Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label berita jenayah. Show all posts
Showing posts with label berita jenayah. Show all posts

Thursday, February 1, 2018

KERANA BAWA TERLALU BANYAK KONDOM, AKTIVIS PAKATAN HARAPAN MARYAM LEE DIARAHKAN BOGEL DAN TONGGENG DI DEPAN CERMIN DI YOGJAKARTA!!!



Gara-gara membawa terlalu banyak kondom ketika melawat Indonesia, aktivis politik pembangkang dan pendukung kempen #UndiRosak, Maryam Lee diarahkan berbogel dan tonggeng di hadapan sebuah cermin agar kemaluannya dapat diperiksa secara fizikal oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Adisucipto, Yogyakarta.

Kejadian berlaku pada 31 Disember lalu.

Kondom berkenaan yang berkemungkinan untuk aktiviti seks Maryam di sana telah disalah tafsir sebagai digunakan dalam usaha menyeludup masuk dadah ke negara jiran itu.

Tiada sebarang bahan narkotik ditemui pada tubuh Maryam.

Diketahui umum, kondom ada kalanya diisi dadah dan disorokkan dalam kemaluan bagi mengelakan dikesan.

Kejadian pemeriksaan badan dan longgokan kondom dalam beg perjalanan didedahkan Maryam sendiri di akaun Facebook miliknya.

Maryam tidak menyatakan secara jelas kondom itu untuk aktiviti seksnya di masa lapang di negara itu, sebaliknya memberikan jawapan yang bersifat menyindir pihak berkuasa negara jiran berkenaan ketika disoal bertalu-talu.

Beliau berkata, “Aku tenang saja kerana aku tahu aku tidak melakukan salah apa-apa, dan tidak melakukan hal yang melanggar undang-undang.

“Harus aku jelaskan di sini aku seorang perempuan muda yang belum menikah, pergi ke negara orang seorang diri dan berjalan sendiri ke mana-mana. Mungkin ini menjadi sesuatu yang aneh ketika ada beberapa kondom di dalam begku juga, untuk banyak sebab yang bukan urusan siapa-siapa.

“Ramai yang tidak memahami, dalam kehidupan sehari-hari seorang aktivis feminis, seks itu satu hal taboo yang paling sulit dibicarakan di ruang awam, apa lagi ketika berhadapan dengan pihak berkuasa.

“Ketika aku disoal berkali-kali oleh pegawai imigrasi, kenapa ada kondom di dalam beg, apa yang harus aku jawab selain; Apa lagi kegunaan kondom, Pak? Masa digunakan untuk basuh baju?”tulisnya.

Jawapan kurang menyenangkan itu menyebabkan pihak berkuasa Indonesia kemudiannya memintanya ke sebuah bilik khas sebelum diarahkan berbogel.

“Seterusnya aku hanya menurutkan segala arahan, aku disuruh tonggeng membelakangi cermin dan kemaluanku diperiksa secara fizikal untuk sebarang narkoba (dadah). Ternyata semua itu sia-sia kerana aku tidak bersalah.

“Once cleared, aku terus memakai pakaianku semula dan membereskan bagasi dengan cepat,”katanya.

Enggan mengulas banyak mengenai jumlah kondom terlalu banyak yang dibawanya, Maryam sebaliknya mempersoalkan apakah tindakan pihak berkuasa Indonesia itu didorong kerana bentuk tubuhnya.

“Adakah tubuh kecil aku ini begitu mencurigakan sehingga perlu begini,” katanya.



Monday, February 20, 2017

SEGALA BENDA BOCOR DI MALAYSIA, TERBAHARU KLIP CCTV PEMBUNUHAN JONG NAM PULAK BOCOR KEPADA PIHAK ASING!!!




Klip video CCTV KLIA yang memperlihatkan detik-detik terakhir Kim Jong Nam, abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un telah disiarkan oleh beberapa stesen televisyen luar negara. Sekaligus menimbulkan persoalan tentang bagaimana stesen-stesen televisyen luar negara tersebut boleh memperolehi rakaman CCTV KLIA kecuali melainkan ketirisan dalaman. 

Kerana itu, pihak polis mula campur tangan untuk menyiasat berhubung pembocoran rakaman berkenaan. 

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, tindakan akan diambil terhadap mereka yang telah membocorkan rakaman tersebut.

Klip video berkenaan turut tular di Facebook setelah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Jepun.

Ketua Polis Selangor, Abdul Samah Mat pula berkata, polis akan menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Penyiaran klip video tersebut telah mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh polis Malaysia. 

Klip berkenaan yang berlangsung selama 2 minit 33 saat mula tular di media-media sosial malam tadi 

Ahad lepas, Jong Nam dilaporkan berada di KLIA2 untuk menaiki pesawat ke Macau apabila tiba-tiba dirapati dua orang wanita yang kemudian menyerkup mukanya dengan sehelai kain, dipercayai mengandungi cecair beracun. 

Jong Nam menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Putrajaya. 

Sunday, February 19, 2017

KES PEMBUNUHAN ABANG TIRI PRESIDEN KOREA SELATAN: 4 SUSPEK DITAHAN, 7 LAGI DIBURU!!!



BERIKUT ialah fakta kes mengenai kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-Un mengikut rekod rasmi polis.

Maklumat ini diberikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ahad.


Fakta kes:

- Pada 13 Februari 2017, kira-kira pukul 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), seorang lelaki Korea mendekati pegawai perhubungan pelanggan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan memberitahu bahawa dua wanita tidak dikenali telah menyapu mukanya dengan cecair dan dia berasa pening.

- Pegawai polis yang bertugas telah membawa lelaki itu ke Menara Medical Clinic di aras 2 KLIA2.

- Selepas memeriksa keadaannya, mereka mengambil keputusan untuk membawa lelaki itu ke Hospital Putrajaya.

- Ketika hadir di hospital pada kira-kira pukul 11 pagi, doktor yang bertugas mengesahkan dia mati.

- Berdasarkan dokumen peribadi iaitu pasport, mangsa dikenali sebagai "Kim Chol" dengan pasport bernombor 836410070, berumur 47 tahun.

- Dia tiba di Malaysia pada 6 Februari dari Macau menggunakan pesawat AirAsia AK8321.

- Dia dijadualkan meninggalkan negara ini pada 13 Februari ke Macau pada pukul 10.50 pagi dengan pesawat AirAsia.




Fakta siasatan:

Sehingga kini empat suspek telah ditahan:


1) Doan Thi Huong, 28, (Vietnam)
- Pekerja pusat hiburan.
- Tiba di Malaysia pada 4 Februari 2017
- Dijadual tinggalkan negara pada 23 Februari
- 7 hari reman (16-22 Februari)


2) Muhammad Farid Jalaluddin, 26, (Malaysia)
- Pekerja katering
- 7 hari reman (16-22 Februari)


3) Siti Aisyah, 25, (Indonesia)
- Pekerja spa
- Tiba di Malaysia 2 Februari 2017 dari Batam
- 7 hari reman (16-22 Februari)

4) Ri Jong Chol, 47, (Korea Utara)
- Pekerja IT di Cheras
- 7 hari reman (18-24 Februari)


Berdasarkan perkembangan siasatan, empat suspek telah dikenalpasti iaitu:

1. Rhi Ji Hyon, 33, tiba di Malaysia pada 4 Februari 2017

2. Hong Song Hac, 34, tiba pada 31 Januari 2017

3. O Jong Gil, 55, tiba pada 7 Februari 2017


4. Ri Jae Nam, 57, tiba pada 1 Februari 2017


Polis juga masih mencari tiga lagi individu bagi membantu siasatan iaitu:

1) Ri Ji U, 30, Korea Utara. Dia menggunakan nama samaran "James"

2) -sedang dikenal pasti-

3) -sedang dikenal pasti-


Poses siasatan:

- Bedah siasat telah dilakukan pada 15 Februari di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

- Punca kematian masih belum diketahui, polis masih menunggu laporan toksikologi dan patologi.

- Polis ingin mendapatkan kerjasama orang awam di Malaysia dan siapa juga yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi polis atau kedutaan bagi melengkapkan siasatan.

Saturday, December 3, 2016

GANGSTER MEMERINTAH!!! KLIP VIDEO LELAKI DIBELASAH SEBAB MENGATA DATUK YANG DIBUNUH BODYGUARD MELAYUNYA, SEDANG VIRAL!!!



Satu klip video memaparkan seorang lelaki dibelasah secara kejam sedang viral di Whatsapp. Dikatakan lelaki tersebut adalah individu yang memperkenalkan bodyguard yang telah menembak mati Datuk Ong Teik Kwong beberapa hari lepas. Sumber yang lain pula mengatakan, lelaki tersebut dibelasah kerana mengata-ngata Datuk tersebut di Facebook.

Di dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat melutut dan memohon ampun manakala beberapa orang individu lain memaki hamunnya. Ketakutan amat jelas pada wajah dan matanya 

Seorang lelaki lain mencabarnya didengar mengugut dan mencabarnya untuk meninggalkan tempat tersebut. 

Samseng-samseng tersebut telah menanggalkan bajunya dan mempersiapkannya untuk disebat menggunakan hos getah. Mangsa kemudiannya ditanya, "Kau tak kenal dia (Datuk)?" sambil menuding ke arah sesuatu yang kelihatan seperti keranda. Lelaki tersebut menjawab, "Saya kenal dia," sebelum diterajang sehingga jatuh oleh salah seorang samseng. 

Lelaki tersebut kemudiannya disebat berulang-ulang kali oleh lelaki yang lain. Dia juga diberi amaran agar tidak bangun sepanjang tempoh tersebut. 

Mangsa yang ketakutan kemudiannya diarahkan untuk melutut di hadapan 'Datuk' dan terus disebat berulang-ulang kali pada bahagian belakangnya. Beberapa individu turut menjerit dan mengarahkannya agar tidak bergerak walaupun mangsa jelas dalam kesakitan. 

Tidak mampu bertahan selepas disebat berulang-ulang kali dan sekuat-kuat hati, mangsa menyungkur menyebabkan seorang lelaki memegangnya dan tidak menekannya agar tidak bangun. Mangsa merintih-rintih sambil memohon ampun dengan berkata, "Saya bersalah, Datuk.


Beberapa khabar angin menyatakan, bodyguard yang diupah itu telah membunuh si Datuk yang merupakan ketua kongsi gelap, manakala beberapa spekulasi yang lain menyatakan, bodyguard tersebut menghadapi penyakit jiwa. 

Sumber video di atas tidak diketahui. Namun yang jelas, beberapa sumber begitu yakin, lelaki berkenaan dibelasah hanya kerana dia mengumpat mengeji si mati dalam Facebook. 

Netizen yang menonton video tersebut melahirkan simpati kepada lelaki berkenaan tetapi beberapa netizen yang lain pula menyatakan, balasan tersebut memang padan dengannya kerana dia merupakan sebahagian daripada gangster.


Friday, November 25, 2016

TERBUKTI, KEDUA-DUA PEMBULI PENGUATKUASA WANITA MELAYU ITU ADALAH PENYOKONG KUAT BERSIH 5.0!!!



Seperti yang dijangkakan, kedua-dua pembuli dan provokator yang bukan sahaja membuli seorang penjawat awam seperti yang diviralkan menerusi media sosial semalam tetapi cuba mencabulnya adalah penyokong kuat BERSIH.

Kedua-duanya telah ditangkap dan ditahan oleh polis pagi tadi menerusi pengumuman yang dibuat oleh Ketua Polis Negara.

Pemerhatian kemudiannya membawa kepada penemuan yang lebih meyakinkan.


Kedua-duanya adalah penyokong kuat BERSIH sekaligus membenarkan dakwaan bahawa golongan tersebut sebenarnya sudah besar kepala dan berasakan mereka telah mengawal semua aspek kehidupan di negara ini. Mereka berasakan mereka adalah TUAN BESAR di negara ini. Negara ini sudah ditakluk dan dijajah. Dan mereka adalah segala-galanya.

Sikap tersebut boleh dilihat menerusi gelagat mereka sendiri.


Kes yang berlaku seperti yang dirakamkan menerusi klip video berkenaan dan kemudian menjadi viral adalah buktinya.

Semenjak DAP bertambah kuat dan berani menonjolkan diri menerusi demonstrasi BERSIH dan pembohongan nyata Lim Guan Eng, perangai para pengikut DAP juga semakin biadap.

Apa yang berlaku pad atahun 1969, nampaknya semakin hari semakin ketara dan semakin menjadi-jadi.

Jangan hairan jikalau dalam masa terdekat, akan ada pula yang menyerang pihak penjawat awam dan mengasari mereka secara terang-terangan ketika penjawat awam tersebut sedang menjalankan tugas kerana mereka SANGAT BESAR dan LEBIH BESAR!


Friday, October 28, 2016

SELEPAS VIRAL KES BUNUH DIRI KERANA ROKOK SELUDUP, KINI VIRAL PULA KISAH ANGGOTA SPRM DERA ISTERI DAN DIBURU POLIS JOHOR!!!



Satu lagi masalah sosial sedang viral di Facebook dan media sosial lain. Kali ini melibatkan seorang anggota SPRM yang dituduh dan didakwa mendera isterinya. 



Secara terperinci, isterinya telah memuatnaikkan penderitaannya menjadi isteri kepada anggota SPRM tersebut di Facebook dan mendapat perhatian ramai.

SPRM ada mengeluarkan kenyataan, bahawa kes tersebut akan disiasat oleh mereka. 



Polis Johor bagaimanapun, mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki tersebut sedang diburu walaupun wanita berkenaan melaporkan, laporan polis telah dibuat lebih sebulan lalu. 

Kuasa media sosial!



ARAB SPRING BERMULA, PEMILIK MOTOSIKAL RODA TIGA BAKAR DIRI, ADAKAH MALAYSIA SPRING DIMULAKAN OLEH PEMILIK HONDA STREAM PENJUAL ROKOK SELUDUP?



Akhirnya 'kehilangan' Mohd Shukri yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi mengelakkan hukuman penjara kerana menjual rokok seludup, diselesaikan menerusi penemuan mayatnya oleh nelayan pagi tadi selepas dua hari pencarian dilakukan. 

Mayatnya ditemui terapung satu batu nautika dari Batu Maung, tempat dia dipercayai terjun. 

Komander Operasi APMM, PBK II Mazli A. Mutalib berkata, mayat Shukri akan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Menurut Mazli, pasukan penyelamat telah membuat pencarian menerusi udara dan laut selepas Shukri meninggalkan motosikalnya di KM11 jambatan tersebut menghala ke pulau dan dipercayai terjun ke laut.

Shukri menjadi 'selebriti bunuh diri' apabila selain meninggalkan nombor kad pengenalan dan pengenalan dirinya, dia turut memuatnaik nota di Facebook yang mengecam pihak berkuasa kerana mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana menjual rokok seludup. 

Tindakannya itu dipercayai didorong oleh tindakan Jabatan Kastam mengheretnya ke mahkamah kerana menjual rokok seludup bernilai RM360, kesalahan yang membolehkan dia dihumban ke penjara. Shukri dikatakan telah ditangkap pada 2012 atas kesalahan yang sama, dan sekali lagi pada Februari lalu.

Nota bunuh dirinya menjadi viral di Facebook, menyebabkan isterinya turut memuatnaikan memohon agar Shukri tidak dikecam walaupun perbuatannya itu salah dari segi agama. 

Sunday, October 2, 2016

KISAH AZIZAN OSMAN, DATUK PALSU, SULTAN PALSU, NABI PALSU, MALAHAN TUHAN PALSU!!!



Kegilaan masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu terhadap gelaran, mencetuskan satu fenomena yang tersendiri dengan kewujudan pelbagai jenis orang bergelar. Dan kerana gelaran-gelaran itu jugalah, satu industri yang sangat menguntungkan muncul iaitu JUALAN GELARAN SECARA BESAR-BESARAN dan BULANAN.

Di Malaysia sahaja, 9 orang Sultan dan 4 Yang Dipertua Negeri serta Kementerian Wilayah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar pingat-pingat kebesaran 'terulung' di seluruh dunia. Ditambah pula dengan penganugerahan daripada Yang Di-Pertuan Agong, golongan bergelar cukup meriah, sehinggakan ada lelucon yang berbunyi, 'kumpul ramai-ramai, campak seketul batu, kesemua yang terkena batu tersebut adalah orang bergelar.'

Itu baru yang penerima gelaran dan pingat yang sah. Bagaimana pula dengan penerima pingat tidak sah daripada Datuk Naning, 'Sultan Melaka', 'Sultan Sulu', 'Sultan Kampuchea', 'Sultan Langkat', 'Kerinchi', dan seribu satu macam bangsawan yang lain. Belum lagi pecahan-pecahan sultan, termasuklah sultan yang ditabalkan di bawah pokok yang turut mengeluarkan dan menganugerahkan pingat.

Itu baru gelaran kebesaran.

Bagaimana pula dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan besarnya otak seseorang itu kerana kebijaksanaan mereka. Profesor, Dr, Sir, Ir, Raden, PhD dan sebagainya juga seringkali bersaing dengan gelaran-gelaran kebesaran.

Sehinggakan tok bomoh yang diketahui SRP pun tidak pernah ambil, turut bergelar Dr. Kumpulan pseudosains yang menjual pelbagai peralatan atau bahan pelik-pelik yang diberi nama saintifik, malah membuat rawatan-rawatan tidak konvensional yang sebenarnya lebih bersifat menipu minda, turut menggunakan gelaran pelik-pelik.

Mengapa ini semua berlaku?


Sudah tentu ianya bergantung kepada permintaan dan strategi pemasaran.

Jadi jangan hairanlah apabila pendedahan 'mengejut' tentang keberanian individu tertentu untuk menjual air liur dengan harga mahal, disokong dengan pembuktian Doctorate, Phd Kehormat, PhD dan sebagainya.

Sebabnya, itulah yang dikehendaki oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia amat mudah teruja dan terpengaruh dengan sesiapa sahaja yang mempunyai gelaran. Apatah lagi seandainya seseorang itu mempunyai gelaran Ustaz atau digelarkan sebagai ulama sehingga memunculkan pula golongan Nabi Palsu bahkan Tuhan Palsu!

Kegilaan ini akan berterusan sampai bila-bila kerana wujudnya permintaan dan kepercayaan. Ia tidak sahaja berlaku dalam bentuk penipuan komersial, bahkan juga dalam bidang politik, agama, mahupun untuk diri sendiri!




Thursday, August 11, 2016

KAN DAH KATA, PEMBUNUHAN BILL KAYONG MEMANG ADA KAITAN DENGAN TANAH!!!



Masalah tanah di Sarawak adalah masalah yang sudah acapkali diperkatakan. Golongan tertentu terutama yang mempunyai kepentingan atau tamakkan tanah-tanah Bumiputera, menggunakan pelbagai cara termasuklah jenayah kekerasan selain berselindung di sebalik nama parti politik. Yang penting bagi mereka adalah untuk mendapatkan apa yang tidak selayaknya untuk mereka.

Pada 21 Jun, Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah telah ditembak sampai mati di satu persimpangan jalan berlampu isyarat di Lutong.

Beberapa hari kemudian, PDRM telah berjaya memberkas Mohamad Fitri Pauzi, 29, atas dakwaan membunuh Kayong, manakala seorang lagi, Lie Chang Loon, 37, telah didakwa bersubahat untuk membunuh Kayong.

Sehubungan itu, polis turut mendapatkan bantuan daripada Interpol untuk memburu orang yang disyaki sebagai dalang pembunuhan tersebut iaitu Datuk Stephen Lee Chee Siang, 45 yang beralat di Lot 290, Jalan Woodhouse, Tanjong Lobang, Miri yang telah melarikan diri ke Singapura dari Miri pada 23 Jun.


Stephen Lee Chee Siang merupakan pemilik Syarikat Tung Huat Niah Plantation Sdn. Bhd. Selama bertahun-tahun, para pemilik tanah Bumiputera berhadapan dengan masalah perundangan dengan syarikat tersebut. Bill Kayong adalah seorang jurukempen menentang syarikat tersebut dan kemudian menjadi calon mewakili PKR pada PRN Sarawak lepas. (RUJUK SINI)

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Dev Kumar berkata, hasil siasatan mendapati, dalang pembunuhan tersebut adalah Stephen Lee Chee Kiang.

"Lee kemudiannya berlepas ke Melbourne, Australia pada 13 Julai dari Singapura. Lokasinya sekarang belum lagi diketahui dan pasukan khas yang menyiasat kes ini telah cuba mendapatkan bantuan daripada Interpol untuk mengesannya," katanya kepada para pemberita.

Menurut Dev Kumar lagi, walaupun PDRM belum lagi menerima jawapan balas daripada Interpol, Lee dipercayai masih lagi berada di luar negara tetapi lokasi sebenarnya belum dapat dikenalpasti.

Selain Lee Chee Siang, dua orang rakannya, pemilik KTV Lounge Kong Sien Ming, 35 dan Chin Wui Chung @ Ah Chung, 50 yang juga merupakan pembantu peribadi Lee, juga sedang dijejaki oleh polis.


"Kami percaya kedua-dua mereka masih di dalam negara," katanya, sambil menambah waran untuk penangkapan telah pun dikeluarkan ke atas ketiga-tiga orang lelaki tersebut oleh Mahkamah Majistret Miri pada 9 Julai.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga orang suspek tersebut agar menghubungi polis dengan kadar segera bagi membolehkan mereka dihadapkan ke mahkamah.

Menurut Dev lagi, gambar dan alamat ketiga-tiga orang suspek tersebut turut diserahkan kepada medai untuk memudahkan pengecaman mereka oleh orang ramai.

Friday, July 29, 2016

KEHEBATAN PEGUAM-PEGUAM PKR DAN DAP BELA PENJENAYAH GUNA MEDIA, HASILKAN KUMPULAN PENJENAYAH YANG BERTINDAK SEPERTI KOBOI!!!



Negara ini bukannya negara koboi. Malah sejarah koboi tidak pernah tercatat di negara ini tetapi semenjak kebelakangan ini, pesta tembak-menembak bagaikan tidak terkawal terutama sekali membabitkan pemilikan senjata api dan kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang sangat banyak serta pelbagai nama.

Ketua Polis Negara menyatakan bahawa pembunuhan terbaharu di Setapak menggunakan senjata api dan ala Mafia, bukannya membabitkan pembunuh upahan sebaliknya membabitkan persaingan antara kumpulan jenayah. Kebetulan pula, mangsa yang terbunuh adalah orang kuat salah sebuah kongsi gelap selain pemberi pinjaman atau ceti.

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan berpendapat, pesta tembak menembak sekarang adalah hasil daripada aktiviti kumpulan-kumpulan haram. Menurutnya, terdapat lebih daripada 20 kumpulan kumpulan haram beroperasi di negara ini dan kumpulan-kumpulan tersebut sangat giat merekrut ahli-ahli baru.

Selain daripada berebut kawasan yang menjurus kepada serangan dan pembunuhan menggunakan senjata api, kumpulan tersebut turut mengutip wang perlindungan daripada orang perseorangan mahupun syarikat. Justeru, menurut bekas KPN itu, polis perlu mengambil sikap lebih serius dalam menangani kumpulan-kumpulan haram tersebut terutama sekali memburu ketua-ketua kumpulannya.

Kumpulan-kumpulan haram tersebut turut terlibat dalam perniagaan lendir dan judi.

"Sesuatu harus dilakukan untuk mengelakkan lebih ramai remaja daripada menyertai kumpulan-kumpulan tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya takut untuk membuat laporan polis terhadap kewujudan kumpulan tersebut walaupun pada masa yang sama, dibimbangi tindakbalas daripada kumpulan-kumpulan tersebut ke atas mereka. Negara ini mempunyai undang-undang yang melindungi pemberi maklumat dan orang awam.

Kematian akibat pembunuhan menggunakan senjata api meningkat ketara dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Menurut polis, kebanyakan kes adalah melibatkan persaingan antara kumpulan-kumpulan haram.

Sudah sampai masanya, pihak berkuasa menangani masalah ini sepertimana mereka menangani masalah Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Tindakan dan hukuman perlu dijatuhkan semaksima mungkin termasuklah ke atas pemilikan senjata api dan peluru.

Manakala perlu wujud sekatan ke atas peguam-peguam yang menggunakan media untuk membela anakguam mereka yang merupakan suspek penjenayah seperti yang kerap ditunjukkan oleh peguam-peguam dari PKR dan terutama sekali DAP!!!


Thursday, July 14, 2016

KEMBALIKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI UNTUK KEKANG PEMILIKAN DAN PENGGUNAAN SENJATA API SECARA HARAM!!!



Ketika tahun-tahun 60-an sehingga awal 90-an, hukuman gantung sampai mati melibatkan pemilikan senjata api secara haram, bahkan mereka yang didapati memiliki peluru juga turut menerima akibat. Selain daripada ancaman pengganas komunis, zaman itu juga terkenal dengan zaman kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan samseng serta penjenayah tegar seperti Botak Chin, Mokhtar Komando dan sebagainya.

Nallakaruppan yang sekarang ini bergelar Tan Sri, telah ditangkap dan didakwa kerana memiliki peluru M-16 ketika awal Era Reformasi dan penyingkiran serta pemecatan Anwar Ibrahim. Dia sendiri mengakui yang dia bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati, hanya kerana memiliki peluru.

Bagaimanapun, penghujung 90-an memperlihatkan ketegasan undang-undang yang berkaitan mula dilonggarkan. Hukuman mati untuk pemilikan mahupun penggunaan senjata api secara haram, dilihat mula dilonggarkan, apatah lagi dengan desakan daripada pelbagai pihak khususnya peguam-peguam DAP agar hukuman mati di negara ini dimansuhkan, kononnya melanggar hak asasi manusia.

Semalam, seorang lelaki menembak mati empat ahli sekeluarganya di Batu Maung, Pulau Pinang. Puncanya dikatakan ketagihan najis dadah. Senjata yang digunakan pula, merupakan senjata seludup dari Thailand.

Dalam bulan ini sahaja, beberapa kes bunuh melibatkan senjata api, turut dilaporkan oleh pelbagai media. Dan yang 'terbesar' adalah pembunuhan ahli PKR Sarawak, Bill Kayong, juga melibatkan penggunaan senjata api.

Pada ketika tuduhan demi tuduhan daripada DAP dan PKR bahawa polis adalah 'trigger happy' dengan menjadikan golongan penjenayah dari kaum minoriti sebagai mangsa, berita-berita tentang ancaman senjata api secara haram, semakin banyak diperkatakan dan disiarkan.

Dan di sebalik tekanan kepada pihak berkuasa agar mengekang atau menangani masalah ini, tekanan juga dibuat oleh DAP dan PKR agar undang-undang dilonggarkan dan penjenayah diberi muka, malah agar tidak dikenakan hukuman berat.

Kerajaan Malaysia seharusnya mengembalikan semula hukuman tegas yang pernah menakutkan golongan penjenayah dan kumpulan-kumpulan samseng. Toleransi yang ditunjukkan terutama membabitkan hukuman penjara sahaja, sudah tidak memadai untuk memastikan keselamatan rakyat awam di negara ini. Penguatkuasaan yang lebih kerap dan lebih tegas terutama membabitkan di sempadan, mahupun di perairan merupakan satu-satunya cara yang paling berkesan untuk mengekang masalah ini selain hukuman lebih tegas bagi mereka yang telah disabit kesalahan.


Thursday, June 30, 2016

FACEBOOKER CARI 'GLAMOUR' APABILA ANCAM MAHU PENGGAL KEPALA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH SARAWAK!!!



Seperti yang dijangkakan, kematian Bill Kayong telah digunakan secara meluas dan bersungguh-sungguh oleh pembangkang dan penyokong mereka untuk mencetuskan ketidaktenteraman serta kekacauan di Sarawak.

Media-media sosial seperti Facebook, dipenuhi dengan pelbagai ancaman termasuklah persepsi bahawa pembunuhan Bill Kayong adalah untuk menutup mulutnya daripada memperjuangkan hak rakyat, khususnya tanah NCR.

Malah ada pihak yang cuba menaikkan sentimen kaum Dayak dengan menyatakan 'You Touch One Dayak, You Touch One Borneo' walaupun berselindung di sebalik laungan kononnya mereka mahu menuntut keadilan dan penyiasatan menyeluruh ke atas kematian Bill Kayong.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar bahawa kematian Bill Kayong tiada kena mengena dengan politik atau perkauman, mencetuskan kemarahan pihak-pihak tertentu yang benar-benar ingin melihat kematian Bill Kayong adalah disebabkan serangan ke atas orang Iban dan politik Sarawak yang lebih banyak.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Wednesday, June 22, 2016

VIDEO VIRAL SERBUAN ANAK MUDA JAHANAMKAN MESIN JUDI DI KUALA SELANGOR... ADAKAH MEREKA YANG AKAN DIBICARAKAN ATAU PEMILIK MESIN JUDI BERJAYA LEPASKAN DIRI LAGI?!!!



Masalah mesin judi dan mesin slot di negara ini, sememangnya sangat runcing. Lebih-lebih selepas kejayaan DAP dan PKR menguasai sesuatu kawasan, atau lebih tepat lagi menguasai kerusi-kerusi Ahli Majlis PBT, masalah ini seperti tidak dapat diselesaikan.

Pihak berkuasa pula seakan-akan buntu dan sudah berputus asa untuk menangani masalah ini sehingga ke akar umbi. Setakat ini, belum ada lagi berita yang menunjukkan bagaimana dalang-dalang di sebalik kegiatan mesin-mesin judi ini, diheret ke mahkamah dan dibicarakan atau dihukum. Kalau ada pun, cuma anak-anak bilis yang bekerja di premis tersebut.

Bukan tidak ada aduan, bukan juga tidak ada bukti, tetapi tindakan daripada pihak berkuasa amat lambat.



 Di Facebook, satu klip video yang dimuatnaikkan oleh Warisan - Task Force, menunjukkan sekumpulan anak muda di Kuala Selangor menyerbu dan merosakkan mesin-mesin judi haram yang nampaknya bebas dari tindakan pihak berkuasa terutama sekali PBT.

Mungkin dari segi undang-undang, tindakan anak-anak muda itu adalah satu kesalahan kerana menceroboh tetapi kewujudan premis-premis mesin judi itu juga merupakan kesalahan yang jauh lebih besar terhadap undang-undang dan kemanusiaan.

Daripada komen-komen yang diberikan, ternyata, tindakan anak-anak muda tersebut disokong bagi membersihkan kawasan mereka daripada kerosakan yang dibawa oleh mesin-mesin judi.

Persoalannya kini, adakah pemilik-pemilik sebenar mesin-mesin judi tersebut akan memanipulasi undang-undang sehingga membuatkan mereka terlepas, sebaliknya anak-anak muda itu yang akan 'tersangkut'?


Wednesday, May 25, 2016

SATU LAGI KEJADIAN CUBAAN ROGOL DI TANDAS, KALI INI DI TANDAS RESTORAN MAKANAN SEGERA PULA!!!


Seorang wanita muda berjaya menyelamatkan dirinya daripada dirogol ketika dia berada di bilik air sebuah restoran makanan segera di Johor Bahru, pagi Jumaat lepas. 

Menurut China Press, mangsa sedang menghias dirinya di hadapan cermin di bilik air itu apabila seorang lelaki secara tiba-tiba memeluknya dari belakang dan menutup mulutnya sambil cuba mengheretnya ke sebuah bilik air yang dikhaskan untuk orang kurang upaya.

Mujurlah bagi wanita muda itu, dia terpandang seorang wanita lain yang sedang berjalan ke bilik air dan segera menjerit. Jeritannya itu membuatkan penyerangnya panik dan terus melarikan diri dengan beg tangan gadis tersebut.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Sulaiman Salleh mengesahkan berita yang dipetik oleh akhbar berbahasa Cina itu dan laporan kejadian tersebut telah diterima tetapi enggan mengulas lanjut.

Adalah difahamkan, polis telah mendapatkan rakaman CCT dari restoran makanan segera itu.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook yang memperkenalkan dirinya sebagai David Lim mendakwa, penyerang adalah kakitangan restoran makanan segera itu dan dikatakan sedang bercuti pada hari kejadian. 

Kurang sebulan lalu, seorang wanita berusia 30 tahun hampir dirogol di tandas wanita di stesen petrol di Rawang. 

Beberapa kejadian seperti ini pernah dilaporkan berlaku. Walaupun CCTV dipasang, namun penjenayah langsung tidak takut untuk berbuat begitu.

Rondaan dan kawalan keselamatan perlu dibuat oleh pemilik outlet seperti stesen petrol mahupun restoran makanan segera, terutama sekali apabila bilik-bilik air atau tandas terletak di bahagian belakang bangunan.




.

Saturday, March 26, 2016

GADIS RAKAM BAPA ROGOLNYA DENGAN TELEFON BIMBIT SELEPAS IBU DAN KAKAKNYA TIDAK PERCAYA!!!



Seorang gadis berusia 18 tahun terpaksa merakam perbuatan bapa merogolnya sejak empat tahun lalu bagi membuktikan kepada ibunya yang tidak mempercayai aduannya itu.

Sarita Devi (bukan nama sebenar) dari Jalaun, wilayah Uttar Pradesh, India merakamkan perbuatan bapanya dengan telefon bimbit.‎

Sarita berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa merakam perbuatan bapanya itu untuk dijadikan bukti kerana ibu serta kakaknya tidak pernah percaya jika memberitahu lelaki itu sering merogolnya jika tinggal di rumah berseorangan.

“Bapa sering menyerang secara seksual sejak empat tahun lalu. Saya pernah cuba mengadu mengenai perkara ini, namun tiada siapa yang mempercayainya.

“Saya tidak mempunyai bukti. Jadi saya nekad mahu mengumpulkan bukti untuk menengakkan keadilan,” katanya mengikut laporan Sinar Harian Online yang memetik Daily Mail, semalam.


Tambah Sarita, dia bertindak meletakkan telefon bimbit secara sembunyi di tingkap rumahnya untuk merekodkan perbuatan bapanya itu.

Video berkenaan kemudian ditunjukkan kepada ibunya sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

Lelaki yang berusia 53 tahun itu kemudiannya ditahan.

Sementara itu, menurut ibu mangsa, dia berang setiap kali anaknya itu melaporkan mengenai perbuatan suaminya itu dan menganggap dia sengaja mereka cerita.

“Namun apabila mengetahui perkara sebenar, hati saya luluh. Saya masih terkejut dan sukar mempercayai seorang bapa sanggup melakukan perbuatan terkutuk kepada anaknya sendiri.

“Saya kesal kerana tidak percaya mengenai aduan Sarita sebelum ini dan akan memberikan sokongan kepadanya,” katanya.

Pegawai polis, Alok Sazena mengesahkan insiden tersebut dan telah menahan lelaki berkenaan sebaik sahaja Sarita menfailkan aduan.

“Lelaki itu mengaku bersalah terhadap tuduhan itu dan dia akan dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 376 (rogol) dan 506 (ugutan jenayah).- FMT

Friday, March 25, 2016

ADAKAH AHLI SINDIKET DADAH YANG DITANGKAP DI THAILAND RAKYAT MALAYSIA AKAN DITOLONG OLEH KERAJAAN MALAYSIA DEMI PILIHANRAYA!!!



Mereka adalah gerombolan perosak masyarakat yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi keuntungan ringgit. Rangkaian mereka saling berkait antara satu sama lain di seluruh dunia.

Dengan 226 kilogram ice crystal atau syabu, tangkapan dan rampasan yang dilakukan oleh polis Thailand merupakan yang terbesar di negara itu pada tahun ini. Dua serbuan dan tangkapan menghasilkan 12 orang pengedar dadah telah berjaya ditahan oleh polis negara itu.

Dan kesemua mereka adalah rakyat Malaysia yang membentuk kartel dadah sintetik yang bersindiket di Thailand.

Kalau di Malaysia, mereka tidak akan dipamerkan kepada awam. Wajah mereka dibenarkan ditutup tetapi di Thailand berbeza sama sekali.

Satu prosedur yang sepatutnya ditiru oleh Malaysia terutama yang membabitkan penjenayah dadah.


Persoalannya kini ialah sehingga setakat ini kita belum mendengar ada usaha mendesak kerajaan Malaysia menyelamatkan para penjenayah itu dengan pelbagai cerita-cerita dongeng mahupun kisah-kisah sedih tentang penjenayah atau ahli-ahli keluarga mereka.

Ditokok pula dengan sikap prihatin yang bukan-bukan daripada puak peguam, pastinya isu ini akan menjadi isu politik membabitkan kaum terutama apabila para penjenayah tersebut dari kaum Cina.

Apa jangkaan anda?


Thursday, March 24, 2016

PEROGOL BERSIRI DI LANGKAWI YANG GUNAKAN MEDIA SOSIAL UNTUK BURU MANGSA, AKHIRNYA DIBERKAS POLIS!!!



LANGKAWI: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dipercayai perogol bersiri yang licik memperdayakan mangsa menerusi laman sosial dan diburu polis sejak enam bulan lalu di sini, semalam.

Suspek yang dikenali sebagai 'Soleh' ditahan bersama mangsa rogol terakhirnya dalam sebuah kereta dan mengaku terbabit dalam 10 kes rogol menggunakan kekerasan termasuk seorang mangsanya pelajar sekolah.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang, berkata suspek menggunakan modus operandi menyapa mangsa menerusi laman sosial wechat, Facebook dan Instagram untuk memerangkap sebelum merogol mereka.

"Selepas berkenalan dengan mangsa di laman sosial, suspek yang juga bekas pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan mengajak mangsa berjumpa di lokasi ditetapkan.

"Sebaik tiba di tempat sunyi atau dalam kereta, mangsa akan dicekik dan dipukul secara kekerasan sebelum dirogol," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini, hari ini. 

Che Ghazali berkata, selepas merogol mangsa, suspek bertindak memadam semua maklumat diri dan komunikasi dalam telefon bimbit mangsa bagi mengelak perbuatan jahatnya dikesan pihak berkuasa. 

Katanya, suspek yang juga bekas kakitangan hotel di sini ditahan reman selama seminggu dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan.- BERITA HARIAN

Monday, January 4, 2016

LAGI KISAH SIHIR YANG MENYUSAHKAN DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA!!!



Orang pertama yang bawa cerita kononnya Rosmah Mansor suka main bomoh dan sihir adalah Chegu Bard. Habis diusung kameraman dan segala macam pembiak fitnah masuk kampung, mencari sasaran yang boleh menimbulkan kepercayaan bahawa isteri Perdana Menteri itu sememangnya sukakan bomoh.

Selepas itu, masyhurlah fitnah tersebut sekalipun sehingga kini tiada sebarang bukti yang ditampilkan oleh orang yang menuduh sebaliknya hanya lisannya semata-mata. Malah saksi-saksi yang menjadi sandarannya pun tidak mampu dijadikan bahan bukti di mahkamah. Tuduhan itu juga tidak dipanjangkan ke mahkamah walaupun terdapat peruntukan tentang amalan sihir dalam Undang-Undang Syariah sepertimana yang terdapat dalam Seksyen 8 Enakmen Jenayah Syariah Pahang Bil.3, 1992; EJNS, bil.4, 1992, Seksyen 52; EKSM bil.6, Seksyen 69.

Hari ini, Netizen rata-rata mengkritik satu tuduhan liar dan jahat malah langsung tidak masuk akal yang dilemparkan oleh seorang yang bergelar negarawan terhadap isteri Perdana Menteri itu memandangkan suatu ketika dahulu, dia merupakan orang yang paling kuat mengeji air jampi Haron Din.



Bagaimanapun, di Facebook, seorang pengguna telah memuatnaikkan keluhan tentang perbuatan jahat seorang imigran yang telah diupahnya untuk mengubahsuai rumahnya, tetapi imigran dari Indonesia itu dikatakan telah mengenakan sihir ke atas anak daranya yang berusia 18 tahun.

Minyak dagu yang dicalitkan oleh imigran tersebut telah menyebabkan anak perempuannya jadi tidak keruan dan seolah-olah hilang fikiran kerana asyik memanggil-manggil nama imigran tersebut.


Usaha-usaha untuk memulihkan anak perempuannya yang telah terkena sihir itu, telah dilakukan namun semuanya gagal.

Justeru, si bapa telah meminta bantuan daripada Netizen untuk mengusahakan pemulihan ke atas anaknya.

Zaman sudah moden, tetapi semakin moden, semakin mundurlah pemikiran sesetengah daripada kita.


Wednesday, December 30, 2015

INI BETUL-BETUL, BUKAN FAKE!!! REMAJA 14 TAHUN YANG DIKATAKAN HANTAR MESEJ MINTA TOLONG, BENAR-BENAR DILARIKAN DUA PEMUDA INDIA DENGAN VAN PUTIH!!!



PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.

1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.

2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu (pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya (pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki Cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya. Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.

5. Namun, pada 29/10/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah dilarikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak dikenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut.Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut.Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no 013-3430150.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.

Sumber: Polis Selangor

#SELAMATKANZULKIFLI... BEZA ANTARA PENDAPAT KEYBOARD WARRIOR DENGAN PENDAPAT PENGAMAL UNDANG-UNDANG!!!



Hanya di Malaysia yg aman saja perkara macam ni berlaku....hak rakyat dicabul...only in malaysia...jika bertindak mempertahankan diri ianya adalah satu kesalahan
Adakah polis dapat melakukan sesuatu tanpa mencederakan mangsa dlm sekelip mata diwaktu kejadian...wallahualam

#SELAMATKANZULKIFLI
#ZULKIFLIHERORAKYAT Minta sokongan semua.

Zulkifli, 50 tahun, hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli namun Zulkifli pula direman bawah seksyen 302. 2 minggu direman Zulkifli kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 15 ribu apabila kes ditukar kepada 304.

Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan pertuduhan 302 dan 326 kanun keseksaan.

302 jika sabit kesalahan maka digantung sampai mati mandatori.

Patutkah ayah pada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri dan harta?

Minta like page ini, tukar dari mode following kepada see first, kemudian sebarkan. Page ini akan update dari masa ke semasa perkembangan Zulkifli dan keluarga.

#ZulkifliHeroRakyat #SelamatkanZulkifli

https://m.facebook.com/selamatkanZulkifli/


PEMBACA FACEBOOK




INI PULA TULISAN SEORANG PEGUAM:



Assalamualaikum semua.

Izinkan saya memberi pandangan utk menjelaskan apa yg berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abg Zulkifli ini tetapi proses undang2 itu harus di lalui dahulu oleh Abg Zulkifli sebelum keadilan di tegakkan.

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yg di benarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain.

Tetapi, fakta ini tak boleh di selesaikan di fb. Abg Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yg membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan.


Tempohmasa perbicaraan pula boleh selesai dlm tempoh 1 tahun. Di sebabkan kes yg di tuduh terhadap abg Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili abg zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam utk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yg melibatkan hukuman gantung.

Ok selesai bab abg Zulkifli. So apa jadi dgn keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yg prihatin utk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abg zulkifli ni.

Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yg di lalui oleh abg zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara.

Cuma sbb beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yg akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yg munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abg zulkifli.

Itu saja yg saya nak cakap sekarang.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz



 
Blogger Templates