Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hudud kelantan. Show all posts
Showing posts with label hudud kelantan. Show all posts

Thursday, April 9, 2015

KETUA HAKIM NEGARA BAGI PENEGASAN, LAYAK ATAU TIDAK LAYAK KELANTAN LAKSANAKAN HUDUD BERGANTUNG KEPADA AHLI PARLIMEN, BUKANNYA MAHKAMAH PERSEKUTUAN!!!



Mahkamah Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan ahli parlimen untuk memutuskan sama ada Kelantan layak ataupun tidak untuk melaksanakan undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Persekutuan tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan perkara berkenaan, namun akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada pihaknya dengan sebaik mungkin jika ia diluluskan.

"Kita ini mahkamah, orang buat undang-undang kita laksanakan. Kalau (undang-undang itu) ikut Perlembagaan, sesuai dengan Perlembagaan, kita akan ikut. Kita mahkamah. Yang lain tu polisi. Keputusan akan dibuat oleh badan perundangan.

"Badan perundangan, eksekutif, badan kehakiman kita asingkan betul-betul," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran Sistem e-Kehakiman di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Azman Abdullah.

Arifin berkata, tiada pertindihan undang-undang akan berlaku melibatkan kuasa Mahkamah Syariah yang tertakluk kepada negeri dengan Mahkamah Persekutuan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong jika undang-undang berkenaan dilaksanakan.

"Katalah hudud tu tak dipanggil hudud, pergi ke Parlimen (Dewan Rakyat dan diluluskan) jadi undang-undang. Tak ada label hudud pun dia boleh jadi undang- undang (juga). Macam (kes) dadah, apa undang-undang dia? Apa premis dia? tak ada.

"Yang jadi isu sebab dipanggil hudud sahaja. Kalau nak kira, kalau nak buat (undang-undang berkaitan hudud tapi) tak ada (perkataan) hudud pun tak apa,"
katanya.

Pada 18 Mac lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang mengemukakan notis kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud.

Rang undang-undang itu adalah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac.

Sunday, March 22, 2015

PKR TERLUPA, DALAM KAJANG MOVE, MEREKA PAKSA PAS UNTUK SOKONG TAPI BERLAGAK SOMBONG DALAM HUDUD KELANTAN!!!



PKR telah mengumumkan pendirian mereka berhubung hudud di Kelantan. Menurut Wan Azizah, PKR tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud sekiranya dibawa ke Parlimen. 

Wan Azizah berkata lagi, PAS telah membuat keputusan secara unilateral (sebelah pihak) tanpa mendapat keizinan dan pengesahan daripada PKR dan DAP, malah menurut Wan Azizah lagi, keputusan PAS itu adalah bersalahan dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Rang Undang-undang persendirian itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan memberi kesan kepada pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 iaitu berkaitan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah ialah, sekiranya rang undang-undang persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan, PKR tidak akan menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummat dan Maqasid Syariah.

Kenyataan media Wan Azizah itu ditandatangani oleh semua pemimpin PKR iaitu Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya Azmin Ali; Naib preside Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menariknya, selepas mengumumkan pendirian, PKR cuba menghalakan 'tanggungjawab' mereka kepada Barisan Nasional dengan alasan, rang undang-undang tersebut memerlkan kelulusan Kerajaan sebelum boleh dibahaskan.

PKR mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat tetapi hanya 28 ahli Parlimen sahaja yang boleh mengundi memandangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara. Seorang lagi adalah ahli Parlimen Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini merupakan wakil rakyat PKR. DAP dan PAS masing-masing mempunyai 37 dan 21 kerusi di Parlimen. Manakala Barisan Nasional pula mempunyai 133 kerusi Parlimen. 

Menariknya, dalam LANGKAH KAJANG yang terkangkang sehingga mencetuskan PRK DUN Kajang yang kemudiannya dimenangi oleh Wan Azizah, PAS dipaksa untu menyokong dan diberi kata dua oleh PKR untuk menyokong langkah sumbang itu. 

LANGKAH KAJANG dicipta untuk membolehkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dalam usaha untuk memastikan wujud tekanan agar dia tidak dipenjarakan. Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Rayuan beberapa hari sebelum PRK DUN Kajang, menyebabkan LANGKAH KAJANG bertukar menjadi langkah menghalau Khalid Ibrahim dan menabalkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. 


Wujud masalah apabila Khalid Ibrahim enggan melepaskan jawatan sehingga dia dipecat dari PKR dan sekali lagi PKR memaksa PAS menyokong Wan Azizah yang menyaksikan pula kewujudan PASMA, golongan dalam PAS yang cukup kuat menyokong Anwar Ibrahim.

PAS selepas itu berpecah belah sehingga wujud gerakan menggulingkan Abdul Hadi Awang dan menaikkan Ahmad Awang dan Mat Sabu yang mewakili PASMA. 

Berdasarkan matematik, terdapat beberapa orang Ahli Parlimen Melayu-Islam dalam Barisan Nasional yang berfikiran liberal seperti Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang dijangka tidak akan menyokong pembentangan tersebut. 

Sekiranya semua ini dijumlahkan (7 orang PASMA + 2 Ahli Parlimen Melayu DAP + 15 Ahli Parlimen Melayu PKR + 1 atau lebih Ahli Parlimen UMNO), jumlah mereka adalah 25 orang atau lebih. 

Daripada jumlah asal 136 orang Ahli Parlimen Islam, seandainya 25 orang ini atau lebih dijangka tidak akan mengundi untuk hudud, maka jumlah yang tinggal hanyalah sekitar 111 orang. 

Jumlah 111 orang Ahli Parlimen ini tidak cukup untuk meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. 

Jumlah 111 orang Ahli Parlimen itu akan menjadi lebih kecil jikalau terdapat mana-mana Ahli Parlimen PAS turut sama menyokong PASMA dan tidak mengundi hudud kerana takutkan DAP dan sayangkan Pakatan Rakyat. Setakat ini, daripada 21 orang Ahli Parlimen PAS, 7 daripada mereka telah disahkan PASMA.

 

Monday, December 22, 2014

KELANTAN YANG NAK LAKSANA HUDUD, YANG SELANGOR PI MENYIBUK BUAT PENDIRIAN, APA HAL?


Satu pertemuan dan perbincangan akan diadakan di Selangor untuk menyatakan pendirian berhubung keputusan Kerajaan Negeri Kelantan mahu melaksanakan hukuman hudud di negeri itu.

Pada konvensyen nasional DAP minggu lalu, DAP yang menganggap mereka adalah PEMERINTAH PAKATAN RAKYAT telah meluluskan 32 Resolusi membantah perlaksanaan hudud di Kelantan.

Menariknya, para penyokong PKR dan DAP segera menarik UMNO untuk dijadikan kambing hitam. Kata mereka, DAP menolak hudud adalah jelas kerana mereka adalah KAFIR sedangkan UMNO pula menolak hudud walaupun beragama Islam adalah sesuatu yang amat memalukan.

Lebih menarik lagi ialah apabila DAP menerusi budak perempuan Melayu dan sepatutnya beragama Islam mencabar pemimpin PAS untuk berdebat dalam hal hudud kerana DAP berpendapat hudud akan menjejaskan perpaduan dan kekacauan dalam masyarakat. Manakala sokongan padu yang diberikan oleh UMNO Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk perlaksanaan hudud, langsung tidak diambil kira, bahkan langsung tidak disebut.

Ada perkara yang paling bodoh disebut oleh para peminat Pakatan Rakyat. Mereka menyalahkan Kerajaan Malaysia kerana tidak melaksanakan hukuman hudud tanpa mereka sedar, Malaysia mempunyai sistem perundangan yang meletakkan hal-ehwal agama di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Manakala undang-undang yang melibatkan Parlimen pula, memerlukan majoriti dua pertiga kelulusan.

Masalahnya, hudud hendak dilaksanakan di Kelantan, mengapa pula perbincangan Pakatan Rakyat untuk menolaknya berlaku di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor? Apa masalah Selangor perlu mencampuri hal-ehwal Kelantan sedangkan Selangor sendiri adalah negeri yang mempunyai majoriti Pakatan Rakyat?

Apakah selepas pendirian dibuat oleh Pakatan Rakyat di rumah Menteri Besar Selangor, maka Selangor yang dikuasai oleh PKR, PAS dan DAP dengan menggunakan kuasa majoriti dua pertiga mereka akan menggubal undang-undang mencegah perlaksanaan hukuman hudud atau apa-apa yang berkaitan dengan enakmen yang memberikan kelebihan kepada Islam sebagai agama rasmi?

Yang PAS buat, semuanya nak dicampuri oleh PKR dan DAP, sedangkan apa-apa sahaja cemuhan, kejian, tohmahan yang dibuat ke atas PAS, tidak pula Pakatan Rakyat bersidang dengan PAS sebagai ketuanya seperti dalam kes ini di mana DAP mengetuai Pakatan Rakyat?

Wednesday, December 17, 2014

LIM KIT SIANG: DAH TUA-TUA PUN BODOH! PATUTLAH DIA JADI BAPA LIM GUAN ENG!!!

PAS Kelantan sudah hampir hendak membentangkan undang-undang syariah (hudud) dalam sidang khas DUN Kelantan pada 29 Disember nanti. UMNO pula telah menyatakan memberi sokongan kepada usaha PAS itu. PAS dari tahun 1990 telah menjadikan hudud sebagai isu utama mereka dan ia telah dipolitikkan semenjak itu.

DAP benar-benar tidak senang hati. Bukan kerana hudud sangat memandangkan PAS Kelantan dari awal lagi telah menyatakan bahawa undang-undang tersebut hanya melibatkan orang Islam, manakala orang bukan Islam hanya tertakluk di bawah undang-undang sekular. Sekalipun undang-undang hudud jikalau dikuatkuasakan perlu melibatkan golongan bukan Islam, tetapi memandangkan persediaan belum mencukupi, maka golongan bukan Islam akan dikecualikan.

Penentangan DAP kepada hudud adalah kerana DAP mahu kekal menjadi tuan kepada PAS. Seandainya PAS benar-benar mengotakan keinginan mereka itu, kehebatan DAP di mata para penyokong mereka akan terjejas. Kedegilan PAS untuk terus melaksanakan hukuman hudud, akan memberikan persepsi bahawa DAP hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai mengawal PAS sebagaimana yang seringkali digambarkan oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin DAP ketika berucap dalam Bahasa Cina kepada para penyokong parti chauvinist tersebut.

Maka sebab itulah, kita seringkali dapat melihat bagaimana Lim Guan Eng cuba membuktikan kepada para penyokong DAP bagaimana hebatnya ketuanan DAP ke atas PAS. DAP boleh berbuat apa-apa sahaja kepada pemimpin dan ahli-ahli PAS. Malah Lim Guan Eng dan DAP juga bebas mengutuk, mencerca dan memperkecil-kecilkan Hadi Awang mahupun anak Nik Aziz, Nik Abduh. Tetapi apabila PAS tidak peduli dengan desakan DAP, maka pelbagai ugutan dan caci nista dilontarkan oleh DAP kepada PAS.

PAS mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan dan memiliki 32 kerusi DUN daripada 45 kerusi DUN. Manakala UMNO-BN pula menguasai 12 kerusi DUN. Satu lagi kerusi dimiliki oleh PKR. Gabungan PAS-UMNO di Kelantan bukan sahaja 2/3 bahkan 9/10 yang menjadikan undang-undang hudud yang dibentangkan akan diluluskan dan digazetkan dengan mudah. Tentangan daripada PKR, tidak akan mendatangkan kesan kerana satu suara PKR di DUN Kelantan hanyalah umpama suara seekor cengkerik di reban ayam.

Barangkali kerana itulah, Lim Kit Siang cuba membuat tekanan kepada parti-parti komponen BN dengan mencabar mereka untuk keluar dari Barisan Nasional sekiranya UMNO bersetuju dengan PAS dalam hal hudud di Kelantan. Lim Kit Siang cuba menakut-nakutkan UMNO menerusi penentangan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terhadap UMNO.

Masalah si bebal tua itu ialah, undang-undang yang hendak dibentangkan oleh PAS di Kelantan adalah milik negeri Kelantan, bukannya Malaysia. Di Kelantan, Barisan Nasional hanya diwakili oleh UMNO dan bukannya parti-parti komponen yang lain. MCA dan GERAKAN sekalipun merungut serta menentang hudud, namun mereka juga sedar bahawa penentangan tersebut tidak mendatangkan sebarang makna kerana ianya berlaku di Kelantan, bukannya di peringkat Pusat. Di Kelantan, MCA dan GERAKAN tidak ada wakil.

Daripada si tua bebal itu menyibuk tentang undang-undang yang hendak dikuatkuasakan di Kelantan, mungkin lebih baik dia memberikan nasihat kepada anaknya yang jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, agar lebih berani mencadangkan di DUN Pulau Pinang untuk menggubal enakmen kesalahan jenayah syariah terutama membabitkan 40 kalimah termasuklah kalimah ALLAH yang cuba dipolitikkan oleh Lim Guan Eng sendiri.

Bukankah DAP merupakan kuasa utama yang gabungannya dengan PKR adalah 2/3 di DUN Pulau Pinang? Mengapa tidak digunakan kesempatan itu untuk menghapuskan Islam terus di Pulau Pinang? Mengapa perlu menunggu sehingga menguasai Putrajaya untuk melaksanakan impian DAP semenjak dari tahun 1965?

Tak berani ke?

Wednesday, October 22, 2014

WAJIB BAGI ORANG MELAYU-ISLAM MENYOKONG PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN!!!


AIDCNews – 22/10/14 – Kelantan memperuntukkan RM1 juta bagi memastikan kelancaran pelaksanaan hukum hudud di negeri itu pada tahun depan.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, menerusi laman Facebooknya berkata, undang-undang tersebut dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

"Peruntukan RM1 juta sebagaimana bajet lepas diteruskan untuk menjayakan pelaksanaan tersebut. Pelaksanaan Kanun jenayah Islam yang kita tumpukan ini adalah semata-mata kita inginkan keredhaan Allah di bumi Kelantan," katanya, lapor Mstar

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan PAS serius mahu melaksanakan hudud dengan dibuktikan melalui penganjuran seminar membentangkan kertas kerja Ahad ini, termasuk menjemput penceramah dari Brunei, di mana hudud berkuatkuasa secara berperingkat mulai April tahun ini.

Seminar itu akan berlangsung di Terengganu dan bakal dirasmikan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, sementara majlis penutup dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bertemakan "Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu", antara tajuk kertas kerja akan dibentangkan termasuk Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, Pelaksanaan Syariah di Negara Brunei Darussalam, Pelaksanaan Syariat di Aceh dan Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu.

Panel yang dijemput bagi mengupas isu itu terdiri daripada Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Brunei, Profesor Dr Abdul Muhaimin Noordin Ayus dan Dekan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Profesor Dr Alyasa Abu Bakar.

Selain mereka, dua lagi panel tokoh tempatan adalah Exco Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Fadzli Datuk Hasaan dan mantan Exco Kerajaan PAS Terengganu Datuk Wan Abdul Mutalib Embong.

Program tersebut dianjur bersama Dewan Ulama PAS Terengganu dan pertubuhan bukan kerajaan Islam.

"Langkah ini memperlihatkan kesungguhan parti Islam tersebut di mana sebelum ini mereka membawa usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan Mei lalu," lapor portal itu.
 
Blogger Templates