Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 29, 2018

BANYAK AGENSI ISLAM DITUTUP DAN SEMAKIN RAMAI ORANG MELAYU ISLAM DIBUANG KERJA!!!




Dalam satu surat pembaca di portal Malaysiakini, sudah dinyatakan ura ura kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menutup lebih banyak agensi di bawah kementerian tertentu dengan alasan untuk melaksanakan penjimatan perbelanjaan kerajaan.

Ada cadangan melalui surat itu untuk menutup atau menggabungkan sesebuah kementerian dan agensi serta ada juga agensi yang dicadangkan untuk diletakkan di bawah agensi lain yang akan ditubuhkan kemudian. Agensi yang besar seperti Lembaga Tabung Haji (TH), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga mungkin akan ditutup.

Penulis surat itu, Gerard Lourdesamy mencadangkan agar agensi berkaitan agama Islam di bawah kerajaan ditutup dan dipindahkan di bawah kementerian berbeza kononnya untuk memudahkan pengurusan kementerian berkenaan dilaksanakan. Dengan Kementerian Kewangan kini diketuai oleh pemimpin dari DAP, kemungkinan ia strategi licik untuk memansuhkan perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

Menurutnya, selepas 13 kementerian sudah diumumkan oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, kini ada baki 11 kementerian yang wujud di zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) masih tidak diumumkan pelantikan Menterinya. Baki kementerian itulah yang dicadangkan untuk diubahsuai pentadbirannya.


Dia mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sudah sekian lama mengawal selia perkara berkaitan umat Islam di negara ini terutamanya dari aspek pensijilan halal dipindahkan di bawah satu entiti baru iaitu Bahagian Hal Ehwal Islam (IAD).

Ia tidak akan lagi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti dahulu yang mana Perdana Menteri berkuasa dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam ketika zaman pentadbiran BN. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga dicadangkan untuk diletakkan di bawah IAD.

Jabatan-jabatan besar yang menguruskan hal ehwal orang Islam akan diletakkan di bawah satu unit atau bahagian yang lebih kecil serta akan dikawal dengan lebih ketat lagi oleh IAD dan bukan lagi di bawah JPM. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) juga akan diletakkan di bawah IAD.

Dalam surat itu, dia mencadangkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pun akan diletakkan di bawah IAD. Bayangkan dek kerana mahu perubahan dengan undi PH, kini umat Islam menanggung akibatnya dan kesannya. Jika ia dilaksanakan, habis jabatan dan agensi milik umat Islam akan dihapuskan atau kuasa mereka akan menjadi lebih terhad.

Seperti yang dimaklumkan tadi, TH yang menjadi tempat simpanan pendeposit yang hendak pergi menunaikan haji yang berjumlah berbilion akan dipindahkan ke bawah IAD. Entah ada entah tidak Tabung Haji selepas ini. Bagaimana jemaah haji dari Malaysia hendak pergi menunaikan ibadah itu di Tanah Suci.


Peruntukan khas Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri juga akan dipindahkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ini cadangan yang melampau kerana mahu bertindak tanpa rujuk terlebih dahulu pada Raja Raja Melayu.

FELDA juga yang banyak membantu orang Melayu akan dipindahkan kuasanya di bawah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, iaitu Azmin Ali. Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) tempat orang Melayu buat wasiat juga akan dipindahkan. Ini adalah satu bencana besar untuk orang Melayu dan Islam jika ia benar benar berlaku.

Ingat balik apa yang Penang Institute dan DAP pernah cakap dulu sebelum mereka berkuasa. Mereka hendak buang penjawat awam. Ramai tidak percaya. Kini bukan sahaja penjawat awam Melayu yang ramai kena buang pada bulan Ramadhan ini, institusi berkaitan Islam juga mahu dibuang oleh kerajaan PH.

Ternyatalah apa yang DAP hendak diikutkan sahaja. Benarlah kata Hew Kuan Yaw, Supermaan DAP bahawa DAP mahu perkudakan Tun Mahathir sahaja.

17,000 kena buang, 3,600 guru agama kena buang dan semua ketua ketua kampung di seluruh negara turut kena buang.

Selepas ini Tok Imam, Tok Siak dan bilal masjid pula menunggu masa. Entah entah kami pun tidak dapat elaun lagi kerana kerajaan PH hendak berjimat. Ikut sangat cakap DAP sampai habis orang Melayu kena buang.

#rakyatbangkit

Rasa Hati,
Tok Siak Masjid.

Friday, May 25, 2018

SEBELUM NI, ROSMAH MEMBAZIR GUNA PESAWAT KERAJAAN, SEKARANG SATU KELUARGA ANWAR GUNA PESAWAT KERAJAAN!!!



Keadaan sudah berubah selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam merampas Putrajaya dari genggaman Barisan Nasional. Apa-apa sahaja yang dahulunya menjadi punca kemarahan atau dianggap sebagai pembaziran, kini sudah tidak dipedulikan lagi.

Contoh terbaik ialah apabila sewaktu Najib masih menjadi Perdana Menteri, penggunaan pesawat kerajaan sentiasa dipertikaikan. Jangan ada muka atau berita yang Rosmah Mansor naik pesawat tersebut, maka macam-macamlah tuduhan yang akan dilemparkan.

Tapi semalam Timbalan Perdana Menteri bersama-sama bersama seluruh keluarganya menaiki pesawat kerajaan untuk menghadap bonda DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Nampaknya dah tak adalah cerita pembaziran lagi. Sekarang semuanya dibenarkan kerana Perdana Menteri bukan lagi Najib dan isteri Perdana Menteri bukan lagi Rosmah tapi Anwar Ibrahim.

Tuesday, May 8, 2018

KERANA CERCAAN DAN CACI MAKI KAUM PARASIT PAN KE ATAS ALLAHYARHAM BAPANYA, ANAK USTAZ AZIZAN PILIH UMNO-BN!!!



Semasa Allahyarham bapanya masih menjadi Menteri Besar, musuh sebenar Allahyarham dan PAS Kedah, bukanlah UMNO dan Barisan Nasional Kedah sebaliknya PARASIT-PARASIT dalam PAS Kedah yang kini telah melompat masuk PAN setelah meninggalkan PAS apabila saf kepimpinan PARASIT dalam PAS, gagal merebut kepimpinan utama PAS dalam pemilihan 2015.

Malahan semasa PRU-13, ketika Phahrol Zawawi yang mengetuai kumpulan PARASIT mahu merampas kuasa daripada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, pelbagai fitnah dan caci nista dilemparkan kepada Menteri Besar Kedah itu. Dan akhirnya, PAS Kedah kehilangan penguasaan di Kedah gara-gara serangan dalaman PARASIT walaupun pada masa yang sama, pengundi-pengundi di Kedah semakin bosan dengan pentadbiran PAS Kedah yang kelam-kabut dan caca marba. 

Faktor itulah yang membuatkan salah seorang anak bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Ahmad Faiz Azizan mengumumkan secara rasmi menyertai UMNO hari ini. 

Faiq, 31, adalah seorang peguam. Katanya, dia memilih untuk menyertai UMNO setelah membuat pertimbangan semasak-masaknya dan setelah bersama-sama PAS, PAN dan PKR. Hasil daripada pemerhatiannya, akhirnya dia memilih UMNO-BN memandangkan parti itu yang banyak membantu rakyat dan tidak banyak beretorik. 

Dia sebelum ini pernah menyertai PAS semenjak usianya 18 tahun. Keputusannya untuk menyertai UMNO mendapat restu daripada ibunya, Tok Puan Faekah Sheikh Hamzah. 

"Saya minta pandangan daripada ibu sebelum buat keputusan menyertai mana-mana parti. Kata ibu saya, saya bebas memilih parti apa pun yang saya nak sertai. Tapi jangan sesekali PAN sebab PAN lawan ayah saya dulu.

"Kata mak saya lagi, itu hak saya untuk pilih parti mana pun. Kalau DAP datang lebih awal pun, mungkin saya masuk DAP tapi yang datang secara baik adalah Barisan Nasional (BN)," katanya. (RUJUK SINI

Faiq ditemui dalam majlis perhimpunan jentera pilihanraya BN Parlimen Jerai tadi. Turut hadir adalah calon BN Parlimen Jerai, Jamil Khir Baharom, calon BN DUN Guar Chempedak, Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, calon BN DUN Sungai Limau Nor Awang dan calon BN DUN Gurun Boey Chin Gan. 

Allahyarham Tan Sri Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Kedah yang berjaya memimpin parti itu pada PRU-12 sehingga berjaya merampas Kedah dari BN.

"Kita negara demokrasi. Ada hak nak pilih (parti) dan (saya) guna hak itu untuk pilih," katanya.


'MAHATHIR JANGAN MAMPOS DULU' ADALAH SUARA HATI SEBENAR DAP TERHADAP DR. MAHATHIR DAN MELAYU SECARA KHUSUSNYA!!!



Klip video yang memperlihatkan bagaimana DAP menerusi lidah Nga Kor Ming melihat Mahathir hanya sebagai KUDA yang diharapkan akan MAMPOS setelah matlamat mereka tercapai menggunakan batang tubuhnya, terus diperkatakan oleh Netizen. 

Walaupun Mahathir merupakan rakan sekutu Lim Kit Siang yang cukup anti dengan Barisan Nasional sekarang, tetapi ramai pemimpin Barisan Nasional yang tidak senang dengan keceluparan dan kebiadapan yang ditunjukkan oleh Nga Kor Ming terhadap Dr. Mahathir. 

Bohonglah kalau dikatakan, rata-rata orang Melayu berseronok dengan apa yang dikatakan oleh Nga Kor Ming terhadap Mahathir. Kecualilah Melayu-Melayu yang kuat menjilat DAP dan melihat para pemimpin DAP termasuklah Nga Kor Ming sebagai PENYELAMAT MALAYSIA, sahaja yang akan menganggap, kata-kata biadap itu hanyalah 'gurauan' dan 'metafora' semata-mata. 


Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP itu merupakan BUKTI JELAS akan kebenaran yang diperkatakan selama ini. DAP memang rasis. DAP memang bencikan orang Melayu. DAP memang akan mempergunakan sesiapa sahaja yang bergelar Melayu untuk mencapai matlamat mereka, menakluk dan menjarah kuasa di negara ini. Dan selepas memperolehi kuasa, sepertimana yang dilakukan oleh Nga Kor Ming pada tahun 2008 selama 11 bulan di Perak, sepertimana juga yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang selama 10 tahun, orang Melayu akan dihalau keluar secara terhormat dari kawasan tradisi mereka, sama ada atas nama pembangunan atau atas nama kemajuan. 

Apa yang berlaku dengan tanah pajakan 999 tahun yang dianugerahkan Kerajaan DAP Perak pada tahun 2008? Apa yang berlaku kepada berpuluh-puluh perkampungan tradisi Melayu dan India di Pulau Pinang? Di mana rumah murah dan rumah mampu milik yang dijanjikan oleh DAP berbanding rumah-rumah mampu tengok? Berapa ratus peratuskah kenaikan cukai tanah yang menyebabkan kos sara hidup melambung dan harga rumah memuncak tingginya sehingga menjadi RUMAH MAMPU TENGOK sahaja selepas DAP berkuasa?

Semuanya bermula dengan PENGGUNAAN PEMIMPIN BERBANGSA MELAYU. 

Dan itulah sebenarnya yang dilakukan oleh Nga Kor Ming dan DAP secara keseluruhannya. 

Mahathir yang begitu bijak pun, TERPAKSA TOLONG DAP agar DAP menolongnya dan anak-anaknya dengan cubaan meletakkan DAP di Putrajaya. Segala maruah dan tenaga tua Mahathir dicurahkan kepada DAP tetapi balasan yang diberikan oleh DAP hanyalah 'BOLEH PERGI MAMPOS!' kepada Mahathir. 

Itu Mahathir. Bagaimana dengan Melayu-Melayu marhein yang terpedaya kononnya DAP akan menyelamatkan mereka dan membantu mereka? Bagaimana pula dengan orang Melayu yang boleh dijadikan hamba, dan hanya wajib mengangguk dan membenarkan segala perlakuan dan tindak tanduk pemimpin DAP. 

Ingat balik apa yang dilakukan oleh DAP kepada PAS dan Abdul Hadi Awang!!!

KIT SIANG RAYU PENGUNDI BERI PELUANG KEPADANYA UNTUK MEMERINTAH SEBAB DIA DAH TUA!!!



Berbanding PRU-12 dan PRU-13, tidak banyak berita tentang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang ditampilkan, baik oleh DAP sendiri mahupun Pakatan Harapan secara keseluruhan. Sebaliknya, mereka lebih tertumpu kepada Mahathir dan 'dinosaur-dinosaur UMNO' yang tidak berpuas hati kerana Najib telah merampas 'kebahagiaan' mereka dan membedak-bedakkannya berdasarkan meritokrasi dan tender terbuka.

Nga Kor Ming yang diketahui cukup celupar dan biadap pun secara 'tidak sengaja' telah MEMAMPOSKAN Mahathir dan kemudian, meminta maaf tetapi menyalahkan UMNO-BN kononnya telah menggunakan klip video lamanya untuk diputarbelit, walaupun sebenarnya berdasarkan daripada cakapnya di dalam klip video tersebut, ianya berkisar tentang Mahathir yang menjadi Pengerusi Pakatan, sesuatu yang sebenarnya tidaklah selama yang cuba digambarkan oleh Nga Kor Ming. 


Dan semalam, semasa di Larkin, Lim Kit Siang turut mengulangi apa yang dikatakan oleh Nga Kor Ming. Bahkan, dia cuba meraih simpati dengan faktor usianya.

Dengan kata lain, Lim Kit Siang tidak menyembunyikan hasratnya untuk berkuasa di negara ini dengan alasan 'mahu memperbetulkan keadaan negara', meskipun sebenarnya semua orang tahu, Lim Kit Siang sebenarnya mahu MENYELAMATKAN LIM GUAN ENG dan keuntungan besar hasil daripada pelbagai skandal kewangan di Pulau Pinang terutama sekali Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang tidak pernah dibina tetapi pembayaran telah pun dibuat sama ada tunai mahupun melalui pertukaran status tanah. 


Kit Siang mendakwa, Dr. Mahathir yang diumumkan sebagai calon PM ke-7 sekiranya PH mengambilalih kerajaan, sudah terlalu tua untuk menunggu lima tahun lagi. Malahan, dia sendiri dan Anwar Ibrahim juga sudah terlalu tua untuk tujuan tersebut. Justeru, katanya, rakyat harus memberikan peluang kepadanya, Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim untuk mereka berkuasa dan menikmati pelbagai keistimewaan dan kuasa sebagai pemerintah. 

"Mahathir sudah 93 tahun. Anwar akan mencapai usia 71 tahun tak lama lagi. Saya juga sudah tua, dah 77 tahun. Ini peluang emas untuk tukar kerajaan. Jika nak tunggu lima tahun lagi, dah tak ada la," katanya ketika berceramah di Dataran Larkin malam tadi.

Pada PRU-12 dan PRU-13, Pakatan yang ketika itu merupakan gabungan DAP-PKR-PAS cukup berbangga sebagai BARISAN ANAK MUDA, tetapi pada PRU-14, Pakatan yang merupakan gabungan DAP-PKR-PPBM-PAN pula cukup berbangga dengan ORANG-ORANG TUA YANG SUDAH SEMAKIN NYANYUK TAPI MASIH LAPAR KUASA.

Nampak benar terdesak apabila Lim Kit Siang terpaksa bermodalkan usia tuanya untuk meraih undi!


AKAL MAHATHIR SELEPAS PENDEDAHAN DIA SAUK TANAH LANGKAWI UNTUK KEPENTINGAN DIRI!!!!



Beberapa pendedahan telah dilakukan tentang gelagat dan kegiatan Mahathir serta kroni-kroni taikun yang turut melibatkan anak-anaknya di Langkawi. Mereka didedahkan mempunyai kepentingan yang cukup besar di Langkawi meskipun pada masa yang sama Mahathir cuba menonjolkan dirinya sebagai Penyelamat Langkawi.

Pendedahan terbaru tentang keserakahan Langkawi sekaligus membuktikan kebenaran teori sebelum ini bahawa Mahathir takut kehilangan 'hak menyakau' memandangkan wujud kecenderungan Najib akan memastikan hak rakyat tidak disakau sepertimana dalam isu membabitkan Jambatan Bengkok serta IPP, selain tindakan Ahmad Bashah menghalang sebidang tanah tepi laut jatuh ke tangan adik kroni rapat Mahathir, menyebabkan Mahathir mengambil keputusan untuk bertanding dalam PRU kali ini. Bermodalkan dia adalah bekas Perdana Menteri selama 22 tahun dan orang yang kononnya merupakan arkitek kemajuan Langkawi, Mahathir amat berharap Langkawi kalau tidak pun Kedah, akan terus menjadi lubuk emasnya.

Ada jentera propaganda Mahathir memberitahu kononnya pejabat Mahathir akan memberikan respons pada tuduhan dan dakwaan yang dia "curi, samun dan rompak" tanah Langkawi.

Bagaimanapun sehingga ke saat artikel ini ditulis, tiada sebarang jawapan mahupun respons daripada Mahathir dan jenteranya.

-----


#BeritaHangit

GEMPAQ HABIS! - TUN MAHATHIR CURI TANAH RAKYAT LANGKAWI!? BETULKAH?

1. Terbongkar melalui beberapa dokumen penting yang membuktikan Calon Perdana Menteri PKR (Pakatan DAP), Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sejak dari tahun 2003 hingga Mac 2016, telah mencuri tanah rakyat Langkawi dan memajakkannya kepada dirinya sendiri untuk tujuan komersial atau perniagaan.

2. Dokumen PERTAMA adalah surat pajakan kononnya untuk projek pertanian bagi lima lot tanah LADA di Kuah, bertarikh 27 Julai 2011 yang ditujukan kepada Pengurus Besar LADA sendiri. Permohonan itu telag diluluskan seluas 4 ekar dengan kadar caj pajakan hanya RM20 seekar setahun selama tempoh 30 tahun. Mahathir hanya perlu membayar caj RM2,400 untuk tempoh masa tersebut. Ketika memohon dan menerima tanah itu untuk dirinya sendiri, Mahathir masih berjawatan Penasihat LADA.

Rujuk: Siapa Kata Mahathir Tidak Ambil Kesempatan?

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/siapa-kata-mahathir-tidak-ambil-kesempatan/

3. Dokumen KEDUA adalah untuk pajakan tanah di Mukim Ayer Hangat.

Dokumen bertarikh 11 September 2014 itu jelas mendedahkan, Mahathir memperolehi lot tanah dengan harga pajakan murah selama 60 tahun bagi tujuan pelancongan dan perhotelan. Berdasarkan premium pajakan yang bernilai RM192,500.00 untuk tempoh 60 tahun, maka dianggarkan bahawa Mahathir boleh membuat KEUNTUNGAN BERATUS JUTA RINGGIT setahun kerana kos pajakan hanya sekitar RM3,208.00 sahaja setahun.

4. Adalah tidak munasabah, nilai komersial bagi sektor pelancongan dan perhotelan pada kadar premium RM3,208.00 sahaja. Lot tanah itu kemudian diberikan kepada sebuah syarikat Cipta Selaras Sdn. Bhd. di mana Mahathir adalah di antara pemegang saham terbesar. Sebagai Penasihat LADA, apakah wajar Mahathir mendapatkan tanah LADA dengan caj premium yang amat murah untuk pajakan jangka panjang begitu?

Rujuk: Lagi Salah Laku Mahathir: Pajakan Tanah Langkawi

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/lagi-salah-laku-mahathir-pajakan-tanah-langkawi/

5. Dokumen KETIGA membabitkan tanah di Teluk Ewa yang dipajak kepada Mahathir selama 90 tahun bagi tujuan aktiviti sukan berkuda dan ternakan kuda. Ia menjadikan status pajakan tanah seluas 40 ekar ini sebagai pajakan paling lama tempohnya.

6. Surat kelulusan pajakan ini dikeluarkan pada 8 Oktober 2013. Ini bermakna tanah tersebut dipajak untuk ternakan kuda sehingga tahun 2100, iaitu sehingga umur Mahathir, calon PKR berumur 180 tahun.

Rujuk: Mahathir ‘Sapu’ Lagi Tanah Langkawi Buat Projek Kuda

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/mahathir-sapu-lagi-tanah-langkawi-buat-projek-kuda/

7. Jelaa tiga dokumen skandal pajakan tanah Langkawi di atas dengan premium tanah yang amat rendah dan dengan tempoh di antara 30, 60 dan 90 tahun telah membuktikan KORUPSI MAHATHIR, justeru beliau tidak layak dicalon sebagai wakil PKR Langkawi pada PRU14 yang akan berlangsung pada 9 Mei ini.

KLIK LINK DI ATAS UNTUK LIHAT KETIGA2 DOKUMEN PAJAKAN TANAH YANG DIBERIKAN KEPADA MAHATHIR. (SUMBER)


Monday, May 7, 2018

KESIAN RAFIZI RAMLI!!! TERPAKSA BENTANG ANGKA TAK MASUK AKAL SEBAB TAHU PAKATAN AKAN KALAH TERUK!!!



Kesian  Rafizi Ramli!!!

Sebagai seorang ahli politik yang modus operandi sepenuhnya adalah penipuan dan fitnah, Rafizi Ramli sedar, keadaan langsung tidak memihak kepada Pakatan Harapan. Lebih tepat lagi kepada PKR.

PKR seperti yang diketahui, dari tahun 1999 lagi iaitu pada kali pertama parti tersebut bertanding dalam PRU, bergantung harap dengan PAS untuk mendapatkan kerusi, termasuklah kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat Anwar Ibrahim. Tanpa sokongan PAS, PKR sememangnya sukar untuk bertapak dan bergerak.

PKR bernasib baik kerana 'kebijaksanaan' Anwar mempergunakan PAS. Dalam semua PRU dan PRK yang disertai oleh PKR, tenaga kerja sama ada jurukempen di media sosial mahupun mengumpul orang ramai, terletak di tangan PAS semata-mata. Jentera PAS sentiasa berada di lokasi untuk memenangkan PKR walaupun pada masa yang sama, PKR langsung tidak pedulikan PAS kecuali menuntut dan mendesak agar PAS bekerja untuk mereka.

PRU-14, sekali lagi PKR bernasib baik apabila para penyokong Mahathir, secara sukarela dan cuba menjaga air muka bekas Perdana Menteri itu, bekerja untuk PKR. Apatah lagi PPBM, PAN dan DAP akan bertanding dengan menggunakan lambang PKR iaitu MATA SATU.

Rafizi Ramli amat sedar banyak kerusi PKR yang bergantung kepada undi orang-orang PAS akan hilang dari genggaman dan penguasaan mereka. Penyokong-penyokong PAN dan PPBM tidaklah seramai mana walaupun DAP pada yang sama, cuba menampakkan kononnya PPBM dan PAN mendapat sambutan hangat dengan menghantar rombongan-rombongan apek dan nyonya dari kawasan-kawasan bermajoriti Cina ke kawasan-kawasan ceramah besar PAN dan PPBM termasuklah di Putrajaya di mana pengundi Cinanya cuma 269 orang berbanding yang datang mendengar ceramah Mahathir, 6,000 orang.

Hakikat tersebut amat dimaklumi oleh Rafizi Ramli. Justeru, dia menggunakan INVOKE, syarikatnya untuk membuktikani yang PKR dan Pakatan sedang mendahului menerusi data-data dan keputusan-keputusan kajiselidik yang bukan sahaja boleh dipertikaikan, tetapi lebih kepada LAWAK JENAKA.

Portal Pro-DAP, Malaysiakini melaporkan kononnya tinjauan INVOKE mendapati Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan persekutuan yang akan datang dengan majoriti mudah berdasarkan hasil permodelan kecenderungan pengundi baru dan hasil kajian untuk Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, kajiselidik sebuah kumpulan lain, mendapati sebaliknya. Pakatan bukan sahaja kalah, tetapi jumlah kerusi yang dimenangi oleh PKR juga merosot teruk.


Kumpulan itu juga turut meramalkan PAS bukan sahaj tidak akan menang walau satu kerusi pun, malahan akan kalah teruk di seluruh Semenanjung Malaysia.

BN pula hanya dijangka menang di Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta hanya akan mendapat 54 kerusi Parimen. Manakala PH akan berjaya membolot 111 kerusi Parlimen. 

Kaji selidik itu melibatkan 11,991 responden, yang dipilih melalui persampelan secara rambang dan ditimbang mengikut populasi bagi setiap negeri.

Rafizi Ramli yang merupakan pengasas dan pemilik INVOKE Malaysia menjelaskan tinjauan terbaru mendapati sokongan Melayu kepada PH telah berkembang dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan sokongan Melayu kepada BN telah terhakis.

Sebaliknya, kata Rafizi sokongan PAS di seluruh negara dianggarkan stabil pada 27 peratus.

Katanya lagi, selain Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan, sokongan Melayu kepada PH berada di belakang BN, sekitar 3.5 peratus ke 13.1 peratus.

Laporan tersebut bukan sahaja untuk menyedapkan hati sendiri, tetapi juga sebagai persediaan untuk persepsi kepada para penyokong PH apabila PH gagal lagi dalam PRU-14 seperti yang dijangkakan oleh pemerhati di seluruh dunia.


PETI UNDI DIBUKA DAN UNDI AWAL DIKIRA, JENTERA PAKATAN SEMAKIN KUAT MENIPU DAN MENFITNAH SEBAB TAKUT KALAH!!!



Jentera propaganda Pakatan semakin kelam-kabut dan terdesak. Mereka sudah tidak dapat berhujah secara rasional lagi. Jikalau dahulu, sebelum Mahathir dan 'TIGA EKOR PENYAMUN'nya menyertai Pakatan, Mahathir dan penyamun-penyamun itu menjadi sasaran serangan terhadap UMNO dan BN. Namun apabila Mahathir membawa penyamun-penyamun itu sepentas dengannya dan bernaung di bawah logo MATA SATU PKR, serangan yang cuba dibuat ke atas Najib dan Rosmah pula terpaksa menggunakan isu-isu lama yang dikitar semula. 

Sedar bahawa kebanyakan orang sudah jelak dan muak dengan serangan bodoh ke atas Rosmah Mansor, selain jemu dengan isu-isu 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion yang telah diterangkan oleh CEO 1MDB tanpa sebarang cabaran di seluruh negara, masa terdekat dengan hari pengundian ini, digunakan dengan mencipta cerita-cerita bohong yang diharap dapat mempengaruhi pengundi-pengundi kononnya Barisan Nasional akan menang secara penipuan. 

Terbaharu sedang tular di laman media sosial, ialah apabila seorang penyokong kuat Pakatan memuatnaik gambar dan juga video dengan statusnya 

"SPR BARU BUKA PETI UNDI TENTERA/POLIS UNTUK KAWASAN TIMBALAN PM ZAHID. BARU BUKA 2 PETI, LEPAS KIRA SUDAH DIDAPATI UNDI PEMBANGKANG YANG MENANG."

Bagi yang membuta tuli atau sudah terpengaruh dengan pembohongan Pakatan selama ini, pasti menerima pembohongan dan fitnah tersebut sambil bersorak-sorak dan gembira. 

Hakikatnya, ianya merupakan satu fitnah yang terpaksa dimainkan oleh Pakatan. Ia merupakan antara propaganda dan taktik yang mereka susun untuk menghilangkan kepercayaan pengundi-pengundi terhadap SPR dan PDRM. Malahan ia adalah persediaan kepada kekalahan yang bakal mereka alami pada PRU kali ini dengan cuba menimbulkan persepsi bahawa kekalahan mereka adalah disebabkan penipuan yang dilakukan oleh BN, SPR dan PDRM.

Sebenarnya setiap peti undi pengundi awal, TIDAK AKAN DIBUKA dan peti undi tersebut hanya akan dikeluarkan serta dibawa ke pusat penjumlahan undi pada Rabu nanti iaitu pada hari pengundian dijalankan. 

Sebaliknya peti-peti besi tersebut akan disimpan terlebih dahulu dalam lokap-lokap balai polis dan ianya merupakan prosedur standard SPR bagi mengelakkan perbuatan khianat, sekaligus menjamin ketelusan pengundian. (RUJUK SINI)

Justeru, membuat tuduhan bahawa peti undi tersebut dibuka dan undi-undi di dalam kotak tersebut telah dikira, adalah SATU FITNAH dan PROPAGANDA JAHAT untuk mewujudkan ketidakpercayaan terhadap badan berkuasa pilihanraya iaitu SPR dan PDRM yang ditugaskan mengawal peti-peti undi itu.

Kebanyakan yang terbabit dalam proses pengundian awal adalah dalam kalangan anggota dan pegawai pihak berkuasa serta pasukan keselamatan seperti polis, tentera, bomba dan agensi keselamatan lain yang bertugas ketika hari pengundian dijalankan Rabu ini.

Selain itu, mereka yang layak menjalankan proses pengundian awal ini juga adalah pasangan kepada anggota dan pegawai agensi serta pasukan keselamatan yang tidak dapat mengundi pada hari mengundi Rabu ini.

Mereka ini dikenal pasti dan disahkan layak menjadi pengundi awal berdasarkan status pasangan masing-masing yang bertugas pada hari mengundi nanti.

Tindakan menularkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara dan boleh dikenakan tindakan melalui Akta Berita Anti Tidak Benar 2018 yang boleh membawa hukuman penjara dan denda.


KEDAH BAKAL SAKSIKAN KERAJAAN NEGERI CAMPURAN BN-PAS YANG PERTAMA SELEPAS PRU-14?



Semenjak PRU-12 tahun 2008 lagi, parti-parti politik di Malaysia memberikan keutamaan kepada cubaan mereka untuk memenangi undi golongan mereka memandangkan golongan muda dianggap sebagai penentu kemenangan. 

Di Kedah juga, tidak terkecuali. Walaupun Kedah menyaksikan ramai pengundi mudanya kelihatan aktif dan ambil tahu tentang politik negara serta negeri, tetapi faktor kemenangan di Kedah lebih banyak dipengaruhi oleh pengundi saluran 1, 2 dan 3. Pengundi ketiga-tiga saluran ini merangkumi 57% daripada keseluruhan pengundi di Kedah yang berjumlah 1,146,492 orang. 

Kebanyakan daripada golongan berusia pertengahan dan golongan yang lebih berusia tinggal di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Pengundi atas pagar yang berusia antara 41 sehingga 60 tahun pula, kebanyakannya masih condong kepada Barisan Nasional, manakala mereka yang berusia lebih 61 tahun pula cenderung kepada Pakatan Harapan. 

Kebanyakan pengundi tua dilihat masih menyokong BN terutama di kawasan yang didominasi oleh parti pemerintah itu. Bagaimanapun, terdapat trend terbaru yang menunjukkan mereka yang berusia lebih 60 tahun mulai condong kepada Pakatan Harapan. Besar kemungkinan kerana faktor Dr. Mahathir. 

Kebanyakan daripada mereka hidup pada zaman Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Justeru, mereka mempunyai kecenderungan untuk menyokongnya dan kebanyakan daripada penyokong setianya adalah dari UMNO. Manakala kebanyakan penyokong berusia dalam PAS turut menunjukkan sikap yang serupa apabila pemimpin-pemimpin heavyweight seperti Mahfuz Omar berpindah kem dari PAS ke PAN. 

Justeru, persaingan di Kedah, tidak hanya melibat dan bertumpu kepada pengundi-pengundi muda sebaliknya akan turut ditentukan oleh pengundi-pengundi daripada saluran yang lebih tua. Dan sekiranya Dr. Mahathir berjaya memperolehi sokongan mereka, pasti BN akan berhadapan dengan masalah untuk mempertahankan Kerajaan Negeri yang dikuasai semenjak tahun 2013.

Acap kali digambarkan bahawa undi daripada pengundi-pengundi Melayu saluran 1, 2 dan 3 akan lebih berpihak kepada BN. Manakala parti-parti pembangkang pula akan meraih sokongan daripada undi golongan muda. 

Dan itulah sebenarnya yang cuba ditukarkan oleh Dr. Mahathir di Kedah. 

Dr. Mahathir selagi boleh cuba mendapatkan perhatian dan sokongan daripada pengundi-pengundi saluran 1, 2 dan 3 terutama yang masih bernostalgia tentang pentadbirannya yang seringkali digambarkan sebagai 'ZAMAN TIDAK SUSAH' walaupun sebenarnya adalah sebaliknya. Manakala anaknya, Mukhriz Mahathir pula menggunakan isu-isu seperti kenaikan kos sara hidup, pengangguran, GST dan ekonomi negara yang lebih diminati oleh golongan muda sebagai modal bagi mendapatkan sokongan. 

Mukhriz Mahathir sekalipun tidak terserlah sebagai seorang pemimpin, tetapi propaganda yang dibuat ke atas dirinya, menjadikan dia seolah-olah seorang PENYELAMAT KEDAH walaupun telah gagal selama menjadi Menteri Besar Kedah apabila lebih banyak 'bercuti' daripada bekerja untuk rakyat. 

Disebabkan itulah, terdapat petunjuk, sebahagian besar daripada pengundi muda akan memilih Pakatan Harapan hanya kerana Mukhriz Mahathir dan Dr. Mahathir. Manakala PAS dan BN pula akan kekal bergantung kepada pengundi-pengundi setia mereka walaupun saiznya mungkin sudah sedikit mengecil. 

Kebanyakan orang Melayu luar bandar tidak begitu mempercayai Pakatan Harapan yang bertanding menggunakan logo PKR kerana faktor DAP. DAP seringkali dilihat dan telah membuktikan tentang permusuhan, kebencian serta provokasi mereka terhadap apa-apa sahaja yang berkaitan Islam dan Melayu di negara ini. Sikap terus-terang DAP tentang mereka hanya memperkudakan Dr. Mahathir dan Mukhriz dalam usaha untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu terserlah dalam klip video ucapan Nga Kor Ming dan Hew Kuan Yau. Sebelum ini pun, beberapa insiden yang membabitkan kebencian DAP terhadap Islam dan Melayu, turut dipertuturkan termasuklah desakan Ngeh Kor Ham agar umat Islam dibenarkan murtad dari agama Islam dan pengubahan ayat-ayat al Quran oleh Lim Kit Siang ketika dia menyerang JAKIM.

Sebenarnya di Kedah, pengundi muda lebih cenderung kepada PAS kerana PAS dilihat sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam dan melindungi kepentingan umat Islam, meskipun dua PRU lalu, PAS bergandingan dengan DAP membentuk Pakatan Rakyat. RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS dan disokong kuat oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO, menjadi bukti kepada mereka bahawa PAS benar-benar mengotakan janji mereka dalam politik. 

PAS pernah memerintah Kedah pada tahun 2008 tetapi pentadbiran PAS yang diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak 'dirosakkan' oleh parasit-parasit PAS yang kini telah pun melompat masuk PAN. Kerosakan besar yang dilakukan oleh parasit-parasit tersebut pada tahun 2008 sehingga 2013, bukan sahaja gagal dipulihkan oleh pentadbiran Mukhriz bahkan dirosakkan semakin teruk apabila orang-orang Mukhriz pula bertindak sebagai lintah darat dan lanun bermata satu.

Apabila Mukhriz digulingkan dan Ahmad Bashah menggantikannya, pemimpin yang kerap kali dilabelkan oleh Mukhriz sebagai 'PEMIMPIN KAMPUNG' itu cuba memperbetulkan semula kepincangan yang telah melanda Kedah sepanjang dua penggal pentadbiran PAS dan Mukhriz. Banyak program yang telah dibuat oleh Ahmad Bashah bagi tujuan tersebut. 

Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP tetapi menjadikan PPBM sebagai boneka, dilihat berpeluang besar untuk 'merampas' undi masyarakat Siam yang seramai 35,000 orang dengan menjadikan isu-isu ekonomi selain kekangan terhadap hak Bumiputera kerana karenah birokrasi dan red-tape. 

Masyarakat Siam masih lagi tertakluk kepada sistem kuota apabila mereka cuba memasuki pusat-pusat pengajian tinggi awam seperti UiTM, kegagalan membeli hartanah di kawasan Tanah Rezab Melayu dan mereka tidak menikmati potongan diskaun 5% yang diperuntukkan kepada Bumiputera apabila membeli rumah. 

Daripada 1.1 juta pengundi di Kedah, 20.79% adalah bukan Melayu, 14.32% pula adalah Cina dan 6.47% adalah India. 

BN dan PAS mungkin tidak perlu bimbang tentang DAP-PKR kerana DAP-PKR sekadar meletakkan calon-calon mereka di kawasan-kawasan bandar seperti Alor Star, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim. Bagaimanapun, PPBM dan PAN pula telah ditugaskan oleh DAP untuk memecahkan dominasi UMNO-PAS di kawasan-kawasan luar bandar bermodalkan batang tubuh Mahathir dan Mukhriz. 

Justeru, kubu-kubu kuat UMNO-BN seperti Padang Terap, Terap, Baling, Sik, Merbok dan Pendang serta kubu-kubu kuat PAS seperti di Pokok Sena, Jerai dan Kuala Kedah, dilihat sedikit terjejas sekiranya faktor-faktor di atas diambil kira. 

Ramai yang melihat pertarungan sebenar PRU-14 kali ini adalah antara BN dengan PH. Bagaimanapun, PAS mampu menjadi pengacau yang cukup berkesan dan berjaya menawan banyak kerusi yang kemudian akan dijadikan sebagai sandaran untuk pasca PRU-14.

Disebabkan itulah, sudah ada ura-ura yang melihat akan wujud Kerajaan Campuran di Kedah antara UMNO-BN dengan PAS. Sekaligus menjadi yang pertama dalam sejarah Malaysia. 

Beberapa pihak menjangkakan, BN hanya akan menang 16 kerusi DUN daripada 36 kerusi DUN. PH pula akan menang 12 manakala bakinya iaitu 8 kerusi akan dimenangi oleh PAS. 

Pada 10 April lalu, Dr Mahathir mengumumkan, PPBM diperuntukkan 14 kerusi DUN untuk ditandingi, PKR 10 kerusi, PAN 10 kerusi dan DAP mempertahankan 2 kerusi yang dimenanginya pada PRU-13.


'SURPRISE LAST MINUTE ATTACK' MENJELANG 2 HARI LAGI HARI PENGUNDIAN, BUKTI PAKATAN KIAN TERDESAK!!!



2 hari menjelang hari pengundian pada 9 Mei.

Dalam tempoh ini, pembangkang akan melakukan apa yang dipanggil sebagai 'Surprise Last Minute Attack' (SLMA).

Beberapa strategi telah diatur oleh mereka untuk bermain dengan emosi kita, untuk meraih simpati dan juga untuk buat kita marah.

Antara perkara yang akan berlaku adalah seperti berikut:




1) video / gambar warga asing naik / turun bas dengan memberi gambaran warga asing mengundi.

Ini akan dilakukan dengan menggunakan apa-apa logo yang berkaitan dengan Kerajaan / BN supaya orang percaya ini angkara Kerajaan / BN.

Ataupun, pembangkang akan menggunakan gambar lain seperti ramai Bangla di airport dengan mengatakan tujuan dibawa masuk adalah untuk mengundi, WALHAL ianya adalah perkara biasa sepanjang tahun apabila syarikat-syarikat swasta membawa masuk pekerja mereka.




2) video / gambar Bangla ditangkap dan diprovokasi semasa hari pengundian.

Video / gambar ini akan memaparkan Bangla memakai baju berkaitan logo Kerajaan / BN, ataupun dalam video tersebut mengaku telah dibayar oleh sesetengah pihak untuk mengundi.

Dalam kes ini, boleh jadi samada Bangla itu diperangkap atau diupah oleh pembangkang untuk mendapatkan aksi tersebut.


3) pemimpin utama pembangkang ditimpa bencana seperti kemalangan ataupun dimasukkan ke hospital

Ini untuk meraih simpati. Jika kemalangan, ianya akan memberi gambaran sabotaj terhadap mereka dengan mengatakan BN takut.

Jika masuk hospital kerana sakit / tidak sihat, mereka akan mengatakan inilah harga sebuah pengorbanan untuk melawan BN.



4) Recycle berita-berita lama. Contohnya berita yang bertajuk 'Harga Minyak Naik Esok' walhal berita tersebut adalah berita tahun-tahun sebelum ini.

Taktik seperti ini akan menjadi kerana pembangkang tahu rakyat Malaysia malas membaca dan malas untuk selidik terlebih dahulu.

Mereka tahu rakyat Malaysia akan marah dan beremosi terlebih dahulu. Dan kita pun terperangkap, seperti biasa.


5) Pada hari pengundian sebelah petang, selepas waktu pengundian, akan diviralkan gambar blackout untuk menunjukkan kononnya proses penipuan pengiraan undi sedang dijalankan.

Sedangkan gambar-gambar itu adalah kejadian di tempat dan waktu lain.

Berhati-hati dalam menerima maklumat dan membaca berita. Semak terlebih dahulu untuk mengelakkan kita menjadi mangsa serangan SLMA ini dan daripada terus menjadi mangsa.

Iqbal Ikhwandy
1 Mei 2018
10.30 malam


RAZALI IBRAHIM 'DIAYAM-AYAMKAN' PENYOKONG SYED SADDIQ, SELEPAS PERMIT YANG DIPOHON 9 JAM SEBELUM PERDEBATAN DITOLAK POLIS!!!


Sepatutnya malam tadi, ada perdebatan antara Syed Saddiq dengan penyandang Kerusi Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Ramai yang teringin hendak mendengar sendiri 'kepandaian' Syed Saddiq menghentam Razali Ibrahim yang mereka cop sebagai AHLI PARLIMEN CAP AYAM. Mereka mahu mendengar dan melihat bagaimana hujah-hujah tajam Syed Saddiq memalukan Razali Ibrahim yang lebih senior dan berjawatan Timbalan Menteri.

Tetapi lebih ramai yang mahu mendengar dan melihat sendiri kefasihan serta kefahaman Syed Saddiq tentang Muar, kawasan yang ingin diwakilinya. Mereka mahu kepastian, apakah Syed Saddiq sudah menghafal semua nama Parit di Muar. Mereka mahu tahu, apakah benar Syed Saddiq faham permasalahan di Bandar Terbersih di Malaysia itu. Atau Syed Saddiq sekadar bermodalkan retorik berdasarkan 'cakap pandai tetapi tidak matang' sepertimana yang kerap dipertontonkannya.



Apatah lagi, antara janji Syed Saddiq adalah untuk membina 1000 buah rumah PR1MA di Muar setelah mempersoalkan, mengapa tiada sebarang projek PR1MA di daerah tersebut. Syed Saddiq rupa-rupanya tidak tahu bahawa sememangnya sudah ada beberapa projek PR1MA yang sudah pun dilaksanakan dan siap.

Malangnya, perdebatan tersebut tidak dapat dilangsungkan atas sebab keselamatan. Sebaliknya perbincangan dan perdebatan dilakukan di Rumah Pegawai Daerah Muar pada hari ini jam 5:00 petang telah dijadualkan yang mana turut membabitkan ketiga-tiga calon iaitu, Razali Ibrahim, Syed Saddiq dan Aziz Talib dari PAS.

Pegawai Daerah Muar sendiri akan bertindak sebagai moderator yang sudah pasti tidak akan berat sebelah sepertimana moderator yang dilantik oleh Syed Saddiq dalam perdebatan yang dibatalkan polis sebelum ini. Pegawai Daerah Muar sendiri merupakan Pengerusi Keselamatan Muar dan RO Muar.

Maklumat lanjut tentang perdebatan hari ini boleh diperolehi daripada Wan Rahiman, Pegawai Khas Razali Ibrahim di 019-3470300.

Sebaliknya Syed Saddiq hanya membuat permohonan permit 9 jam sebelum perdebatan dilangsungkan! Satu sikap yang jelas dan terang-terang memperlekehkan Perlembagaan serta undang-undang negara!


Pun begitu, Syed Saddiq dan penyokongnya memperlekehkan Razali Ibrahim dan PDRM. Kata mereka, Razali Ibrahim takut untuk berdebat dan menggunakan polis untuk mengelak daripada berdebat dengan Syed Saddiq. PDRM pula menurut mereka, sengaja menghalang pemberian permit perdebatan itu sedangkan permit tersebut tidak perlu kerana ia hanyalah perdebatan, bukannya bertempur menggunakan senjata. (RUJUK SINI)

"Kami telah membincangkannya dengan para peguam kami untuk mengesahkan yang kami tidak perlu memohon permit untuk perdebatan malam ini. Kami tidak datang ke sini dengan pisau dan keris. Semua yang kami mahukan hanyalah perdebatan yang amat yang akan membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat," kata Syed Saddiq.


Saturday, May 5, 2018

RAFIZI BERDEPAN SIASATAN POLIS KERANA BERITA PALSU, KHAIRY JAMALUDDIN DAKWA CALON PKR RANTAU MEMANG TAK AMBIL PAS SPRNYA!!!



Rafizi Ramli berdepan dengan siasatan polis di bawah Akta Anti Berita Palsu 2018.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, polis akan merakamkan keterangan daripada Rafizi berhubung dakwaan fitnahnya di media sosial terhadap SPR dan polis berhubung insiden pada hari pencalonan di kerusi DUN Rantau minggu lepas. 

"Kami akan memanggil Rafizi dan beberapa orang lain yang terlibat," katanya kepada wartawan selepas selesai membuang undi dalam pengundian awal di Pangkalan Unit Ke-7 FRU.

Menurutnya, polis akan bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan pemilik akaun Facebook yang turut membuat tuduhan liar dan fitnah ke atas kakitangan SPR serta polis berhubung proses penamaan calon di Dewan Seri Rembau di Rembau.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan menang tak bertanding di kerusi DUN Rantau pada hari Penamaan Calon pada 28 April apabila satu-satunya pencabarnya, Dr. S. Streram dari PKR, tidak dibenarkan menyerahkan borang pencalonannya memandangkan dia tidak mempunyai pas SPR untuk memasuki pusat penamaan calon. 


Sementara itu, Khairy Jamaluddin mencabar kenyataan Dr. Streram Sinnasamy yang menyebabkan pencalonannya tidak boleh dibuat dengan berkata, Dr. Streram sendiri gagal mengambil pas SPRnya.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, CCTV di Pejabat Daerah Rantau menunjukkan calon PKR tidak datang pun ke situ pada hari pencalonan minggu lepas untuk mengambil pas SPRnya. 

Khairy menambah, calon Barisan Nasional dirakam datang ke fasiliti tersebut selewat-lewatnya jam 9:30 malam untuk mengambil pas yang sama, sedangkan Streram pula mendakwa, pejabat telah ditutup ketika dia datang tiga jam lebih awal. 

"Rakaman CCTV jelas menunjukkan sama ada Dr. Streram dan pencadang serta penyokongnya tidak pergi ke Pejabat Daerah sebagaimana yang didakwa," katanya. (RUJUK SINI)


Friday, May 4, 2018

ANGKUH BETUL MOKHZANI BILA MENEMPELAK PENERIMA BR1M WALAUPUN DIA SENDIRI KAYA KERANA BAPANYA!!!



Ketika bapanya seronok menghina mangsa-mangsa permainan politik yang terbunuh dalam Insiden Memali tahun 1985 dan menyifatkan mereka sebagai 'MATI KATAK', anak lelakinya yang cukup terkenal dengan kekayaan menerusi kontrak-kontrak lumayan kerajaan pula menghina rakyat marhein yang menurutnya sebagai 'MUKA TIDAK TAHU MALU'.

Mokhzani Mahathir yang merupakan Melayu kedua terkaya di Malaysia pada tahun 2014 dengan kekayaan bernilai RM4.2 bilion berkata, tiada sebarang sebab untuk orang ramai berasa gembira atau bangga kerana menerima BR1M kerana wang tersebut bukannya datang dari titik peluh mereka sendiri. (RUJUK SINI)

Menurutnya, meskipun kerajaan menampilkan fakta bahawa BR1M membantu perkembangan ekonomi rakyat tetapi rakyat lupa yang mereka menerima wang tersebut kerana mereka tidak mampu membela diri mereka sendiri.

"Kita hanya boleh berbangga dan menjadi seperti juara sekiranya kita kaya. Kita boleh berbangga kerana wang yang diperolehi dari titik peluh kita sendiri. Itulah yang terpenting. Ini bukan tentang orang yang memberikan kita wang supaya kita boleh hidup. Itu tidak hebat. Kita hanya boleh berbangga apabila kita mampu memastikan kehidupan kita terjaga, dan kita boleh menjaga keluarga kita," katanya dalam ceramah di Felda Sungai Tiang di Pendang.



Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah calon PKR, Wan Saiful Wan Jan, calon DUN Sungai Tiang Abdul Razak Khamis dan Mazlan Aliman dengan kehadiran hampir separuh daripada hadirin adalah orang luar kawasan Sungai Tiang.

Barangkali Mokhzani terlupa yang segala kekayaan dan kejayaannya sekarang, hanyalah disebabkan oleh bapanya yang berkuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu. Mokhzani barangkali terlupa bahawa marhein yang dihinanya, tidak mempunyai bapa yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang boleh mengatur projek-projek mega kerajaan untuk menjadikan mereka kaya raya seperti Mokhzani dan adik-beradiknya.



Dan Mokhzani juga terlupa bahawa tidak semua orang boleh berada dalam perniagaan petroleum dan gas yang membuat urusniaga dengan Petronas ketika bapa mereka adalah Penasihat Petronas. Dan tidak semua orang mempunyai bapa seorang Perdana Menteri yang mempunyai kawan-kawan dan kroni-kroni taikun yang akan membantu perniagaan anak-anaknya sepertimana yang dinikmati oleh Mokhzani dan adik beradiknya.

BR1M merupakan bantuan kewangan yang diberikan untuk membantu mengurangkan masalah jurang pendapatan yang terhasil daripada pentadbiran pincang Mahathir apabila menumpukkan kekayaan kepada satu golongan dan mengenakan bayaran kepada golongan marhein. Bantuan kewangan itu turut menstimulus aliran kewangan tunai dalam negara yang turut dinikmati oleh golongan taikun secara tidak langsung. 


22 TAHUN MAHATHIR ABAIKAN PULAU TUBA, SELEPAS NAJIB CUCI TAIKNYA, MAHATHIR DATANG DENGAN JANJI-JANJI MANIS?!!!



Pulau Tuba merupakan sebahagian daripada gugusan pulau-pulau yang ada di pulau besar, Langkawi. Namun berbeza dengan Langkawi, Pulau Tuba hanya mendapat kemudahan asas yang lebih baik pada zaman pentadbiran Najib Abdul Razak, kesan daripada hubungan baik antara Ahli Parlimen Langkawi yang sekarang ini disandang oleh Nawawi Ahmad.

Nawawi Ahmad akan mempertahankan kedudukannya walaupun dicabar oleh Dr. Mahathir, orang yang dikatakan merupakan arkitek kemajuan Langkawi.


Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, tumpuan Mahathir hanyalah kepada Langkawi. Pun begitu, kemajuan dan pembangunan Langkawi sebagai pusat pelancongan dan pulau bebas cukai, lebih banyak dinikmati oleh kaum kroninya semata-mata. Manakala penduduk tempatan, hanyalah berpeluang untuk bekerja rencam sehinggakan ada cabaran untuk tunjuk dan sebutkan nama seorang pengurus hotel lima bintang anak tempatan di Langkawi memandangkan kebanyakan kakitangan eksekutif di pulau tersebut datang dari luar.

Penduduk Langkawi sebaliknya lebih banyak kehilangan tanah atas nama pembangunan walaupun pada masa yang sama, mereka sekadar mampu berbangga dengan melihat kemewahan yang bukan milik mereka.


Pulau Tuba pada masa yang sama, masih jauh terpinggir sepanjang Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Walaupun beberapa projek sebelum itu dirangka untuk Pulau Tuba, tetapi kebanyakannya melibatkan pengambilan tanah.

Era Mahathir telah berlalu. Era hanya berbangga dengan pembangunan dan kemewahan orang lain, sedangkan diri sendiri makan hampas, juga telah berlalu. Pentadbiran Najib Abdul Razak dilihat bersungguh-sungguh untuk membersihkan dan membetulkan semula kepincangan zaman Mahathir.

Justeru, pada zaman dialah, 768 buah rumah dan keluarga di pulau nelayan, Pulau Tuba menikmati bekalan elektrik secara berterusan 24 jam sehari. Tidak lagi bergelap dan bekalan elektrik terpadam dua kali sehari kerana kehabisan minyak memandangkan bekalan elektrik tersebut datangnya dari janakuasa.

Persetujuan Najib untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM50 juta telah membolehkan penduduk Pulau Tuba memperolehi submarin cable untuk bekalan elektrik yang lebih stabil. Bekalan elektrik yang berterusan telah membolehkan ekonomi penduduk setempat turut berkembang pesat.

Selain bekalan elektrik yang lebih stabil, bantuan untuk penduduk memperbaiki rumah di seluruh pulau juga turut disalurkan. Projek tersebut sedang dalam tindakan Pejabat Daerah Langkawi.


Penduduk Pulau Tuba turut menikmati sesuatu yang tidak mereka nikmati sepanjang Mahathir menjadi Perdana Menteri iaitu JETI. Najib Abdul Razak telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM3 juta untuk pembinaan jeti dan jeti tersebut sedang dalam pembinaan.

Kini Mahathir sedang berkempen untuk  menjadi Ahli Parlimen Langkawi. Setelah peluang diberikan kepadanya selama 22 tahun dan Mahathir mengabaikan Pulau Tuba yang merupakan sebahagian daripada Pulau Langkawi, kini Mahathir melaung-laungkan yang dia boleh mengubah keadaan yang lebih baik berbanding apa yang diberikan oleh Najib kepada penduduk Pulau Tuba dan Langkawi secara keseluruhannya.


Thursday, May 3, 2018

SIKAP BIADAP PENYOKONG PKR YANG SERANG PENCERAMAH AYAT AL QURAN YANG LARANG ORANG ISLAM MEMILIH BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN, DISELAR PENDUDUK TEMPATAN!!!




Petikan video yang anda saksikan di atas merupakan satu lagi insiden yang memaparkan sifat biadap penyokong-penyokong PKR yang tidak mengira tempat walaupun di dalam sebuah masjid.

Penceramah yang dimarahi dan cuba diserang oleh penyokong PKR di dalam video tersebut adalah Subri Md. Arshad yang pernah menjadi calon PAS di Parlimen Kepala Batas pada tahun 2008.

Dalam ceramahnya di Masjid Sungai Seluang, Subri telah membacakan Ayat 23 Surah At-Taubah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim."

Ketika Subri membacakan tafsir ayat tersebut, beberapa orang penyokong PKR yang dikatakan merupakan penduduk tempatan telah bertindak bangun dan menyerangnya. 

"Mereka mengatakan saya menuduh mereka kafir. Saya menjawab, saya tidak menuduh tuan-tuan kafir. Saya mengulas ayat tersebut tetapi mereka mungkin salah faham terhadap kupasan saya. Mereka tidak tahan, jadi mereka serbu ke dalam masjid," kata Subri Md Arshad menerusi Facebook hari ini. 

Subri bagaimanapun tidak dicederakan. Penyokong-penyokong PKR yang menyerbu ke dalam masjid itu pula, telah dileraikan oleh beberapa orang jemaah.

Beberapa ayat-ayat al Quran yang melarang umat Islam mengambil bukan Islam sebagai kepimpinan, seringkali menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati kepada para penyokong Pakatan. 


Lim Kit Siang pada Februari 2014 telah mempertikaikan Ayat 120 Surah Al Baqarah yang dibacakan di dalam khutbah Jumaat JAKIM dan menyifatkannya sebagai menghalang integrasi dan sengaja meniup api persengketaan antara kaum serta agama. (RUJUK SINI dan SINI)

Sementara itu, satu surat terbuka yang ditularkan menerusi group WhatsApp berhubung insiden di Masjid Sungai Seluang, Lunas, Kedah itu telah berjaya dikesan. Ternyata, penulis - berdasarkan 'alamatnya' - yang merupakan anak tempatan, tidak berpuas hati dengan sikap biadap yang ditunjukkan oleh penyokong PKR. 

Sungai Seluang merupakan salah satu kawasan mengundi di Parlimen Padang Serai dan terletak berhampiran dengan Kulim Hi-Tech Technology Park. Secara tidak langsung, apa yang berlaku di Sungai Seluang, sebenarnya turut tersebar di Parlimen Kulim-Bandar Baru memandangkan bandar yang terhampir dengan Sungai Seluang adalah Kulim yang jaraknya hanya lebih kurang 10 kilometer. 

Calon PKR untuk kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU-14 kali ini adalah KARUPAIYYAH MURUSAMY



Baca isi hati penduduk tempatan tentang insiden berkenaan:

Hari ini seluruh masyarakat islam daerah Kulim bercakap mengenai kejadian yang berlaku di Masjid Sg Seluang, Lunas malam tadi sepertimana video yang disertakan ini. 

Hampir semua umat islam termasuk saya sendiri tidak bersetuju dengan aktiviti atau ceramah berbentuk politik dalam masjid. Kerana institusi masjid adalah satu tempat yang mulia dan tempat menyatu padukan ummah. 

Jika sekiranya hendak menegur atau membantah, di dalam masjid ada adab yang perlu dipatuhi. Apa salahnya datang tegur dengan baik ? Jika tidak puas hati boleh diajak berunding di luar masjid.

Anda boleh lihat dalam video ini di minit 0.30 bagaimana dua orang jemaah yang memahami adab masjid. Mereka datang menegur dan menenangkan lelaki yang sedang marah dengan penuh adab dan tertib. 

Jika kita berkunjung ke rumah orang dengan membawa anak. Sekiranya anak kita tidak memahami adab ketika bertandang ke rumah orang atau anak kita jenis yang aktif, maka kita akan tegur anak kita dengan baik dan lembut. Kerana apa ? Kerana kita menghormati tuan rumah, kita faham adab bertandang ke rumah orang. Kemudian apabila memasuki kenderaan atau sampai di rumah, kita bebas untuk jentik telinga atau merotannya. 

Bertandang ke rumah orang pun ada adab dan tertib yang perlu kita hormati, apatah lagi di Masjid iaitu Rumah Allah ? Susah tentu adab dan tertibnya jauh lebih tinggi. Perlu langkah masuk dengan kaki kanan. Betapa tingginya darjat masjid itu, Rasulallah pun berpesan sekiranya memasuki masjid janganlah kamu duduk sehingga kamu solat dua rakaat. Begitulah mulianya Rumah Allah. Bukannya masuk dengan cara yang samseng dan ala-ala mafia. 

Tetapi itulah PKR sebuah parti yang dilahirkan melalui keganasan jalan raya. Diasuh dan dididik dengan keganasan dan sikap kurang ajar. Maka itulah jadinya sepertimana acuan yang membentuk kuih. 

Oleh yang demikian berfikirlah secara waras wahai rakyat Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya sebelum anda membuang undi nanti. Jangan biarkan masyarakat dan anak cucu kita dipimpin oleh sebuah organisasi yang ganas dan biadab. Jika Rumah Allah pun mereka tidak hormati, apakah anda fikir mereka boleh menerap nilai-nilai murni kepada generasi kita yang akan datang ? Nauzubillah. 

Mohd Akhir Shapie
Taman Bersatu
Kulim


CEK TENDANG DARI SYARIKAT YANG DIBURU POLIS KERANA TIPU PELABUR, LAPORAN POLIS KE ATAS KHAIRUDDIN ABU HASSAN TELAH DIBUAT!!!



Selain laporan polis membabitkan Nurul Izzah, hari ini satu lagi laporan polis melibatkan orang kuat Mahathir pula iaitu Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin Abu Hassan merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang dipecat juga merupakan antara orang yang mempopularkan 1MDB di luar negara. Bersama-sama Matthias Chang, Khairuddin cuba melobi pihak berkuasa di beberapa buah negara, terutama sekali di Amerika Syarikat agar mengambil tindakan terhadap 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Bersama-sama Ezam Mohd Nor, dia mengambilalih sebuah parti politik yang kemudian ditukar nama menjadi Parti Bebas Rasuah pada Mac 2017. Bagaimanapun, kedua-duanya meninggalkan parti tersebut setelah terdedah bahawa pengambilalihan parti berkenaan tidak sah dan mengikut prosedur yang dibenarkan oleh undang-undang.


Khairuddin Abu Hassan kemudiannya menjadi calon mewakili PKR bagi kerusi Parlimen Jasin pada PRU-14 nanti.

Hari ini, satu laporan polis telah dibuat oleh Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar ke atas Khairuddin Abu Hassan. Laporan polis tersebut dibuat atas penipuan jenayah komersial yang dilakukan oleh orang kuat Mahathir itu.

Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar adalah bekas Ketua Pendaftar Keahlian PPBM Negeri Perak dan juga merupakan adik ipar kepada bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Hamidah Osman. Azrul dan isterinya, Hamizura merupakan antara orang terawal yang mendedahkan kepincangan di dalam PPBM sebelum muncul konflik dan perang mulut antara Hamidah Osman dengan Syed Saddiq, calon PKR untuk kerusi Parlimen Muar.


Dalam laporannya, Azrul menyatakan Khairuddin Abu Hassan terbabit dalam skandal penipuan jenayah komersial yang membabitkan cek bernilai RM100,000. Setelah semakan latar belakang cek tersebut dibuat, ternyata cek tersebut dikeluarkan oleh syarikat NHA Strategic Holding Berhad yang merupakan antara salah satu daripada 30 syarikat yang diburu oleh pihak polis atas kesalahan menipu pelabur.

Menurut Azrul, pada 21 Jun 2017, Khairuddin telah meminta pinjam wang daripadanya untuk membuat bayaran kepada mahkamah atas kesalahan menghina mahkamah. Jumlah yang dipohon adalah RM250,000. Bagaimanapun, Azrul dan Hamidah hanya mampu memberikan RM90,000 dan telah menyerahkan wang tersebut kepada Khairuddin pada 22 Jun 2017.

Menyedari yang cek berkenaan adalah cek tendang, Hamidah dan Azrul telah berusaha mendapatkan menagih kembali wang mereka daripada Khairuddin. Khairuddin bagaimanapun, memberikan pelbagai alasan untuk tidak memulangkan wang tersebut.



LAPORAN POLIS TERHADAP NURUL IZZAH SEBAGAI KAKI 'PAU'... KENAPA NURUL IZZAH DAN PKR SENYAP MEMBISU?!!!



Pengerusi MyWatch yang selama ini diketahui pro-pembangkang, bahkan R.Sanjeevan sendiri diketahui terlibat aktif dengan AMK, telah membuat satu laporan polis pada 25 April 2018 lalu di IPD Kajang. Dalam laporannya, Sanjeevan telah meminta pihak polis untuk menyiasat pendedahan yang telah diterbitkan dalam sebuah blog yang mendedahkan tentang seorang pemimpin politik PKR bernama Nurul Izzah Anwar menerima suapan wang sebagai habuan untuk memperuntukkan kerusi kepada beberapa orang calon untuk bertanding dalam PRU-14 kali ini.

Menurut Sanjeevan, dakwaan yang dibuat oleh blog tersebut (RUJUK SINI) amat serius memandangkan ianya berunsur rasuah dan menjejaskan proses demokrasi di Malaysia.

Blog tersebut menyatakan:

"Nurul Mak Janda sangap ini telah berjalan ke seluruh negeri untuk minta duit dari calon-calon yang berpotensi untuk memudahkan Mak Jan ini buat duit. Mak Jan ini selalu minta pada orang awam, mengatakan dia tak ada duit. Hakikat sebenarnya, banyak duit Mak Jan ini dapat dari hasil samun calon yang mampu bayar untuk melobi calon. 

"Tapi kini Mak Jan jadi masalah bila kerusi-kerusi ni dijanjikan sedang dipertahan oleh orang-orang yang lama buat kerja."

Lima orang individu dinamakan oleh blog tersebut sebagai orang yang telah didakwa memberikan habuan dan suapan kepada Nurul Izzah.

(1) Dato Ramachandran dikatakan pernah memberikan dua buah kereta mewah kepada Nurul Izzah untuk berkempen pada 2013. Dia pernah menjadi calon DUN Batang Kali pada PRU 2013 dan memperolehi undi sebanyak 15,791 berbanding pemenang kerusi tersebut dari BN, Mat Nadzhari Ahmad Dahlan yang memperolehi undi sebanyak 21,189. Para PRU kali ini, PKR bagaimanapun mencalonkan Harumaini Omar untuk menentang penyandang kerusi, dan seorang lagi calon dari PAS, Mohd Hasnizan Harun.

(2) Datuk Seri Edmund Santhara didakwa telah memberikan lebih RM1.5 juta kepada Nurul Izzah sebagai dorongan untuk mencalonkannya di Kerusi Parlimen Segamat. Edmund Santhara sebelum ini terlibat dalam kemelut dan kontroversi melibatkan Kolej Kejururawatan MasterSkills. Edmund Santhara meletak jawatan sebagai CEO MasterSkills pada tahun 2013. Pada PRU-14 kali ini, dia telah dicalonkan di Parlimen Segamat untuk menentang Presiden MIC yang juga merupakan penyandang kerusi tersebut, S.Subramaniam.

Tiga nama lain yang turut didakwa blog tersebut terlibat dengan Nurul Izzah adalah Datuk Dr. Loga Bala, Karupaiya Mutusami dan Dr. Bala.

Berbanding kesemua nama tersebut, hanya Datuk Dr. Loga Bala yang merupakan ahli PPP merupakan calon Barisan Nasional bagi Kerusi Parlimen Segambut yang akan bersaing dengan calon-calon dari PKR, Yeoh Tseow Suan dan PAS, Muhammad Soleh Abdul Razak.


Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang reaksi balas dari Nurul Izzah yang telah 'lari' dari Lembah Pantai ke Permatang Pauh pada PRU kali ini berhubung laporan polis yang dibuat oleh R. Sanjeevan dan MyWatch. PKR yang biasanya pantas membela anak perempuan Anwar Ibrahim yang juga merupakan Naib Presiden parti itu juga, tidak memberikan sebarang ulasan mahupun reaksi dengan laporan polis yang dibuat oleh Sanjeevan.

Mungkin ianya merupakan taktik terbaik DAMAGE CONTROL oleh PKR dan Nurul Izzah bagi membolehkan PKR mengharungi PRU-14 tanpa banyak masalah.


 
Blogger Templates