Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label dap-pkr. Show all posts
Showing posts with label dap-pkr. Show all posts

Monday, May 15, 2017

KERANA TEMUBUALNYA DENGAN AL JAZEERA, KEM PRO-AZMIN DALAM PKR BALAS DENDAM KUTUK WAN AZIZAH DAN PKR PRO-DAP!!!



Temubual Wan Azizah dengan Al-Jazeera masih lagi diperkatakan...

Walaupun dipuji melambung oleh Saifuddin Nasution serta juak-juak Anwar Ibrahim yang lain, tetapi sebahagian besar, terutama yang pro-Azmin Ali mengutuk rapat Wan Azizah yang jelas tidak menampakkan langsung kewibawaan dan pendirian sebagai seorang Presiden parti apatah lagi sebagai ADUN dan Ahli Parlimen selain Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. 

Wan Azizah dalam temubualnya berkata, dia hanyalah sandaran bagi suaminya. Semua jawatan yang ada padanya, adalah untuk Anwar Ibrahim. Dia hanyalah wakil dan proksi Anwar Ibrahim yang sedang di dalam penjara menjalani hukuman akibat jenayah liwat.

Isteri Anwar Ibrahim itu menyatakan kesediaannya untuk menjadi  Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan yang ditunjangi oleh DAP memenangi PRU-14 nanti. Sekaligus mengenepikan cita-cita Dr. Mahathir untuk meletakkan anak lelakinya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah berusaha seboleh mungkin untuk memburuk-burukkan Najib Abdul Razak walaupun pada masa yang sama, Mahathir juga sedar, anak lelakinya itu tidak mempunyai sebarang kebolehan selain daripada menjadi PENGANTIN. 

Bagaimanapun, kesediaan Wan Azizah itu tertakluk kepada persetujuan daripada DAP selain ia hanyalah pegangan sementara kerana baginya yang lebih layak menjadi Perdana Menteri adalah suaminya, Anwar Ibrahim yang lebih bijak bermain retorik dan putar belit. 

Wan Azizah kemudiannya 'menggemparkan' kem pembangkang yang diketuai oleh DAP apabila menyatakan, dia bersetuju dengan hukuman hudud dijalankan di Malaysia, sekaligus menyokong PAS yang merupakan musuh utama DAP dan Lim Guan Eng sekarang ini. 

Dalam temubualnya itu, PKR Presiden itu berkata, perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia boleh dijalankan apatah lagi Pakatan DAP belum lagi menolaknya secara total sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang. 

Dalam RUU355 sebelum ini, Ahli-Ahli Parlimen PKR terlibat dalam menolak usul tersebut, sekaligus menyebabkan PAS menerusi Muktamar Ke-63 telah membuat usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Walaupun pada saat-saat akhir, Anwar Ibrahim menerusi sepucuk surat menyatakan sokongan PKR kepada RUU355, namun suara Rafizi Ramli serta blok PKR yang lebih pro-DAP menenggelamkan suara pemimpin agung PKR di dalam penjara itu. PAS sendiri melihat surat sokongan Anwar Ibrahim kepada RUU355 sebagai usaha terdesak pada saat-saat akhir setelah wakil-wakil Parlimen dari UMNO menyokong sebulat suara usul persendirian berkenaan.

Kenyataan Wan Azizah berkenaan sokongan PKR kepada hukuman hudud, dilihat PAS sebagai salah satu cara 'pujukan' agar PAS tidak meninggalkan PKR terkontang-kanting. PKR amat memerlukan PAS terutama sekali di Selangor. Kata-kata Wan Azizah itu, dilihat sebagai satu cubaan untuk memastikan PAS tidak bertahaluf siyasi dengan UMNO kerana PKR secara dasarnya masih bersama-sama PAS memperjuangkan hukuman hudud, walaupun akta bagi hukuman takzir yang lebih ringan dan hanya melibatkan umat Islam di Malaysia iaitu Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) ditentang keras oleh PKR. Malahan Rafizi Ramli ketika sidang Parlimen olok-olok untuk membahaskan usul tersebut menyatakan, sekiranya RUU355 diluluskan, para hakim mahkamah syariah akan berhadapan dengan risiko rasuah, sekaligus menyebabkan dia bakal mengatur tangga mahkamah kerana melakukan perbuatan fitnah.

Dalam program UpFront yang disiarkan oleh Al Jazeera pada hari Jumaat lepas, pengacara, Mehdi Hassan telah bertanyakan tentang beberapa isu kepada Dr. Wan Azizah termasuklah hukuman hudud, rejam dan potong tangan. 

Dalam reaksinya, Wan Azizah berkata, 'Hudud tidak akan dilaksanakan kecuali semua setelah semua perkara membabitkan keadilan telah diambil kira."

Apabila ditekan lebih lanjut tentang situasi di mana hukuman rejam mungkin akan diterima, Wan Azizah berkata, "Tidak akan berlaku dalam masa terdekat."

Wan Azizah dalam temuramah itu kemudiannya berkata, hudud adalah hukuman Tuhan. Bagaimanapun apabila ditanya lagi, Wan Azizah kemudiannya mereka-reka dan mengubahsuai hukuman Tuhan yang dimaksudkannya.

Begitu juga ketika ditanya hubungan antara PKR dengan PAS dan Hukum Hudud. Menurutnya, "Kami mahukan undi pada peringkat akar umbi."

Salah seorang pemimpin kem Wan Azizah yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot,  Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, kenyataan Wan Azizah berhubung hukuman hudud itu merupakan 'pendirian parti'. 

Menurutnya, Wan Azizah tidak membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti ketika mereka menentang usul persendirian RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bulan lalu di Parlimen. 

"Kami hanya kaan menyokong sekiranya wujud keadilan dalam setiap aspek kehidupan," kata Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dilaporkan, tidak pernah berada di Parlimen yang diwakilinya selepas memenanginya pada PRU-13 lalu. 

Bagaimanapun, seorang lagi Naib Presiden PKR yang tidak akan bertanding pada PRU-14 nanti kerana didapati bersalah oleh mahkamah akibat menfitnah, Tian Chua berkata, secara umumnya, PKR tidak menjadikan hudud sebagai satu keutamaan. 


Thursday, January 5, 2017

PERLANTIKAN SEBAGAI PAKAR STRATEGI DAP BUKTIKAN DAP ADALAH BOSS PKR!!!



Perlantikan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebagai Pakar Strategi DAP yang bekerja sebagai Penasihat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tugasnya ialah menangani isu-isu kaum Melayu dan Islam di Pulau Pinang selain memastikan strategi DAP meluaskan pengaruh di kalangan orang Melayu-Islam di seluruh Malaysia.

Secara tidak langsung, Zairil Khir Johari dan Mat Sabu yang sebelum ini ditugaskan untuk menangani masalah sokongan Melayu kepada Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang, telah gagal dalam menjalankan tugas mereka.

Pulau Pinang sedang mengalami perubahan yang sangat besar termasuklah komposisi kaum. Kawasan-kawasan yang dahulunya merupakan majoriti Melayu, kini telah ditukar. Perkampungan-perkampungan Melayu telah dimusnahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan rumah-rumah pangsa yang bernilai lebih RM600 ribu, yang sudah pasti tidak akan mampu dimiliki oleh orang Melayu Pulau Pinang.

Suara-suara lantang masyarakat Melayu dan India Pulau Pinang selain pendedahan demi pendedahan rancangan kotor DAP di bawah Lim Guan Eng, telah menyebabkan satu strategi baru diperlukan bagi menangani masalah tersebut.

Saifuddin Nasution dianggap orang yang paling layak untuk mengatur strategi tersebut bagi pihak Lim Guan Eng dan DAP memandangkan Saifuddin sendiri adalah orang Melayu, pernah berada dalam saf kepimpinan UMNO yang sudah tentu dibekalkan dengan taktik dan maklumat untuk menangani setiap masalah mikro orang Melayu, selain turut pernah berada di dalam PAS dan seterusnya PKR di mana keseluruhan kemenangan dan keberadaannya di dalam politik adalah bertunjangkan orang Melayu.

Berbanding Mat Sabu dan Zairil Khir Johari, Saifuddin Nasution mempunyai akses yang lebih besar memandangkan dia adalah Setiausaha Agung PKR.

Tahniah buat Saifuddin Nasution yang telah menjawat jawatan Pakar Strategi DAP walaupun pada masa yang sama, dia adalah Setiausaha Agung PKR. Bekerja untuk dua parti yang berlainan, bukanlah sesuatu yang asing kepada Saifuddin Nasution!


Wednesday, July 1, 2015

BERANI SANGAT ZURAIDAH KAMARUDDIN SELAR ADUN DAP PERLECEHKAN KOD ETIKA BERPAKAIAN... KENA BUANG NANTI, TAHU LER!!!



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han dikatakan tidak menghormati Rukun Negara dan gagal memahami budaya masyarakat negara ini.

Kenyataan itu dibuat susulan status yang dimuat naik wakil rakyat daripada DAP itu, mengenai kebebasan berpakaian ketika berurusan di pejabatnya.

ADUN Telok Ayer Tawar yang juga Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan status yang dimuat naik Sze Han di laman Facebooknya, sebagai percubaan membawa idea liberal ke negara ini.

“Kalau dia (Sze Han) cuba nak bawa pengaruh liberal ini bukan tempat dia, kalau hendak duduk Malaysia dia kena akur dengan budi bahasa kita,” ujarnya ketika di hubungi FMT.

Sementara itu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin turut mempersoal kenyataan Sze Ha.

Jelas Ahli Parlimen Ampang itu, perkara berkenaan tidak perlu ditimbulkan kerana masyarakat sendiri sudah sedar tentang cara berpakaian yang sopan ketika hendak melakukan urusan rasmi.

“Apabila ada isu (tatacara berpakaian oleh kakitangan kerajaan), mereka (ADUN Kinrara) seolah-olah ingin menunjukkan protes dengan melakukan tindakan tersebut.

“Perkara itu tidak perlu dijadikan isu sebenarnya, malah tindakan tersebut tak perlu di uar-uarkan kepada orang ramai sebab orang yang nak datang ke sana mereka sudah faham apa yang mereka patut pakai,” katanya.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, ADUN DAP itu tidak sepatutnya memanaskan kembali isu berhubung tatacara berpakaian kerana itu telah reda dan pihak bertanggungjawab sudahpun memberi penjelasan.

“Tindakan itu tidak wajar sebab isu itu sudah reda, malah selama ini rakyat negara kita hidup dengan cara sopan,’ katanya.

Mengulas isu yang sama, Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, dia tidak pelik dengan kenyataan itu.

Katanya, apa yang dibuat Sze Han itu munasabah dan bersesuaian dengan matlamat perjuangan parti itu yang gemar budaya kotor.

“Kita tahu DAP ini perjuangan mereka bukan sahaja politik tetapi budaya yang tidak senonoh turut diperjuangkannya. Imej parti itu memang macam itu,” sindirnya. (sumber)


 
Blogger Templates