Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label Dr. Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Dr. Mahathir. Show all posts

Wednesday, January 1, 2020

PART 1: WAWASAN 2020 GAGAL BUKAN KERANA PAK LAH, BUKAN KERANA NAJIB, TETAPI KERANA MAHATHIR KUAT TEMBERANG DAN JUAL HARTA NEGARA!!!



Akhirnya Tahun 2020 datang juga....

Sekaligus menandakan penguasaan kembali Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selama lebih 18 bulan.

Dan selama lebih 18 bulan inilah juga, Mahathir masih lagi menggunakan alasan Najib dan Abdullah Badawi untuk melindungi korupsi, nepotisme dan kronisme yang sedang membarah dalam kerajaannya bersama-sama DAP. Apa yang dilakukannya dari tahun 1981 sehingga 2003, kembali diulang dan Mahathir terpaksa mengulang-ulang cerita karangannya bahawa negara ini dimusnahkan oleh pemimpin terdahulu dan dia adalah penyelamat yang diutuskan Tuhan untuk rakyat Malaysia.

Sebahagian besar rakyat Malaysia masih percaya dengan pembohongan dan cerita dongeng Mahathir. Terutama sekali yang membabitkan Najib Abdul Razak dan Abdullah Badawi. Sebahagian rakyat Malaysia pula menerima bulat-bulat bahawa sepanjang tempoh pentadbiran Najib Abdul Razak dan Abdullah Badawi, negara ini telah dimundurkan dan kedua-dua Perdana Menteri itu telah menggagalkan Wawasan 2020 yang diimpikan oleh Mahathir.

1981, ketika Mahathir berjaya menggulingkan Hussein Onn, perkara pertama yang dilakukan oleh Mahathir adalah menjahanamkan semua entiti-entiti yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Melayu seperti PERNAS, Permodalan MARA Berhad (PMB) yang banyak melibatkan perkhidmatan bas, pembinaan badan bas, lori MARA atau KulitKraf yang membekalkan kasut kepada anggota tentera, polis dan bomba; Roti Mawar yang membekalkan roti kepada pelajar-pelajar ITM; Kayu Sedia yang menyediakan rumah pasang siap; MARA Travel yang menyediakan tiket penerbangan kepada pelajar-pelajar tajaan MARA dan berpuluh-puluh syarikat yang lain; Kilang Kain MARA Kimma di Kajang.

Apa-apa sahaja berkaitan ekonomi Melayu-Bumiputera dan Islam yang dibangunkan pada zaman Tun Razak terutama membabitkan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan, semuanya dihancurkan termasuklah Bank Bumiputera Malaysia Berhad. PETRONAS juga hampir dihancurkan dan kini pelacuran PETRONAS menjadi ketara menerusi gabungan Mahathir-Lim Guan Eng.

Kesemua ini hancur di tangan Mahathir dan Anwar Ibrahim apabila kesemuanya dibahagi-bahagikan sesama kroni mereka dan akhirnya lingkup, termasuklah Kompleks Kewangan.

Tanpa media sosial dan hanya bergantung kepada media-media utama zaman kekuasaan Mahathir tahun 1981-2003, kebanyakan rakyat tidak pernah tahu dan peduli tentang kegiatan bail-out bernilai lebih RM60 bilion untuk menyelamatkan kroni dan lebih RM125 NPL menerusi DANAHARTA, DANAMODAL, CRDC dan DANASAHAM.

Dan seperti kata seorang netizen terkenal yang banyak terlibat dalam sepak terajang politik UMNO serta aktiviti syarikat-syarikat korporat berasaskan Melayu-Bumiputera dan umat Islam Malaysia, Roslan Latif:

"Nasib ada Petronas, EPF, KWAP dan sysrikat tinggalan orang dulu- boleh jarah, boleh swasta, boleh gadai. Yg dia buat semua hancuss - Perwaja, Hicom, Proton, MEC, Cyberjaya, Silterra, Eagle Aircraft, Sogoshosha dan berpuluh lagi melibatkan lebih RM150 bilion." (RUJUK SINI)

Cerita tentang Mahathir dan pembohongannya memang panjang. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perbandingan data dan fakta-fakta dari Bank Negara Malaysia dan Jabatan Statistik yang tidak akan sama sekali digunakan oleh Mahathir ketika dia menuduh Abdullah Badawi dan Najib Abdul Razak yang memundurkan negara ini. 

Sebabnya, dia tahu, kalau rakyat celik dan meneliti data-data serta fakta-fakta tersebut, dia bukan sahaja akan dikutuk, malahan kuburnya juga nanti bakal jadi jamban atau tempat pembuangan najis kerana data-data tersebut menunjukkan yang menghancurkan negara ini adalah Mahathir manakala orang yang dia tuduh itu pula sebaliknya. 

Artikel seterusnya akan menyusul...




Saturday, September 7, 2019

MELAYU PEMALAS, MELAYU HARAP TONGKAT: SURAT TERBUKA BUAT DR. MAHATHIR!!!



Assalamualaikum Tun,

Selepas solat Jumaat tadi saya baru terbaca penulisan Tun yang disiarkan tadi berkenaan orang-orang Melayu.

Dahulu Tun kerap berkata Melayu pemalas.

Sekarang Tun kata Melayu masih enggan bekerja.

Tun juga masih bernostalgia dan terkenang zaman dahulu kala di zaman British.

Tun kata, "British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak ada orang Melayu yang bekerja dalam ladang dan lombong ini. Pekerja terdiri dari orang India dan Cina. Perniagaan kedai runcit dan aneka jenis tukang-tukang semuanya terdiri dari orang Cina."

Tun tentunya tahu British buat begini sebab dasar pecah dan perintah, bukan sebab orang Melayu malas bekerja.

Tun juga kata, "Tidak ada orang Melayu yang bekerja sebagai buruh kasar, dan orang Melayu rela serah segala kerja kepada orang asing."

Tun kata, "Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja."

Dan, "Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini."

Kepada Tun, saya tidak pernah hidup semasa zaman British atau zaman Jepun seperti Tun.

Dan saya juga bukannya seorang billionaire seperti anak-anak Tun, yang mendapat manfaat dari banyak kontrak kerajaan.

Semasa saya muda, saya pernah buat kerja buruh kasar, kerja kilang, jadi waiter, jaga kaunter, buat air dan sebagainya.

Selepas saya tamat pengajian dari universiti pada tahun 1999, keadaan ekonomi amat teruk semasa pentadbiran Tun sebagai PM-4, beratus-ratus ribu orang hilang kerja dan graduan-graduan baru seperti saya sukar untuk mendapat kerja walaupun saya kembali ke tanahair dengan ijazah kelas pertama dari salah sebuah universiti terkemuka di dunia.

Saya telah buat macam-macam kerja yang tidak memerlukan ijazah untuk mencari sesuap nasi termasuk sebagai buruh kasar.

Apabila saya ingin berkahwin dan memulakan keluarga pada awal tahun 2000, keadaan kewangan amatlah sukar kerana ekonomi negara yang telah ranap semasa pentadbiran Tun, saya terpaksa membuat dua kerja selama lebih dua tahun untuk mengumpul wang untuk berkahwin.

Pada ketika itu, pada siang hari saya berkerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang dan selepas itu terus ke kerja kedua pada malam hari dari pukul 6 petang sehingga pukul 10 malam.

Setiap hari saya bekerja sekurang-kurangnya 14 jam, tidak termasuk masa perjalanan dan menempuh kesesakan jalanraya.

Kini keadaan ekonomi menjadi semakin teruk dan menuju ke arah krisis seperti tahun 1997-1999 dahulu.

Ramai orang hilang kerja dan graduan-graduan terutama graduan Melayu sukar untuk mendapat kerja.

Saya amat faham masalah yang dihadapi oleh orang-orang muda sekarang sebab saya pernah mengharunginya dahulu.

Saya rasa Tun dan keluarga Tun yang kaya raya tidak faham masalah rakyat biasa, dan saya pasti Tun atau anak-anak Tun tidak pernah bekerja seperti saya bekerja dan tidak pernah menjadi buruh kasar.

Sebab itu apabila orang tidak bekerja atau miskin, Tun cepat sahaja panggil mereka pemalas seolah-olah itu pilihan mereka dan seolah-olah mereka yang bersalah ke atas keadaan mereka ini walaupun hal sebenar adalah jauh berbeza.

Orang Melayu bukannya pemalas.

Dan mereka bukan tidak mahu bekerja.

Jika mereka tidak bekerja, mereka tidak makan. Kebanyakan mereka bukan ada simpanan berbillion ringgit di dalam bank seperti keluarga Tun.

........

Ramai graduan Melayu sekarang yang mempunyai ijazah cemerlang tetapi bekerja sebagai pembantu jualan di kompleks membeli belah, bawa Grabfood dan Food Panda, jual burger dan sebagainya.

Kini Tun mahu mereka jadi buruh kasar dan bawa Gojek pula.

Tun tentunya tahu bahawa beberapa kajian membuktikan bahawa antara sebab graduan Melayu tidak dapat kerja bukan sebab mereka pemalas atau tidak mahu bekerja seperti yang Tun kata, tetapi sebab mereka didiskriminasikan di pasaran kerja.

Menurut kajian, hanya 4% daripada graduan Melayu dipanggil untuk temuduga berbanding 28% graduan Cina dengan kelulusan yang sama.

Saya pasti graduan Melayu yang diberikan tawaran kerja selepas ditemuduga adalah lebih rendah dari 4% tersebut.

Pada saya, kerajaan perlu membuat dasar supaya ekonomi berkembang dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, menggunakan teknologi dan akal fikiran untuk rakyat dan graduan-graduan.

Bukan menyuruh rakyat undur ke belakang dan menjadi buruh kasar dan memanggil mereka pemalas apabila peluang pekerjaan tiada akibat kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi.

.......


Tun juga tentunya tahu berkenaan monopoli dan kartel perniagaan kaum lain yang mendiskriminasi ke atas perniagaan orang-orang Melayu.

Tun telah menulis berkenaan ini dengan panjang lebar dalam buku "Malay Dilemma" dahulu.

Jika Tun baca buku "Chinese Dilemma" pula, Tun juga tentunya nampak bahawa masalah perkauman dalam perniagaan adalah nyata berlaku di pasaran, dan hal ini mendatangkan masalah kepada peniaga-peniaga Melayu untuk menembusi rantaian bekalan yang dimonopoli kaum lain.

Akibatnya banyak perniagaan Melayu telah gagal kerana diskriminasi bekalan dan harga yang dikenakan ke atas mereka.

Sebab itu dahulu saya pernah kata salah satu sebab utama orang-orang Melayu masih miskin dan tidak bekerja adalah bukan kerana mereka malas dan tidak mahu kerja, tetapi kerana mereka terus didiskriminasi di negara sendiri.

........

Dasar-dasar Tun hanya mengayakan kroni-kroni namun tidak mempedulikan orang-orang miskin.

Dahulu Tun pernah berkata, jika Tun mengayakan beberapa orang, orang itu akan mengayakan lebih ramai orang di bawahnya.

Dasar "trickle down economics" Tun ini ternyata tidak berjaya dan tidak benar, kerana beberapa orang kaya kroni-kroni ini telah terus menjadi lebih kaya raya namun kekayaan ini tidak sampai ke bawah.

Di tengah-tengah zaman pemerintahan Tun semasa tahun 1990an, jurang antara yang kaya dan yang miskin telah melebar, perkongsian kekayaan negara kepada golongan 20% teratas (T20) telah meningkat dari 50% ke 52%.

Namun jumlah perkongsian pendapatan negara untuk golongan 40% terbawah (B40) telah menurun dari 15% ke 13%.

Tun sepatutnya mengaku bahawa dasar-dasar Tun selama ini iaitu 23 tahun sebagai Perdana Menteri telah tidak berjaya untuk menghapuskan diskriminasi ke atas orang-orang Melayu ini malah menjadikannya lebih buruk.

Walaupun Tun tentunya tahu berkenaan fakta ini, namun saya pasti Tun tidak akan mengaku bahawa ianya adalah salah Tun, tetapi seperti biasa Tun akan salahkan orang lain.

Dan sebab itu Tun tidak akan berhenti daripada menyalahkan orang Melayu dengan berkata mereka pemalas, tidak mahu bekerja dan tidak sedar diri seperti biasa.

Selagi Tun bersikap begini, selagi itulah kita tidak akan dapat keluar dari kepompong pemikiran begini dan kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah orang-orang Melayu ini.

Yang lebih teruk lagi ialah masalah diskriminasi, prejudis dan bias ke atas orang-orang Melayu oleh kaum lain akan menjadi lebih teruk sebab seorang pemimpin Melayu seperti Tun telah mengaku bahawa orang-orang Melayu ini kononnya memang pemalas, walaupun hakikatnya ianya tidak benar dan malah sebaliknya.

........


Saya tahu pemikiran lama sukar dibuang.

Namun, jika Tun tidak boleh membuang pemikiran lama ini, sekurang-kurangnya dengarlah masalah rakyat semasa.

Rakyat sedang susah. Masa telah berubah. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu.

Orang Melayu bukannya tidak sedar seperti kata Tun.

Malah mereka sebenarnya sudah terlebih sedar dan sudah pandai menilai dan tidak lagi mudah ditipu, bukan seperti dahulu.

Sebab itu mereka kini tidak lagi percaya kepada tanggapan lama Tun tersebut.

Kita perlu berubah mengikut peredaran zaman.

Dan mengubah pemikiran sejajar dengan persekitaran semasa.

Jika tidak, kita akan terus ketinggalan.

Salam,
ISHAM JALIL
Marhaen
6 September 2019

Friday, August 30, 2019

MAHATHIR KEMBALI BERCAKAP TENTANG PENGHARAMAN UMNO DI TENGAH-TENGAH KEMELUT DAN HURU-HARA PAKATAN HARAPAN YANG TIDAK ADA HARAPAN DI HATI RAKYAT!!!



Tidak dapat dipastikan, adakah UMNO dan Majlis Tertingginya telah membincangkan perihal perkembangan terbaharu ini. Melihat kepada reaksi suam-suam dan sejuk di kalangan kepimpinan tertinggi UMNO, rasa-rasanya kebanyakan daripada mereka tidak langsung peduli dengan amaran dan petunjuk awal yang diberikan oleh Mahathir. 

Malaysiakini melaporkan, Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad mendesak pihak berkuasa untuk mempertimbangkan mengapa UMNO masih dibenarkan beroperasi, malahan kembali menjadi 'kaya' walaupun dibayangi pelbagai tuduhan penyelewengan dan salahguna. 

Agak menarik ialah apabila masalah tentang UMNO itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM yang langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO. 

Mahathir mempersoalkan tentang kegagalan mematikan UMNO walaupun akaun-akaun UMNO dan kepimpinan tertingginya, terutama sekali Najib Abdul Razak dibekukan kerana dituduh terlibat dalam skandal 1MDB. 

The Edge Market sebelum ini melaporkan, UMNO telah berjaya mengumpulkan lebih RM2 bilion menerusi penjualan saham-sahamnya.


Umum mengetahui, sebelum UMNO diharamkan pada tahun 1988 akibat perbuatan Mahathir sendiri yang cuba mempertahankan kedudukannya selepas dicabar hebat oleh Tengku Razaleigh Hamzah, UMNO pada waktu itu mempunyai banyak aset serta tunai. Bagaimanapun, selepas UMNO diharamkan dan UMNO Baru ditubuhkan, semua aset-aset tersebut hilang begitu sahaja walaupun banyak nama didedahkan sebagai proksi dan kemudian muncul kaya secara tiba-tiba. 

Mahathir turut mempersoalkan tentang wang yang dimiliki oleh UMNO. 

"Kalau sekiranya mereka buat duit yang banyak, apa yang mereka buat dengan duit itu? Kita nak tahu," katanya kepada wartawan dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan. 

Dalam sidang media itu juga, dia turut hairan dengan tindakan ROS yang enggan mengambil tindakan terhadap UMNO apatah lagi ketika UMNO akan menandatangani Piagam Perpaduan Ummah dengan PAS pada 14 September nanti. 

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin. ROS berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. 

Mahathir turut merujuk kepada krisis UMNO yang dihadapinya ketika dia jadi Presiden UMNO yang mendorong kepada pengharaman UMNO. 

"Apabila saya menjadi Presiden UMNO, kami mempunyai tiga cawangan yang tidak mengadakan mesyuarat dan kemudian UMNO diharamkan. Kita juga berhadapan dengan situasi yang sama. Tetapi sekarang, kita melihat bagaimana UMNO melakukan banyak kesalahan tetapi masih boleh beroperasi dan pendaftarannya tidak dibatalkan." 

Menurut Mahathir, itu adalah pendapat peribadinya dan dia tidak mengeluarkan sebarang arahan. 

Benarkah UMNO melakukan banyak kesalahan? 


Mahathir juga mempersoalkan pendaftaran UMNO yang masih belum dibatalkan. Benarkah itu hanya cadangannya sahaja memandangkan Mahathir cukup terkenal sebagai seorang penyalahguna kuasa dan menggunakan kuasanya dengan sewenang-wenangnya. Ini dapat dilihat menerusi pengharaman UMNO pada tahun 1988 dan penubuhan UMNO Baru sendiri dua minggu selepas UMNO asal diharamkan.  

Atau adakah ini menandakan Mahathir sedang mengarahkan agar Muhyiddin Yasin mengikut kata-katanya agar mengarahkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) melakukan sesuatu ke atas pendaftaran UMNO? 

Mahathir cuba mengaitkan UMNO dengan pembubaran sementara PPBM. Sedangkan kesalahan-kesalahan PPBM begitu jelas dan sememangnya menyalahi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan oleh ROS sendiri. 

Sebagai contoh,

1. Tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/327751/ppbm-diperintah-bubar-sementara

2. Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengaku parti itu tidak dapat memenuhi 2 daripada 9 perkara dituntut ROS, iaitu laporan mesyuarat bahagian dan cawangan kerana ia belum dan tidak dapat dilaksanakan. 



Sesuatu yang menarik ialah, Mahathir kembali bercakap tentang pembubaran dan pembatalan pendaftaran UMNO apabila isu tentang syarikat anaknya memperolehi RM2.1 bilion projek kerajaan. Mahathir mula bercakap tentang menghapuskan UMNO apabila orang dalam partinya sendiri mula bercakap tentang penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan. 

Mahathir mungkin menyangka dengan membubarkan UMNO, maka ahli-ahli UMNO akan melompat masuk PPBM sekaligus mengukuhkan PPBM di dalam Pakatan Harapan. Malangnya, tanggapan tersebut sudah berbeza sama sekali. 

Penolakan terhadap Mahathir dan PPBM memang sangat jelas. Selepas bercakap besar kononnya, PPBM mendapat sambutan hebat di kalangan orang Melayu, sehingga kini PPBM masih gagal melaksanakan mesyuarat agung tahunannya kerana tidak cukup ahli. Malah ahli-ahli UMNO secara terbuka bercakap tentang masa hadapan parti mereka, sekiranya UMNO diharamkan, PAS adalah pilihan utama mereka. 

Dengan kata lain, Mahathir perlu juga mengharamkan PAS kalau berdasarkan kepada teori migrasinya. 


Monday, August 19, 2019

HILANG PERWIRA MAHATHIR DALAM ISU ZAKIR NAIK BILA ANAKNYA DIDEDAHKAN MEMPEROLEHI 1000 HEKTAR TANAH BALAK DI SARAWAK KETIKA BERUSIA 30 TAHUN PADA 1994!!!



Empat hari sudah berlalu semenjak pendedahan dibuat oleh Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown tentang pembabitan Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM yang juga merupakan Menteri Besar Kedah dalam perolehan 1000 hektar kawasan pembalakan di Sarawak pada tahun 1994 menerusi syarikatnya, Tanjung Tiara Sdn. Bhd.

Ketika menerima keistimewaan tersebut, Mukhriz Mahathir hanya berusia 30 tahun tetapi bapanya adalah Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia. Ketua Menteri Sarawak pada waktu itu pula adalah Taib Mahmud.

Untuk rekod, projek Empangan Bakun yang dirancang pada tahun 1960-an, disemak semula pada September 1993 oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad dan pada 1 Januari 1994, projek berkenaan diserahkan kepada Ekran Berhad, yang dimiliki oleh Ting Pek King.

Pembinaan Empangan Bakun dimulakan oleh sebuah Bakun Hydroelectric Corporation yang mengandungi Ekran Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Negeri SArawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC).

Projek di bawah Ekran itu akhirnya tersangkut pada tahun 1997 dan terpaksa bail-out.

Hanya pada pentadbiran Najib Abdul Razak, Empangan Bakun berjaya disiapkan dan 100% kepentingannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada 8 Mac 2017 berbanding matlamat asal, Empangan Bakun dimiliki syarikat kroni.(RUJUK SINI)

Apa kaitan Bakun dengan Projek Tanjung Tiara?

BALAK!!! Dan kalau dipanjangkan isu Balak yang membabitkan Mahathir, akan panjanglah ceritanya. Akan buruklah Mahathir dan pentadbirannya.



Pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown itu sebenarnya boleh menjangkau ke perspektif yang lebih luas dan besar. Umum mengetahui dendam peribadi Clare Rewcastle-Brown terhadap Taib Mahmud dan Kerajaan Negeri Sarawak khususnya terutama dalam isu yang membabitkan Bruno Manser. (RUJUK SINI)

Mahathir amat sedar tentang kaitan tersebut yang boleh menyebabkan kerjaya politik anaknya, Mukhriz yang kini sedang bercuti bersama-sama keluarganya di Shanghai bakal terjejas dan reputasinya akan dipersoalkan.

Pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report itu sebenarnya bertujuan untuk mencabar keberanian Mahathir. Mahathir sebelum ini dilihat malah dipropagandakan oleh para penyokong dan tenaga kerja propaganda dan publisitinya sebagai orang yang memperjuangkan Islam dan Melayu-Bumiputera.


Pendirian Mahathir terhadap Zakir Naik sebagai contoh, merupakan perkara yang paling mudah untuk mencabar pendirian Mahathir.

Ternyata, penggunaan Sarawak Report untuk mendedahkan pembabitan Mukhriz Mahathir dalam pembalakan di Sarawak dengan mudah sahaja menggugah pendirian Mahathir. Mahathir yang pada awalnya kelihatan cukup teguh mempertahankan Zakir Naik, tidak sampai beberapa jam selepas pendedahan tersebut dibuat, mula berubah fikiran.



Mahathir cuba memberitahu orang Cina dan India bahawa Zakir Naik mendapat status Penduduk Tetap daripada Najib dan pentadbiran UMNO-BN. Mahathir cuba memberi isyarat kepada masyarakat Cina dan India yang kuat menentang Zakir Naik dan merupakan penyokong tegar DAP serta Pakatan bahawa dia tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya mereka kena terus marah, maki, hamun dan sumpah seranah Najib serta Kerajaan BN.

Secara tidak langsung, Mahathir memberikan isyarat kepada DAP dan PKR agar menghentikan serangan ke atasnya menggunakan anaknya, Mukhriz Mahathir. DAP dan PKR pula tahu, kelemahan utama Mahathir adalah anak-anaknya. Dia menjadi Perdana Menteri kali kedua adalah demi melindungi anak-anak dan kroninya.

Kesian Mahathir!

Friday, August 16, 2019

SEBIJAK-BIJAK JOKOWI, TERTIPU JUGA DENGAN HELAH MAHATHIR... SEPATRIOTIK-PATRIOTIK RAKYAT INDONESIA, AKHIRNYA BUNGKAM BILA MAHATHIR PANDU KERETA!!!!


Kemelut yang melanda Kerajaan Pakatan Harapan, nampaknya semakin tidak terbendung walaupun para pemimpin tertingginya cuba untuk menyelamatkan gabungan berkenaan. Dr. Mahathir yang dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab meletakkan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Pusat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional yang kalah pada PRU-14, juga nampaknya semakin terumbang-ambing nasibnya.

Namun Mahathir mempunyai kaedah tersendiri untuk menyelamatkan dirinya iaitu INDONESIA!

Sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa pun yang berminat dengan politik Malaysia ialah, kejatuhan Malaysia dalam segenap aspek sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada 9 Mei 2018.


Bermula dengan kejatuhan Bursa Saham Kuala Lumpur, kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat dan matawang-matawang serantau, penjualan aset-aset negara yang dilakukan secara berleluasa, defisit ekonomi yang semakin teruk, kos sara hidup yang semakin tinggi, cukai-cukai baru diperkenalkan dan kadarnya dinaikkan sehinggalah kepada masalah perpaduan dan keharmonian negara yang berada di hujung tanduk.

Semenjak Pakatan menjadi Kerajaan, Malaysia sudah hilang semua sentuhannya. Malaysia tidak lagi menjadi pelabuhan perdagangan dan pelaburan yang meyakinkan serta menarik minat. Malaysia juga semakin tidak dipercayai di peringkat antarabangsa. Malaysia dijauhi bukan sahaja oleh pelabur, bahkan pemimpin-pemimpin dunia.

Pendek kata, Malaysia semakin terpencil dan semakin dipinggirkan oleh dunia.

Paling menarik ialah apabila Malaysia semakin kalah dengan Indonesia dari segala segi termasuklah kemasukan pelaburan-pelaburan baru. Pelabur-pelabur baru yang dahulunya melihat Malaysia sebagai syurga pelaburan, kini memilih Indonesia sebagai lokasi baru. Indonesia menerima kesan limpahan pelaburan setelah Malaysia dipinggirkan oleh komuniti ekonomi dan kewangan dunia.

Lebih malang apabila para pemimpin Malaysia diperkotak-katikkan dan diperlekehkan serta menjadi bahan tawa oleh dunia. Dr. Mahathir yang suatu ketika dahulu, dikagumi dunia kononnya, amat terdedah kepada serangan dan perlecehan di peringkat antarabangsa.

Perhatikan sahaja bagaimana reaksi yang diberikan kepada Presiden Jokowi yang membuat lawatan singkat ke Malaysia beberapa hari lepas. Pujian yang diberikan oleh Presiden Jokowi kepada Mahathir kerana masih lagi memandu kereta pada usia 94 tahun, ditanggapi secara sinis oleh rakyat Malaysia dan netizen sendiri. Akaun FB Jokowi diserbu dan pelbagai 'nasihat' diberikan kepada Jokowi serta rakyat Indonesia yang masih lagi kagum dengan Dr. Mahathir.

Anda boleh masuk dan baca sendiri.








Mahathir pada peringkat awalnya sebagai Perdana Menteri Ke-7 mengakui, kedudukannya sangat bergantung kepada DAP. Dengan kata lain, tanpa restu dan kebenaran daripada DAP, Mahathir tidak mungkin dapat menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.

Dan kerana itulah, perkara pertama yang dilakukan oleh Mahathir untuk membalas budi adalah dengan bersetuju melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Tommy Thomas adalah peguam Lim Guan Eng. Tommy Thomas sebagai Peguam Negara kemudiannya menggugurkan kes rasuah dan salahguna kuasa Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan di mahkamah.


Begitu juga dengan beberapa kes pendakwaan dan perbicaraan melibatkan ramai pemimpin DAP lain. Pada masa yang sama, Mahathir terpaksa mengikut telunjuk DAP untuk melianglahadkan UMNO, PAS dan para pemimpinnya.

Salah satu kes yang paling menarik dan mencetuskan kemarahan rakyat Indonesia ialah apabila ADUN DAP Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didakwa merogol dan mencabul pembantu rumahnya yang merupakan warganegara Indonesia. Dan kes tersebut bukanlah kes pertama dikaitkan dengan Paul Yong.

Paul Yong bagaimana dibela bermati-matian oleh kepimpinan DAP. Malahan Paul Yong sendiri menafikan semua tuduhan tersebut dan mendakwa ia adalah satu fitnah ke atas dirinya.

Pihak berkuasa Indonesia khabarnya telah menghantar dua orang pakar forensik mereka ke Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. Mangsa pula didakwa ditempatkan di rumah perlindungan Kedutaan Indonesia. (RUJUK SINI)

Beberapa orang pemimpin DAP dalam usaha membantu Paul Yong menggesa, pembantu rumah berkenaan ditangkap, didakwa dan diusir dari Malaysia.


Pada 14 Julai 2019, Pesuruhjaya Komisi Nasional Anti Kekerasan Terhadap Perempuan (KOMNAS Perempuan) Indonesia, Thaufiek Zulbahary mendesak agar penjenayah rogol tersebut diseret ke muka pengadilan dan dihukum. (RUJUK SINI)

Apabila kertas siasatan forensik kes berkenaan dilaporkan hilang yang kemudian dinafikan oleh Polis Perak (RUJUK SINI), sudah ternampak tanda-tanda bahawa kes ini tidak akan ke mana-mana. Petunjuk tersebut semakin jelas apabila pada 9 Ogos 2019, kertas siasatan kes rogol amah warganegara Indonesia itu dipulangkan kali kedua oleh Jabatan Peguam Negara kepada polis (RUJUK SINI).

Dengan kata lain, Paul Yong semakin berpeluang cerah untuk tidak dibicarakan atas dakwaan rogol pembantu rumahnya itu.

Itulah yang berlaku kepada 28 April 2018, apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan bekas majikan seorang amah Indonesia daripada tuduhan membunuh Adelina Sao, Peguam Negara telah menfailkan rayuan namun sebaik-baik sahaja Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara, Ambika Shan telah dibebaskan terus daripada kesalahan membunuh Adelina. (RUJUK SINI)


Ambika terlepas hukuman gantung selepas Adelina meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam pada Februari 2018. Adelina semasa ditemui mengalami kecederaan teruk di seluruh badan dengan lengan dan kakinya dipenuhi luka bernanah akibat terbakar, manakala mukanya bengkak. Dilaporkan, layanan yang diberikan kepadanya, jauh lebih hina berbanding layanan yang diberikan kepada anjing penderanya.

Itu cuma dua kes daripada sekian banyak kes membabitkan ketidakadilan dan jenayah ke atas pembantu rumah Indonesia (TRT) di Malaysia. Ramai yang mengharapkan kedatangan Presiden Jokowi dan pertemuannya dengan Dr. Mahathir Mohamad akan turut membawa sama isu-isu tersebut untuk dibincangkan.

Malangnya, Jokowi langsung tidak memperkatakan dan membincangkan isu tersebut. Paul Yong pula masih lagi bebas dan masih terus menjalankan tugasnya sebagai Exco Negeri Perak.


Sebaliknya Jokowi memuji Mahathir yang memandu salah sebuah kereta dari jenis Proton di litar ujian Proton di Shah Alam walaupun pada masa yang sama, rakyat Indonesia mempersoalkan tentang ESEMKA yang dianggap sebagai kereta nasional (MOBNAS) Indonesia. (RUJUK SINI).

Mungkin ramai yang sudah lupa, pada ketika kemuncak Era Reformasi pada tahun 1999, Mahathir yang merupakan rakan baik Suharto, tiba-tiba sahaja berbaik dengan BJ Habibie yang merupakan Presiden Indonesia pada waktu itu. Sedangkan umum mengetahui hubungan baik antara BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim yang merupakan kepala Reformasi yang mahu menggulingkan Mahathir dan kerajaannya dan BJ Habibie menyokong sepenuhnya Gerakan Reformasi Anwar Ibrahim.


Mahathir dan BJ Habibie telah bertemu di Batam Indonesia pada 19 Mei 1999 kononnya untuk membincangkan perihal kebanjiran warga Indonesia ke Malaysia secara haram. Pertemuan tersebut dilaporkan dikawal dengan ketat atas permintaan Jakarta. Setahun sebelum itu, BJ Habibie dilaporkan telah bertemu dengan Nurul Izzah, anak perempuan sulung Anwar Ibrahim. (RUJUK SINI)

Seringkali apabila berlaku masalah dalam pentadbirannya di Malaysia, Mahathir akan segera berpaling kepada Indonesia untuk mendapatkan sokongan bagi mempertahankan kedudukan dan jawatannya. Rakyat Indonesia yang cukup garang dengan Malaysia dan menggelarkan Malaysia dengan pelbagai gelaran, menjadi ayam terkena penyakit sampar apabila diampu oleh Mahathir.

Begitu jugalah apabila Mahathir berusaha menyelamatkan Kerajaan Pakatan Harapannya daripada runtuh akibat kemarahan rakyat kepada DAP yang merupakan komponen utama Pakatan Harapan, bahkan dianggap sebagai tuan kepada Mahathir sendiri. Sekali lagi Mahathir terpaksa berpaling mendapatkan 'sokongan moral' daripada Presiden Indonesia sendiri.

Dan tanpa sedar, Presiden Indonesia dan rakyat Indonesia secara keseluruhannya telah dipergunakan dengan jayanya oleh Mahathir.

Isu Paul Yong dan jenayah rogol yang didakwa ke atasnya, terus tidak lagi diperkatakan. Dan Indonesia yang sebelum ini begitu berkobar-kobar marah, juga senyap dan memuji-muji Mahathir. Mungkin rakyat Indonesia dan Presiden Indonesia akan kembali bising tentang Malaysia apabila Malaysia kembali stabil dan kembali menggiatkan ekonomi serta kewangannya yang menyaksikan para pelabur kembali memilih Malaysia berbanding Indonesia atas sebab kemudahan logistik, pengangkutan dan ulah-ulah yang lain.


Wednesday, June 12, 2019

BILA HAZIQ MEMBUAT PENGAKUAN, BERMULALAH PERANG BESAR DALAM PKR.... YANG MENANG ADALAH DR. MAHATHIR!!!



Pagi ini, kita dikejutkan dengan PENGAKUAN BERANI SUSK Shamsul Iskandar Mohd Akin, HAZIZ AZIZ bahawa individu di dalam klip-klip video yang sedang melakukan hubungan intim sejenis adalah dirinya. Malahan, di dalam pengakuannya itu juga, dia menyarankan agar pihak SPRM  mengambil tindakan terhadap Azmin Ali yang disifatkannya sebagai pemimpin politik yang kotor. 

Sekaligus mengesahkan pelbagai teori bahawa ada orang luar sedang meniup cerobong, menghembus bara yang diperkatakan. Ada orang luar yang mahu melihat PKR terbakar, hangus dan rentung. 

26 September 2018, selepas beberapa bulan kemenangan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan serta selepas beberapa polemik melibatkan keputusan draconian dan diktator Mahathir berhubung pembahagian jawatan Kabinet serta Menteri Besar serta kedudukan Daim Zainuddin, bekas Timbalan Presiden PKR pertama yang merupakan Presiden Parti Rakyat Malaysia terakhir, Dr. Syed Husin Ali membuat satu ciapan Twitter yang amat menarik.



Dari situ, ramai yang melihat Latheefa Koya bakal dihadiahkan jawatan penting dalam Kerajaan Mahathir. Persoalannya, kerja atau tangan siapakah yang menyebarluaskan ciapan tersebut? 

Syed Hussin dan Latheefa Koya berasal dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum parti itu digabungkan dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk membentuk parti baru, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ramai yang mengatakan perlantikan Latheefa Koya ada kaitan dengan Azmin Ali. Bagaimanapun, penulis percaya perlantikan Latheefa bukan atas kehendak Azmin atau cadangan Azmin. Sebaliknya ia sengaja dibuat begitu agar ia kelihatan seperti itu, sekaligus membuatkan telunjuk puak yang tidak menyokong Azmin dalam PKR akan mengarah kepada Azmin.

Perlu diingat, PKR adalah sebuah parti yang sentiasa membara, secara tersendiri parti tersebut mempunyai kekuatan tersendiri namun ia akan menjadi satu letusan yang hebat jikalau berjaya dimanipulasi.

Mengapa dalam isu perlantikan Latheefa Koya, Azmin mengiyakan dan bersetuju?



AZMIN ALI SUDAH DIPERANGKAP

Sudah tentulah apabila Azmin bersetuju, fraksi yang menyokong Azmin dalam PKR akan bersetuju sama dan dengan rasional masing-masing. Apatah lagi perlantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM kelihatan amat koheren dengan 'fractionize' yang berlaku dalam PKR, Latheefa seringkali dilihat sebagai geng Azmin.

Azmin pula berasa dimenangkan, dipentingkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam pertembungan fraksi itu. Tetapi tanpa sedar, Azmin sebenarnya telah dipergunakan. Bukan dipergunakan oleh orang dalam parti tetapi orang luar yang bernama DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD. Dan tanpa sedar juga, Mahathir berjaya menjentik reaksi puak-puak yang tidak menyokong Azmin dalam parti untuk menyerang Azmin habis-habisan.

Kita kena kenal Mahathir, kita kena kenal politik memerintah cara Mahathir. Mahathir memerintah dengan cara mengawal. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri di bawah Kerajaan UMNO/BN, Mahathir mengawal menteri-menterinya dengan hanya memegang fail, anda faham bukan?

Tetapi bersama Kerajaan PH berbeza, pemimpin PH adalah mereka yang pertama kali jadi menteri, tiada rekod korupsi maka tidak boleh mengguna cara lama, memegang fail dan mengawal. Lalu harus bagaimana Mahathir yang bersifat "mengawal" ini mahu mengawal mereka?


"Devide - Control - Rule" atau Pecah - Kawal - Perintah, itulah caranya. Masalah besar Mahathir ialah sebelum Mahathir dan Parti Pribumi BERSATU Malaysia menganggotai Pakatan Harapan, Pakatan Harapan sudah mempunyai pemimpin tertingginya, pemimpin de facto ketika itu, Anwar Ibrahim, musuhnya suatu ketika, dan permusuhan itulah melahirkan gerakan reformasi. Ketika itu, sebahagian besar kesetiaan pemimpin Pakatan Harapan terarah kepada Anwar.

Mahathir perlu mengubah senario ini, Mahathir perlu membina dirinya menjadi lebih superior dari Anwar, Mahathir perlu mengalih sebanyak mungkin kesetiaan primer pimpinan Pakatan Harapan dari Anwar kepada beliau, kesetiaan sekunder boleh sahaja kepada Anwar sebagai belaian palsu yang tetap memberi kelebihan kepada Mahathir. Peluang untuk Mahathir terbuka luas bilamana Pakatan Harapan menang Pilihanraya Umum 9 Mei 2018 dan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri.

Maka Mahathir pun memulakan Rawatan Terpecah (Devided Treatment). Kepada Parti Amanah Negara, hampir kesemua pemimpinnya yang menang kerusi Parlimen dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, Dato' Raja Kamarul Bahrin turut dilantik sebagai Senator dan diangkat sebagai Timbalan Menteri. Di mata PAN, ini penghargaan besar daripada Mahathir. Siapa sangka Mat Sabu akhirnya menjadi Menteri Pertahanan!

Namun di sisi Mahathir, itu semua hanyalah jual beli kesetiaan. Tidak cukup dengan itu, kalangan PAN mendesak pula supaya Husam Musa diberi jawatan, alasannya Husam punya kaliber nasional. Mahathir ikut semua, Husam dilantik sebagai Senator dan Pengerusi KADA.

Bukan Husam sahaja, Nik Omar Nik Abdul Aziz dilantik sebagai YDP YADIM. Mazlan Aliman sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang dan Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, tanpa sedikit bantahan pun daripada Mahathir. Sebahagiannya mungkin layak, sebahagiannya anda punya jawapan sendiri. Akhirnya PAN menjadi sangat taat kepada Mahathir.

Sebab itu anda tidak akan dengar respon dari Presiden dan Timbalan Presiden PAN dalam kes perlantikan Latheefa sebagai KP SPRM. Lebih dari itu, melihat senarai lantikan dari PAN itu, ia sudah menghilangkan "locus standi" PAN untuk bersuara. Habis cerita, PAN berjaya ditundukkan Mahathir. PAN sekarang bukan lagi Anwarinas. Kalau adapun sekunder, utamanya adalah kesetiaan kepada Mahathir.



SIHIR MAHATHIR UNTUK DAP

Untuk DAP, Mahathir cuma perlu menyihir mimpi menjadi realiti. Katalah apa sahaja, DAP parti chauvinist, DAP parti cina, DAP parti perkauman, hakikatnya DAP adalah parti politik dalam Malaysia, faham akan demografik Malaysia. Tanyalah pemimpin paling tua yang masih ada dalam DAP seperti Chen Man Hin, Penasihat Seumur Hidup DAP, penulis yakin dia pun sudah menerima hakikat yang DAP adalah parti pembangkang seumur hidup.

Namun secara tiba-tiba, DAP menang PRU2018. Bukan sekadar menang, tetapi kepada Lim Guan Eng, diserahkan jawatan menteri paling kanan, Menteri Kewangan!

Mahathir tidak kisah dengan isu yang dimainkan oleh PAS dan UMNO, sebab Mahathir sangat kenal kedua-dua parti ini. Kalau DAP pernah bermimpi untuk Lim Guan Eng naik setinggi ini, ia adalah mimpi yang ingat tak ingat sahaja, mimpi yang tak diambil pusing pun... hari ini mimpi itu disihir menjadi realiti oleh Mahathir. Tentulah DAP menjadi terpana dan terkesima. Mahathir membeli kesetiaan DAP hanya dengan mencipta keraguan, andai Anwar atau orang lain menjadi Perdana Menteri, bolehkah DAP berada sekanan ini dalam kabinet?

Begitu jugalah apabila Mahathir mengawal Lim Kit Siang. Biarpun beberapa pemimpin biasa DAP seperti Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh terhadap Mahathir, ia tidak memberikan apa-apa impak kepada Mahathir.

Dan disebabkan itulah, Lim Kit Siang cuba campurtangan untuk membuktikan kepada para penyokong DAP, khususnya masyarakat Cina bahawa DAP yang berkuasa atas Mahathir. Lim Kit Siang menyebut tentang keperluan para pemimpin Pakatan kekal komited dengan Manifesto PH sebagai panduan untuk membina Malaysia Baharu. Lim Kit Siang menegaskan, Perdana Menteri betul dari segi perlembagaan tetapi salah dari segi politik apabila melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.


Reaksi Mahathir cukup mudah. Dia tidak akan menarik kembali keputusan tersebut supaya 'tidak dilihat sebagai Perdana Menteri U-Turn'. Satu isyarat jelas kepada DAP, masyarakat Cina dan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng sendiri bahawa Mahathir memperlekehkan Supremo Uno DAP itu secara berterus-terang.

Sebabnya mudah... Kenyataan Kit Siang itu sebenarnya mencabuli kenyataan dia sendiri pada 22 Disember 2018 yang menyeru para pemimpin PH supaya berhenti membuat sebarang serang ke atas para pemimpin parti komponen PH tanpa terlebih dahulu mendapat lampu hijau daripada parti mereka.Katanya pada waktu itu, sementara tiada siapa mahu apa-apa sekatan ke atas kebebasan bersuara, adalah penting untuk memastikan bahawa perpaduan dalam PH tidak dilemah atau dimusnahkan oleh kebebasan bersuara tanpa sekatan.

Namun bila dia sendiri turun padang mengkritik Dr. Mahathir dan menyifatkan perlantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM sebagai salah dan bertentangan dengan manifesto PH, rumusan yang boleh dibuat adalah sama ada Lim Kit Siang sudah menghadapi masalah ingatan sehingga lupa kepada seruannya pada 22 Disember 2018 atau kritikan Lim Kit Siang ke atas Perdana Menteri ini adalah kritikan rasmi yang mendapat lampu hijau daripada DAP.

Aspek kedua ialah kenyataan Lim Kit Siang ini seolah-olah satu perumpamaan Melayu yang berbunyi “bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”. Bagaimana Lim Kit Siang boleh menyifatkan tindakan Perdana Menteri melantik Latheefa Koya, yang sebelum ini bukan ahli BERSATU tetapi ahli PKR, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai salah dari segi politik dan bertentangan dengan Manifesto PH sedangkan pada waktu yang sama dia membiarkan perkara lebih teruk dibuat oleh DAP?

Malah, sewaktu menjadi pembangkang dahulu, Lim Kit Siang berkali-kali menyerang MCA kerana melantik macai-macainya (MCA lackeys) sebagai pengerusi badan berkanun kerajaan seperti dalam kes pelantikan Datuk Lee Hwa Beng sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dalam kenyataan beliau pada 11 Mei 2009, tetapi kini setelah menjadi kerajaan DAP melantik bukan setakat macai-macai tetapi pemimpin tinggi DAP sendiri sebagai pengerusi badan berkanun kerajaan.

Contoh paling utama adalah dalam kes-kes:
(1) Pelantikan Dr John Brian Anthony, yang hingga kini masih merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, sebagai Pengerusi Bintulu Port Authority (BPA) pada 4 November 2018.
(2) Pelantikan Ean Yong Hian Wah, yang hingga kini masih merupakan Timbalan Pengerusi DAP Selangor dan ADUN Seri Kembangan, sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) pada 18 Mei 2019. 

Mengapa tidak berbangkit pula persoalan bahawa pelantikan Dr John Brian Anthony dan Ean Yong Hian Wah sebagai salah dari segi politik dan bertentangan dengan Manifesto PH?

Sebab itulah saya nyatakan bahawa DAP adalah sebuah parti yang bersikap “double standard”, bila DAP yang buat boleh sahaja tetapi bila orang lain yang buat terus tidak boleh.



DIVIDED TREATMENT UNTUK PKR

PKR adalah sebuah parti yang paling sukar diuruskan oleh Mahathir. Sebabnya, PKR ada Anwar. PKR juga ada Azmin. PKR juga adalah parti terbesar dalam Pakatan Harapan. PKR juga mempunyai Ahli Parlimen paling ramai berbanding komponen Pakatan Harapan yang lain.

Anwar kepada Mahathir adalah seperti minyak sawit kepada minyak soya, McDonald kepada KFC, Pepsi kepada Coke. Maksudnya ia pertembungan dan persaingan yang tak habis namun kedua-duanya punya kemampuan untuk saling mengganti. Azmin pula adalah seorang pemimpin berkarakter, tersendiri dan tidak bergantung yang punya "self-esteem" yang tinggi, sedang mengejar "self-actualization." Kedua-dua Anwar dan Azmin boleh menjadi gabungan yang hebat memimpin PKR tetapi sifat-sifat berbeza ini jugalah yang melahirkan fraksi.

Fraksi bukan perkara baru dalam PKR. Fraksi atau cai telah wujud sejak era awal penubuhan PKR lagi. Dalam keadaan paling kritikal pun, seperti dalam Pemilihan Keadilan yang lepas, fraksi tidak mampu membuat parti berpecah. Ini kerana ia bersifat dalaman, tiada gangguan efektif dari anasir-anasir luar. Mahathir melihat ini, melihat dengan ekor mata yang tajam.

Mahathir sudah memanipulasi "fractionize" dalam Keadilan ini sejak awal pembentukan kabinet lagi. Begitu ramai geng Azmin dilantik ke dalam kabinet, sebelum Pemilihan PKR, apa tujuannya? Mahathir ketika itu berlagak seperti tidak terlibat. Semua jari menuding kepada Azmin dan berkata, ini perancangan kartel!

Apakah perlantikan kesemua geng Azmin ini kerana Mahathir berharap dan bergantung kepada mereka?

Mahathir bukan begitu, bahkan Mahathir mahu orang bergantung kepadanya. Pemilihan PKR berlalu, walaupun penuh dengan drama pertembungan fraksi, tetapi ia tetap tidak mampu memecahkan parti. Fraksi kekal sebagai bara, Mahathir tidak berpuas hati, Mahathir mahu menyalakan bara itu, Mahathir mahu membakar PKR. Penyokong geng Anwar dan geng Azmin perlu dipergunakan sepenuhnya.


Mahathir cuma ada empat pilihan  dalam usaha untuk mengawal PKR, sama ada memusnahkannya terus, memecahkannya, melemahkannya atau mengecilkannya. Kali ini Mahathir perlu melakukan dari tangannya sendiri. Kita lihat kronologi perlantikan Latheefa sebagai KP SPRM.

Latheefa mendapat tahu, Latheefa meletak jawatan sebagai anggota PKR. Latheefa dimaklumkan tentang perlantikan (secara rasmi). Apakah Latheefa meletak jawatan sebagai ahli PKR atas inisiatif sendiri atau atas nasihat pihak ketiga sebelum makluman perlantikan rasmi dibuat?

Strategi ini sangat licik untuk meletak PKR sebagai pihak yang tidak perlu dimaklum akan perlantikan ini. Kalau benar, siapa pihak ketiga yang menasihati Latheefa itu?

Ingat... berita yang masuk bukanlah "Latheefa Koya mendapat tahu dia akan dilantik sebagai KP SPRM" atau "Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ahli PKR untuk dilantik sebagai KP SPRM" tetapi terus "Latheefa Koya dilantik sebagai KP SPRM yang baru."

Kerana ia mengejut, maka reaksi yang muncul juga pantas dan panas. Serangan dari geng Anwar terhadap geng Azmin kembali hangat, hanya kerana Latheefa dilihat sebagai orang Azmin, walhal ia bukanlah perancangan Latheefa ataupun Azmin. Geng Azmin turut membuat serangan balas dan tempelakan-tempelakan sinis. Serangan terhadap Mahathir juga dilakukan, bukanlah kerana kuasa melantik itu. Serangan lebih menjurus kepada kenapa memilih kartel? Mahathir hanya melihat dengan senyum, bahkan menambah lagi perisa kepanasan dengan kenyataan "muktamad"nya. Mahathir tidaklah terlalu bodoh untuk tidak memahami manifesto.

Mahathir suka dengan situasi ini, ini yang Mahathir mahu lihat, tetapi apa yang Mahathir harapkan lebih dari itu. Mahathir mahu mendengar reaksi Anwar sendiri. Pun begitu Mahathir tidak perlu membalas reaksi ini. Cukup dengan geng Azmin yang akan menyerang Anwar dan Mahathir bertepuk tangan. Ia benar-benar berlaku, walaupun reaksi Anwar cuma mengharap Mahathir memberi penjelasan akan perlantikan itu, di mata geng Azmin, ia seperti mempertikai kredibiliti Latheefa, "orang Azmin" yang dipilih Mahathir. Mahathir cuba mengumpan untuk mengheret perseteruan fraksi dalam Keadilan berlaku langsung di antara Azmin dan Anwar, bukan lagi Azmin dan Rafizi atau sebagainya. Mahathir mahu perseteruan fraksi ini kali ini bukan lagi dikawal oleh Anwar atau Azmin, tetapi oleh dia sendiri.

Dengan kata lain Mahathir mahu mengawal PKR. Membuat tindakan-tindakan yang menghilang kesabaran dan mencipta kemarahan Anwar akan memberi ruang kepada Mahathir untuk membuat perubahan lain pula.

Melayan sebahagian fraksi dalam PKR dengan cara membeli kesetiaan oleh Mahathir seperti yang dia lakukan terhadap PAN dan DAP, itu secara lateralnya mengecilkan PKR. Campurtangan Mahathir menyemarak perseteruan fraksi dalam PKR akan melemahkan parti ini. Bara perseteruan fraksi yang ditiup dari luar hingga menyala apinya akan memecahkan PKR. Api yang dibiar marak dan membesar akan memusnahkan terus PKR.



AZMIN TIADA NILAI KEPADA MAHATHIR

Sepatutnya dari awal lagi Azmin telah sedar bahawa perancangan Mahathir itu besar. Dalam perancangan besar itu Azmin di mata Mahathir bukanlah sosok yang tersangat penting. Kalau Azmin begitu, apa sangatlah Latheefa Koya.

Di sisi Mahathir, kesemua mereka kalau bidak di papan catur. Latheefa di tangan Mahathir adalah soldadu yang tidak ralat untuk dipangkah mati bila-bila masa. Jika akhirnya PKR hangus terbakar, adakah lagi nilai Azmin di pandangan Mahathir?

Satu yang nyata, Mahathir adalah seorang conservative machivellianist, Azmin pula adalah seorang yang non-dependent, keras dan agresif, mengingatkan kita kepada Musa Hitam, Ku Li dan Anwar sendiri... orang-orang yang pernah gagal untuk bekerjasama dengan Mahathir. Adakah Azmin boleh berjaya? Atau apakah Mahathir betul-betul mahukan orang seperti itu?

Sekali lagi, jika PKR musnah terbakar, atau berpecah, adakah Mahathir bermasalah untuk memerintah? Sudah terlalu kerap diperkatakan, perancangan Mahathir ini besar. Mahathir pernah bergaduh dengan Ku Li, kemudian bergabung kembali, Mahathir pernah bermusuh dengan Anwar, kemudian bersatu semula. Mahathir berperang dengan Najib, apakah tidak mustahil perang tamat dan mereka berpeluk sekali lagi? Kalau tidak dengan Najib pun, mungkin dengan Zahid Hamidi dan Mat Hassan, apatah lagi Mahathir tidak pernah ada masalah dengan kedua-dua pemimpin Umno ini.

Cubalah cari jawaban, andai ini berlaku, apakah PAN dan DAP setia dengan PKR atau mengikut Mahathir?



Sunday, June 9, 2019

DR. MAHATHIR SEDANG MENGUMNOKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN?



Ada beberapa fraksi politik yang sedang memperdebatkan sesuatu yang amat menarik berhubung tindak-tanduk Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ke-7 merangkap Pengerusi Pakatan Harapan semenjak kebelakangan ini.

Ramai yang mengatakan tindak-tanduk Mahathir itu sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyelamatkan dirinya, anak-anaknya, kroni-kroni dan proksi-proksinya. Namun ada pula yang berpendapat, Dr. Mahathir sebenarnya sedang meng'UMNO'kan Pakatan Harapan dengan tugas tersebut diletakkan ke bahu Azmin Ali yang dilihat menjadi orang yang paling diharapkan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Segala-galanya berpunca dari dalam UMNO sendiri dan kebetulan pula, Najib Abdul Razak pada ketika itu menjadi Presiden UMNO.

Kempen menggulingkan UMNO daripada takhta kerajaan sebenarnya sudah bermula secara giat, sistematik dan efisien semenjak PRU 2008 lagi. Dengan PKR sebagai barisan paling hadapan, manakala DAP mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri mereka sebagai wira kaum Cina, kempen-kempen secara berterusan untuk menghambat UMNO dan Barisan Nasional turun dari tampuk pemerintahan negara dilaksanakan pada hampir setiap masa.


9 Mei 2018 dalam PRU-14, petunjuk-petunjuk jelas beberapa bulan sebelum itu yang gelombang besar rakyat Malaysia untuk memenangkan Pakatan Harapan berbanding Barisan Nasional dan UMNO, sudah dapat dilihat. Biarpun Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional cuba menahan gelombang besar tersebut, namun mereka sudah terlambat.

Sepanjang 3 tahun sebelum itu UMNO dan Barisan Nasional dalam keadaan yang sangat selesa dan yakin akan memenangi PRU-14 dengan selesa biarpun memperolehi majoriti yang lebih kecil namun akhirnya keputusan pada 9 Mei 2019 menunjukkan jalan keluar kepada mereka dari Putrajaya. Walaupun telah diperkatakan, diperingatkan dan ditunjukkan bukti-bukti bahawa UMNO dan Barisan Nasional boleh tercampak dari Putrajaya kerana sikap terlalu yakin, namun tidak ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang mengambil endah.

Setelah lebih 60 tahun secara berterusan semenjak Merdeka, Barisan Nasional (sebelum itu Perikatan) memerintah negara ini, majoriti rakyat berasakan sudah sampai masanya untuk mereka mencampakkan UMNO dan Barisan Nasional.


Bukan kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak menjadi kerajaan yang baik. Di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, pelbagai insentif dan peruntukan untuk rakyat terutama warga marhein dan B40 diwujudkan, malah pelbagai bantuan disalurkan terus kepada masyarakat tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang sosial.

Namun rakyat melihat gaya angkuh para pemimpin UMNO yang mentadbir negara, membuatkan mereka sangat yakin UMNO dan Barisan Nasional perlu dipecat dari Kerajaan. Lebih-lebih lagi apabila melihat gaya mewah kaum keluarga, kerabat dan kroni para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional membuatkan rakyat semakin bertambah yakin, mengubah kerajaan adalah satu-satunya cara bagi mendapatkan keadaan yang lebih baik kepada rakyat dan negara.

Rakyat berpendapat, negara sudah terlalu rosak. Banyak kerosakan berlaku disebabkan oleh golongan yang dilihat rapat serta selalu berdamping dengan Perdana Menteri. Golongan yang rapat dan seringkali berdamping dengan Perdana Menteri pula, seringkali menunjukkan sikap angkuh dan seolah-olah mereka tidak boleh disentuh mahupun dikritik. Dan rakyat pula melihat hanya golongan ini yang memperolehi laba kekayaan luar biasa kerana mereka rapat dan seringkali berdamping dengan Perdana Menteri. Perdana Menteri pula dilihat tidak berupaya dan hanya bergantung kepada golongan yang ada di sekelilingnya.



Mahathir adalah salah seorang pemimpin UMNO yang dibenci oleh rakyat kerana kehalobaan dan kerakusannya menjarah harta-harta negara untuk anak-anak, kroni dan proksinya. Mahathir tidak pernah dapat menceritakan bagaimana dia begitu berjaya menjadikan anak-anak lelakinya sebagai bilionaire sepanjang tempoh dia menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Dia juga tidak pernah menafikan tentang pemberian kontrak-kontrak mewah kerajaan kepada syarikat anak-anaknya.

Namun Mahathir bijak melihat peluang. Kemarahan rakyat kepada UMNO dan Najib Abdul Razak, telah diambil kesempatan oleh Mahathir apabila dia mula menonjolkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan menentang rasuah, penyelewengan dan penjarahan harta negara.

Anehnya, rakyat boleh menerima Mahathir dengan imej barunya itu hanya kerana kebencian terhadap UMNO, Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak.

Pengundi dan rakyat yakin, Mahathir di bawah Pakatan Harapan adalah Mahathir yang berbeza ketika berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Mahathir 'Baru' akan membawa dan menjadikan Malaysia lebih cemerlang, gemilang dan terbilang walaupun sebaik-baik sahaja menjadi Perdana Menteri kali kedua, perkara pertama yang dilakukannya ialah memastikan kontrak kerja-kerja di Telekom Malaysia diserahkan kepada OPCOM, syarikat yang dimiliki oleh dua orang anak lelakinya, Mukhriz dan Mokhzani.

Dengan hanya 13 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh parti Mahathir, PPBM, Mahathir dilantik kembali sebagai Perdana Menteri. Tidak lama masa yang diambil oleh Mahathir untuk kembali menjadi Mahathir seperti dia masih di dalam UMNO dan Barisan Nasional dahulu. Dia kembali menunjukan perangai lama, ala diktator dengan mencatur hampir kesemua perkara dan menguasai segala-galanya walaupun di bawah pengawasan ketat Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.


Azmin Ali dilantiknya sebagai menteri walaupun nama Azmin Ali tidak disenaraikan oleh PKR. Dia membakulsampahkan semua janji dan manifesto Pakatan Harapan dengan mengatakan Buku Harapan bukanlah kitab suci. Daim Zainuddin yang merupakan konco utamanya diberikan peranan yang sangat besar dalam hal ehwal kerajaan termasuklah berkaitan perjanjian kontrak mega dengan China. Dan terkini, melantik Latheefa Koya sebagai KP SPRM tanpa merujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan apatah lagi Parlimen sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto PH PRU-14.

Sama ada sedar atau tidak, perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru membuatkan sekali lagi PKR bergolak dan kucar-kacir. Para pemimpin PKR berbelah kem. Yang pro-Azmin Ali, dengan pantas menyetujui perlantikan tersebut, bahkan memuji Latheefa Koya sebagai orang yang paling tepat untuk jawatan KP SPRM. Manakala kem yang pro-Anwar pula menyatakan perlantikan Latheefa Koya itu bertentangan dengan semangat reformasi dan pembaharuan institusi yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan serta menjadi tarikan kepada rakyat untuk menyokong Pakatan Harapan pada PRU-14 lalu.


Latheefa Koya adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sebelum melepaskan semua jawatan termasuklah keahliannya dalam PKR, 24 jam selepas menerima tawaran untuk dilantik menjadi KP SPRM.

Dan seandainya kita perhatikan, ini adalah kali kedua PKR menjadi kucar-kacir dan bergolak hasil tangan Dr. Mahathir. Kali pertama ketika Azmin dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi walaupun ketika itu Azmin Ali sudah pun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.


Latheefa Koya adalah antara pemimpin PKR yang sangat pro-Azmin. Dalam pertembungan Azmin dengan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden, Latheefa Koya tidak pernah berselindung menyerang Rafizi Ramli dan mempertahankan Azmin Ali. Malah permusuhan antara Rafizi Ramli dengan Latheefa Koya dapat diikuti oleh netizen menerusi perbalahan-perbalahan mereka di Twitter.

Ramai yang mempersoalkan tindak tanduk Dr. Mahathir. Apakah Mahathir sebenarnya bertujuan untuk mengenepikan dan menafikan peluang Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 sekaligus memberikan laluan selesa kepada Azmin Ali untuk menjawat jawatan yang sangat diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim itu?

Mahathir dilihat seperti sengaja mahu mengkucar-kacirkan PKR memandangkan PKR adalah parti yang memiliki jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam Pakatan Harapan. Mahathir seolah-olah cukup yakin UMNO berada di belakangnya dan bersedia untuk menerimanya kembali malah merestui tindak tanduknya menghancurkan Pakatan Harapan menerusi perpecahan PKR. Mahathir tidak bimbang dengan tindakannya yang akan menyebabkan PKR bergolak sekaligus akan melemahkan Pakatan Harapan.

Sedar tidak sedar, Mahathir sebenarnya sedang menjadikan Pakatan Harapan dengan DAP yang konon-kononnya terlalu kuat menjadi UMNO ke-2 (ke-3 sebenarnya). Campurtangan Mahathir dalam politik dan hierarki MCA dan MIC dalam mengukuhkan kedudukannya terutama membabitkan pelbagai skandal koperasi pada penghujung 80-an dahulu telah melemahkan kedua-dua parti komponen BN itu sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan perubahan pucuk pimpinan MCA hasil tangan ghaib Mahathir, bermula dari zaman Neo Yee Pan, membuatkan MCA kehilangan sokongan besar masyarakat Cina kepada parti berkenaan.

DAP bakal berhadapan dengan kemelut yang sama dengan MCA. Mahathir akan tetap bertindak sebagai 'Abang Besar' sepertimana dia menerajui UMNO dan Barisan Nasional suatu ketika dahulu.


Pakatan Harapan khususnya DAP amat sedar tentang hakikat tersebut namun mereka nampaknya tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang kehilangan kedudukan dan jawatan dalam Kerajaan yang baru mereka nikmati selama setahun. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai skandal yang melingkari Lim Guan Eng, menjadikan DAP terpaksa akur sahaja dengan perbuatan Mahathir biarpun pada masa yang sama, Lim Kit Siang, bapa Lim Guan Eng terpaksa menggunakan Boo Cheng Hau di Johor untuk mendesak Mahathir agar segera melepaskan jawatan.

Biarpun negara ini tidak lagi dikuasai oleh UMNO, nampaknya Mahathir tidak segan silu membawa budaya UMNO secara langsung ke dalam Pakatan Harapan. Maka, tidak hairanlah mengapa sebilangan besar pemimpin UMNO pula terus mendiamkan diri sekalipun terdapat banyak isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat ditimbulkan oleh netizen. Para pemimpin UMNO yang ada pada hari ini kelihatan cukup selesa, biarpun mereka sebenarnya hanya berada di blok pembangkang.

Barangkali mereka yakin, kejayaan Mahathir meng'UMNO'kan Pakatan Harapan, akan mengembalikan mereka kepada jawatan, kedudukan dan kemewahan yang pernah mereka kecapi setahun yang lepas.

Persoalannya, adalah Majlis Presiden serta pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan akan terus membiarkan kerakusan Mahathir meng'UMNO'kan mereka menerusi tindakan-tindakan bersendiriannya yang bersifat autokratik?

Tunggu dan lihat....



Wednesday, May 15, 2019

MALAYSIA MUFLIS DAN DOA DIMAKBULKAN... SATU DUNIA BENCIKAN MALAYSIA DAN PAKATAN HARAPAN!!!


Beberapa tahun sebelum PRU-14, DAP terutama sekali menerusi lidah dan mulut Lim Guan Eng serta bapanya giat ke luar negara terutama ke Hong Kong dan Taiwan untuk memburuk-burukkan Malaysia. Lim Guan Eng yang memprotretkan dirinya sebagai seorang bijak ekonomi dan hebat perakaunan menyatakan, Malaysia sudah bankrap dan para pelabur khususnya dari Taiwan tidak seharusnya melabur di Malaysia.

Klip videonya yang tersebar secara meluas, membungkam mulut Lim Guan Eng walaupun sebelum klip video berkenaan ditularkan, Lim Guan Eng menerusi barisan peguamnya mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang kata dia cuba mensabotaj ekonomi Malaysia di luar negara.


Begitu juga dengan projek RAPID Pengerang. DAP merupakan pihak yang bertungkus lumus dan bergembira apabila pelaburan dari Taiwan untuk projek tersebut ditarik balik. Namun apabila Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional membawa masuk pelaburan dari Arab Saudi untuk projek RAPID Pengerang, lain pula ceritanya.

Selain DAP, antara yang paling giat mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara gagal dan muflis dengan hanya berdasarkan persepsi bodoh, adalah Mahathir dan konco-konconya yang kemudian menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Dengan menggunakan jentera upahan seperti Clare Rewcastle-Brown yang mengendalikan Sarawak Report, Wall Street Journal, bahkan Loretta Lynch dan Hillary Clinton setelah membayar harga lobi berpuluh-puluh juta ringgit untuk kempen Presiden yang kemudian Loretta Lynch menggunakan DOJ untuk mengeluarkan kenyataan yang memberi kelebihan kepada Mahathir dan Pakatan Harapan, kempen memburuk-burukkan pentadbiran Najib dan Malaysia secara amnya dibuat secara berterusan dan penuh sistematik.

Gelaran Kerajaan Kleptokrasi kononnya gelaran yang diberikan dunia kepada pentadbiran Najib, digembar-gemburkan di segenap negeri. Kenyataan Loretta Lynch yang kemudian dipecat oleh Donald Trump kerana terkantoi dalam beberapa isu besar dan skandal pembohongan, telah digunakan oleh Lim Kit Siang dan Mahathir khususnya untuk mengatakan, Kerajaan Najib adalah Kerajaan Kleptokrat. Rakyat dimomok-momokkan, kononnya itulah gelaran dunia untuk Malaysia yang ditadbir oleh Najib Abdul Razak. Padahal itu cumalah gelaran Lim Kit Siang dan Mahathir yang cuba menjatuhkan Najib.


9 Mei 2018, mereka berjaya melakukan. Melekat perkataan KLEPTOKRAT kononnya diberikan oleh dunia kepada Najib walaupun sebenarnya itu adalah gelaran Mahathir dan Lim Kit Siang, dua makhluk kakistokrat yang tetap lapar kuasa biarpun usia mereka sudah di hujung senja.

Malaysia Muflis, Ringgit akan naik kalau Najib jatuh, Pelabur-pelabur lari kerana tidak percaya Kerajaan Kleptokrat dan rasuah, Najib nak tolong ekonomi Amerika Syarikat dengan duit KWSP menerusi pembelian beberapa buah pesawat untuk MAS, kononnya Pakatan naik jadi kerajaan, peluang pekerjaan akan ditambah sejuta, akan dibawa balik semua pekerja-pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura, konon-kononnya hutang negara sudah sampai 1 trilion dan Najib pula katanya terus menokok hutang negara menerusi projek-projek menjual negara kepada China.



China yang merupakan pelabur ketiga terbesar di Malaysia, telah diserang, dicerca. Forest City di Johor, menjadi sasaran Mahathir yang cuba membuktikan, dia adalah penyelamat negara. Mahathir sekali lagi menggunakan MCKIP di Kuantan untuk membuktikan, rakyat perlu memilihnya agar Malaysia tidak dijajah oleh China. Begitu juga dengan banyak projek-projek lain terutama sekali ECRL, HSR yang berimpak besar, turut diserang oleh Mahathir, DAP dan Pakatan.

Dan sebaik-baik sahaja Mahathir, DAP dan Pakatan menang pada 9 Mei 2018, maka bermulalah malapetaka besar kepada Malaysia. Bursa Saham Kuala Lumpur yang diiktiraf sebagai 'THE LONGEST BULL RUN mula bertukar menjadi ASIA'S ONLY LOSER IN 2019. Ringgit Malaysia terus menjunam berbanding matawang serantau.


Bloomberg, Nikkei, Morgan Stanley, Standard and Poor, Bank Dunia bahkan IMF sendiri menurunkan unjuran ekonomi Malaysia di bawah Pakatan Harapan. Semua agensi penarafan ekonomi dan kewangan tidak memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir Malaysia. Dan apabila genap setahun Pakatan memerintah Malaysia menerusi tipu daya, fitnah dan mensabotaj ekonomi negara sendiri, akhirnya Malaysia benar-benar berhadapan dengan kemelut ekonomi pada ketika Indonesia dan Thailand, malah Filipina dan Vietnam pula semakin makmur kesan kerosakan yang dibuat oleh Pakatan terhadap Malaysia. Apa yang diramalkan oleh agensi-agensi antarabangsa tersebut, benar-benar menjadi kenyataan.


Dahulu, Mahathir dan Pakatan menggunakan portal-portal hiburan untuk mempengaruhi orang ramai kononnya Malaysia dah muflis. Sekarang, laman-laman ekonomi dan kewangan berpengaruh dunia pula mengatakan ekonomi Malaysia terus mengecut dan jatuh, dan barah deflasi semakin membengkak.

Menariknya, Mahathir masih mahu menggunakan portal-portal hiburan untuk menafikan laporan-laporan pelbagai agensi serta laman-laman ekonomi serta kewangan berpengaruh dunia itu dan pada masa yang sama, menjilat serta menukar segala tuduhannya lalu yang semua kerja Najib akan membankrapkan Malaysia kepada EKONOMI MALAYSIA BAIK dan semua berita tentang kejatuhan ekonomi Malaysia adalah palsu...

Barangkali Mahathir fikir, pembohongan dan penafian seperti tahun 80-an tu masih lagi terpakai pada zaman ini? Zaman di mana segala maklumat boleh diakses dengan mudah dengan hujung jari saja...




 
Blogger Templates