Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label harga minyak. Show all posts
Showing posts with label harga minyak. Show all posts

Thursday, November 9, 2017

HARGA MINYAK NAIK LAGI, ANJING-ANJING GUA MENYALAK TERUS!!!



Harga minyak bagi minggu ini mencatatkan kenaikan. Dan seperti biasalah, setiap kali berlaku kenaikan walaupun setengah sen, para haters akan mengecam dan mula memperlihatkan seolah-olah kehidupan mereka telah terjejas teruk. Dunia seolah-olah sudah terbalik dengan kesan kenaikan minyak. Kadar inflasi telah mengosongkan dompet dan akaun bank mereka. Malah lebih teruk lagi, ada pula yang menggambarkan kenaikan harga minyak telah menyebabkan syarikat tempat mereka bekerja, muflis dan mereka sekarang menjadi penganggur.

Anehnya, gaya hidup golongan haters dan banyak komplen itu tidak berubah sedikit pun. Mereka masih lagi berjoli dan berfoya-foya. Mereka masih lagi berasa selamat dengan sumber dan keadaan kewangan mereka walaupun di media-media sosial, mereka mengatakan mereka memperjuangkan nasib orang di kampung.

Harga minyak di negara ini diapungkan mengikut harga semasa secara mingguan. Harga minyak dunia menyaksikan trend menaik sekaligus menyebabkan harga dalam negara juga meningkat.

Bagaimanapun, haters yang selama ini cukup cakna dengan perkembangan dunia terutama sekali yang membabitkan isu-isu 1MDB, apabila membabitkan harga minyak, tiba-tiba sahaja mereka bertukar menjadi orang yang paling tidak tahu apa-apa. Mereka seolah-olah diserkup tempurung besi dan terpisah daripada dunia luar.



Apa yang berlaku di Arab Saudi memberi kesan kepada harga minyak di seluruh dunia. Berita-berita media antarabangsa yang selama ini sering menjadi rujukan haters, turut memaparkan peningkatan harga minyak dunia semasa ekoran krisis yang berlaku di Arab Saudi.

Arab Saudi merupakan negara pengeluar petroleum terbesar dunia.

Antara hujah yang paling biasa diberikan untuk menghalalkan kemarahan mereka ialah harga barang. Kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang naik. Oleh sebab itulah, kerajaan perlu mengekang kenaikan harga minyak bagi mengelakkan kenaikan harga barang.

Masalahnya ialah, di Malaysia harga barang tidak bersandarkan kepada kenaikan harga minyak. Memang benar, para orang tengah dan pemborong akan menggunakan alasan harga minyak untuk memaksimakan keuntungan tetapi ketika harga minyak turun, harga barang tidak ikut turun, bahkan beberapa barangan lain khususnya barangan pengguna melibatkan makanan, terus meningkat.

Hairannya, ke mana kebijaksanaan mereka semua yang dalam kes 1MDB, mereka akan merujuk kepada pelbagai saluran media antarabangsa? Mereka akan memberikan hujah-hujah bersandarkan apa yang ditulis oleh media-media antarabangsa, tetapi dalam isu kenaikan harga minyak mereka hanya berhujah bersandarkan kepada apa yang mereka nampak semata-mata?


Monday, November 30, 2015

UMPAN PAU AGAR NAJIB DISUKAI DAN DISAYANGI? HARGA MINYAK TURUN!!!



Khabarnya...

Harga bahan bakar bagi bulan Disember 2015 berkuatkuasa 1 Disember 2015 sepertimana yang sedang viral ketika ini.

RON95 berharga RM1.95 seliter (turun 10 sen)
Sebagai perbandingan pada Disember 2014, harganya adalah RM2.26 seliter

RON97 berharga RM2.45 selitar (tidak berubah)
Sebagai perbandingan pada Disember 2014, harganya adalah RM2.46 seliter

DIESEL berharga RM1.90 seliter (tidak berubah)
Sebagai perbandingan pada Disember 2014, harganya adlah RM2.23 seliter

Harap-harap harga bahan bakar tidaklah seperti yang dikhabar-khabar anginkan seperti di atas. Bukannya apa, dah tak larat nak tepis cerita kononnya, harga minyak telah digunakan untuk mengumpan rakyat agar suka dan sayangkan Najib Abdul Razak.


Monday, August 31, 2015

PETROL DAN DIESEL TURUN HARGA BERMULA TENGAH MALAM NANTI UNTUK SEPTEMBER 2015... KEJAYAAN BERSIH 4.0 JUGA KE?



Harga petrol RON95 dan RON97 untuk September masing-masing turun 10 sen seliter kepada RM1.95 dan RM2.35.

Harga Diesel pula turun 15 sen seliter kepada RM1.80.

Harga baharu itu berkuatkuasa pukul 12.01 tengah malam ini.

SUMBER

Wednesday, July 1, 2015

UDAHLAH NAIK HARGA, CUBA NAK SEMBUNYIKAN LAGI... INI BUKAN ZAMAN MAHATHIR KONTROL MEDIA DAH!!!

Hari tu, beria-ia juga menteri yang sama dengan cerita ketelusan dan penuh keberanian. Harga bahan api diturunkan dengan kaedah pengapungan. Ramai yang marah pada mulanya, rasa sedikit lega walaupun masing-masing menjangkakan, penurunan tersebut tidak akan bertahan lama. Paling lama pun, dua tiga bulan sahaja.

Seperti mahu menidakkan, harga bahan api terutama RON95 diturunkan menjadi RM1.70 seliter berbanding RM1.90 sebulan sebelumnya. Tiga bulan jugalah harga itu bertahan sebelum pada Mei 2015, ia dinaikkan pada kadar RM2.05 seliter dan terbaru, harganya adalah RM2.15.

Ketika kenaikan kali pertama hari tu, dikatakan bahawa harga perlu dinaikkan memandangkan harga minyak dunia sudah naik. Disebabkan bahan bakar di Malaysia telah diapungkan harganya, maka naiklah juga harganya itu.

Tidak pula dapat dipastikan, apakah harga minyak yang dimaksudkan merupakan harga minyak semasa atau harga minyak tiga, enam atau sembilan bulan sebelum kenaikan dibuat. Ini adalah kerana, ketika kenaikan dibuat, harga minyak dunia secara relatifnya masih tidak menunjukkan sebarang peningkatan ketara, biarpun telah beranjak daripada titik terendah sepanjang tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Namun yang pasti, ketika kenaikan harga dibuat, memang ada sedikit peningkatan.

Jadi kesimpulan ringkas yang boleh dibuat pada waktu itu ialah, harga bahan api di Malaysia terpaksa dinaikkan memandangkan harga minyak semasa telah naik.

Bagaimanapun, dua bulan ini, lain pula kisahnya. Harga minyak di pasaran dunia telah turun kerana beberapa kebimbangan, terutama sekali pada bulan ini, kebimbangan terhadap ketidakmampuan Greece untuk membayar hutang negara kepada institusi kewangan dunia serta blok Eropah. Malangnya juga, harga minyak Malaysia telah dinaikkan.

Apakah penurunan nilai Ringgit walaupun semalam berlaku pengukuhan berbanding Dollar Amerika, menjadi alasan dan sebab musababnya?

Apabila Rafizi Ramli mencadangkan dan memperjuangkan pengapungan selain kerajaan menarik kembali subsidi yang disifatkannya sebagai SATU BENTUK PENIPUAN, kemudian mendabik dada bahawa teorinya adalah benar ketika pengapungan harga kali pertama diperkenalkan dengan penurunan harga ketara, pihak KPDNKK segera muncul dengan hujah-hujah yang tersendiri.

Kemudian apabila harga bahan bakar menurun sebanyak RM0.20, Rafizi Ramli segera memperjuangkan para pengusaha pam minyak yang menurutnya tidak akan mampu bertahan sekiranya harga minyak terus diturunkan.

Kini, kerajaan seperti mengikut telunjuk Rafizi dengan menaikkan kadar harga seliter bagi mengelakkan pengusaha pam-pam minyak menanggung kerugian besar sehingga gulung tikar!

Dan sekali lagi, Rafizi menggunakan peluang ini untuk menyatakan kerajaan adalah kejam kerana menekan rakyat!

Mana hilang janji-janji pak-pak menteri dan orang besar negara apabila menyatakan, harga minyak akan ditetapkan pada harga minyak dunia?

Apakah dengan menyembunyikan berita kenaikan harga minyak daripada rakyat, akan membolehkan para pengusaha pam minyak berlumba-lumba menurunkan kadar harga bagi menarik lebih ramai pelanggan?

Rasa-rasanya tukang pemikir yang mencadangkan langkah tersebut, sudah tersalah negara? Barangkali disebabkan terlalu banyak sangat tengok VCD, tu yang keluar cadangan yang bukan-bukan dan kemudian dipraktikkan pula oleh Kementerian yang diterajui oleh Hasan Malek!!!

Tuesday, June 30, 2015

APA SUDAH JADI, HASAN MALEK? HARGA MINYAK TIDAK AKAN DIUMUMKAN LAGI, TAPI AKAN DIBERITAHU KEPADA PENGUSAHA MINYAK SAHAJA!!!



Tiada lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata ini kerana perubahan harga minyak akan menjadi rutin memandangkan harga minyak dijangka sentiasa berubah setelah kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Dis tahun lalu.

"Setiap hujung bulan jam 12 malam, kita akan beritahu harga baharu kepada pengusaha minyak sama ada harga minyak turun, kekal atau ada peningkatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) anjuran Pemuda UMNO di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan UMNO.

Sebelum ini pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak akan diumumkan di laman web rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Berdasarkan senario setiap hujung bulan iaitu selepas jam 12 malam harga minyak dijangka mengalami perubahan, Hasan bagaimanapun enggan mengulas sama ada harga petrol RON95, RON97 dan diesel mengalami kenaikan, penurunan atau kekal pada kadar semasa selepas tengah malam ini (1 Julai).

"Kita tunggu sahaja jam 12 malam ini, lihat bagaimana," katanya.

Harga runcit semua jenis minyak pada 1 Jun lalu naik 10 sen seliter menjadikan harga baharu semasa RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

Sementara itu, Hasan menafikan dakwaan akan terdapatnya peningkatan terhadap harga siling ayam bersempena musim perayaan ini.

Katanya, skim kawalan harga barangan untuk Aidilfitri tahun ini dijangka diumum pada Jumaat ini, dan orang ramai diminta tidak menyebarkan perkara yang tidak benar mengenainya.
-
"Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga dah kata tiada masalah dengan bekalan ayam, kita jangka tiada masalah dengan harga juga, jangan sebar benda yang tidak sahih," kata Hasan.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan dijangka mengumumkan pertambahan jenis barangan yang dikenakan 'sifar' GST pada pembentangan bajet akan datang.

Katanya, kerajaan melalui satu jawatankuasa khas sedang mengumpul maklum balas daripada seluruh golongan rakyat dan akan mempertimbangkan jenis barangan dan perkhidmatan tidak akan dikenakan GST.

"Contohnya kita dapat cadangan supaya tidak kenakan GST terhadap barangan sembahyang serta barangan keperluan rumah yang digunakan semua golongan, kita akan pertimbangkan dan segala penambahbaikan akan diumum pada pembentangan bajet yang dijangka Oktober nanti," katanya.

Ahmad berkata sehingga kini kerajaan telah mengadakan sebanyak 525 sesi penerangan mengenai GST dengan pelbagai pihak dan akan meneruskan usaha berkenaan sehingga rakyat benar-benar faham mengenai pelaksanaan cukai berkenaan. (ASTRO AWANI)


Monday, June 1, 2015

KENAIKAN HARGA PETROL DAN DIESEL, RAMAI YANG KEMBALI MEROYAN!!!



Pusing kut mana pun, ikut hukum akal mahupun hukum ekonomi, walaupun dihiaskan dengan pelbagai label dan istilah yang indah-indah, kenaikan harga merupakan satu perkara 'wajib'. Bila sudah naik, ia tidak akan turun dengan mudah. Dan kalaupun turun, ia tidak akan bertahan lama sebelum naik semula.

Itu sebablah dahulu, nilai wang lebih besar berbanding sekarang walaupun jumlahnya sama. Malanglah bagi generasi akan datang kerana mereka akan terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga dan harga tinggi walaupun generasi sekarang dimomokkan oleh golongan beku otak, kononnya tukar kerajaan maka harga barang akan diturunkan.

Bermula tengah malam tadi, harga RON95 dan diesel telah dinaikkan RM0.10. RON95 telah berharga RM2.05 dari RM1.95. Manakala diesel juga telah dinaikkan kepada RM2.05 dari RM1.95.

Dan seperti biasa, setiap kali berlaku kenaikan harga minyak, pastinya akan ada suara-suara penentang yang menyalahkan kerajaan, menyalahkan parti politik, malah mula melakukan tuduhan liar.

Barangkali golongan yang sama terlupa, bahawa gesaan agar subsidi ditarik balik kerana kononnya harga minyak akan lebih rendah telah dibuat tidak lama dahulu. Subsidi dikatakan hanya membantu kroni dan sebagai topeng semata-mata kerana subsidi melindungi harga sebenar bahan bakar tersebut.

Subsidi ke atas bahan bakar kemudiannya ditarik balik dan harga RON95 dan diesel telah diapungkan secara terkawal. Dengan kata, kerajaan masih lagi mengawal harga tersebut agar ia tidak melonjak terlampau tinggi sekaligus menyebabkan berlakunya 'kecederaan teruk' pada ekonomi dan aliran tunai domestik.

Ada juga yang memberikan analogi, kenaikan harga minyak akan mendorong kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Memang benar... harga minyak naik, naiklah semua harga barang dan perkhidmatan. Tetapi itu di dunia normal. Di negara lain, bukan di Malaysia.


Di Malaysia, harga minyak naik, harga barang dan perkhidmatan akan naik. Tetapi apabila harga minyak turun, walaupun selama lima bulan, ia tidak akan menurunkan harga barang dan perkhidmatan, sebaliknya para pemborong dan orang tengah selain peruncit yang mengambil kesempatan, menggunakan pelbagai alasan lain, termasuklah musim hujan dan musim perayaan untuk menekankan kenaikan harga.

Akan sentiasa ada alasan untuk terus menaikkan harga walaupun harga minyak diturunkan tetapi tidak ada sebarang alasan untuk penurunan harga barangan dan perkhidmatan pada ketika harga minyak diturunkan.

Sepatutnya di sinilah letaknya kebijaksanaan KPDNKK yang mengawal selia harga barangan dan kepenggunaan. Walaupun hanya barangan asasi dikawal harganya tetapi melihat kepada situasi sekarang, terdapat terlalu banyak kes di mana, barang-barang kawalan juga tidak terlepas daripada dikenakan kenaikan harga oleh peruncit. Sehinggakan banyak kes di mana, barang kawalan yang berharga tetap, pemborong dan peruncit mengawal jumlah yang dijual seperti minyak masak berpaket, sebaliknya dijual pada harga yang lebih tinggi, jumlahnya sentiasa ada dan berlambak.

KPDNKK tidak seharusnya hanya menunggu laporan sebaliknya sentiasa menugaskan pasukan penguatkuasanya melakukan pemantauan. Tidak guna menyerbu dan mendenda pekedai tetapi SYAITAN SEBENAR iaitu pemborong dan orang tengah sentiasa terlepas dan meraih keuntungan berkali-kali ganda tanpa sebarang tindakan!!!!


Thursday, April 30, 2015

SAYANG SERIBU KALI SAYANG... SETELAH PUAS PROMOSIKAN KENAIKAN HARGA RON95 DAN DIESEL, TIBA-TIBA TIDAK JADI DINAIKKAN!!!



Pakatan Rakyat benar-benar mengharapkan, akan berlaku keajaiban yang akan membantu mereka dalam dua kempen PRK - Permatang Pauh dan Rompin.

Kenaikan harga minyak memang ditunggu-tunggu setiap hujung bulan. Dan pada setiap kali hampir hujung bulan, mereka dan para penyokong merekalah yang paling akan berspekulasi kononnya harga bahan bakar akan dinaikkan. Sekaligus menjadi umpan terbaik mereka untuk menghentam Kerajaan.

Malangnya, sudah dua bulan berturut-turut, telahan dan tekaan mereka tersasar. Bulan lepas, RON95 dan diesel tetap tidak dinaikkan. Begitu juga dengan bulan Mei, harga kedua-dua bahan bakar tersebut tetap sama.

Dalam apa juga keadaan, sama ada diteka naik atau turun, hakikatnya kedua-dua bahan bakar tersebut telah dibebaskan daripada rejim subsidi. Sekaligus tertakluk kepada perubahan harga minyak dunia.

Seperti hukum perubahan harga barang, tidak ada barang di dunia ini yang akan mengalami penurunan harga. Apatah lagi yang melibatkan bahan bakar dan bahan api yang diperlukan bukan sahaja untuk kenderaan tetapi juga industri dan keperluan lain. Ditambah pula, bahan bakar yang digunakan merupakan bahanapi fosil yang jumlahnya terhad dan tidak bertambah.

Sekaligus suatu ketika nanti, harga bahan bakar akan tetap dinaikkan walaupun desakan agar ianya diturunkan akan semakin kuat.

Melainkan seluruh dunia mula beralih pergantungan mereka daripada penggunaan bahan api fosil kepada bahan api alternatif sepertimana yang berlaku kepada getah asli suatu ketika dahulu yang berhadapan dengan penjunaman harga apabila polimer dari getah asli digantikan oleh polimer daripada petroleum yang dikatakan lebih murah dan mudah.

Secara rasionalnya, harga bahan bakar tidak akan bertahan pada suatu tahap sepertimana yang diharapkan dan diangankan oleh kebanyakan manusia. Ia samalah seperti usia kita... sentiasa bertambah dan kita tidak bertambah mahupun kekal muda sepanjang masa.


Teka meneka harga minyak akan terus berlaku. Namun realitinya, tekaan pada kenaikan harga minyak akan mengena juga kerana ia adalah kenaikan semulajadi. Tak teka, tak desak pun, ia tetap akan dinaikkan apabila tiba masanya terutama sekali membabitkan konsep permintaan dan penawaran.

Cuma apabila dipolitikkan sepertimana yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat, nampak benarlah mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya hidup di sebuah negara yang mempunyai dan mengamalkan perdagangan bebas dengan negara lain di dunia ini.

Kesian sangatlah apabila harapan untuk melihat kenaikan harga minyak dan kemudian boleh digunakan untuk dijadikan buah belasahan, tidak menjadi!!!


Saturday, February 28, 2015

RON95 DAN DIESEL AKAN NAIK BERMULA TENGAH MALAM INI... RAFIZI RAMLI NAK KATA APA?


Kalau baca di Facebook sekarang, kita akan seronok membaca maki hamun dan sumpah seranah para penyokong dan pecacai Pakatan Rakyat ke atas Kerajaan Barisan Nasional.

Sebabnya, bermula pada tengah malam ini, harga RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak RM0.25 bagi setiap liter.

Sebelum ini, tiga kali Kerajaan sudah menurunkan harga bahan api berdasarkan harga minyak mentah dunia. Ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia kebelakangan ini selain kejatuhan Ringgit, menyebabkan Kerajaan perlu menyelaraskan semula harga bahan api di Malaysia.



Kita kembali mendengar tentang HARGA BARANG NAIK, segala-galanya naik dan BETAPA HARAMJADAHNYA KERAJAAN BARISAN NASIONAL!

Tetapi semasa harga minyak diturunkan ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun iaitu pada kadar RM1.70 seliter, puak-puak yang sama, tidak pula merungut dan meminta agar para peniaga menurunkan harga barangan. Bahkan desakan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan sesuai dengan penurunan harga minyak, telah menyebabkan mereka mempopularkan istilah RASIS. Desakan dan tuntutan menurunkan harga barang telah ditukarkan menjadi RASIS dan masing-masing mengutuk serta mengecam pihak yang meminta agar para peniaga menurunkan harga barang dan perkhidmatan sebagai RASIS.


Kini harga bahan api dinaikkan semula. Rafizi Ramli yang begitu berang kerana penurunan harga minyak telah menyebabkan taukeh-taukeh pam minyak mengalami kerugian, sudah tentu berasa lega dengan kenaikan ini. Apakah kali ini dia akan menyokong kenaikan atau pun dia juga sama seperti para penyokong Pakatan Rakyat yang serba tidak kena?

Jangan dihairankan sangat kerana puak-puak ini bukannya bijak sangat kecuali mereka hanya pandai merungut dan mengutuk!

Kenaikan harga minyak mereka bisingkan tetapi kenaikan segala macam cukai di Pulau Pinang dan Selangor, haram tak secuit membuka mulut mereka!!!


Sunday, November 30, 2014

HARGA BARANG MELAMBUNG LAGI!!! HANYA 3 SEN MAMPU DITURUNKAN UNTUK RON95 TETAPI DINAIKKAN 4 SEN UNTUK DIESEL!!!

Harga runcit RON97 turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada 3 sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)." – Bernama, 30 November, 2014.

Saturday, November 29, 2014

HARGA MINYAK AKAN TURUN? RON95 TURUN 3 SEN ISNIN NANTI?


Salinan surat ini sedang viral di Facebook. Bagaimanapun, berita rasmi masih belum diperolehi.

Sama ada harga minyak turun atau sebaliknya, ia tidak akan menurunkan harga barang dan perkhidmatan dan penurunan sebanyak 3 sen itu tidak akan memberikan impak yang besar kepada semua harga barangan dan perkhidmatan.

Kecuali kenaikan 3 sen yang akan melonjakkan harga barangan dan perkhidmatan yang dikawal dan dikuasai oleh kartel dan pemopoli, kerajaan tidak akan dapat berbuat apa-apa, baik untuk mengawal mahupun memaksa penurunan harga.

RON95 dan diesel diapungkan harganya mengikut pengapungan terkawal selepas kerajaan memutuskan untuk tidak lagi memberikan subsidi kepada bahan api dalam keputusan yang sudah tentunya dilakukan secara terpaksa.

Turunnya harga minyak tidak akan membantu mengurangkan tentangan dan kebencian kepada kerajaan sekarang. Mungkin Najib Abdul Razak bernasib malang kerana mewarisi sebuah kerajaan lemah yang dirosakkan oleh Abdullah Badawi dan para pegawainya, anak serta menantunya.

Harga minyak bukan lagi penentu sebaliknya perhatian diberikan sekarang kepada perubahan harga barangan dan perkhidmatan. Selagi agensi terbabit gagal mengawal dan menguatkuasakan defisit serta inflasi, selagi itulah Najib akan terus terpaksa menanggung kesan buruk walaupun pada masa yang sama, selaku Perdana Menteri dia tidak mempunyai kuasa besar untuk menentukan harga pasaran.

Bahanapi utama telah diapungkan harganya. Adakah kerajaan yang ada pada hari ini juga akan terapung-apung?
 
Blogger Templates