Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label nasruddin tantawi. Show all posts
Showing posts with label nasruddin tantawi. Show all posts

Friday, April 21, 2017

STATUS DR. ZAKIR NAIK BUKAN BIDANG KUASA MENTERI KESIHATAN, KATA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT!!!



1. Saya menasihatkan  Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam supaya tidak sembarangan mengeluarkan kenyataan lebih-lebih lagi dalam hal yang ada kena-mengena dengan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini.

2. Dr. Zakir Naik adalah seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulamak Islam dan umat Islam di seluruh dunia.

3. Sebagai seorang Menteri juga sepatutnya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mengetahui dan memahami  tatacara yang diguna pakai bagi pemberian taraf pemastautin tetap kepada orang asing di negara ini.

4. Asasnya, seseorang itu mestilah mempunyai permit masuk yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan memiliki pasport antarabangsa negara asal.

5. Taraf pemastautin tetap juga bukan hak kepada individu tetapi adalah satu anugerah oleh Kerajaan Malaysia kepada warga asing tersebut antaranya disebabkan oleh seseorang itu mempunyai kelulusan profesional atau kepakaran yang membolehkannya memberikan perkhidmatan profesional dan kepakarannya kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara negara yang sedia ada.

6. Sudah pasti proses ini telah melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti KDN, PDRM, JPN, Jabatan Imigresen dan lain-lainnya. Mengaitkan Dr. Zakir Naik dengan keganasan dan pencetus ketegangan antara agama adalah suatu tuduhan dan semata-mata andaian yang bukan-bukan oleh Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

7. Sebagai seorang yang menjawat Menteri Kesihatan, bukan bidang kuasa Datuk Seri Dr. S. Subramaniam untuk campur tangan dalam urusan ini.

Sekian.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, January 19, 2016

NASRUDDIN TANTAWI DEDAH KETAKUTAN LIM GUAN ENG DEDAH CERITA TEROWONG, PUJUK MINTA MAAF DAN SELEPAS ITU SPIN SEOLAH-OLAH TANTAWI BERSALAH!!!



1. Kelihatan banyak situasi disiar secara tidak menepati kedudukan sebenar apa yang berlaku. Sebahagian pula bersungguh benar untuk menampakkan kononnya saya membuat fitnah dan akhirnya mengaku salah.

2. Saya mengajak para pembaca mengamati beberapa point yang saya kemukakan di sini untuk melihat kedudukan sebenar apa yang berlaku.

Pertama : Saya adalah pihak yang disaman. Ertinya pihak YAB Lim Guan Eng yang saman saya dan mendakwa saya telah memfitnah beliau melalui artikel saya bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu bertajuk : Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel ?

Kedua : Mereka saman saya, kemudiannya mereka yang mahu selesaikan kes ini diluar mahkamah. Beberapa kali mereka merundingi saya supaya saya keluarkan kenyataan mohon maaf dan mereka akan tarik balik saman.

3. Realitinya, sejak setahun yang lalu lagi, pihak peguam saya telah menerima beberapa surat tawaran dari pihak LGE supaya saya memohon maaf terbuka dan mereka bersedia untuk menarik balik saman ke atas saya. Sejak itu juga, saya tegaskan bahawa tidak ada sebab untuk memohon maaf kerana saya tidak memfitnah.

4. Saya telah catat dalam kenyataan awal saya kelmarin bahawa apabila saya tiba dimahkamah untuk sedia dibicarakan ekoran saman fitnah yang dikemukakan ke atas saya, sekali lagi saya diajak berunding untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah dengan saya mengemukakan permohonan maaf.

5. Saya tanya pandangan team peguam saya. Peguam menyerahkan keputusan kepada saya dengan mengemukakan beberapa option dari perspektif undang - undang. Saya menimbang situasi itu lalu sekali lagi saya buat keputusan bahawa saya tidak akan mohon maaf kerana saya tidak memfitnah LGE sebagaimana yang didakwa.

6. Sekurang - kurangnya dua kali rundingan melalui pasukan peguam berlaku di mahkamah kelmarin. Keputusan saya tetap bahawa saya tidak akan mohon maaf. Bukan kerana degil tetapi kerana saya tidak memfitnah LGE dalam artikel saya sebagaimana yang didakwa dalam writ saman yang dikemukakan kepada saya.

7. Setelah usaha untuk meminta saya memohon maaf itu tidak berjaya dan dimaklumkan kepada hakim bahawa rundingan tidak mencapai kesepakatan, lalu saya dan LGE dipanggil ke kamar hakim untuk sekali lagi melalui proses mediasi (runding cara untuk selesaikan kes - kes sivil di luar mahkamah) tanpa disertai oleh peguam dari kedua - dua pihak.

8. Tanpa saya perlu menceritakan secara detail proses yang berlangsung dalam kamar hakim sekitar setengah jam itu, saya nyatakan secara terus terang kepada Yang Arif Hakim bahawa saya tidak akan mengaku bersalah, tidak akan memohon maaf atas dakwaan fitnah dan berhasrat supaya perbicaraan kes ini diteruskan. Saya adalah orang yang disaman dan saya sedia pertahankan artikel dan kenyataan saya.

9. Akhirnya, LGE boleh bersetuju untuk selesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu saya mohon maaf, cuma apa yg berlaku adalah salah faham tentang artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang dikatakan mencetus salahfaham antara saya dan LGE, akibat daripada perbezaan penggunaan terminologi - direct nego, open tender dan Request For Proposal (RFP). RFP berdasarkan penyata saksi Plaintif sendiri (pegawai dari UPEN) bukanlah direct nego, dan bukan juga open tender.

10. Sementara artikel saya yang bertarikh 8 Ogos 2014 bertajuk "Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah" juga masih kekal dan dipertahankan.

11. Pada akhirnya, kami bersetuju dengan cadangan penyelesaian dan dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos mahkamah RM10K ditanggung oleh defendan.

12. Begitulah secara ringkas saya gambarkan perjalanan kes. Maka tidak sewajarnya saya terus dibicarakan diluar mahkamah setelah kes ini selesai dengan pelbagai andaian dan spin pihak media tertentu yang jelas kelihatan bersungguh - sungguh mahu meletakkan saya sebagai orang yang mengaku bersalah.

13. Kalau masih ada pihak yang mahu mempersoalkan atau membicarakan kes ini di luar mahkamah kerana masih tidak berpuas hati terhadap saya sedang saya telah sedia berpuas hati dengan apa yang dicapai, maka eloklah mereka persoalkan kenapa pihak yang menyaman saya iaitu mendakwa saya memfitnah tetapi pihak yang menyaman pula yang bersungguh - sungguh mohon kes ini diselesaikan diluar mahkamah ? Sedang saya sedia untuk perbicaraan pada bila - bila masa. Ini persoalan yang patut mereka angkat ke langit terbuka.

14. Mereka saman saya, mereka yang mohon kes diselesaikan di luar mahkamah. Bila dah selesai, spin pula seolah - olah saya bersalah. Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah. Selayaknya usah diusahakan sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir.

Sekian.



Monday, January 26, 2015

HILANG SUDAH KEBERANIAN LIM GUAN ENG UNTUK BERHADAPAN DAN MENYAMAN NASRUDDIN TANTAWI!!!



Cerita Lim Guan Eng saman Nasaruddin Tantawi belum lagi berakhir walaupun pada mulanya Guan Eng begitu bersemangat untuk membuktikan yang dia tidak menipu dalam isu TEROWONG BAWAH LAUT yang didedahkan oleh Nasaruddin Tantawi yang pada ketika itu merupakan Ketua Pemuda PAS.

Ini untuk kita ingatkan semula jikalau Guan Eng memberi alasan yang dia terlupa untuk menfailkan semula saman ke atas Nasarudin Tantawi yang disifatkannya sebagai menipu dan memberikan fakta-fakta fitnah.

Pada 30 September 2014:

"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih mahu meneruskan saman ke atas Ahli Parlimen PAS, Nasruddin Hasan yang mempersoalkan satu projek pembinaan terowong bawah laut kerajaan negeri itu.

Peguamnya, Mureli Navaratnam berkata, writ dan kenyataan tuntutan telah pun difailkan dan dikemukakan pada semua pihak pada 20 Ogos lalu.

Penjelasan tersebut timbul susulan dakwaan bahawa dia telah menggugurkan saman ke atas Nasruddin.

"Atas kesiapan teknikal di pihak kami, kami memohon maaf kepada KM," kata Mureli dalam kenyataannya.

"Dokumen kes tersebut akan dikemukakan pada peguam Nasruddin sebaik ia dikeluarkan dari mahkamah." (SUMBER)


Mengapa agaknya orang yang begitu pantas nak menyaman orang yang membuat pendedahan tentang dirinya, tiba-tiba sahaja hilang minat setelah sedar, kes tersebut sekiranya dibicarakan di mahkamah, Nasruddin Hasan Tantawi yang dari awal lagi telah menunjukkan sikap tidak takut bahkan bersedia untuk mendedahkan perincian terowong dasar laut yang menjadi projek peribadinya yang sudah pasti akan mendedahkan banyak perkara yang tidak diingini oleh Lim Guan Eng!


 
Blogger Templates