Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label teo nie ching. Show all posts
Showing posts with label teo nie ching. Show all posts

Saturday, April 9, 2016

TEO NIE CHING MELALAK TAK DIBENARKAN MEMASUKI SARAWAK!!!



Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menjadi ahli politik pembangkang terbaru yang dihalang memasuki negeri itu.

Menurutnya, beliau menaiki pesawat ke Sarawak pada jam 5.10 petang semalam bersama Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong telah tiba di Bintulu pada 7.40 petang.

Namun setelah mendarat, dua orang pegawai imigresen telah menunggu kehadirannya.

“Dua orang pegawai imigresen telah menunggu saya di bangunan imigresen. Mereka menegur saya dan bertanyakan, adakah saya ‘Madam Teo’, kemudian mereka memberitahu yang saya seharusnya tahu mengapa mereka menunggu,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.

Teo yang juga merupakan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP juga menyatakan pegawai berkenaan membawanya ke pejabat imigresen. Seterusnya pada jam lapan malam, beliau dihantar pulang menaiki pesawat yang sama ke Kuala Lumpur.

“Pegawai Lee dan Ismail yang terlibat menahan bertindak sopan dan menyatakan mereka bertindak sedemikian kerana hanya menjalankan tugas,” katanya lagi.

Malah, Teo turut memberitahu bahawa beliau langsung tidak mendapat sebarang maklumat mengenai dirinya yang dihalang di Sarawak.

“Sudah tentu saya mendengar ramai Ahli Parlimen yang telah disenarai hitam. Tetapi Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dibenarkan memasuki Sarawak pada minggu lalu.

“Jadi, saya ingatkan saya juga dibenarkan masuk. Lagipun, berapa ramai mereka sangat yang mengenali saya di Sarawak,” katanya.

Bagaimanapun, Kok Seong tidak dihalang oleh mana-mana pegawai imigresen dan dibenarkan memasuki negeri berkenaan.

Mereka adalah antara kumpulan pertama pemimpin DAP yang tiba di Bintulu untuk menghadiri majlis makan malam mengutip dana, menjelang PRN Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem sebelum ini telah mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan pada 11 April ini.- SUMBER


NOTA THE SAVIOUR

Sarawak mempunyai kuasa imigresennya yang tersendiri yang mana kuasa tersebut termakhtub di dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Perjanjian Malaysia 1963. Ia merupakan salah satu keistimewaan autonomi yang dinikmati oleh Sarawak dan Sabah.

Pembangkang khasnya DAP sebelum ini, seringkali menyatakan kepada rakyat Sarawak yang mereka tidak mempunyai autonomi walaupun autonomi tersebut adalah hak Sarawak di dalam Malaysia. Namun apabila pihak berkuasa Sarawak menguatkuasakan salah satu hak autonomi tersebut, DAP merupakan pihak yang paling tidak boleh menerimanya terutama apabila para pemimpin mereka dari Semenanjung tidak dibenarkan memasuki Sarawak walaupun telah terbukti mereka seringkali menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan mencabar Perlembagaan Malaysia. 

Konsep Malaysian Malaysia yang dipegang oleh DAP sendiri merupakan satu konsep yang mencabar Perlembagaan khususnya melibatkan Artikel 152 dan Artikel 153.

Gambaran dan persepsi yang cuba dibuat oleh para pemimpin DAP seperti dalam kes Teo Nie Ching ini adalah persepsi klasik di mana mereka mengatakan, mereka tidak tahu kenapa mereka dikenakan tindakan larangan memasuki Sarawak, namun laporan-laporan media dan orang tempatan sendiri sudah cukup untuk menjadi bukti, pembawaan pemimpin-pemimpin DAP dari Semenanjung sememangnya lebih banyak negatif berbanding positif.


Monday, September 14, 2015

LIM KIT SIANG DAN TEO NIE CHING MARAH BILA MELAYU KOTA BHARU BAKAR PATUNG LIM KIT SIANG DAN ANAKNYA, GUAN ENG!!!


Masa Cina-Cina DAP menghina Najib Abdul Razak dengan upacara kematian dan wajah Najib Abdul Razak pada duit 'BANK NOTE OF HELL' selain upcara menyambut kematian Najib yang dilakukan oleh Demonstrasi BERSIH 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu, bukan main suka lagi Lim Kit Siang. Teo Nie Ching sendiri pun, tidak mengeluarkan sebarang ulasan.

Malah semasa Cina-Cina DAP memijak gambar Najib dan Hadi Awang, mereka menganggap, laporan polis yang dibuat oleh UMNO dan PAS adalah bersifat mengada-ngada.

Tetapi semalam, apabila Melayu Kota Bharu, Kelantan membakar dua buah patung yang dikenakan wajah Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Guan Eng, serta-merta mendatangkan respons negatif daripada Lim Kit Siang sendiri dan Teo Nie Ching.

Kata Lim Kit Siang, tindakan tersebut adalah SALAH NAJIB menerusi bekas SETPOLnya, Fatmi Salleh. Tindakan sebegitu telah meruncingkan lagi hubungan antara kaum terutama Cina-Melayu di negara ini. Malah Lim Kit Siang juga, upacara tersebut telah menghina agama Toaisme. (RUJUK SINI)

Agak menarik apabila Lim Kit Siang masih cuba untuk menegakkan benang basah dengan mengaitkan upacara pembakaran patungnya bersama-sama patung anak lelakinya dengan tragedi berdarah 13 Mei 1969. Dia masih bercakap dan enggan mengakui yang dia sememangnya terlibat secara langsung dengan tragedi tersebut sekalipun, dia menafikan keberadaannya di Kuala Lumpur atau di Pulau Pinang pada hari tercetusnya tragedi berkenaan.

Perlu diingat, tragedi 13 Mei 1969, tidak bermula pada 10 Mei 1969 iaitu pada hari keputusan PRU-3 diumumkan. Keputusan PRU-3 belum pun diumumkan dan belum pun dirayakan oleh DAP, PPP dan GERAKAN kerana menang besar dan menguasai semua kerusi Bandaraya Kuala Lumpur, ketika Lim Kit Siang sudah pun 'lari' ke Melaka, Johor Bahru dan kemudian ke Kuching dan Kota Kinabalu.

Sebaliknya masalah 13 Mei 1969 bermula empat tahun sebelum itu. Iaitu ketika DAP diwujudkan selepas pendaftaran sebagai PAP tidak dibenarkan oleh Pendaftaran Pertubuhan. DAP ketika diwujudkan, telah menzahirkan keinginan mereka menentang Perlembagaan Persekutuan.

Sepanjang tempoh berkempen selama 21 hari sehingga 10 Mei 1969, pelbagai isu hangat dibangkitkan oleh Lim Kit Siang. Antara isu besar yang menjadi kegemarannya ialah MALAYSIAN MALAYSIA dengan Melayu dan Islam menjadi isu yang dibangkitkan untuk mendapatkan undi kaum Cina dan India.

Mengapa Lim Kit Siang tidak pernah bercakap tentang 21 hari sebelum 10, 11, 12 dan 13 Mei? Tentang hasutan dalam kempen-kempen dan rapat-rapat umumnya sebelum hari pembuangan undi pada 10 Mei 1969?

Lagi mahu tipu... memang jenis BANGSAT tak sedar diri yang kuat menipu demi kepentingan dirinya!!!

Teo Nie Ching pula menyifatkan upacara pembakaran patung-patung itu sebagai tidak beradab dan tidak bertamadun. (BACA DI SINI)

Kena kat pemimpin DAP, semuanya tidak bertamadun tetapi apa yang Cina-Cina DAP lakukan kepada Najib Abdul Razak, bahkan Nga Kor Ming hampir setiap hari memperolok-olokkan Najib, Melayu, Islam dan pentadbiran negara ini, boleh pula dianggap sebagai HERO dan PERJUANGAN.

Kalau bab orang, memang pandai mereka bercakap. Macam contoh BERSIH 4.0 dan Himpunan Baju Merah la... bila BERSIH 4.0 buat demonstrasi, itu adalah perjuangan dan mereka yang terbabit adalah HERO RAKYAT MALAYSIA, tetapi apabila Himpunan Baju Merah, Melayu-Melayu yang akan hadir adalah pengkhianat yang cuba mengacau ketenteraman!

Belum pun berkuasa penuh lagi. Belum pun dapat sepertiga kerusi Parlimen pun... tapi lagak puak-puak Cina DAP ini sangat biadap!!!


 
Blogger Templates