Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ops warta. Show all posts
Showing posts with label ops warta. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

GAGAL BAYAR 10 SAMAN TRAFIK DAN DENDA RM6400, REMAJA KENA PENJARA 640 HARI... NGEH KOO HAM GAGAL BAYAR 76 SAMAN TRAFIK, BEBAS LAGI!!


Seorang remaja hari ini dipenjara 640 hari oleh Mahkamah Majistret di sini kerana gagal membayar denda RM6,400 atas 10 saman trafik.
S M Jagathiswaran, 18, mengaku bersalah atas 17 pertuduhan, membabitkan 10 saman pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan, tidak dilindungi insurans, tidak mempamerkan nombor plat kenderaan dan tiada cermin pandang belakang, sejak Januari 2012 hingga Disember 2013.
Bagi kesemua pertuduhan itu, Majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor memerintahkan Jagathiswaran membayar denda, masing-masing antara RM250 hingga RM550, kesemuanya berjumlah RM6,400.
Ketika rayuan, Jagathiswaran yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda paling ringan atas alasan dia menanggung bapanya serta adiknya yang masih belajar.
Sebelum prosiding, Jagathiswaran yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta telah diserang penyakit asma hingga memaksa ahli keluarga dan polis mahkamah membantu menenangkannya semula. 
Selain Jagathiswaran, dua lagi lelaki turut dipenjara kerana gagal membayar denda setelah mengaku bersalah atas pelbagai kesalahan trafik, masing-masing selama 95 dan 70 hari.
Pengganggur, M Balakumar,34, didenda RM950 atau 95 hari penjara atas tiga pertuduhan manakala S. Siva Sangarah, 19, penjilid buku, didenda RM700 atau 70 hari penjara atas dua pertuduhan.
Jagathiswaran, Balakumar dan Siva Sangarah adalah antara 29 orang yang dihadapkan di mahkamah yang sama hari ini atas pelbagai kesalahan trafik sejak 2008 hingga 2013.
Daripada jumlah itu, terdapat juga pelajar sekolah, pemandu teksi dan penganggur yang didakwa dan selain Jagathiswaran, Balakumar dan Siva Sangarah, individu lain (25 orang) membayar saman mereka dan satu waran tangkap dikeluarkan kerana gagal hadir. 
Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Inspektor Hashimah Hashim. - Bernama

Wednesday, May 27, 2015

NGEH KOO HAM BERANG BILA RAHSIA DIA TAK BAYAR 76 SAMAN TRAFIK DIDEDAHKAN!!!

Reaksi yang diberikan oleh para pemimpin DAP/PKR kepada akhbar berbahasa Cina berhubung saman trafik tertunggak yang telah disiarkan sebelum ini.

PEMANGKU PENGERUSI DAP dan AHLI PARLIMEN CHERAS, TAN KOK WAI - 70 SAMAN:
"Saya telah memeriksa di atas talian dan mengesahkan yang MCA bercakap betul. Saya akan selesaikannya."

PENGERUSI DAP PERAK NGA KOR MING - 12 SAMAN:
"Saya telah berpindah rumah (Rumah Putih Ipoh) dan itulah sebabnya saya tidak mendapat sebarang surat saman."

TIMBALAN PENGERUSI KEBANGSAAN DAP TERESA KOK (3 SAMAN):
"Saya tidak tahu yang saya telah disaman. Terima kasih kerana memberitahu saya."

NAIB PRESIDEN PKR TIAN CHUA - 53 SAMAN:
"Besar kemungkinan."

TIMBALAN SETIAUSAH AGUNG DAP DAN AHLI PARLIMEN BERUAS NGEH KOO HAM - 76 SAMAN:
"Jangan menipu orang lain kalau anda tidak tahu undang-undang!"

LIM SIAN SEE

POLIS, TANGKAP RAFIZI RAMLI!!! DIA BELUM BAYAR SAMAN TRAFIK BERJUMLAH RM2,400!!!

klik gambar untuk besarkan
 
Rafizi Ramli kerapkali membangkitkan pelbagai isu yang menunjukkan berlaku ketirisan, kebobrokan, penyelewengan dan penggelapan wang negara. Kebanyakan penyokongnya cukup suka dengan pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli walaupun hampir kesemua pendedahan Rafizi Ramli itu, hanyalah pembohongan semata-mata dan fitnah!

Rafizi Ramli kerap bercerita tentang DUIT RAKYAT yang kononnya telah hilang dan telah disalahguna. Kononnya duit tersebut telah disonglap dan dilarikan oleh para pemimpin UMNO.

Nah, pemeriksaan mendapati, Rafizi Ramli adalah salah seorang daripada pesalah trafik yanggagal melunaskan RM2,400 untuk 8 saman AES.

Sebelum ini, Rafizi Ramli menyatakan AES telah dikendalikan oleh kroni-kroni UMNO. Kononnya AES adalah untuk mengkayakan kroni-kroni.

Bagaimanapun, pada September 2013, AES telah diserahkan secara rasmi kepada PDRM. Dan semua urusan saman had laju membabitkan AES, di bawah pengurusan PDRM.

Memandangkan sekarang adalah OPS Warta dan kebanyakan mangsa OPS Warta adalah orang awam, dengan TIADA SEORANG PUN PEMIMPIN POLITIK yang ditangkap, digari, dikenakan seragam berwarna ungu, disumbatkan ke dalam van polis dan dipenjarakan untuk kesalahan enggan membayar saman, Rafizi Ramli mungkin merupakan golongan politikus pertama yang boleh disumbat segera ke dalam penjara sebagai contoh teladan kepada rakyat marhein agar bersegera membayar saman-saman trafik!!!

POLIS... SILA TANGKAP RAFIZI RAMLI!!!


MACAM MANA NURUL IZZAH YANG ADA 14 SAMAN TRAFIK TAK BERBAYAR BOLEH PERGI KE OSLO DAN BURUKKAN NEGARA?


Seorang dispatch yang mempunyai 14 saman trafik tertunggak telah ditangkap, kemudian digari, dimuatkan ke dalam van polis dan visualnya disiarkan oleh stesen televisyen. Dia kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 28 hari.

Dia hanyalah seorang dispatch dan tidak mempunyai sebarang pengaruh atau pun limpahan lampu kamera mahupun mikrofon ceramah. Dia tidak mempunyai pengikut dan tidak mampu menggerakkan massa untuk berdemonstrasi dan membuat kacau serta menghasut walaupun di Parlimen.

Justeru, mudahlah kerja untuk memenjarakannya, apatah lagi besar kemungkinan dia tidak mampu membayar harga mahal untuk perkhidmatan guaman.

Tetapi Nurul Izzah yang sama memiliki 14 saman trafik tertunggak, langsung tidak ada dalam senarai untuk ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Nurul Izzah juga tidak ada dalam senarai untuk dimasukkan ke penjara selama 28 hari kerana tidak membayar saman trafik tertunggak.

Malahan lebih menarik lagi ialah apabila Nurul Izzah boleh pula terbang ke Oslo, Norway untuk menghadiri Forum Freedom dan memberitahu para hadirin forum yang dia merupakan buruan kerajaan. (BACA DI SINI)

Timbul persoalan, adakah OPS WARTA yang telah dilancarkan oleh PDRM untuk memburu pesalah-pesalah trafik yang enggan membayar saman mereka, tidak melibatkan orang-orang seperti Nurul Izzah? Adakah undang-undang itu sekadar untuk orang awam tetapi langsung tidak melibatkan para pemimpin politik yang dengan megah mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan ketidakadilan dan kezaliman tetapi pada masa yang sama, mereka yang berlebih-lebih melakukan kezaliman dan tidak mengikut undang-undang?

Kalau operasi penguatkuasaan itu tidak memilih bulu, bagaimana orang seperti Nurul Izzah boleh ke luar negara dengan bebas tanpa menyelesaikan tunggakan saman trafik mereka? Bagaimana orang seperti Ngeh Koo Ham yang mempunyai lebih 70 saman trafik tertunggak boleh terlepas begitu sahaja?

Adakah undang-undang hanya untuk orang bukan politik, anak-anak bilis tetapi apabila melibatkan pemimpin-pemimpin politik, walaupun mereka terang-terang melakukan kesalahan dan perlanggaran undang-undang, perbuatan mereka itu akan dilindungi dengan penguatkuasaan ke atas orang awam?

LIM LIP ENG CUBA BERITAHU POLIS, TANGKAP NGEH KOO HAM SEBAB ADA 76 SAMAN TRAFIK TIDAK BERBAYAR!!!

Bila PUAK-PUAK DAP akan diheret ke mahkamah dalam Ops Warta dan DIPENJARAKAN?

Bermula minggu lepas, PDRM telah memulakan OPS Warta untuk memberkas mereka yang enggan melunaskan saman trafik. Namun yang menariknya, orang yang paling menyibuk adalah Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng - lelaki yang dengan bangganya berkata, sekiranya DAP diberikan kuasa mengawal dan menguasai Tentera Udara Diraja Malaysia, mereka akan dapat mencari MH370 dengan mudah sahaja.

Lim Lip Eng telah mengadakan satu sidang media semata-mata untuk menunjukkan kepada media yang Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lay mempunyai 3 saman trafik yang tidak berbayar. 

Presiden MCA itu kemudiannya membayar kesemua saman trafik tersebut dan berterima kasih kepada Lim Lip Eng kerana mengingatkannya.

Seperti kata seorang sahabat, sungguh menghairankan mengapa RAKYAT MALAYSIA membayar RM16,000 setiap bulan (tidak termasuk elaun) untuk Ahli Parlimen yang kerjanya memeriksa orang lain punya saman trafik dan kemudian mengadakan sidang media dengan bangganya mengumumkan penemuan mereka.


Yang pastinya, tindakan Lim Lip Eng telah memberikan idea kepada Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang merangkap Bendahari Pemuda MCA Kebangsaan, Michael Lee Beng Seng yang kemudiannya menggunakan pasukannya untuk membuat SEDIKIT PEMERIKSAAN ke atas Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN  Pakatan bagi saman-saman trafk yang belum dilunaskan.

Perlu diingat, Michael Lee Beng Seng tidak seperti Lim Lip Eng, tidak dibayar gaji mereka oleh rakyat sama ada sebagai ADUN mahupun sebagai Ahli Parlimen.

Hasil PEMERIKSAAN YANG SEDIKIT itu medapati Lim Lip Eng sebenarnya MEMBERI ISYARAT dan MENDESAK PDRM segera menangkap dan memenjarakan NGEH KOO HAM, Ahli Parlimen DAP Beruas merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP sendiri!!!

Ini adalah kerana Ngeh Koo Ham mempunyai 76 saman trafik tidak berbayar semenjak 2004.

Berikut adalah senarai para pemimpin DAP dan PKR yang enggan membayar saman trafik mereka.

- Pemangku Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai - 70 saman
- Ketua Publisiti Kebangsaan Tony Pua - 16 saman
- Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming - 12 saman
- Bendahari DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Fong Kui Lun - 5 saman
- Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Teresa Kok - 3 saman
- Ahli Parlimen Kepong Dr. Tan Seng Giau - 3 saman
- Naib Presiden PKR Tian Chua - 53 saman
- Naib Presiden PKR Nurul Izzah - 14 saman

Terdapat kes di mana seorang budak penghantar surat (dispatch) mempunyai 14 saman trafik tidak berbayar yang berakhir dengan hukuman 28 hari penjara dalam Ops Warta.


Jadi sekiranya seorang dispatch yang mempunyai 14 saman trafik tidak berbayar berakhir dengan penjara 28 hari (RUJUK SINI), mengapa pula NGEH KOO HAM yang merupakan seorang peguam, memiliki 76 saman trafik boleh lepas daripada sebarang tindakan undang-undang?

Ops Warta ini bukan yang pertama. Dari tahun 2004 sehingga 2015, sudah beberapa OPS Warta diadakan tetapi setiap kali itulah juga, Ngeh Koo Ham terlepas.

Jadi, mungkin kerana itulah, Lim Lip Eng cuba menjalankan tugasnya sebagai seorang Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia dengan membuat pendedahan. Walaupun pendedahannya hanyalah membabitkan Presiden MCA, tetapi tindakannya itu sebagai isyarat kepada MCA untuk bertindak balas dengan mendedahkan tentang ketegaran dan kesombongan Ngeh Koo Ham yang enggan menjelaskan saman-saman trafiknya.

Lim Lip Eng takut dikenakan tindakan oleh Ngeh Koo Ham... jadi, satu-satunya cara untuk dia mengenakan Lim Lip Eng adalah dengan memberikan idea kepada musuh Ngeh Koo Ham menjalankan apa yang dikehendakinya.

Sesuatu yang menarik... mengapa para pemimpin DAP dan PKR seperti Ngeh Koo Ham, Tan Kok Wai, Tony Pua, Tian Chua dan Nurul Izzah begitu bebas berbanding rakyat biasa yang merupakan pesalah trafik, yang kini akan memasuki fasa terbaru, diburu dari rumah ke rumah?

Apa keistimewaan mereka yang membuatkan mereka tidak ditangkap, digari, dimasukkan ke van polis, dibicarakan dan kemudian dihukum penjara?

Adakah kerana mereka Ahli Parlimen dan berjawatan dalam politik, maka mereka begitu bebas dan kebal dari sebarang undang-undang?



 
Blogger Templates