Biarpun polis telah memberi amaran agar tiada pihak yang mempolitikkan atau menjadikan isu tersebut sebagai isu keganasan kaum, lebih-lebih lagi bekas pelajar luar negara tersebut tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan kumpulan pengganas yang berselindung di sebalik jihad dan seumpamanya, tetapi ramai yang enggan mengikut nasihat tersebut.
Pencabulan atau serangan ke atas rumah-rumah ibadat di negara ini, seringkali berlaku terutama yang berniat untuk mencetuskan pergaduhan kaum. Masjid dan surau merupakan rumah ibadat yang paling banyak diserang dan dicabul. Namun umat Islam tidaklah bertindak tergopoh-gapah dan membuat tuduhan melulu sambil mengancam untuk berperang dengan kaum lain.
Pengguna-pengguna Facebook mendedahkann bagaimana seorang lelaki India yang bukan sahaja mencabar agar berlakunya pertumpahan darah, tetapi juga menghina Melayu dan Islam secara terbuka di wall Facebooknya.
Dengan kata-kata seperti yang tertera di dalam klip printscreen di atas, adakah ianya sesuatu yang wajar dilakukan?
Bagaimana dengan reaksi yang diberikan oleh para pembaca, khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam?
Adakah gejala seperti ini, dibiarkan begitu sahaja kerana beranggapan ia adalah sesuatu yang remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan?
Anda sendiri fikir macam mana?
Tiada sesiapa pun nampaknya berminat dengan nasihat pihak polis agar tidak memanjang-manjangkan isu ini sebaliknya, lebih ramai pula yang cuba menjadikan isu ini sebagai isu kaum dan agama yang sudah tentu tidak akan memberikan sebarang kebaikan kepada negara ini dan rakyatnya.
Apa yang susah sangat untuk hidup secara aman dan harmoni di negara ini? Apa perlunya mencari fasal untuk mencetuskan pergaduhan dan perbalahan antara kaum dan agama? Apa yang hebatnya sampai bertumpah-tumpah darah hanya kerana wujudnya masalah psikiatri? Bukankah selama ini, semua kaum di negara ini telah hidup dengan aman dan bebas walaupun sebahagian daripadanya adalah imigran yang sudah tentu tidak akan mendapat layanan yang serupa di negara-negara lain?
Susah sangatkah untuk hidup aman?