Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label akta hasutan. Show all posts
Showing posts with label akta hasutan. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

PEGUAM PRO-PAKATAN SUDAH GELABAH, SELEPAS POTA, UNDANG-UNDANG HASUTAN PULA DIPERKUKUHKAN... TAK ADA JAMINAN LAGI!!!



Selama ini, kita dihidangkan dengan 'drama-drama yang membakar darah' apabila individu-individu yang ditangkap di bawah Akta Hasutan 1948, akhirnya dibebaskan dengan jaminan. Mereka juga bebas ke luar negara dan melakukan hasutan.

Keterbukaan selama ini terutama menerusi penghapusan ISA dan Ordinan Darurat telah membuatkan mereka naik kaki menjadi kepala, jari menjadi paha. Apa yang tidak mereka lakukan. Apa yang tidak mereka sebutkan.

Nama-nama seperti Eric Paulsen, Latheefa Koya, N.Surendran dan sebagainya cukup sinonim dengan peguam-peguam yang berasakan mereka lebih atas dari undang-undang terutama apabila kita melihat kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan di media-media sosial.

Selepas POTA diluluskan semalam, Akta Hasutan 1948 yang dibentangkan hari ini, dipinda dengan hukuman yang lebih berat. Antara yang dipinda semula  termasuklah, memasukkan elemen untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama-agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Lebih menarik lagi, pindaan Akta Hasutan 1948 dibuat dalam usaha untuk mengukuhkan undang-undang berkenaan, termasuklah peruntukan menyatakan ikat jamin tidak dibenarkan untuk mereka yang didakwa mengikut akta tersebut.

Cadangan pindaan akta berkenaan akan memasukkan dua seksyen baru - 5A dan 5B - yang mana Seksyen 5A menyatakan, mana-mana individu ditahan mengikut Subseksyen 4(1)(a) dan jika terdapat pengesahan bertulis, jika tidak melibatkan kepentingan awam untuk memberikan ikat jamin kepada tertuduh, ikat jamin tidak akan diberikan.

Seksyen lain pula menyatakan mahkamah berkuasa untuk menghalang mereka yang ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan dibebaskan dengan jaminan, daripada meninggalkan negara dengan mengarahkan mereka menyerahkan dokumen perjalanan untuk suatu tempoh masa.

Pindaan akta berkenaan turut meliputi pengenalan klausa yang akan "menjelaskan" tindakan individu atau kumpulan yang menuntut mana-mana negeri meninggalkan Malaysia akan dianggap menghasut.

Kita tengok selepas ini, siapakah peguam yang akan menjadi 'mangsa' pertama Akta Hasutan 1948 Pindaan 2015...

Selama ni, mereka rasa mereka hebat sangat....


Monday, March 30, 2015

SELEPAS PEJABAT RAFIZI RAMLI DIGELEDAH, KINI SKMM DAN PDRM SERBU PULA PEJABAT THE MALAYSIAN INSIDER!!!



Ini berita terbaik yang diterima sepanjang hari ini....

Lebih kurang 10 orang pegawai dan anggota dari SKMM dan PDRM telah menyerbu pejabat The Malaysian Insider, portal berita milik Tong Koii Ong yang terletak di Petaling Jaya. Dipercayai, serbuan tersebut mempunyai kaitan dengan laporan yang cuba menfitnah Majlis Raja-Raja menerusi keputusan tentang hukuman hudud.

The Malaysian Insider cukup terkenal dengan berita-berita fitnah mereka selain provokasi yang dibuat ke atas pihak berkuasa. Bagaimanapun, sehingga kini, hanya amaran diberikan kepada mereka manakala tindakan perundangan tidak pernah dikenakan.

Sementara itu Portal MalaysiaKini melaporkan, serbuan tersebut susulan laporan TMI yang menyebut Majlis Raja-Raja Melayu menolak hudud.

Difahamkan editor kanan Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong akan diambil kenyataan dan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang di bawah Akta Hasutan.


Pada 25 Mac lalu, TMI mengeluarkan laporan mengenai mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan Pas Kelantan bagi pelaksanaan hudud.

Pada hari yang sama, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan dengan menyangkal laporan TMI.

Jurucakap SKMM ketika dihubungi mengesahkan serbuan tersebut namun enggan mendedahkan sebab serbuan itu dilakukan.

Semalam, PDRM telah menyerbu Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya. Rafizi Ramli dan macainya cuba mensensasikan cerita tersebut kononnya, polis telah menyerbu, memecah masuk dan memaksabuka selain menggeledah, sedangkan Rafizi Ramli turut ada sekali dalam serbuan berkenaan. 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) me­nyerbu Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya berhubung kenyataan Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli yang mengeluarkan surat arahan kepada penyokong-penyokongnya supaya keluar beramai-ramai bagi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Beliau memberitahu, serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 1 petang itu bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dibuatnya.

“Ketika serbuan, sebuah komputer, sepucuk surat pekeliling dan kenyataan media berkait satu perhimpunan haram di ibu negara dirampas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Zainuddin, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Thursday, February 5, 2015

ERIC PAULSEN RUPA-RUPANYA TAK FAHAM BAHASA KEBANGSAAN DAN TERPAKSA MINTA BANTUAN JURUBAHASA!!!



Tak tahulah sama ada ini merupakan salah satu daripada taktik Eric Paulsen untuk melepaskan diri dengan menggunakan alasan 'TIDAK FAHAM BAHASA KEBANGSAAN' daripada tuduhan di bawah kesalahan Akta Hasutan, tetapi yang pasti, sebagai peguam, Eric Paulsen sedang menggunakan pelbagai helah untuk mengelakkan hukuman.

Hari ini, Eric Paulsen yang telah menuduh JAKIM dan Khutbah Jumaat sebagai sarang yang menternak ekstrimis, tidak mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya menerusi JURUBAHASA!!!! (RUJUK SINI)

Bayangkan seorang peguam yang begitu terangsang untuk mewujudkan gelombang pergaduhan di kalangan kaum dan agama di negara ini, rupa-rupanya tidak boleh berbahasa Kebangsaan.

Dan lebih malang lagi, dia adalah RAKYAT MALAYSIA!

Tidak mungkin dia tidak tahu yang dia sebenarnya boleh dilucutkan status kewarganegaraannya kerana tidak boleh memahami, bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.


Tuesday, December 30, 2014

SKMM DIPERSENDAKAN OLEH AYAHNDA RAJA PROVOKASI MENERUSI PELBAGAI FITNAH SUBVERSIF!!!



Dua hari lepas, Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) menyiarkan beberapa nama individu yang mempunyai kaitan dengan penyebaran maklumat palsu membabitkan kejadian banjir di Manek Urai.

Ia bagaimanapun, tidak mengurangkan kepelbagaian berita dan maklumat palsu, bahkan fitnah semakin menjadi-jadi di Facebook memandangkan SKMM masih gagal mengesan serta mengambil tindakan ke atas individu-individu berkenaan.


Antara yang paling kurang ajar dan mempunyai maksud jelas membangkitkan kemarahan, kebencian dan konflik di negara ini adalah individu yang menggunakan akaun Facebook atas nama Ayahnda Raja Provokasi. Beberapa pendedahan sebelum ini, masih gagal menjentik tindakan daripada SKMM. Tiada sebarang ulasan daripada SKMM walaupun hasutan yang dilakukan oleh individu terbabit sebenarnya jauh lebih merbahaya berbanding maklumat palsu Manek Urai yang disebarkan

Satu-satunya yang diketahui laporan polis dibuat adalah membabitkan niat jahat yang dibuat ke atas Ketua Polis Negara. Selain daripada itu, tidak ada.


Ketika rakyat Malaysia sedang menumpukan perhatian kepada musibah banjir yang sedang melanda di beberapa buah negeri, individu berkenaan sekali lagi berusaha membangkitkan kebencian antara penganut Islam dan Kristian. Individu ini berniat untuk menimbulkan kekacauan serta peperangan saudara di Malaysia, manakala kegagalan pihak berkuasa untuk mengesan dan menangkapnya, telah digunakan untuk menambahkan lagi bahang hasutan yang telah dimulakannya.

Monday, December 29, 2014

TUNTUT PULAU PINANG 'DIMERDEKAKAN', ZAIRIL SEPATUTNYA DIKENAKAN TINDAKAN KERAS DI BAWAH UNDANG-UNDANG!!!


Walaupun yang dinyatakan dan dicadangkan adalah PULAU PINANG DIBERIKAN TARAF AUTONOMI, hakikatnya ramai yang dapat melihat apa sebenarnya yang diinginkan menerusi kenyataan Zairil Khir Johari. Kenyataan yang sangat bahaya itu, sebenarnya merupakan satu lagi usaha terdesak DAP untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina kepada parti tersebut ekoran kejatuhan mendadak sokongan masyarakat yang menjadi tonggak kekuatan DAP.

Pembohongan dan pemerdayaan selain ketidakupayaan Lim Guan Eng dan DAP mengotakan janji setelah dua penggal diberikan kepada DAP untuk memerintah dan mentadbir Pulau Pinang lebih baik berbanding pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini, telah memualkan ramai penyokong DAP dan Lim Guan Eng sendiri. Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng untuk digantikan dengan seorang pemimpin DAP yang mempunyai sokongan akar umbi di Pulau Pinang yang kuat.

Gerakan penggulingan Lim Guan Eng telah dibuat semasa kempen CEC membabitkan Karpal Singh sekali. Kematian Karpal Singh bagaimanapun, menutup cerita dan rancangan penggulingan tersebut.

Namun yang paling berkesan adalah Guan Eng dan DAP dipersoalkan tentang FDI ke Pulau Pinang yang merosot sangat teruk selain defisit belanjawan yang sangat besar, menyebabkan sesuatu perlu dilakukan untuk mengalihkan perhatian.

Bermula dengan isu kalimah ALLAH, kini DAP memulakan satu lagi cubaan menerusi STATUS AUTONOMI (RUJUK DI SINI dan DI SINI) untuk Pulau Pinang ketika negara sedang bergelut dengan musibah banjir yang sedang melanda Pantai Timur, kini menjalar ke beberapa buah negeri di Pantai Barat dan beberapa kawasan rendah di Sabah.

Mungkin ramai yang melihat artikel tulisan Zairil Khir Johari sebagai 'TIDAK APA-APA' kerana ia sekadar satu persoalan dan hujah berkaitan siyasah. Namun jauh di dalam maksud sebenar, artikel dan saranan Zairil Khir Johari itu sebenarnya mengandungi hasutan agar wujud gerakan mengeluarkan negeri-negeri dari Persekutuan Malaysia dan setiap negeri bergerak sendiri, diuruskan sendiri dan penghapusan kuasa pusat yang menurutnya, 'SUDAH BERLEBIHAN'.

Ini gerakan yang sebenarnya amat merbahaya. Apatah lagi dengan status negeri Pulau Pinang sendiri yang sebenarnya 'NEGERI DI DALAM NEGERI' dengan nilai pajakan kepada Kedah yang perlu dibayar oleh negeri tersebut setiap tahun, tidak mengikut nilai semasa hanya kerana SEMANGAT PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Status Pulau Pinang sangat bergantung kepada tuntutan Negeri Kedah. Kalau Kedah menuntut Pulau Pinang untuk dijadikan salah satu daripada daerahnya, Kerajaan Persekutuan tidak dapat berbuat apa-apa. Bahkan Lim Guan Eng dan DAP besar kemungkinan akan kehilangan segala status mereka, termasuklah status sebagai sebuah parti politik.

Ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah digunakan sepenuhnya oleh DAP menerusi suara Zairil Khir Johari untuk memulakan provokasi dan polemik yang bakal mencetuskan krisis yang jauh lebih besar berbanding banjir. 'KENYATAAN BAIK' yang dikeluarkan di dalam organisasi media rasmi DAP, tidak dapat menyembunyikan niat sebenar DAP yang mahu mengulangi 'kejayaan' Lee Kuan Yew merampas sebuah negeri Melayu untuk dijadikan negeri bermajoriti Cina dengan Melayu adalah warganegara kelas ketiga yang dikenakan pelbagai kuota.

Negeri Kedah perlu bertindak dengan menuntut peningkatan pembayaran pajakan bersesuaian dengan tahun baru dan tidak lagi bersandarkan kepada nilai pada tahun 1800. Kalau tidak, Pulau Pinang perlu sama seperti Dinding dan Pangkor yang dikembalikan kepada Perak dengan menghapuskan statusnya sebagai sebuah negeri.

Hasutan-hasutan subversif seperti yang dilakukan oleh Zairil Khir Johari perlu dihentikan segera.

Mana MENTERI DALAM NEGERI?


Monday, December 15, 2014

STESEN RADIO BUSINESS FM (BFM) 89.9 AMBIL KESEMPATAN SUBURKAN HASUTAN DAN BENCI MELAYU-ISLAM SERTA 'SEMUA SALAH UMNO'!!!


E-mel: 

Salam admin,

Saya nak minta admin monitor channel bfm, 89.9. Channel ni sgt racist, against agama islam and pro pembangkang. Semua review pasal current news kat surat khabar akan end up dgn salah government dan salah agama islam dan salah org melayu.

Nama DJ yg racist ni ialah "sharaad kutin". Since pendengar majoriti orang cina & india. Dia ambil kesempatan utk tiup api perkauman. Dia bawak kebanyakkan perbincangan ke arah perkauman.

Minta admin pantau dan share isu2 perkauman dalam channel ni kepada rakyat. Saya dengar tiap2 hari dan dia orang clearly bawak pendengar dan org yg telefon channel bfm bercakap melampaui batasan agama dan kaum. Dia org2 terang2an provoke isu "daging korban" dan "hak orang melayu". Recently dia orang buat isu penarik balik passport alvin dan ali adalah "too much" dan kerajaan x spatutnya berbuat demikian. Semua caller adalah org cina dan india - dan mereka bersetuju yg government terlalu tergopoh gapah dan kuat melatah.

Mungkin sebab medium bahasa adalah english, byk org terlepas pandang pasal channel ni. Tapi percaya lah, di kl, populasi rakyat kira2 7.3juta dan median umur yg tinggal di kl adalah pada umur 24-29 tahun.

Dalam lingkungan umur ini, majoriti eksekutif muda dan berpelajaran dengar channel radio bfm dan kami secara perlahan2 terpengaruh dgn ape yg kumpulan sharaad kutin cuba pengaruh kami. (Tidak kire isu perkauman, agama dan menjadi pembangkang)

Admin, ini adalah perang saraf dan channel bfm adalah the only medium yg takde blogger dan fb group pernah raised up pasal sensitivity agama dan perkauman.

Please monitor this channel. Most of young executive melayu fasih berbicara dlm bahasa inggeris. Jika tiada pemantauan pada channel ni, byk pemimpin muda akan pindah ke parti pembangkang

Saya concern sbb skrg ni pon saya dah 50-50 dgn perjuangan yang dibawa oleh kerajaan. saya nak admin tahu, saya adalah penyokong setia bumiputra dan bn.

Saya minta admin lebih prihatin. Dgn channel ini terutama pada:

1) channel bfm 89.9
2) sharaad kutin

Terima kasih
Fariz helmi
Thanks admin for the reply.


isu ni mmg Wajib diberikan perhatian.

ade beberapa slot yg mmg topic2 perbualan slalu racist dan bawa pendengar untuk cakap sehingga luar batasan agama dan perkauman.

antara isu yang saya ingat ialah isu:
1) daging korban
2) isu pakai tudung di sekolah. wajib atau tidak
3) isu agama
4) khalimah Allah
5) Isu hak orang melayu, masih relevant?
dan lain2

Admin boleh dengar sendiri especially bile dia orang komen isu politic and isu semasa.

yang saya ingat isu2 ni boleh dengar masa

1) weekdays, antara pukul 7 am after news smp pukul 8.am. BFM slalu nye ade buat review pasal headline surat khabar. masa ni admin boleh dengar macam mana sharaad kutin suka menyebelahi DAP and keep on cakap malaysian ni mentaliti kelas ke3 sebab tak nak terima pembaharuan. Kalau topic tu sipi2 ke arah keburukan datang dari BN & UMNO, semua salah kerajaan and kalau keburukan tu salah pembangkang, semua nye okay. tak patut dijadikan isu besar and whatsoever. Ini termasuk isu agama.

2) Segment Talkback - diadakan every day on weekdays, petang antara pukul 6 pm - 7.30 pm. . dalam segmen ni semua perempuan yg host mmg mmg confirm anti kerajaan, anti agama and anti melayu. tak silap i nama dj dia: "umapagan ampikaypagan, caroline oh, ezra and patrick teoh". dia orang la yang buat provocation tentang isu kalimah allah, isu agama, isu pakai tudung, daging korban and hak keistimewaan orang melayu.

saya mmg slalu terlupa nak save podcast dia orang tapi saya perasan ade skali isu pasal sisters of islam, podcast tu mmg melampaui isu agama islam dan clearly sesat. bile saya cari podcast tu dalam bfm punye record, podcast tu takde. so maybe mana2 isu yang sensitif dia orang tak save record tu dalam pod cast.

but since admin dah reply saya punye email. kalau saya dapat info saya akan kongsikan dengan admin.

minta admin suruh team admin monitor station ni so boleh bendung hal ni dari berleluasa.

saya tak suka dengar dj2 ni bawa isu
sensitive ni secara indirect dan bawa orang cina dan india bercakap melampaui batasan. saya harap admin faham. saya bukan nak terlalu beremosi tapi sbg bangsa melayu yang beragama islam, saya rasa mereka mmg melampau dan kebanyakkan golongan melayu profesional semua nye dengar BFM.

minta admin tolong pantau ya.

terima kasih,
Fariz Helmi

Monday, December 1, 2014

KALAU TAK BUAT SALAH, KENAPA TAKUT DENGAN AKTA HASUTAN?



Undang-undang telah wujud di muka bumi ini bermula dari kemelut perkahwinan anak-anak Nabi Adam a.s. Dan undang-undang berubah seiring dengan zaman. Walau bagaimanapun, matlamat undang-undang tetap sama iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman selain menjadi panduan kepada manusia yang hidup dalam sebuah jazirah atau negara ata negeri atau kawasan untuk mematuhi undang-undang mahu 'uruf supaya semua orang mempunyai hak untuk hidup dengan aman.

Bagaimanapun, sejarah dunia juga telah menunjukkan dan membuktikan bahawa golongan yang mempunyai niat jahat, cenderung untuk melakukan kerosakan dan menyemai bibit-bibit perpecahan serta permusuhan, amat anti dengan undang-undang yang akan mencegah mereka daripada melaksanakan misi serta niat mereka.

Begitulah yang berlaku apabila beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO yang sangat pro-Pakatan Rakyat begitu membenci Akta Hasutan yang akan ditambahbaik serta diperkuatkuasakan sebagaimana janji Menteri dan Perdana Menteri.

Wajah-wajah di atas adalah sebahagian daripada mereka yang cuba menjadikan Akta Hasutan sebagai modal bagi mereka untuk memanjangkan hayat politik masing-masing. Dengan mudah mereka menyatakan bahawa penguatkuasaan Akta Hasutan serta pembatalan penghapusan akta tersebut adalah bertujuan untuk memastikan Barisan Nasional terus memerintah.

Mengapa mereka memilih alasan berkenaan sedangkan bukan semua orang di Malaysia berminat dengan permainan politik sepanjang masa?

Mengapakah mereka cuba beretorik tentang undang-undang tersebut? Bukankah pada setiap masa mereka bermain politik dan sentiasa melihat apa-apa sahaja tindakan kerajaan dan pihak berkuasa sebagai menyekat kebebasan mereka? Bukankah juga merek akan pantas mengkritik malah menghasut rakyat untuk menentang sekiranya ia memberikan nilai tambah dan sokongan kepada mereka?

Akta Hasutan yang baru belum lagi dikuatkuasakan. Baru janji, baru nak dibentangkan di Parlimen, baru hendak mencari kelulusan, baru dirancang untuk ditambah sekurang-kurangnya dua perkara.

Mengapa para pemimpin Pakatan Rakyat sudah menggelabah? Bukankah selama ini mereka juara laporan polis? Bukankah selama ini juga mereka juara saman ratusan juta ringgit dan kebanyakan daripada saman tersebut mereka menang kerana pihak yang disaman, tidak bersedia untuk berhadapan dengan realiti yang disediakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat?

Atau mereka sebenarnya benci kerana sekurang-kurangnya dua perkara yang akan dimasukkan terutama sekali yang membabitkan agama Islam, Melayu dan agama lain selain pemisahan Sabah dan Sarawak yang menjadi agenda utama mereka, kini terhalang akibat Akta Hasutan?

Begitu juga dengan barisan peguam dari Majlis Peguam yang kelihatan gugup dan sedang mengatur gerak langkah menyusun gerakan politik sekaligus mengukuhkan pegangan dan penguasaan mereka ke atas politik negara, adakah mereka sedang melihat kerugian kerana Akta Hasutan bakal menyekat keuntungan besar mereka?

Friday, November 28, 2014

ADUHAI NURUL IZZAH... INGATKAN CERDIK, RUPA-RUPANYA TAK TAHU BEZA ANTARA KRITIK DENGAN HASUTAN!


Walau sebodoh mana sekalipun, selagi menjadi pemimpin Pkaatan Rakyat, selagi itulahakan disanjung dan dipercayai. Bukan itu sahaja, sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang pandai menyamar sebagai orang pandai pun, akan dibelasah dan diberikan pelbagai label.

Katanya anak sulung Anwar Ibrahim ini mengaji sampai dua tiga universiti. Katanya lagi, anak sulung Anwar Ibrahim bernama Nurul Izzah ini sangat hebat, cemerlang pelajarannya, cerdik mengalahkan bapanya dan sangat hebat otaknya.

Malangnya, Nurul Izzah tidak faham dan tidak dapat membezakan antara KRITIKAN dengan HASUTAN. Dia bantaiserupa untuk kedua-dua istilah tersebut.

Maka tidak hairanlah apabila dia tidak mengaku bersalah dan tidak melihat perbuatannya memecahkan rahsia pertahanan negara kepada media asing sebagai perbuatan salah kerana pada tanggapannya itu hanyalah kritikan, bukan hasutan.

Dan tidak hairanlah juga mengapa Nurul Izzah tidak melihat perbuatan bapanya yang menjaja-jaja pelbagai cerita yang direka-reka ke luar negara bagi mendapatkan sokongan terutama untuk kes liwatnya sebagai satu hasutan, sebaliknya melihat perbuatan bapanya sebagai satu kritikan kepada kepimpinan negara.

Dan tidak hairanlah juga mengapa Nurul Izzah menyertai Nga Kor Ming, Lim Guan Eng, Tony Pua, Tian Chua dan sebagainya yang tidak begitu faham Bahasa Kebangsaan, menentang Akta Hasutan kerana beranggapan Akta Hasutan akan mengekang mereka daripada mengkritik dan membuka kelemahan Kerajaan Barisan Nasional.

Patutlah juga dia mengambil masa sehingga selepas PRU-13 dan selepas dia menang Kerusi Parlimen Lembah Pantai untuk mengakui yang dia menfitnah Raja Nong Chik kerana dia sebenarnya tidak dapat membezakan maksud perkataan FITNAH dengan KRITIK.

Thursday, November 27, 2014

BAGUSLAH AKTA HASUTAN DIPERKUKUHKAN, TETAPI JANGAN LUPA UNTUK KUATKUASAKANNYA!!!

Perdana Menteri telah mengumumkan pendirian Kerajaan yang sudah tentu akan membuatkan para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat melolong sakan sambil mengungkit-ungkit janji pemansuhan akta tersebut. Mereka akan melabelkan Perdana Menteri sebagai seorang yang mungkir janji kerana gagal memansuhkan Akta Hasutan sepertimana yang mereka inginkan.

Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuhkan. Itu adalah ketetapan terkini dan mutakhir oleh Perdana Menteri Malaysia yang sudah tentu mewakili suara anggota kabinet dan juga Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri lagi, akta tersebut akan diperkukuhkan dan diperkuatkan lagi dengan sekurang-kurangnya memasukkan dua perkara iaitu:

(1) Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan menghalang agama lain daripada dihina bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan masyarakat majmuk negara ini.

(2) Memasukkan peruntukan yang membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang berusaha mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat dimansuhkan, keadaan di dalam negara menjadi tidak aman dengan semakin bertambahnya elemen-elemen anarki dan subversif. Fahaman Komunisme yang suatu ketika dahulu, cuba diselindungi dan bergerak di bawah tanah, sekarang ini telah disambut secara terang-terangan, malahan diraikan atas alasan kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun.

Para penyokong anarki dan subversif menerima sokongan daripada barisan peguam yang juga merupakan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Ditambah pula dengan beberapa keputusan ganjil melibatkan beberapa orang hakim mahkamah dan kelemahan dari Pejabat Peguam Negara sendiri, Akta Hasutan bukannya sesuatu yang mudah untuk dikuatkuasakan.

Penghapusan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kurang berkesannya SOSMA, menyaksikan Akta Hasutan 1948 turut ditekan agar dimansuhkan hanya dengan alasan undang-undang berkenaan sudah lapuk. Padahal dengan masalah sosial yang semakin kompleks dan pelbagai elemen daripada hasutan boleh menyebabkan negara yang mempunyai perbilangan dalam kaum, budaya, agama, bahasa dan latar belakang berhadapan dengan huru-hara yang amat mudah dicetuskan, sepatutnya undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 disokong oleh penggubal undang-undang bagi memastikan negara ini menjadi sebuah 'rumah besar' yang selesa didiami dan menjadi tempat berhabitat.

Syukurlah, pengumumkan telah dibuat, Akta Hasutan akan dikekalkan dan ditambahbaikkan dari keadaannya sekarang. Bagaimanapun, penambahbaikan sahaja tidak wajar kerana SOSMA juga diikrarkan lebih baik dari I.S.A tetapi sehingga sekarang SOSMA tidak berfungsi. Sebaliknya Akta Hasutan perlu dikuatkuasakan dan sebarang cubaan untuk menghapuskan Akta Hasutan atau memperlekehkan Akta Hasutan terutama menerusi keputusan-keputusan mahkamah yang 'ganjil', perlu dikenakan tindakan yang jauh lebih tegas.
 
Blogger Templates