Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label muhyiddin. Show all posts
Showing posts with label muhyiddin. Show all posts

Monday, January 6, 2020

1BESTARINET, CONTOH TERBAIK MAHATHIR SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA DEMI KRONINYA!!!



Salah satu punca yang dikatakan mengapa Maszlee Malik dipecat adalah kerana 1BestariNet yang dimiliki oleh YTL. Isu 1BestariNet milik YTL ini bukan baru-baru ini sahaja diperkatakan, malahan seawal 2015 lagi, 1BestariNet telah dipertikaikan kerana banyak sebab dan isu. Cuma agak menarik kerana kalau diperhatikan, DAP LANGSUNG TIDAK SENTUH TENTANG 1BESTARINET dan pemiliknya, tidak sebagaimana Tony Pua dan Lim Guan Eng bersungguh-sungguh dalam isu 1MDB.

15 Mac 2019, hasil dapatan PAC membolehkan beberapa portal termasuklah Sabahkini2 mendedahkan tentang keuntungan besar yang diperolehi oleh 1BestariNet sebanyak 21,350% daripada bayaran bil Internet 30Mbps sebanyak RM19,000 setiap buah sekolah di seluruh negara, menyebabkan kerajaan kerugian besar selama 8 tahun berturut-turut.

Sabahkini2 mendedahkan:


Kerugian besar dalam perbelanjaan yang tidak berpatutan untuk projek substandard rakyat ini bukan hanya menyebabkan kesusahan di pihak kerajaan sejak 8 tahun yang lalu, tetapi juga secara tak langsungnya telah menghapuskan sama sekali industri-industri kecil dan sederhana tempatan dalam bidang pendidikan Malaysia, sekaligus melenyapkan ribuan peluang pekerjaan. Sehingga hari ini, YTL masih terus kekal memonopoli perbekalan rangkaian internet berkelajuan rendah (30Mbps) ini kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.


1Bestarinet berjaya melepasi tapisan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) pada Mac 2015 dan kekal menjadi pembekal rangkaian internet dengan harga yang terlalu tinggi kepada Kementerian Pelajaran, walaupun perkhidmatan perisian e-Pembelajaran tersebut sudah agak ketinggalan zaman.

Baru-baru ini, seorang kakitangan Kementerian telah tampil untuk mendedahkan skandal 1Bestarinet yang mengakibatkan suatu implikasi kewangan yang buruk dan berterusan untuk sekian lama.


Sejak dilantik 2011 siapa boleh menghentikan YTL untuk fasa yang seterusnya? menamatkan mereka bermakna kerajaan perlu membayar pampasan besar. Maka sambung dan terus sambung sejajar dengan perjanjian untuk projek 15 tahun.

Pelaksanaan fasa 1 yang teruk sebenarnya sudah boleh ditamatkan. Bagaimanapun kerana YTL mempunyai 'kabel' yang besar KPM tidak dapat menyingkirkan mereka malah memberi lagi sambungan projek ke fasa seterusnya. Fasa seterusnya YTL lebih bijak dengan memastikan tiada perlanggaran kontrak dalam 1Bestarinet.

Walau bagaimanapun, sekiranya analisis ke atas kos dilakukan dengan betul, hakikatnya benar-benar mengejutkan! Harga yang dikenakan adalah terlalu tinggi serta tidak sepadan dengan perkhidmatan yang diberi. Ia semakin menjadi jelas selepas inventori produk akhir diaudit.


Adalah sangat tidak logik jika difikirkan bagaimana persetujuan boleh dicapai dengan harga yang setinggi itu.

Menurut sumber itu lagi, fasa kedua kontrak itu yang meliputi tempoh antara Jun 2016 hingga Jun 2019, bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan Internet untuk pengguna akhir pada kadar caj sebanyak RM130 sebulan bagi setiap Mbps kepada makmal komputer di sekolah-sekolah. Ini bermakna bahawa pada 6Mbps, setiap sekolah akan dicaj RM782 sebulan, untuk 10Mbps pula setiap sekolah dikenakan caj RM1,304 dan untuk 15Mbps sebanyak RM1,955.


Penetapan harga yang terlalu tinggi ini membolehkan YTL mengaut keuntungan mudah sebanyak RM300 juta setahun, hanya dengan membekalkan perkhidmatan talian internet pada tahap sekadarnya kepada makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh negara.

Tidak cukup dengan harga terlalu tinggi (berbanding kadar caj khidmat jalur lebar biasa), sekolah-sekolah terbabit juga dibekalkan dengan khidmat jalur lebar 30Mbps melalui rangkaian khusus, dengan alasan untuk mengekalkan talian agar sentiasa bersambung, pada kadar caj yang amat mahal iaitu RM19,000 sebulan, semata-mata untuk makmal komputer sekolah sahaja.

Perkhidmatan ini sebenarnya boleh diperoleh dengan kos yang jauh lebih rendah iaitu kira-kira RM89 sebulan daripada pembekal yang biasa, YTL jelasnya telah berjaya meyakinkan kementerian untuk menerima model talian khusus dengan syarat tahap perkhidmatan mestilah sentiasa pada kadar 99%, seperti yang biasa ditawarkan oleh syarikat-syarikat pembekal mega yang lain, untuk kegunaan di makmal komputer sekolah yang tidak pun beroperasi 24 jam.

YTL menjana pulangan 21,350% lebih banyak daripada apa yang sepatutnya diperoleh oleh pemain-pemain industri itu bagi jumlah penggunaan yang sama, dan ini sahaja pun sudah membolehkannya mengutip lebihan caj sehingga RM100 juta.

Kontrak fasa ke-2 yang berjumlah lebih daripada RM1.5 bilion untuk tempoh 3 tahun, sentiasa menjadi rahsia yang tersimpan rapi antara YTL dengan Kementerian, dengan bantuan klausa dalam kontrak yang menyatakan bahawa pendedahan tentangnya akan memberi kesan terhadap rahsia negara. Dengan taktik sebegini, tidak hairanlah kontrak yang meragukan ini sentiasa tersimpan kemas daripada pengetahuan umum sejak sekian lama. Menteri Pendidikan Dr Mazlee sudah tentu tidak akan berani mendedahkannya kerana kes YTL bermula di zaman Tan Sri Muhyiddin lagi. Mereka menggelar projek ini projek 'Anak menantu'.

Walaupun sentiasa dikritik kerana perkhidmatan yang kurang memuaskan dari segi sambungannya, YTL sentiasa mempertahankan 1Bestarinet dengan mengatakan bahawa platform e-Pembelajaran yang disediakan oleh syarikat itu adalah berfaedah kepada guru dan pelajar, dan sekiranya ia dibatalkan, maka seluruh sistem pendidikan akan runtuh bersama.

Untuk platform e-Pembelajaran yang dinamakan Frog Virtual Learning (VLE) ini, Kementerian membayar RM1,668 sebulan untuk setiap sekolah dan institut perguruan, yang berjumlah 10,556 buah semuanya. Daripada jumlah itu, lebih kurang 2,000 buah sekolah adalah sekolah terpencil yang memerlukan satu lagi program tambahan yang dipanggil Frog Aparatus, melibatkan tambahan kos sebanyak RM450 sebulan hanya disebabkan terpaksa menggunakan sistem VSat dan bukannya 'wireless tower' seperti yang lain.


Komponen Frog VLE ini sahaja, sudah menyebabkan kerajaan untuk membelanjakan lebih daripada RM650 juta, semata-mata ke atas sesuatu yang jarang sekali digunakan oleh pelajar dan tidak pun diketahui oleh kebanyakan ibu bapa.

Apabila audit dijalankan, terdapat banyak penemuan menakjubkan mengenainya. Di sinilah terbongkarnya angka-angka yang mengejutkan.

Selepas 8 tahun beroperasi, projek Frog VLE yang merupakan portal web dalam talian sepenuh masa yang membekalkan pelajar dengan 828 buku PDF, yang mana 576 daripadanya adalah koleksi percuma buku teks daripada Kementerian Pelajaran dan Projek Awam Percuma Gutenberg. Selebihnya adalah tawaran semasa yang ada di pasaran di mana pelajar perlu pula membayar caj tambahan untuk mendapatkan buku dalam talian.

Ianya bertambah menarik, lebih-lebih lagi apabila Frog VLE secara berterusan mendakwa bahawa mereka memberikan khidmat pendidikan bertaraf dunia berdasarkan pada jumlah video pendidikan yang disediakan. Benar, memang terdapat 6,785 video yang disediakan, namun semuanya adalah daripada koleksi yang memang percuma termasuklah daripada EduNation and Khan Academy.

Hakikat yang sememangnya tidak boleh diterima adalah bahawasanya video-video ini disediakan sebagai halaman khusus dengan pautan dari Google Youtube. Dengan kata lain, bahawa perkhidmatan ini sememangnya boleh didapati dengan percuma oleh sesiapa pun, namun YTL telah berjaya mengenakan caj langganan yang keterlaluan terhadap Kementerian Pendidikan menerusi pakej bermuslihat yang dipanggil Frog VLE.

Frog VLE juga menyediakan alat penulisan yang membolehkan guru untuk memberi galakan kepada pelajar untuk menulis dalam bentuk blog, sebagai memenuhi indeks prestasi utama. Selama 8 tahun berjalan, program ini telah merekodkan lebih daripada 45 ribu buah blog baru yang dicipta. Walau bagaimanapun, apabila dilihat secara terperinci, hanya 1,200 daripadanya yang lengkap, iaitu 2.6% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya yang lain hanyalah halaman-halaman percubaan yang dibuat oleh pelajar sepanjang waktu latihan.


Adakah 1Bestarinet akan menjejaskan sistem pendidikan jika ianya dimansuhkan? Sudah pastinya, tidak. Jumlah caj berlebihan yang dikenakan ke atas program ini adalah terlalu besar dan sepatutnya boleh disalurkan untuk kegunaan yang lebih baik dalam bahagian dan aspek-aspek lain di sekolah yang sebenarnya lebih memerlukan. Ini termasuk sekolah daif di Sabah dan Sarawak yang menelan RM1bilion untuk menyelesaikannya.

Beranikah kerajaan menamatkan kontrak YTL dan 1Bestarinet yang sudah pasti menguntungkan kroni tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat susah di luar bandar? Keuntungan YTL dengan pulangan 21,350% baik untuk rakyat ke?


Rakyat benar-benar berharap bahawa Malaysia Baharu akan bertindak lebih adil dan bahawasanya MyCC, SPRM serta pihak-pihak berwajib yang lain akan meneliti perkara ini secara lebih serius. Ini semua boleh dimulakan dengan meminta salinan kontrak 1Bestarinet daripada pihak Kementerian. Semoga keadilan tertegak untuk Malaysia.

Kegagalan projek pertama terus memaksa YTL membolot untuk fasa seterusnya. Memandangkan YTL telah keluarkan wang maka projek diteruskan. Difahamkan terdapat salinan lebih 230 muka surat perjanjian yang ditandatangani oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu Muhyiddin Yassin yang kini merupakan Menteri Dalam Negeri dan Presiden PPBM.

Blog Minda Rakyat pula mendedahkan:


Penipuan yang dimaksudkan ini adalah skandal terbesar yang melandai Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu projek 1Bestarinet. 1Bestarinet bukan sahaja telah menyedut kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sepatutnya menjadi tunjang belakang generasi masa hadapan, malah ia juga telah membunuh semua pemain-pemain industri pendidikan tempatan, dalam sebuah skim yang telah menguntungkan pelbagai pihak, termasuk pegawai-pegawai dalam KPM sendiri.

Kontrak pembekalan 1Bestarinet telah pun menjadi kontroversi mulai 2015 apabila sekumpulan guru-guru mengatakan portal Frog Asia dan bekalan Internet disekolah disifatkan sebagai daif.


Ekoran ini, satu persidangan jawatan kuasa kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee) telah diadakan pada 13 Mac 2015, sempena persidangan ke-13 Parlimen, pada penggal ketiga, dan dipengerusikan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed. Malangnya prosiding yang berlangsung selama 2 jam ini tidak menyoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kos kepada KSU KPM ketika itu, iaitu Tan Sri Dr Madinah Mohamad, dan kesannya, kontrak 1Bestarinet dapat diteruskan lagi pada Jun 2016 untuk selama 3 tahun.

Namun baru-baru ini, kami menerima satu sumber berkaliber yang sanggup menampil kehadapan untuk menerangkan butiran kos dan kandungan kontrak Fasa ke-2 1Bestarinet yang bermula pada Jun 2016, secara lisan. Beliau menerangkan bahawa kontrak ini tidak melanggar sebarang perjanjian bekalan. Dalam erti kata lain, apa yang dijanjikan, telah disampaikan.





Walau bagaimanapun, apabila kos kontrak dipersoalkan, butir-butiran yang sangat mengejut dimaklumkan. Pada fasa 2 projek ini, sumber kami menerangkan bahawa kerajaan telah setuju dengan bekalan daripada YTL pada kadar RM130 sebulan untuk setiap sekolah, bagi setiap Megabit sesaat (Mbps) yang dibekalkan kepada pusat sumber, atau makmal komputer, atau bilik guru, atau ketiga-tiganya sekali. Ini bermakna, sekolah yang kecil akan terima bekalan 6Mbps pada kadar RM783, sekolah sederhana besar akan terima 10Mbps pada kadar RM1,304, dan sekolah besar akan terima 15Mbps pada kadar RM1,955.

Untuk khalayak ramai yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar dirumah dan pejabat, sudah pasti bahawa kadar yang dikemukan diatas ini adalah sangat keterlaluan. Tambah pula, jalur lebar yang kecil ini sudah semestinya tidak cukup untuk menampung 40 orang murid yang menggunakan secara serentak dalam makmal. Oleh itu, pihak kami terus melakukan penyelidikan dan penyiasatan pada tarif-tarif telco dan celco ketika itu. Jika di congak, pada tahun 2016, pakej TM Unifi untuk bisnes sekali pun adalah dalam sekitar RM4 sebulan untuk setiap Mbps yang dibekalkan. Oleh itu, harga yang dikenakan oleh YTL Communications kepada KPM adalah lebih daripada 30 kali ganda harga pasaran biasa. Bermakna, syarikat YTL telah memakan untung lebih daripada RM300juta atas angin untuk bekalan Internet yang daif untuk sekolah.

Sumber kami terus menjelaskan beberapa perkara dalam kontrak yang membimbangkan, iaitu sekolah yang mendapat jalur lebar berdedikasi sebanyak 30Mbps menggunakan sambungan fibre dan dijaminkan perkhidmatan lebih daripada 99% dikenakan kadar RM19,000 sebulan setiap sekolah.
Ini adalah lebih daripada 213 kali ganda daripada apa yang sepatutnya dibelanjakan oleh kerajaan. Jumlah ini sangat mengejutkan, dan tidak hairan lah apabila pihak YTL dan KPM mengatakan bahawa butiran kontrak ini boleh menjejaskan keselamatan Negara, kerana ianya penuh dengan tipu muslihat.

Dalam bekalan ini, YTL telah berjaya meraihkan atas angin lebih daripada RM100juta tambahan daripada tabung KPM.

Dalam kontrak ini, terdapat beberapa klausa untuk perkhidmatan yang diberi jaminan sambungan lebih daripada 99%. Biasanya, jaminan seperti ini adalah khusus untuk pusat data dan pelayan, ataupun untuk pelayan syarikat-syarikat yang pendapatan hakikinya bergantung kepada kesinambungan Internet.

Namun untuk sekolah, perkara ini tidak masuk akal, kerana Internet disekolah tidak diguna pakai pada waktu malam sebagai satu contoh, dan juga jika bekalan Internet terputus sekali pun, ianya tidak akan menjejaskan apa-apa kecuali kelas dalam makmal komputer ketika itu, memandangkan bilik darjah semuanya tidak dibekalkan dengan Internet pun.


Baiklah, jika kita berfikir bahawa YTL adalah bukan pemain telco dan oleh itu kadar harganya tidak berpatutan, akan tetapi mungkin mereka adalah pemain pendidikan digital yang hebat, oleh itu harga kontrak masih dapat diberi justifikasi.

Sumber kami terus menerangkan perincian kandungan 1Bestarinet yang dinamakan Frog VLE.
Mengikut sumber ini, kadar RM1,668 sebulan dikenakan kepada 10,556 sekolah dan institut perguruan, dan untuk sekolah di pendalaman, sebanyak tambahan RM450 dikenakan juga untuk menggunakan aparatus Frog.

Daripada kadar harga perisian Frog VLE untuk sekolah yang menjangkau kos melebihi RM650juta ini, terdapat 828 judul buku PDF dalam talian dimana 576 judul adalah buku teks percuma yang dibekalkan oleh KPM kepada YTL, dan selebihnya adalah judul berbayar yang dibekalkan oleh dua penerbit tempatan.

Lebih mengejutkan adalah sebanyak 6,785 buah video pendidikan yang disediakan daripada koleksi yang ditarik pautannya daripada Youtube.

“Disini, jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja tiada sebarang video baharu yang disediakan, malah hostingnya juga adalah melalui Youtube sahaja, yang sememangnya percuma”, jelas sumber kami.

Justeru, 1Bestarinet mengenakan bayaran langganan untuk Google Youtube yang kebiasaannya percuma.

Selain itu, Frog VLE memberi justifikasi bahawa ramai guru-guru dan murid-murid yang menggunakan platform ini untuk membangunkan bahan. Menurut sumber kami, terdapat lebih daripada 45ribu blog yang telah dibangunkan dalam Frog VLE oleh sekolah-sekolah Malaysia sepanjang 8 tahun beroperasi. Namun apabila diberikan perincian yang lebih mendalam, hanya 1,200 blog disifatkan sebagai lengkap, dan selebihnya adalah sekadar projek cubaan murid-murid ketika membuat latihan dalam makmal. Tegas sumber ini, hanya sebanyak 2.6% daripada 45ribu blog ini adalah hasil kerja yang lengkap setelah 8 tahun Frog VLE beroperasi.

Pada asasnya, Frog VLE dan bekalan Internet oleh YES, YTL Communications Sdn Bhd, telah mengenakan kadar kos perkhidmatan yang melampau, dan oleh itu, Kementerian Pendidikan, dan seterusnya, Kerajaan Malaysia, terpaksa membayar untuk satu perkhidmatan yang kos sebenarnya jauh lebih rendah. Untuk kontrak Fasa 2 ini, sejumlah lebih darioada RM1.5billion telah pun diikat janji. Jumlah ini bukan sekadar lebih baik diguna pakai untuk sektor pendidikan yang memerlukan, malah boleh mendapatkan kesan yang positif jika diagihkan dengan saksama untuk kegunaan sekolah dan murid-murid Malaysia.


DAN TIDAK HAIRANLAH APABILA MASZLEE DENGAN PANTAS DIUTUS SURAT OLEH MAHATHIR SUPAYA MELETAK JAWATAN APABILA KEPENTINGAN YTL DALAM 1BESTARINET DISENTUH!!!


Monday, December 2, 2019

KOMUNIS BERHIMPUN DI BANTING DAN KAJANG: MUHYIDDIN TAK PERLU BERLAKON TOLOL DAN SERBA TAK TAHU!!!



Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhyiddin Yassin menyatakan kebimbangan dan kerisauannya ekoran muncul dan tularnya isu berkenaan dengan komunis.

Menurut Muhyiddin, trend tersebut mampu mengancam keselamatan jikalau dibiarkan terus berlaku. Oleh kerana itu, PDRM diarahkan supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli-ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, semalam (RUJUK SINI).

Sedap cakap Muhyiddin Yassin. Dia cuba menunjukkan dan membuktikan yang dia adalah seorang yang bijak bermain persepsi dan memanipulasi berita sebenar.

Mana-mana orang yang terlibat dalam bidang kewartawanan mahupun penulis buku sejarah, pasti akan tahu tentang keberkesanan dan kehebatan PDRM terutama sekali Cawangan Khas atau Special Branch yang seringkali cuba dihitamkan imejnya oleh Pakatan Harapan sendiri.


Terlalu mustahil, Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri tidak diberikan maklumat awal oleh Cawangan Khas berhubung pertemuan anggota-anggota komunis tersebut. Malah perhimpunan anggota-anggota komunis tersebut, bukannya berlaku sekali, bahkan dua kali dan berturut-turut hari.

Sehari sebelum re-union di Kajang di New Era College, mereka telah pun berhimpun di Dewan Bola Keranjang Kuala Langat, Banting. Jumlah yang datang terutama dalam majlis makan malamnya adalah lebih 1300 orang.

Ia samalah seperti maklumat tentang abu bangkai Chin Peng yang diseludup masuk. Terlalu mustahil, pihak perisikan seperti Cawangan Khas langsung tidak tahu kerana selama ini pun, Cawangan Khas jugalah yang berjaya mematahkan lebih awal cubaan serangan dan keganasan kumpulan-kumpulan militan dan pengganas seperti DAESH yang jauh lebih agresif berbanding PKM yang kebanyakan ahlinya sudah tua, manakala pelapis baru pula terlalu penakut untuk memikul senjata, sebaliknya lebih seronok berada dalam industri politik tanahair.


Laporan media semalam menyatakan lebih kurang 300 orang telah menghadiri perjumpaan yang antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989, sekaligus membolehkan sebahagian besar pengganas komunis menjadi rakyat negara ini dan bebas memulakan serangan baru tanpa perlu mengangkat senjata api.

Berapa lama lagi Muhyiddin boleh terus berlakon sebagai orang yang serba tidak tahu seperti Mahathir dengan mengkambinghitamkan PDRM terutama sekali Cawangan Khas padahal sebenarnya yang tidak berani mengambil tindakan adalah dia sendiri?

PPBM bukanlah sebuah parti politik yang memerintah negara ini jikalau tidak kerana sokongan DAP. Muhyiddin Yassin tidak akan menjadi Menteri Dalam Negeri dan banyak kes-kes serta skandal-skandal kewangannya seperti NFC, Bestari.net dan sebagainya, akan terbarai sekiranya dia bukanlah Menteri Dalam Negeri yang mendengar kata tuan besarnya!


Monday, April 2, 2018

MUHYIDDIN LARI TINGGALKAN PAGOH UNTUK BERTANDING DI MUAR KERANA TIDAK BERMARUAH ATAU KERANA TAKUT DENGAN DAP?!!!



Muhyiddin Yassin pernah berkata, dia adalah totok UMNO  yang tidak akan berubah pendirian walau
apa pun yang berlaku kepada dirinya. Namun tidak lama selepas itu, dia terpengaruh dengan Dr. Mahathir untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang merupakan organisasi untuk Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia!

Muhyiddin Yassin adalah penyandang kerusi Parlimen Pagoh dari tahun 1978 sehingga 1986 sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Johor. Pada PRU 1986, Muhyiddin bertanding di DUN Bukit Serampang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan, sekaligus membuka laluan kepadanya untuk dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986 menggantikan Osman Saat.

Banyak isu yang berlaku di Johor, khususnya membabitkan tanah-tanah rezab Melayu serta kehilangan hak air kepada Singapura ketika Johor di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin kemudiannya dipindahkan ke Pusat pada tahun 1995 setelah berjaya memenangi semula kerusi Parlimen Pagoh dalam PRU 1995. Dan bermulalah skandal demi skandal kewangan di bawah Muhyiddin Yassin termasuklah Bestari.Net yang melibatkan anak lelakinya selain projek solar elektrik di sekolah-sekolah di Sabah ketika dia menjadi Menteri Pendidikan melibatkan Pakar Strategik PPBM, Rais Hussin.

Tidak banyak kejayaan yang membanggakan sepanjang Muhyiddin mengetuai Kementerian Belia dan Sukan, KPDNKK, Pertanian, MITI apatah sebagai Pelajaran. Golongan guru paling tertekan ketika Muhyiddin menjadi Menteri Pelajaran kerana pelbagai sistem yang menjurus kepada keuntungan syarikat kroni yang dipaksa ke atas guru-guru dan yang lebih menarik, sistem yang diperkenalkan pula, tidak menyenangkan, bahkan semakin menyusahkan dan membebankan tugas guru-guru seluruh Malaysia.

Walaupun Pakatan tidak begitu meletakkan harapan besar kepada Muhyiddin Yassin untuk mengepalai Pakatan Harapan Johor, sebaliknya tetap memberikan harapan kepada Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang yang khabarnya akan bertukar untuk bertanding di Ayer Hitam bagi memalukan Wee Ka Siong yang telah melondehkan Lim Guan Eng sebagai pembalasan dendam, Muhyiddin Yassin diharapkan dapat menambah kerusi PPBM dan Pakatan Harapan khususnya.

Muhyiddin dikatakan sudah pasti akan memenangi kerusi Parlimen Pagoh kerana dia sudah 8 penggal di situ. Sukar untuk mengeluarkan imej Muhyiddin Yassin dengan Pagoh. Bagaimanapun, PPBM khususnya melihat kerusi Parlimen Muar sebagai piala kemenangan serta bukti yang PPBM cukup kuat dan telah diterima, khususnya di Johor sendiri. Dalam bahasa yang lebih mudah, PPBM perlu tunduk kepada kehendak DAP yang mahu mengawal dan menguasai kerusi Muar, walaupun menerusi proksi seperti Muhyiddin.

Ini adalah kerana Muhyiddin adalah Presiden PPBM walaupun ramai yang melihat Muhyiddin hanyalah sebagai TUNGGUL yang tunduk kepada Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir serta perlu sentiasa akur dengan Lim Kit Siang bagi meneruskan hayat dan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun, Muar mempunyai sejarah politik yang tersendiri dan Muhyiddin sebenarnya terkeluar dari 'sistem politik Muar' yang unik dan tersendiri.

Pada peringkat awal, Syed Saddiq telah dijadikan calon PPBM untuk menawan Muar dari tangan BN yang disandang oleh Razali Ibrahim. Bagaimanapun Syed Saddiq kurang menyerlah dan acapkali melakukan banyak kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan yang sekaligus menyebabkan dia menjadi calon yang paling tidak berkebolehan untuk menang.

Justeru, DAP melihat Muhyiddin sebagai batu loncatan untuk menawan Muar. DAP tahu, Muhyiddin tidak boleh bertanding dengan logo partinya sendiri kerana parti itu sedang mengalami masalah dengan Pendaftar Pertubuhan. Muhyiddin besar kemungkinan akan bertanding dengan menggunakan logo PKR bagi mengelakkan kerugian lebih besar sekiranya bertanding di bawah logo DAP.

Namun bertanding di bawah logo PKR sekalipun, Muhyiddin sebenarnya tetap berada dalam genggaman dan kawalan DAP. Segala gerak-geri Muhyiddin malahan tutur kata dan kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Muhyiddin perlu mendapatkan keizinan daripada DAP terlebih dahulu.

Bayangkan Muhyiddin, seseorang yang pernah menjadi Menteri Besar Johor dan Timbalan Perdana Menteri, terpaksa mendapatkan keizinan daripada Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor yang sekarang ini hanyalah Ahli Parlimen Kluang dan tidak fasih berbahasa kebangsaan, bahkan buta kayu tentang budaya serta adat resam Bangsa Johor, semata-mata untuk bercakap.

Melainkan Muhyiddin kekal di kubu kuatnya, di Pagoh yang sudah pasti menjanjikan kemenangan kepadanya dan PPBM, perpindahan ke Muar, bolehlah diibaratkan sebagai mengetuk paku terakhir pada keranda politiknya. Kemenangannya di Parlimen Muar, kalau berlaku, bermakna kerjaya politik Muhyiddin sebagai ahli politik yang bermaruah dan ada harga diri, telah ditahlilkan dan dikafankan oleh DAP.

Umum mengetahui DAP sedang mengatur gerak kerja dan strategi untuk menawan Johor pada PRU-14 yang akan berlangsung dalam beberapa minggu sahaja lagi. Dengan nama-nama besar DAP seperti Gobind Singh Deo, Teo Nie Ching, Liew Chin Tong, Yeo Bee Yin dan sebagainya dihantar untuk bertanding dan menawan Johor, malahan sanggup kehilangan sokongan masyarakat India apabila menggugurkan penyandang kerusi DUN Paloh, Shanker a/l Rengganathan untuk digantikan dengan Sheikh Omar Ali yang dijangka akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor sekiranya DAP berjaya dalam perjuangan mereka menjajah Johor.

Adalah difahamkan, Muhyiddin sebenarnya keberatan dengan cadangan berpindah ke Parlimen Muar dan menyerahkan Parlimen Pagoh kepada isterinya, Puan Sri Noraini untuk bertanding. Liabiliti yang ditanggung oleh Muhyiddin Yassin akan menjadi satu pendedahan besar sekiranya dia berbuat begitu. Isterinya yang tidak berpengalaman dalam bidang politik, pastinya akan terdedah dengan banyak kisah-kisah gelap membabitkan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, orang-orang di sekeliling Muhyiddin yang telah mendapat DEDAK dan umpan sedap daripada DAP, terus memujuk Muhyiddin untuk bertanding di Muar dalam apa yang dipanggil serampang dua mata. Kononnya dengan 38% pengundi Cina dan 2% pengundi India, Muhyiddin akan menang mudah di Parlimen Muar.

Muhyiddin sedar, Pagoh adalah kubu kuatnya. Pagoh juga adalah maruahnya. Melarikan diri dari Muar dan bertanding di Muar, membawa maksud yang maruahnya selaku Ahli Parlimen Pagoh selama 8 penggal telah dikawal dan dijarah oleh DAP.

Persoalannya kini, Muhyiddin yang lebih dikenali sebagai TUNGGUL itu lebih mementingkan maruahnya atau dia terlalu takut dengan DAP sehingga perlu meninggalkan Pagoh dan bertanding di Muar?


Sunday, June 18, 2017

MENCARI MASALAH VERSI MUHYIDDIN YASSIN... SEKALI DIA BUKA MULUT PASAL DOJ DAN 1MDB, MENDERU-DERU SKANDALNYA SEMASA BERKUASA TERBONGKAR!!!



Bimbang dikenakan tindakan undang-undang kerana menfitnah Rosmah Mansor, Malaysiakini, portal berita yang dibiayai George Soros cepat-cepat menukar tajuk artikel yang melibatkan Muhyiddin Yassin

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini merupakan Presiden Parti Cap Bunga, Muhyiddin Yassin sedar, masanya dalam kerjaya politik semakin berakhir. Dengan penolakan partinya terhadap dirinya sendiri semakin memuncak, hubungan dengan Tun Dr. Mahathir yang semakin renggang dan sentiasa diketepikan oleh Mukhriz Mahathir, tanpa sebarang sentuhan mengkagumkan dan dikehendaki oleh DAP mahupun PKR, Muhyiddin Yassin perlu berpaut kepada sesuatu isu bagi memastikan namanya terus berada dalam arus politik perdana. 

Isu DOJ-1MDB kembali diperkatakan selepas setahun DOJ tidak membuat sebarang tindakan undang-undang susulan selepas diumumkan oleh bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch pada Julai tahun lepas. 

Kali ini, DOJ mengulangi dakwaan dengan kemasukan perkara-perkara baru tanpa berani menyebut nama Rosmah Mansor mahupun Najib Abdul Razak namun nama Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak disebut pula oleh para pemimpin pembangkang di Malaysia yang mahu menanam persepsi bahawa DOJ menfailkan saman jenayah terhadap Perdana Menteri Malaysia itu walaupun hakikatnya, yang dibuat oleh DOJ ialah permohonan terbaharu saman sivil yang tidak memerlukan juri sebaliknya hanya keputusan hakim. 

Muhyiddin pula melangkaui imaginasi itu dengan membayangkan saman sivil DOJ itu bersamaan dengan saman jenayah. Para penyokong Mahathir dan pembangkang juga enggan percaya bahawa saman sivil itu tidak bermakna apa-apa, bahkan tidak menjejaskan Najib dan Rosmah sama sekali kerana ia bukanlah membuktikan mana-mana pihak telah melakukan jenayah. 

Ia sebaliknya difailkan berdasarkan aduan awam dan seperti kenyataan DOJ sendiri, ia tidak membuktikan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat dalam aduan itu benar melainkan selepas mahkamah memutuskan ia adalah benar.

Yang pastinya, DOJ tidak mempunyai bukti prima facie tentang segala dakwaan. Kalau ada sudah tentu DOJ akan membuat pendakwaan langsung terhadap penjenayah yang terlibat dan merampas aset-aset tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram Amerika Syarikat dan undang-undang lain yang berkaitan. 

Seperkara lagi, saman sivil DOJ yang terbaharu ini langsung tidak membabitkan 1MDB, Najib mahupun Datin Seri Rosmah Mansor. 1MDB, Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor bukanlah tertuduh, malah bukan juga defendan. Defendan dalam saman sivil ini adalah Viceroy Hotel Group manakala pihak yang berkemungkinan terjejas dengan saman ini seperti yang tertulis dalam dokumen setebal 251 muka surat itu adalah Low Taek Szen (Jholow), JW Hospitality (VHG Intl) Ltd, FFP (Cayman) Ltd, Mubadala Development Compnay PJSC, Viceroy Hotel Group dan Jynwell Capital Ltd.

Tuduhan liar yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin, memalukan dirinya sendiri. Dia terlalu melulu sedangkan saman sivil ini baru sahaja di peringkat fail. Belum ada perbicaraan dan sudah tentu kalau ada perbicaraan, nama Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak tidak akan disentuh atau dilibatkan.

Sudah beberapa kali 1MDB menegaskan bahawa wang syarikat itu tidak dicuri, disonglap, diseludup mahupun disapu oleh sesiapa pun. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga telah mendapati tiada wang 1MDB yang dicuri kecuali sedikit masalah pengurusan. Persetujuan luar mahkamah timbang tara bersama-sama syarikat IPIC dari Abu Dhabi juga membuktikan bahawa wang 1MDB telah digunakan untuk urusan perniagaan. 

Muhyiddin ketika penghujung kerjayanya bersama-sama UMNO dan Kerajaan pernah berkata, dia tidak tahu apa-apa tentang 1MDB melainkan hanya merujuk kepada akhbar The Edge, yang pemiliknya telah dikaitkan dan didakwa oleh Xavier Justo sebagai peminda dokumen-dokumen yang dicuri dari PetroSaudi bagi tujuan untuk mengenakan 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, selepas dia dipecat dari UMNO, Muhyiddin tiba-tiba sahaja menjadi 'cerdik' walaupun dia sendiri gagal membuktikan sebarang salah laku dalam 1MDB, biarpun pada masa yang sama, mendapat bantuan dan sokongan penuh daripada Mahathir. 

1MDB telah melalui proses rasionalisasi yang baik dan berjaya melunaskan sebahagian besar hutang-hutangnya. Projek hartanah 1MDB seperti TRX berjalan dengan lancar dan baru-baru ini dilaporkan bank antarabangsa HSBC, bersetuju untuk melabur RM1 bilion di TRX. Projek Bandar Malaysia yang juga merupakan projek 1MDB telah meningkat nilai pasarannya dan terdapat minat pelaburan daripada syarikat-syarikat asing dan tempatan bernilai RM40 bilion di dalam projek berkenaan.



Daripada Muhyiddin sibuk untuk mengenakan Rosmah Mansor yang tidak ada kena-mengena dengannya, lebih baik Muhyiddin menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Mohamed Hafiz Azhar serta beberapa orang Exco Armada lain tentang skandalnya dengan Nika Ghee. Sudah setahun semenjak skandal tersebut mulai diketahui dan masuk mahkamah yang tidak dijawab oleh Muhyiddin melainkan mengatakan ianya hanyalah fitnah semata-mata, biarpun pada masa yang sama, Muhyiddin tidak berani menjawab tentang perbicaraan yang akhirnya Mahkamah Tinggi bersetuju membubarkan perkahwinan Nika Gee dengan pasangannya berdasarkan akuan bersumpah suami Nika Gee tentang hubungan terlarang Nika Gee dengan Muhyiddin.

Bahkan sudah ramai yang mendesak mahu tahu tentang kekayaan yang dimiliki oleh kaum keluarga Muhyiddin terutama sekali anak-anaknya sebelum Muhyiddin berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi.

Muhyiddin sebenarnya sudah lama kalah. Lebih baik Muhyiddin mencari jalan lain untuk mengembalikannya semula ke kancah politik berbanding menggunakan isu-isu yang akhirnya membunuh dirinya sendiri. 

Sekarang zaman orang buka mulut, Tan Sri. Sepatah kita bercakap hal orang, berpatah-patah orang lain membongkar rahsia yang kita cuba pendam!

Dan Tan Sri sebenarnya sudah jauh ketinggalan kerana terlalu sangat mengikut kata-kata Mahathir yang mempunyai agenda lain berbanding menaikkan Tan Sri ke tempat yang lebih tinggi.


Friday, June 9, 2017

JANGANKAN DAP DAN PKR, MUHYIDDIN YASSIN PUN MELUAT DENGAN KEINGINAN GILA DR. MAHATHIR NAK JADI PERDANA MENTERI KEMBALI!!!



Muhyiddin Yassin tidak dapat menyembunyikan rasa meluatnya kepada Dr. Mahathir yang masih lapar kuasa. Apatah lagi pada ketika dia dikesampingkan dan mula disingkirkan oleh Dr. Mahathir daripada hierarki Cap Bunga bagi memberi laluan kepada anaknya yang tidak berbakat, Mukhriz Mahathir.

Bekas Perdana Menteri itu tidak tersenarai langsung dalam hierarki kepimpinan Pakatan Harapan yang menyaksikan nama-nama seperti Mat Sabu dan Azmin berada dalam senarai sebagai Naib Presiden manakala Mukhriz pula adalah Timbalan. Jawatan Pengerusi pula menjadi rebutan antara Dr. Mahathir dan Wan Azizah yang disokong kuat oleh suaminya, Anwar Ibrahim. 

Mungkin disebabkan rasa meluatnya itulah, Muhyiddin berkata, perebutan jawatan Perdana Menteri seharusnya dibuat secara senyap-senyap dan tidak bising-bising menggunakan media. Bahkan Muhyiddin Yassin juga berkata, isu tentang siapa yang akan jadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang pada PRU akan datang, sepatutnya tidak timbul. 

Sementara itu, sudah dua kali Dr. Mahathir menyatakan hasratnya untuk kembali menjadi Perdana Menteri. Kali pertama pada 1 Jun 2017 ketika dalam satu temubual di Facebook. Kemudian sekali lagi dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review di Jepun pada 6 Jun 2017. 

Sekaligus menunjukkan keazaman dan iltizam sebenar Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri. 

Namun Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang menolak hasrat Dr. Mahathir itu. Pada 6 Jun 2017, dalam Malaysiakini, Guan Eng secara tegas menyatakan, Pakatan Harapan belum dan tidak pernah memutuskan siapa bakal calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang pada PRU-14 nanti. 

Dengan penguasaan kerusi yang lebih banyak, Lim Guan Eng memberi isyarat kepada Dr. Mahathir dan para pengikutnya, perlantikan atau pencalonan Perdana Menteri hanya boleh dibuat dengan persetujuan atau diluluskan oleh DAP.

Musuh lama Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim juga menolak hasrat Mahathir. 

"Ia bukan keputusan Mahathir. Ianya keputusan Pakatan Harapan. Seseorang itu tidak boleh menawarkan diri (menjadi Perdana Menteri) begitu sahaja sebaliknya perlu kesepakatan," kata Anwar di Kompleks Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 Jun 2017.

Kata-kata Anwar Ibrahim adalah undang-undang PKR. Begitu juga dengan Lim Guan Eng. Dalam bahasa yang lebih mudah, DAP dan PKR memang tidak mahu Dr. Mahathir. Sebaliknya Dr. Mahathir hanya digunakan untuk memancing undi terutama daripada kalangan pengundi-pengundi Melayu untuk PKR dan DAP pada PRU-14. 

Malam tadi, mesyuarat antara pemimpin Pakatan Harapan telah dilangsungkan. Butirannya tidak banyak tetapi sudah tentu isu membabitkan calon Perdana Menteri akan terus diperkatakan. Begitu juga dengan peranan serta fungsi Cap Bunga di dalam Pakatan Harapan sehingga membuatkan Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan yang membayangkan perasaan meluatnya kepada Dr. Mahathir. 

Sesuatu yang pasti ialah, Cap Bunga nampak semakin lemah. Ramai ahlinya bertindak keluar parti. Di Negeri Sembilan dan Perak, Cap Bunga seperti lumpuh. Pergaduhan dan perebutan kuasa dalam sudah tidak dapat disembunyikan lagi. 

Dr. Mahathir langsung tidak berusaha menangani krisis tersebut tetapi dia lebih gila untuk menjadi Perdana Menteri. Anaknya pula, langsung tidak boleh diharap!

Usia Cap Bunga, tak sampai pun 41 kali Jumaat. Sembang memang gah tetapi bernilaikah Cap Bunga di dalam Pakatan Harapan terutama apabila DAP dan PKR sudah tentu tidak akan bermurah hati bersedekahkan kerusi DUN atau Parlimen mereka untuk ditandingi oleh Cap Bunga. Dengan kegilaan dan keserakahan Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri dan memaksa kehendaknya ke atas para pemimpin Pakatan yang belum lama lagi menyatakan kebencian dan permusuhan mereka terhadapnya, sudah tentu akan memendekkan lagi usia Cap Bunga.

Ketika diwawancara di Jepun, Mahathir terlepas cakap, dia ingin menjadi Perdana Menteir 'walaupun hanya untuk sementara waktu.'

Justeru timbul persoalan, kenapa sementara waktu sahaja? Apakah bagi memudahkan dia meluluskan atau menyelesaikan hal-hal kroninya yang cukup besar dan telah disekat oleh Najib selama ini. Atau Mahathir akan meletak jawatan dan jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada Mukhriz?

Seperkara yang pasti ialah, parti-parti politik termasuklah Cap Bunga amat bergantung kepada funder. Apakah hasrat Mahatahir itu sebenarnya untuk meyakinkan funder bahawa Cap Bunga masih ada harapan jikalau dia menjadi Perdana Menteri? Atau sebenarnya Mahathir mahu meyakinkan funder agar tidak lari dan akhirnya menyusahkan partinya?

Semenjak Julai 2015, pelbagai cara telah dilakukan oleh Mahathir untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak. Semua usahanya gagal. Mahathir dipercayai banyak menggunakan sumber kewangan dari funder kroninya. Pun begitu, pembiayaan tersebut tidak menjayakan hasratnya dan sudah ada funder yang menarik diri dan angkat bendera putih, enggan lagi bersama-sama Mahathir. 

Kerana sumber yang digunakan itu semakin menyusut dan semakin mengecil, perpecahan dan pergaduhan dalaman khususnya di Perak, berlaku. Mahathir mungkin melihat, satu-satunya cara untuk mengekalkan bantuan dan pembiayaan daripada funder-funder tersebut adalah dengan meyakinkan mereka, dia akan memulangkan kembali semua pembiayaan apabila dia kembali menjadi Perdana Menteri. 

Cuma sekarang, batu halangan terbesar Mahathir adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Kedua-dua orang ini jugalah yang sedang meletakkan Parti Cap Bunga yang dipengerusikannya dalam keadaan yang sangat sukar untuk bertahan walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan anaknya cuba meyakinkan mereka mampu menarik undi daripada masyarakat Melayu khususnya di Felda-Felda dan di Kedah untuk Pakatan Harapan.

Friday, June 2, 2017

SAYA TAK BERSALAH, KATA MUHYIDDIN BERHUBUNG 'KEKACAUAN' DALAM PARTINYA SENDIRI!!!



Dalam satu kenyataan, Presiden Parti Cap Bunga, Muhyiddin Yassin berkata, dia sedar bahawa ramai ahli parti tersebut keluar parti kerana sebilangan pemimpin Bahagian yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Pengerusi-Pengerusi Negeri.

Secara tidak langsung, Muhyiddin sebenarnya memperakui bahawa parti yang dia adalah Presiden boneka itu sedang mengalami penyusutan sokongan ketara berbanding keyakinan tinggi yang ditunjukkan oleh juak-juak propaganda kononnya Cap Bunga sedang mendapat sokongan ramai di serata negara.

Bagaimanapun, menurut Muhyiddin, ahli-ahli yang didakwa keluar dari parti itu, jumlahnya tidak seramai mana. Apatah lagi sebahagian besar daripada mereka hanyalah tidak berpuas hati dengan Pengerusi Cap Bunga Negeri yang telah ditentukan oleh kepimpinan pusat.

Menurutnya lagi, itu mungkin kerja beberapa orang yang tidak gembira dengan keputusan kepimpinan pusat yang tidak melibatkannya seorang sahaja. Malah, Muhyiddin juga berkata, dia tahu siapa yang menjadi penyebab dan dalangnya.

"Beritahu saya, di mana 1000 orang yang tinggalkan parti itu? Perkara sebenarnya ialah, hanya puluhan yang keluar. Kumpulan kecil itu pula sekadar melaungkan 'ribuan keluar'," katanya kepada pemberita selepas berbuka puas di Masjid Ar-Raudah di Pulau Betong, Balik Pulau semalam. 

Beberapa pihak dari dalam Parti Cap Bunga sendiri sebelum ini, menyalahkan Muhyiddin Yassin dan kepimpinannya yang lembap, bahkan menuduhnya sebagai melantik hanya orang-orang yang rapat dengannya untuk mengetuai perhubungan negeri walaupun hakikatnya, orang yang dilantik bukan sahaja tidak berpengalaman tetapi juga tidak berkelayakan.

Namun lebih daripada itu, Cap Bunga sendiri sehingga ke hari ini gagal menjumlahkan anggaran sebenar keahlian mereka walaupun dari semasa ke semasa mereka mendabik dada bahawa keahliannya bertambah secara drastik dari seluruh negara.

Media melaporkan 1000 orang ahli Cap Bunga Perak meninggalkan parti itu secara besar-besaran pada 26 Mei lepas dan mendakwa Muhyiddin gagal menyelesaikan konflik pada peringkat nasional dan negeri. Rata-rata mereka adalah bekas ahli UMNO dan sebahagian besar daripada mereka adalah ahli serta pemimpin-pemimpin UMNO yang kecewa kerana gagal mendapat projek atau jawatan sebelum menyeberang masuk ke Cap Bunga, dan kemudian lompat parti lagi.
Secara umumnya, kuasa dalam parti Cap Bunga bukannya pada tangan Muhyiddin. Walaupun Muhyiddin adalah Presiden tetapi dia sekadar pelengkap hierarki tanpa sebarang kuasa kerana semua kuasa Cap Bunga berada di tangan Mahathir dan ditimbalankan oleh anaknya sendiri, Mukhriz yang sedang mempublisitikan diri berbanding partinya sendiri.

Thursday, June 1, 2017

SELAMAT BERSARA WAHAI MUHYIDDIN YASSIN!!!!



Bekas Timbalan Presiden UMNO merangkap bekas Menteri Besar Johor, merangkap Pengerusi Parti Cap Bunga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tidak menyangka nasib politiknya tidak sebaik seperti yang diharapkan. Penggabungan dan kepercayaannya kepada Dr. Mahathir selama berpuluh-puluh tahun, dari zaman Menteri Besar Johor yang terpaksa 'dilarikan' ke Pusat, sehinggalah dia memilih untuk membakar jambatan dengan UMNO selepas mengaku dia adalah UMNO TOTOK, akhirnya dibalas dengan nasib yang sedikit baik berbanding Anwar Ibrahim.

Berdekad-dekad Mahathir dilindungi oleh sistem UMNO dan sikap orang Melayu yang hormatkan pemimpin sehingga pelbagai cerita-cerita mitos tentang pemimpin terutama Mahathir dicipta untuk mengekalkan sokongan kepadanya.

Dan tidak hairanlah mengapa Mahathir masih lagi tidak sedar akan realiti yang sudah jauh berubah seiring dengan perubahan dan ledakan maklumat. Zaman maklumat disorok bagi membolehkan dia sentiasa dilihat putih bersih mulus dan tulus telah lama berlalu. Sebaliknya zaman dia ditelanjangkan, bahkan mana-mana pemimpin yang tersilap langkah dibogelkan sehingga tanpa seurat benang, telah pun berlaku.

Mahathir masih lagi mewakili zaman feudal walaupun dia mungkin tidak berasal dari serambi istana. 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO dengan semua kata-katanya didengar, membuatkan Mahathir lupa bahawa dia hanyalah seorang pesara dan cubaannya untuk kembali ke kancah kuasa semata-mata untuk mempertahankan legasi dan kemewahan kawan-kawan serta anak-anaknya, akan meletakkannya sebagai seorang negarawan paling lekeh dalam sejarah Malaysia.

Belum pernah ada mana-mana bekas Perdana Menteri Malaysia yang memekak kerana anak mereka hilang kontrak mewah kerajaan atau kawan-kawan yang menghadiahkan kemewahan, diburu pengutip cukai kerana melarikan cukai selain daripada Mahathir.

Ironinya, Mahathir menganggap perbuatan dan tindakannya itu sebagai salah satu perjuangan rakyat. Dan untuk itu, dia perlu kembali menjadi Perdana Menteri!

Apa sudah jadi dengan Muhyiddin Yassin yang sanggup mengorbankan diri dan kerjaya politiknya dengan Mahathir? Tidakkah sedikit pun jasa Muhyiddin kepada Mahathir berbanding jasa Mahathir kepadanya yang perlu dikenang, kalau tidak oleh Mahathir, oleh Mukhriz yang semua orang tahu, bukan sahaja tidak berbakat, malahan tidak tahu apa yang dilakukannya dan mengapa dia berada dalam arus politik negara.

Rata-rata kini, Muhyiddin jadi kambing hitam untuk ahli-ahli Cap Bunga keluar parti. Mahathir dan Mukhriz tidak bersalah langsung. Segala-gala yang berlaku termasuklah urusan melantik Pengerusi Bahagian Perhubungan Negeri pun, salah Muhyiddin sebab jawatan Muhyiddin adalah Pengerusi walaupun semua orang tahu, walaupun sebagai Presiden, Muhyiddin tidak ada kuasa apa-apa kerana semua kuasa dipegang oleh Mahathir. Segala titah perintah Mahathir adalah undang-undang Cap Bunga. Manakala Mukhriz pula adalah anak emas yang bapanya akan buat segala-galanya untuk dia.

Mahathir telah pun bersuara. Dia tidak menolak untuk jadi Perdana Menteri semula!

Baguslah... amat dialu-alukan. Ini Malaysia. Di negara ini, semua orang bebas menjadi pemimpin. Apatah lagi kalau dikelilingi oleh aura dan mitos yang bukan-bukan tentang dirinya.

Yang pastinya, Muhyiddin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik. Kerjaya politiknya dimatikan oleh Mahathir demi Mukhriz Mahathir!


Sunday, April 30, 2017

CAP BUNGA DITUBUHKAN UNTUK BELA KRONI ROMPAK KHAZANAH NEGARA DAN MUKHRIZ SEBAGAI PM, JADI MUHYIDDIN ANDAIKAN HADI KELIRU!!!



Kenyataan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ketika membuat ucapan di Muktamar PAS Ke-63 di Alor Star, Kedah semalam, benar-benar telah mengejutkan Muhyiddin Yassin daripada tidur yang panjang walaupun pada masa yang sama, jentera propaganda dan tentera-tentera siber Cap Bunga seperti beruk minum air ketum, yang masih kebingungan dan tenggelam punca untuk membalun Presiden PAS itu.

Semalam Abdul Hadi Awang berkata, "Kita tidak boleh layan parti yang tak sama dengan kita, kita dah buat penilaian, parti Pribumi (Cap Bunga) tak ada ketentuan arah kerana pemimpin, kita tak tahu, siapa imam, siapa makmum dan kita buat keputusan tidak ada hubungan dengannya."

Hari ini, Presiden Cap Bunga, Muhyiddin Yassin berkata, besar kemungkinan Abdul Hadi Awang keliru apabila menyatakan parti yang dipresidenkannya sebagai tidak ada hala tuju.

Sebaliknya, kata Muhyiddin, Cap Bunga konsisten dengan arah dan tujuannya, walaupun ramai yang melihat tujuan dan arah sebenar Parti Cap Bunga, hanyalah untuk menyelamatkan kroni-kroni Mahathir daripada terus dicantas dan tidak dibenarkan mengaut kekayaan negara ini untuk diri mereka sendiri, selain menjadikan Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri walaupun Timbalan Presiden Cap Bunga itu langsung tidak mempunyai sebarang bakat dalam apa juga usaha melainkan sentiasa terpaksa bersandar kepada bapanya, Dr. Mahathir.


"Mungkin Hadi melihat kami sebagai sebuah parti baru dan itulah sebabnya mengapa dia mendapat persepsi yang salah... kerjasama di kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan adalah baik dan saya yakin, kami berjaya mencapai matlamat dan perjuangan yang sama. Jadi, tiada sebarang kekeliruan di situ. Mungkin dia (Hadi) yang sebenarnya keliru," katanya kepada wartawan sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Cap Bunga.

Sementara itu, Pengerusi dan Presiden sebenar Parti Cap Bunga, Dr. Mahathir pula berkata, partinya sangat yakin, mereka akan memperolehi undi daripada masyarakat pengundi Melayu di kampung-kampung sekalipun PAS akan 'mengacau'.

Cap Bunga menerusi Muhyiddin Yassin dan digertak pula oleh Dr. Mahathir berusaha untuk memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Kit Siang dan DAP.

Hari ini, perwakilan PAS di Muktamar telah sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan PKR, yang merupakan satu-satunya komponen Pakatan Harapan yang masih ada hubungan dengan mereka.

Thursday, April 27, 2017

BERAPA LAMA 'HAYAT' MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI PRESIDEN PARTI CAP BUNGA?



Bukan lagi rahsia bilamana Muhyiddin Yassin menjadi sasaran serangan dari dalam parti yang dia sendiri adalah Presidennya. Hampir kesemua masalah dalaman yang melanda Parti Cap Bunga yang sepatutnya dia terajui tetapi sebenarnya 'tali layang-layangnya' dipegang oleh Mahathir, dihempuk atas kepala Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya gagal mengawal ahli!

Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya hanya melebihkan kroni dan orang-orang yang terdekat dengannya!

Muhyiddin Yassin dipersalahkan kerana tidak ambil peduli tentang parti sebaliknya membiarkan Dr. Mahathir yang bekerja keras untuk memperkukuhkan parti termasuklah 'mempergunakan' penjawat-penjawat awam bagi mewujudkan TSUNAMI MELAYU pada PRU-14 akan datang!

Muhyiddin Yassin juga dipersalahkan kerana terlalu VIP dan minta diberikan layanan permaidani merah walaupun dia bukan lagi dalam hierarki tertinggi pentadbiran negara.

Beberapa keputusan yang dibuat atau melibatkan Muhyiddin Yassin kini dipersoalkan.

Antaranya termasuklah, mengapa Muhyiddin mahu bekerjasama dengan PAS hanya di Johor, Terengganu dan Kedah padahal Dr. Mahathir sendiri telah mengatakan, TIADA LAGI KERJASAMA ANTARA CAP BUNGA DENGAN PAS.

Juga dipersoalkan adalah watikah perlantikan yang hanya mempunyai tandatangan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden tetapi tiada tandatangan Dr. Mahathir yang dianggap sebagai SUPREME LEADER yang mempunyai kuasa pemutus lebih tinggi berbanding Presiden.

Selain itu, taktik Muhyiddin Yassin yang mahu 'hijack' calon-calon UMNO yang tidak akan dicalonkan pada PRU akan datang juga dipersoalkan. Para penyokong Mahathir di dalam parti tersebut lebih berminat dengan taktik 'hijack' calon-calon UMNO yang telah menang dengan majoriti tipis pada PRU akan datang untuk lompat parti, sekaligus mengurangkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh Cap Bunga apabila calon-calon UMNO tersebut akan membiayai kempen dan memenangi pilihanraya dengan dana UMNO sendiri. Taktik yang digunakan oleh Muhyiddin dianggap akan membinasakan Cap Bunga kerana bukan sahaja dana yang terpaksa dikeluarkan jauh lebih besar, tetapi juga mereka hanya memperolehi pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak berkualiti.

Justeru, taktik Mahathir yang mahu mempergunakan calon-calon UMNO yang telah menang PRU dan mempunyai kerusi sama ada DUN apatah lagi Parlimen, lebih berwibawa dan perlu diperkukuhkan.

Selain itu, Muhyiddin Yassin juga dipersalahkan dan diminta agar tidak berkempen di kalangan guru memandangkan rekod buruknya sebagai Menteri Pendidikan yang memperkenalkan golongan guru kepada bebanan tugas yang tidak munasabah. Kehadiran Muhyiddin Yassin dalam kempen di kalangan guru-guru, akan membuatkan semua kemarahan guru-guru di Malaysia tertumpu kepada Muhyiddin Yassin yang kini merupakan Presiden Parti Cap Bunga. Kemarahan kepada Presiden, bermakna, kemarahan dan keengganan menyokong Parti Cap Bunga.

Para penyokong Mahathir di dalam kem Cap Bunga sekarang, mahu status kemarahan kaum guru, kekal terhadap Kerajaan yang memerintah, bukannya kepada bekas Menteri Pendidikan yang membebankan mereka dengan pelbagai tugas termasuklah memperkenalkan penggunaan BestariNet yang bukan sahaja tidak cekap tetapi juga membazirkan wang.

Perkara itu perlu disorok daripada pengetahuan golongan guru di Malaysia. Mereka mahu para guru terus marahkan kerajaan, marahkan Najib Abdul Razak walaupun pada zaman Najib Abdul Razak, tingkat gaji guru-guru di Malaysia telah dinaikkan berkali-kali ganda berbanding pada zaman Mahathir.

Nampaknya, perkembangan terbaharu di dalam Parti Cap Bunga menunjukkan hayat Muhyiddin Yassin sebagai Presiden tidak akan kekal lama, sekaligus membenarkan telahan selama ini bahawa Mahathir sebenarnya mahukan Mukhriz Mahathir menjadi Presiden, manakala Muhyiddin Yassin pula hanyalah topeng yang kemudian dibuang dengan menggunakan taktik yang serupa ketika kemelut-kemelut dicipta di dalam UMNO di bawah pentadbiran Mahathir dahulu.

Dari kem PAS yang sedang bermuktamar di Pokok Sena, khabar-khabar angin yang mengatakan Muhyiddin Yassin akan menyertai parti itu, semakin kerap diperkatakan!


Wednesday, March 15, 2017

PELIK DENGAN PERANGAI MUHYIDDIN? TAK PAYAH PELIKLAH KALAU KES NIKA GEE PUN MASUK MAHKAMAH TAPI DIA TETAP TAK MENGAKU!!!



PAS menerusi Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Cap Bunga telah menerima RUU355.

Tetapi Muhyiddin seperti biasa, tidak pernah tetap dengan pendirian. Pendiriannya sangat bergantung dengan apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh Dr. Mahathir. Tanpa Dr. Mahathir di sisinya, Muhyiddin mungkin akan bercakap untuk dirinya sendiri dan nadanya sudah tentu berbeza sama sekali tetapi apabila Dr. Mahathir berada di sebelahnya, Muhyiddin seperti mahu mengambil hati orang tua yang pernah menyelamatkannya daripada pelbagai skandal sewaktu menjadi Menteri Besar Johor dahulu, terutama membabitkan tanah, dengan bercakap menerusi nada Mahathir.

Jadi, apabila Muhyiddin menyatakan, dia tidak bersetuju dengan RUU355 selepas sebelum itu bersetuju, ianya bukanlah satu perilaku yang menganehkan.

Dalam keadaan sekarang, Cap Bunga dan Muhyiddin sendiri perlu bercakap berdasarkan keperluan. Kalau keperluan itu adalah menghentam Melayu-Islam demi undi bukan Melayu dan bukan Islam, itulah yang akan dilakukan oleh Cap Bunga. Kalau keperluan itu adalah dengan menentang RUU355 demi redha Lim Kit Siang dan DAP, itulah yang perlu dilakukan oleh Mahyuddin selaku Presiden sebuah parti kecil yang tersangat bergantung belas ehsan kepada DAP.

Justeru, Takiyuddin Hassan dan PAS secara keseluruhannya tidak perlu berasa pelik dengan penafian Muhyiddin bahawa partinya bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Dalam satu kenyataan, Muhyiddin menafikan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa pada dasarnya dia bersetuju dengan usaha PAS untuk meminda Akta 355, malah menganggapnya sebagai tidak tepat.

Katanya sehingga kini, dia sebagai Ahli Parlimen Pagoh masih tidak tahu kedudukan akhir pindaan yang dicadangkan dan justeru, sukar membuat keputusan.

Apa nak diharapkan daripada Muhyiddin Yassin? Ingat lagi 1MDB? Ingat lagi RM2.6 bilion?

Hasil daripada TIDAK FAHAMnya itulah, dia sekarang menjadi Presiden Parti Cap Bunga!


Thursday, March 2, 2017

SKANDAL SUSK MUHYIDDIN YASSIN TERIMA WANG SOGOKAN DARIPADA KONTRAKTOR JAMBATAN BENGKOK, BILA NAK DIBUKA DAN DISIASAT?



Antara maklumat yang ada ialah Dato ‘Mohd Shukor Abd Manan telah menerima RM 160,000.00 sehingga Mei 2011. Maklumat yang dipaparkan ketika itu antara lain Dato Mohd Shukor Abd Manan telah menerima wang sebanyak RM 10,000.00 pada 24/01/2011 melalui satu nombor cek 876.183, pada 24/02/2011 melalui satu nombor cek 876.280, pada 28/03/2011 melalui satu nombor cek 876.424, pada 28/04/2011 melalui satu nombor cek 876.543 dan pada 27/05/2011 melalui satu nombor cek 876.666. Semua cek telah ditunaikan dan dimasukkan ke akaun peribadi maybank Dato ‘Mohd Shukor Abd Manan itu. Itu adalah tuduhan ketika itu. Sama ada benar atau tidak, hanya SPRM yang tahu kerana masa itu TPM berkuasa!.Kisah seorang bekas Setiausaha Politiknya rasuah (diangkut wang dalam kereta dan almari) pun ditutup begitu sahaja.

Selain itu ialah Resit ATM pada 29/09/2010 (di atas), deposit sebanyak RM 5,000.00 telah dibuat ke akaun peribadi Dato’ Mohd Shukor Abd Manan, nombor akaun 5627-31103-18-8 Maybank melalui tunai Deposti Mesin (CDM) di Jalan 222, Petaling Jaya. Ia satu contoh bukti resit yang ada. Sekali lagi selebihnya bolehlah ditanyakan kepada SPRM tentang nombor cek dan juga transaksi akaun itu.

Apa yang kita hendak tunjuk ialah cara Muhyiddin menyelesaikan isu. Tiada kata putus. Pegawainya mungkin diarah atau menjadi mangsa saja. Malah pihak-pihak lain yang terlibat membuat penafian. Muhyiddin hanya membiarkan isu itu beredar sedangkan bukti transaksi ketika itu wujud. Tiada pula beliau bertindak segagah menyelesaikan masalah 1MDB. Sedangkan ia melibatkan isu integriti bukan sahaja pada pegawai tetapi pada dirinya selaku ketua.
Seorang lagi bekas pegawai Muhyiddin adalah Setiausaha Politiknya di Kementerian Pendidikan bernama Datuk Dr Marzuki Mohamad yang kembali menjadi Pensyarah Sains Politik di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kerjanya menghasut mahasiswa UIAM anti kerajaan agar menyokong Parti Pribumi Bersatu bosnya Muhyiddin Yasin. Malah beliau tanpa segan dan malu hadir ke program PPBM.... TERUSKAN BACAAN DI MYMASSA


Thursday, January 19, 2017

MUHYIDDIN TIDAK BUTA TULI TAAT KEPADA SULTAN TETAPI SENTIASA MEMBUTA TULI MENTAATI MAHATHIR!!!



Akhirnya Muhyiddin Yassin menunjukkan dengan siapa sebenarnya kesetiaannya diberikan, walaupun pada masa yang sama, dia menyatakan kesetiaannya kepada rajanya tidak boleh dipersoal tetapi kesetiaannya juga tidak membuta tuli.

Dengan kata lain, Muhyiddin Yassin cuba menggunakan falsafah popular Hang Jebat dalam menunjukkan dia sebenarnya adalah pejuang rakyat.

Sayangnya, kisah lama Muhyiddin sewaktu menjadi Menteri Besar Johor, turut terburai sama. Kisah lama yang membabitkan tanah-tanah rezab Melayu yang diserahkan kepada pihak asing yang kemudian membina bandar baru yang menjadi milik mereka, sepertimana yang berlaku ke atas Kampung Haji Manan di Kluang.


Kampung Haji Manan dan Kampung Melayu Kluang serta syarikat pemaju BCB, hanyalah sebahagian daripada kisah bagaimana Muhyiddin menggadaikan tanah kepada pihak asing. Dan di Johor, ianya bukanlah satu cerita dalam kain kerana rata-rata mereka yang pernah bermenteri besarkan Muhyiddin, amat tahu dan maklum dengan cerita ini.

Kalau dahulu, tanah-tanah rezab Melayu di Johor digadaikan kepada syarikat-syarikat Cina dan Muhyiddin langsung tidak rasa bersalah, tetapi kali ini, dek kerana kesetiaannya kepada Mahathir, Muhyiddin secara tiba-tiba menjadi anti pelaburan China. Muhyiddin senada dengan Mahathir yang takut orang Cina lebih ramai dan rumah-rumah yang dibina di Forest City tidak boleh dimiliki oleh Melayu tempatan.


Walhal, sepanjang sejarah pembinaan hartanah di Malaysia ini, berapa kerat Melayu yang boleh membeli hartanah bernilai tinggi. Tengok sahajalah di Kluang, berapa unit premis yang dibangunkan oleh BCB di atas tanah rezab Melayu Kampung Haji Manan, dimiliki oleh orang Melayu?

Muhyiddin mengulangi dakwaan Mahathir dan lebih sanggup berkonfrontasi dengan KDYMM Sultan Johor berbanding mengecilkan hati Mahathir:

(1) Muhyiddin mendakwa syarikat asing telah membeli tanah-tanah untuk dibangunkan dan dijual.
(2) Muhyiddin mendakwa para pekerja terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya didatangkan dari Negara China dan bahan binaan juga diperolehi dari Negara China.
(3) Muhyiddin menuduh para pembeli unit-unit kediaman berjumlah 700,000 unit kesemuanya juga adalah warganegara China.


Sebelum itu, KDYMM Sultan Johor telah bertitah:

"Jika pelabur mahu melabur di Johor Bahru, adakah kita kata 'tidak, tidak, jika anda dari China, anda tidak boleh datang'. Adakah logik di situ?
"Sesiapa sahaja yang berfikiran waras tahu pelabur China antara yang terkaya dan paling berpengaruh pada hari ini."
"Jadi mengapa ada masalah?"
"Beta mengalu-alukan semua pelabur."

KDYMM Sultan Johor juga bertitah yang Johor perlu lebih agresif dalam mempromosikan negeri it untuk menarik lebih banyak peluang perniagaan baru.

"Oleh sebab itulah, beta sendiri pergi mencari pelabur ke negeri ini."
"Kami berjaya menarik syarikat-syarikat China. Mungkin kita juga perlu menarik syarikat-syarikat dari India dan negara-negara lain."
"Sebagai penjaga rakyat, beta tahu apa yang terbaik untuk rakyat Johor."

Kesetiaan membuta tuli Muhyiddin kepada Mahathir jelas terbukti apabila dia mengulangi tentang 700,000 warga China yang kononnya akan bermastautin di Forest City.


Sedangkan hanya 10,000 unit sahaja yang ditawarkan kepada warga asing. Dan ianya bukan hanya untuk warga China semata-mata, tetapi juga untuk warganegara Australia, Timur Tengah dan negara-negara lain.

Untuk rekod, Forest City terdiri daripada pembangunan kawasan kediaman, perkhidmatan, perdagangan, pelancongan, perhotelan dan lain-lain. Projek ini merangkumi keluasan lebih 1,386.05 hektar, dibina 4 pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia, Johor.

Muhyiddin bercakap tentang tanah pusaka?

Elok Muhyiddin bezakan juga antara tanah rezab Melayu, dengan tanah tambak.

Konsesi tol lebuhraya tu betul pusaka yang mana cucu cicit rakyat Malaysia perlu menanggung dan membayarnya untuk mengkayakan kroni!!!


Thursday, January 5, 2017

ANAK MENANTU MUHYIDDIN YASSIN PUN KAYA-RAYA DENGAN PROJEK DAN KONTRAK KERAJAAN!!!



Penulis: MICHAEL LUNDANG

Anak sulung Muhyiddin, Fakhri Yassin pernah dikaitkan dengan Panama Papers dengan dua entiti Syarikat iaitu di British Virgin Islands. Pengerusi Eksekutif Syarkat Thriven Berhad itu membentuk Akila Way Limited BVI pada 11 Mac 2004 ketika berumur 28 tahun. Ia dibuat selepas lima tahun berkhidmat sebagai penganalisis pelaburan di Hwang DBS selepas menamatkan pengajian beliau dalam bidang Ijazah Ekonomi Perniagaan dari Universiti London. Akila Way dibentuk melalui WBC Limited, syarikat berpangkalan di Wan Chai, Hong Kong. Sepuluh tahun kemudian, Fakhri menubuhkan Farsight Plan Investments Ltd pada 4 Jun 2011.

Pada tahun 2015 anak Muhyiddin Yassin iaitu Fakri Yassin telah membeli syarikat hartanah Mulpha Land bernilai lebih RM 130 juta dan menggunakan dua syarikat iaitu Teladan Kuasa Sdn Bhd dan Ketapang Capital Sdn Bhd menguasai majoriti saham Mulpha Land. Mulpha Land dinamakan semula sebagai Thriven Berhad dan kemudian menjadi pengerusi eksekutif di syarikat yang tersenarai awam dan memiliki 33.86 peratus pegangan saham dalam Thriven dan menjadi Pengarah di dua hospital Health Management International di Singapura (Mahkota Medical Centre dan Regency Specialist).

Selain kekayaan anak Muhyiddin Fakhri Yassin, kekayaan anak menantunya Datuk Adlan Behran. Muhyiddin bukan setakat menyapu RM 4 bilion projek BESTARI NET YTL yang dilihat menghadapi kegagalan, Muhyiddin turut membolot projek BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 juta buat syarikat yang diterajui menantunya Adlan Behrang di Nexbis Sdn.Bhd. Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System (NERS) selama 12 tahun ini bermasalah ketika melaksanakan sistem ini sehingga menjadi isu semasa negara.

Muhyiddin bercuti ke Eropah tatkala parti beliau dalam keadaan kucar kacir dan menghadapi kemelut dalaman. Dengan kes Anina Saadudin yang disingkirkan daripada jawatan ketua sayap wanita parti, Ketua Srikandi dan diikuti oleh pengikut Mukhriz Mahathir yang menyerang Anina habis-habisan tetapi dalam masa yang sama Mukhriz menuduh pihak luar melaga-lagakan kepimpinan parti. Terkini Ezam Mohd Nor yang keluar daripada PPBM, kurang 3 bulan selepas penyertaannya dan lain-lain lagi.

Di samping itu, Muhyiddin sudah lama mempunyai hubungan sulit dengan Nika Gee Siew Yee, isteri kepada Peguam Stanley Clement Augustin. Muhyiddin banyak membantu Nika Gee Siew Yee memenangi projek Kompleks Sukan Kampung Pandan. Mahathir juga menyedari hubungan di antara Muhyiddin dan Nika sudah lama terjalin sejak Muhyiddin berkhidmat di Kementerian Pertanian lagi.

Semestinya skandal ini akan menjadi igauan besar buat Muhyiddin dan keluarganya serta terus terpahat dalam ingatan orang ramai. Ianya juga akan menjadi bualan orang ramai kerana isu skandal ini melibatkan pemimpin atasan PPBM.

Nota: 
COPY AND PASTE dari FB

Thursday, December 29, 2016

BAGAIKAN ORANG DIPICIT TELUR, MUHYIDDIN MEMBISU SERIBU BAHASA TENTANG 'FATWA' RASUAH MAHATHIR!!!



Nak harapkan Muhyiddin Yassin membela Mahathir dalam isu BR1M adalah rasuah?

Jangan haraplah!

Muhyiddin Yassin hanya 'samseng' apabila berada di luar gelanggang. Hanya apabila dia ada kawan di sekelilingnya. Kalau sorang-sorang Muhyiddin Yassin tak berani.

Itu sebablah, dalam audio mesyuarat tertutup yang 'diseludup' keluar dan kemudian didedahkan di media sosial, Muhyiddin Yassin ketika berhadapan, membela dirinya dengan menafikan dia mengeluarkan sebarang kenyataan negatif tentang 1MDB dan Najib. Tetapi di pentas ceramah, dia pula yang jadi hero, konon-kononnya berjuang untuk rakyat.


Mahathir telah mengeluarkan satu kenyataan yang dilihat sebagai TERDESAK apabila menyatakan yang BR1M adalah RASUAH. Sesiapa yang mengambil BR1M adalah penerima rasuah dan mereka melakukan kesalahan dalam agama dan undang-undang negara.

Polemik tersebut menarik perhatian banyak pihak. Rata-rata, termasuklah SPRM tidak bersetuju dengan takrifan dan tafsiran RASUAH Mahathir. Hanya ada beberapa orang sahaja yang membela kenyataan Mahathir termasuklah panglima sewaan terbaharu, Ezam Mohd Nor. Itu pun secara berselindung dan beralas. Manakala panglima-panglima Mahathir yang lain, sekadar bersuara macam katak tertelan pacat dengan sebahagian daripada mereka, cuba menjadi ulama walaupun apa yang mereka cakapkan itu langsung tidak berjalur agama sebaliknya sekadar emosi dan sentimen yang telah dipuput oleh Sarawak Report dan WSJ.

Mukhriz yang cuba membantu bapanya pula, sekadar MEMBODOH dan MEMBADUTKAN dirinya sendiri.



Kalau ada pun yang kedengaran 'matang' sikit adalah wakil DAP, Liew Chin Tong yang menyokong kuat ijtihad Mahathir.

Kira boleh harap jugalah wakil DAP yang berpandangan Mahathir mampu membantu parti itu menawan Johor daripada UMNO sekaligus menawan Putrajaya menerusi konsesi seperti yang dilakukan DAP di Selangor. (RUJUK SINI)

Nak harapkan Muhyiddin... dia sendiri pun tak boleh diharap!!!




Tuesday, December 27, 2016

MUHYIDDIN BAKAL KEMBALI KE DALAM UMNO SELEPAS USAHA MELUCUTKAN JAWATAN PRESIDENNYA DIBUAT? TIDAK MUSTAHIL!!!



Perkembangan terbaharu di dalam Cap Bunga semakin menarik.

Baru sahaja berusia 3 bulan, malahan mesyuarat agong pemilihan pun belum dibuat lagi, kepimpinan pun masih pada peringkat penajaan, tetapi gemparnya seolah-olah sudah berusia puluhan tahun.

Setiausaha Agung Cap Bunga yang merupakan bekas Ketua Cawangan UMNO menempelak ahli-ahli Cap Bunga yang merupakan bekas-bekas ahli UMNO yang tidak berkualiti dan gagal dalam mencapai jawatan serta projek ketika di dalam UMNO, sedang menunjuk belang masing-masing.

Sekaligus membuatkan Cap Bunga menjadi medan segala sampah-sarap dari UMNO yang mencari kepentingan diri.

Ketua Srikandi Cap Bunga yang dilucutkan jawatan, Anina Saaduddin kini menjadi pemangkin kepada perkembangan yang cukup menarik di dalam parti tersebut.

Dalam 'keseronokan' pihak tertentu dalam Cap Bunga mengerjakan Anina, tiba-tiba sahaja Khairuddin Abu Hassan mengingatkan ahli-ahli Cap Bunga bahawa skandal seks yang melibatkan Presiden Cap Bunga, Muhyiddin Yassin jauh lebih teruk daripada skandal seks Anina yang sekadar transkripsi WhatsApp. Katanya, kalau Anina dikenakan tindakan, seharusnya Muhyiddin juga dikenakan tindakan serupa.

Politik di Malaysia adalah SENI U-TURN.

Cap Bunga adalah medan Mahathir. Mahathir sedang mempraktikkan amalan 'UMNO'nya di dalam Cap Bunga. Anina Saaduddin adalah salah seorang kambinghitam yang perlu dikorbankan untuk Mahathir mengekalkan kuasanya dan menaikkan anaknya, Mukhriz. Ahli-ahli Cap Bunga pula, majoritinya adalah pentaksub Mahathir yang melihat Mahathir tidak mempunyai sebarang cacat cela.

Muhyiddin dari semenjak bergelar Menteri Besar Johor membawa baggage yang besar, sekaligus menjadikan dia mudah dipicit telur. Ditarik ke Pusat oleh Mahathir pun, sebenarnya untuk dijadikan korban ketika Mahathir berkonfrontasi dengan Timbalan-Timbalannya.

Dan kini, Muhyiddin seandainya tersilap langkah, akan menguburkan terus kerjaya politiknya melihat kepada perkembangan terbaharu Cap Bunga.

Sudah ada desakan agar Mahathir 'merampas' jawatan Presiden Cap Bunga daripada Muhyiddin Yassin dengan alasan skandal yang melibatkan Muhyiddin. Ini adalah helah biasa yang dibawa dan menjadi budaya dalam UMNO ketika Mahathir berkuasa dahulu. Ramai yang dijatuhkan kerana skandal seks dan curang rumahtangga termasuklah Mat Taib, Rahim Thamby Chik, Anwar Ibrahim, Sabaruddin Chik, bahkan Allahyarham Mat Rahmat yang terkenal dengan program SEMARAK dan HIKAYAT SANG SETIA demi memastikan dia tidak dianiayai oleh Mahathir namun akhirnya diarahkan letak jawatan juga.

Muhyiddin pernah berikrar, dia adalah TOTOK UMNO bagi memastikan tidak kehilangan jawatan dan kedudukan. Namun akhirnya terpedaya dengan Mahathir, membuatkan Muhyiddin melepaskan jawatan dan kedudukannya kerana percaya, Mahathir lebih kuat dan pengaruh Mahathir jauh lebih besar berbanding Najib.

Sepatutnya Muhyiddin bersama-sama Anwar Ibrahim di dalam PKR kalau tidak pun bersama-sama Kit Siang dan Guan Eng yang sudah pasti akan membentangkan karpet merah untuknya di dalam DAP.

Masa depan Muhyiddin di dalam Cap Bunga akan bertambah kelam. Bukan ahli-ahli Cap Bunga yang tidak tahu apa-apa itu yang menurunkannya tetapi rancangan Mahathir dalam usaha memastikan Mukhriz diletakkan atas dulang perak membuatkan Muhyiddin akan dipinggirkan. Alasan skandal yang memalukan sehingga meruntuhkan rumahtangga orang lain, hanyalah salah satu sebab yang akan digunakan.

Muhyiddin sudah sepatutnya mengintai-ngintai kedudukan dalam PKR dan DAP. Usahanya untuk rapat dengan Abdul Hadi Awang dan PAS, hanya akan terus memakukan keranda politiknya!

Kembali kepada UMNO?

Mungkin itu juga satu opsyen memandangkan kecenderungan UMNO untuk mengambil bekas-bekasnya dan kemudian memberikan jawatan serta kedudukan sepertimana yang dibuat kepada Ezam Mohd Nor dan kawan-kawannya yang lain dan kemudian dikhianati sekali lagi!!!


 
Blogger Templates