Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 30, 2016

ALMARHUM TUNKU NIKMATI KEISTIMEWAAN? PEMBOHONGAN JENIS APA YANG MAHATHIR CUBA LAKUKAN?!!!



Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sememangnya tidak pernah sebulu dengan Dr. Mahathir terutama selepas Mahathir yang menganggotai kumpulan 'The Young Turks' mempertikaikan sikap Tunku yang terlalu banyak memberikan ruang kepada warganegara baru Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia menikmati peluang ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu-Bumiputera.

Kemuncaknya ialah apabila Dr. Mahathir menghantar sepucuk surat kepada Tunku selepas dia kalah di tangan Allahyarham Yusuf Rawa pada PRU tahun 1969. Dr. Mahathir menyalahkan Tunku di atas kekalahannya. Mahathir kemudian diterajang keluar dari UMNO dan kekal meroyan serta menyalak di sana sini terutama atas pentas PAS untuk beberapa tempoh yang agak lama.

Kemudian, Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil semula Dr. Mahathir dan memasukkannya ke hierarki UMNO semula. Allahyarham Tun Abdul Razak melihat Mahathir sepertimana Mahathir melihat Anwar pada tahun 1982.

Apabila Mahathir naik menjadi Presiden UMNO dengan melompat tiga orang yang lain di atasnya, ekoran pengunduran Tun Hussein Onn pada penghujung 1980 sebagai Perdana Menteri Malaysia, sudah kedengaran banyak suara yang tidak berpuas hati terutama apabila Mahathir hanyalah Naib Presiden ketiga dan tidak mempunyai kekuatan akar umbi pun walaupun dia dikatakan masyhur.

Sebaik-baik sahaja menjadi Perdana Menteri, bermulalah era baru. Era Mahathirisme. Semua nilai-nilai UMNO terdahulu, ditolak dan cuba dimansuhkan. Kemuncaknya apabila Mahathir berasa tertekan dengan penentangan akar umbi UMNO terhadapnya, dia mengambil tindakan yang lebih drastik, iaitu membiarkan UMNO diharamkan oleh mahkamah sebelum menubuhkan sebuah parti baru dengan nama UMNO (Baru) yang sama sekali menjadi hak milik penuhnya selama 22 tahun.

Sebelum itu, dalam tempoh 2 minggu sebelum UMNO (Baru) ditubuhkan, UMNO88 telah ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah, pesaing utama Dr. Mahathir. Bagaimanapun, campurtangan Pejabat Perdana Menteri tidak membolehkan Pendaftar Pertubuhan mendaftarkan UMNO88.

Dari situlah, Mahathir menunjukkan kebenciannya yang teramat sangat kepada Tunku yang bukan sahaja memperlekehkannya tetapi juga memecatnya dari UMNO. Tunku tidak dibenarkan menulis di kolum tetapnya di dalam The Star. Tunku juga tidak dibenarkan menulis di dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu, Watan. Tunku tidak dibenarkan menghadiri ceramah. Banyak sekatan dibuat ke atas Tunku Abdul Rahman sepanjang Mahathir menjadi Perdana Menteri sehinggalah ke saat-saat akhir hayat Tunku.

Ikuti penjelasan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri tentang tindakan Mahathir kepadanya.


Macam mana Mahathir boleh katakan tanpa rasa malu dan dengan kulit muka yang sangat tebal, kononnya dia tidak pernah menyekat Tunku Abdul Rahman, malah bekas Perdana Menteri pertama Malaysia itu menikmati pelbagai keistimewaan. (RUJUK DI SINI)

Pemikiran Tunku yang mana Mahathir jadikan institusi atau yayasan sepertimana pemikirannya? Akademi berotak mana yang boleh menggunakan pengalaman dan rangka kerja Tunku ketika Mahathir berkuasa? Atau ada mana-mana badan intelektual yang berani mengajak Tunku untuk berdiskusi membicarakan ilmiah politik Malaysia kalau tidak disekat, dan kemudiannya dikenakan tekanan oleh Mahathir?

Mahathir bolehlah berbohong kepada generasi baru yang hanya mengenalinya sebagai BAPA ANANDA KRISHNAN atau BAPA ANGKAT VINCENT TAN, tetapi Mahathir tidak boleh menipu generasi sebelum itu yang melihat bagaimana takut dan gementarnya Mahathir akan kehilangan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri ekoran keputusan pemilihan yang tidak memihaknya pada tahun 1987 sebelum tiba-tiba berlakunya magik yang menukar keputusan tersebut!!!

Budak-budak yang memuja ketokohannya bolehlah ditemberangkan dek si tua bernama Mahathir itu... yang mengkaji dan mengaji Mahathir sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri Malaysia, pasti akan meludah ke tanah setiap kali Mahathir membangga-banggakan dirinya kerana rasa mual dan meloya!!!





SOKONGAN KEPADA MUFTI PAHANG TERUS MELONJAK... PEDIH MATA KE MUFTI PERLIS?!!!



Sepanjang penubuhannya, apa yang tidak dibuat oleh DAP untuk menghuru-harakan negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai Negara Cina Seberang Laut sebagaimana yang dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura.

Sebaik-baik sahaja ditubuhkan, DAP sudah mula mempersoalkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan membabitkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, kedudukan dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera, malah mendesak agar pendidikan sekular yang berasaskan pendidikan Cina dijadikan sebagai pendidikan negara.

Kalau di negara lain, khususnya di Amerika Syarikat, kesemua pemimpin DAP terutama sekali Lim Kit Siang, sudah lama mati ditembak, disuntik racun atau digantung mahupun dimasukkan ke dalam kebuk gas beracun kerana melakukan serangan ke atas Perlembagaan negara. 

Bagaimanapun di Malaysia tidak begitu. Itulah sebabnya, Lim Kit Siang dengan muka tidak malu dan tidak bersalah, tidak mengaku yang dia terlibat dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 sebagai instigator walaupun hakikatnya tragedi berdarah itu dicetuskan oleh keterujaan DAP memenangi kerusi-kerusi bandaran terutama sekali Kuala Lumpur selepas sepanjang kempen mengapi-apikan sentimen para pengundi Cina.

Kelemahan Kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang demi kedaulatan Perlembagaan, terlalu banyak kali dibuktikan oleh DAP apabila DAP secara terang-terangan menghina institusi raja-raja Melayu dan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, menyokong seks songsang malah sehingga menubuhkan jawatankuasa menyokong LGBT di negara ini, mendesak penghapusan tulisan jawi tetapi mengekalkan tulisan Cina, azan, mempertikaikan amalan korban umat Islam, memperolok-olokkan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terutama yang berkaitan dengan sambutan Hari Valentine, menghina cara berpakaian Islam, cubaan menukar nama kampung Melayu kepada Cina seperti yang cuba dilakukan di Sekinchan, menuduh sekolah-sekolah agama menghasilkan pengganas, menolak RUU 355 yang bertujuan mengukuhkan mahkamah syariah yang langsung tiada kaitan dengan mereka, menggelarkan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai syaitan, bahkan bercakap besar agar Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 diulangkan semula, menolak Bahasa Kebangsaan, malah menuntut agar kutipan zakat turut diberikan kepada bukan Islam, khususnya Cina kerana kononnya Cina paling ramai membayar cukai.

Ironinya, ada pula di kalangan Melayu-Bumiputera yang mendakwa, semua itu dilakukan oleh DAP untuk mempertahankan Perlembagaan!

Justeru apabila Mufti Pahang yang sekarang ini sedang didesak oleh DAP agar diperosokkan ke dalam penjara atas tuduhan dan di bawah Akta Hasutan enggan meminta maaf atau menarik balik kenyataannya tentang KAFIR HARBI, ia adalah sesuatu yang wajar diberikan pujian. 

Sepatutnya, ramai pemimpin DAP yang sudah dimasukkan ke penjara di bawah Akta Hasutan kerana memerangi dan memusuhi Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan tentang KAFIR HARBI yang telah ditokok tambah serta diterjemahkan sebagai darah Kit Siang halal ditumpahkan oleh pemimpin-pemimpin DAP mahupun portal berita pro mereka, Malaysiakini, seharusnya membuatkan pihak berkuasa lebih tahu, siapa sebenarnya yang menjadi mangsa dalam kes ini.

Maaf cakaplah, KAMI MENYOKONG MUFTI PAHANG SEPENUHNYA yang telah difitnah oleh portal pro-DAP selain putarbelit mengherotkan istilah KAFIR HARBI di luar konteks kenyataan Mufti Pahang!!! (RUJUK SINI)


BERANIKAH DAP MEMBUKTIKAN PARTI MEREKA TIDAK RASIS DENGAN MELANTIK CALON SELAIN CINA MEMANGKU JAWATAN KETUA MENTERI PULAU PINANG?!!!



Kalau kena kepada pemimpin UMNO-BN, walaupun tidak ditangkap dan ditahan oleh SPRM, malahan sekadar tuduhan sahaja yang dilemparkan, sudah pasti DAP akan menyalak sakan mendesak agar pemimpin tersebut meletak jawatan, sekiranya pemimpin itu mempunyai jawatan. Kalau sebagai Ahli Parlimen atau ADUN, didesak dan ditekan agar jawatan-jawatan tersebut dikosongkan serta dipangku oleh orang lain. Kononnya sebagai memelihara integriti dan memastikan siasatan SPRM tidak diganggu.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang yang banyak mulut, cukup angkuh dan sentiasa berasakan dia berasa di atas undang-undang, Lim Guan Eng, telah diheret ke mahkamah untuk didakwa atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan melakukan rasuah bersama-sama rakan seperbuatannya, Phang Li Koon.

Maka di sinilah untuk kita memerhatikan benarkah DAP mengamalkan dasar bukan rasis dan bukan anti agama tertentu. Adakah Lim Guan Eng akan meletakkan jawatan atau 'bercuti sementara' dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, atau akan terus memegang jawatan itu serta jawatan-jawatan lain dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dengan seribu satu macam alasan bagi mengelakkan penghakisan kuasa dan pengaruhnya?



Pulau Pinang mempunyai dua orang Timbalan Ketua Menteri. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang adalah Haji Rashid Hasnon, ADUN Pulau Jerejak yang telah dilantik ke jawatan itu pada Mei 2013. Dia telah menggantikan Mansor Osman yang telah bertanding dan memenangi Parlimen Nibong Tebal pada PRU-13.

Manakala Timbalan Ketua Menteri II pula adalah P.Ramasamy, ADUN Prai yang sangat membela kumpulan pengganas Tamil Eelam yang melakukan keganasan di Sri Lanka. P. Ramasamy sebelum ini terlibat dalam kontroversi apabila menggelarkan pendakwah terkenal dunia, Dr. Zakir Naik sebagai syaitan.

Berbanding P. Ramasamy yang kuat menjilat Lim Guan Eng, nama Rashid Hasnon agak kurang terkenal. Bahkan tidak banyak berita tentangnya sama ada dalam media pro-DAP, apatah lagi yang pro-BN. Tiada kontroversi, juga tiada polemik, Rashid dilihat hanya makan gaji buta sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang juga tidak mempunyai sebarang kuasa serta tidak boleh membuat sebarang keputusan.

Dengan penahanan Lim Guan Eng, bermakna jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, perlu dikosongkan dan dilepaskan bagi membolehkan pentadbiran negeri berjalan lancar dan tidak konflik dengan kepentingan peribadi Lim Guan Eng sekaligus tidak mengganggu kelancaran proses undang-undang ke atas Lim Guan Eng.

Adakah DAP benar-benar akan mengotakan kata-kata mereka bahawa DAP bukannya sebuah parti berasaskan kaum atau kepercayaan agama tertentu? Adakah transaksi kuasa akan dipindahkan kepada Timbalan Ketua Menteri I atau Timbalan Ketua Menteri II yang bukan Cina dan tidak juga beragama Katholik?

Atau DAP terus mengamalkan CHINESE FIRST sepertimana yang telah mereka lakukan dalam melantik ketua-ketua penting negeri walaupun yang dilantik itu merupakan individu yang paling kurang mendapat sokongan daripada akar umbi DAP sendiri?


FACEBOOKER CARI 'GLAMOUR' APABILA ANCAM MAHU PENGGAL KEPALA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH SARAWAK!!!



Seperti yang dijangkakan, kematian Bill Kayong telah digunakan secara meluas dan bersungguh-sungguh oleh pembangkang dan penyokong mereka untuk mencetuskan ketidaktenteraman serta kekacauan di Sarawak.

Media-media sosial seperti Facebook, dipenuhi dengan pelbagai ancaman termasuklah persepsi bahawa pembunuhan Bill Kayong adalah untuk menutup mulutnya daripada memperjuangkan hak rakyat, khususnya tanah NCR.

Malah ada pihak yang cuba menaikkan sentimen kaum Dayak dengan menyatakan 'You Touch One Dayak, You Touch One Borneo' walaupun berselindung di sebalik laungan kononnya mereka mahu menuntut keadilan dan penyiasatan menyeluruh ke atas kematian Bill Kayong.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar bahawa kematian Bill Kayong tiada kena mengena dengan politik atau perkauman, mencetuskan kemarahan pihak-pihak tertentu yang benar-benar ingin melihat kematian Bill Kayong adalah disebabkan serangan ke atas orang Iban dan politik Sarawak yang lebih banyak.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


DAH ELOK SANGATLAH BUAT PARTI BARU... DAH BAKAR BENDERA, BUKU PERLEMBAGAAN DAN BAJU UMNO PUN!!!



Puak ProTun sekarang ini melupakan sejenak cerita angan-angan mereka kerana memberikan tumpuan dan pembelaan kepada Lim Guan Eng yang ditahan serta ditangkap oleh SPRM serta didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown pagi ini.

Namun, berita-berita tentang Ketua-Ketua Cawangan UMNO terutama di Sabah keluar dari UMNO, tetap menarik perhatian, sehinggakan berita kononnya UMNO Bahagian Semporna telah ditutup secara rasmi kerana tiada lagi ahli yang tinggal, sebelum dinafikan oleh beberapa orang pemimpin UMNO tempatan, turut mendapat reaksi yang besar oleh golongan ProTun.

Gambar-gambar pembakaran buku perlembagaan, baju UMNO mahupun bendera UMNO turut mendapat tempat di media-media sosial.

Muhyiddin dan Mukhriz yang telah dipecat dari UMNO kerana persekongkolan dan sokongan mereka kepada parti pembangkang, telah diangkat sebagai pejuang rakyat oleh ProTun.

Walaupun di Sabah khususnya Semporna dan Kinabatangan, berlakunya drama keluar parti oleh golongan oportunis yang diketahui tidak mempunyai kekuatan sokongan akar umbi, malah di Pagoh juga berlakunya perkara yang sama, di Ayer Hitam dan Jerlun lain pula kisahnya. Tiada sebarang perubahan dan tiada juga sebarang peristiwa keluar parti.

Muhyiddin mahupun Mukhriz Mahathir masih lagi meroyan dan gila talak dengan UMNO. Sehingga setakat ini, hanya suara-suara sumbang yang kedengaran kononnya kedua-duanya yang dirancang sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri oleh bekas Perdana Menteri, tidak mengambil tindakan selanjutnya.


Selepas tiada keinginan untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen, Mukhriz dan Muhyiddin sepatutnya melakukan gerakan yang lebih agresif untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional menerusi penyertaan ke dalam parti politik lain mahupun menubuhkan sebuah parti politik baru sebelum bergabung dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan UMNO-BN.

Dengan berita-berita yang bersungguh-sungguh pula golongan ProTun menyebarkannya, sudah tentulah parti baru yang mana Muhyiddin adalah Presiden dan Mukhriz sebagai Timbalannya, akan mendapat sokongan utuh untuk tujuan tersebut. Kalau mereka menang dan menyingkirkan Najib Abdul Razak, bolehlah mereka menyertai UMNO semula dengan membubarkan parti baru yang mereka terajui dan telah berjaya menjadikan mereka sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Manakala yang membakar bendera, baju UMNO mahupun seronok menonton muka sendiri dalam televisyen ketika berita mereka keluar dari UMNO pula, sudah bolehlah memasang cita-cita untuk mendapat jawatan sepertimana yang berlaku kepada mereka yang pernah membakar bendera dan mengencingi bendera UMNO sewaktu zaman Semangat 46 dan Reformasi dahulu.

Takkan hanya berani menyalak sahaja tetapi masih tetap meroyankan UMNO yang dikatakan menjadi pembela Najib Abdul Razak, padahal UMNO yang sama jugalah yang membela Dr. Mahathir sehingga orang tua itu berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun!!!


KEPALA HOTAK KORANGLAH!!! ASAL KENA KAT GUAN ENG, SEMUANYA SANDIWARA!!!


Penahanan Lim Guan Eng akhirnya mencetuskan polemik dan drama murahan oleh para penyokong DAP, malahan rakan-rakan sekongkol Setiausaha Agung DAP itu. Dan seperti biasa, bagi mereka, penangkapan dan penahanan Lim Guan Eng hanyalah salah satu drama untuk menutup kebobrokan dalam pentadbiran Najib Abdul Razak.

Basi sungguh alasan yang diberikan terutama apabila Lim Guan Eng cuba digambarkan sebagai makhluk paling suci yang tidak melakukan sebarang kesalahan, malahan tidak bernafsu langsung untuk melakukan rasuah, sekalipun bukti-bukti yang dipaparkan amat jelas tentang salahlakunya. Bahkan Lim Guan Eng sendiri memberikan pelbagai jawapan-jawapan tidak masuk akal apabila didesak sebelum ini membabitkan banyak isu penyelewengan dan rasuah.

Antara mereka yang terawal memberikan komen selepas SPRM menangkap Lim Guan Eng adalah Exco Negeri yang berasal dari Kuala Lumpur, Chow Kon Yeow. Menurutnya, Lim Guan Eng tidak akan dituduh rasuah dalam isu tanah Taman Manggis, sebaliknya membabitkan tanah yang pengezonan semula di Balik Pulau yang dipohon oleh Magnificent Emblem Sdn. Bhd. yang mana Phang Li Koon adalah salah seorang pemilik syarikat terbabit.

Menurut Chow Kon Yeow, permohonan Magnificent Emblem itu telah ditolak oleh pentadbiran negeri. Phang Li Koon dalam Akuan Bersumpahnya menyatakan, dia tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Chow Kon Yeow menyatakan, penangkapan Lim Guan Eng itu tidak berasas langsung, bahkan sebenarnya bertujuan untuk mematikan kerjaya politik Lim Guan Eng. (RUJUK SINI)

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pula menyatakan sokongan teguhnya kepada Lim Guan Eng dan menyifatkan penahanan Lim Guan Eng adalah satu bentuk serangan terhadap sebuah kerajaan negeri yang jujur dan telus selain tidak menyenangi usaha-usaha Lim Guan Eng melakukan transformasi pentadbiran yang boleh dijadikan contoh dan rujukan. (RUJUK SINI)

Pengerusi DAPSY, Wong Kah Woh pula berkata, penahanan Lim Guan Eng adalah satu bentuk gangguan politik peringkat tertinggi membabitkan agensi Kerajaan Persekutuan peringkat negeri. SPRM menurutnya telah digunakan oleh Perdana Menteri, Najib Abdul Razak untuk menutup mulut saingan politiknya. Dia turut menuduh UMNO dan BN yang merancang penahanan tersebut. (RUJUK SINI)

Yang Dipertua PAN Pulau Pinang, Mujahid Yusuf pula menyatakan, penangkapan Lim Guan Eng itu bertujuan untuk menjatuhkan moral para penyokong Pakatan Harapan. Menurutnya, SPRM bertindak keterlaluan dengan menangkap dan menahan Lim Guan Eng, walaupun Lim Guan Eng telah memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan kepada SPRM sebelum ini. Katanya lagi, Lim Guan Eng tidak perlu ditahan, kerana arahan untuk ke mahkamah pagi ini pasti akan dipatuhi oleh Lim Guan Eng. (RUJUK SINI)

Tony Pua pula menyatakan, penangkapan Lim Guan Eng tidak dibuat berasaskan undang-undang. Sebaliknya penahanan tersebut adalah dibuat untuk melumpuhkan pembangkang menjelang PRU-14. Ini adalah ekoran kegagalan Barisan Nasional merampas Pulau Pinang pada PRU-13 yang lepas.

Kenyataan-kenyataan ini sama sekali berbeza ketika bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo ditahan oleh SPRM dan dilokapkan sebelum didakwa kerana kesalahan yang sama. Bahkan DAP begitu teruja untuk menjatuhkan hukuman lebih awal kepada Dr. Khir Toyo.

Anehnya, apabila ketua mereka ditahan dan ditangkap serta diperlakukan dengan cara yang sama, mereka mula menyalak dan menganggap semua ini hanyalah sandiwara SPRM untuk menyelamatkan Najib Abdul Razak.

Yang buat kerja rasuah dan salahguna kuasa adalah Lim Guan Eng. Mengapa para penyokongnya takut sangat Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah?


HARAP-HARAP TIADA TEROWONG CAHAYA UNTUK LIM GUAN ENG SEBAGAIMANA DESAKAN DAP DAN KONCO-KONCO MEREKA SEKARANG!!!



Akhirnya Lim Guan Eng berjaya juga diberkas selepas desakan demi desakan dibuat terhadap SPRM yang dilihat amat lembab, perlahan dan seperti tidak berminat dalam kes melibatkan Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang sangat angkuh dan berasa dirinya sangat kebal dari undang-undang Malaysia itu, akhirnya ditangkap dan esok, akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown atas dakwaan rasuah. 

Rasa-rasanya sekarang ini, kebanyakan kedai di Georgetown sudah kehabisan bekalan lilin kerana kebanyakan zombi sedang berkhemah dan berkumpul di luar pejabat SPRM Pulau Pinang.

Dengan sejumlah besar bukti yang ditampilkan kepada awam, yang tidak mampu dinafikan oleh Lim Guan Eng mahupun jawapan-jawapan bersifat lawak jenaka yang berkesudahan dengan melabelkan orang lain sebagai BODOH dan CELAKA oleh Exco-Exco yang ditugaskan untuk membantu Lim Guan Eng, ia seperti sudah menutup semua lubang buat Lim Guan Eng melepaskan diri. Hanya masa sahaja yang membolehkan Lim Guan Eng lepas bebas sehingga ke hari ini, termasuklah pagi nanti setelah dia dianugerahkan jaminan oleh mahkamah dengan jumlah jaminan tunai atau bon tertentu. 


Ketakutan dan kebimbangan serta rasa bersalah Lim Guan Eng mudah dikesan setiap kali dia cuba mengelak menjawab soalan-soalan atau memberikan jawapan kepada soalan yang tidak ditanya pun. Disebabkan inilah, penghormatan besar diberikan kepada Datuk Huan dan Lim Sian See yang tidak jemu-jemu dan letih-letih menyiarkan serta mendedahkan salahlaku Lim Guan Eng yang dipandang maksum oleh para pengikut dan penyanjungnya. Kedua-dua mereka benar-benar telah menghantui dan memburu Lim Guan Eng sehingga akhirnya SPRM tidak ada pilihan lain kecuali menahan Lim Guan Eng bagi mengelakkan sentimen menggelegak di kalangan masyarakat awam. 

Inilah yang tidak dimiliki oleh zombi dan ProTun. Mereka sepatutnya memiliki bukti-bukti yang mencukupi untuk mengheret seseorang ke mahkamah dan bukti-bukti yang lebih kukuh untuk mensabitkan kesalahan sepertimana yang mereka tuduh dan jaja. Meroyan di dalam Facebook dan kemudian mengitar semula artikel-artikel WSJ selain tuduhan-tuduhan sensasi tanpa bukti, hanyalah sesuai untuk tukang-tukang lakon sedangkan pada masa yang sama, orang awam semakin bosan dengan berita-berita yang dikitar berkali-kali dengan telatah meroyan mereka. 

Saya berbuka puasa bersama salah seorang peguam terkenal tanahair. Menurutnya, Lim Guan Eng tidak lagi dapat melarikan diri kerana kesnya akan berdasarkan kes melibatkan Khir Toyo.

Jadi, bye-bye Guan Eng!!!

Selamat berpuasa.

AZMI ARSHAD


Wednesday, June 29, 2016

ESOK PAGI, PHANG LI KOON DAN LIM GUAN ENG AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SESYEN GEORGETOWN BERSAMA-SAMA!!!



Ahli perniagaan merangkap bekas rakan perniagaan Betty Chew, isteri Lim Guan Eng dilaporkan akan didakwa bersama-sama Lim Guan Eng, esok pagi. 

SPRM Pulau Pinang menyatakan Phang telah diberkas di pejabatnya di Menara Penang Garden. Menara Penang Garden terletak bersebelahan dengan pejabat SRM di Jalan Northam. 

"Phang telah diberkas pada pukul 4:15 petang di tingkat enam pejabatnya," kata kenyataan itu. 

SPRM juga berkata, arahan penangkapan telah dikeluarkan selepas menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara. 

Tweet dari Ketua Biro Channel News Asia di Malaysia, Melissa Goh berkata, "Phang telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM1 juta. 

Jam 5:45 petang, Lim Guan Eng telah diberkas di pejabatnya di KOMTAR dan dibawa ke pejabat SPRM oleh enam orang pegawai. 

Lim Guan Eng dan Phang akan dihadapkan secara bersama di Mahkamah Sesyen George Town esok jam 10:00 pagi untuk berhadapan dengan tuduhan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta SPRM kerana menggunakan pejabat atau kedudukan bagi kegiatan rasuah dan memperolehi barangan berharga tanpa melalui proses sebenanrya dalam traksaksi perniagaan oleh penjawat awam. 

Pada 22 Mei lalu, pegawai-pegawai SPRM telah melawat kediaman Lim di Jalan Pinhorn ekoran kontroversi pembelian banglo tersebut di bawah harga pasaran. Urusniaga tersebut kemudiannya dikaitkan dengan penjualan sebidang tanah kerajaan negeri. 

Dalam penafiannya, Lim Guan Eng menegaskan tidak terdapat sebarang salah laku dalam pembelian hartanah tersebut.

Setiausaha Agung DAP itu mendakwa, dia tidak tahu tentang harga pasaran banglo yang dibelinya pada tahun lepas dengan harga RM2.8 juta memandangkan ia adalah berdasarkan kepada persetujuan lisan antara isterinya, Betty Chew dengan pemilik banglo tersebut, Pang Li Koon pada tahun 2012.

Hartanah di kawasan tersebut dikatakan bernilai antara RM6 juta dan RM6.5 juta.


EKORAN GUAN ENG DIBERKAS SPRM, RBA DAN TENTERA DAP MULA MEMBALAS DENDAM!!!!



Ketika perhatian politik negara ini sedang tertumpu kepada UMNO, Najib dan kumpulan ProTun yang telah kehilangan jawatan serta kedudukan selain gelagat Tun Mahathir yang semakin kuat nyanyuknya, DAP yang mula menyedari taktik-taktik mereka sudah lapuk untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina, mula melakukan sesuatu dengan pantas. Apatah lagi DAP perlu mencari jalan untuk membalas dendam apabila TOKONG mereka, Lim Guan Eng diberkas oleh SPRM kerana dakwa

DAP sudah kembali ke perangai lamanya. Kembali menggunakan taktik-taktik zaman awal penubuhannya yang mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969 iaitu kebencian terhadap kaum-kaum tertentu di Malaysia, kebencian terhadap agama Islam dan strategi hasutan.

Sepanjang minggu ini dan minggu lepas sahaja, Malaysiakini yang merupakan suara DAP di dunia portal, memainkan isu-isu berikut:

1. Tunku Aziz menyatakan Cina tidak mempunyai hak untuk memenangi pilihanraya.

Hakikatnya: Tunku Aziz tidak pernah menyatakannya. Itu semua hanyalah cubaan putarbelit oleh pembaca Malaysiakini dan disiarkan dalam kolum 'Your Say' Malaysiakini.

2. PERKASA berang apabila CEO MAS menuduh Melayu malas.

Hakikatnya; CEO MAS tidak pernah berkata begitu. Dia cuma kata, dia nampak orang tidur semasa sedang bekerja, dan ia adalah benar.

3. Kit Siang menangis kerana Mufti Pahang berkata, darahnya halal dan dia boleh dibunuh.

Hakikatnya: Mufti Pahang tidak pernah berkata, darah Kit Siang halal atau dia boleh dibunuh. Mufti Pahang ada menggunakan istilah Kafir Harbi tetapi menghalalkan darah seseorang, ditambah dan ditokok oleh Malaysiakini dan media-media lain. Sekarang, orang ramai percaya, Mufti yang keluarkan kenyataan sebegitu.

4. Majlis Bandaraya Ipoh mengamalkan sikap perkauman apabila tidak membenarkan Sari untuk program hari raya.

Hakikatnya: Memang MBI ada menyatakannya tetapi kemudian mereka meminta maaf dan mengeluarkan kenyataan separuh masak, sari tidak lagi diharamkan.

5. RBA kembali berkongsi dan menviralkan kes rogol dan bunuh tahun 2006 membabitkan seorang gadis Cina bernama Chee Ghaik Yap oleh seorang lelaki Melayu anak seorang ahli perniagaan bergelar Dato'. RBA mendakwa lelaki tersebut telah dibebaskan oleh mahkamah. Kes ini adalah kes sensitif di mana seorang gadis jelita Cina yang berasal dari keluarga miskin telah dirogol dan dibunuh oleh seorang pemuda Melayu kaya yang kejam. RBA cuba menimbulkan kemarahan kaum Cina terhadap Melayu.

Hakikatnya: Kerajaan telah merayu kes tersebut dan berjaya memperolehi hukuman mati ke atas pemuda itu tahun lepas.

DAP dan juak-juaknya seperti RBA dan Malaysiakini akan lebih giat menggunakan isu-isu sebegini bagi menarik kembali sokongan masyarakat Cina kepada mereka. Keputusan PRN Sarawak, benar-benar mengejutkan DAP. Begitu juga dengan keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, membuatkan DAP kembali memilih kaedah lama mereka!

LIM GUAN ENG DITANGKAP SPRM TAPI PEGUAMNYA, SN RAYERN CUBA NAFIKAN!!!



Kata sesetengah orang spekulasi...

Kata sesetengah orang yang lain, cubaan mengalih perhatian selepas Exco Pulau Pinang, Lim Hock Seng memalukannya dan DAP kerana menjadi pendebat yang hanya tahu menyumpah tetapi tidak tahu fakta. Tidak cukup setakat itu sahaja, terkantoi oleh pertanyaan Liang Teck Meng.

Namun twitter Lim Kit Siang mendahulu pengesahan yang anak lelakinya, Lim Guan Eng telah ditangkap oleh SPRM atas dua tuduhan rasuah.


Dilaporkan, Guan Eng digiring oleh beberapa orang pegawai SPRM selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di pejabatnya di KOMTAR petang tadi. Bagaimanapun, peguamnya, SN Rayer menafikan Guan Eng telah ditangkap oleh SPRM walaupun Lim Guan Eng juga disahkan telah mengadu diserang sakit jantung semasa ditahan oleh pegawai-pegawai SPRM.

Beberapa laporan yang telah disahkan, menyatakan, Lim Guan Eng kini berada di pejabat SPRM Pulau Pinang.

Sebelum itu, Phang Li Khoon yang merupakan orang tengah dalam banyak urusniaga hartanah, termasuklah dengan Betty Chew, isteri Guan Eng, dipercayai telah ditangkap oleh polis dan SPRM. Tidak diketahui di mana dan bila Phang ditangkap tetapi seorang pegawai kanan negeri mengesahkan penangkapan tersebut.


Pagi tadi, Lim Guan Eng yang tahu sebelah petang dia akan berhadapan dengan masalah, meroyan dan menuduh semua pihak cuba menentang dan menyerangnya. Selepas semalam menuduh Rahman Dahlan dan Liang Teck Meng pula menyerangnya pada pagi tadi, akhbar China Press juga dituduh menyerangnya walaupun selama ini dikatakan China Press rapat dengannya.

Ini adalah kerana ucapan yang dibuatnya semalam di Institut Pulau Pinang yang dibiayai oleh Kerajaan Pulau Pinang, dia telah memberi amaran kepada Institut tersebut kerana kerajaan negeri telah banyak membiayai mereka sekaligus membuatkan institut tersebut mesti menunjukkan taat setia mereka kepada DAP dan dirinya.

"Jangan gigit tangan yang memberi makan tetapi anda boleh menyalak."




Guan Eng menafikan yang dia mencemuh dan tidak menghormati para pengkaji di Institut Pulau Pinang dengan mengatakan, menggunakan istilah ANJING tidak bermakna menghina mereka. Katanya, orang barat menganggap anjing sebagai makhluk yang perlu disayangi walaupun di Timur, ia adalah berlawanan. Punyalah pembohongnya si Guan Eng kerana istilah ANJING (dog atau bitch) juga membawa maksud penghinaan.

Namun, media berbahasa Cina, ahli akademik dan netizen tidak gemarkan kenyataannya dan mula menyerangnya.

Nampaknya Guan Eng hanya mampu berkata, seluruh dunia tidak menyukainya dan bersatu untuk menyerangnya walaupun dia adalah sejenis makhluk yang suci murni.


Saturday, June 25, 2016

MASTERDEDAH DEDAHKAN ZURAIDA KAMARUDDIN DAPAT HADIAH KERETA MEWAH DARI SYARIKAT BERPENDAPATAN RM4.6 JUTA SETAHUN!!!!



1. Pendedahan masterdedah sebelum ini telah mendedahkan 9 buah kenderaan milik Zuraida Kamaruddin MP Ampang merangkap Ketua Wanita PKR. 8 kenderaan didaftarkan atas namanya ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN IC: 580314-71-5206 beralamat LOT 98, LORONG TANJONG 9, KAMPUNG MELAYU AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR iaitu;

i. BAT1111 - KERETA TOYOTA VELLFIRE
ii WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200
iii. W2956U - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
iv. W6901J - KERETA HONDA CIVIC HYBRID
v. WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
vi. WTY1547 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
vii. WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T
viii. BHT63 - MOTOSIKAL DEMAK EX 90

Salah satu kenderaan milik Zuraida Toyota Fortuner


Dua kenderaan mewah Zuraida yang mempunyai Emblem Ahli Parlimen
WTY 575 dan WRL 575 mempunyai jumlah
saman terkumpul RM3,950
2. Hanya satu kenderaan menurut sumber dalaman Pakatan Harapan (Team R) menyatakan sebuah kereta Mercedes Benz S280 dihadiahkan oleh sebuah syarikat kepada Zuraida nombor plat BNT9138 yang didaftarkan dengan JPJ pada 13 April 2016. 

Hebat Zuraida @ Mak Lampir ini. Timbalan PKR Negeri Selangor apa yang beliau tidak boleh lakukan? Rafizi pernah menasihatkan "Kak Zu" tentang Kartel AA
3. Semakan menunjukkan kereta BNT 9138 didaftarkan atas nama syarikat;

HANSPEC (M) SDN BHD
Suite 6.01 6th Floor
MENARA TKSS NO 206
JALAN SEGAMBUT 
51200 KL

4. Siapakah syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd ini? Apakah hubungan Zuraida? Adakah perniagaan keluarga, rakan kongsi atau proksi Zuraida? 

5. Maklumat SSM mendapati Syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd dimiliki oleh orang cina iaitu; 
- Lee Keat Keong
- Lee Ban Chew
- Phoon Sow Cheng
Berasal dari Petaling Jaya Selangor. Syarikat yang terlibat dalam bidang 'Optical products' ini mempunyai nilai aset syarikat RM 2,707,401 juta dan pendapatan tahunan RM 4,659, 944 juta. Dan aktif sehingga kini!


Hanspecs bukan dimiliki oleh Zuraida atau ahli keluargnya



mempunyai nilai aset syarikat RM 2,707,401 juta dan
pendapatan tahunan RM 4,659, 944 juta.

6. Apakah yang telah Zuraida MP Ampang sumbangkan khidmat kerja kepada Hanspec? Adakah lesen Pihak berkuasa tempatan ( PBT), lokasi strategik, atau syarikat mendapat tender atau bekalan perolehan dari PBT atau Kerajaan Negeri Selangor?. Atau mungkin mendapat tanah negeri untuk kilang dan sebagainya. Ia sangat misteri. Tidak mungkin syarikat ini tiada kepentingan?

7. Zuraida selaku Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga Ketua Wanita PKR Pusat mesti memberi jawatan segera kepada rakyat. Sikapnya yang meminta pihak yang menuduhnya tampil ke depan tidak perlu dilayan kerana selama ini pemimpin Pakatan banyak menuduh kerajaan dan meminta penjelasan daripada kerajaan walaupun tuduhan itu dikemukakan dalam media sosial atau media massa.

8. Zuraida perlu menjelaskan dari mana dia mendapat kekayaan yang cepat sehingga memiliki 8 kenderaan ( belum dikira harta lain). Sebagaimana Rafizi tentu Zuraida juga boleh isytiharkan hartanya. Zuraida juga perlu menjawab benarkah beliau menguasai semua projek PBT bawah RM3 juta peruntukan Marris menggunakan kuasa Azmin Ali MB. YB Tian Chua Naib Presiden PKR mengesahkan perkara ini.


NOTA THE SAVIOUR:

Pendedahan dan detail yang diberikan oleh blog tersebut, memerlukan jawapan yang lebih konkrit daripada Zuraidah Kamaruddin yang sememangnya latar belakang Ahli Parlimen Ampang itu bukannya rahsia awam. Zuraidah tidak boleh meloncat-loncat dan melompat-lompat seperti yang biasa dilakukannya apabila dia terkantoi. Dia kena lebih matang dan lebih menyerupai seorang ahli Profesional seperti yang dia mahu awam melihatnya.

Jawapan-jawapan klise seperti yang sering diberikan oleh para pemimpin politik, sudah tidak diperlukan. Dua penggal Zuraidah sebagai Ahli Parlimen Ampang, sepatutnya telah menjadikan dia sebagai seorang Ahli Parlimen yang tahu bagaimana hendak menjawab setiap persoalan tanpa perlu memberikan jawapan klise, berputar belit mahupun mengalihkan isu.

Friday, June 24, 2016

BERITA BESAR SANGAT KE, MUHYIDDIN YASSIN DAN MUKHRIZ DIPECAT DARI UMNO?



Pemain-pemain media sosial sedang sibuk menyalurkan berita-berita tentang pemecatan Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin dari UMNO. Para penyokong kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu juga, turut menggunakan media-media sosial untuk melepaskan geram.

Keluar masuk pemimpin ke dalam UMNO bukannya perkara baru. Dari zaman Allahyarham Datuk Onn sehinggalah ke zaman Najib, ramai pemimpin UMNO, sama ada yang kecil tidak bernama, sehinggalah yang besar dan dikatakan mempunyai pengaruh, keluar masuk UMNO.

Namun, UMNO tetap begitu juga. Ahli-ahli UMNO tetap waras dan rasional kerana walau apa pun tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, pendirian akhirnya ialah, parti lebih diutamakan berbanding pemimpin yang keluar masuk. 

Kita tidak membicarakan tentang Muhyiddin yang kita lihat, pemecatannya adalah untuk mengurangkan kesan kerosakan pada imej parti memandangkan kes aib yang sedang dihadapinya di mahkamah. Apatah lagi, Muhyiddin sendiri pun sudah mulai kendur dan tidak lagi menunjukkan minat untuk terus memperjuangkan kedudukannya dalam UMNO setelah cuba menentang arus dalam konspirasi yang ternyata telah mengalahkannya.

Tiada yang lebih menarik berbanding Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah yang telah diberikan tepak bersulam, keris panjang, dastar dan persalinan busana tanpa dia perlu bersusah payah seperti para pemimpin UMNO yang lain hanya kerana dia adalah anak lelaki Dr. Mahathir Mohamad.

Mukhriz pernah dicanangkan sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO yang sangat berpotensi. Kenyataan yang sebenarnya sangat jauh daripada realiti terutama apabila sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir tidak mempunyai keupayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Mukhriz sendiri hanya mampu mengumpulkan sejumlah kecil pengikut setia yang tidak memberikan sebarang pengaruh besar kepada UMNO walaupun mereka kelihatan cukup lantang di dalam media sosial, khususnya Facebook.

Keputusan yang dibuat oleh MT UMNO hari ini, sebenarnya merupakan tindakan yang tepat. UMNO mempunyai terlalu ramai pengkhianat yang bekerjasama dengan pihak lawan dalam usaha mereka mengejar kuasa dan mempertahankan kartel-kartel yang menjadi sumber kewangan utama mereka.

Sebahagian besar pengikut Mukhriz dan pengkagum Tun Dr. Mahathir yang masih berada di dalam UMNO, seharusnya mengikut jejak Mukhriz yang dipecat oleh parti. Dalam mana-mana parti sekalipun, tiada guna menyimpan ahli-ahli yang bersikap khianat dan menikam dari belakang.

Apatah lagi, sudah menjadi lumrah, keluar masuk ahli-ahli yang disingkir ke dalam parti bukanlah perkara besar yang bersifat terhad. Dr. Mahathir sendiri pun tiga kali keluar masuk UMNO. Kali pertama dia dipecat oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman yang disokong kuat oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail. Kali kedua dia sendiri keluar dari UMNO Baru yang ditubuhkannya sebagai pencetus kepada penolakan kepimpinan Abdullah Badawi dan kali ketiga, beberapa bulan lalu dalam usahanya untuk menggulingkan Najib Abdul Razak, sekaligus memberikan tekanan kepada Najib agar taukeh-taukeh kapitalis terus dihidupkan dengan projek-projek kerajaan.

Kalau Tengku Razaleigh dan hardcore-hardcore UMNO pada tahun 1987 dan Anwar Ibrahim berjaya mewujudkan gelombang besar selepas mereka dikeluarkan dari UMNO, sama ada kerana UMNO diharamkan atau kerana masalah disiplin, UMNO kekal berdiri tegak dengan sokongan dan dokongan ahli-ahli serta penyokong-penyokongnya.

Ini kan Mukhriz dan Muhyiddin yang tidak ada faktor 'wow' untuk dijadikan faktor utama gelombang besar!


NYANYUK MAHATHIR SEMAKIN TERUK, HUJUNG-HUJUNG USIANYA PENYAKIT HATINYA JUGA SANGAT PARAH!!!



Mahathir fikir, rakyat secara keseluruhannya adalah bodoh. Mahathir masih lagi terperangkap dalam dunia tahun 40-an, dunia remajanya. Dia memikirkan masyarakat zaman sekarang, sama seperti zaman 40-an, 50-an, 60-an mahupun 70-an yang cukup menyanjung feudal, malahan beranggapan satu dosa besar kalau bercakap menyanggah golongan itu.

Atau Mahathir sebenarnya mengalami masalah rendah diri yang sangat teruk memandangkan pada zamannya, orang sepertinya yang biasa disebut DKK, kurang dipercayai, dihargai mahupun diberikan peluang oleh masyarakat Melayu Kedah.

Ada banyak latar belakang Mahathir yang tidak diketahui oleh orang ramai. Kecuali latar belakang yang bertujuan untuk propaganda, Mahathir sebenarnya seorang yang misteri, sama misteri dengan pendiriannya dalam perjuangan Melayu kerana tindakan dan kecenderungannya apabila berkuasa, terlalu berbeza dengan retorik perjuangan Melayu yang dilafazkannya.

Tetapi sesuatu yang perlu dipuji tentang Mahathir ialah ketepatan janji. Sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri, dia tidak pernah berjanji untuk membangunkan Melayu-Bumiputera, sebaliknya hanya berjanji untuk membangunkan negara. Jadi, dia bangunkan negara dengan menggunakan proksi-proksi dan kelompok SUPERBUMIPUTERAnya. Sebahagian besar kekayaan negara, dicurahkan kepada kelompok tersebut. Mereka tidak sahaja dibayar oleh kantung negara, tetapi rakyat juga perlu membayar untuk mereka kekal kaya selama beberapa dekad.

Kerana itulah, ekuiti pemilikan Melayu-Bumiputera sepanjang 22 tahun pentadbirannya, tidak meningkat walaupun pada masa yang sama, ikan-ikan bilis sebelum pentadbirannya, bertukar menjadi megalodon apabila dia berkuasa dengan pelbagai projek kerajaan.

Kenyataan terbaru Mahathir nyata menunjukkan sisi misterinya. Keangkuhan dan keegoan di sebalik kehampaan dan kekecewaan setelah terbukti segala cerita-cerita muluk tentangnya, terbukti tidak benar. Dia diberitahu kononnya mempunyai sokongan yang sangat kuat dari kalangan rakyat marhein, tetapi ternyata, dalam ceramah-ceramah yang disampaikannya, jumlah kehadiran terlalu kurang dan langsung tidak menepati sasaran.

Kata Mahathir, rakyat telah dirasuah dan kerajaan negara ini akan ditentukan oleh mereka yang merasuah rakyat.

Satu pendirian yang bukan sahaja memperkecil-kecilkan kewibawaan daya fikir rakyat, tetapi juga memperlihatkan bagaimana terdesaknya Mahathir untuk mendapatkan perhatian dan sokongan daripada rakyat. Atau barangkali juga mahu mensucikan diri dan menuduh orang lain (dalam kes ini, Najib Abdul Razak) menggunakan rasuah bagi mendapatkan sokongan.

Mahathir melabelkan apa-apa sahaja projek Najib untuk rakyat kecil sebagai rasuah. Memberikan bantuan kewangan bagi meringankan beban kerana masalah ekonomi dunia dan harga barang yang sengaja dinaikkan oleh kartel, dikatakan rasuah. Memberi bonus dan wang raya kepada para peneroka FELDA yang masih setia dengan FELDA, dikatakan rasuah. Menghantar bantuan untuk rakyat yang sangat terjejas akibat malapetaka dikatakan rasuah dan dedak. Malah, pemberian BRIM yang memperlihatkan pengaliran tunai dalam negara bagi merangsangkan ekonomi, juga dikatakan sebagai rasuah.

Maka tidak hairanlah, ketika rakyat susah setiap 10 tahun sekali sepanjang pentadbiran Mahathir, contohnya tahun 1987 dan 1997, Mahathir tidak berbuat apa-apa pun untuk rakyat, kecuali  menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dan proksi serta anaknya sendiri menggunakan wang negara. Tetapi di dalam sebuah buku tulisannya, Mahathir bercakap tentang stimulus ekonomi yang perlu dilakukan oleh kerajaan, terutama kecairan domestik bagi menggalakkan ekonomi dalaman terus berkembang dan tidak terhenti.

Rakyat tidak dibantu oleh Mahathir sebaliknya rakyat dibiarkan untuk usaha sendiri mengatasi masalah dan bebanan kewangan. Sekaligus menyebabkan sebahagian besar rakyat memperuntukkan masa yang lebih panjang dan lama untuk bekerja yang diharapkan oleh Mahathir, sedikit sebanyak akan merencatkan gerakan menentang dan menggulingkannya.

Semakin tua dan semakin ke penghujung hayat, Mahathir sudah semakin tidak dapat membezakan antara mencari sokongan dan memenuhi tanggungjawab selaku kerajaan yang baik kepada rakyat. Mahathir terlupa bahawa yang memangkah kertas-kertas undi dan membuat pilihan adalah rakyat yang bebas dan waras. Mereka boleh memilih mana-mana parti politik pun untuk mewakili mereka. Apa yang dikatakan sebagai rasuah oleh Mahathir, sebenarnya tidak pernah menjadi pembolehubah kepada faktor-faktor pemilihan tersebut.

Mahathir patut malu kerana Najib yang baru mentadbir Malaysia selama 7 tahun, sudah mengatasinya dalam berihsan kepada rakyat berbanding Mahathir yang lebih gemar mengkayakan kroni dan proksi SUPERBUMIPUTERAnya yang semua orang kenal siapa!!!


ANTARA KARTEL JENAYAH DAN KARTEL RASUAH, AZMIN ALI SEMAKIN HILANG SEKUTU DI SELANGOR AKIBAT PERBUATAN RAFIZI RAMLI!!!



Penangkapan S.Manikavasagam kerana menerima rasuah, serta berita membabitkan cubaannya mengugut saksi dengan menggunakan samseng seperti yang dilaporkan oleh Netizen, sebenarnya bukan sahaja melibatkan jenayah, tetapi juga melibatkan pergelutan politik di Selangor dan PKR khususnya.

Kes yang lebih mengejutkan melibatkan Pengerusi sebuah NGO yang kononnya anti rasuah, perjudian, kongsi gelap, salah guna kuasa polis dan jenayah yang dipengerusikan oleh seorang lagi pemimpin PKR, turut mencalarkan PKR. Kes tersebut sebenarnya sudah berlarutan lama dan desas-desus sebelum ini di mana, Pengerusi NGO tersebut dikatakan memeras ugut kartel-kartel jenayah sebagai pendapatan mewahnya, kini seperti terbukti benar ekoran penangkapannya dan laporan yang dibuat oleh saksi.

Azmin Ali cuba bergantung kepada Tun Mahathir untuk meneruskan nyawa dan hayatnya selepas Rafizi Ramli mencetuskan perdebatan dan polemik tentang kegiatan rasuah di dalam pentadbiran Azmin Ali sebelum ini. Kemuncak daripada polemik tersebut ialah ketidakhadiran Wan Azizah bersama-sama Azmin Ali ketika berkempen di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Malahan, Azmin Ali turut menarik semua jentera PKR Selangor dari Sungai Besar sebagai protes terhadap partinya sendiri.

Tun Mahathir sendiri pun tidak mampu menyelamatkan Azmin Ali apabila Nurul Izzah secara tegas menolak pembabitan bekas Perdana Menteri itu di dalam PKR. Kenyataannya bahawa PKR perlu meminta beberapa syarat sebelum boleh Tun menyertai mereka, dilihat sebagai penolakan secara halus walaupun pada masa yang sama, Tun Mahathir sendiri telah menyatakan berulang-ulang kali bahawa dia tidak akan menyertai mana-mana parti politik walaupun dia akan terus menentang Najib Abdul Razak.


Pendedahan tentang kekayaan Ahli Parlimen Ampang yang merupakan sekutu kuat Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin, ibarat menyimbah cuka di atas luka kepada Azmin Ali. Zuraidah yang latar belakangnya bukannya rahsia, sehingga kini masih tidak dapat menjawab bagaimana dalam masa yang singkat dia mampu mengumpulkan kekayaan luar biasa walaupun hakikatnya, dia hanyalah bekas seorang migran yang mendapat kerakyatan negara ini. Sebaliknya Zuraidah sekadar memekik-mekik dan menyalak-nyalak meminta bukti dia telah menyeleweng wang rakyat.

Azmin Ali sudah pun bermain api dengan PAS. PAS ternyata tidak senang dengan tingkahlakunya, terutama sekali yang membabitkan sokongannya kepada PAN semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar walhal PAN hanyalah sebuah parti dua kerusi yang dicuri dari PAS, manakala PAS adalah parti yang membolehkan Azmin Ali menjadi Menteri Besar.

Usaha-usaha penyelamatan bukannya kerja mudah buat Azmin Ali. Dia sedang berhadapan dengan musuh-musuh dari kalangan kawan-kawannya sendiri. Sekutu-sekutu utamanya mula diserahkan kepada pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM kerana terlibat dalam kegiatan jenayah. Manakala sekutu politik utamanya di Selangor, PAS pula semakin hampir untuk meninggalkan Pakatan Rakyat Selangor.

Apakah benar seperti yang dikatakan kononnya, sebelum dia jatuh, Azmin Ali pula akan membuat pendedahan yang lebih mengejutkan tentang Rafizi Ramli dan kem Wan Azizah yang menjadi musuhnya kini?

Apakah benar, sebelum benar-benar kehilangan jawatan Menteri Besar dan kawalannya ke atas Kerajaan Negeri Selangor, Azmin Ali akan mengumpulkan kekuatannya sendiri, mengenepikan kumpulan pro Wan Azizah dan kemudian membubarkan DUN Selangor?

Kalut dan terus kalut... kekalutan itu menariknya, cuba disembunyikan dengan copy-cat langkah Lim Guan Eng di Pulau Pinang, iaitu berlagak seperti sebuah kerajaan yang benar-benar kaya untuk kakitangan awamnya menerusi pemberian bonus dan duit raya, walaupun hakikatnya, peruntukan-peruntukan daripada Kerajaan Pusat seperti untuk PBT dan MARIS, tidak dibelanjakan sebagaimana sepatutnya, sebaliknya dijadikan sebagai sebahagian daripada pendapatan negeri.


Thursday, June 23, 2016

RAFIZI TOLAK PENGAKUAN ABU KASIM LETAK JAWATAN TANPA TEKANAN SEBAB DIA DAPAT MAKLUMAT SEBALIKNYA!



Berita permohonan kali ketiga Tan Sri Abu Kassim dan akhirnya diterima oleh kerajaan dan diperkenankan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong, nampaknya menggegarkan dan menggentarkan Rafizi Ramli. Sekaligus membuatkan Rafizi Ramli cuba menjadikan isu tersebut sebagai salah satu isu politik yang bertujuan untuk memperlihatkan 'ketakutan', 'kezaliman', 'tekanan' dan kebimbangan pihak kerajaan terhadap kerja-kerja SPRM untuk menghapuskan rasuah di negara ini.

Sekarang pun, kumpulan-kumpulan ProTun dan PKR serta DAP mempopularkan idea dan teori kononnya semua usaha-usaha untuk mencungkil kebenaran disekat, dihalang, bahkan pegawai-pegawai yang berkenaan, bukan sahaja telah dipetisejukkan tetapi juga ditukarkan ke jabatan-jabatan lain.

Ironinya, ramai yang percaya dengan tohmahan-tohmahan tersebut.

Pembangkang khususnya DAP dan PKR dan Tun Dr. Mahathir amat menyokong SPRM dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion wang derma politik tetapi memilih untuk mendiamkan diri dalam isu derma politik RM1.2 bilion kepada seorang pemimpin DAP serta isu-isu rasuah serta penyelewengan melibatkan Lim Guan Eng secara langsung.

Itulah yang dilakukan oleh Rafizi Ramli. Dalam kenyataan terbaharunya, Rafizi Ramli menyatakan dengan penuh yakin, bahawa dia mendapat maklumat bahawa Abu Kassim sebenarnya tidak mahu meletak jawatan tetapi sebaliknya, diarahkan dan dipaksa untuk meletak jawatan. (RUJUK SINI)

Kenyataan oleh Abu Kassim sendiri, nampaknya ditepis dan ditolak oleh Rafizi Ramli. Abu Kassim telah mendedahkan bagaimana dalam dua cubaannya sebelum ini untuk meletak jawatan, telah ditolak oleh kerajaan tetapi tawaran sebagai anggota fakulti Anti-Corruption Academy, Austria telah mempercepatkan permohonannya untuk menamatkan kontraknya dengan SPRM. (RUJUK SINI).

Persaraan wajib Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Mohd Syukri Abdul pada 3 Oktober ini, turut menjadi buah mulut Rafizi Ramli. Persaraan dan perletakan jawatan pegawai-pegawai tinggi SPRM ini, dilihat oleh Rafizi Ramli boleh memanjangkan fitnah dan tohmahan selepas pembohongan dan fitnahnya membabitkan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri, bukan sahaja telah ditolak oleh rakyat, tetapi juga memalukannya sendiri apabila dia jelas sangat takut apabila Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Dato' Rizal Mansor yang mahu bersemuka dengannya di Kuala Kangsar.

Beberapa isu sebelum ini yang membabitkan SPRM dan Kerajaan Negeri Selangor serta Pulau Pinang, telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Kenyataan Rafizi Ramli yang cuba menimbulkan sentimen kononnya berlaku konspirasi untuk menutup isu 1MDB dan RM2.6 bilion menerusi persaraan pegawai-pegawai tinggi SPRM itu, sebenarnya dilihat sebagai cubaan untuk menghalang pendedahan membabitkan puak sendiri terutama ketika berita Lim Guan Eng bakal dihadapkan ke mahkamah kerana penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah telah pun kuat kedengaran.

Abu Kassim dalam kenyataannya, menyatakan dia tidak meletak jawatan kerana paksaan atau desakan, tetapi Rafizi Ramli pula menyatakan, telah berlaku pemaksaan berdasarkan maklumat yang diperolehinya.

Nampaknya, Rafizi Ramli telah pun bertukar menjadi Ketua Penyiasat pula. Rafizi Ramli sudah pasti akan menggunakan modal-modal fitnah untuk menambahkan lagi sensasi siri fitnahnya.


Wednesday, June 22, 2016

BERANIKAH MAHATHIR SAHUT CABARAN WAN AZIZAH UNTUK SERTAI POLITIK?



Sepatutnya Mahathir sudah bersara dari politik. Sembang kononnya dia bercakap demi kepentingan negara, adalah sembang kosong kerana semua usaha yang dilakukannya hanya untuk kepentingan sekelompok manusia tertentu di negara ini. Mahathir bersuara kerana menjaga kepentingan mereka, bukan kerana kepentingan rakyat majoriti.

Untuk merealisasikan suaranya, Mahathir menggunakan saluran pembangkang. Sebab, sebagai orang yang berpengalaman, Mahathir juga tahu, pembangkang lebih diminati untuk acara bising-bising.

Kerana itulah, Mahathir dengan menggunakan gelaran Negarawannya, cuba berpaut kepada ketua-ketua dalam parti-parti pembangkang terutama sekali Lim Kit Siang.

Deklarasinya dengan Kit Siang telah dijadikan penyebab untuk menjadikan dia sebagai Ketua Pembangkang secara tidak rasmi walaupun pada masa yang sama, berulang-ulang kali dia bagitahu dia bukannya orang parti, non-partisan dalam bahasa yang lebih moden.

Namun sebagai non-partisan, Mahathir dan perjuangannya tidak akan ke mana-mana. NGO-NGO yang ada di belakangnya juga walaupun kononnya tidak partisan, tetapi akhirnya tergolek juga di kaki pemerintah walaupun sukar untuk mereka mengakuinya.

Namun untuk menguasai pembangkang sekaligus menjadi Ketua Pembangkang, Mahathir perlu menyertai mana-mana parti pembangkang. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR mencabar Mahathir untuk menyertai mana-mana parti politik kalau benar berhajat untuk menjadi Ketua Pembangkang dan mengepalai serangan ke atas Najib Abdul Razak.


Sekali imbas, kita nampak Wan Azizah bimbang sekiranya Mahathir lebih popular darinya sebagai ketua pembangkang. Tetapi kalau diperhalusi, takkanlah seorang negarawan ulung seperti Mahathir hanya menjadi macai pembangkang tetapi tidak menyertia mana-mana parti pembangkang. Mungkin benar Mahathir tidak mahukan kedudukan dan pangkat tetapi di dalam sebuah negara Melayu yang mengamalkan adab dan adat resam Melayu, sudah tentulah orang yang berkedudukan seperti Mahathir tidak akan dibiarkan berada di peringkat bawahan.

Mahathir telah keluar UMNO. Acah-acah untuk mengajaknya masuk UMNO balik, dibalasnya dengan memberikan syarat Najib perlu dijatuhkan. Sedangkan sudah terbukti, pengaruh Mahathir semakin menipis, segala kerja-kerjanya dahulu, mulai dipertikai dan didedahkan.

Jadi, cabaran Wan Azizah agar Tun Mahathir menyertai mana-mana parti politik, memang tepat pada masanya. Kalau benar Mahathir nak menumbangkan Najib, dia perlu bergabung dengan pembangkang dengan gabungan yang sebenar-benarnya. Bukannya sekadar main acah-acah seperti sekarang.

Soalnya sekarang, selepas Mahathir menolak untuk menubuhkan parti politik baru sepertimana dia menubuhkan UMNO Baru yang kini katanya dikuasai oleh Najib, beranikah Mahathir menyertai mana-mana parti pembangkang di Malaysia?

Atau Mahathir hanya berani dengan deklarasinya sahaja?


LAAA.... AHMAD BASHAH HANIPAH MASIH BOLEH PENGERUSIKAN MESYUARAT EXCO KEDAH KA?



Kalau dengar cerita puak-puak penyokong Mukhriz dan ProTun, keadaan kesihatan Ahmad Bashah sudah teruk dan nazak sangatlah.

Konon-kononnya, Ahmad Bashah menerima kifarah kerana merampas jawatan Menteri Besar Kedah daripada anak Mahathir, Mukhriz yang menjadi pengantin puaka di Kedah sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah selepas PRU-13.

Malah ada yang sudah membayangkan betapa kritikalnya Ahmad Bashah selepas dimasukkan ke Kedah Medical Centre ketika sedang mempengerusikan mesyuarat di Alora Hotel, sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan usus.

Dalam tempoh pembedahan tersebut, puak-puak pencinta Mahathir dan Mukhriz terus memperolok-olokkan kesihatan Ahmad Bashah. Mereka bertanya dan mendesak tentang Ahmad Bashah yang masih tidak kelihatan bersama-sama awam.

Mereka fikir, pembedahan usus ini seperti berkhatan. Hari ini kerat, dua hari lagi boleh tunggang basikal?

Pembedahan pada bahagian abdomen, sudah pasti akan memerlukan tempoh larangan lawatan atau muncul di khalayak ramai, untuk mengelakkan infeksi atau jangkitan kuman. Namun menjadi juak-juak Mukhriz bermakna, wajib menjadi bodoh, maka pertanyaan adakah Ahmad Bashah masih lena di Hospital Pulau Pinang, tetap dikeluarkan.


Beberapa pihak termasuklah Menteri Kesihatan sendiri memberikan pengesahan bahawa Ahmad Bashah dalam keadaan stabil tetapi juak-juak dan penyokong Mukhriz sukar untuk menerimanya. Malahan, satu WhatsApp telah disebarkan yang meminta rakyat Kedah membacakan Yassin dan bertahlil untuk Ahmad Bashah, bertujuan membina persepsi bahawa Ahmad Bashah dalam keadaan kritikal. Tidak sukar untuk mengetahui siapa penghantar dan penciptanya kerana yang mula-mula menyebarkannya adalah juak-juak penyokong Mukhriz.

Hari ini, Pentadbiran Negeri Kedah mengadakan mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah. Ahmad Bashah sendiri sudah menyatakan tidak sabar untuk pulang ke Alor Star dan menjalani rutinnya selaku Menteri Besar Kedah.

Jelas daripada gambar, Ahmad Bashah berada dalam keadaan yang jauh lebih baik berbanding yang diinginkan dan diidam-idamkan oleh juak-juak Mukhriz!


MAHATHIR TAK PERNAH KALAH, BUKAN KERANA KEHEBATANNYA PUN.... JANGAN DUK PERASAN!!!



Walaupun telah kalah dan dimalukan dengan keputusan dua PRK minggu lepas, rupa-rupanya juak-juak di sekeliling Tun Dr. Mahathir masih tidak berputus asa untuk meneruskan kempen menggunakan isu-isu basi yang diulang-ulang. Kesemua isu-isu tersebut telah pun dijawab tetapi kerana mereka sendiri tidak mempunyai isu lain, terpaksalah mereka mengulang-ulanginya sambil menekan-nekankan bahawa ia tidak pernah dijawab dengan harapan, orang ramai akhirnya akan percaya bahawa semua soalan yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir tidak pernah dijawab.

Cabaran agar Tun masuk ke dalam mana-mana parti politik, atau menubuhkan parti politik baru bersama-sama kaum penjuaknya, tidak dilayan. Sebabnya ialah mereka tahu dan juga sedar, perjuangan Tun sudah tidak ke mana kerana sekarang ini, segala tingkah laku dan tindakannya sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri, telah pun terdedah sedikit demi sedikit.

Benar dia telah memajukan negara, tetapi kemajuan tersebut sebenarnya adalah untuk mengkayakan, membilionairekan kroni-kroninya dengan menggunakan wang negara. Kemajuan dan pembangunan itu bukan untuk rakyat, sebaliknya melindungi kepentingan hanya sekelompok SUPERBUMIPUTERA yang dibela oleh Mahathir. Rakyat hanya digunakan untuk membayar dan memastikan kekayaan SUPERBUMIPUTERA ini terus menimbun. Daripada sekalian projek mega pada zaman Mahathir, rakyat sekadar dipuaskan hati dengan janji-janji melambung seperti Wawasan 2020 dan slogan-slogan retorik seperti BERSIH, CEKAP, AMANAH.

Benar pada zaman Mahathir, rakyat tidak banyak bunyi seperti pada zaman Najib. Sebab pada zaman itu, rakyat terlalu sibuk cari duit untuk menampung hidup yang semakin menjerut. Zaman Mahathir memerintah, tidak ramai yang berkemampuan untuk membeli atau memiliki kenderaan, tidak ramai yang mampu memiliki rumah sendiri di bandar-bandar, sebaliknya lebih ramai penghuni setinggan yang menanti masa dihalau sehelai sepinggang oleh penguatkuasa PBT. Tidak ramai yang boleh melakukan ibadah umrah 3 atau 4 kali setahun. Kuota Haji pun sentiasa mencukupi dan tidak seperti sekarang, tidak mencukupi. Mahathir telah meningkatkan bilangan bil yang perlu dibayar, yang dari hanya elektrik dan air, kepada Indah Water, ASTRO, kenaikan tambang bas sekolah dan sebagainya...

Dan yang paling menarik, Mahathir mengawal kesemua itu dengan MENGEKALKAN GAJI RENDAH untuk rakyat!

Mahathir mungkin dilihat kuat pada zamannya. Dia kuat bukan kerana dia atau juak-juaknya tetapi kerana sokongan ahli-ahli UMNO. Ahli-ahli UMNO pernah hampir mahu mencampakkannya seperti yang mereka lakukan pada 1969. Kalau bukan kerana tipu helah, Mahathir awal-awal lagi sudah kehilangan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Apabila dia menang, dia memastikan rakyat perlu disibukkan dengan mencari wang untuk membayar segala macam bil yang diwujudkan untuk mengkayakan kroni-kroninya. Ada sedikit perubahan status hidup kerana kemasukan pelabur-pelabur asing, tetapi pada masa yang sama,  rakyat juga perlu bekerja lebih 16 jam sehari untuk menyeimbangkan gaya hidup masa itu walaupun juak-juak Mahathir yang lahir pada awal 90-an kata, harga barang pada zaman Mahathir murah.

Memanglah murah tetapi nak cari duitnya susah!

Namun kompromi pada tahun 1999 melibatkan Suqui dan Dong Zhong adalah rahsia awam yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Bukan sahaja melanggar Dasar Pendidikan Negara, tetapi juga memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan tanpa perlu Mahathir mengusulkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk tujuan kemenangannya pada PRU tahun tersebut.

Sekarang, semua masalahnya diwarisi oleh orang lain. Masalah beratus bilion wang negara masuk ke akaun proksi, didiamkan begitu sahaja walaupun jelas di hadapan mata, syarikat-syarikat yang digunakan untuk menyonglap wang negara, akhirnya terpaksa di'bail-out' atau dilupuskan atau diberikan pinjaman mudah dari kantung negara sebelum 'hilang lenyap'. Dan Mahathir bercakap besar kononnya zaman dia tidak ada masalah. Juak-juaknya juga cuba menipu, menyokong pendapat kononnya zaman Mahathir memerintah Malaysia adalah zaman kemakmuran.

Kemakmuran kepala hotak depa!!!

Yang makmur cuma beberapa orang SUPERBUMIPUTERA yang sampai sekarang masih lagi berkeliling Tun Mahathir malah yang paling kuat mencucuk apabila IPP mereka diambilalih oleh 1MDB!

Najib kalau tidak mahu ada penentangan, perlu membodohkan rakyat sepertimana yang dilakukan oleh Mahathir sepanjang 22 tahun. Sekat segala kebebasan bermaklumat, media mahupun memberi pendapat, kritikan apatah lagi fitnah mehnah seperti yang Mahathir sendiri lakukan sekarang. Pastikan rakyat bergaji rendah dan kurang mendapat sebarang kemudahan. Ancam mereka dengan undang-undang keras. Pastikan juga Najib tidak bercampur dengan rakyat biasa kecuali dalam acara-acara penuh protokol seperti yang Mahathir buat.

Lagi sukar rakyat bertemu Najib, seperti yang Mahathir buat, itu lebih baik untuk Najib menghilangkan sebahagian besar masalahnya sekarang.

VIDEO VIRAL SERBUAN ANAK MUDA JAHANAMKAN MESIN JUDI DI KUALA SELANGOR... ADAKAH MEREKA YANG AKAN DIBICARAKAN ATAU PEMILIK MESIN JUDI BERJAYA LEPASKAN DIRI LAGI?!!!



Masalah mesin judi dan mesin slot di negara ini, sememangnya sangat runcing. Lebih-lebih selepas kejayaan DAP dan PKR menguasai sesuatu kawasan, atau lebih tepat lagi menguasai kerusi-kerusi Ahli Majlis PBT, masalah ini seperti tidak dapat diselesaikan.

Pihak berkuasa pula seakan-akan buntu dan sudah berputus asa untuk menangani masalah ini sehingga ke akar umbi. Setakat ini, belum ada lagi berita yang menunjukkan bagaimana dalang-dalang di sebalik kegiatan mesin-mesin judi ini, diheret ke mahkamah dan dibicarakan atau dihukum. Kalau ada pun, cuma anak-anak bilis yang bekerja di premis tersebut.

Bukan tidak ada aduan, bukan juga tidak ada bukti, tetapi tindakan daripada pihak berkuasa amat lambat.



 Di Facebook, satu klip video yang dimuatnaikkan oleh Warisan - Task Force, menunjukkan sekumpulan anak muda di Kuala Selangor menyerbu dan merosakkan mesin-mesin judi haram yang nampaknya bebas dari tindakan pihak berkuasa terutama sekali PBT.

Mungkin dari segi undang-undang, tindakan anak-anak muda itu adalah satu kesalahan kerana menceroboh tetapi kewujudan premis-premis mesin judi itu juga merupakan kesalahan yang jauh lebih besar terhadap undang-undang dan kemanusiaan.

Daripada komen-komen yang diberikan, ternyata, tindakan anak-anak muda tersebut disokong bagi membersihkan kawasan mereka daripada kerosakan yang dibawa oleh mesin-mesin judi.

Persoalannya kini, adakah pemilik-pemilik sebenar mesin-mesin judi tersebut akan memanipulasi undang-undang sehingga membuatkan mereka terlepas, sebaliknya anak-anak muda itu yang akan 'tersangkut'?


Tuesday, June 21, 2016

PEMBUNUHAN BILL KAYONG: POLIS PERLU AMBIL KETERANGAN PENGERUSI DAP SARAWAK YANG KELIHATAN MACAM TAHU SESUATU!!!



Berita pembunuhan Setiausaha PKR miri merangkap calon PKR Bekenu pada PRN lalu, Bill Sayong di persimpangan lampu trafik di Miri, amat mengejutkan. Bill Kayong telah ditembak pada bahagian leher dan terbunuh di tempat kejadian.

Seperti biasa, apabila berlaku kes-kes sebegini yang paling cepat memberikan respons adalah DAP. Chong Chien Jien, Pengerusi DAP Sarawak, benar-benar menimbulkan minat yang sangat mendalam berhubung kenyataan yang dikeluarkannya.

Bill Sayong merupakan antara mereka yang memperjuangkan tanah adat di Sarawak. Tanah adat dan tanah anak negeri menjadi tumpuan dan perhatian pihak-pihak tertentu yang bersifat tamak haloba. Kerana tanah adat dan tanah anak negeri jugalah, mereka yang sebelum ini malu hendak mengaku rakyat Malaysia, secara tiba-tiba berbangga mengaku menjadi Bumiputera walaupun memang terang-terang, mereka tidak pernah menjadi Bumiputera dalam mana-mana keturunan mereka pun.

Chong Chien Jien dalam kenyataannya berkata, pembunuhan tersebut besar kemungkinan ada kaitan dengan politik mahupun tanah NCR. Justeru dia meminta polis segera menyiasat perkara berkenaan.

Belum pun lama, DAP yang menggunakan portal Malaysiakini memecahkan rahsia, sekaligus menggamit kedatangan lanun-lanun sulu serta menggalakkan rakyat Malaysia diculik sebagai tebusan di selatan Filipina itu.

Sekali imbas, DAP seperti cuba membersihkan PDRM yang telah bertungkus lumus menyelamatkan keempat-empat tebusan tersebut daripada gejala rasuah. Namun, dengan mendedahkan bahawa RM12 juta telah diserahkan untuk dibayar kepada penculik, bermakna menggalakkan lagi penculikan dan pemenggalan kepala rakyat Malaysia seandainya wang tebusan tidak dibayar seperti yang berlaku kepada seorang lagi rakyat Sarawak yang diculik di Sandakan, tidak lama dahulu.

Nampaknya, DAP dapat peluang lagi untuk menghentam, mencerca dan tidak mustahil juga menuduh polis yang menjadi dalang sepertimana yang mereka lakukan dalam isu-isu membabitkan kematian tahanan dalam lokap.

Kalau ikut cakap Chong Chien Jien, maka sudah pasti siasatan akan bermula tentang siapa yang benar-benar mahu membolot tanah NCR sehinggakan sanggup mengaku diri sebagai Bumiputera, bahkan mengimport parti-parti politik dari Semenanjung untuk mencetuskan kekacauan di Sarawak. Tanpa mengambil kira jerih perih, titik peluh dan darah yang ditumpahkan oleh kaum Pribumi dan Bumiputera Sarawak untuk mempertahankan negeri mereka daripada penjajahan terutama pada zaman Brooke yang disanjung tinggi oleh puak-puak seperti Chong Chien Jien, selepas merdeka, nampaknya mudah sangat mereka mahu melakukan pembolotan.

Adakah sebenarnya Bill Kayong merupakan 'KAMBING HITAM' yang digunakan untuk melindungi tok dalangnya?

Masih terlalu awal apatah lagi polis baru sahaja menubuhkan pasukan khas yang memulakan siasatan secara intensif selain baru sahaja mengumpulkan maklumat daripada saksi-saksi. Chong Chien Jien yang mempunyai pengetahuan lebih advance sepatutnya membantu pihak polis dengan maklumat-maklumatnya.

Manalah tahu kalau-kalau maklumat yang diberikan oleh Chong Chien Jien dapat menyelamatkan pihak-pihak tertentu pula yang terbabit dalam skandal tanah NCR dan politik yang sampai sanggup membunuh....




 
Blogger Templates