Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Monday, January 20, 2020

SERANGAN DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU MENCETUSKAN PERSOALAN TENTANG KEWIBAWAAN PDRM DAN KESELAMATAN DARI ANCAMAN ASING DI SABAH!!!!



Pilihanraya Kecil Parlimen Kimanis telah pun berakhir dengan kemenangan kepada calon UMNO-MUAFAKAT NASIONAL, Muhammad Alamin dengan majoriti yang lebih besar berbanding yang diperolehi oleh calon terdahulu, Anifah Aman yang dipaksa melepaskan kerusi tersebut oleh calon WARISAN yang kalah lebih besar kali ini.

Selalunya selepas pilihanraya, masalah-masalah yang wujud dan timbul sepanjang kempen akan dilepaskan dan dilupakan. Ibarat biduk berlalu kiambang bertaut. Politik Malaysia walau sehangat dan sekontroversi mana sekalipun, tidak akan menyebabkan berlakunya pertumpahan darah sepertimana yang berlaku di Filipina.


Bagaimanapun, kumpulan PTI yang pro PAS SEMENTARA SABAH (PSS) yang sangat dibenci dan ditentang oleh warga asal Sabah, terus menyimpan dendam. Mereka melihat salah seorang Exco Pemuda UMNO yang agak agresif berkempen di kalangan golongan muda di Kimanis tentang BAHAYANYA PSS kepada warga Asal Sabah malah PSS akan menjadi warga Asal Sabah sebagai PTI manakala PTI pula berlagak menjadi tuan.

Alasan kononnya Exco tersebut mengoyak gambar Shafie Apdal merupakan alasan paling cikai memandangkan yang dikoyakkan itu adalah flyers yang kebetulan wajah Shafie Apdal berada di atasnya.

Sabah dan pendatang asing dari Filipina adalah masalah besar yang seolah-olah tidak wujud jalan penyelesaiannya. Ditambah pula dengan sikap pro-PTI yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah Shafie Apdal selain amalan assobiyah yang amat menebal, menjadi warga Asal Sabah dan rakyat Malaysia amat terancam dengan pendatang yang lebih agresif dan tidak segan-segan melakukan jenayah walaupun di tempat awam dan terbuka seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.



Apa yang berlaku di KKIA petang semalam, turut ditonton oleh sebilangan pelancong dari luar yang sudah pasti beranggapan bahawa itulah perangai orang Sabah, walaupun sebenarnya mereka bukan orang Sabah!

Bayangkanlah seandainya 600,000 orang seperri yang dikatakan oleh Ajis Jamman, akan diberikan PSS. Walaupun Ajis berkata, PSS bukanlah jaminan warganegara tetapi udang-undang warganegara pula mengesahkan ia adalah permulaan kerana selepas 5 tahun memegang PSS, mereka boleh memohon pemaustautin tetap. Selepas tempoh pemastautin tetap, mereka layak memohon kewarganegaraan Malaysia.

Dan sepanjang memegang PSS itu juga, mereka akan beranak pinak. Sudah tentu anak pinak mereka juga perlu dilakukan sesuatu oleh kerajaan negeri khususnya. 

Menyedarkan warga asal Sabah tentang bahaya PSS, akan mengancam kelangsungan PTI dari Filipiina yang mengakui mereka adalah pemilik sah Sabah menerusi Kesultanan Sulu yang telah pun lenyap dan muflis. 

Justeru tidak hairan mengapa mereka sangat berdendam dan sanggup menghantar rombongan samseng anak-anak kecil memburu dan menanti Exco Pemuda UMNO itu di KKIA.


Ia samalah seperti kejadian lanun-lanun Kiram cuba tunjuk hebat dengan membunuh 8 orang pegawai dan anggota polis dalam Tragedi Tanduo. Yang membuat serbuan di KKIA semalam juga adalah dari puak yang sama. Dan yang menariknya, mereka juga menyokong Ketua Menteri Sabah yang sama!

Kalau Kompleks Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu boleh diceroboh dan serangan dilakukan sesuka hati oleh golongan PSS-PTI itu, tahap keselamatan keseluruhan Sabah sememangnya boleh dipertikaikan dan dipersoalkan.

Apatah lagi selepas beberapa jam serangan tersebut, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu yang berasal dari Semporna berkata, polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden berkenaan meskipun klip-klip video tentangnya sudah pun tular di media sosial.





Yang menjadi tandatanya kini, bagaimanakah tindakan PDRM berdasarkan laporan yang dibuat oleh EXCO Pemuda UMNO berkenaan terutama sekali ancaman bakar bunuh yang turut melibatkan seorang pegawai polis berpangkat ACP selain kejadian serangan di KKIA?

Atau akan disenyapkan dengan harapan, masyarakat akan mudah melupakannya apabila wujud banyak isu lain? Apakah isu keselamatan seperti ini akan dikompromi dengan isu-isu politik?

Saturday, November 30, 2019

IPCMC: PDRM SUDAH SEPATUTNYA DESAK DISEDIAKAN PERUNTUKAN KERUSI PARLIMEN BAGI MENGELAKKAN DIPERBODOH-BODOHKAN OLEH PARTI POLITIK!!!



Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan keputusan blok pembangkang untuk menolak usul Rang Undang-Undang (RUU) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang telah dibentangkan di Parlimen sebelum ini dan dibawa kepada 'special select committee' untuk mendengar pandangan dari pihak polis dan juga orang ramai termasuklah pakar perundangan.

Difahamkan, semua 'stakeholders' telah dirundingi dan 'special select committee' ini juga telah turun ke negeri-negeri untuk mendengar pandangan daripada semua pihak.


Namun menurut Ismail Sabri, setelah membaca laporan daripada 'special select committee' itu dan mendapat maklumat, ternyata bahawa 'select committee' itu hanyalah kosmetik dan lakonan semata-mata.

'Select committee' telah berunding dengan 'stakeholders' bersama pakar perundangan Perlembagaan yang juga dipanggil untuk memberikan pandangan. Mereka juga tidak bersetuju dan berpandangan bahawa IPCMC adalah bertentangan dengan Perkara 140 dan 135 Perlembagaan Persekutuan.


Pihak kerajaan bagaimanapun, tidak menghiraukan pandangan 'stakeholders' kepada 'select committee' itu dan tetap berhasrat untuk membentangkan RUU berkaitan. (RUJUK SINI)

Walaupun sehari selepas ulangtahun pertama kemenangan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan iaitu pada 10 Mei 2019 Ketua Polis Negara, Hamid Bahador menyatakan polis bersetuju dengan penubuhan IPCMC dengan jaminan peranan dan suara polis tidak akan terhakis (RUJUK SINI) namun pada 28 November 2019 yang lepas, Abdul Hamid sendiri meminta agar diberikan lebih masa dan ruang untuk libat urus dan berbincangan tentang isu-isu yang dibangkitkan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019. (RUJUK SINI)

Menurut Abdul Hamid, terdapat banyak isu yang dibangkitkan dalam cadangan RUU itu, tidak diberikan perhatian sewajarnya dan adil.


“Pada awalnya, saya mengalu-alukan IPCMC kerana saya percaya RUU itu bagus untuk negara kerana ia memberikan pendekatan menyeluruh dalam memantau PDRM tetapi akhir-akhir ini saya dapat lihat usaha untuk menyegerakan RUU itu di parlimen dengan banyak kekaburan dibangkitkan sendiri PDRM, adalah tidak bagus.

“Berikanlah masa untuk RUU itu diperhalusi dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan. Maka, akan ada undang-undang yang baik, adil untuk semua – kerajaan, rakyat dan PDRM apabila ia diluluskan parlimen,” katanya.

RUU IPCMC 2019 dijangka dibentang di Dewan Rakyat minggu depan. Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata cadangan penambahbaikan RUU itu dikemukakan kepada semua Ahli Parlimen.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan Menimbang Rang Undang-Undang mengesyorkan 36 perubahan kepada RUU IPCMC.



Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk Persatuan Pegawai Kanan Polis menggesa kerajaan menangguhkan rancangan untuk membentangkan RUU itu minggu hadapan kerana pandangan mereka tidak diambil kira dan tiada perubahan dibuat.

150,000 orang anggota dan pegawai polis sekarang, nasib mereka ditentukan oleh orang politik yang berselindung di sebalik IPCMC?


Sedangkan sepatutnya, sebelum rang undang-undang tersebut dibentangkan, orang politik dan kerajaan seharusnya menjaga kebajikan anggota pasukan itu dan keluarga mereka terlebih dahulu. Bukan tidak ada di Sabah dan Sarawak, pondok-pondok dan rumah-rumah polis dalam keadaan yang sangat daif dan memerlukan penambahbaikan tetapi langsung tidak dihiraukan. Bahkan banyak balai-balai polis di bandar-bandar besar termasuklah di Kuala Lumpur sendiri, prasarananya terlampau daif termasuklah alat pendingin hawa yang tidak berfungsi. 

150,000 orang anggota dan pegawai polis itu sedang bertugas dan mempertaruhkan masa dan nyawa mereka dalam mempertahkan keselamatan dan keamanan negara. Namun nampaknya, pihak kerajaan lebih berminat untuk menjaga keselamatan pihak penjenayah dengan mengenakan tekanan kepada PDRM. 

Sebenarnya IPCMC tidak perlu wujud pun kerana sudah ada undang-undang dan akta khusus yang lebih baik berbanding IPCMC iaitu EIAC atau Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Suruhanjaya tersebut bukan sahaja untuk pasukan polis, tetapi juga 21 agensi penguatkuasaan yang lain.

Mengapa Kerajaan Pakatan hanya berminat untuk memperuntukkan satu suruhanjaya khusus untuk polis sahaja? Apa sebenarnya yang cuba diselindungi dan dilindungi oleh pihak kerajaan dan orang-orang yang akan dilantik menganggotai IPCMC?


Keterdesakan Kerajaan Pakatan untuk menubuhkan IPCMC dan pada masa yang sama, sebahagian besar daripada mereka yang membela kumpulan pengganas, penjenayah dan kongsi gelap pula merupakan peguam-peguam yang juga merupakan pemimpin-pemimpin DAP, terlalu menimbulkan persoalan. Sebelum ini, merekalah yang paling lantang mengutuk dan mengkritik polis kerana melaksanakan penguatkuasaan yang mereka katakan sebagai mencabul hak asasi manusia. Namun sekarang, setelah menjadi kerajaan, mereka seolah-olah cuba membalas dendam terhadap polis menerusi kewujudan IPCMC. 

Tidakkah itu menimbulkan banyak persoalan dan teka-teki?


Mungkinkah sudah sampai masanya pula, PDRM dan ATM perlu meminta peruntukan agar sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen dikhususkan bagi setiap pasukan keselamatan tersebut supaya PDRM dan ATM tidak lagi diperbudak-budakkan oleh orang politik mahupun peguam-peguam yang menjadi orang politik. 

Selagi PDRM dan ATM berada di bawah telunjuk orang politik, bukan kata IPCMC sahaja yang akan ditubuhkan, bahkan apa sahaja operasi dan perancangan PDRM dan ATM untuk memastikan keselamatan negara, akan dikacau ganggu oleh mereka yang berkepentingan dalam politik di negara ini.

Banyak negara di dunia ini yang mengamalkan demokrasi termasuklah di beberapa buah negara jiran Malaysia, memperuntukkan sejumlah kerusi Parlimen kepada polis dan tentera mereka sekaligus menghalang orang politik daripada berbuat sewenang-wenangnya dalam keselamatan dan keamanan negara dengan memperkotak-katikkan polis serta tentera. 

Friday, March 16, 2018

PEMBOHONGAN TERBAHARU MAHATHIR TENTANG PEMECATAN ANWAR DAN POLIS, TUNJUKKAN BETAPA TERDESAKNYA BAPA MUKHRIZ!!!



Umum mengetahui yang Mahathir kini sedang cuba MEMPEMBETULKAN SEJARAH GELAP pentadbiran dan keberadaannya. Dari gaya pentadbiran, kesan pentadbiran dan polisi sehinggalah kepada masalah-masalah yang ditanggung oleh negara sehingga kini, Mahathir cuba berlepas diri dengan mencipta seribu satu macam dalih dalam usaha untuk mensucikan diri dan keluarganya. 

Biarpun bergelut dan sarat dengan pelbagai skandal pada zaman pentadbirannya, Mahathir bernasib baik kerana dia datang dari UMNO dan berkhidmat semasa di dalam UMNO. Secara tidak langsung, hampir kesemua keburukannya telah diserap oleh UMNO dan penggantinya. 

Bagaimanapun, Mahathir tidak berterima kasih dengan situasi tersebut sebaliknya, dalam usaha mengejar matlamatnya menyempurnakan pegangan kuasa di kalangan ahli keluarganya, Mahathir melupakan segala kewajaran sebaliknya Mahathir menyempurnakan prinsip yang telah diperkenalkan oleh Joseph Goebbels:


"PEMBOHONGAN YANG DIULANG BERIBU-RIBU KALI AKAN DITERIMA SEBAGAI SATU KEBENARAN" 

Antara pembohongan terbaharu Mahathir adalah dengan menyalahkan PDRM kononnya polis sebenarnya yang mendorong dia memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Kabinet dalam peristiwa yang berlaku 20 tahun lalu. 

Pembohongan dan penipuan terang-terangan Dr. Mahathir itu membuatkan bekas Ketua Polis Negara yang berkhidmat pada ketika pemecatan itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor membidas bekas Perdana Menteri tersebut. 

Kata Abdul Rahim, dia tidak mengetahui motif sebenar Dr. Mahathir dalam menimbulkan dakwaan berkenaan memandangkan polis tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyingkirkan mana-mana menteri. Sebaliknya kuasa menyingkirkan menteri kabinet berada di tangan Perdana Menteri. 

Jelasnya, perlantikan dan perlucutan jawatan tersebut hanya boleh dilakukan melalui cadangan Perdana Menteri dengan persetujuan Yang Di-Pertuan Agong. 


Anwar telah dipecat dari jawatan Kabinet pada 2 September 1999 dan seterusnya ditahan dan dipenjarakan pada 20 September. Ketika dibawa ke mahkamah untuk didakwa, mata Anwar didapati lebam dan rentetan peristiwa tersebut menunjukkan dia telah dipukul oleh Rahim. 

Rahim kemudiannya dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan didenda RM2,000 kerana memukul Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Rahuan mengekalkan hukuman pada April 2001.

Mahathir dalam satu wawancara berkata, dia tidak ada pilihan selain memecat Anwar apabila polis mengemukakan segala bukti kepadanya. Dia turut menyalahkan polis kerana tidak membenarkan Anwar dibicarakan.

PEMBOHONGAN TERBAHARU Mahathir itu turut ditempelak oleh pelbagai pihak termasuklah pihak yang sekarang ini sedang menyokongnya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan!


Saturday, December 9, 2017

DAKWAAN FATHIA LATIFF ADALAH SERIUS DAN PERLU DISIASAT SERTA DIAMBIL TINDAKAN!!!



Seorang pelakon wanita yang beberapa minggu ini menjadi sasaran kecaman netizen kerana kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan 'menghiburkan' di Twitter, hari ini membuat satu lagi kegemparan.

Fathia Latiff yang diketahui amat pro-Mahathir, mendakwa dia telah diserang oleh seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memberi amaran akan menembaknya. Lelaki berkenaan juga didakwa telah membaling rantai dan mengenainya.

Kenyataan yang dibuat oleh Fathia menerusi Twitter itu merupakan sesuatu yang sangat serius, walaupun beberapa pihak berpendapat pelakon tersebut sekadar membuat kontroversi untuk mendapatkan publisiti murahan.

Ada beberapa perkara yang agak pelik menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Fathia sendiri.

Agak aneh, mengapa ada orang yang sanggup membunuh seorang artis wanita gara-gara tidak senang dengan tweet yang dibuatnya. Lebih aneh lagi ialah, mengapa Fathia langsung tidak membuat laporan polis sekalipun nyawanya terancam. Sedangkan pada masa yang sama, dia juga mendakwa, dia mengenali lelaki tersebut, bahkan tahu nama lelaki yang mengugutnya itu.


Dengan kata lain, tidak sukar untuk Fathia membantu pihak polis menangkap dan menahan lelaki tersebut yang boleh mengancam atau pun mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Berkenaan parang yang dibawa oleh Fathia dan diletakkan di belakang keretanya, boleh jadi pelakon wanita tersebut sekadar bermegah-megah... kita bersangka baiklah bab ni. Lainlah kalau dia mengakui, dia membawa pistol atau senjata api.

Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya PDRM didesak dan diminta untuk menyiasat dakwaan Fathia Latiff. Kalau benar seperti yang didakwa, lelaki yang dikenali dan diketahui namanya oleh Fathia itu perlu ditahan dan disiasat.

Namun sekiranya dakwaan Fathia adalah palsu dan sengaja direka-reka, wajar pula PDRM menahan dan menyiasat Fathia Latif kerana telah menimbulkan kegusaran awam.


Tuesday, April 4, 2017

DUA KALI DEBAT NAZRI-MAHATHIR DIBATALKAN, POLIS PULA YANG DIPERSALAHKAN!!!



Polis dikecam dan dituduh mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO kerana tidak membenarkan debat antara Mahathir dan Nazri Aziz diadakan. 

Sudah dua kali debat antara kedua-duanya dibatalkan ekoran polis menarik balik permit kebenaran. Kali pertama pada 25 Mac di MRSM Kuala Kangsar, manakala debat pada 7 April nanti juga, telah dibatalkan apabila Polis Shah Alam menarik kembali permit yang diberikan. 

Semuanya kerana terdapat bantahan daripada orang awam. Dan polis terpaksa membuat keputusan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan mengikut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 yang telah digubal selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. 

keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada polis mengikut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 dan ia digubal selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tertakluk kepada Akta ini, Pasukan hendaklah diguna khidmat di dalam dan di seluruh Malaysia (termasuk perairan wilayahnya) bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan  mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan. 

Menurut Khalid, Seksyen 20 (3) akta sama juga memberikan polis kuasa budi bicara untuk menjalankan tugas itu demi kepentingan orang ramai.

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas atau mana-mana undang-undang lain adalah menjadi tugas seorang pegawai polis melaksanakan maksud yang tersebut dalam subseksyen 3(3); dan dia boleh mengambil langkah-langkah yang sah dan melakukan perbuatan yang sah yang perlu berkaitan dengannya, termasuk― 
(a) menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang menangkap; (b) memproses risikan keselamatan; (c) menjalankan pendakwaan; (d) memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran; (e) memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan; (f) melaksanakan saman, sepina, waran, perintah memenjara dan proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh manamana pihak berkuasa yang kompeten; (g) mempamerkan maklumat; (h) melindungi harta yang tidak dituntut dan yang hilang dan mencari pemunyanya; (i) menyita binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam; (j) memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta; (k) melindungi harta awam daripada hilang atau rosak; (l) menghadiri mahkamah jenayah dan, jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan menjaga ketenteraman di dalamnya; dan (m)mengiring dan menjaga banduan dan orang lain yang ada dalam jagaan polis

Dalam isu di Shah Alam, polis telah menerima 18 bantahan daripada orang awam yang menyebabkan polis Shah Alam terpaksa menarik kembali permit kebenaran yang telah dikeluarkan lebih awal. 

Segelintir pihak yang berasakan polis hanyalah budak bodoh yang mengikut arahan, memperolok-olokkan hasil risikan polis yang menunjukkan terdapat ancaman keselamatan dan huru-hara yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu ketika debat tersebut berlangsung.

Dengan gambaran yang diberikan konon-kononnya, kawasan debat tersebut hanyalah kilang dan tidak berpenghuni, pihak terbabit terlupa bahawa selain mereka dan penyokong mereka, lokasi berkenaan turut menjadi lokasi tempat orang bekerja dan mencari makan. 

Apa yang polis lakukan adalah betul apatah lagi pada sepanjang masa, keselamatan rakyat negara ini terjamin sehingga berasakan mereka menjadi terlalu istimewa tanpa menyedari bahawa faktor keselamatan yang mereka nikmati sekarang adalah hasil risikan dan kerja keras serta dedikasi yang diberikan oleh pegawai serta anggota-anggota PDRM yang mereka labelkan sebagai BODOH dan MENGIKUT KATA UMNO-BN. 

Ditambah pula dengan ancaman IS (Islamic State) dengan tangkapan demi tangkapan termasuklah ancaman yang lebih merbahaya termasuklah menggunakan bom petrol bagi tujuan memusnah dan membunuh anggota-anggota polis di beberapa buah balai polis termasuklah di Gurun dan Tapah sepertimana yang dilaporkan oleh media baru-baru ini, ancaman keselamatan bukanlah sesuatu yang boleh dipolitikkan.

Tidak logik langsung hujah yang mengatakan, polis membatalkan permit sebab tidak mahu Nazri kalah berdebat dengan Mahathir, sedangkan difahamkan antara yang membuat bantahan kepada polis agar debat tersebut dibatalkan adalah 'orang-orang' dan penyokong tegar Mahathir sendiri!

Berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, polis sekadar menjalankan kuasa budi bicara dan keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek bagi tujuan mengekalkan ketenteraman awam.

Thursday, June 16, 2016

BILA TEBUSAN DAH SELAMAT, MULALAH NAK BERLAGAK DAN PERTIKAIKAN KE MANA PERGINYA WANG TEBUSAN!!!



Rakyat Malaysia terutama puak-puak yang gagal memahami Bahasa Kebangsaan sama ada ianya ayat nyata atau subjektif, terlalu berpolitik sehinggakan mereka tidak peduli lagi dengan hal-hal yang berkaitan keselamatan. Bagi mereka sangat mudah, mereka bebas bercakap, pertikaikan atau berbuat apa-apa sahaja manakala hal-hal yang berkaitan keselamatan pula, diserahkan bulat-bulat kepada pihak berkuasa, khususnya polis dan tentera.

Empat orang rakyat Malaysia yang berasal dari Sibu telah dibebaskan daripada tawanan kumpulan lanun Abu Sayyaf. Sebaik-baik sahaja dibebaskan, wakil ahli keluarga keempat-empat tawanan tersebut mempertikaikan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa tiada wang tebusan yang digunakan untuk membebaskan keempat-empat tawanan tersebut.

Apabila Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan tersebut, maka meloncat dan melompatlah ahli keluarga berkenaan apabila mereka mula mempertikaikan tentang wang tebusan yang diserahkan kepada pihak polis. Wang tebusan yang berjumlah belasan juta ringgit tersebut dijadikan modal untuk menimbulkan persepsi bahawa PDRM telah menyonglap duit berkenaan.

Dibantu oleh portal-portal berita yang pro-DAP, cerita tersebut dikembangluaskan. Persepsi ditanam dengan niat jahat walaupun pada masa yang sama, keempat-empat tebusan berkenaan sudah pun selamat berada di kalangan keluarga masing-ku, sekaligus tiada seorang pun daripada mereka dipenggal kepala.

Ahli keluarga tersebut dibantu pula oleh agen-agen DAP mahu polis mengaku bahawa tebusan-tebusan berkenaan dibebaskan setelah wang tebusan diserahkan. Sedangkan pada masa yang sama, kenyataan Ketua Polis Negara itu boleh diertikan sebagai cubaan mengelak penculikan berasaskan keuntungan yang menjadi industri utama di Mindanao, Filipina.

Kenyataan bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri yang mengatakan, wang berkenaan telah didermakan bagi tujuan kebajikan di Filipina pula telah diputarbelitkan kononnya, Timbalan Perdana Menteri pula menyonglap wang berkenaan.

Kita tidak mahu memperkatakan tentang kutipan derma oleh DAP untuk membebaskan keempat-empat tawanan tersebut atau bertanya ke mana perginya wang-wang derma berkenaan.

Nampak sangat, golongan berkenaan langsung tidak tahu berterima kasih dan bersyukur. Wang tetap menjadi motif utama. Persoalan dan pertikaian terus dibangkitkan bertujuan untuk mewujudkan persepsi jahat terhadap PDRM walaupun PDRM telah berjaya menyelamatkan tebusan tersebut.

Nampak gayanya, PDRM tidak perlulah lagi menyibukkan diri dan membahayakan keselamatan anggota untuk menyelamatkan mana-mana rakyat Malaysia yang ditawan dan dijadikan tebusan di selatan Filipina.

Terbaru, berita tentang empat orang lagi rakyat Malaysia diculik dan dijadikan tebusan, kedengaran sejurus selepas keempat-empat tawanan dari Sibu itu dibebaskan!



Friday, March 25, 2016

SALUTE! TEAM 'THE MAGNIFICIENT 12' PDRM JAUH LEBIH MULIA BERBANDING TEAM MAHATHIR-KIT SIANG!!!



PENGHORMATAN UNTUK 'THE MAGNIFICIENT 12' , KUMPULAN PEGAWAI POLIS TERBAIK TUMPASKAN BOTAK CHIN!

Hari ini adalah Hari Ulang Tahun PDRM ke 209. Terlalu banyak kisah suka duka, semangat dan keperwiraan pasukan untuk diangkat. Namun aku mengambil keputusan untuk bercerita mengenai sebuah kumpulan pegawai dan anggota polis terbaik yang telah ditubuhkan khas oleh PDRM bagi memburu penjenayah 'legenda' - siapa lagi kalau bukan BOTAK CHIN.

Sedikit mengenai Botak Chin, rompakan terbesar yang pernah dilakukannya pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda.


Botak Chin kemudian ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru.

Keganasannya semakin menjadi-jadi apabila menembak Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, DSP S. Kulasingam untuk menghalang gerakan memburu ke atasnya.

Untuk itu, sebuah kumpulan khas yang digelar MAGNIFICIENT 12 telah ditubuhkan. Mereka adalah pegawai dan anggota detektif TERBAIK yang dipilih khas bagi memburu Botak Chin.

Pasukan itu dianggotai Tuan Gilbert Ang, Tuan Gui Poh Choon, Tuan Kenny Woodworth, Tuan Bahwandi Hiralal, Tuan G. Ralingam,Tuan Ong Kim Hock, Sarjan Chong Kam Wah, Koperal Leong See Fook dan empat lagi yang aku tak dapat kesan nama mereka.


Dalam tempoh hanya dua minggu pasukan khas itu ditubuhkan, iaitu pada 16 Februari 1976, mereka berjaya mengesan Botak Chin dan konco-konconya bersembunyi di sebuah kilang papan Eng Leong Swmill di Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pada pukul 10 malam, team Tuan Gilbert menyerbu di bahagian depan manakala team Tuan Kenny menyerbu di bahagian belakang.

Lalu berlakulah kejadian berbalas tembak yang sangat bersejarah di mana akhirnya dua pengikut Botak Chin berjaya ditembak mati manakala dua lagi termasuk Botak Chin parah ditembusi peluru.

Kehebatan MAGNIFICIENT 12 akhirnya berjaya menumpaskan serta melumpuhkan terus kekejaman penjenayah Botak Chin yang telah sekian lama diburu.

Namun sayang sekali, yang diangkat adalah Botak Chin kononnya dia penjenayah ala Robin Hood kerana memberi wang kepada orang miskin sedangkan kita terus melupakan jasa-jasa ahli kumpulan MAGNIFICIENT 12 ini khususnya dan PDRM amnya.

 "Kita ditipu sekian lama kononnya Botak Chin itu bagi duit untuk orang miskin, hakikatnya duit itu diberi sebagai upah kepada orang ramai agar memberi maklumat padanya jika ternampak kehadiran polis, " - Tuan Kenny.


Beberapa tahun lepas aku sempat bertemu dengan Tuan Kenny dan Tuan Bahwandi di rumahnya di Cheras. Tuan Gilbert sudah pun meninggal dunia manakala yang lain entah di mana dan apa khabar mereka.

Jadi sempena Hari Ulang Tahun PDRM ke 209 hari ini, aku abadikan penghormatan aku khas buat mereka, satu team yang telah mencatatkan sejarah tersendiri sebagai wira, wira yang dilupakan (unsung heroes).

 The one and only - The Magnificient 12.

 SALUTE!

Dari FB Shahril A. Kadir


Monday, November 30, 2015

BERAT DAKWAAN NIH!!! PENGGUNA FACEBOOK DAKWA DUA ANGGOTA POLIS DIRAKAM BUAT KERJA TIDAK BERMORAL!!!



Seorang pengguna Facebook mendakwa dua orang lelaki yang dipercayai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan kegiatan yang tidak bermoral (menerima rasuah) di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Azam Daniel berkata, dia mempunyai bukti bergambar yang dirakam tanpa pengetahuan dua lelaki terbabit yang menaiki kereta yang mempunyai logo PDRM, nombor pendaftaran WYT 5937. Dakwanya, dua anggota terbabit datang setiap bulan untuk mengambil 'duit tepi' dari seorang pengusaha besi lusuh yang beroperasi secara haram.


"Bro, aku ambil gambar ini tadi jam 4 petang. Diorang datang ambil duit dengan pemilik satu tempat kegiatan haram yang memang selalu diserbu oleh pasukan polis. Tak sempat rakam wajah mereka. Aku pernah laporkan di laman rasmi PDRM tetapi tiada tindakbalas. Memang selalu dua orang ini datang," kata Azam Daniel.

Gambar yang mula tersebar ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengakui tidak hairan dengan pendedahan itu.

"Mana-mana tempat seluruh negeri sama saja. Anggota jenis bilis kebanyakan inilah duit tepi diorang. Cari tauke jual nombor haram, tauke lori sawit, tauke-tauke yang ramai pekerja asing, boleh dikatakan ada saja lubang duit untuk mereka cari dengan alasan wang perlindungan," kata Rasztanz'der Kellanna.

"Benda ini dah lama berlaku. Kawan aku pun pernah buka kedai besi buruk. Hari-hari kena belanja anjing-anjing makan free," kata Ailias Azizan.

Dakwaan ini adalah amat berat dan jika terbukti benar, ini telah menjejaskan imej PDRM. Mohon Ketua Polis Negara siasat dan ambil tindakan terhadap mana-mana anggota PDRM yang terlibat. - THEHYPEMEDIA.COM


Saturday, November 28, 2015

SAH, CHARLES MORAIS CABUT LARI... POLIS CUMA KESAN TAPI TAK DAPAT TAHAN!!!



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan adik kepada mendiang Anthony Kevin Morais, Charles Morais sudah melarikan diri keluar dari negara ini melalui Tambak Johor.

Khalid berkata, Charles melarikan diri selepas mengadakan sidang media mendakwa beliau mempunyai bukti mengenai kes yang disiasat abangnya sebelum mati dibunuh. 

"Tindakan pengecut...sudah buat sidang media selepas itu lari. Polis mengesan dia melarikan diri melalui pintu Johor Bahru pada jam 1.30 pagi Khamis lalu," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, sebentar tadi. 

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, media sosial dan portal berita melaporkan baru-baru ini Charles membuat pelbagai dakwaan berhubung kes pembunuhan abang itu, antaranya (Kevin) terlibat dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Khalid berkata pihaknya akan memanggil peguam Charles iaitu Americk Sidhu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. 

"Jika dia (Americk) gagal membantu siasatan polis akan guna kaedah lain bagi mengesan Charles," katanya. 

Beliau berkata selain itu, polis juga membuka kertas siasatan terhadap Charles di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan maklumat dan Seksyen 124L kanun sama kerana cuba melakukan sabotaj. 

Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas setelah beliau dilaporkan hilang pada 4 September lalu. 

Kevin kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. (SUMBER)

Monday, November 23, 2015

ISU KAUNTER PERTANYAAN BALAI POLIS KAJANG KOSONG - TIADA ANGGOTA POLIS BERTUGAS, YANG TELAH VIRAL DALAM MEDIA SOSIAL.



1. Gambar yang memaparkan tiada anggota Polis bertugas di Kaunter Pertanyaan, Balai Polis Kajang yang telah disebarkan menjadi viral melalui laman sosial twitter, tidak memberi gambaran situasi sebenar ketika gambar tersebut dirakamkan.

2. Pada 20/11/2015, terdapat tiga orang anggota Polis bertugas di Kaunter Pertanyaan Balai Polis Kajang iaitu 2 orang anggota Polis berpangkat Lans Koperal (seorang lelaki dan seorang perempuan) dan seorang lagi Konstabel (lelaki).

3. Pada hari yang sama, lebih kurang jam 11.00 malam, dua orang lelaki India iaitu seorang yang bergelar Dato' bersama pemandunya sampai ke Kaunter Pertanyaan Balai Polis tersebut untuk membuat laporan polis. Ketika itu kedua-dua anggota Polis berpangkat Lans Koperal tidak berada di kaunter kerana seorang antara mereka pergi ke lokap (berhampiran Kaunter Pertanyaan) untuk mendapatkan senarai terkini orang tahanan manakala seorang lagi sedang menguruskan tangkapan seorang wanita di lobi balai yang sama. Manakala seorang lagi konstabel lelaki berada di Kaunter Pertanyaan tersebut sedang mengambil lapuran(repot) daripada seorang perempuan melayu yang datang lebih dahulu dari lelaki india bergelar Dato' dan pemandunya.

4. Semasa dua lelaki India itu ingin membuat repot, konstabel tersebut meminta mereka duduk dikerusi yang disediakan sementara menunggu giliran untuk membuat lapuran(repot).

5. Lebih kurang 5 minit kemudian, konstabel tersebut yang sedang melayan/menerima lapuran(repot) dari seorang wanita, ternampak lelaki india yang bergelar Dato' itu sedang menghalakan telefon bimbitnya dari tempat menunggu, seolah-olah hendak mengambil gambar keadaan Kaunter Pertanyaan tersebut. Tidak lama selepas itu, lebih kurang 2-3 minit, Lans Koperal lelaki yang telah selesai urusan di lokap, kembali ke Kaunter Pertanyaan dan mengambil lapuran(repot) dari salah seorang lelaki India tersebut.

6. Gambar yang dipaparkan dan disebarkan di laman media sosial itu tidak memberi gambaran sebenar kerana ketika itu terdapat seorang konstabel sedang bertugas mengambil lapuran ( repot) dan melayan seorang pengadu tetapi sudut gambar yang dirakamkan tidak menampakan konstabel tersebut.

7. Justeru, pihak polis meminta orang ramai agar tidak mudah membuat kesimpulan yang negatif semata mata berdasarkan gambar yang telah menjadi viral tanpa mendapat penjelasan dan pencerahan mengenai situasi yang sebenar.Tindakan individu terbabit adalah tidak wajar dan dilihat sengaja cuba memburuk-burukan imej Polis Diraja Malaysia.

ACP WILLEY ANAK RICHARD

Thursday, October 15, 2015

POLIS SELANGOR BURU TIGA LELAKI CINA SUSPEK JENAYAH... JOM BANTU POLIS!!!



Polis Kontinjen Selangor kini sedang mengesan tiga orang lelaki bagi siasatan kes melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian seorang lelaki Simpang Empat, Jalan Meru, Klang, Selangor.
Dalam kejadian tersebut, polis berjaya menahan dua suspek dimana salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan pihak polis masih memburu tiga orang lagi suspek yang dipercayai telah terbabit dalam kes melepaskan tembakan pada hari kejadian.


Butir-butir suspek seperti berikut:


Nama : OH CHEOK SENG
Nama Panggilan : AH LU
No.K/P: 641030-10-5621
Umur : 51 Tahun
Alamat : NO. 57, JALAN SENTOSA 53, KAWASAN 19 OFF JALAN BATU BELAH, 41450, KLANG, SELANGOR.


Nama : LOKE KOK CHEW
No.K/P: 621005-10-6237
Umur : 53 Tahun
Alamat : NO. 27, JALAN TIONG OFF JALAN MERU, 41050, KLANG, SELANGOR.


Nama : LIM HOCK SEONG
No.K/P: 870321-10-5321
Umur : 28 Tahun
Alamat : NO. 8, SOLOK MUDA 68A,TAMAN MERU SELATAN, 41050, KLANG, SELANGOR.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali dan menjumpai suspek, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, ASP Chua Hang Loun di talian 019-3193193 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara : 03-32902222.

POLIS SELANGOR


Thursday, October 1, 2015

SELAMAT JALAN WAHAI PERWIRA NEGARA YANG TIDAK DIDENDANGKAN OLEH LIM KIT SIANG DAN DAP KERANA TELAH BANYAK BUNUH KOMUNIS!!!


“I am Malay, I am Indian and I am also a Chinese. If someone talk bad about the Malay – it is like that someone is hurting one part of my body….”

Beliau adalah antara watak penting dalam PDRM yang melumpuhkan pengaruh komunis di bumi Malaysia.

Pada beberapa kesempatan, Yuet Leng telah menyamar sebagai pengganas komunis. Dia masuk ke dalam hutan dan menyusup ke dalam kelompok pengganas, penyergapan, pertempuran.

Biarpun, dari segi fizikalnya Yuet Leng seorang Cina namun beliau sendiri mengakui bahawa dalam dirinya mengalir jiwa Melayu dan India yang sangat menebal yang mana semuanya berlaku sejak beliau menjadi anggota polis.

''Jika boleh dibelah badan saya pasti anda akan melihat ia terbahagi kepada tiga, Melayu, Cina dan India. Jiwa saya begitu dekat dengan tiga bangsa ini kerana saya banyak belajar memahami adat dan budaya mereka ketika menyertai polis.

''Dalam polis tidak ada istilah bangsa dan kaum. Kami berjuang atas satu pasukan demi mempertahankan Malaya daripada ancaman komunis,'' katanya

Ada kisah yang lebih mengejutkan mengenai anak jati Perak ini, apabila selepas 31 tahun barulah doktor dapat menemui adanya peluru tertanam di dadanya.

''Pengganas komunis banyak kali cuba membunuh saya, tetapi saya tidak melarikan diri. Malah, selepas bersara pada 1984 komunis masih mahu membunuh saya.


Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mencadangkan supaya saya berhijrah ke negara lain.

''Pada mulanya saya bersetuju, tetapi kemudian memberitahu Tun Hanif, mengapa saya perlu melarikan diri? Malaysia adalah tempat saya dibesarkan,'' katanya

Yuet Leng menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi dalam usia 88 tahun. Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia sangat terhutang budi padanya.

SELAMAT JALAN TAN SRI, SALUTE!

Syahril A.Kadir


Thursday, September 10, 2015

SAMA MACAM BERSIH 4.0, POLIS JUGA TIDAK BENARKAN HIMPUNAN BAJU MERAH!!!



Polis menasihatkan supaya penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini memilih lokasi perhimpunan yang sesuai dan tidak mengadakannya di ibu negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pemilihan tempat yang sewajarnya bagi mengadakan perhimpunan yang dirancang itu bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang awam.

“Kami telah memutuskan untuk tidak membenarkan mereka berkumpul di bandar Kuala Lumpur. Kami meminta pihak penganjur untuk memikirkan tempat yang lebih sesuai. Hak untuk berhimpun dan meluahkan perasaan diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan pihak polis menghormati hak mereka itu.

“Bagaimanapun, pihak polis perlu juga memikirkan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat di Kuala Lumpur … ia akan mengganggu banyak pihak termasuk peniaga, pelawat dan pemandu teksi,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Anugerah Jasa Pahlawan Negara, lapor New Straits Times.

Khalid berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos yang lalu perlu dijadikan pengajaran.

Himpunan Rakyat Bersatu dirancang diadakan di Bukit Bintang dan Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu diadakan sebagai reaksi dan bantahan terhadap perhimpunan Bersih 4.0 lalu yang dikatakan telah menjejaskan kawasan perniagaan Melayu di ibu negara.

Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu akan mengadakan sidang media hari ini (Khamis) untuk memaklumkan perkembangan terkini berkenaan perhimpunan itu yang mendapat liputan meluas media. (FMT)


Saturday, September 5, 2015

MEREKA SAMSENG BILA DI KALANGAN MEREKA SENDIRI... SEKARANG POLIS SEDANG CARI MEREKA... JOM BANTU!!!



Mereka fikir, mereka tidak akan dikenali, tidak akan dapat dikesan dan komuniti mereka akan menyembunyikan mereka.

Mereka sangka, mereka amat kebal daripada sebarang tindakan undang-undang kerana MAJLIS PEGUAM akan sentiasa berada di belakang mereka.

Mereka jangka, DAP akan sentiasa mempertahankan mereka dengan menyebarkan dan membuat fitnah sambil menimbulkan pelbagai isu baru.

Jom kita bantu polis mengesan mereka ini!!!

Jom kita ajar mereka agar menghormati undang-undang di negara ini!

Jom kita beritahu mereka, mereka tidak lebih daripada sekadar sekenit yang perasan mereka adalah garuda!!!


Thursday, August 6, 2015

GAMBARAN YANG DIBERIKAN OLEH KIT SIANG DAN DAP TERHADAP PDRM DAN SPRM, TERLALU MENAKUTKAN!!!



Hari ini telah pecah sejarah apabila Lim Kit Siang seperti secara rasmi memohon maaf kepada SPRM dan mengesahkan keputusan siasatan SPRM sebelum ini bahawa Teoh Beng Hock, saksi utama SPRM menentang kes penyelewengan dan salahguna kuasa Ean Yong Hian Wah, salah seorang pemimpin utama DAP Selangor, adalah membunuh diri, apabila membuat lawatan dan kemudian mengisytiharkan sokongan kepada SPRM yang dilihat berkonfrontasi dengan PDRM.

Teoh Beng Hock adalah pembantu kan Ean Yong Hian Wah.

Gambaran yang sedang diberikan kepada awam sekarang adalah, SPRM sedang menjalankan tugas, manakala PDRM pula sedang menyekat kebebasan siasatan yang dilakukan oleh SPRM.

Dengan kata lain, Kit Siang dan gerombolannya cuba menggambarkan yang PDRM adalah anjing yang sedang menjaga tuannya, walaupun pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menyindir Melayu yang bertugas dalam PDRM dan SPRM sebagai pengamal rasuah.

Berpunca daripada sumpah yang dibuat oleh Pengarah Operasi Khas SPRM, Mohamed Bahri yang dilihat emosi apabila 7 orang pegawai SPRM dipanggil memberi keterangan oleh PDRM ekoran kebocoran maklumat dari SPRM sendiri, DAP yang diketuai sendiri oleh Lim Kit Siang segera mengambil kesempatan.

PDRM segera dilabelkan sebagai penjahat manakala SPRM pula sebagai hero. Segala kesalahan SPRM yang dicanang-canangkan oleh Pakatan Rakyat sepanjang beberapa tahun lalu, hilang dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas Pengarah Operasi Khas SPRM membuat sumpah atas nama Allah.

Hakikatnya, baik SPRM mahupun PDRM, kedua-duanya adalah entiti yang menjalankan tugas. SPRM sendiri tidak lepas daripada melakukan banyak kesilapan dan lompang tugas sebagaimana dalam beberapa kes sebelum ini yang telah didedahkan oleh media.

Kalau Xavier Justo disogok puluhan juta ringgit, mana mungkin SPRM dan PDRM sendiri bebas daripada wabak tersebut. Jadi, baik SPRM mahupun PDRM, kedua-duanya perlu bersih sama ada dilihat mahupun persepsi.

PDRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya menjalankan tugas menyiasat SPRM, bukannya atas arahan sesiapa sepertimana yang sedang ditohmahkan. Ia samalah seperti SPRM menyiasat pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis yang kemudian dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan rasuah serta penyelewengan, sudah pasti dijalankan atas tanggungjawab dan amanah, bukannya atas arahan sesiapa.

Dari KLExpress:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menjalankan siasatan dan tidak bertindak di atas arahan mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PRDM yang memanggil pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan selain merampas beberapa dokumen dan peralatan elektronik milik badan bebas rasuah itu.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak polis hanya menjalankan tugas dan tidak sama sekali bertindak di atas apa jua bentuk tekanan atau arahan dari mana-mana pihak.


“Kami jelas dalam hala tuju siasatannya ke atas kes di mana dokumen rasmi kerajaan dan perbankan yang dibocorkan, telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mengganggu-gugat kestabilan negara,” jelas beliau menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas mengenai siasatan yang sedang berlangsung, Khalid berkata, hasil siasatan itu akan dikemukakan kepada peguam negara untuk arahan lanjut.

“Umum harus faham bahawa setiap agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan sesuatu siasatan. Namun ia tetap selari dengan tujuan asal iaitu untuk mencari kebenaran.

“Atas dasar ini, PDRM tidak sesekali mengganggu siasatan atau mencampuri tugas dan tanggungjawab SPRM atau bertindak dalam apa juga cara yang boleh menjejaskan hubungan kerja antara agensi-agensi yang terbabit,” katanya lagi.

Penahanan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai akan menjejaskan siasatan badan tersebut terhadap SRC International Sdn Bhd.

Ini kerana menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Percegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali, peralatan pegawai-pegawai bertugas telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Khalid sehubungan itu mengingatkan semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang memecah belahkan perpaduan di negara ini.

“Berilah ruang dan peluang kepada agensi-agensi menjalankan tugas mereka tanpa sebarang campur tangan dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri,” tambah beliau.


Tuesday, July 21, 2015

DUA BEKAS KETUA POLIS NEGARA DESAK PDRM SEGERA SIASAT PIHAK YANG CUBA GULINGKAN KERAJAAN MALAYSIA!!!



Dua orang bekas Ketua Polis Negara mendesak agar PDRM bersegera melakukan siasatan terhadap pihak-pihak yang cuba mengancam keselamatan serta keamanan negara ini menerusi cubaan menggulingkan kerajaan Malaysia.

Ketua Polis Negara Ke-5, Abdul Rahim Mohd Nor berkata, polis seharusnya membuat kertas siasatan segera kerana ia adalah tugas mereka untuk menangani pihak yang cuba menggulingkan kerajaan negara ini secara haram, yang juga melanggar semua undang-undang negara ini .

"Proses menukar kerajaan di negar ini adalah menerusi pilihanraya (pilihanraya umum) dan mana-mana cara lain dianggap sebagai suatu kesalahan, berdasarkan kepada undang-undang dan Perlembagaan," katanya lagi.

Ketua Polis Negara Ke-4, Hanif Omar pula berkata, tiada salah pihak pembangkang untuk menukar kerajaan tetapi ia perlu dilakukan menurut undang-undang dan Perlembagaan.

Hanif Omar dan Rahim Nor memberikan komen ekoran dakwaan cubaan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggugat kestabilan dan melakukan ancaman ke atas keselamatan negara ini.

Dilaporkan beberapa orang pemimpin Pembangkang telah bertemu dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Juto untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Abdul Rahim bagaimanapun, tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan pasukan penyiasatan khas kerana bimbang ia akan menimbulkan kepanikan di kalangan awam.

"Apa yang penting ialah, bersegera mewujudkan siasatan dan saya percaya PDRM sedang melakukannya," katanya lagi.

Kata Hanif Omar, sebarang cubaan untuk menukar kerajaan tanpa mengikut undang-undang dan Perlembagaan merupakan kesalahan besar dan ianya bertentangan dengan kedudukan Malaysia yang merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.

"Dalam kes ini, tugas polis adalah untuk melakukan siasatan bagi mengenalpasti sama ada tindakan pihak berkenaan membabitkan perlanggaran undang-undang dan Perlembagaan," katanya - BERNAMA.


Friday, May 22, 2015

AKHIRNYA PDRM GUNAKAN KAMERA DAN 'MATA TAMBAHAN' UNTUK TANGKAP PESALAH JALANRAYA SERTA BASMI RASUAH JALANAN!!!



Polis dan kenderaan yang digunakan mereka akan mempunyai 'mata' dan 'telinga' tambahan, semuanya dalam bentuk elektronik pada masa akan datang.

Di bawah projek perintis di Serdang dan Shah Alam, pesalah akan ditangkap menggunakan kamera yang terdapat pada kenderaan peronda dan yang dipegang sendiri oleh polis peronda itu.

Kamera itu juga berfungsi untuk memeriksa kelakuan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tujuannya adalah untuk membuat orang ramai berasa lebih selamat.

"Ia akan dijalankan selama sebulan dan kita akan melihat bagaimana keberkesanannya.

"Dengan kamera tersebut, kita boleh merakam kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah serta salah laku anggota ketika sedang menjalankan tugas," katanya kepada The Star.

Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan kebertanggungjawaban anggota polis.

Beliau berkata langkah percubaan itu adalah sebahagian daripada matlamat jangka panjang untuk mewujudkan kepolisan moden.

Beliau berkata satu-satunya cabaran bagi melaksanakannya adalah untuk mencari wang agar ia dapat dijalankan di seluruh negara.

Beliau mengulas hasrat kerajaan untuk mengurangkan jenayah sebanyak lima peratus setahun. RMK-11 memerlukan kehadiran polis yang lebih ramai, dan juga sukarelawan.

Kerajaan mahu meningkatkan rasa aman dari 39 peratus pada tahun lepas kepada 60 peratus pada tahun 2020.

Ketua Polis Negara berkata, terdapat juga satu lagi projek perintis untuk mengurangkan bilangan polis di dalam kereta peronda daripada dua orang kepada seorang. Itu dilakukan di Petaling Jaya.

"Kenderaan peronda dikendalikan oleh seorang anggota polis tetapi ia hanya pada siang hari.

"Kami mahu mewujudkan kehadiran yang lebih baik dengan mempunyai lebih banyak kenderaan di jalan raya."

RMK-11 juga merancang agar polis dapat tiba ke tempat kejadian jenayah dalam tempoh lapan minit, satu pertiga lebih cepat daripada sekarang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, RMK-11 adalah tepat pada masanya kerana ia meletakkan keselamatan rakyat sebagai perkara utama.

"Saya yakin pasukan keselamatan akan dapat memenuhi matlamat yang ditetapkan di dalam rancangan tersebut.

"Dana yang diberikan dalam pelan itu juga akan memastikan keselamatan negara akan sentiasa terpelihara," katanya. (SUMBER)


Thursday, May 7, 2015

6 PEMANDU MYVI AHLI FMC TELAH BUNUH TIGA SEKELUARGA, KINI MEREKA CUBA JAHANAMKAN KERJAYA SEORANG PEGAWAI POLIS PULA!!!



Apabila Menteri KDN, Zahid Hamidi berkata, 'orang dalam' dalam isu Myvi langgar bunuh 3 sekeluarga, semua pakat mencari siapakah 'orang dalam' berkenaan. Ada yang membuat tuduhan melulu, 'orang dalam' berkenaan cuba melindungi perbuatan dan jenayah yang dilakukan oleh pemandu-pemandu Myvi berkenaan.

Berdasarkan daripada perbualan yang terakam dalam Whatsapp yang banyak diedarkan oleh warga netizen di media sosial, 'orang dalam' yang dimaksudkan adalah abang ipar salah seorang pemandu pembunuh itu yang merupakan seorang pegawai polis.

Dalam apa juga keadaan pun, apatah lagi dengan isu besar seperti ini, mana-mana pegawai dan anggota polis tidak akan dengan sengaja dan mencari nahas untuk menjahanamkan diri sendiri. Tidak mustahil sekiranya, nasihat diberikan oleh pegawai polis tersebut kepada si pemandu dan kawan-kawannya tetapi kalau untuk melindungi dan memalsukan laporan, ADALAH TERSANGAT MUSTAHIL.

Apatah lagi jikalau kes berkenaan sudah melibatkan nyawa!

Apa yang dilakukan dan pendedahan yang dibuat oleh ahli-ahli FMC itu, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menganiaya pegawai polis berkenaan. Bukan sahaja cubaan menjahanamkan kerjaya pegawai polis berkenaan, tetapi juga merosakkan integriti PDRM secara keseluruhannya.

Kumpulan tersebut yang berketuakan seorang penyokong PKR tegar, bukan sahaja telah membunuh tiga orang yang tidak bersalah, tetapi juga pada masa yang sama, cuba 'membunuh' seorang pegawai polis yang langsung tiada sebarang kaitan dengan mereka dan PDRM.

Gambar sebenar pegawai polis berkenaan didedahkan DI SINI.


Tuesday, May 5, 2015

KES MYVI PEMBUNUH: POLIS TELAH 90% BERJAYA SELESAIKAN SIASATAN!!!



Mungkin media-media massa dan elektronik arus perdana kurang memperkatakan tentang kes Myvi Pembunuh yang telah mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia 7 bulan di Lebuhraya DUKE beberapa hari lepas. Namun di Facebook dan media-media sosial lain, ia merupakan topik yang paling hangat diperkatakan.

Malahan lebih tepat lagi, 'BERJAYA MENCUNGKIL BAKAT PENYIASAT, PENDAKWARAYA' bahkan petanda ke atas mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.

Penglibatan aktif pengguna media sosial terutama sekali Facebook dilihat berjaya membuatkan kelab automatif yang ahli-ahlinya disyaki terlibat dalam perlumbaan haram sehingga mengorbankan keluarga berkenaan, keluar dari persembunyian dan terpaksa bersemuka dengan dua orang anak pasangan tersebut serta ahli-ahli keluarga yang diamanahkan untuk menjaga mereka. Malah penglibatan aktif pengguna media sosial juga, menyebabkan beberapa perkara yang berkaitan, termasuklah kaitan antara kelab automatif tersebut dengan parti-parti politik tertentu yang gemar menjadikan jalan sebagai medan mereka meluahkan perasaan, terbongkar.

Namun dari satu sudut lain, PDRM terus menjalankan kerja mereka tanpa terpengaruh dengan demam di media-media sosial. Pelbagai aspek dipertimbangkan, malahan siasatan turut dijalankan ke atas 'orang dalam' yang dimaksudkan oleh ahli kelab tersebut yang kononnya akan membantu mereka bersembunyi atau menyembunyikan kes berkenaan.

Dalam siaran berita di radio jam 8:30 pagi tadi, PDRM mengumumkan yang mereka telah 90% selesai menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan. Pun begitu, dalam satu siaran media yang diedarkan, PDRM meminta agar pelbagai pihak berhenti daripada 'mengganggu' tugas-tugas polis selain menjelaskan bahawa MIROS tidak terlibat dalam siasatan polis memandangkan tugas MIROS adalah melakukan penyelidikan dalam aspek keselamatan jalanraya.

Kes ini memperlihatkan terlalu banyak pihak yang gila nak bersuara sehingga rakyat sendiri keliru, pihak manakah sebenarnya yang berkuasa dalam melakukan siasatan dan seterusnya mendakwa mereka yang terlibat dalam 'pembunuhan' ini.

Penjelasan yang diberikan oleh PDRM itu, diharapkan dapat mengurangkan pelbagai cakap-cakap pandai yang semakin lama semakin ketara di kalangan rakyat Malaysia.


Wednesday, April 8, 2015

WIRA TIDAK DIDENDANG TRAGEDI HELIKOPTER TERHEMPAS... ALLAHYARHAM RAZAKAN SANGGUP GADAIKAN NYAWA SELAMATKAN PRINSIPALNYA WALAUPUN DIA SENDIRI MAUT!!!



TUARAN - Isteri Koperal Razakan Seran menyifatkan suaminya sebagai seorang pengawal peribadi yang bertanggungjawab kerana sehingga ke akhir hayatnya anggota polis itu cuba melindungi majikan beliau, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Ketika mayat ditemui, petugas forensik memberitahu arwah dalam keadaan berpelukan dengan arwah majikannya. Jenazah Razakan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Damit dekat sini pukul 12 tengah malam kelmarin. 

Sementara itu... 

"Ngagad kam meh, muleh pan aku." 

Itu mesej WhatsApp terakhir Koperal Razakan Seran, 31, sebelum pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis itu terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih. 

Pesanan bermaksud 'tunggu kamu sana, saya balik juga ni nanti' dihantar oleh Allahyarham kepada ahli keluarga serta rakan sekampungnya menerusi kumpulan WhatsApp 'Warga Saradan'. Ia merujuk mengenai kepulangannya ke kampung halamannya iaitu Kampung Saradan dekat Tenghilan di sini, pada Aidilfitri nanti jika dapat bercuti. 


Malah, arwah juga menghantar gambarnya memakai kemeja biru dipercayai dalam helikopter dan menyatakan dia sedang menunggu Allahyarham Jamaluddin. 

Jasad kedua-dua ditemui dalam keadaan menyentuh hati yang mana jasad Koperal Razakan erat memeluk majikan Tan Seri JJ, sehingga akhir hayat nya Koperal Razakan bertugas untuk Majikan nya. (SUMBER)

Al-fatihah
 
Blogger Templates