Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label mara. Show all posts
Showing posts with label mara. Show all posts

Friday, April 14, 2017

SPRM TAK TOLAK PENANGKAPAN SETELAH MAKLUMAT BARU SALAH LAKU BEKAS MENTERI MARA DIPEROLEHI!!!



Siapakah bekas Menteri yang sedang tidak senang duduk dengan perkembangan terbaharu membabitkan SPRM?

Dilaporkan SPRM sedang meneliti maklumat baru yang diterima berhubung dakwaan salahlaku seorang bekas menteri yang dikaitkan dengan pembelian sebuah hartanah oleh anak syarikat MARA Incorporated di Melbourne, Australia.

Siasatan kes tersebut yagn dijalankan sebelum ini, akan disambung semula ekoran bukti dan maklumat yang telah diperolehi. Menurut Timalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam baki, pihaknya akan memanggil lebih ramai saksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan tersebut dalam masa terdekat.

Keterangan tidak sahaja diambil daripada saksi-saksi dalam negara tetapi juga dari luar negara. Dato Azam turut tidak menolak tangkapan akan dibuat ke atas mereka yang terlibat sekiranya perlu dalam jangka terdekat.

Pada 5 November 2015, MARA mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARA Inc. Datuk Abdul Halim A Rahim ekoran skandal pembelian hartanah luar negara. Perkara tersebut diumumkan oleh... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Tuesday, January 5, 2016

MARA DIGITAL MALL BENAR-BENAR MEREBUS HATI DAN EGO PUAK-PUAK DAP DAN PENYOKONG MEREKA!!!



Tempoh tiga bulan MARA Digital Mall di Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Raja Laut ditutup telah pun berlalu. Tidak seperti yang dijangkakan, pusat membeli-belah barangan komunikasi yang diwujudkan selepas tragedi Low Yatt Plaza tiada sebarang tanda-tanda akan ditutup, ditambah pula dengan bantuan dan sokongan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterajui oleh Ismail Sabri.

Ketika pengumuman bahawa akan diwujudkan sebuah panel di mana barangan akan melalui entiti tersebut sebelum dijual bagi memastikan ketulenannya, maka bersuaralah para pemimpin DAP dan penyokong mereka yang menyamar sebagai penyokong UMNO tetapi sentiasa memberikan maklumat yang salah kepada masyarakat serta pembacanya.


Yang menariknya, bekas pendatang yang kemudiannya mendapat keistimewaan sehingga dibolehkan menjadi Ahli Parlimen turut mempertikaikan kewujudan MARA Digital Mall yang diperuntukkan untuk Bumiputera sambil menimbulkan isu-isu perkauman.

Mereka terlupa bahawa MARA Digital Mall itu terletak di bangunan MARA. MARA diwujudkan untuk memajukan orang Melayu dan Bumiputera Malaysia. Dan MARA sekalipun untuk Melayu-Bumiputera, turut mengambil kira matlamat penubuhannya yang bertepatan dengan Perlembagaan Pesekutuan.

Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Subang turut mempertikaikan perlantikan sebuah agen tunggal yang akan memastikan barangan yang dijual di MARA Digital Mall adalah barangan tulen. Teresa Kok juga nampaknya tidak berpuas hati. Beberapa pemimpin DAP lain yang sebelum ini begitu kuat kecinaan mereka, turut memperkecil-kecilkan penubuhan pusat membeli-belah tersebut.


Kalau hendak diharapkan sokongan daripada puak-puak itu, jangan haraplah kerana mereka sangat-sangat menjaga kepentingan kaum mereka. Mereka akan menggunakan isu perkauman untuk menunjukkan bahawa penubuhan MARA Digital Mall sebagai tidak selayaknya ada di negara ini.

Perasaan sakit hati itu semakin bertambah-tambah apabila Ismail Sabri mengumumkan penubuhan dua lagi MARA Digital Mall di Shah Alam dan di sebuah tempat lain. Persepsi buruk terus diberikan dengan kerjasama seorang 'MAMAK' yang kecewa kerana gagal memperolehi projek IPP dengan kerajaan Malaysia.

Digital Mall MARA memerlukan sokongan dan dokongan. Inilah masanya untuk menunjukkan siapa yang mempunyai kuasa beli yang lebih besar. Kalau kuasa beli tidak besar, para pemimpin DAP tidakan akan riuh rendah seperti sekarang.

Yang pasti, mereka amat bimbang para penyokong mereka yang sudah lama menghirup darah rakyat Malaysia dengan pelbagai barangan tiruan dan penipuan dalam perniagaan, perlahan-lahan ketinggalan dengan penubuhan MARA Digital Mall.


Friday, October 23, 2015

PEGAWAI MARA YANG DIFITNAH RAFIZI RAMLI DALAM ISU JUAL BELI HARTANAH DI AUSTRALIA, DINASIHATI SAMAN MALU RAFIZI 'SUTUN'!!!



Pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang didakwa terlibat dalam skandal urusan jual beli hartanah di Australia boleh mengemukakan saman peribadi terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pandangan itu diberikan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, ekoran kelancangannya yang menuduh pegawai berkenaan terbabit dalam kes itu sedangkan perincian mengenainya belum didedahkan lagi.

“”Saya serahkan kepada pegawai berkenaan. Pegawai berkenaan boleh ambil tindakan atas kapasiti peribadi jika merasakan tuduhan itu menjejaskan,” katanya.

Annuar berkata, adalah satu tindakan tidak wajar untuk terus menghukum pegawai berkenaan sedangkan kes itu sedang disiasat dan keputusan sama ada bersalah atau tidak belum diputuskan.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, tindakan Rafizi itu menggambarkan sikap pembangkang yang terus mahu menjatuhkan hukuman walaupun siasatan belum selesai dan ia merupakan satu tindakan tidak beretika.

“Mana-mana nama sahaja boleh disebut. Hanya sebut nama sahaja, kita tidak boleh terus menghukum pegawai berkenaan. Ia melibatkan masa depan orang, kita tidak boleh hukum sesuka hati” ujarnya. (FMT)


Tuesday, July 7, 2015

PEMBELIAN ASET DI AUSTRALIA OLEH MARA INC. MENGIKUT PROSEDUR DAN TIDAK ADA SEBARANG KERUGIAN SEPERTI YANG CUBA DIGAMBARKAN OLEH RAFIZI RAMLI DAN DIKALUTKAN OLEH ANNUAR MUSA!!!



Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempertahankan pendiriannya dengan bertegas bahawa proses pembelian empat hartanahnya di Australia dibuat mengikut prosedur.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, walaupun terdapat dakwaan ia dibeli pada harga tinggi tanpa mengikut nilai harga semasa, namun Mara Inc hanya merujuk kepada penilainya yang telah dilantik semasa urusniaga pembelian dijalankan.

“Penilai-penilai yang dilantik oleh Mara Inc adalah jurunilai yang bertaraf antarabangsa di Australia, bukan yang tak ada pengalaman.

“Kita tahu semasa pembeliannya, ia dibeli jauh lebih rendah daripada penilaian, kalau ada jurunilai lain yang menyatakan sebaliknya, kita hanya memakai jurunilai yang kita lantik…jurunilai ini ada tafsirannya yang pelbagai,” katanya pada sidang media selepas melancarkan majlis Penghayatan Wastiyyah dan Ihya’ Ramadan Mara di sini, Isnin.

Shafie yang juga menteri bertanggungjawab terhadap Mara berkata, syarikat antarabangsa yang terlibat dalam penilaian keempat-empat hartanah Mara itu dikenali sebagai Raine & Horne International.

“Pihak bank juga bersetuju dengan syarikat penilai antarabangsa ini, yang mempunyai pengalaman” katanya.

Shafie berkata demikian sebagai merujuk kepada pembelian hartanah 746 Swanston Street, Dudley International House, 21 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Australia.

Mengulas lanjut, Shafie berkata, selain pembelian dibuat pada harga yang lebih rendah dari nilai semasa, pembelian hartanah itu yang dijalankan sekitar tahun 2012 dan 2013 itu juga telah mendatangkan keuntungan, berdasarkan penilaian terkini pada Disember 2014.

“Yang menggembirakan kita aset ini sangat produktif, misalnya Dudley House masa kita beli nilainya AUD22.6 juta, sekarang nilainya AUD27.95 juta.

“Ia fakta, tak ada kerugian. Tak ada keraguan tentang aset ini yang memberikan keselesaan kepada anak-anak kita dan yang penting dari segi pengurusan dan keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie berkata, Mara akan tetap memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes ini.

Beliau berkata, jika siasatan membuktikan berlakunya penyelewengan dalam urusniaga ini, Mara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat.

Katanya, dokumen-dokumen berkaitan telah pun diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut, selain mengambil tindakan ‘merehatkan’ Pengerusi Mara Inc, Datuk Mohammad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutif Mara Inc, Datuk Abd Halim A Rahim.

“Tindakan ini tak bererti mereka ini salah dan dihukum. Ia adalah amalan biasa bagi membolehkan siasatan dapat dilakukan dengan lancar tanpa ada gangguan dan tohmahan,” katanya. (SUMBER)


Monday, July 6, 2015

ANNUAR MUSA MINTA NAK BERJUMPA KETUA POLIS NEGARA TENGAH HARI INI... ADAKAH KERANA PENDEDAHAN LANJUT RAFIZI RAMLI YANG MALAYSIAKINI PUN TAK YAKIN?



Berita radio jam 11:30 pagi tadi menyatakan, Pengerusi MARA yang akan tamat kontrak dalam tempoh dua minggu sebagai Pengerusi, Annuar Musa telah meminta untuk bertemu dengan Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman. Ketua Polis Negara dilaporkan bersetuju untuk mengadakan pertemuan tersebut tetapi menyatakan, 'tidak tahu mengapa pertemuan tersebut mahu diadakan oleh Pengerusi MARA'.

Sementara itu, Rafizi Ramli cuba melakukan kejutan dengan menyatakan, 5 orang Pemuda UMNO terlibat dalam 'skandal tanah MARA di Australia'. Rafizi Ramli cuba menimbulkan persepsi bahawa terdapat konspirasi untuk menaikkan harga hartanah di Australia (RUJUK SINI)


Cerita tentang MARA ketiadaan duit untuk membiayai pelajaran dan pendidikan Melayu-Bumiputera, sudah mula kedengaran dan sudah mula dipercayai oleh golongan terlebih cerdik. Lebih menarik lagi ialah apabila yang dikatakan skandal itu pula, digambarkan sebagai pembelian tanpa aset atau pembelian aset yang merugikan kerana dibeli pada harga tinggi.

Kelam-kabut Annuar Musa kelihatan amat menarik untuk diperhatikan dan diperhalusi. Apa sebenarnya yang menjadi agenda Annuar Musa apabila dia menolak laporan awal PDRM bahawa tidak terdapat sebarang elemen rasuah atau salahguna kuasa MARA Inc. dalam urusniaga aset-aset yang dipertikaikan itu.

Kenapa perlu MARA Inc. dipersalahkan dalam hal ini.

Secara ringkas, sesuatu cadangan akan dibentangkan di atas kertas (proposal) yang disediakan oleh pegawai majlis. Kertas cadangan tersebut kemudiannya dimajukan kepada Jawatankuasa Pelaburan yang kemudian setelah ada persetujuan, akan dihantar pula kepada Lembaga MARA. Ahli Lembaga MARA akan membuat penilaian kepada cadangan berkenaan dan dirujuk kepada Pengerusi MARA. Pada masa yang sama, cadangan tersebut juga akan dibincang dan kemudian sama ada diterima atau ditolak oleh Majlis Ekonomi Negara yang dianggotai oleh pelbagai nama besar dan berpengaruh dalam bidang kewangan, ekonomi dan perbankan.

Terlebih dahulu, segala sebut harga akan dibuat berpandukan kepada penilaian sebuah atau beberapa buah agensi pentaksir yang dilantik.

Justeru, tindakan Annuar Musa secara tergesa-gesa menggantung tugas Pengerusi MARA Inc. dan CEO MARA Inc. sesungguhnya menimbulkan banyak pertanyaan.


Yang dipersoalkan adalah mengapa MARA Inc. membeli pada kadar harga yang lebih besar berbanding harga jualan oleh Australia. Yang tidak diperkatakan ialah, pembabitan agen yang menguruskan pembelian tersebut.

Baik Rafizi Ramli mahupun pihak yang menuduh wujudnya penyelewengan, cuba menggambarkan bahawa MARA Inc. membeli aset-aset berkenaan secara terus, bukannya melalui agen. Dan gambaran yang diberikan sekarang adalah seolah-olah hanya MARA Inc. sahaja yang membida aset-aset berkenaan tanpa perlu bersaing dengan entiti-entiti lain sedangkan aset yang dipersoalkan itu terletak di kawasan yang amat strategik membabitkan 10 unit 9 apartment di Dudley dan terletak di hadapan Monash University serta berprospek tinggi sebagai penempatan pelajar-pelajar universiti berkenaan.

Apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Annuar Musa dan Rafizi Ramli?


Friday, July 3, 2015

ISU MARA: DAP MENANG LAGI MENERUSI TINDAKAN KALUT GANTUNG PENGERUSI DAN CEO MARA INC.?



Ada macam sesuatu yang tidak kena dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia. Beberapa kekalutan di Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng, terutama sekali desakan agar Lim Guan menjawab tentang kehilangan lebih RM350 juta atas nama feasility study dan kaitan dengan fund-manager di Hong Kong, secara tiba-tiba hilang apabila DAP dengan bantuan Rafizi Ramli mencungkil tentang MARA dan pembelian aset-aset pada kadar harga tinggi, selain tuduhan mereka, syarikat-syarikat diwujudkan untuk mengganyang wang orang Melayu dalam MARA.

Umum mengetahui kebencian dan iltizam DAP untuk menghapuskan MARA yang bagi mereka hanya membantu Melayu-Bumiputera dan langsung tidak bermanfaat kepada kaum bukan Melayu-Bumiputera.

Pembelian beberapa aset di Australia dan London, cuba dijadikan sebagai isu rasuah dan penyelewengan. Mereka cuba menjadikan pembelian tersebut sebagai pembelian atas angin dan pembelian kerugian walaupun hakikatnya aset-aset tersebut benar-benar wujud dan terletak di kawasan yang berharga tinggi.

Penggantungan Pengerusi dan CEO Mara Inc. yang dibuat oleh Pengerusi MARA, agak menarik kerana tindakan tersebut sebenarnya lebih kepada bertujuan untuk menunjukkan MARA lebih telus dan bersedia untuk disiasat.

Sementara itu, MARA dilaporkan tidak berpuas hati dengan kesimpulan yang dibuat oleh PDRM bahawa tiada sebarang unsur-unsur rasuah yang berlaku dalam transaksi berkenaan.

Pembabitan TV3 dalam isu ini menerusi pembesaran isu yang dibangkitkan oleh Rafizi Ramli dan DAP juga semakin menarik. Apatah lagi dengan penggunaan SHELL COMPANY yang sebenarnya merupakan ambilan langsung daripada tuduhan Rafizi Ramli tanpa mengambil kira cerita sebenar MARA.

Dan apabila TV3 kelihatan bersungguh-sungguh mahu memusnahkan MARA dengan laporan-laporan itu, sama seperti mereka bersungguh-sungguh melaporkan tentang pembalakan dan pencerobohan haram Bukit Cerakah pada penghujung pentadbiran Khir Toyo dahulu, sudah pastilah, ada tangan-tangan ghaib yang sedang cuba bermain politik untuk menakutkan seseorang di dalam MARA.

Selain daripada tuduhan melakukan pembelian aset pada kadar harga yang lebih dan mempunyai unsur-unsur rasuah serta penyelewengan, apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa Annuar Musa kelihatan amat kalut untuk menggantung tugas CEO dan Pengerusi MARA INC. tanpa merujuk kepada Kabinet terlebih dahulu?

Bagaimana pula pembelian secara lebih harga itu boleh melepasi tapisan Majlis MARA, Pengerusi, KKLW, Menteri KKLW, Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan? Seandainya terdapat unsur-unsur rasuah, berapakah nilai rasuah yang diterima bagi setiap lapisan tersebut sebelum transaksi dibuat?

Atau sebenarnya ia melibatkan broker yang mengaut keuntungan berlebihan?

Pelbagai persoalan boleh ditanya... lebih-lebih lagi tindakan Pengerusi MARA menggantung tugas CEO dan Pengerusi MARA Inc. yang merupakan investment arm MARA yang cukup berjaya sebelum ini yang dibuat secara tergesa-gesa....

BACA JUGA THE UNSPINNERS


Wednesday, June 24, 2015

MARA INC. DIBERIKAN TEMPOH SEMINGGU JELASKAN DAKWAAN BELI HARTANAH DENGAN UNSUR RASUAH DAN SELEWENG!!!!



Majlis Amanah Raya (Mara) memberi tempoh seminggu bermula Rabu kepada anak syarikatnya Mara Incoporated (Mara Inc) untuk menjelaskan dakwaan yang dibangkitkan oleh sebuah akhbar di Australia, The Age berhubung urusniaga pemilikan hartanah di Melbourne yang disifatkan mempunyai unsur-unsur rasuah.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penjelasan bertulis itu akan dibincangkan di peringkat Majlis Mara dalam tempoh dua minggu lagi untuk tindakan susulan.

"Kita beri Mara Inc selama tujuh hari untuk beri penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan oleh akhbar The Age itu.

"Selepas itu, dalam masa 14 hari kita akan panggil mesyuarat majlis untuk teliti satu persatu penjelasan tersebut dan tentukan langkah-langkah yang akan diambil," katanya pada satu sidang media, Rabu.

Pembelian bangunan di Melbourne itu adalah untuk dijadikan asrama pelajar yang dibiayai Mara.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mara Inc, Datuk Abd Halim A Rahim turut menemuinya pada Selasa berhubung isu tersebut.

Namun, kata Annuar, beliau tetap mahukan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan akhbar The Age dalam bentuk penjelasan bertulis.

"CEO (Mara Inc) Datuk Abd Halim ada jumpa saya semalam (Selasa) tapi saya mahu laporan bertulis," katanya.

Pada masa yang sama, Annuar menambah, Mara telah menjalankan siasatan mendalam terhadap Mara Inc dua bulan sebelum The Age membuat pendedahan tersebut.

Jelas beliau, pendedahan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan menyifatkan ia sebagai maklumat tambahan bagi membantu siasatan.

"Sebelum disiarkan dalam The Age, Mara Inc sudah pun dalam proses pengauditan Mara. Anak syarikat itu juga dalam tindakan Unit Integriti Mara yang dipengerusikan pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Ini bukan perkara mengejut bagi kita. Mara dah ambil tindakan dalaman. Kita hanya anggap ia (laporan akhbar tersebut) sebagai maklumat untuk kita ambil tindakan susulan," katanya.

Menurut beliau, Mara akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa yang menyiasat kes tersebut supaya individu yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita harap SPRM akan siasat kes ini sedalam-dalamnya dan kita akan beri kerjasama penuh. Tiada siapa pun akan dilindungi sekiranya ada perkara berkait dengan pelanggaran undang-undang berlaku. Tindakan tegas harus diambil," katanya. (SUMBER)


Wednesday, May 6, 2015

GENIUS MATEMATIK GILA GAMBAR LUCAH BUDAK-BUDAK... KHAIRY KATA TIADA PELUANG KEDUA, MARA KATA PINJAMAN DITAMATKAN DAN PERLU BAYAR BALIK SEGERA!!!



Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan bahawa keputusan menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer Nordin yang disabitkan bersalah kerana memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak, kekal.

Pengarah Komunikasi Korporat MARA Rohayah Mohd Zain berkata Nur Fitri Azmeer juga dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan.

Pada Sabtu lepas, MARA dalam satu kenyataan menyebut tindakan itu diambil setelah Mahkamah Southwark Crown, London pada 30 April, mensabitkan kesalahan Nur Fitri Azmeer yang mengaku melakukan perbuatan itu.

Pinjaman pelajaran remaja itu digantung sejak November 2014, iaitu ketika mula ditahan reman atas pertuduhan berkenaan, kata Rohayah dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam catatan terbaharu di laman Facebook miliknya, secara peribadi berpendapat Nur Fitri Azmeer perlu dibantu menjalani pemulihan dan meneruskan pelajarannya.

"Sama ada di bawah tajaan MARA atau tidak, adalah perkara lain.

"Saya berharap pihak tertentu termasuk pemimpin yang kelihatan terburu-buru membuat kenyataan tanpa berfikir panjang agar lebih berhati-hati dan sensitif. Membantu rakyat yang bermasalah adalah tanggungjawab kita," katanya. (SUMBER)


 
Blogger Templates