh Najib. Apabila Mahathir mula menyerang pada Disember 2014, Najib dikatakan tidak akan mampu bertahan lebih dari 6 bulan. Januari 2015, Najib memberikan reaksinya tanpa melalui perkataan sebaliknya dengan tindakan apabila meletakkan Arul Kanda Kandasamy untuk mengetuai 1MDB, sekaligus melakukan rasionalisasi dan penstrukturan semula perancangan hutang dan mebentangkannya kepada kabinet untuk mendapat kelulusan.

Mahathir kalah pada pusingan pertama!


Julai 2015, Mahathir merancang satu rampasan kuasa. Semasa mesyuarat Kabinet 29 Julai 2015, polis, SPRM dan Peguam Negara dirancang untuk menunggu di luar bilik mesyuarat dan Timbalan Perdana Menteri waktu itu akan memberi dua pilihan kepada Najib iaitu meletak jawatan atau polis, SPRM dan Peguam Negara akan dijemput masuk ke dalam bilik mesyuarat untuk memberkas Najib.

Sebelum itu, kertas pendakwaan telah pun disiapkan yang akan ditunjukkan kepada Najib dan sekiranya Najib enggan, dia akan dipaksa untuk menyerah kalah. Kertas pendakwaan itu turut dibocorkan kepada Sarawak Report bagi mendapatkan perhatian orang ramai sebelum langkah menyingkirkan Najib dilakukan. Kemudian, mereka menafikannya dan berkata kertas pendakwaan tersebut adalah palsu dan laporan polis dibuat terhadap pemalsuan tersebut.

Sehari sebelum rancangan yang diatur dilaksanakan iaitu pada 28 Julai 2015, Najib menyingkirkan Muhyiddin Yassin dan menggantikannya dengan Ahmad Zahid Hamidi. Mahathir terperanjat dengan langkah drastik Najib. Sehari sebelum itu iaitu pada 27 Julai 2015, Najib menyingkirkan Peguam Negara Ghani Patail. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menyebelahi Najib menyebabkan Clare Rewcastle-Brown menerusi Sarawak Report, bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Khalid Abu Bakar pula.


29 Julai 2015, hari di mana Najib sepatutnya digiring dengan tangan bergari ke penjara, menjadi hari kegagalan besar Dr. Mahathir dan pasukannya walaupun mendapat bantuan daripada '6 orang Tan Sri'. Mahathir mencuba lagi tiga bulan kemudian iaitu pada Oktober dengan undi tidak percaya di Parlimen dan dua bulan kemudian, satu lagi rancangan menjatuhkan Najib menerusi Perhimpunan Agung UMNO pada Disember tahun yang sama.

Mahathir kalah lagi untuk pusingan kedua dan ketiga!

Pada masa yang sama, 1MDB semakin pulih. Arul Kanda mengotakan janjikan yang dibuatnya kepada Kabinet sebelum itu. 1MDB hanyalah senjata tumpul untuk menjatuhkan Najib. Dan pada ketika inilah, Mahathir dan orang-orangnya mula terlibat dengan Kerajaan asing.

Sebelum itu, semua tahu yang hubungan Anwar Ibrahim sangat hebat. Anwar Ibrahim sebelum ini merupakan aset terhebat Amerika Syarikat di Malaysia apabila dia membuat cubaan menggulingkan Mahathir yang mahu disingkirkan oleh Amerika Syarikat.


Anwar Ibrahim diketahui memperolehi pembiayaan dana yang sangat besar dari Amerika Syarikat menerusi pelbagai sumber termasuklah daripada George Soros. Memandangkan Anwar Ibrahim berada di penjara, Mahathir menggunakan orang-orang Anwar seperti Cynthia Gabriel untuk berurusan dengan pihak Amerika Syarikat. Mahathir kemudian menghantar orang-orangnya seperti Matthias Chang, Khairuddin Abu Hasssan, dan termasuklah 3 orang Tan Sri untuk bertemu dengan DOJ bagi membincangkan kaedah terbaik menggulingkan Najib.

Pada 20 Julai 2016, DOJ yang terpalit dengan skandal e-mail Hillary Clinton menerusi Yayasan Clinton, membuat pengumuman tentang bentuk tindakan yang akan diambil terhadap beberapa pihak yang ada kaitan dengan 1MDB. Isu 1MDB kembali hidup.

Ketika itulah, Mahathir mengarahkan Daim Zainuddin dan Kadir Jasin untuk mencanangkan isu tersebut dengan mengadakan beberapa siri sidang media di Malaysia dan di Jakarta. Bagaimanapun, Daim dan Kadir gagal dan urusan tersebut tidak dapat momentum yang dihajati oleh Mahathir.

Mahathir terpaksa memikirkan kaedah yang lain. Kali ini dia menggunakan Cynthia Gabriel, Matthias Chang, Sivarasa Rasiah dan Clare Rewcastle Brown untuk mengendalikan situasi tersebut. Atau dengan kata lain, Mahathir sudah hilang kepercayaan terhadap Kadir Jasin dan Daim Zainuddin.

Sivarasa dan Matthias kemudian menderaf Verified Complaint for Forfeiture yang kemudian diserahkan oleh Cynthia Gabrial kepada Sandra Brown, pemangku Pendakwaraya Amerika Syarikat bagi Wilayah Pusat California.


Hasilnya ialah pengumuman yang dibuat oleh DOJ dua hari lepas. Tepat pada masanya, isu tersebut akan menjadi perbualan hangat sepanjang musim cuti Hari Raya. Dan Mahathir amat berharap, ia akan menjadi gosip hangat manakala Anwar Ibrahim pula amat berharap, orang ramai akan membincangkan tentang RM9.5 juta yang dikatakan diberikan oleh Najib kepada Shafee Abdullah untuk memastikan dia dipenjarakan atas tuduhan jenayah liwat.

Jangkaan Mahathir ialah, Najib akan membubarkan Parlimen selepas Hari Raya iaitu sekitar bulan Ogos. Dengan itu, pengumuman DOJ itu tepat pada masanya. Sekiranya, PRU tidak diadakan pada Ogos nanti, sebaliknya akan diadakan pada tahun hadapan, DOJ akan diminta untuk membuat pengumuman buat kali ketiga atas isu dan sebab-sebab yang sama.

Pastinya kita masih ingat bagaimana Cynthia Gabriel terlibat dengan siri sidang media tahun lepas selepas dia mengadakan pertemuan dengan peguam Perancis beberapa tahun lepas. Cynthia Gabriel dan pasukan sokongannya sentiasa memberitahu rakyat Malaysia bahawa perbicaraan akan diadakan di Paris dan polis Perancis sudah bersedia untuk memberikan sapina kepada Najib untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Akhirnya terbukti, ia adalah karut dan isu tersebut sebenarnya adalah fitnah. Tidak ada perbicaraan dan pihak berkuasa Perancis tidak menghantar sebarang sapina kepada Najib sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya mahkamah meminta polis untuk menyiasat aduan SUARAM, bukannya menyiasat Najib. Malahan, laporan yang dihantar oleh polis kepada mahkamah menunjukkan mereka tidak berminat langsung untuk menyiasat Najib.

Cynthia Gabriel telah terbukti menipu dalam pusingan pertama. Dia juga menipu kepada mahkamah Perancis apabila locus standi SUARAM dipersoalkan dan dia memberitahu mahkamah kononnya SUARAM adalah NGO antarabangsa sedangkan ianya hanyalah sebuah syarikat berdaftar dengan Pendaftar Syarikat-Syarikat Malaysia sahaja.

Nampak gayanya Mahathir akan kalah lagi pada pusingan berikutnya!

SUMBER: MALAYSIA TODAY


Wednesday, May 17, 2017

MAHATHIR MARAH PAS AKAN MENANGKAN UMNO PADA PRU-14 NANTI, BUKAN MENANGKAN DAP!!!



Tidak puas hati setelah menyerang PAS menerusi tulisan di blognya, semalam Mahathir mengulangi perkara ayat-ayat yang sama semasa berceramah dalam Program Semarak Cap Bunga di Kubang Pasu. Keengganan PAS untuk mendengar dan akur dengan kehendaknya, benar-benar membangkitkan kemarahan Mahathir.

PAS sebelum ini telah membuat keputusan untuk menjarakkan diri daripada Pakatan pembangkang. Namun bagi Mahathir, keputusan PAS itu hanya akan mengurangkan undi Melayu dan akan memberikan kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional. 

Mungkin Mahathir terlupa bahawa PAS sudah biasa dengan kekalahan. Penyertaan PAS dalam PRU, lebih banyak kalah berbanding menang semenjak tahun PRU pertama tahun 1955 lagi. Dan pengalaman PAS sebagai petanding SOLO, jauh lebih lama berbanding DAP yang digilai oleh Mahathir sekarang ini. 

Kata Mahathir, sama ada PAS bekerjasama atau tidak dengan UMNO, penyertaan PAS dalam PRU akan mengurangkan sokongan kepada Pakatan Harapan dan PAS sendiri. Pakatan dan PAS akan kalah, kata Mahathir. Sebaliknya yang akan menang adalah BN. 

"Itulah sebenarnya matlamat PAS. Mereka berjuang bukan untuk bangsa atau agama, tetapi untuk melemahkan Melayu," kata Mahathir di dalam blognya.


Mahathir barangkali masih lagi terbuai dengan kenangan silam ketika PAS merupakan musuh utama UMNO-BN sepanjang dia menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri. Mahathir tidak dapat menerima hakikat, PAS sekarang lebih 'mesra' dengan UMNO di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak terutama selepas Mahathir dan anaknya keluar atau disingkirkan dari parti.

Mahathir mempersoalkan 'kejayaan' PAS sepanjang kewujudan parti itu. Mahathir mempersoalkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PAS hasil daripada penyertaan dalam pakatan dan selepas keluar pakatan. Bagaimanapun, Mahathir langsung tidak menyebut tentang jumlah kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR sebelum dan selepas dibantu oleh PAS.

Apabila PAS didaftarkan secara rasmi pada 1951, proses demokrasi di negara ini sudah pun bermula setelah parti-parti lain sebelum itu - kecuali UMNO - diharamkan oleh British. PAS merupakan imbangan kepada UMNO yang pada waktu itu dikuasai oleh kelompok feudal yang bercakap tentang rakyat tetapi kehidupan mereka tidak seperti rakyat kebanyakan waktu itu, termasuklah Mahathir sendiri.

Demokrasi itu sendiri adalah memecahkan kelompok majoriti menjadi minoriti. Pakatan seperti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional perlu dibentuk dengan menggabungkan parti-parti politik yang berasaskan kaum, agama, fikrah mahupun kepercayaan sosial, dalam satu kelompok besar yang kemudian akan diketuai oleh pihak yang lebih berperancangan strategik sama ada dari segi logistik mahupun dari segi kekuatan propaganda.

Dalam Barisan Nasional, yang ulung adalah UMNO. Manakala dalam Pakatan Harapan, yang ketara lebih supremacy adalah DAP, manakala Mahathir dan Cap Bunga pula sekadar menempel dan disuruh bekerja bagi pihak DAP.

Kalau PAS dikatakan hanya memecahkan undi Melayu kepada Pakatan, bagaimana pula dengan kewujudan Cap Bunga yang memecahkan undi Melayu kepada UMNO-BN memandangkan majoriti ahli-ahli serta penyokong Cap Bunga datangnya dari UMNO sendiri?


Kalaupun PAS bekerjasama dengan UMNO pada PRU akan datang, yang tetap akan menjadi Perdana Menteri dan tunjang Kerajaan Persekutuan adalah UMNO, sedangkan menyokong, memangkah mahupun beriya-iya membenarkan kata-kata Mahathir, hanyalah sekadar untuk mengukuhkan kedudukan DAP yang sudah pun membuat ketetapan mereka akan bertanding di 75 kerusi Parlimen yang 'putih' dan 'kelabu' pengundi-pengundi Cina.

Atau dalam bahasa yang lebih tepat, daripada 75 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP, sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen sudah berada dalam genggaman. Baki 162 kerusi Parlimen yang lain akan dibahagi-bahagikan antara Cap Bunga, PKR, PAN dan Warisan Sabah. 

Cap Bunga sudah tentu tidak akan bertanding di Sabah kerana 25 kerusi Parlimennya sudah pasti akan dibahagi-bahagikan antara PKR, DAP dan Warisan. Begitu juga dengan 31 kerusi Parlimen Sarawak, Cap Bunga tidak akan mempunyai peluang untuk bertanding di negeri itu kerana rekod buruk Mahathir sendiri. 

PAS menangkan UMNO atau sebenarnya Cap Bunga dan Mahathir yang mahu menangkan DAP?

Friday, May 12, 2017

LHDN RAMPAS WANG RM126 JUTA MILIK KAWAN BAIK MAHATHIR SEBAB LARI CUKAI!!!!



Antara sebab utama Mahathir mahu menggulingkan Najib dan UMNO adalah kerana kepentingan dan keuntungan kroni serta proksinya telah dicantas dan diganggu oleh Najib.

Mahathir pernah mengadu memohon simpati daripada para penyokongnya, kawan-kawannya tentang ramai kawan-kawannya yang 'diganggu' oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. (LHDN)

Bagi Mahathir, kawan-kawannya tidak boleh disentuh dan diganggu langsung. Mereka adalah kelompok istimewa yang bukan sahaja mendapat pelbagai keistimewaan yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia malahan rakyat Malaysia perlu menanggung dan memastikan mereka sentiasa untung besar.

Salah seorang kawan baik Mahathir yang juga rakan kongsinya dalam syarikat jet selain merupakan salah seorang dalam kelompok SUPER BUMIPUTERA ciptaan Mahathir adalah Lee Kim Yew ( Tan Sri).

Lee Kim Yew terkenal kerana pemilikannya ke atas kawasan perumahan mewah Country Height. Dia juga terkenal kerana kerap meminjamkan jet peribadi mewahnya kepada Mahathir.

LHDN telah menyita wang milik Pengerusi Eksekutif Country Heights merangkap pemilik saham terbesar, Lee Kim Yew bernilai RM126 juta!

RM126 juta adalah cukai, penalti dan faedah kerana cubaan melarikan cukai yang dilakukan oleh Lee Kim Yew. Adalah dipercayai, Lee telah menyimpannya dalam simpanan tetap di sebuah bank milik asing dan mempunyai kaitan dengan cubaan melarikan cukai sebanyak RM22.5 juta oleh anak syarikat milik penuh Country Heights, Country Heights Sdn. Bhd dari tahun 1997 dan 1998.

Lee Kim Yew dalam satu kenyataan menyatakan dia bersetuju LHDN menyita simpanan tetapnya itu untuk penyelesaian cukainya.

Itulah yang sebenarnya diperjuangkan oleh Mahathir di sebalik pelbagai retorik yang cuba ditimbulkannya dan para penyokongnya.

Rakyat bagi Mahathir dan puak-puak dia ialah golongan yang wajib membayar ufti kepada mereka dengan apa cara sekalipun kerana mereka adalah golongan istimewa yang tiada tolok bandingannya di dunia ini!

Itu baru seorang... bagaimana dengan yang lain-lain... yang kuat menyalak kepentingan mereka dirampas oleh Najib?

Tuesday, May 2, 2017

PAS TAK ADA PUN, PAKATAN AKAN MENANG... BUKTINYA, MELAYU RAMAI DATANG DENGAR CERAMAH PAKATAN, KATA MAHATHIR!!!!



Mahathir cuba memujuk hati sendiri sekaligus menenangkan perasaan rakan kongsi barunya, Lim Kit Siang.

Kata Mahathir, Pakatan tak payah pedulikan PAS kerana Pakatan boleh menang tanpa PAS. Malahan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, akan mendapat sokongan lebih ramai Melayu walaupun PAS tidak menjadi balaci DAP lagi seperti dua PRU yang lepas.

Mahathir membuat andaian tersebut berdasarkan ramainya orang Melayu yang datang ke program-program Pakatan. Malahan Mahathir memberitahu, ramai daripada orang Melayu itu adalah ahli-ahli UMNO sendiri yang menyokong kuat Cap Bunga dan Pakatan Harapan. (RUJUK SINI)

Hakikatnya, melihat kepada reaksi dan tutur kata Mahathir yang tidak keruan memperlihatkan kerisauan dan kebimbangannya terhadap egonya yang tercalar.

Selama ini, Mahathir diangkat, disanjung, dipuja, bahkan diidolakan dengan segala perbuatannya dibela oleh orang UMNO. Mahathir sangat percaya, dia adalah penyelamat orang Melayu, khasnya ahli-ahli UMNO walaupun kebanyakan ahli-ahli UMNO terutama golongan yang melihat perkembangan UMNO dari zaman Mahathir mengharamkan UMNO pada tahun 1988 sebelum menubuhkan UMNO Baru untuk legasi kuasanya, pemecatan Anwar Ibrahim, permusuhan peribadi dengan PAS selain sokongan secara diam-diam kepada DAP bagi membolehkan dia muncul sebagai PEJUANG MELAYU yang disanjung-sanjung, Mahathir sentiasa hidup dalam kepompong fantasi.

Kekecewaannya amat jelas setelah dia menggunakan segala-galanya - kecuali kekayaan anak-anaknya - termasuklah pengaruhnya, Najib Abdul Razak masih gagal digulingkan. Bukan itu sahaja, PAS yang merupakan musuh utamanya, pula telah beralih sikap dengan menunjukkan lebih kemesraan dan kerjasama kepada Najib Abdul Razak.

Menggunakan tentera-tentera tuanya yang selama ini tidak tercabar dalam menyebarkan propaganda tentang betapa hebatnya Mahathir di dunia ini, Mahathir lebih banyak tidak berpuas hati sehingga terpaksa mencipta cerita-cerita fantasi sekadar untuk syok sendiri.

Maka apabila dia mengatakan, lebih ramai orang Melayu yang datang untuk mendengar celoteh dan temberang yang dikenali sebagai ceramah Pakatan Harapan, Mahathir sebenarnya sekadar mahu percaya dengan apa yang didengarnya, bukannya percaya dengan apa yang dilihatnya!

Kesian Mahathir... dia sepatutnya sudah benar-benar bersara, bukannya sibuk mahu menjaga dan membela anak-anak, kroni dan proksinya untuk terus mengaut kekayaan negara ini untuk tembolok sendiri!!!




Wednesday, March 22, 2017

CIKAI SUNGGUH DR. MAHATHIR... DIANJING-ANJINGKAN SAHAJA OLEH ANTHONY LOKE!!!



Dr. Mahathir seringkali diberitahu, dia ada aura. Para pemuja dan pentaksubnya memberikan gambaran-gambaran yang sangat super ke atas dirinya. Dialah yang terbijak. Dialah yang terhebat. Dialah yang paling pandai dan dialah segala-galanya.

Dan Mahathir sendiri menerima pujian dan pendewaan tersebut dengan penuh rela, bahkan mempercayainya.

Dia menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Selama 22 tahun, dia mentadbir negara dan UMNO mengikut kehendak dan seleranya. Undang-undang dipergunakan untuk kepentingannya. Siapa yang menentang, pasti akan menerima nasib malang.

Segala kehendaknya dituruti. Apatah lagi dengan sebahagian besar masyarakat Malaysia masih lagi berfikiran feudal yang PEMIMPIN ADALAH SEGALA-GALANYA, memudahkan Mahathir untuk mengatur kedudukannya dalam hierarki pemikiran dan tanggapan rakyat Malaysia.

Namun selepas tidak lagi berkuasa, Mahathir hanya dihormati sebagai bekas Perdana Menteri, bukannya berkuasa seperti Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Malangnya, Mahathir sukar menerima hakikat tersebut. Ditambah pula dengan para pemujanya yang masih menceritakan betapa agungnya Mahathir dan betapa hebatnya Malaysia semasa era pentadbirannya tanpa sedikit pun menceritakan tentang pelbagai masalah yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak dari tahun 1981 sehinggalah 2003 termasuklah penguasaan anak-anak, kaum keluarga serta kroninya dalam merompak dan menjarah harta negara untuk dijadikan hak milik mereka.

Sekarang, Mahathir hanya tinggal nafsu dan cerita-cerita pendewaan daripada para pentaksubnya.

Kerjasama antara Mahathir dengan Lim Kit Siang sebenarnya banyak membuka mata sesetengah pihak, terutama mereka yang pernah menjadi penyokong kuat Mahathir selama ini. Bagi yang rajin mengkaji dan membaca sudah pasti tahu apa yang sebenarnya menyebabkan Mahathir marah dan mahu menggulingkan Najib walaupun pada masa yang sama, alasan yang digunakannya amat klise iaitu MENYELAMATKAN MALAYSIA.

Mahathir mencadangkan agar Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, PAN dan Cap Bunga yang diketuai oleh DAP menggunakan satu logo dan satu slogan pada PRU akan datang. Mahathir berharap, auranya sebagai bekas Perdana Menteri akan membolehkan cadangannya itu diterima dengan senang hati.

Malangnya, Anthony Loke yang merupakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP menolak mentah-mentah cadangan Dr. Mahathir. Anthony Loke menepis dakwaan Dr. Mahathir bahawa kekuatan Barisan Nasional terletak kepada kesepakatan setiap parti komponen termasuklah menggunakan satu logo dan satu slogan. Sebaliknya, menurut Anthony Loke, Pakatan lebih hebat kerana mereka berpegang kepada konsensus iaitu setiap parti dengan hala tuju masing-masing. Majlis Presiden Pakatan hanya akan bermesyuarat untuk mencari jalan menjatuhkan kerajaan dengan kekuatan masing-masing.

Sudahlah nak berdebat pun dengan Nazri Aziz, penolakan cadangan seorang Negarawan seperti Dr. Mahathir pun dibuat oleh pemimpin kelas bawahan rakan sekongkolnya seperti Anthony Loke...

Itu pun tak nampak-nampak lagi yang Mahathir sebenarnya sudah kalah?


Tuesday, March 21, 2017

TAK PAYAH SEMBANG PASAL PATUH UNDANG-UNDANG LA... BAWA SAJALAH DR. MAHATHIR DEBAT DENGAN NAZRI DI PADANG RENGAS 25 MAC NANTI!!!



Perdebatan antara Nazri Aziz dan Dr. Mahathir yang dijangka pada 25 Mac ini, secara undang-undangnya telah terbatal apabila Polis Perak tidak memberikan kebenaran dan permit untuk perhimpunan perbahasan tersebut. 

Dan seperti biasa, para pentaksub dan penyokong Mahathir pun melolong-lolong macam anjing nampak hantu sambil menyorak-nyorak kononnya Nazri takut dan UMNO kecut sehingga perlu menggunakan polis untuk membatalkan perdebatan tersebut. 

Polis Perak memberikan beberapa sebab, termasuklah kelambatan oleh pihak penganjur iaitu Karangkraf (Sinar Harian) walaupun sebelum ini sangat berpengalaman dalam penganjuran sebegini. Selain itu, lokasi perdebatan juga menjadi alasan polis menolak permohonan berkenaan memandangkan premis sekolah tidak dibenarkan bagi tujuan berkenaan. Polis turut menerima bantahan-bantahan secara bertulis iaitu sebanyak 8 bantahan selain laporan polis yang dibuat oleh orang awam dan penduduk sekitar kawasan perhimpunan, sekaligus bantahan daripada orang-orang yang berkepentingan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA)2012, membatalkan permohonan tersebut. 

Nazri bagaimanapun berkata, dia tetap akan datang untuk berdebat pada 25 Mac nanti. Bagaimanapun perkataan DEBAT itu digantikan dengan WACANA kerana perkataan DEBAT atau PERBAHASAN itu sendiri akan melanggar APA 2012. 

Pada masa yang sama, pihak yang satu lagi terus menyalahkan Nazri dan memberikan pelbagai label kepada Nazri dan UMNO. 

Ironinya, ada 'nasihat' yang diberikan iaitu, 'KITA TIDAK BOLEH LANGGAR UNDANG-UNDANG' yang dirujuk kepada Dr. Mahathir. 

Ini lawak!

Sepatutnya Dr. Mahathir tetap akan sampai ke Padang Rengas, di lokasi yang telah ditetapkan dan dipersetujui untuk berdebat meskipun tidak mendapat kebenaran pihak polis. Ini adalah kerana, Dr. Mahathir begitu kuat menyokong demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh DAP-BERSIH sebelum ini. 

Kalau demonstrasi jalanan dia boleh datang, kalau fitnah dan tohmah hanya berdasarkan HEARSAY dan tanpa bukti seperti yang diperakuinya sendiri pun, dia boleh tuturkan dengan bebas, mengapa pula ketiadaan permit kebenaran daripada pihak polis untuk perdebatan dengan Nazri menjadi halangan untuk dia datang dan meneruskan wacana tersebut.

Nazri telah mengatakan, dia tidak mempunyai sebarang syarat sedangkan Mahathir pula meletakkan syarat perdebatan hanya berkisar tentang 1MDB sahaja.... 

Jadi, berdebatlah! 

Ramai yang nak tengok Mahathir berdebat kerana sepanjang sejarah kerjaya politiknya, Mahathir tidak pernah berdebat secara terbuka kecuali di Parlimen... itu pun semasa zaman Lee Kuan Yew masih lagi jadi Ketua Pembangkang. Selepas itu, Mahathir tidak pernah berani walaupun dicabar berkali-kali oleh Anwar Ibrahim untuk menerangkan tentang kepentingan-kepentingan anak-beranak serta kaum kroni dan keluarganya yang menggunakan wang negara untuk mereka hidup bermewah-mewah.


Friday, March 17, 2017

KATANYA NAZRI AZIZ YANG KECUT DAN MAHU TARIK DIRI, TAPI YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH KECUT PULA ADALAH PARA PENYOKONG DAN PENTAKSUB MAHATHIR!!!



Ada pihak yang sudah mulai gentar dengan semakin hampirnya 25 Mac. 

Ini adalah kerana pada tarikh itulah, sepatutnya debat antara Nazri Aziz dengan Dr. Mahathir akan diadakan.

Pentaksub-pentaksub dan penyokong-penyokong Mahathir kelihatan memberikan perhatian yang sangat luar biasa kepada acara tersebut. Kebanyakan daripada mereka, seolah-olah mahu debat tersebut dibatalkan dengan apa cara sekalipun tetapi tidak begitu berani mengakui, mereka sebenarnya sangat gentar kerana Dr. Mahathir sendiri kelihatan tidak bersedia langsung. 

Kuda tua Mahathir, Zainuddin Maidin mengatakan, UMNO akan mencari apa sahaja cara untuk membatalkan perdebatan tersebut. 

Jentera-jentera propaganda Cap Bunga pula sedang melabelkan Nazri Aziz sebagai pengecut dan cuba menarik diri daripada berdebat dengan apa cara sekalipun. 

Bagaimanapun berbeza daripada pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh para penyokong dan pentaksub Mahathir, Nazri Aziz masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas bersetuju untuk berdebat dengan Dr. Mahathir TANPA SEBARANG SYARAT DAN TIDAK MEMILIH TEMPAT.

Syarat Nazri Aziz, 'TANPA SEBARANG SYARAT' masih lagi kekal dan tidak berubah walaupun pada masa yang sama, kem Mahathir pula cuba meletakkan syarat bahawa perdebatan hanya boleh berkisar tentang RM2.6 bilion dan 1MDB.

Untuk menutup malu, dikatakan Nazri telah mengeluarkan kenyataan agar debat tersebut dibuat di Dewan Sekolah Menengah. Cadangan awal perdebatan diadakan di Dewan Millineum ke MRSM adalah disebabkan pada tarikh 25 Mac, Dewan Millineum telah ditempah awal untuk kenduri kahwin. TANPA SEBARANG SYARAT yang dipersetujui oleh Nazri membolehkan lokasi perdebatan tersebut diadakan di Langkawi atau di halaman rumah Dr. Mahathir sekalipun dan yang pastinya Nazri Aziz akan ke sana. 


Dari awal lagi Nazri tidak meletakkan sebarang syarat. Kalau Dr. Mahathir tidak membenarkan penyokong Nazri hadir, ia tidak akan menjadi masalah kepada Ahli Parlimen Padang Rengas itu kerana dia pernah membuktikan KEJANTANANNYA apabila berhadapan dengan Salehuddin Ayub di venue yang dipenuhi penyokong PAS dan dia pula bersendirian. 

Seperkara lagi, debat tersebut dianjurkan oleh Sinar Harian bagi segmen Wacana Sinar, maka segala urusan permit polis mahupun bantuan keselamatan seharusnya diselesaikan oleh pihak Sinar Harian dan pihak berkuasa. Jadi, menyalahkan Nazri Aziz seperti yang cuba dilakukan oleh pentaksub dan penyokong Mahathir, merupakan satu sikap janggal.

Begitu juga dengan skrin besar. Semua orang tahu, penganjur debat tersebut adalah Sinar Harian dari Karangkraf. Mahathir boleh meminta Karangkraf menyediakan skrin sebesar mana pun di luar dewan. Nazri Aziz tidak pula meletakkan sebarang syarat debat tersebut perlu diadakan di dalam dewan. Seandainya Mahathir berasakan saiz dewan terlalu kecil, Mahathir boleh minta penganjur mengadakan acara debat di luar dewan, kalau tidak pun di tengah-tengah padang!

Nazri Aziz bukannya ada ramai peminat sangat pun... tetapi apabila Mahathir dan kumpulannya kelihatan bertungkus-lumus mencipta alasan untuk melarikan diri, tetapi tidak berani berterus-terang sebaliknya membuat andaian Nazri Aziz yang akan mencari jalan melarikan diri daripada perdebatan tersebut, Nazri Aziz sebenarnya menggamit peminat yang tersendiri.

Apatah lagi setelah diberitahu, Nazri Aziz menanggapi perdebatan dia dengan Dr. Mahathir sebagai sesuatu yang bersifat PERIBADI.... bak kata orang putih, NO HOLD BARRED!

Lebih-lebih lagi dengan kenyataan terbaharu Nazri Aziz yang tidak membenarkan para penyokong UMNO-BN datang, sebaliknya meminta penyokong pembangkang datang beramai-ramai, selain telah meminta Setiausaha UMNO Bahagian membantu mempercepatkan permohonan permit debat....


TUN MAHATHIR BERCAKAP BENAR... DIA ADALAH PERDANA MENTERI DAN BEKAS PERDANA MENTERI PALING MISKIN!!!



Kesian Mahathir....

Menurutnya ketika berceramah untuk mendapatkan sokongan daripada para pengikut Husam Musa di Kota Bharu Kelantan, dia adalah Perdana Menteri paling miskin dan selepas bersara pun dia kekal miskin.

Dengan kata lain, cerita masyhur di seluruh dunia bahawa Mahathir merupakan Perdana Menteri terkaya di dunia, yang suatu masa dahulu, cuba didiamkan dan berita tentangnya cuba ditampan oleh pelbagai agensi berita dan propaganda Mahathir, langsung tidak benar. (RUJUK SINI, SINI, SINI dan SINI)

Sama ada benar atau tidak segala tuduhan tentang kekayaan peribadi Dr. Mahathir, ia masih bersifat andaian semata-mata. Namun yang pasti, kesemua anak-anaknya selain kerabat serta kroni-kroninya memang memiliki kekayaan luar biasa semasa dan sepanjang 22 tahun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pendedahan demi pendedahan yang selama ini dikepung oleh OSA dan ISA tentang pemberian, penanugerahan, bahkan penggunaan wang negara dan rakyat sewenang-wenang untuk anak-anak, ahli keluarga serta kroninya kini, tidak langsung dapat dijawab oleh Mahathir.

Satu-satunya jawapan yang diberikan oleh Mahathir apabila ditanya tentang kekayaan luarbiasa dan super pantas anak-anaknya ialah, mereka berniaga dan dia tidak pernah campurtangan dalam perniagaan mereka.


Bagaimanapun, sekali lagi beberapa pendedahan termasuklah kontrak lumayan yang melibatkan anak lelakinya yang diharapkan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pernah menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir sedikit sebanyak membuka ruang bagaimana kekayaan negara ini dibedak-bedakkan di kalangan ahli keluarganya.

Mahathir boleh sahaja mengaku dia adalah Perdana Menteri paling miskin di Malaysia tetapi dia tidak dapat menafikan tentang kedudukannya, kedudukan anak-anak, kerabat serta kroninya yang memperolehi pelbagai kontrak lumayan kerajaan terutama pada sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.


Dengan lebih 400 buah syarikat dan Mahathir sendiri merupakan pemegang saham dalam syarikat pembuatan, penyewaan dan konsultansi jet peribadi, selain pegangannya dalam hotel mewah, sudah cukup untuk menunjukkan DIA MEMANG BENAR-BENAR SEORANG PERDANA MENTERI DAN PESARA PERDANA MENTERI PALING MISKIN DI DUNIA....

MISKIN BERTERUS-TERANG DAN KEJUJURAN!!!


Wednesday, December 7, 2016

KES 'KESIPUAN' TETAPI PARA PENTAKSUB DAN PENJILAT MAHATHIR DAH JADI KESURUPAN!!!



Sepucuk surat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada Tun Dr. Siti Hasmah, telah disiarkan oleh Marina Mahathir di Tweeternya. Marina Mahathir tidak berpuas hati dan cuba menggambarkan bapanya telah 'dianiayai' dan pihak yang menganiaya itu sebenarnya yang 'tersipu-sipu'.

Hakikatnya surat berkenaan telah dihantar oleh Penyimpan Besar Raja-Raja. Pejabat berkenaan menerima arahan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong, bukannya daripada Kerajaan Persekutuan walaupun Mahathir telah mengubah status quo itu dengan menghapuskan kuasa raja-raja pada zaman pentadbirannya dahulu.



Apabila Majlis Raja-Raja menerusi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menarik balik jemputan kepada Mahathir dan isterinya, Siti Hasmah untuk hadir ke Majlis Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang baru, sepatutnya Marina kena faham isyarat ini. Hak baginda tidak boleh dipertikaikan sama sekali.

Barangkali Marina Mahathir masih berasakan Perdana Menteri berkuasa lebih besar dari DYMM Yang Di-Pertuan Agong sebagaimana yang dilakukan oleh bapanya semasa 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Jadi, dia cuba menyalahkan Najib dan seperti biasa, para pentaksub Mahathir yang buta perut juga menyalahkan Najib, bahkan ada yang menuduh DYMM Yang Di-Pertuan Agong telah dirasuah oleh Najib dengan projek sebagaimana yang ditulis oleh seorang pentaksub Mahathir di dalam FB seperti printscreen di bawah.


Yang membuat pendedahan adalah Marina sendiri walaupun surat tersebut dihantar secara sulit oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada ibu bapanya sebagai menghormati status kedua-duanya. Niat untuk memalukan Najib berakhir dengan memalukan ibu bapa sendiri apabila yang tidak membenarkan Mahathir dan Siti Hasmah hadir dalam istiadat tersebut adalah Majlis Raja-Raja bukannya Najib sebagaimana yang cuba ditohmahkan oleh Marina.

Dan seperti ketika bapanya menjadi Perdana Menteri, akhirnya pihak Istana pula yang dihina! Hanya kerana ibu bapanya tidak dijemput, istana dianggap low-class. Tidak cukup dengan itu, dikatakan pula, ibu bapanya mendapat anugerah tertinggi, jadi perlulah untuk dijemput mereka. Yang tidak disebut ialah, anugerah tertinggi tersebut adalah dari istana!


Terimalah hakikat, walaupun Mahathir dan Siti Hasmah menerima anugerah tertinggi dari DYMM Yang Di-Pertuan Agong, tetapi sekarang kedua-duanya tidak lagi dijemput...

Barangkali elok sangatlah kut kalau Marina menasihati kedua-dua ibu bapanya untuk memulangkan kembali anugerah yang membawa gelaran TUN itu kalau berasakan penarikan kembali kehadiran di istiadat tersebut sebagai sesuatu yang memalukan mereka.

Dulu-dulu masa berkuasa, Mahathir memperlakukan istana seperti low-class, sekarang kafarahnya sedang berlaku... kalau tak faham semenjak berkawan baik dengan DAP ni, KARMA!!!



Thursday, October 27, 2016

DEMI JATUHKAN NAJIB, ADAKAH MAHATHIR AKAN MINTA MAAF SEBAB TAHAN PEMIMPIN DAP DALAM OPERASI LALANG BAWAH ISA?



DAP sedang cuba mencari kesempatan dan mendapatkan pengiktirafan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bahawa penangkapan ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin DAP, menggunakan ISA merupakan satu kesilapan dan kezaliman.

Dr. Mahathir yang sekarang ini merupakan Pengerusi Parti Cap Bunga merupakan sekutu kuat Lim Kit Siang dan DAP walaupun sebelum Cap Bunga diwujudkan, Mahathir merupakan musuh utama Lim Kit Siang dan DAP.

Berbanding Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling banyak menangkap dan menahan tanpa bicara golongan politik berbanding anggota subversif PKM dan kongsi gelap. Sesiapa sahaja yang dilihat melawannya, akan berkampung di Kamunting selama dua tahun tanpa bicara.

DAP walaupun tidak seramai PAS yang ditangkap tanpa bicara oleh Mahathir, memekak dan paling kuat berkeriau tentang Akta Dalam Negeri yang telah disalahguna oleh Mahathir bagi mengekalkan kuasanya walaupun pada  masa yang sama, dilihat mampu menstabilkan politik negara ini.

Kua Kia Soong merupakan antara mereka yang cuba mengherotkan sejarah Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 menerusi buku tulisannya yang menuduh, tragedi tersebut berpunca daripada persaingan dalaman UMNO yang kemudian memberikan reaksi kepada perarakan penghinaan DAP kepada orang Melayu sebagai punca tragedi berdarah itu. (RUJUK SINI)

Justeru, apabila dia menulis lagi dan mengingatkan Mahathir akan 'dosa-dosa silamnya' tentang ISA, Kua Kia Soong sebenarnya cuba menghalalkan perbuatan DAP yang mahu menentang Perlembagaan Persekutuan. Kebencian DAP kepada Artikel 152 dan Artikel 153 serta Artikel 3 Perlembagaan Malaysia, dianggap sebagai satu hak dan tidak salah sama sekali.

Kua Kia Soong menyebut tentang Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan Lim Kit Siang dan beberapa orang pemimpin DAP ditahan dan disumbatkan ke Kamunting. Katanya, sudah sampai masanya untuk Mahathir meminta maaf atas perbuatannya itu.

Sedangkan pada masa yang sama, berbanding DAP, jumlah para pemimpin UMNO yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA di Kamunting jauh lebih tinggi dan ramai. Malah, Najib Abdul Razak yang pada waktu itu adalah Ketua Pemuda UMNO juga, hampir-hampir sahaja disumbatkan ke Kamunting kerana insiden ucapannya di Stadium TPCA Kampung Bharu.

Hanya kerana Mahathir sedar, dia akan menjahanamkan kedudukannya sendiri sekiranya Najib ditahan, membuatkan Najib terpaksa dilepaskan. Pengaruh Najib di kalangan Pemuda UMNO pada waktu itu, sangat besar sehinggakan pada ketika Mahathir hampir digulingkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Najib merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang menjadi 'kunci' kepada pengekalan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang dipegang oleh Mahathir.

Apa yang dilakukan oleh Kua Kia Soong dan anak perempuan P.Patto, Kashturi agar Mahathir mengakui perbuatannya dan meminta maaf, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar mahu membersihkan DAP daripada label rasis dan penentang Perlembagaan Persekutuan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Kua Kia Soong yang terlibat dalam perang saraf DAP dari zaman 13 Mei sedang menjadikan DAP sebagai sebuah parti yang suci murni dan sentiasa dizalimi oleh UMNO.

Sekarang, Mahathir sudah keluar dari UMNO. Mahathir sudah menentang UMNO. Mungkin elok juga sekiranya, Mahathir membantu DAP menyucikan parti tersebut dengan meminta maaf dan mengakui kesalahannya menahan para pemimpin DAP yang maksum di bawah ISA.

Mampukah Mahathir berbuat begitu?

Mungkin... sebab kalau bercakap tentang Mahathir, segalanya berkemungkinan...


Monday, October 17, 2016

KECOH SEBAB NAK ROBOHKAN KLCC... LEGASI SYARIKAT-SYARIKAT LINTAH DARAT YANG MELEKAT KAT GLC WARISAN MAHATHIR, KENAPA TAK SENTUH LANGSUNG?



Kecohlah cerita yang Salleh Said Keruak mahu merobohkan KLCC sebagai usaha merobohkan legasi Tun Dr. Mahathir.

Kata mereka, mengapa hanya KLCC, musnahkan juga Seri Perdana, Putrajaya, Cyberjaya, Lebuhraya dan segala infrastruktur yang telah dibina pada zaman Mahathir. 

Bagaimanapun, sama ada mereka benar-benar tolol berbahasa Inggeris atau sebenarnya mereka cuba memutarbelitkan kenyataan Salleh Said Keruak yang sebenarnya. 

Kata Salleh Said Keruak dalam Bahasa Inggeris: 

"We are NOT DESTROYING Mahathir's legacy as he alleged - which is why we are NOT DESTROYING KLCC." (RUJUK SINI, SINI, SINI dan SINI)

Namun timbul persoalan, mengapa puak-puak pentaksub yang kecil otaknya hanya melihat infrastruktur sebagai tinggalan atau warisan Mahathir sedangkan kesemuanya dibangunkan menggunakan wang rakyat? Mengapa tidak mempersoalkan tentang Kencana Petroleum, Perwaja, Maminco, Makuwasa, Opcom, Petron, Konsortium Perkapalan, Tongkah, Reliance Pacific dan sebagainya sebagai warisan atau legasi Tun Dr. Mahathir yang telah menjana kekayaan dan kemewahan luar biasa menggunakan wang rakyat dan berleluasa pada zamannya, yang jumlahnya lebih RM100 bilion melalui pencurian secara halal dan dalam negeri berbanding RM2.6 bilion wang derma yang dimasukkan ke akaun Najib dari sumber luar negara, bukannya wang rakyat Malaysia?

Bahagian perkataan 'NOT' mana yang langsung tidak difahami atau sukar difahami atau ditolak oleh puak-puak pentaksub yang sedang berputar belit ini?

Sesuatu yang pasti dan tidak boleh dinafikan ialah, KLCC sememangnya satu kebanggaan dan legasi penting kepada Mahathir dan kroninya. 

- 1988, Kerajaan mengeluarkan arahan pengambilan tanah dan pengosongan kepada Kelab Lumba Kuda bagi pembinaan KLCC pada harga tanah nominal. 

- 1989, Petronas membeli 50% kepentingan tanah tersebut daripada Ananda bernilai RM600 juta sekaligus membolehkan Anda membuat keuntungan berjumlah RM900 juta dalam tempoh 2 tahun sahaja. 

- Arkitek diimport dari Argentina manakala Menara 1 dibina oleh Korea, Menara 2 dibina oleh Jepun menggunakan buruh-buruh Indonesia. 

- Dibiayai sepenuhnya oleh duit minyak Petronas.

Mengapa fikiran dan tanggapan para pentaksub Mahathir begitu cetek? Yang dipertikaikan sekarang adalah syarikat-syarikat kroni yang menjadi lintah darat sehingga menyebabkan entiti kerajaan dan GLC yang ditubuhkan, sentiasa mencatatkan kerugian berbanding syarikat-syarikat lintah darat tersebut?

Apatah lagi, KLCC sebenarnya adalah legasi Ananda Krishnan yang menggunakan duit Petronas hasil campurtangan Mahathir, berbanding legasi yang membanggakan Mahathir. Apa yang mereka jadi sensitif sangat?

Saturday, October 15, 2016

MASA BERKUASA, RAKYAT KELANTAN DIZALIMI, UNTUK ANAKNYA PULA BURU KUASA, RAKYAT KELANTAN DIGULA-GULAKAN!!!



Tak tahulah sama ada ianya merupakan satu 'game' atau ianya benar-benar berlaku. Tetapi yang pastinya, Tun Dr. Mahathir benar-benar sudah 'U-Turn'.

Walaupun sebelum ini, kisah dia 'menyerahkan' RM600 juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan ketika di bawah kepimpinan Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun kisah sebelum dia 'menyerahkan' RM600 juta untuk pembekalan air pada tahun 1999 itu, jauh lebih sadis. Dan apabila ditekan, Mahathir menyalahkan Anwar Ibrahim kononnya Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan yang menyekat peruntukan tersebut.

Namun semua orang dapat menelah apa sebenarnya yang dimahukan oleh Dr. Mahathir pada waktu itu. Dr. Mahathir sebenarnya cuba mengekang pengaruh Anwar Ibrahim dan Reformasi dengan menggunakan bekalan air Kelantan sebagai modalnya.

Bagaimanapun, Kerajaan PAS Kelantan tidak termakan dengan taktik Mahathir. Sebaliknya, PAS terus menguasai kerusi DUN di Kelantan dan terus bekerjasama dengan PKR. Bukan itu sahaja, PAS turut menyediakan kekuatan logistik dan ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi jalanan.

Dan selepas itu, Mahathir yang teruk ditekan agar melepaskan kuasa, bahkan hampir kehilangan kerajaan kecuali pada saat-saat akhir, menggadaikan sistem dan dasar pelajaran Malaysia kepada kehendak Dong Zhong dan Suqui, kembali menghentam PAS semahu-mahunya.

Dong Zhong dan Suqui dengan 17 tuntutan yang telah berjaya menyelamatkan Mahathir dan kerajaannya. Pada masa yang sama, sebahagian besar aspirasi Dasar Pelajaran Kebangsaan telah digadaikan dan sekolah-sekolah vernakular terutama aliran Cina diiktiraf oleh Pekeliling Kementerian Pelajaran walaupun bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kini, Mahathir mengulangi semula perangai 1999nya. Dia mula mengatur janji demi janji bagi membolehkan parti barunya, Cap Bunga menang pada PRU akan datang. Dia menabur janji kononnya Royalti Minyak kepada Kelantan akan dikembalikan.

Sungguh pelik!

Siapa agaknya yang telah menghentikan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan pada tahun 1990 sebaik-baik sahaja Kelantan jatuh ke tangan PAS dan Semangat 46 pada waktu itu? Siapa yang sekat royalti minyak kepada Terengganu sebaik-baik sahaja negeri itu jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999?

Budak-budak yang lahir pada penghujung 1980-an dan 1990-an, tidak akan tahu tentang perkara-perkara yang disebutkan di atas kerana mereka telah ditutup daripada maklumat sebenar menerusi kekangan media massa dan elektronik yang amat ketat pada zaman Mahathir.

Cuma sekarang ini sahaja, menerusi keterbukaan terlampau yang diamalkan oleh Najib segala-galanya kembali terbuka.

Masih berusaha keras untuk dapatkan sokongan daripada PAS bagi menaikkan Cap Bunga dan Mukhriz?

Orang-orang UMNO dah kering dah ke? Atau sebenarnya, semakin ramai orang UMNO yang buka pekong lebih 20 tahun yang terpaksa diperap gara-gara undang-undang dan hormat kepada Presiden membuatkan haluan kini kepada PAS yang dianggap lebih bodoh, tolol dan mudah diguna-gunakan?

Monday, October 10, 2016

EKORAN FLIP-FLOP TERBAHARU MAHATHIR, MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK MUHYIDDIN MENYATAKAN BAIAH KEPADA HADI AWANG DAN PAS!!!



Minggu lepas, Muhyiddin Yassin cuba menggunakan magiknya - atau sebenarnya cuba menumpang keajaiban Najib Abdul Razak - dengan merapati pemimpin serta ahli-ahli PAS. Malahan, Muhyiddin juga berucap, membalun Najib dan kepimpinan serta pentadbiran negara yang menurutnya sudah terlalu korup.

Barangkali Muhyiddin baru sedar dari tidur dan baru tahu tentang kewujudan PAS.

Sesuatu yang Muhyiddin terlupa tentang PAS ialah, zaman pentadbiran Mahathir merupakan zaman kemuncak PAS membuat pelbagai pendedahan tentang penipuan, penjarahan, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa membabitkan pentadbiran Mahathir.

Dasar Penswastaan Negara merupakan buah yang seringkali digunakan oleh para pemimpin PAS untuk menerangkan kepada orang Melayu khususnya di kampung-kampung bagaimana pentadbiran Mahathir pada masa panjang akan menyusahkan rakyat. Begitu juga dengan pelbagai projek mega yang tidak selayaknya untuk rakyat tetapi hanya bertujuan untuk mengembongkan tembolok taukeh-taukeh korporat yang diwujudkan oleh Mahathir.

Antara yang paling menarik ialah pada tahun 1985 apabila para pemimpin PAS mengecam pembinaan Lebuhraya Utara Selatan. Media-media yang dikuasai oleh Kerajaan Mahathir pada waktu itu memberikan gambaran kononnya PAS menentang kemajuan dan kebaikan yang diperolehi daripada pembinaan lebuhraya tersebut. Hakikatnya, PAS yang dipimpin oleh Almarhum Fadzhil Nor pada waktu itu menentang pemberian konsesi dan kontrak lumayan kepada syarikat kroni walaupun sebahagian besar lebuhraya tersebut telah dibina oleh JKR dengan persetujuan Parlimen dengan menggunakan wang rakyat.

Tahun-tahun 80-an menyaksikan PAS berjaya menarik sejumlah besar golongan teknorat dan profesional yang tidak mampu melihat sahaja kegelojohan Mahathir, kaum keluarga serta kroni-kroninya membalun serta melahap harta negara termasuklah melupuskan tanah-tanah rezab Melayu atas nama pembangunan dan kemajuan.

Mujurlah pada waktu itu, Mahathir menguasai segala cabang media manakala undang-undang membabitkan penerbitan dan media dikawal sepenuhnya dan tiada sebarang tolak ansur. PAS yang hanya menggunakan ceramah, kaset rakaman, pita video dan Harakah selain buku-buku serta majalah yang tertakluk di bawah undang-undang kuku besi KDN, tidak mampu menyaingi kawalan media Mahathir. Apatah lagi, dalam beberapa episod menyaksikan kaset-kaset dan pita-pita video ceramah turut disekat dan 'diharamkan' atas alasan keselamatan.

Disebabkan itulah, PAS sangat keras terhadap Mahathir. Dan kerana Mahathir adalah Presiden UMNO, maka UMNO jugalah terpalit keras. Namun apabila Najib mengambilalih kepimpinan negara, sikap Najib yang jauh lebih lembut dan lebih terbuka kepada PAS, membuatkan PAS lebih lunak dan tidak lagi menunjukkan penentangan sepertimana yang berlaku pada tahun-tahun 1980-an.


Muhyiddin mungkin fikir PAS sudah melupakan apa yang dilakukan oleh Mahathir kepada PAS pada tahun-tahun 80-an dahulu selepas Mahathir mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh PAS apabila dia diterajang dari UMNO dahulu.

Kenyataan terbaharu Mahathir bahawa Muhyiddin hanya berkeupayaan sebagai Presiden Cap Bunga tetapi tidak berkeupayaan sebagai Perdana Menteri sekiranya Gabungan Cap Bunga-DAP-PKR-PAN menang pada PRU-14 nanti, sudah menunjukkan jalan kepada Muhyiddin ke pangkuan siapa seharusnya dia mendarat.

Walaupun dia mungkin seorang pengikut Mahathir yang setia selepas Mahathir 'menyelamatkan' Muhyiddin apabila Johor tidak dapat menerimanya sebagai Menteri Besar lagi, tetapi yang pasti, Muhyiddin bukanlah anak lelaki Mahathir. Muhyiddin tidak ada talam atau dulang emas untuk dia berdiri. Dia tidak ditatang bersama-sama tepak sirih atau sirih junjung. Dia hanyalah seorang pembawa bunga emas.

Dan tidak lebih dari itu.

Kesilapan besar Muhyiddin ialah apabila dia memilih untuk mempercayai Mahathir dan terlalu fobia dengan PAS. Seharusnya, dari awal lagi, setelah Muhyiddin memilih untuk menentang Najib, dan yakin segala pengetahuannya boleh menumbangkan Najib, Muhyiddin cepat-cepat ke kem PAS dan berbaiah dengan Abdul Hadi Awang serta Majlis Syura PAS.

Dan kalaulah itu yang dilakukan oleh Muhyiddin dari awal, Mahathir tidak akan flip-flop seperti yang dilihat sekarang hanya semata-mata 'segan' nak cakap, anaknya lebih layak menerajui Parti Cap Bunga.

Besar sangat masalah Nika Gee sampaikan Muhyiddin gagal mentafsir langkah politiknya sendiri.



Sunday, October 9, 2016

MASA BERKUASA, RAJA-RAJA MELAYU DIHADKAN KUASA... BILA DAH TAK BERKUASA, SIBUK NAK RAJA-RAJA MELAYU GUNA KUASA!!!



Maka memang benarlah Tun Dr. Mahathir sudah santak dan sudah semakin terhimpit apabila segala usahanya untuk menggulingkan Najib, kelihatan gelap-gelita. Cubaan menggerakkan massa menerusi BERSIH 5.0 juga nampaknya tidak mendapat sambutan yang diharapkan.

PAS yang mempunyai kekuatan massa untuk digerakkan bagi tujuan demonstrasi, sekadar menjadi pemerhati walaupun pada bila-bila masa sahaja BAJU HIJAU boleh berkumpul lebih 100 ribu orang sekelip mata apabila dikerah oleh Presiden parti.

Secara berterus-terang, pucuk pimpinan PAS telah mengeluarkan arahan agar ahli-ahli PAS tidak terlibat dengan BERSIH 5.0, sekaligus membuatkan usaha-usaha untuk memujuk PAS agar meramaikan demonstrasi BERSIH 5.0, semakin sukar walaupun terdapat beberapa 'harummanis' dalam PAS seperti Mahfuz Omar, terhegeh-hegeh cuba mendapatkan sokongan bagi kedudukannya di dalam PAS lebih utuh setelah kekosongan ditinggalkan oleh Mat Sabu dan konco-konconya.

Sepucuk surat bertandatangan Khairuddin Abu Hasan, telah dikesan tersebar menerusi Whatsapp tentang pujukan agar Raja-Raja Melayu menggunakan kuasa mereka dalam Persidangan Majlis Raja-Raja untuk melucutkan jawatan Najib Abdul Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Beberapa minggu lalu, Mahathir telah menghadap KDYMM Sultan Kedah di Istana Anak Bukit bagi tujuan memujuk baginda menggunakan kuasanya memecat Najib Abdul Razak.

KDYMM Sultan Kedah adalah DYMM Yang Di-Pertuan Agong masakini. Bagaimanapun, penghadapan di Istana Anak Bukit adalah atas kapasiti baginda selaku Sultan Kedah dan Mahathir sebagai anak negeri Kedah.






Ironinya, pada tahun 1983 dan 1993, kuasa Raja-Raja Melayu telah disekat dan dihadkan di bawah pentadbiran Mahathir menerusi pindaan Perlembagaan sehingga mencetuskan krisis. Pengehadan tersebut masih berkuatkuasa sehingga sekarang dan merupakan salah satu legasi pentadbiran Mahathir.

Pada asalnya, Kerajaan Malaysia di bawah Mahathir telah mula membuat pindaan secara rahsia ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen, tanpa terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja. 

Sedangkan menurut Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan: 

“Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja. 

Beberapa pindaan lain berlaku dicatatkan sebagai Krisis Perlembagaan 1993 (imuniti raja-raja Melayu)

Sekarang, setelah terdesak dan mati kutu, Mahathir dan konco-konco pentaksubnya, cuba kembali kepada kuasa Raja-Raja yang telah mereka cabut?

Tidak adakah rasa malu, maruah atau air muka untuk meminta tolong daripada mereka yang pernah dihina dan diperburukkan menerusi penggunaan pelbagai media yang dikongkong dan dikuasai pada waktu itu?

Dan sekarang baru mahu mengatakan, Raja-Raja Melayu adalah batasan terakhir kegilaan kuasa orang politik?

Lawak betul Tun Mahathir nih...


Wednesday, August 3, 2016

SAMPAI BILA MAHATHIR NAK TERUS BERSELINDUNG DAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA DENGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN SEPANJANG MASA?



Dari tahun 1981, tatkala pada ketika itu buku-buku dan surat-surat layang berterbangan tentang kejayaan konspirasi Mahathir menumbangkan Allahyarham Tun Hussein Onn dengan alasan ekonomi walaupun hakikatnya, Mahathir sendiri setelah mengambilalih pentadbiran Malaysia daripada Hussein Onn, terpaksa mengambil bertahun-tahun untuk keluar daripada penguncupan dan kemelesetan ekonomi kesan kejatuhan harga dua komoditi utama yang didagangkan oleh Malaysia, Mahathir tidak pernah mengaku bahawa dia sebenarnya hampir gagal kalau tidak mendapat sokongan daripada UMNO dan komponen BN. Malah ketika dia memutuskan untuk membiarkan pengharaman UMNO asal bagi mengelakkan persaingan lagi untuk jawatan Presiden dan Perdana Menteri, Mahathir tetap tidak pernah mahu mengakuinya, walaupun pelbagai 'misteri' berkisar tentang aset-aset UMNO asal, beberapa skandal kewangan yang menggegarkan Malaysia dan dunia pada tahun-tahun terawal Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Mahathir tidak pernah mengaku apa-apa sahaja perbuatannya termasuklah pembunuhan rakyat marhein secara beramai-ramai di Memali sebaliknya menuding jari kepada Musa Hitam yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.

Mahathir tidak pernah mengaku, malah tidak berani membuka mulut tentang skandal Maminco-Karusawa, campurtangan dalam siasatan BPR ke atas Perwaja Steel, bail-out syarikat perkapalan anaknya, pemaksaan harga sesaham yang lebih tinggi untuk MAS, RENONG dan sebagainya bagi mengurangkan hutang dan beban kewangan syarikat-syarikat tersebut tetapi akhirnya dipindahkan beban kepada rakyat. Mahathir juga tidak pernah mengaku salah tentang pemberian lesen-lesen judi pada zamannya sebaliknya menyalahkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan pada waktu itu walhal yang menerima manfaat adalah kroni utamanya.

Mahathir juga tidak pernah mengaku dalam usaha mengekang kejatuhan kuasanya pada 1987, Operasi Lalang digerakkan setelah krisis perlembagaan tercetus yang menyebabkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri terancam dan dia cuba mengorbankan beberapa orang pemimpin UMNO yang bersinar bintang mereka termasuklah Najib Abdul Razak yang pada ketika itu adalah Ketua Pemuda UMNO terutama menerusi peristiwa di Stadium TPCA Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

UMNO Asal diharamkan pada tahun 1988 dan Mahathir mengambil masa lebih 2 minggu untuk 'memperbaharui' UMNO semula.

Terkini, Mahathir tidak mengakui lagi peranan yang dimainkannya dalam laporan yang dibuat oleh Khairuddin dan Matthias Chang kepada pihak asing. Mahathir kata dia tidak terlibat dan tidak tahu-menahu.

Melihat kembali sejarah Mahathir sebagai ahli politik yang tidak pernah mengaku salah sebaliknya lebih cenderung untuk menyalahkan orang lain, bahkan meletakkan kesalahan yang dilakukannya kepada orang lain yang boleh dijadikan kambing hitam serta dikorbankan demi keserakahannya, sudah cukup untuk membuatkan kita cuak dan sangsi dengan kenyataan terbaharu Mahathir.

Mengapa tiba-tiba Mahathir yang begitu berani menghentam apa-apa sahaja yang tidak menguntungkan kaum kroni dan anak-beranaknya, tiba-tiba sahaja menjadi ahli politik naif yang lurus bendul sedangkan sudah gah kononnya, Mahathir seorang yang berpandangan jauh, genius dan sangat bijak bermain politik?

Kebijaksanaan politik itu perlu diperakui walaupun tidak suka memandangkan kerana kebijaksanaannya itulah, ramai yang terus terpesona dan sukar untuk menerima hakikat bahawa Mahathir telah menyebabkan Malaysia kehilangan ratusan bilion Ringgit semenjak dia berkuasa sebagai Perdana Menteri tetapi melalak dan menyalak tentang 'kehilangan' RM42 bilion yang tidak melibatkan kewangan dalam kantung kerajaan. Malah kebijaksanaannya itu jugalah yang membolehkan dia terus bebas sampai ke hari ini apabila sikap Melayu yang sangat hormatkan pemimpin dan bekas pemimpin dimanipulasi dan diambil kesempatan seoptimumnya.


Tuesday, July 26, 2016

RASAKAN WAHAI MAHATHIR!!! DAHULU BERAPA RAMAI ANAK DAN SUAMI ORANG HANG PENJARAKAN HANYA KERANA MENENTANG HANG?



Mahathir mengeluh lagi dan cuba mendapatkan simpati lagi.... cuma kali ini dia cuba meraih simpati daripada pihak asing yang diharapkan dapat menceroboh Malaysia dan menjatuhkan Kerajaan UMNO-BN yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak dan mempercepatkan pengaturan proksinya mengambilalih puncak kuasa di negara ini walaupun sebagai boneka.

Mahathir ketika mengadu kepada media asing di Jakarta berkata, dia dan keluarganya telah ditekan oleh kerajaan hanya kerana dia menentang Najib Abdul Razak. Manakala kawan-kawannya pula telah diganggu oleh Kerajaan menerusi lawatan' daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Penentangan ke atas kerajaan tanpa melibatkan senjata, adalah perkara biasa. Yang berfikiran waras akan tahu bahawa tidak semua yang kerajaan lakukan adalah kebenaran mutlak yang tidak boleh dipersoalkan. Kritikan dan penentangan terhadap dasar-dasar dan polisi-polisi yang dirasakan tidak memberikan manfaat besar kepada rakyat sebaliknya hanya mendatangkan keuntungan kepada sebilangan orang seperti yang berlaku dalam projek penswastaan besar-besaran negara ini termasuklah pemberian dan pengeluaran lesen judi besar-besaran.

Namun menentang kerajaan hanya kerana mahu menyelamatkan kroni yang sudah kaya-raya hasil daripada perbendaharaan negara dan anak sambil menjemput kedatangan kuasa asing ke negara ini untuk campurtangan, adalah perbuatan yang jauh lebih terlaknat dan lebih memudaratkan.

Kenyanyukan dan pembohongannya semakin ketara kebelakangan ini. Mahathir mendabik dada kononnya dia tidak pernah menyaman sesiapa pun yang menentangnya, kononnya memberikan peluang terbesar dan kebebasan kepada individu-individu yang menentangnya selain angkuh menyatakan dia sekeluarga tidak menjalani kehidupan mewah walaupun hakikatnya amat berbeza sama sekali apabila anak-anaknya memperolehi pelbagai projek mewah daripada kerajaan hasil rundingan terus pada zaman pentadbiran Mahathir sendiri.

Tetapi sejarah tidak pernah menipu. Walaupun kononnya sebagai cara menyelamatkan negara daripada gangguan ke atas keharmonian dan tempoh aman, tetapi semua orang tahu bahawa Mahathir menggunakan undang-undang sedia ada untuk pengekalan kuasa dengan tidak membenarkan sebarang ancaman ke atas pentadbirannya sambil pada masa yang sama, masih cuba mengekalkan penentangan-penentangan yang boleh diatasinya dengan mudah.

Sebab itulah, pada zamannya, DAP dan Lim Kit Siang 'tidak sebijak' pada zaman Najib Abdul Razak!

Bagaimana Mahathir dengan sangat mudah melupakan tentang ramai anak-anak lelaki dan suami-suami orang yang dipenjarakannya atau disumbat ke Kem Kemunting dengan menggunakan pelbagai dakwaan jenayah hanya kerana dan semata-mata mereka menentangnya? Dan kesemua mereka tidak boleh langsung mencabar hukuman atau penahanan mereka berbanding pada zaman Najib.

Bagaimana Mahathir boleh lupa bagaimana rakyat dipaksa ikat perut dan kurang masa sanggang dengan gaji kecil demi membayar kroni-kroninya menerusi pelbagai projek penswastaan yang kini tidak ubah seperti tembok kota yang sangat ampuh untuk digubah atau dimansuhkan?

Maka tidak hairanlah mengapa Mahathir beriya-iya membuat pelbagai tuduhan membabitkan GST apabila dia mendakwa, kawan-kawannya diganggu dan ditekan dengan lawatan pegawai-pegawai LHDN.

Maka timbul pertanyaan, adakah selama ini kawan-kawan kesayangannya itu tidak pernah membayar sebarang cukai atau menipu sebarang cukai sehingga membuatkan dia terpaksa bersuara bagi keselesaan mereka untuk terus mengelak daripada pembayaran cukai?

Zaman dia mengganggu dan menekan ahli keluarga serta kawan-kawan orang lain, dia tak rasa bersalah. Sekarang, dia menyalak dan melalak dengan apa yang telah dikembalikan kepadanya?

Memang Mahathir telah nyanyuk!!!


 
Blogger Templates