Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label penipuan. Show all posts
Showing posts with label penipuan. Show all posts

Sunday, February 10, 2019

TAK PAYAH DUK PUTAR BELITLAH WAHAI PEMIMPIN PAKATAN... YANG DIPERTIKAIKAN ADALAH PEMBOHONGAN TENTANG PEMILIKAN AKADEMIK TINGGI, BUKANNYA TENTANG TAK ADA KELULUSAN AKADEMIK!!!



Mat Sabu dah mengaku, dia memang bukan lulusan UiTM sebaliknya dia adalah drop-out.

Zuraidah Kamaruddin pula menafikan dia adalah graduan University of Singapore atau National University of Singapore atau King Edward College atau University of Malaya (semua nama adalah merujuk kepada universiti yang sama di Singapura). Malahan Zuraidah Kamaruddin berkata, dia tidak tahu menahu tentang butiran tersebut dalam Wikipedia yang diketahui boleh diedit, ditambah, dipinda dan diubah oleh sesiapa pun.

Menteri Besar Johor, Osman Sapian pula, enggan memberikan sebarang komen berhubung kelulusan akademiknya.

Nga Kor Ming seperti biasa, segera back-up ADUN Tronoh dan menuduh Presiden MCA yang mendedahkan tentang kelulusan akademik Paul Yong hanya tidak diiktiraf oleh Akreditasi Malaysia tapi institusi pengajian tinggi itu memang wujud. Bagaimanapun, pendedahan tentang 'keharaman' institusi pengajian tinggi tersebut dibuat oleh Supremo DAP sendiri, Lim Kit Siang lama sebelum Wee Ka Siong mendedahkannya.


Rais Yatim kata, ijazah tak penting dalam politik. Katanya, walaupun kelulusan akademik adalah kelebihan tapi ia bukanlah rancu utama untuk menjadi orang politik.

Itu adalah antara beberapa nama yang sedang ligat di media-media sosial sekarang. Semakin ramai pemimpin Pakatan yang muncul untuk membela setidak-tidaknya enam rakan mereka yang menjadi Anggota Kabinet Kerajaan Mahathir yang sedang ditertawakan di seluruh dunia kerana pemalsuan latar belakang akademik mereka.

Mereka bagaimanapun, tidak berani menyentuh perkara pokok yang menyebabkan netizen jadi TENTERA BAWANG yang mendedahkan pembohongan dan penipuan latar belakang akademik para pemimpin tertentu.

Yang diperkatakan dan dipertikaikan sekarang, bukanlah disebabkan seseorang pemimpin itu mempunyai kelayakan akademik tinggi atau tidak. Sebaliknya yang menimbulkan persoalan dan dipertikaikan ialah kesungguhan para pemimpin berkenaan mempertahankan pembohongan dan penipuan mereka seperti yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Luar, Senator Marzuki Yahya.

Tiada kelayakan akademik dengan menipu kelayakan akademik adalah dua perkara yang sama sekali berbeza.


Isham Jalil menerusi Facebooknya berkata, 

Pertama, untuk masuk politik, betul tidak perlu ijazah.

Namun menteri-menteri dan timbalan menteri yang terkait dalam isu tipu ijazah ini adalah bukan sahaja ahli politik biasa tetapi mereka juga adalah anggota pentadbiran negara.

Ada perbezaan di antara bermain politik dan mentadbir negara.

Sesuatu yang popular dalam politik tidak semestinya baik dalam mentadbir negara, dan vice versa.

Negarawan-negarawan ulung pastinya tahu akan hal ini.

Jika seseorang bijak berpolitik tetapi tiada kelulusan, beliau masih boleh memegang jawatan dalam parti.

Sesiapa pun boleh jadi ketua bahagian atau presiden parti Bersatu, DAP, PKR atau PAN tanpa ijazah; itu tidak dipersoalkan.

Tetapi untuk memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran awam dan kerajaan, sebaiknya ahli politik itu sekurang-kurangnya perlu ada ilmu pengetahuan, latihan dan kemahiran yang dibuktikan dengan sijil atau ijazah.

Jika beliau ada pengalaman dalam pentadbiran atau perkhidmatan awam sebelum dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri dalam anggota pentadbiran kerajaan, ianya adalah lebih afdal.

Sebab sebagai anggota pentadbiran awam, lebih-lebih lagi di peringkat menteri atau timbalan menteri, yang dibayar gaji berpuluh ribu oleh rakyat dan diamanahkan dengan kuasa yang besar, mereka perlu membuat dasar dan keputusan-keputusan penting untuk rakyat.

Dan dasar-dasar negara dan keputusan-keputusan ini berkaitan dengan permasalahan yang kompleks yang memberi kesan kepada kehidupan jutaan rakyat.

Dan di peringkat ini, keputusan-keputusan ini tidak boleh dibuat secara semberono, “trial-and-error”, atau sambil lewa.

Ia perlu pengetahuan dan pemikiran yang mendalam untuk menyelesaikan masalah negara dan rakyat.

Jika dasar atau keputusan yang dibuat salah, jutaan rakyat akan terkesan: sebagai contoh ekonomi akan merudum, ratusan ribu rakyat hilang pekerjaan, kehidupan rakyat tertekan, hubungan kaum merekah, hubungan luar negara tegang dan sebagainya.

Jika seorang menteri tiada ilmu pengetahuan atau kemahiran, maka beliau terpaksa bergantung dan mudah terpengaruh kepada nasihat-nasihat orang lain.

Dan nasihat-nasihat ini adalah pelbagai dan bercanggahan dan datang dengan pelbagai agenda.

Jika tiada ilmu dan kemahiran, beliau tidak akan dapat membuat pertimbangan sendiri dengan bijaksana untuk membuat keputusan dan memberikan halatuju dasar untuk rakyat dan untuk pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat awam di kementeriannya.

Mungkin sebab itu kita ada menteri-menteri PH yang salah titik perpuluhan, suruh menoreh getah pada musim tengkujuh, suruh nelayan tanam nenas, menipu usahawan muda dan sebagainya.

Ijazah ini penting, jangan kita nafikan kepentingan pendidikan.

Walaupun demikian, tidak semua orang mampu ke menara gading atas pelbagai sebab.

Dan tidak dinafikan walaupun gagal dalam akademik namun mereka juga masih boleh berjaya dalam kehidupan.

Namun jangan sekali-kali kita mempromosi naratif anti-pendidikan seperti “tidak perlu ada sijil sebab orang itu atau si polan-si polan (e.g. Mark Zuckerberg etc.) pun boleh berjaya tanpa habis belajar atau tanpa ijazah universiti”, dan sebagainya.

Ini adalah naratif pemikiran sempit yang merencat pencarian pengetahuan untuk kemajuan (in the pursuit of knowledge for progress).

Sebagai seorang bapa, saya tidak akan sekali-kali menidakkan atau memperlekehkan kepentingan pendidikan kepada anak saya dalam apa jua konteks.

Saya yakin menteri-menteri PH yang terlibat dalam isu ini semua tahu akan hal ini di dalam hati mereka, sebab itu mereka sanggup menipu untuk menunjukkan mereka ada ijazah walaupun ianya palsu.

Perkara kedua, soal yang lebih penting ialah soal moral, integriti dan kebolehpercayaan (trust):

Soal utama isu ini sebenarnya ialah bukan soal ada ijazah atau tidak, isunya ialah mengapa menipu dengan ijazah palsu.

Seperti yang saya kata sebelum ini, jika tiada ijazah cakap sahaja tiada ijazah, tidak perlu menipu.

Orang yang tiada ijazah bukan hina dan masih boleh berjaya.

Walau bagaimanapun, rakyat tidak boleh menerima anggota pentadbiran kerajaan terutama di peringkat menteri atau timbalan menteri yang menipu.

Jika mereka boleh tipu pasal sijil dan ijazah, apa lagi perkara yang akan atau telah ditipunya?

Kita tidak mahu pemimpin-pemimpin kerajaan yang rakyat tidak boleh percaya.

Kita mahu pemimpin yang bukan sahaja kompeten tetapi juga mempunyai nilai integriti dan moral yang tinggi dalam kerajaan.

Rakyat marhaen di kedai kopi kata: Kerajaan Malaysia Baru PH ini sudahlah tidak kompeten dan menyusahkan rakyat, kini makin terbukti kuat menipu dan tidak boleh dipercayai langsung.

Saturday, February 9, 2019

INGAT PEMIMPIN MELAYU PAKATAN SAJA MENIPU KELULUSAN AKADEMIK, PEMIMPIN DAP YANG TERKENAL DENGAN 'SEOLAH-SEOLAH' PUN MENIPU JUGA!!!



Ketika ada dalam kalangan kepemimpinan DAP lantang mengkritik Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang didakwa menggunakan kelayakan akademik 'palsu', tanpa disedari salah seorang wakil rakyat DAP juga terpalit dengan isu serupa.



Perkara itu dibangkitkan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mendakwa kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Akamai, Amerika Syarikat yang diragui.



"Para pemimpin DAP perlu melihat diri mereka dengan cermin agar kontroversi yang melibatkan pemimpin parti lain tidak timbul dalam partinya sendiri.

"Hal ini kerana, saya ingin ingatkan kepada mereka (pemimpin DAP) untuk meneliti kredibiliti kelulusan pendidikan wakil rakyat dari partinya, Choo Kiong yang kononnya mempunyai ijazah sarjana bagaimanapun institusinya tidak mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Ka Siong menambah, veteran DAP, Lim Kit Siang sebelum ini pernah melabelkan universiti berkenaan sebagai institusi diragui semasa sidang parlimen pada tahun 2005. - UTUSAN ONLINE

Thursday, February 7, 2019

LETAK SAJALAH JAWATAN, MARZUKI YAHYA... TERUK SANGAT TERKANTOI MENIPU TU!!!



Akhirnya Timbalan Menteri Luar, Senator Marzuki Yahya mengakui dia adalah seorang penipu walaupun pada peringkat awalnya dia cuba menyangkal dan mempertahankan kononnya dia adalah graduan Universiti Cambridge, United Kingdom.

Carian demi carian dibuat oleh netizen, akhirnya mendedahkan bahawa Marzuki Yahya tidak bercakap benar. Dan tidak sampai 24 jam, Marzuki akhirnya menukar pengakuan, daripada graduan Universiti Cambridge menerusi Pengajian Jarak Jauh kepada Cambridge International University, Amerika Syarikat yang merupakan pengilang yang menjual diploma secara atas talian dan tidak diiktiraf kelulusan yang dikeluarkan oleh mana-mana negara, mahupun di Amerika Syarikat sendiri.

Netizen turut mendedahkan yang alamat yang digunakan oleh Cambridge International University juga amat meragukan. Selain beberapa keping gambar model dari Agensi Model Rusia yang digunakan kononnya Adjutan universiti berkenaan.

Berapa pun harga yang perlu dibayar oleh Marzuki Yahya untuk memperolehi kelulusannya, secara tidak langsung, Marzuki Yahya yang sekarang merupakan Timbalan Menteri Luar, perlu bertanggungjawab atas pembohongan dan pemesongan fakta tentang dirinya sendiri.


Kalau di negara-negara lain, termasuklah di India, pemalsuan latar belakang akademik seperti ini oleh mana-mana ahli politik, apatah lagi yang berada dalam Kabinet, pasti akan disusuli dengan perletakan jawatan.

Namun nampaknya di Malaysia, ia tidak berlaku.

Mungkin juga kerana sudah menjadi budaya, yang tidak mempunyai kelulusan pun boleh menjadi Menteri termasuklah Lim Guan Eng yang konon-kononnya seorang chartered accountant tapi rupa-rupanya tidak. Atau seperti Mat Sabu yang hanya mempunyai diplomai kulinari ITM, atau seperti Mahfuz Omar yang taraf pendidikannya tidak lebih dari SRP atau PMR sekarang, atau pun seperti SETPOL Perdana Menteri yang hanya mempunyai lesen memandu lori besar dan seorang lagi tidak habis sekolah rendah.

Namun setidak-tidaknya mereka tidak berbohong tentang kelulusan akademik mereka. Mereka tidak bercakap besar kononnya mereka graduan universiti ternama. Malah beberapa orang pemimpin UMNO yang diketahui juga membeli kelulusan, tidak pernah beria-ia mempertahankan diri mereka dengan cerita-cerita palsu kelulusan masing-masing.




Sunday, December 28, 2014

AMBIL KESEMPATAN MENIPU DERMA BELI MESIN UNTUK HOSPITAL KERANA BANJIR!!!


Ini bijak tahap dewata raya nih!!!

Banjir yang melanda Kelantan dan memberi kesan kepada banyak infrastruktur tidak sahaja mendatangkan kerugian, bahkan sesetengah orang melihatnya sebagai peluang buat duit yang sangat baik. Apatah lagi diketahui sifat rakyat Malaysia yang cukup mudah menderma dan bersedekah.

Facebook menjadi perantara terbaik untuk golongan yang bijak mengambil kesempatan itu, melaksanakan niat jahat mereka.

Antara hospital yang paling teruk terjejas akibat banjir adalah Hospital Kuala Krai. Kerugian di hospital tersebut masih belum ditaksirkan, namun yang pastinya, kerajaan sudah pun mempunyai peruntukan untuk memulihkan kembali perkhidmatan di hospital berkenaan seperti sediakala.

Mungkin niat awal adalah untuk membantu, tetapi sudah pasti dalam keadaan ini, apatah lagi melibatkan wang ringgit, akan ada yang bertindak jauh lebih 'bijak' dengan melakukan penipuan dan pemerdayaan.

Kemunculan pelbagai jenis NGO 'misteri' secara mendadak sebaik-baik sahaja berita tentang musibah banjir melanda, pastinya mempunyai kaitan dengan perkara sebegini.

Bagi anda yang benar-benar ingin menyumbang, salurkan sumbangan anda kepada badan-badan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa dan bukannya kepada badan-badan yang tiba-tiba sahaja wujud dan tiba-tiba sahaja kelihatan aktif beroperasi menerusi gambar-gambar dan cerita-cerita dalam Facebook.




 
Blogger Templates